Monday, January 31, 2011

Sesat tak balik Lui

Update lagi!!!
Lempang laptop ni laju2 sebab dia asyik nak online je mentang2 cuti.

Masa balik Jumaat lepas. Sampai je Kajang, LY terus follow along LY balik ke rumah dia di Semenyih. Saja2 nak lepak sana.

Tup2 je kan....pagi Sabtu tu...LY mandi-siap dan Subuh cepat2. Dan tetiba je LY dah tersesat dekat suatu tempat.....Macam tak percaya je. Dah ala2 cerita JUMPER pulak....

LY tetiba je dah ada dekat tempat yang ada benda ni.
[harlina-muzaffar, my wedding]

Siapa boleh teka LY tetiba je ada dekat mana???
Jawab dalam hati sudah....kalau jawab kuat2 depan lappy korang nanti orang kata gila pula!!!!!!!

Kepada yang tak berapa nak tahu pasal klu diatas tu, meh nak tunjuk lagi satu klu.
[pohon beringin....lalala...kejadah berangan jadi bawang putih]

Pada yang masih belum dapat jawab.....meh tengok  perjalanan seorang insan mengenal diri sama ada seorang yang penakut atau pengecut. Perjalanan melihat keindahan ciptaan Allah. 
[pemandangan dari stage 1 jam 7:05 minit pagi]

Korang boleh agak tak LY pergi mana???
Huhuhuhu...LY pergi daki bukit la korang. Tak tinggi pun bukit ni, tapi saja nak keluarkan peluh. Ada orang asyik complain kata kita ni tak keluar peluhkan. Nahhhhhhh...hamek....sepuluh liter peluh yang keluar.

[alamak,....tertutp mata la pulak...]

Kepada korang yang free hujung minggu tu...cuba lah aktiviti ni....
Best....dulu bukan tak minat nak daki bukit ke gunung ke....tapi tak berkesempatan je.
Kalau nak di ikutkan pengalaman, LY ni dah selalu sangat turun naik bukit belakang rumah LY ni sebab nak hantar air dekat abah LY yang pergi mesin rumput dekat kebun nun....

Walaupun bukit belakang rumah ni tak tinggi, tapi cukuplah nak bagi pengalaman daki bukit guna selipar dekat LY ni.
Edisi ni daki waktu Subuh masih panjang semata2 nak duduk kat atas bukit tengok matahari terbit. Walaupun hari Sabtu tu, matahari malu2 nak keluar...LY tetap puas hati.

Ramai juga orang masa tu even hari tak berapa nak cun. Tapi dalam ramai2 tu....ada jugaklah makhluk2 yang tak berapa nak berdisiplin panjat bukit ni. Pakai seluar jeans tu okay la kan....LY boleh terima....Tapi yang sampai diorang layan syisya kat puncak tu buat apa. Nasib baiklah LY ni bersimpati untuk tak tangkap gambar korang publish dekat FB ke blog ke surat khabar ke....Ada jugak yang terkinja2 main lari2, lompat2 kat kawasan curam tu. Kalau adik2 LY, dah lama LY bagi sedas dua dekat belakang badan tu.
Yang nak buat aksi terlarang pun ada. Tapi agak2lah kan. Tak sembahyang Subuh ke apa sebelum daki bukit ni.

Apa2 hal pun enjoy lah seorang diri dekat atas bukit sana tu. Kalau ada kawan2 mesti lagi syok. Ada pakwe  sama ke......ops....boleh lempang laju2 dekat lappy sebab siapa nak bawa dia kan.

LY tak adalah semput pun naik bukit ni.
Rupa2nya, makin tinggi kita mendaki, kita makin kita kenal tuhan kita, makin kita rasa kekerdilan diri, makin kita menginsafi ciptaan Allah di muka bumi ini. Sebab tu lah Muqarrabin sanggup daki 7 gunung paling tinggi dekat dunia ni. (betul ke nama beliau tu)

Lain kali nak pergi naik waktu petang lepas asar. Tengok matahari terbenam pulak. Tapi kena bawak telekung lah kan. Siap2 ambil wuduk before mendaki sebab takut terlepas waktu Maghrib.

Disebabkan LY kini berada di rumah, susah sikit nak upload gambar dalam blog. Tadi okay...sekarang kay-o...hansam punya line broadband. Tapi tadi LY sempat upload sikit gambar dekat sini.

~batubersurat: korang tak payah nak gelak sebab LY cuma daki Bukit Broga je pun....1.7 kilometer je....tak payah nak gelak2 okay~


Terima kasiH

Amaran: entry ni sekadar meluahkan rasa  hati.

Kepada mak saya.
Terima kasih kerana ajarkan saya untuk menghantar makanan kepada nenek.
Terima kasih kerana selalu menyuruh saya menghantar makanan kepada nenek walaupun masa itu masih ada adik2 yang lain boleh buat kerja.
Terima kasih kerana selalu memastikan  saya menyampaikan makanan kepada nenek.
Terima kasih kerana saya punya pengalaman yang paling banyak menghantar makanan kepada nenek berbanding adik beradik dan sepupu yang lain.
Terima kasih kerana menunjukkan ketabahan membela nenek yang sakit.
Terima kasih kerana sudi membasuh dan mencuci pakaian dan tempat yang terkena kencing nenek yang sakit.
Terima kasih kerana tidak pernah bersungut dan membentak dengan apa yang terjadi.
Terima kasih kerana menunjukkan contoh anak mithali kepada saya.

Kepada abah saya.
Terima kasih kerana tidak pernah menghalang saya untuk menghantar makanan kepada nenek yang merangkap ibu mertua abah.
Terima kasih kerana mengajar saya makna berkongsi rezeki yang ada.
Terima kasih kerana mendidik saya secara tak formal tentang sikap toleransi bilamana mak terpaksa menjaga ibunya.
Terima kasih kerana ajarkan saya makna sifat lelaki sejati bilamana saya melihat tanggungjawab menantu bertukar menjadi tanggujawab anak.
Terima kasih kerana ajarkan saya sifat bertimbang rasa dan berhati perut.

Kepada adik beradik saya,
Terima kasih kerana masih sudi menghulur bakti dan kasih  walaupun kadang2 kewujudan kita sebagai cucu hanya dipandang sewaktu susah.
Terima kasih kerana sudi memberi ruang kepada nenek yang sakit untuk tinggal di rumah kita justeru bilik kalian menjadi tempat peraduannya.
Terima kasih kerana boleh diandalkan bila bantuan diperlukan.

Kepada sepupu2, makcik2, pakcik2.
Masih perlukan masakah untuk kalian bersedia berbakti kepada nenek????

~batubersurat: semoga LY kuat zahir dan batin untuk menempuh hari2 tua ibubapa LY~

To ....

31/1/1987.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
31/1/2011

Selamat hari lahir kepada orang yang saya suka cari pasal sampai dia remove saya dekat FB, lepas tu block dekat FB, lepas tu add balik dekat FB, lepas tu unblock saya dekat FB.

Selamat hari lahir kepada orang yang dulu pernah satu kelas dengan saya masa sekolah rendah, masa sekolah menengah (form 2 kita duduk sebelah-sebelahkan).

Selamat hari jadi kepada gadis kecil comel rendah dari saya yang dulu tinggal dekat depan padang awam. Sekarang saya tak tahu dia tinggal dekat mana.

Selamat hari lahir kepada kawan saya yang TERA(10 kuasa 12)  kuat emo bila saya kacau dia dekat FB. 
Selamat hari lahir kepada kawan saya yang kali terakhir saya jumpa masa bagi kad jemputan kahwin Leha masa bulan November tahun lepas.
Selamat hari lahir kepada salah seorang kawan yang jarang saya jumpa dalam tempoh tiga tahun.
Selamat hari lahir kepada kawan saya yang bila saya tanya jawabnya sepatah dua bila berdepan. Banyaknya angguk dan geleng sahaja. (masa zaman sekolah....sekarang tak sempat nak tanya sebab tak jumpa)

Selamat hari lahir kepada HAFIZAH MOHD JAMIL.
Semoga bahagia bersama keluarga dan tunang tersayang. Semoga cepat2 melangsungkan perkahwinan. Bagi tahu awal2...manalah tahu aku kena pergi kursus ke nanti kan.....boleh jugak aku kirim kan hadiah dan doa supaya majlis kau berjalan lancar. Semoga Allah murahkan rezeki kau. Semogoa Allah melapangkan dada kau bila di timpa masalah. Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Semoga menjadi kesayangan semua. Semoga diberkati setiap perjalanan, tindakan dan perbuatan.

Salam kemaafan untuk semua keterlancangan kata2 yang pernah aku lontarkan. Salam kemaafan andai ada hari yang kau membenci diri aku. Salam kemaafan dari hati yang paling dalam.

Semoga bahagia di hari ini.

Tulus Ikhlas,
Norazian Ramli.
Batu 23, Kampung Sungai Lui.

~batubersurat: kepada pembaca blog ini, LY ucapkan selamat hari Isnin~

Sunday, January 30, 2011

Sempoinya LY jadi cikgU

Salam korang.

Uwaaaa.......lama pula rasanya tak meng-hup-date blog.

Dah hari Ahad rupanya. Ahad pun dah nak habis kejap nanti.

Banyaknya nak baca entry kawan2 dan bloggers top ni.

Apa sebab LY tak online banyak hari ni???
Padahal balik dari Lukut sejak hari Jumaat lagi.

Okay....LY kena culik masa sampai dekat stesen komuter Kajang. Maka itulah tak sempat nak online. Ni pun nasib baik penculik hantar balik lepas dipertimbangkan tak ada guna kidnap LY ni.

