Sunday, June 26, 2011

Latih Amal

Salam sayang pembaca [ya:alif:nun} semua. 
Tajuk sebenar entri hari ni adalah LATIH AMAL EJAAN KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO BERKUALITI.


Perrrrrrrrrrrrgggggghhhh.....panjang kan.
LY nak kongsi pengetahuan dengan pembaca2 semua supaya dapat menjadi ilmu dalam kehidupan seharian anda. 


Dalam penulisan surat rasmi ada beberapa ejaan yang selalu kita rasa betul tapi sebenarnya salah.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berwibawa, maka dengan ini LY nak kongsi apa yang LY dapat dari LDP semalam.


1- temuduga. Perkataan yang sebetulnya adalah temu duga.

2- dikemaskini. Yang betul adalah dikemas kini

3- rekabentuk. Yang betul: reka bentuk.

4- keretapi. Sebetulnya kereta api

5- bandaraya. Yang betul: bandar raya 

6-perlantikan (pelantikan)

7- justeru itu (justeru)


8-merbahaya (berbahaya)


9- jalanraya (jalan raya)


10- tengahari (tengah hari)


11-bumiputra (bumiputera)


12- ianya (ia / nya)


13- memperolehi (memperoleh / perolehi )  :seingat LY masa sekolah dulu, cikgu BM LY bagitahu tak boleh wujud 3 imbuhan dalam satu perkataan.


14- segala sampah sarap (segala sampah / sampah sarap) : tak boleh mengulang perkataan yang mempunyai sifat berganda.


Tu biasa-biasa yang selalu kita jumpa dalam ejaan. Tapi untuk penggunaan kod-kod ringkas mesti ramai yang tak pernah ambil kisah kan.

Kepada mereka yang bakal berdepan dengan penulisan rasmi sila ambil perhatian dengan beberapa perkataan ringkas di bawah ini.

1- salinan kepada  -kita selalu jumpa ni dekat bawah surat dengan akronim s.k  

            yang sebetulnya adalah s.k:

2 bagi pihak  - akronim ni kita jumpa dekat bawah tanda tangan dan nama orang yang tanda tangan dengan akronim b.p

       yang sebetulnya adalah b.p. 

3- untuk perhatian -akronim U.P ni kita jumpa di bahagian atas surat 

               yang tepat lagi jitu adalah u.p:

4- Ke 25 :yang betul adalah ke-25 

5- ke-IX : yang betul adalah ke IX


6-  Y.B :yang betul dan standard adalah YB atau Y.B.

Okay...sampai sini saja Latih Amal.
Lain kali kita belajar macam mana nak buat surat rasmi yang betul pula jika diberi kesempatan.

Jumpa lagi di lain masa.

~batubersurat: esok dah sekolah....arrrrrggggggggghhhhhhhh~

Thursday, June 16, 2011

Aktiviti mendatang

Salam sayang semua.

Alhamdulillah selepas dua hari dilanda sakit kepala yang melampau akhirnya keadaan pulih seperti sedia kala.
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sakit. Di harapkan dapat menghapuskan mana2 dosa.

Sekarang ni tak berkesempatan nak meng-update blog dan fb. Sebabnya sekolah sangat sibuk dengan aktiviti.

Yang terdekat...
22/6 ni LY ada interview SPP.
Korang doakan LY dapat buat yang terbaik tau.

24/6- sukan sekolah.
25/6-LDP dekat sekolah.

2/7- hari larian 1M1S...

Semoga hari2 mendatang ni tak ada lagilah meeting yang melajak ke jam 5. Penat woooooooo....

Semoga hari2 anda semua happy selalu....daaaaaaa...

~batubersurat: esok mau balik kampung~

Saturday, June 11, 2011

Dugaan setiap insan tu berbeza

Salam sayang di hari Sabtu.
Harap semuanya sihat2 belaka.
Ly tak sihat sikit....sakit tekak, batuk dan selsema tak elok lagi.

Pagi2 minggu ni selalunya rumah dah riuh rendah dengan suara budak2. Tapi peliklah pulak bila bangun je sunyi sepi. Askar2 tak datang rupanya. Mesti sibuk susun buku sekolah, siapkan kerja sekolah tak pun basuh kasut agaknya sebab cuti pun dah nak habis.

