Tuesday, April 26, 2011

Saya memang OBSESI

First of all, kalau ada yang nak kata LY ni gila or what so ever....LY pasrah...coz LY tahu siapa diri LY sebenarnya.....ceeeeeeewwwwwwaaaaaaaaahhhh......sadis tak??

Entry ni memang out of normal behaviour....memang out GILER2.....

Pada yang still sudi nak baca entry ME-MENGONG ni LY sangat berbesar hati....

Mana yang dah sedia maklum, minggu ni adalah minggu persiapan terakhir perkahwinan kekasih-tak-jadi LY iaitu Prince William dan Kate Midleton. Sebelum kita menempuh hari Sabtu 29 haribulan ni...apa kata kita kembalikan memory kita ke zaman silam....

Kita ke tahun 1981....baca betul2...sembilan belas lapan puluh satu ye!!!!
Memori yang dikembalikan secara eksklusif semalam dekat chanel 707 TLC....

cepat teka....memory apa ni????
klu die....askar berbaris kawad hormat....ada bidadaro kecik tengah berdiri dekat red carpet ...
boleh imagine tak korang ni???????
tau tak apa jawapan dia???
hahahha....mesti kompius kan....

okay...ni lagi satu gambar....
klu seterusnya....
bidadari kecik yang berdiri kat carpet merah tu tengah tunggu orang yang naik kereta kuda ni...
kuda tak nampak pulak dalam gambar yang LY ambil ni...
hehehhe....
jom tengok next gambar....
siapa yang akan turun dari kereta kuda...
orang yang ditunggu telah turun dari kereta kuda berjalan atas karpet merah dengan veil yang sangat panjang...
veil tu panjang nya 25 kaki u'all....
jangan main2....
bidadari kecik tu sampai sekarang night mare sebab kena pegang veil yang panjang berjela tu....
mesti u'all dah boleh teka kan....
puteri jalan masuk...menunggu dekat tepi tu ayah puteri tu...

let's go to next pict...


here we goooooooooo...
our dear....
LADY DIANA....

memang fairy tale gila masa Lady D kahwin ni...
tak ada siapa boleh lawan lah masa tu kan....
tapi sekarang ni tak payah cerita lah...
wedding kat Malaysia pun banyak jugak yang ala2 fairy tale ni...
tapi kos nya pon gila2 lah kan....
jom layan gambar me-mengong yang LY ambik ni hah...
cuba korang search apa yang biru dalam statement tu cuba bagi tahu????

Masa ni Lady D dah sampai dekat depan Prince Charles...
Korang tengok tiara yang Lady D tu pakai...cantik terbaik terpower tau....
memang marvelous giler arh...
kalau LY yang pakai confirm kepala jadi senget2 punya....

Ni Queen Elizabeth...masa ni je umur beliau baginda dah 80 tahun okay...lapan puluh!! Baju sempoi je baginda pakai...warna hijau...tapi cuba korang tengok dekat brooch yang baginda pakai...tu kalau pakai dekat tudung tu mahu nye terkoyak baju kurung LY.... 

Kebelakang balik....ni betul2 masa ayah Lady D tengah mengiring ke Prince Charles. Ayah Lady D ni cara beliau cakap memang pekat la dialek daerah Wales dia tu....

 Gambar ni LY saja edit warna sebenarnya sebab tak nak bagi korang tengok apa warna mata Lady D yang sebenarnya....cantikkan beliau ni....

 Masa ni lah saat2 yang paling dinantikan dengan jawapan "I Do"
Prince Charles a.k.a ayah William ni masa ni dah tua pun...Lady D je yang muda lagi....

and lastly.....meh tengok siapa yang menyaksikan perkahwinan Lady D dengan Charles ni...

 Camilla Parker.....kekasih lama Charles yang akhirnya berjaya jugak jadi wife Charles sekarang ni selepas sekian lama Lady D mati.
Masa ni Camilla pun dah tua....baya2 Charles jugak....dan yang penting, masa ni Camilla dah kahwin tapi dengan orang lain...dah ada anak pun masa Charles kahwin dengan D.