Nanti LY cerita kisah yang sebenarnya.

Sebenarnya malas jugak nak update apa2 cerita ni. Almaklumlah masih penat sebab baru balik dari tahanan kan.

Ni nak jawab pertanyaan rasmi cikgu Syima berkaitan macam mana LY boleh bersuka ria bermain Math Magic dalam bilik guru sedangkan beliau bertimbun kerja dekat sekolah.
Beliau musykil dan teramat kompius dengan LY sehingga beliau terpaksa buat kerja sampai pukul 6. [ni teramat nyata LY tipu sebab tak ada maknalahkan beliau nak fikir pasal LY]

Cikgu Syima, mula2 LY cuma nak kata....setiap orang diberikan ujian dan dugaan yang berbeza. Tidak perlu kita memandang kesenangan orang lain dan merungut dengan kesibukan yang kita alami.

Mula2 nak cerita pasal rutin harian LY.

LY kunci alarm C902 ni tepat 5:45 pagi waktu Malaysia mengikut jam Astro. Tak cepat tak lambat. Tapi terdapat satu kemusykilan kerana LY selalu bangun jam 5:30 pagi untuk mandi - Subuh-mengaji-bersiap separa siap. Lebih kurang 6:20 pagi barulah LY keluar dari bilik untuk ke dapur. Masak air - buat milo - bersarapan ala kadar roti atau biskut untuk alas perut. Almaklumlah orang ada gastrik mana boleh tak isi perut kan. Nanti pengsan dekat sekolah siapa yang susah???

LY sarapan lambat2. Sambil usha2 housemate LY keluar masuk toilet-dapur. Bilik dia tak ada toilet macam bilik LY. Disebabkan dia tak sembahyang macam kita, tak bersiap macam  kita (pakai tudung) , selalunya dia bangun dalam pukul 6:30. Maka, sambil2 LY makan tu, dia pun bersiap. Dan minum milo suam sambil berdiri je......dia okay. LY capai tudung...1 minit je kot nak pakaikan. Capai kunci. Tutup lampu. Tutup pintu. Sarung sandle. Kunci rumah. Jangan ulang baca ayat seterusnya. LY jalan keluar dari tangga pertama kuarters jam 6:55. Tu paling awal. Paling lewat 7:05 [lewat sebab buat roti nak bawak bekal].

Jalan kaki sejauh 1 minit ke pintu pagar  antara kuarters dan sekolah. Jalan lagi. Punch card dekat pejabat. Belum pernah jadi yang pertama sampai dekat sekolah pun, LY okay. Selalunya GPK-Koku yang bukak pejabat pagi2 ni.

 
[yang 2 hari atas tu sebab ofis yang bukak lambat sebab yang pegang kunci tak datang....maka tunggu orang kedua yang pegang kunci datang]




Jalan naik tangga bukak pintu bilik guru 2 sebab LY yang pegang kunci bilik tu. LY selalunya check buku budak2 takpun kemas2 meja yang sentiasa kemas. 10 minit sebelum turun perhimpunan duduk2 je kat dbilik guru tu. [perhimpunan tak rasmi sebab ada aktiviti].


LY mengajar 2 kelas untuk Matematik tingkatan 1. 2 kelas Sains tingkatan 1. 1 kelas Sains OPSMI program (ni ala2 kelas pemulihan bahasa sebelum belajar sains betul2, ni kelas paling hujung, so far LY mengajar perkataan2 English-BM....lesson plan just copy dari silibus yang tersedia ada). LY bagi nota Sains dan selalunya 15 minit sebelum kelas habis, LY round table check buku budak mana yang sempat. Siapa tak salin nota, masa tu jugak boleh detect. Dan terus dapat hadiah. Zapppp....rotan pun nak kena tukar ni.

LY mengajar kelas hujung. Tak ada guna bagi kerja banyak dekat budak2. Tak ada maknanya diorang nak buat HOMEWORK kalau LY bagi. LY bagi latihan dekat papan hitam lepas tu budak jawab. Habis kelas, terus kutip. LY kutip buku 5 minit sebelum kelas habis. Time tu jugak LY check sorang2 siapa tak hantar buku. Time tu jugak LY suruh diorang keluar pergi bilik disiplin ambil hadiah dekat bontot masing2. Sekarang ni, semua dah hantar kerja dan tulis cantik2. Sebab LY bagi GOOD dekat siapa tulis comel2.

LY kan ada pengalaman dekat 10 tahun mengajar tuisyen. 10 tahun jugak dah biasa menanda buku budak. Maka, LY selalunya tak ambil masa yang lama nak tanda buku sebanyak 40 + 45 tu. Dan kalau kelas tu pagi, waktu tengahari LY dah pulangkan buku tu balik. Kalau kelas tu tengahari/petang. Pagi esok tu LY dah bagi atau masa kelas LY bagi buku tu balik.

SMM??? Ni mungkin LY belum belajar apa2 lagi. Sebabnya, SMM diuruskan oleh seorang guru senior bagi semua tingkatan 1. Buku kedatangan ??? So far belum isi lagi sebab kelas mungkin ada rombakan kelas lepas cuti TBC ni.

Kerja2 Ko-ku, tak banyak kot. Sebab jadi AJK je. Bukan sebab kita orang baru, tapi memang pengurusan nak bagi LY ni jawatan AJK. Kawan2 yang sama posting ni pun, selalu merungut sebab hal2 jawatan guru penasihat Koku ni. Ada yang jadi penyelaras, ada yang jadi ketua. Memang dalam sebelas tu, LY yang PALING BERTUAH sebab tak dibebani dengan jawatan2 besar. Di tambah lagi bertuahnya sebab ajar tingkatan 1 je. Opsyen sendiri pulak tu. Kawan2 LY dekat sini, ada yang kena mengajar Seni, Sivik, Moral. Yang bukan bidang masing2.

Cikgu Syima, ni semua berkaitan takdir. Yang buruk itu dugaan, yang baik itu ujian. Setiap yang terjadi ada sebab dan pasti ada hikmahnya. Janganlah kita memandang kesenangan orang lain sehingga merungut dengan rezeki ujian dugaan yang diberikan kepada kita. Hikmah yang LY nampak, pasti cikgu Syima ketika ini sudah cekap dalam hal2 pengurusan. Sudah mampu buat pengurusan masa dengan lebih baik. Cikgu Syima tak perlu mencemburui dengan kesenggangan masa yang LY tempuhi. LY sekadar memeriahkan bilik guru 2 tu yang di huni oleh 7 orang termasuk LY. Kami semua cikgu baru. LY sekadar menghiburkan teman2 yang tengah tension dengan kerja2 menimbun. LY main waktu senggang. Taklah sampai habis buah tu kitorang main. Setakat 20 minit macam tu je.

Cikgu Syima, sudah tertulis, destinasi LY macam ni, apa lagi yang LY boleh nyatakan. LY terkenang kembali pertama kali LY mendaftar di sini bersama 10 yang lain. GPK Akademik ada bertanya siapa yang sanggup mengajar yang bukan opsyen di sekolah ini. LY seorang saja yang sanggup angkat tangan dan willing nak volunteer mengajar subjek lain. Dan hikmah dari keberanian tu, LY dapat mengajar subjek opsyen (Matematik + Sains) serta jawatan2 kecil sahaja. Bila dibandingkan yang lain tak willing tu, semua kena mengajar subjek bukan opsyen. Dan dapat jawatan besar2 dan susah. Kawan2, semangat buat kerja.

Masalah dengan budak2, hanya masa dalam kelas je. Masalah dengan pengurusan hanya masa sekolah sahaja. Apa yang nak di pening2kan. Orang minta kita buat itu ini, kita buat itu ini macam yang dia minta. Bila dah selesai, hati kita pun senang. Bukan mengeluh. [Kadang2 merungut tu yang buat kita rasa terbeban].

Cikgu Syima, janganlah dikhuatii apa2. Ini baru bulan pertama kita di sekolah. Untuk bulan2 dan tahun2 yang mendatang, sama2lah kita berdoa, agar perjalanannya sentiasa penuh dengan corak gembira dan warna kecerian yang mematangkan kita dalam kerjaya pilihan ini. Selamat bekerja semua.

Lain2 hal, LY makan dekat kantin kadang2 sebab makan bekal cikgu Fiza dan cikgu Liza. Beli kuih buat bekal nak kumpul tenaga lepas marah2 budak. Beli lauk dekat kantin, makan sambil bercerita hal2 sekolah dengan Chee dekat rumah. Makan malam sorang2 sebab Chee jarang makan malam. Melepak rumah jiran. Makan2 dekat rumah jiran. Jalan2 teman beli barang dekat Giant Lukut dengan kawan2.Buat lesson plan kadang2 waktu malam. main FB dan blogwalking.
 [LY main math magic pagi Jumaat lepas sebelum turun perjumpaan agama]

 [kesian Chee, kena belasah pagi2 hari dengan LY]

~batubersurat: haammmeeekk kau entry berjela~

Thursday, January 27, 2011

HakikaT

Esok.
Jumaat bersamaan 28/1/2011.
Ni je yang tinggal dalam dompet. 

Duit tambang bas Lukut-Seremban = RM 3.20.
Duit tren Seremban-Kajang = RM 4.60.


Kajang-Batu 9 = ???
Batu 9-Lui = ???

Makan = ????
Nak masuk toilet = ???