Tadi, jiran LY datang rumah ambil baju sekolah anak dia. Macam biasalah kan...mak LY borak2 dengan kawan dia tu perkara biasa. Lepas tu terbuka pulak cerita pasal kawan LY masa kecil2.

Sadis pula dengar cerita jiran LY tu. Bila ingat balik memori lama, tu antara kawan baik sekampung masa zaman sekolah rendah. Sama2 pergi mengaji al-Quran, sama2 balik sekolah. Sama2 geng sembahyang terawih dekat surau. Dan sama2 satu kelas masa di SKSL.

Masa zaman kecik2 tu, dia ni yang paling cantiklah dalam kampung ni. Dah tu masa mengaji suara dia pun sedap juga. Tapi sayang seribu kali sayang, mengaji selalu tak datang. Dia ni anak kesayangan mak dia berbanding kakak dia.

Masa naik sekolah menengah, masing2 dah lain2 kelas. Masuk je zaman remaja, kawan LY ni memang advance sikit dari LY. Dialah antara kawan2 yang dah pandai keluar jalan2 sampai KL sorang2. Lepas tu berani pulak nak lepak2 KL sampai tak balik rumah. Mungkin sebab anak kesayangan mak, dia diberi kebebasan sebebas-bebasnya.

Kebebasan yang melampau akhirnya memakan diri. Dari seorang budak kampung akhirnya transform menjadi seorang remaja urban yang terlampau. Hilang jati diri, hilang identiti. LY juga seolah2 hilang seorang kawan yang sangat LY sayang.

Masa berlalu, seiring usia remaja yang tidak dimanfaatkan dengan betul, kawan LY ambil keputusan untuk berhenti sekolah sebelum bermulanya exam SPM. Seingat LY, dia sudah mula buat kerja part time dari tingkatan 4 lagi. Kawan LY ni cari duit sebab nak enjoy. Mungkin duit yang mak ayah bagi tak berapa nak cukup untuk beli baju baru, alat make up atau mungkin jugak tak cukup untuk buat rambut.

Hari2 terus berlalu, bila LY tamat study di matrik, kawan LY ni kahwin. Kahwin sebab dah mengandung hampir 6 bulan. Lelaki yang jadi suami dia tu tua sikit je dari kawan LY ni. Kahwin muda, fikiran tak matang, ekonomi pun tak stabil susah nak bina keluarga. Bila macam2 masalah timbul, orang lain pun malas nak layan.

Hidup macam orang nomad. Ke hulu ke hilir tak menentu. Menumpang sana sini mengharapkan simpati. Sadis je dengar cerita makcik dia yang juga kawan baik sekampung LY. Mak dia yang dulu bangga2 sangat dengan anak dia ni pun dah malas nak layan kerenah dia.

Sekarang ni, kawan LY tu dah ada 3 orang anak. Menjadi bualan jiran bila,  ada yang selalu dengar si suami ni selalu sebut perkataan cerai, tapi masih bersama. Hanya Allah yang tahu apakah status kawan LY ni bersama suaminya. Dan yang paling sedih sekali, bila mengenangkan anak2 nya yang masih kecil dan tak tahu apa2 tu.

Baru2 ni kawan LY ni kemalangan dan Allah tarik nikmat tangannya. Seolah2 cacat walhal tangan masih ada. Masalah timbul silih berganti. Hanya Allah yang tahu, betapa berat ujian yang Dia berikan kepada kawan LY ni. Pernah ada masanya, dia membiarkan anak2 nya tanpa ambil kisah jika orang mahukan anak2nya. Sehinggakan kadang2 LY lihat dia dalam tekanan yang amat sangat. Semoga dia tidak membuat perkara yang dilaknat Allah.

Bila kenang balik kisah zaman remaja, inikah balasan atas nikmat kebebasan yang mak ayah kita berikan dulu. Semua orang buat silap, LY sendiri hampir tergelincir ke zaman remaja yang salah. Tapi berkat doa, sekatan kebebasan dan kasih sayang yang tinggi membuatkan kita sedar jalan mana yang harus kita pilih.