Wooohhaaa...tulah out of normal behaviour seorang yang bernama LY...padahal boleh je nak ambil gambar yang jelas melas dekat Google tu hah...tapi saja je LY nak meng-gila-kan diri ni...huhu...

Sepanjang seminggu ni, layan dokumentari pasal ROYAL WEDDING je okay....mana2 yang tak ada TV tu jangan jeles...korang google je lah okay!!!

Pada yang ada rasa ragu2 kenapa LY OBSES dengan LADY D dan William ni....korang tak payah nak ambil serius sangat okay.....LY masih seorang Islam. LY tahu yang mana baik yang mana salah.


Dah lah...malas nak karang panjang2...nanti muntah pulak korang baca....
Stay tune okay you all....next time LY cerita lagi pasal Lady D kesayangan ramai ni dan membuat liputan khas perkahwinan kekasih tak jadi LY tu...

~batubersurat: ingat tau 29/4/2011...jam 3 petang di semua saluran 700 astro!!!~



Monday, April 25, 2011

Kehidupan

Salam sayang semua penghuni alam :)

Apa nak taip ek....LY sudah kekurangan nafsu untuk menaip apa2 entri sejak kawan2 pun senyap ber-blogging. Ditambah pulak sekarang ini LY ditemani buaya-friend yang baru iaitu Encik Ahmad Astro.

Berpacaran pulak dengan kekasih sepenuh masa iaitu Encik Akurium Aquos.....selalulah LY layan ikan berenang sampai tak ingat dunia.....

[table kuarters, kotak kipas laptop....tak payah susah2 nak beli meja TV yang proper...asal boleh letak sudah....]


Nafsu nak blogging ni berkadar songsang dengan suasana sekolah yang baru.....
Mood nak mengajar tu graf nya dah jadi negatif gara2 seorang Lady....Bukan LY sorang je yang mengalami penurunan mood graf ni...tapi cikgu2 lain pun sama.
Hidup cikgu2 King Friday huru hara dah sekarang ni.....FIY, King Friday bertukar tampuk pimpinan.

Mr Cheah Lef Ngan (pengetua) naik pangkat lagi, bertukar sekolah ke Seremban...
Dan King Friday dapatlah pengetua baru....

Ooooooooowwwwwwwwwhhhhh...night mare.....takut2....
Seram3....hari2 rasa macam masuk dalam kem askar....
Rasa macam menghadap dengan jeneral kuku besi je dekat sekolah.
Kalau korang nak tahu, dapat pengetua perempuan yang sifat cerewetnya lebih tinggi dari suhu yang mampu termometer makmal mampu ukur adalah suatu perasaan yang sangat menggerunkan.....tak tercapai akal LY nak mentafsirkannya.

Hari ni pulak dah guna jadual baru yang keluar hari Khamis lepas. Masak u'all...menangis tau tak.
Tambah 2 waktu lagi...subjek SIVIK Form 3.....jadi 26 masa seminggu = 26 x 40 minit. Nak mengajar ade lagi 3 minggu sebelum midterm mula. Silibus teori Sains dah habis sampai bab 4....tapi amali nya tak habis lagi...hahaha...carca marba gila LY ngajar sains.....macam orang lari kena kejar hantu je....

Silibus Math, esok baru nak masuk Percentages....harap2 boleh lah melajak dengan pantas macam cheetah.....LY nak pulun habis2 drill budak2 jawab soalan ala2 exa...result Mathematics budak2 1 Intan sangat membanggakan walaupun tu kelas ke 4 dari 7. Ada jugak 1 Intan yang markah dia lagi bagus dari kelas 1 berlian (kelas 1st).
Eh.....macam dah panjang je menaip ni...hahaha...
Okaylah, sampai sini dulu sempena memenuhkan entry dekat arkib blog....
Dan sebagai tatapan u'all semua....terutamanya kekasih-tak-jadi yang bakal khawin tak sampai 5 hari lagi ni....meh tatap gambar ni....