Ada siapa2 nak tolong ambil LY bawak balik Lui tak???
Esok LY tunggu dekat hentian komuter Kajang jam 4 petang.
Huhuhuhu....esok bawak biskut Marie dan air dalam beg sebagai bekal.
Dekat sekolah makan bekal cikgu Fiza dan cikgu Liza banyak2.
Lepas Zohor gerak keluar dari kuarters!!!!

~batubersurat: rindu Rissa dan Ada~

 

MangsA

Hari ni Khamis.
Kelas mula jam 9:30. 
Sebelum masuk kelas nak marah2 budak untuk dijadikan mangsa hari ni, kita cari rakan kerja dulu untuk kita mangsakan.

Tak percaya????????

.
.
.
.
.
.
.

Nah, hammmekkk  ko!!!
[korang tengok betapa jauhnya beza mata LY dengan cikgu Badrul]

Mangsa dalam kelas hari ni.

[gambar adalah dilarang untuk ditayang]
Tapi yang jadi mangsa paling teruk hari ni adalah benda dekat bawah ni.
[nilah mangsa paling teruk.....rotan LY]

Apa yang teruk????
Meh kita tengok dari dekat.
Korang perhatikan bahagian tengah rotan.

[nampak tak??? tu cikgu Badrul tengah tanda kertas BM kelas bebudak dia]

Nampak tak apa2 dekat gambar atas tadi???
Meh agi dekat.
.
.
.
.
.
.
.
.

[korang nampak tak??? kesian kan rotan LY....terbelah tengah jadinya]

Macam mana nak rotan budak lagi lepas ni. Rotan ni dah tak power lepas kena tampal dengan solitap. Tak padu bila hentam2 ni. 
LY rotan budak sikit je. Tapi yang jadi sampai pecah ni sebab LY rotan ke papan hitam nak suruh bebudak diam. Adalah dalam 10 kali LY hentam dekat dinding kuat2. Dahsyat tak LY????
Tapi bebudak tak makan saman. 5 minit je diam, lepas tu jadi macam dekat kilang proses kelapa sawit balik!!!

[ni mangsa karangan...kesian cikgu nak menanda]

~batubersurat: esok nak balik kampung~

Wednesday, January 26, 2011

ChampioN

Apa best jadi cikgu???????
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Sebab jadi cikgu memang best.
Sebab kita boleh jadi juara dikalangan cikgu2 yang ada di sekolah kita tu.
Tak percaya????
Ni buktinya.

[beza 1 mata pun LY tetap nak mendominasi perkataan Juara tu]

.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
Seronok jadi cikgu ni.
Bila dalam kelas bebudak asyik nak main je kan.
Maka cikgu2 jadi pening2 lalat.
Bagi menyegarkan mata.
Ni antara ubat yang telah dicipta di bilik guru 2.

LY punya idea ni.....jangan gelak tau!!!
[mangsa yang telah tewas di tangan LY, Cikgu Kat...muka tak puas hati kalah 1 mata]

[ni LY main betul2....tak tipu punya....dengki2 sikit je....mangsa LY adalah cikgu BM...hehehehe]

Dengan sebab2 nilah kita jadi semangat nak mengajar. Otak pun dah cergas lepas menang.
Huhuhuhuhu....
Korang nak challenge LY, meh datang Lukut ni.
Tak syok lah kalau nak main dengan kengkawan je kan.
Kena jugak cari lawan yang baru.

So....korang boleh lah praktis main benda ni dekat rumah sebelum lawan dengan LY.
Selain meningkatkan kecerdasan berfikir untuk dapat markah tinggi dan kecekapan mengira. Korang jugak dapat ilmu macam mana nak perangkap orang dapat markah rendah.....kihkihkih...

~batubersurat: terkenang zaman2 main  scrabble dengan Aunty Zahra dan Nana~



Tuesday, January 25, 2011

Rampasan pertamA


Hasil rampasan sewaktu masa Sains 1 Mutiara. Kalau nak bawak tu, janganlah jakun sangat nak tayang2 kat kawan.....kan dah kena rampas dengan cikgu yang sangat rajin meronda bila anak2 murid berkumpul ramai2 ni.....
Korang nampak tak???
Jom zoom tegok apa yang ada dalam plastik kuning ni
.
.
.
.
.
.
.


Korang boleh teka kan????

Meh tengok yang lagi dekat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni lah hasil tangkapanya.....iaitu 2 ekor ikan laga.....
seekor harga RM 1.50.
Ada siapa2 nak bela????
Hentikanlah angan2 tu sebab kalau dapat nanti LY akan beri kepada Kelab Ikan Hiasan sekolah.

Kawan2 lain, apa rampasan pertama korang?????

~batubersurat: LY ambil video budak 1 Nilam main2 masa LY mengajar...nak dijadikan bukti bila panggil mak ayah diorang datang sekolah nanti~

Monday, January 24, 2011

Penakut tu perlu!!

Salam sayang emua.

Hari ni, kakak LY, mama Arissa mesej tanya pasal rumah.

Ada ke patut dia tanya, ada Ju-on ke kat rumah LY ni.....
Sungguh kurang kelakar pertanyaan itu.

Memain pulak kan.....

Pastu mesej tak balas pulak.
Errrrrr...geram betul tau...
Suka je nak bagi kita bertambah takut.

Pastu malam ni, lepas mengaji baru perasan dia ada mesej lagi. Tanya macam2......penat nak explain. Nanti dah balik Lui nak kena expalin lagi dekat kak ngah pulak. Penat nak rewind.
Mesti petang tadi kes2 bateri kong.
Hapada....

Untuk hari ni, LY dah cover tingkap dapur.
Nak tengok gambar tak???
Kejadah, LY takut nak tangkap gambar yang boleh ada pantulan2 ni.....kang jadi apa2 naya je kan...

So nanti2 lah ye....

Masa LY mengaji u, ada 2 kali bunyi guli melantun dalam bilik kosong dekat rumah LY ni.
So???????
Biar je lah...dia pun nak tinggal dekat dunia kan.
Bilik tu LY dah bukak waktu siang...malam nak tidur baru LY tutup pintu dia.
Sekali lalu, memang seram semacam jugak...
Tapi mungkin perasaan penakut je kot....

Apa2 pun, TABAH....KUAT SEMANGAT...

~batubersurat: 4 hari nak balik Lui~

"Chee......

"Chee, you pernah dengar apa2 bunyi tak dekat rumah...bunyi klenting klentang ke?"

"Tak penah la...bunyi guli jatuh ada la...masa you balik minggu lepas...malam tu kan ada bunyi guli jatuh lama sangat.....I pun pelik....lama gila bunyi tu!!!!"

"Arrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......"

Okay, fine.....ada benda nak berkenalan dengan kitorang.

Balik sekolah jap lagi...siap...bilik yang nombor tiga yang LY tutup sentiasa tu akan LY basuh dengan surah al-Baqarah full....

Tingkap dapur akan di cover dengan surat khabar sepenuhnya sementara nak beli bidai.

~batubersurat: apa motif orang letak ayat al-Quran dekat dinding rumah??? kalau betul tu satu usaha....bersiap sedia nak cari bhai karpet yang jual ayat2 kat dinding~

Sunday, January 23, 2011

SMKRJ/MerentasDesa/2011

Canggih tak tajuk LY. Macam nombor rekod fail tak???

Walaupun masih di selubungi misteri mengenai bunyi2 dan ketukan pintu dekat rumah tu kan. Tabahkan jelah hati ni buat sementara waktu. Mak LY pesan tadi, baca2 apa yang patut. Kalau takut, duduk je dekat rumah Fiza. Kalau tak ada apa2 hal, nanti mak datang bawak ubat dekat sini.

Semalam ni, 22/1/2011. Sekolah LY dah berjaya melaksanakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Sebagai seorang guru baru di sekolah ni, rumah sukan pertama di sini adalah rumah merah atau nama khasnya Mercury. Kerja LY jadi setiausaha dan untuk semalam ni, cikgu Jayamani suruh LY jaga kebajikan pelajar iaitu sediakan minuman.

Tak adalah beratkan. Order je air dekat kantin. Lepas tu suruh budak angkat bawak pergipadang. then jaga dan bagi budak minum. Simplekan kerja......LY suka.....
Kat bawah adalah antara kejadian2 yang ada pada hari kejadian.

 [gaya nak pergi bertugas]

 [kak addlene- chee- LY]

 [addlene-fiza-ain-kat-LY]

 [bertugas2.....jangan ngelat]

 [cayalah girls....all from Mercury]

 [ketua Mercury with HM, Mr Cheah Lef Ng....we all juara keseluruhan okay]

[bendera yang sentiasa berkibar sebab PD nikan banyak angin]

Lain2 dekat sini.

Enjoy hujung minggu korang. LY nak baca buku processing skills form 1 ni. Huhuhu...rajin kan??? Tapi dekat rumah Fiza. Hehhee...tetba jadi penakut....

~batubersurat: dah mula rindu dekat rumah dan lauk2 mak~

Fizik dan subuH

INERSIA...momentum.....halaju.....prinsip bernoulli....hukum archimedes....pecutan....

Fizik....

Bersamaan jam 5:27 pagi 23 Januari 2011.

SREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTT!!!!!

GEDEGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANNNNNGGGGGGGGGG!!!!!!!!!

TTTUUUUUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!


Kalau korang mengantuk ke....korang penat ke.....korang mabuk ke....korang tengah cinta2 ke....korang tengah rushing ke.....korang apa lah sekalipun kan....
Dah namanya jalan lurus, banyak traffic light....korang bawaklah sekadar bawak. Bukan sekadar nak berlumba macam dekat litar Sepang.