Mode menaip : menonton perkahwinan Serina Chef Wan dekat AFC....

~batubersurat: jangan lupa ye 29th April 2011 ni dekat saluran 707 atau ntv7 anda....kalau ada chanel variety lagi syok tengok!!!!~

Saturday, April 23, 2011

Fokus kunci utama kejayaan.

Malam Sabtu yang hening dan berangin ni (sebab LY bukak sliding door)....
LY telah memfokuskan satu kejayaan yang tiada bandingnya.
Disamping melayan Imam Muda - Keranamu Laila -  Vivaah - Maharaja Lawak - Kaho Naa Pyar Hai....LY telah berjaya gosok baju 15 pasang....



Baju dah siap gosok....dah siap masuk almari...dah siap susun nak pakai hari apa....
Maka boleh relax untuk 3 minggu mendatang tak payah BASUH BAJU YANG TELAH DIPAKAI.
~batubersurat: ada bakat tak LY nak bukak kedai dobi???~

Thursday, April 21, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Entri memenuhkan arkib














LY ambil mood nak puasa sunat Khamis esok ni.

~batubersurat: nampak bebenor kebosanannya~

credit to website Everything Inspiring

Monday, April 18, 2011

Kisah perjalanan balik Lui yang meranapkan duit poket!!

Salam sayang semua :)
Lama tak lepak2 dekat sini.
Lama tak buang masa depan laptop nak buat entri..

Huhuhu....
Ni nak cerita pasal weekend lepas...
LY dengan penuh semangatnya mengambil keputusan last minute untuk balik kampung ke Lui memandangkan ada hajat tak tercapai hari Jumaat tu...

Bagi mengubat hati dan lelah menanggung rindu dengan Maharaja Lawak...maka selepas episod membasuh baju kerja stok seminggu dan menyeterika baju untuk minggu ni...maka...LY pun memulakan perjalan balik kampung...

Episod biasa2 bermula...keluar rumah jam 3: 45...tunggu bas dalam 5 minit...lalu bas 828 sebijik....tambang bas RM 3.20 dari Lukut ke Seremban dibayar.

Episod ada penumpang tak sihat dan mungkin tak mandi sebulan lamanya malas nak cerita. Episod kena berdiri sampai Seremban pun malas nak cerita. Episod bersesak dengan bebudak balik asrama pun malas nak cerita...tu cerita normal. Yang LY nak cerita benda2 tak normal je kat sini.

Sampai Seremban...beli tiket komuter ke Kajang RM 4.60. Dalam komuter...stesen Tiroi. Awan dekat mula berubah warna.....dari cerah bertukar jadi gelap...
OOOOOOOOOOOwwwwwwwhhhh....payung tertinggal dekat kuarters....
Ahhhhaaa'.........terbaik....

Sampai Bangi....bunyi dentum2... LY roger tok janggut...tanya hujan ke tak kat Kajang. Keadaan meruncing dekat Kajang.. Sampai Kajang...keluar je kaki dari komuter....air hujan terpercik kat badan. Lari cepat2...naik tangga...turun tangga...tepon kat Esah... Aiiyyoooyyyooo...beliau dah sampai Batu9. Hujan semakin menderu.....melebat tanpa henti.

Macam mana nak jalan kaki ke pekan Kajang ni...payung bukan ada....
Maka....episod luar jangkaan bermula.... naik teksi.....Lesap RM6...
Teksi berhenti depan Metro Kajang je...kena lari  pergi tempat bas..
Sebelum  melintas ke seberang jalan ...LY berhenti dulu beli payung sebab nak melintas tu hujan masih lebat dan nak menunggu tengah2 jalan tu dah la lama nak tunggu kereta berhenti...
Sebelum badan dan beg basah lencun....beli payung dulu....
Melesap RM 6.50

Tunggu bas U40 depan Maybank macam biasa....