Kan tak pasal2 LY dah terjaga pagi2 Subuh ni. Dah mata ni tak mahu lelap. Dahlah tidur jam 2 pagi dekat rumah Fiza ni layan Tremos punya pasal. Sekarang ni boleh pulak berjaga di hujung minggu pasal korang dah eksidente pagi2 ni. Korang eksiden pagi2 ni, bukannya LY boleh tolong pun. Tolong tengok dari tingkap bilik Fiza ni bolehlah.

Korang janganlah nak buat jantung LY ni berdegup macam jantung Hussin Bolt. Kencang tu wei.....mana lah antibody LY ni tahan. Kang tak pasal2, LY pulak yang masuk hospital. Bukannya korang.

Kepada Gen2 merah yang eksidente....harapnya okaylah ye. Tak ada bunyi ambulance dan polis tu tanda korang2  okaykan.

Maka, tak payahlah LY nak sibuk2 turun bagi bantuan kecemasan kan. Huhuhuhu...LY ada sijil nak bagi bantuan kecemasan ni. Hehehehe....

Dah2....nak balik rumah sendiri....nak tanya Chee....nak tanya abang Khalid....pasal bunyi2 guli tu.....
Seram bin seriau ni.

~batubersurat: sekarang ni jangan sebut pasal batu....sensitif!!!~

Allah maha berkuasa di langit dan bumi.

Awal mula pertama mula. Assalamualaikum pembuka bicara kepada yang Islam dan selamat sejahtera kepada yang bukan Islam.

Siang tadi tak berkesempatan nak update apa2 cerita kerana kepenatan di sekolah. Ada kejohanan merentas desa. Rumah merah menang sebagai juara keseluruhan. Gembiranya hati :)

Di waktu ini, LY bermalam di rumah cikgu Fiza dan cikgu Ain kerana nak menonton TV. Kat rumah LY tak ada TV.....rumah diorang ni dah ada TV...walaupun tak besar, boleh lah nak tengok kan....

Mula2 sampai tadi, Fiza keluar pergi makan dengan kawan yang duduk dekat kuarters ni jugak. Beliau tu duduk blok C. Jiran dengan blok LY.

LY dan Ain layan-tak-layan cerita TV3 malam ni....cerita IQRA. Nak bukak channel lain, tak berapa nak clear. maka, lebih kepada borak2 je la kan. Ain cerita pasal diorang dapat surat dari bawah pintu. Surat tanpa nama. Surat yang hanya ada satu persoalan saja. Diorang yang duduk rumah ni peliklah jugak pasal surat tu. Tapi LY rasa budak2 nak main kot....tak pun salah hantar dekat orang rumah atas dekat blok diorang ni.

Kitorang layan je lah TV3 ni sambil borak2 hal lain. Dekat jam 11 baru Fiza balik. balik dengan cerita. Cerita yang mengejutkan jantung, hati nurani, jiwa raga, emosi, kekentalan semangat dan yang seumpamanya. Cerita di sebalik surat bawah pintu tu......

Surat orang nak berkenalan dengan penghuni rumah ni. Nasihat yang Fiza dapat, jangan dilayan!!!!!!!!!!!!!
Rentetan tu, maka terbongkar satu demi satu kisah diorang dekat rumah ni. Kisah yang berkaitan kenapa Fiza keluar status FB minta pertolongan dan perlindungan dari Allah.

Berceritalah cikgu muda yang merangkap rakan kerja LY ni mengenai rumah diorang ni. Mula2nya, ada yang membaling batu ke dalam bilik dan bahagian dapur tempat sidai baju. Sangkaan awal mereka ada budak2 main di belakang rumah. Tetapi kenapa sampai baling batu ke dalam bilik??? Pelikkan???
Orang baru pindah, mestilah nak tahu.....kenapa jadi macam ni.....maka berceritalah pada teman2 yang lain (bukan LY yang pastinya). Jawapannya.....biasalah tu.

Kemudian, pasal surat tu pulak.....yang menimbulkan seribu satu persoalan. Wallahualam. Hanya Allah yang maha Mengetahui segala yang dilangit dan di bumi. Bila di ajukan pada cikgu senior yang dah 3 tahun tinggal dekat sini, akhirnya dapatlah jawapannya.

Biasalah rumah tinggal. Pasti ada yang menyinggah. Tambah pulak dekat kawasan keliling semak + blok sebelah yang kosong dari bawah sampai atas. Dekat muka bumi yang luas ni, bukan kita saja yang menghuni. Haiwan dan tumbuhan tu makhluk bernyawa yang kita nampak. Tapi yang kita tak nampak. Wallahualam. Allah jua yang berkuasa ke atas makhluknya kan. Siapalah kita nak menidakkan kewujudan mereka. Sudah jelas terbukti dalam al-quran kisah2 jin dan syaitan. (korang tafsirr sendiri maksud cerita ni)

Lantas dari kisah2 ni, timbullah macam2 cerita tentang petua, saranan menjaga rumah dan diri. AAAAAAAAAAArrrrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhh.....kenapa tak ada yang warning masa LY mula2 masuk dulu. Kenapa tak ada pun yang nak pesan buat itu ini sebelum masuk rumah yang dah lama kena tinggal. Tak ada pun nasihat pasal orangb baru pindah kuat2 kan semangat.

Pesannay cuma, jaga diri elok2, ni tempat orang...bertegur sapa dengan jiran2. Jangan buat sombong. Tu je nasihatnya. Mana pergi nasihat.....baru2 pindah ni, elok2 jaga rumah. Ingat adap sopan dalam rumah, jaga kebersihan rumah........jangan lupa baca apa yang patut sebelum pergi dan balik. Mana???? Seingat LY lah kan, mak pun tak ada pesan apa pasal pindah masuk rumah kosong ni. Mungkin terlepas pandang atau mak tak pernah ada experience. Abang2...kakak2 pun tak ada pesan. Jiran depan rumah pun tak jugak. Kerani2 PPD pun tak pesan apa2.

Mungkin silap LY sendiri yang terlupa tentang perkara ni. Seharusnya LY yang fikir benda ni kan. Kenapa nak tunggu orang lain bagi tahu baru nak buat kan. Patutnya LY buat persediankan. TAPI...LY belum pernah ada pengalaman pindah rumah......sebab tu boleh terlepas pandang.... Astaghfirullah-al-azimm...

Allah memberi satu nikmat tapi sentiasa ingat yang Allah juga berhak memberi kekurangan. LY nak bagitahu korang, bila dah jadi benda2 macam ni dekat kawan, baru LY sedar yang sebenarnya LY ni Allah jadikan dengan kekurangan sense (rasa) mengenai benda2 halus. Korang bayangkan....dah nak masuk minggu ke-4 dekat rumah baru di kuarters Lukut ni, LY tak boleh bezakan bunyi orang main guli dekat tingkap dengan bunyi kipas ala2 rosak (bunyi keletang keleting). Dah tu LY boleh je nak pandang2 jeling2 dekat rumah kosong bertentang dengan dapur LY yang tak ada langsir tu. Terang benderang nampak isi dalam rumah tu...dah tu buka tingkap dapur luas2 sampai ke senja.

Bayangkan je la ye korang...betapa tak kisahnya LY dengan bunyi pelik dan suasana maghrib waktu jin merayau. Bila dah tahu ni, baru rasa kecut perut. Baru rasa takut. Ya Allah...apa nak buat ni. Ada seminggu sebelum balik ke Lui. Nak telefon datin A malam2 ni takut mengganggu pulakkan. Maka, esok pagi wajib cerita. Manalah tahu ada apa2 ikhtiar yang kita boleh buat walaupun dah dekat sebulan duduk rumah ni.

Harap2nya, LY dan kawan2 kuat semangat....kuat jiwa rohani...kuat fizikal jasmani....kuat zahir dan batin untuk menghadapi ujian ni.

p/s: LY tak tahu macam mana nak cerita situasi sebenar yang terjadi....6th sense LY level yang paling rendah agaknya.....

~batubersurat: esok nak tanya Chee, housemate LY tu...dia rasa apa2 tak duduk dekat rumah tu~

Friday, January 21, 2011

Makna rindU

Hai korang....tetiba je kan.....nak update entry lagi.

Sebenarnya LY tengah menanda kertas ujian PROBIM-M3 untuk kelas 1 Nilam dan 1 Intan. Yang 1 Intan dah habis...tapi bila nak tanda kelas 1 Nilam je...mata mula lah nak layu2....tangan malas2 sebab banyak pangkah dari tanda betul.

Kencang tak tajuk entry ni??? Kencangkan...angguk cepat!!!

Apa makna rindu??? Rindu tu kan adalah satu perasaan merangkap keinginan, kemahuan, ke apa lagi ntah la.
Penyakit rindu ni tetiba datang bila otak kita tak berfikir dengan normal seperti contoh sewaktu makan. Bila kita tidak berfikir yang makanan itu adalah rezeki Allah....maka akan timbul perasaan rindu di ikuti anasir2 merangkap virus2 bahaya iaitu hasutan hawa nafsu.... Maka timbullah perkara2 yang tak sepatutnya terlintas di fikiran iaitu "mak masak apa hari ni??? kalau telefon kang, mesti taknak cakap beliau masak yang sedap2....kalau dapat makan ikan terubuk masak asam pedas tengah2 hari macam ni....kalau makan ikan bakar dekat Sungai Jelok dengan abah ni, mesti pekena ABC sebelum balik....kalau dapat bubur jagung petang2 angin sepoi2 bahasa ni...perghhhh...." Begitulah hasutan hawa nafsu....rindu yang sedikit tapi nafsu lebih mengusai.

Maka bila makan seorang diri.....adalah wajib baca doa panjang2....minta dimurahkan rezeki selalu...syukur dengan rezeki yang ada...lepas tu makan cepat2....jangan menung2....lepas tu, jangan duduk lama2...terus pergi basuh pinggan....cuci tangan...then sambung buat kerja.

Bila kita duduk sendiri menghadap dinding....cuba fikirkan masa depan...perancangan nak buat apa esok pagi...macam mana nak perbaiki skill mengajar...jangan sekadar menung2 kosong kerana penyakit rindu yang lagi dahsyat akan muncul iaitu...."kalau ada TV kan best....nak tengok tiramisu...nak layan movie dekat Citra...lawak ngong dekat Warna...movie hindustan dekat B4U....AXN...CSI...dah lamanya tak tengok....aduyai...bila nak ada TV dengan astro ni????"...Justeru janganlah anda mengundang perasaan rindu dengan bermenung diri menghadap dinding rumah. Kerana nanti ianya menjerat nafsu dan mendatangkan pembaziran. Bersyukurlah masih berkesempatan untuk tengok di tonton.com.my....

Sewaktu sedang kita asyik membasuh baju menggunakan tangan di dalam bilik air yang sempit berbekalkan baldi kecil...janganlah kita mencangkung atau duduk di bangku plastik dengan hati yang bosan. Hiburkanlah hati dengan menyanyi2 lagu riang gembira kerana jika tidak dilakukan begitu...mulalah timbul rindu kepada makhluk tak bernyawa bernama mesin basuh. Bendunglah rasa rindu itu jangan sampai ternoda dengan nafsu serakah yang sering meronta2 meminta2 dan merayu seperti "nak beli mesin basuh jenama apa ek?????"

Maka, dinasihatkan sekali lagi....berfikir secara waras bahawasanya diri ini tinggal bujang....baju nak basuh bukannya kotor macam pergi kerja dekat ladang...bukannya kotor macam tukang masak dekat kedai makan Sufian Tomyam sana tu....baju sendiri yang pakai...sendiri lah yang basuhkan....jangan pernah terlintas di fikiranmu untuk hantar ke kedai dobi yang berada di sebrang jalan melintasi jambatan itu!!!!

Bila kita seorang diri baring2 di bilik....tetiba terdengar suara budak2 main di kawasan kuarters ni, janganlah ada perasaan sayu.....janganlah bermuram durja kerana mengenangkan anak2 buah yang sedang membesar. Diorang semua tak lupa punya dengan maktam diorang ni. Perasaan rindu yang ini ubat dia berdoa, call, 3G je.

Okay...sampai sini je olahan makna rindu....LY nak sambung buat kerja. Nak tanda kertas ujian bebudak ni.
Sia2 je bawak balik kerja tapi tak buat. Memang nak kena pelempang tun Teja dekat diri sendiri karang!!!

[merah maktam pergi sekolah hari Jumaat....tu beg hijau penuh dengan kertas ujian...tu pasal menyenget]

~batubersurat:geng2 BSDP-mate yang nak kena posting tu, welcome to the club~

PTS : Pendidikan LY

Jumaat....
Hari yang mulia....
Assalamualaikum pada yang muslim dan selamat sejahtera pada yang bukan Islam.

Hari ni 21/1/2011....maknanya esok adalah bersamaan dengan 22/1/2011 bersamaan dengan dua bulan kerja. Tapi kerja yang betul2 belum sampai sebulan lagi.

Ada satu minggu lagi minggu persekolahan dekat Raja Jumaat ni. Lepas ni cuti satu minggu penuh bersamaan 9 hari termasuk sabtu ahad.

Apa nak buat masa cuti nanti masih tak fikir.
Tapi benda yang bukan2 LY dah mula fikir bila tak ada benda nak buat petang2 Jumaat ni.

Ni salah satu benda yang selalu LY fikir. Time makan kekadang terfikir...time mandi pun kadang2 sempat berfikir....masa jalan kaki nak ke sekolah lagilah LY fikir....berfikir tu kan melambatkan proses nyanyuk. Maka berfikirlah kita sentiasa hendaknya.

LY fikir pasal nak sambung belajar. Nak buat master. LY fikir nak pilih universiti mana nanti. Nak ambil course apa nanti. LY fikir, mampu ke nanti nak sambung belajar??? Mampu ke dari segi wang ringgit...mampu ke dari segi fizikal, kuat ke tak nak buat benda lain selain dari kerja tetap ni......mampu ke nak kawal emosi bila terbeban dengan kerja dan assignment nanti....mampu ke???

Kalau ikutkan agenda...LY target buat master masa umur 25 dan paling lewat habis master bila umur 28. Maka, tahun depan ni, umur LY dah 25....ada setahun lagi masa nak fikir masak2 hal ni. Bukan je setakat nak fikir benda2 simple...tapi kena buat plan B...plan C dan Plan D sekali andai ada perkara2 yang tak diingini berlaku........

Perkara pertama, LY dah buatlah kan iaitu pasang niat. Allah kan dah janji, niat yang baik pun akan dapat pahala....harap2, niat murni LY ni tercapai pada masa yang LY mahukan.

Kedua, kumpul maklumat sebanyak yang mungkin pasal course, universiti, atau mana2 peluang nak buat master sama ada dalam atau luar negara.

Ketiga, pastikan dalam pecahan gaji ada bahagian tabungan untuk perbelanjaan EDUCATION. Manalah tahu, tetiba nak sambung master guna duit sendiri. Atau pergi luar negara  kan....banyak tu nak guna duit. Wajib juga tahu macam mana nak cari punca2 sumber kewangan/tajaan/biasiswa sebagai bekalan tambahan.

Keempat, kumpul maklumat yang boleh dipercayai berkaitan sambung belajar seiring kerjaya dari segi hak seorang guru muda yang belum cukup matang dalam tempoh perkhidmatan.

Kelima, mencari rakan2 yang telah membuat program master / kawan2 yang telah memulakan program master / bakal memulakan program master / kawan2 yang ada niat nak sambung master. Boleh tukar2 pendapat mengenai proses dari awal hingga akhir.

Keenam, menggubal perbelanjaan master program seiring hal2 kehidupan yang rutin. Memastikan semua aspek terjaga dan tidak diabaikan.

Ketujuh, sentiasa berdoa agar impian dimakbulkan Allah dan dipermudahkan urusannya. Sampai sini dulu pelan tindakan strategik (PTS) pendidikan LY. Kalau ada yang nak ditambah, lain kali sambung lagi.

Kepada kawan2, jangan malu jangan segan nak share apa yang korang dah rancang pasal masa depan korang sama ada dekat FB or blog korang (LY tak ada tweet, LY okay). LY pun nak tahu pasal program apa yang korang nak ambil nanti....U mana korang nak masuk...nak jugak tahu, kalau kita ambil universiti swasta ni macam mana keadaan dan situasinya. Kalau nak pergi oversea macam mana....peluang itu...peluang ini.....korang jangan kedekut maklumat okay!!!!!!
Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

~batubersurat:restu keluarga jangan dilupa!~

Thursday, January 20, 2011

Kerja lamA

Salam sayang semua.

Hari ni Khamis, bersamaan cuti Thaipusam.
Hari ni LY kemas2 dapur.....kemas2 bilik...basuh cadar...basuh baju kerja minggu lepas....cuci toilet.

Lepas tu lepak2 dekat rumah Fiza jap...
Sekarang ni tak tahu nak buat apa dah. Nak tidur petang pun, hari dah nak maghrib.

Waktu2 macam nilah terlintas benda2 yang tak sepatutnya terlintas.
Tetiba je kan....LY terfikir pasal kerja lama LY. Kerja yang merangkap bisnes part time.
Dulu time tengah tunggu result posting....bisnes yang agak suam2 kuku yang LY buat adalah...tidak lain tidak bukan...iaitu....kelas tuisyen.

Oooooooohhhhhhhhhhhhhooooooooiiiiiiiiiiiii....tetiba kan rasa macam nak buat kelas tuisyen dekat rumah ni....nak ajar addmath atau math atau kimia. Tapi...tapi...tapi...tak tahu nak mula dari mana...

Nak cari student tu LY fikir nak tarik bebudak sekolah SDASA atau PD High School. Sekolah tu kan amai budak2 sains...kalau sekolah Raja Jumaat ni ada 1 kelas science stream je. Yang kelas ke dua tu kelas akaun. Diorang ambil subjek perdagangan + addmath . Nak jugak cuba2...tapi budak2 nak ke???
Entah2 diorang dah pergi kelas tuisyen lain kan.

Dekat sini banyak jugak pusat tuisyen. Mesti budak2 dekat PD ni suka pergi kelas tuisyen kan....
Manalah tahukan...kalau LY buat kelas kat rumah ni, ada budak nak datang...boleh jugak cari duit extra....
Cari duit buat pergi melancong hujung tahun....
Cari duit nak pergi haji....(yang ni super tinggi punya cita2)...
Nak cari duit  untuk RX8....(kan best kalau duduk Labuan/langkawi....kereta murah tu)...

Dapat dalam RM300 macam selalu buat dekat Lui dulu best jugak ni....
Boleh lah LY nak beli TV + pasang Astro!!!!!!!!!!!!

~batubersurat: ada sesiapa nak tolong buatkan pamplete iklan tak???~

Wednesday, January 19, 2011

:: Anak Wak Lan yang LY kenal ::

Salam sayang semua.
Tetiba rajin bebenor LY nak meng-update cerita petang2 ni.

Hari ni tetiba jugak ada rasa rajin nak update pasal seseorang. Tak lah rapat mana tapi confirm dah lama kenal.