Keluar duit siap2...RM 2...Tapi pakcik bas tak bagi naik pulak...
Tunggu bas lagi...Naik...
"Bas ni tak terima duitlah dik...sekarang ni kena pakai kad"
"Haa......???"
"Ni sistem baru dik"
"Okay....macam mana nak beli kad?"
"masuk duit kat sini...RM 5..."

Aaiiiiiiiiiiisseeeyyyyyyymen....tak ada duit RM5 sekeping lah pulak...
Makanya....melesap RM 10 beli kad RABBIT tu..
Sampai batu 9....ramai lah pulak orang Lui...muka stok2 kerinci memang senanglah nak cam kan.
Tak sampai 5 minit menonggok dekat Batu 9 tu...tetiba dari jauh LY nampak bas Sri Raya...

Apalagi kan...terus tahan dengan muka selamba nye...ape dehal...bas kilang je pun...bukannya lori babi yang LY tahan.....nak harap tunggu bas T412 lalu memang lambatlah gamaknya.

Eehhhhhhhh...tengah LY nak beratur tu...ramai pulak orang Lui yang ambil kesempatan nak tumpang bas kilang pakcik Nasir ni sekali...dalam hati LY..."tahan tak nak...naik nak pulak!!!!!!!!!!!!"

Sampai Lui dengan jayanya....LY tak bagi tahu mak abah pun nak balik...pagi tu dah mesej kata tak nak balik...tapi balik jugak akhirnya....hahhahaha.....

Sekian episod luar jangkaan balik kampung yang berhabis duit RM (3.20 + 4.60 + 6 + 6.50 + 10)= RM 32.30....dah sama macam harga tiket dari Matrik Penang nak balik KL je....

~batubersurat: 2 minggu lagi balik kampung cuti hari pekerja pulak...~

Wednesday, April 13, 2011

PEMBETULAN TARIKH

HARAP MAKLUM KEPADA PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN...
PEMBETULAN TARIKH PRINCE WILLIAM BERKAHWIN ADALAH PADA 29 APRIL 2011....BUKAN 9 APRIL 2011 SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM ENTRY INI...

SEKIAN TERIMA KASIH......PENULIS TERSANGAT SEDIH SAMPAIKAN ANGKA 2 TU TAK NAMPAK DALAM KAD JEMPUTAN TU....


~batubersurat: kan penulis ni pakai spek...mestilah ada masalah penglihatan sedikit~

Friday, April 8, 2011

BERITA : BLOG [ya:alif:nun] lao shi*refugee

Lukut Port Dickson, Negeri Sembilan, 8 April- Blog ini akan berkabung beberapa hari kerana pemilik blog ini sedang berduka lara kerana kekasih tak jadinya akan berkahwin pada esok, Sabtu, 9 April 2011.
Pemilik blog ini mengucapkan selamat pengantin baru kepada Prince William Arthur Louis Philip dan pasangannya Kate Middleton.

Thursday, April 7, 2011

Kejadah yang tak patut berlaku....

Benda2 yang tak patut berlaku dalam hidup  gua hari ni...
benda2 yang sebenarnya gua boleh elak....
benda2 yang sepatutnya gua jaga elok2 macam selalu...
Tetiba berlaku dan gua biar je...biar macam kasi telur dadar hangus dekat atas kuali....

Kejadah apa merasuk anak2 murid 1 Intan kelas matematik gua tadi gua pun tak tau....
Gua sedap2 bagi nombor latihan yang diorang kena buat....tetiba Kah Yong protes kata tak nak buat kerja....dia tibai padam apa yang gua tulis kat papan hitam....