Beliau ni lelaki. Kenal masa sekolah rendah. Sama2 satu kelas masa sekolah Lui. Sekolah mengaji agama pun sama. Almaklumlah, dalam Lui, tu je sekolah yang ada. Kejadahlah sangat LY nak sekolah jejauh dari rumah...siapa nak hantar dan jemput???.

Beliau ni bukanlah budak super genius pun. Tapi kategori bolehlah membaca, menulis, mengira dan sebagainya atau lebih tepat lagi...bukan budak bermasalah dalam pelajaran. Yang pastilah kan....seingat LY, beliau ni bukan top 5 sebab yang top 5 dalam kelas telah di kuasai oleh LY dan rakan2 perempuan serta seorang apek jambu pendiam. (Tak termasuk pendatang baru masa darjah 6 sebab ni ambil kisah lazim atau purata...hehehhe...korang faham tak???))

Tapi beliau ni top bahagian lain. Antaranya adalah kisah fairy tale bersama mantan pacar beliau yang juga kawan LY (untuk pengetahuan korang, kawan LY tu block LY dari FB dia.....hehehe...sebabnya LY jadi jahat mengganggu gugat hidup dia....sekarang ni kawan LY tu dah tunang tau)
Antara punca kuasa dua sebab2 beliau ni femes (FEMES KER???)dekat sekolah adalah kerana mak saudara beliau mengajar dekat sekolah tu. Juga merangkap cikgu LY iaitu Ustazah Azizah Rasul (sekarang ni  mengajar dekat sekolah menengah lama LY, SMKAJ)

Punca lainnya, sebab beliau ni pada waktu itu merupakan cucu imam masjid. Masa tu atuk beliau tu sihat walafiat kuat cergas....iaitu Haji Rasul. Senang je kalau nak bercerita atau men-deskrip pada mak LY masa zaman sekolah dulu. Mak kita manalah nak ingatkan nama kawan2 ni....maka, kita gelarkan je kawan2 kita menggunakan nama mak ayah atau atuk diorang. Macam beliau ni...."Ala....cucu imam Rasul tu..." Lebih kuranglah ayatnya.... (Tapi kalau cik Ani Kadir, beliau memang terer hafal nama kawan2 LY)

Lain2 hal, sebab beliau ni pengawas walaupun bukan ketua pengawas sebab jawatan tu di sandang oleh anak kawan mak LY, iaitu makcik Rahmah. Ketua pengawas masa 1999 tu, adalah Encik Yusuf Ayub (baru je dapat encik ni)....dan ke-confirm-an jawatan penolong ketua pengawas bukan beliau dalam cerita ini kerana jawatan itu di amanahkan kepada Cik Norazian Ramli (kalau korang kenal dia, kirim salam tau). Lagi pasal beliau ni masa sekolah sebab main sukan kot.  Kalau bab masuk pertandingan akademik bukan beliau....sila harap maklum....sebab sekolah hantar apek jambu pendiam pergi bertanding bersama dengan Cik Norazian Ramli.

Dekat sekolah agama, cerita pun lebih kurang je. Akademik biasa2 je.

Walaupun beliau kurang A dari LY masa UPSR dulu ni (yang result periksa SRA tak pulak LY buat perbandingan). Mungkin result SRA beliau ni top kot, maka dengan itu beliau telah masuk ke sekolah asrama agama dekat Batu 10, Hulu Langat atau lebih tepat lagi diorang suka gelar SAM10. (Sebut Samten)

Ohhhhoooooiiiii...pakai orang dalam ke apa ni....(kes2 kroni ni biasala kan....dekat mana2 sekolah pun ada). Kira macam sekolah budak baik-pandailah jugak kat situ. Masa tu yang masuk sekolah asrama ni, beliau ni, Yati, Mira, Hajar dengan Najwa. Walaupun bilangan A LY lagi tinggi dari diorang, tetap jugak diorang yang masuk asrama. Sungguh tidak adil disitu.
"Adil2....sebab LY tak terer pun Arab ni"
Diorang ni terer Arab masa dekat sekolah agama dulu ni....sebab tu lah diorang dapat masuk asrama agaknya.

Apa2 pun, beliau ni bersama Mira berhenti jugak dari SAM10 tu lepas dari PMR. Masuk sekolah sama dengan LY. Sekolah tercinta, SMK Abdul Jalil. Sekolah harian yang paling pedalaman dalam area Hulu Langat. Korang jangan terkujat pulak sebab LY masih lagi nak ber-bagak nak bagi tahu yang BAHAWASANYA, bilangan A LY masa PMR tu teramat berganda dari diorang2 yang tinggal dekat asrama nun.....

Ohhhhhhoooiiiiiiiii......asrama dan status sekolah belum menjamin ke-gempak-kan yang mampu korang buat dalam exam. Sebabnya, ini hakikat dunia....di mana pun berlian dicampak..tetap jua bersinar. Tidak seperti kaca...walau dikilat setiap hari, habuk pasti jua melekat.

Masa sekolah menengah, ke-femes-an tidak pula sempat diukur kerana jarak kelas sangat jauh, iaitu kelas LY di aras bawah manakala kelas beliau di aras atas. (Form 5 blok F)
Cerita sekolah menengah, LY tak ambil port pasal beliau ni. Setakat tegur2 dengan mimik muka angkat kening + senyum2 dekat kantin  serta sahutan mesra "woi" menjadi penghubung.

Lepas SPM, lagilah kita2 tak ada jumpa (rasa2nyalahkan). Masing2 bawak haluan sendiri. Nasib baik still ingat rupa dengan nama lagi. Lepas habis sekolah, kalau jumpa pun tegur dengan bunyi hon motor je.

Cerita2 pasal beliau ni  LY  tau sebab di-updatekan oleh Najwa. Beliau ni rajin contact dengan Najwa. Almaklumlah, dulu kan sekolah sama....maka ada lah benda yang diorang nak bincangkan. Chop....silap, sebab beliau pergi beli rokok dekat kedai Faizal tu yang jumpa dengan Najwa. Time semester break kan Najwa jaga kedai Faizal. Masa ni LY selalu gelak2 kan Najwa pasal brader kampung Baru yang nak mengurat dia. (Kejadah cerita pasal Najwa pulak ni)

Hot2 gosip pasal beliau ni, selalulah jadi bahan bualan. Bukan mengumpat ye sebab tak bawak bahaya pun kan. Lepas tu, time hari raya, syoklah berkumpul dengan kawan2 sekolah rendah ni. Termasuklah beliau ni.
Mulalah cerita2...tanya soalan cepu gangsa perak...update pasal diri masing2.....beliau ni suka jugak luah perasaan yang beliau simpan stok bulan2 punya. Nasib baik, memory LY ni low...LY mampu dengar je....nak simpan ambil yang penting je.

Lepas tu jumpa dekat friendster bagai. Chop....beliau kata friendster tu fake. Owh tidak....tertipu sudah. Apa2 je lah kan. Kalau pasal contact through phone ni, nan hado beliau ni nak mesej LY. LY pun nan hado nak mesej beliau. Seingat LY lah kan, mesejnya adalah dua tiga kali je kot. Kalau beliau ni call....soalannya, "Ko datang tak kenduri kejap lagi ni???" Dan yang pasti, bertanya je lebih beliau ni.Sebabnya beliau datang time LY dah balik. Tak pun dekat2 LY nak balik. Sungguh tidak bersopan bila kita banyak story nak update.
Chop....bukan story kot...tapi sesi emo2 dan lepas geram.

Dekat FB pun, LY bukanlah rajin sangat nak menyemak dekat wall beliau ni. Nan hado LY nak tanya "ko buat apa?? Ko keje kat mana?? Sihat ke bro " Pergi jahanam dengan soalan2 tu. Yang penting adalah, bertanya "bila nak belanja aku makan ikan bakar???"

Cerita2 buruk....habit2 buruk + pelik....tu biar orang lain yang story. LY cerita apa yang jadi dekat LY je.
Orang yang di maksudkan adalah Saudara Shah Effendi bin Maselan. Saudara tau...bukan encik!!! Ni orangnya...
[dinner alumni sekolah Lui]

Untuk pengetahuan korang, ayah beliau iaitu pakcik Maselan a.k.a Wak Lan, LY kenal lagi lama dari Shah ni. Sebabnya, masa kecik2 dulu, abah LY akan bawak LY breakfast dekat kedai Atuk Kutan. Masa dooolllooo2 tu kan. Ayah Shah ni pun suka breakfast dekat situ. Sampai sekarang  ni pun, kalau tetiba LY rajin nak pergi breakfast dekat kedai Induk (kedai pak Akob) makan roti canai, Wak Lan pun mesti ada. (Sebab kedai Atuk Kutan tu dah tutup...atuk Kutan pun dah lama arwah). Kiranya lagi selalulah LY jumpa Wak Lan dari jumpa Shah. 
Kadang2 tu, mak Shah pun ada makan dekat kedai Induk. Tapi mak Shah a.k.a makcik Sabariah selalu datang dengan atuk dan nenek Shah. Naik MyVy putih tu....

LY rajin bebenor cerita pasal beliau ni sebabnya hari ni, hari jadi beliau yang ke-24.
Owh tidak.....tak lama lagi LY pun akan masuk 24. Tak percaya nya umur dah makin tua. Dah makin dekat nak mati.

Dekat FB, Ly tak ada masa nak wish2 ni....hahaha...tapi kat blog ni rajin pulak nak wishnya.

Kepada Shah.....selamat tua wei...semoga dapatlah aku menghabiskan duit ko untuk membelanja aku makan ikan bakar. 
Sempena hari jadi ko ni, aku nak ucapkan 
-semoga ko murah rezeki dan diberkati oleh Allah selalu.
-semoga sampai jodoh dengan awek ko....(kalau nak hadiah kawen special, bagi tahu awal2....kalau bagi tahu lambat, dapat tapperware je nanti)
-semoga tak ada yang dendam kesumat lagi....(aku sedia jadi pendengar cerita2 dongeng ko tu)
-semoga friendship kita bersambung dari generasi ke generasi
-banyak2 sangat ucapan, nanti tahun depan aku nak wish apa kan...so..stop sampai sini.

Sekian cerita rajin LY pasal seseorang. Ada sesiapa nak request LY buat autobiografi bagi tahu ek..buat masa sekarang, free of charge....esok2 kalau LY dah femes jadi writer autobiografi, tak mampu pulak korang nak bayar upah LY nanti. Huhuhuuhuhuhu.........angan2 itu penting!!!!

Tuesday, January 18, 2011

Semangat Tun Teja

Salam sayang semua.
Hari ni Selasa.....tak ada latihan rumah sukan....balik dari sekolah tepat jam 2:40 sampai rumah...
Petang tadi tengah syok2 tidur tetiba cikgu Fiza call kata nak tengok rumah.

Dengan jayanya, LY pun membawa cikgu Fiza dan cikgu Ain meronda rumah kuarters LY ni.
Semangat sungguh mereka2 meng-komplain rumah LY ni.

"Ni lah baru rumah bujang"

Tu ayat nak kata rumah LY tak ada barang la tu kan....hehehe...
"takpe takpe....nanti dah gaji, kite beli barang bagi lengkap macam rumah dia pulak"

Sebenarnya mereka2 tu baru balik dari memantau rumah sukan masing2.
Semangat sungguh mereka berbaju sukan bagai.

Kalau tengok gaya LY pergi padang.....sungguh teramat bersemangat ye semua.
Macam ni lah aksi seorang guru memantau latihan tarik tali.
[tengah stand by nak suruh budak tari tali]
Semangat Tun Teja kan gaya LY turun padang train budak2 sukan.
Kain batik tu melambangkan pemakaian hari Khamis minggu lepas.

Ni lah life cikgu....pagi mengajar...petang train budak2 main sukan....supaya badan sihat otak cergas...
Cikgu tak payah sukan lah kan...otak dah terlebih cergas masa mengamuk dalam kelas kalau budak2 tak buat kerja yang kita suruh....

 ["yang sebelah kanan ni dah sedia ke belum.....nak mula dah ni"

["yang seblah kiri....1...2...3...tarik"]

Korang tengok betapa bersungguh2nya LY train diorang berlawan untuk kejohanan sukan sekolah bulan depan ni.....siap buat game lelaki lawan perempuan tu...
Confrim lah rumah merah menang lepas ni.

Buat pengetahuan korang....nun jauh di hujung padang sana, disebalik pagar dawai hijau terdapat sebuah sekolah iaitu SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PORT DICKSON. Kan best kalau Ady or mana2 coursemate mengajar dekat situ....boleh jugak jadi tempat kongsi2 pendapat..
"Ady, ko kalau nak transfer, mintak PD okay....belakang sekolah aku je"

Hari ni dalam sejarah, kelas 1 Nilam dapat hadiah rotan kat bontot masing2. Seorang nyaris2 makan rambut. Lepas ni ada yang rambut panjang, dengan pantas kilatnya gunting LY bekhidmat untuk korang. Yang nak kena simbah dengan air pun ada tadi.....siaplah siapa yang letak botol air atas meja....nantikan je NATES2 menghasut LY buat kerja jahat. Setakat nak pukul rotan meh serah kat LY....di tanggung beres.

Sampai sini dulu...sekian terimakasih.

~batubersurat: YA BATIN (99 nama Allah) - 300x setiap selesai solat 5 waktu, Allah akan bukakan baginya keberanian sejati~

Monday, January 17, 2011

Brader grunge yang carinG

Salam sayang semua.

Update terkini selepas bercuti dengan jayanya di Lui tercinta.

Apa nak story dengan  you all ek. Tak ada idea sebenarnya ni.

Last week kan before balik dalam hati teringin nak makan bubur jagung dengan lepat pisang.

Tapi tak dapat pun. Tak sempat nak buat request dengan Datin A.

LY just dapat makan bubur labu, cekodok ikan bilis dan gulai lemak cili api ikan talapia campur bunga kantan!!!!

Untuk pengetahuan korang semua. LY balik Lui sendirian berhad. Tak ada orang jemput dekat Lukut ni!!!
Untuk orang2 yang tak pernah mengalami situasi kesesakan di tempat awam pada hari2 cuti adalah satu peristiwa yang amat men-jakun-kan.
Sungguh LY tak tahu pun keadaan sesak macam ni!!!
Dah lah lecak sebab hujan. Nasib baik pakai kasut. Kalau sandle, dah melekit2 kaki LY agaknya. 
Beratur panjang2 nak beli tiket. (Masa ni lah tetiba terpikir nak guna touch n go)
Nak beli tiket guna mesin tu tak tahu pulak...tapi lebih kurang je sama panjang masa beratur  dekat kaunter hari tu

 [panjangkan q]
 [awek2 ni mesti dak2 UiTM Kuala Pilah, takpun kolej komuniti kat N9 ni....budak sekolah agama n asrama pun ramai masa hari tu]

Masa tunggu tren sampai tu, LY borak2 dengan orang kampung LY atau lebih tepat lagi kawan adik LY yang belajar dekat SMAP Labu....kesian bebudak ni...kecik2 lagi dah kena berdikari.... (kesian dekat LY, dah besar2 baru belajar nak berdikari)

Sampai dekat Kajang, sementara tunggu Sab sampai, LY  berdiri dekat luar tempat orang menjual.
LY tengok ada seorang abang ni....grunge + punk jugak lah gayanya. Mesti stok2 ganas ni. 
Brader tu tengah cakap2 dekat telefon dengan riak muka yang serius.

Antara dialog yang best LY terdengar adalah lebih kurang macam ni.

"Sekarang ni, adik ada duit ke tak nak balik?? Nak sampai sini pukul berapa?? Kenapa adik pergi merayau??? Boleh tak nak balik ni???"

Dalam hati, adui....muka dah ganas tahap naga nak telan dinasor dah....tapi dalam hati...peeerrrrggghhhhhh....caring nya brader ni.

LY bajet kan...adik brader ni sekolah asrama dekat N9 sana tu, balik dari asrama adik brader tu pergi joli2 dekat Terminal One agaknya. Adik dia joli2 sampai lupa nak balik + kehabisan duit. Maybe brader tu dah janji nak jemput dalam pukul 6 atau 7 lebih tu kan. Tapi bila tren lalu, adik brader tu tak muncul2. Tu yang brader tu tepon adik dia agaknya. Tup2...adik dia sangkut tak de duit nak beli tiket harga RM 4.60 untuk turun Kajang ni. LY bajet kan....adik brader ni mesti budak lelaki form 1. Isk3...sadis betul adik brader tu....tak tahulah macam mana gamaknya ending cerita brader tu hari tu. Hope adik dia selamat sampai ke rumah.


Tunggu Sab ni memang azab....janji jam 7...tapi sampainya dekat2 jam 8. Ni lah beza berjanji antara adik dan abah. Kalau janji dengan abah jam 12:30 tengahari, confirm jam 12 abah dah sampai + siap borak2 dengan guard2 lagi. Tapi bila janji dengan adik2.... "Iyeeee...jap lagi sampai"....
Nak menunggu dia punya "kejap lagi tu" bukan sikit2 punya sabar.

Apa2 pun....sepanjang 3 malam 4 hari dekat rumah, dapat rest yang tiada perinya. Seronok tengok Arissa yang makin tembam. Tapi belum pandai merangkak lagi. Dia ambil step mengundur sambil mengengsot dulu. Berkepit je dengan Arissa sepanjang Sabtu dan Ahad. Kalau Ada, jangan ceritalah....badan makin mengembang. Nak angkat naik atas motor pun LY kena tarik nafas dalam2 baru lah ada tenaga.
Kak ngah LY pesan, biar dia naik sendiri atas motor tu.

Okay, tu cerita minggu lepas...lepas ni lagi 2 minggu baru balik Lui semula. Cuti seminggu lagi....best2...
(yang jadi tak best sebab gaji tak dapat lagi)

Hari Sabtu yang akan datang ni, 22 Jan, ada merentas desa dekat sekolah. So, sepanjang minggu ni sedikit sibuk membuat persiapan (orang lain je yang sibuk...LY jadi penyebok je). Job LY senang je...jadi pengawas check point.

~batubersurat: tadi tetiba Kat tanya, apa benda pertama yang nak beli bila dapat gaji??? LY jawab...."aku nak beli gas untuk dapur aku"~

Thursday, January 13, 2011

Jiwa LY

Ffffffuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
hhhhhhhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh..........
mengah!!!
semput....

Hari ni bawa 1 Delima masuk makmal.
Aku suka kelas ni.
Kelas ke dua pandai kat sekolah ni.
Budak2 semua stok2 4A masa UPSR.

Kencanglah juga nak mengajar anak2 orang yang pandai even tak superb macam kelas Berlian tu...
Stok 5A-7A.

Hari ni topik kitorang SI unit dengan prefix symbol.

Jenuh jugak nak meng-explain-kan macam mana terciptanya gabungan prefix dan SI unit.
Tak tahulah kalau LY yang salah explain tadi.