Dan tetiba kejadahnya.....
Gua hangin 1 badan....gua marah satu kelas....gua tibai bagi Exercise 13 tajuk Fraction tu....gua suruh diorang jawab semua.....gua kira soalan tu susah lah jugak....dah lah banyak dalam 25 soalan....nombor pun pelik2....biar diorang rasa.....dan sampai waktu rehat pun diorang terhangguk2 menyiapkan latihan tu....dekat 40 minit gua just duduk lepak dalam kelas tu....

Dan kejadahnya apa nak hilang boring dan hilangkan rasa panas hati gua ni...gua buat lesson plan dalam kelas tu...

Masa kelas Sains 1 Delima....gua suruh buat group discussion...lepas tu budak bentang apa yang diorang buat tu....tetengah syok gua dengar jawapan dari presenter...tetiba Kavindran buat bising...semak je mata gua pandang...gua jerit dekat dia...gua suruh dia pergi depan....ganti tempat Yuvaraja baca discussion yang kumpulan diorang buat....

Kalau dari pagi gua hangin...sampai habis kelas pun gua rasa badan gua penuh hangin...
peng-hangin-an ni berlanjutan bila gua rasa nak menyihir je pembantu makmal yang menghilang waktu2 kerja ni.....tapi nasib baik gua ni penyabar dan beriman...gua kontrol tak  pergi jumpa bomoh....gua sabar dan terus pasang laptop je....

tulah kejadah2 yang tak patut berlaku....dan...sekarang ni...
Yang tak patut gua buat lagi adalah menggodek menukar template design blog ni.....

~batubersurat: LY dah hafal 90 % nama budak2 Cina India ni~

Berkorban apa saja....

Berkorban apa saja....
harta atau pun nyawa.....
itulah kasih mesra....
sejati dan mulia.....

Gua sanggup korban........................................
||||||||||||
|||||||||||||
||||||||||||||
||||||||||||||||
|||||||||||||||||
||||||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


HARI SABTU NI SEKOLAH GANTI.....

~batubersurat: gua rasa nak guna balik GUA la....LY tu untuk entry2 baik je~

Sunday, April 3, 2011

Esok

Esok dah kena sekolah...
Esok dah mula kerja....
Esok jaga periksa....
Esok ada 3 period....
Esok tak ada perhimpunan....

Esok hari Isnin.
Esok balik jam 2:30...
Esok nak pergi CIMB...
Esok nak pergi jumpa tauke kedai Panasonic Sony....

Esok jom kita PUASA sunat hari Isnin

~batubersurat: udah-udahlah tu wei tengok ABP~

Saturday, April 2, 2011

April datang laGi

Salam sayang semua.

Selamat datang bulan April.....selamat tinggal Mac...

Semalam, 1 April 2011 harijadi Aliff Najmi yang ke-7.
Ni anak buah LY yang ke-4 dari 9 orang....
Nama beliau ni LY yang bagi.....nampak macam biasa je kan....tapi bangga okay kalau dapat bagi nama dekat baby.

Berita sedih untuk bulan 4 ni adalah PERKAHWINAN KEKASIH TAK JADI LY pada 9 haribulan ni....effect kesedihan tu LY rasa macam nak ambil MC...sebab tarikh tu ada sekolah ganti....
Wuuuaaaaaaaaaaa...tak patut tau sekolah buat macam ni....orang baru nak tengok Prince Willy kahwin......dah kena post-poned.

Selebihnya, bulan 4 ni yang special dalam family ni adalah birthday yang berderet-deret.
11/4 ni birthday Mama Arissa....lepas tu 26/4 birthday Kak Ngah dan Abang Mali. Lepas tu 30/4 penutup bulan 4 birthday Along.

Diorang plan nak buat kenduri 30 haribulan tu....tapi tak tahulah lagi jadi ke tak....

Apa-apa2 pun....selamat hari jadi kepada kakak2 dan abang2 LY....

~batubersurat:selamat berhujung minggu.....LUI ni sejuk bebenor.....tak boleh nak tidur dibuatnya...kan dah terpost entry.~