Tapi LY confirm seratus tiga puluh tujuh peratus budak2 dah faham macam mana 3 kilometer (km) boleh muncul bila asal nombor adalah 3000 meter sahaja.....

hehehe....
simbol depan adalah untuk PREFIX, simbol belakang SI unit.
contoh : mm = milli meter (milli-prefix 10^-3, meter- SI unit)

Korang ingat jadi cikgu senang ke???
Susah okay.....tak ada jiwa, lagi susah nak mengajar.

LY pun tak tahulah jenis ada jiwa ke tak.
Tak tahulah sesuai ke tak mengajar ni...

Apa2 pun, kena ikhlas dan sabar.
Biasalah budak2....buat bising tu normallah.
LY dulu pun suka jugak bercakap dalam kelas. Tapi tak pernah lah kena marah kaw2 punya.
Mungkin sebab dulu kelas semua Melayu, maka sopan santun masih terjaga.
tapi sekarang ni, nak berdepan dengan lain2 bangsa...
Berat okay....
Bila diorang naik syok, dah macam pasar malam dibuatnya.

Sekian saja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain kali.
Salam sayang dari LY.
Esok bumi perpatih cuti sebab Yam Tuan Besar nak sambut besday.

~batubersurat: petang ni ada latihan rumah sukan sampai jam 5 okay~

Wednesday, January 12, 2011

:: Maklumat lanjuT ::

Hoooooyyyyyyyeeeeeeeeaaaaahhhhhhh....
Hari ni Rabu...
Hari penat kuasa enjin turbo.

Ni LY nak kongsi celita sama lu orang (duduk Lukut ni LY speaking hancur gila...cakap Melayu hancus...yang keluar semuanya "ooiii2...hey amoi...hey apek....tambi....tangechi...)

Ni lebih kurang sambungan butir peribadi semalamlah juga kan...

PENGETUA : LELAKI - MR CHEAH LEF NG
GPK AKADEMIK - PN HJH HANIAH
GPK HEM - TN HJ KARIM.
GPK KOKU - DR THARMAMBIKHAI...

CIKGU LAMA = 60 ORANG
CIKGU BARU = 11 ORANG

RATIO RACES : INDIA MENANG. KEDUA CINA, KETIGA MELAYU.

JADUAL WAKTU SEKOLAH :
ISNIN-SELASA-KHAMIS : 7:10-7:30 : NILAM, 7:30-2:30- PNP
RABU- 7:30-8:50- UNIT BERUNIFORM...(dah mula minggu pertama sekolah lagi!!!!), 8:50-3:10 -PNP, 3:45-5:05- KELAB PERSATUAN /SUKAN PERMAINAN (dah mula jugak minggu first sekolah)
JUMAAT : 7:10-7:30- NILAM, 7:30-11:50- PNP

BAHASA PERANTARA : BAHASA TAMIL, BAHASA CINA, bahasa Melayu masa mengajar je!!!!!

SISTEM KEHADIRAN GURU : THUMBPRINT + PUNCH-CARD (kawasan nak thumbprint n punch card kecik.....sempit kuasa kuda bila yang comel2 berselisih....kalau diorang terlanggar beg LY, hampir2 tumbang jugaklah LY ni)

KERANI : pergi tanya dengan CHEE...dia ada jawapan..
TOILET : I miss toilet in library UPM...
BILIK GURU 2 : Fiza, Liza, Ain, Siti, Bad, Chee, jom kutip duit sorang sikit....nak beli kain buat langsir...lepas ni boleh pasang air-cond....boleh sejuk kan badan bila dah panas lepas marah2 student.
BILIK GURU 1: jangan lama2 dengan PC...nanti kena jadi kerani, save2 data kat PC dari pendrive.

LATIHAN RUMAH SUKAN (RUMAH MERAH!!!!) :PEMANTAU PASUKAN SORAK BERSAMA DILLA....jadual setiap minggu masa latihan rumah sukan....(Oiii Fazwan...kau tukar lagi jadual latihan rumah sukan, memang aku simbah botol sos depan pintu rumah kau....)

Okay, cukup sampai situ je...nanti kalau ada apa2 perkembangan sekolah, LY update lagi!!!

~batubersurat: LY dah dapat geng gosip dengan cikgu senior.....i like u kak rosnah...baya2 makcik LY ni~

Tuesday, January 11, 2011

:: Butir Peribadi :

NAMA : NORAZIAN RAMLI
TARIKH MULA BERKHIDAT  : 11 NOVEMBER 2010
JAWATAN SEKARANG : DC41
JAWATAN KHAS DI SEKOLAH :
  1. GURU TINGKATAN 1 MUTIARA
  2. SETIAUSAHA RUMAH MERAH
  3. SETIAUSAHA SPM 2
  4. JK TANDAS
  5. GURU PENASIHAT KADET REMAJA SEKOLAH
  6. GURU PENASIHAT KELAB KECERIAAN
  7. GURU PENASIHAT BADMINTON
  8. JK 3 K (KEBERSIHAN)
  9. JK PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN SPM
  10. GURU SUBJEK SAINS TINGKATAN 1
  11. GURU SUBJEK MATEMATIK TINGKATAN 1 
  12. KETUA KONGSI GELAP BILIK GURU 2
 SENARAI NAMA MURID ANDA SETAKAT INI??


SAMBUNG LAGI MUKA SEBELAH.....


ADA LAGI SATU MUKA SURAT
ADA LAGI 2 NAMA BARU....TAK SEMPAT JUMPA LAGI.

KELUASAN KELAS: ALA2 DALAM TIN SARDIN.
KERUSI KELAS MENCUKUPI: CUKUP
MEJA KELAS MENCUKUPI : TAK CUKUP DAN BANYAK YANG TERCABUT.

PURATA RESULT UPSR KELAS ANDA : C DAN D BAGI SEMUA SUBJEK
ADA PELAJAR PERALIHAN TAHUN LEPAS : ADA...10 ORANG.

WAKTU KE SEKOLAH : 7:00 PAGI
WAKTU SAMPAI RUMAH : KADANG2 JAM 3 KADANG2 JAM 5:07 PETANG.

SUDAH MASUK MAKMAL DENGAN PELAJAR : SUDAH, PERTAMA DAN TERAKHIR UNTUK TAHUN INI.....

APA YANG ANDA TAK SUKA : PEMENTASAN DR JECKYL  AND MR HIDE. LATIHAN RUMAH SUKAN, PERSATUAN/KELAB SETIAP HARI RABU!!!!!!!!!!!!!!!!

~batubersurat: kesian lagi dengan Kak Sha, Fiza, dan Ain...job meletup2...jaga kelas exam...."Yan...tolong beryukur.....orang lain lagi teruk dapat job macam2!!!!"

[kalau ada DSLR ni....hari2 aku usha kapal ni lap maut kat kawasan PD ni]
 

Monday, January 10, 2011

:: jiwa dan hati ::

jiwa oh jiwa...
kenapa mesti celaru..


hati oh hati...
kenapa mesti haru....


jiwa oh jiwa..
tolonglah datang..


hati oh hati...
tolonglah stabil....


jiwa oh jiwa...
hati oh hati...
janganlah macam ni....
sesak nafas sesak nafsu...
sakit limpa sakit hempedu...


jiwa oh jiwa...
hati oh hati...
tabah cekal tegar marilah bersatu menjadi batu...
amarah geram sebal tolonglah melebur menjadi debu...

------
Ketahuilah oleh kalian, bahawasanya diriku ini hanya insan yang lemah.
Ketahuilah oleh kalian, marah2, jerit, pukul2, rotan2, tampar2, cubit2 itu sangat sakit untuk aku lakukan. Tapi itu pinta kalian.....rasakan herdikan, jeritan, tamparan, cubitan, pukulan. Bila emosi menguasai tindakan dan akal, hinaan dan kejian pun akan ku sajikan buat tatapan dan hidangan harian telinga kalian.

Kalian adalah insan....
Punya hati punya perasaan seperti jua diri ku...
Tapi sedarlah wahai kalian....
Jangan sesekali pinta diri ini untuk meng-haiwan-kan diri kalian.
Sesungguhnya kesabaran ku ada batasnya
-------

YA ALLAH YA TUHANKU,
TABAHKAN HATI KU MENEMPUH HARI2 MU
KUATKAN AKU MENJALANI SETIAP SAAT MU.
TEGARKAN AKU SETIAP DETIK WAKTU
LAPANGKAN HATI  JIWA RAGA KU
IKHLASKAN TUNJUK AJARKU
HINDARKAN AKU DARI AMARAH

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
SEMAIKAN AKU RASA KASIH RASA SAYANG

YA QUDDUS YA SALAM
SUCIKAN HATI KU SELAMATKANLAH AKU

YA JABBAR YA GHAFFAR
PERKASAKAN DIRI KU DENGAN SIFAT PENGAMPUN

YA QAWI YA MATIN
KUATKAN AKU KUKUHKAN HATIKU
MENGHARUNGI ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD- MU

************

info: mengajar kelas tercorot campuran Melayu, Cina, India disertakan dengan disiplin, akhlak, sikap yang skalanya negatif bukan sahaja mencabar, tetapi TERCABAR, DI CABAR, BERCABAR, PENCABAR, CABARAN bukan lagi perkataan yang sesuai ada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

~batubersurat: adakah harus ku korbankan waktu Sains dan Matematik mengajar ADAB dan TATASUSILA KESOPANAN??? justeru di manakah kelogikan dan keberkesanan Sivik, Moral dan Pendidikan Agama~