Menjadi persoalan pagi ni, terdetik di hati LY nak jadikan anak kawan LY ni sebagai anak angkat. LY nak ambil anak dia yang paling tua tu, perempuan umur 5 tahun. LY nak bawak dia tinggal PD. Sekolah kan dia. Jauhkan dia dari dunia yang penuh pergolakan, perbalahan.

Tapi banyak kekangan yang harus ditempuh dan dirempuh. Terutama sekali, sebab famili LY kenal betul dengan famili kawan LY tu. Nanti bergaduh pulak mak ayah LY dengan mak ayah kawan LY sebab merendahkan kredibiliti mereka sebagai atuk dan nenek sebab tak mampu nak jaga cucu mereka.


Apa yang mampu LY  buat masa ni adalah doakan kawan LY tu terus tabah menempuh dugaan Allah. Yang terpenting sekali, semoga dia diberi hidayah untuk berada dilandasan yang betul.


Sampai sinilah dulu. Merepek yang bukan2 pulak pagi2 Sabtu ni kan. Ada ke yang nak baca???????


~batubersurat: apa pandangan korang pasal anak tak sah taraf?~

Thursday, June 9, 2011

Skill berbahasa semakin menipis.

Salam sayang readers.

Sebenarnya tak tahu nak taip apa kat sini. Tapi tetap jugak nak coret sesuatu.
Lately ni rasa macam dah tak pandai nak karang ayat2 yang best (macamlah dulu ayat best sangat).

Status dekat FB pun dah macam budak2 sekolah je rasanya.
Kosa kata yang super duper mendalam dan metafora yang tinggi pun semakin sukar nak taip. Kalau taip je rasa macam hampeh.

Mungkin satu sebab yang menjadi punca kehilangan kosa kata ni adalah kekurangan membaca majalah, surat khabar dan novel. Novel last LY baca adalah tavelog ATIQ WAZIF. Tu pun bulan 2 ke 3 hari tu. Surat khabar pun dah jarang baca. Kalau ada baca pun tu tak sengaja terjumpa surat khabar. Nak tekun hadap hari2 spend a few minutes pun LY tak sempat. Almaklumlah berita pun banyak yang tipu dari yang betul.

Magazine a.k.a majalah lagilah dah jarang beli. Kalau dulu, langgan jugak National Geograpics bulan2. Tapi sekarang ni dah stop langgan. Readest Digest pun kalau teringat baru nak beli.

Lagi satu yang LY perasan pasal kekurangan kosa kata baru ni sebabnya LY selalu salah guna perkataan bila berbual dengan anak2 murid. Terabur terlingkup bahasa bila bercakap dengan amoi2, apek2, tangechi2 dan macha2 dekat King Friday.

Dah tu, yang LY ingat dalam kelas pun LY cuma cakap apa yang penting nak terangkan pada students. Tak mampu nak buat diskusi atau minta hujah student berkenaan apa yang kita nak ajar. Sukar LY nak dengar term2 pelik/baru dari student. Ye lah kan...kot2 diorang belajar/tahu lebih dari LY. Boleh jugak kita nak belajar dari diorang.

Lepas ni mungkin LY kena mulakan balik membaca majalah2, surat khabar dan novel supaya skill berbahasa lebih mantap dan jitu. Manalah tahukan, lepas ni nak sambung buat master ke...boleh jugak guna skill berbahasa ni masa tulis tesis.

Okaylah, korang pun malas nak bacakan luahan masalah dalaman LY ni kan. Korang punya bahasa dah tiptop, sebab tu tak ada masalah dalaman jiwa macam LY ni.

~batubersurat: cuti baki lagi 3 hari~

Wednesday, June 8, 2011

[wordless wednessday] #1

Tamat sudah kisah Nate Haskell.

Salam sayang pengunjung blog [ya:alif:nun]

Lamanya rasa tak update blog.....malas + ketandusan kosa kata untuk memulakan cerita.
Cuti sekolah dah nak sampai penghujung. Kejap je rasa dua minggu ni.
LY baru balik dari jalan2 di Kelantan dan Terengganu kerana menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan teman2 BSDP-Matematik di UPM dulu.
Bahagianya tengok kawan2 dah jumpa jodoh. Semoga berkekalan hingga ke syurga.

Kalau nak cerita pasal jodoh, kahwin dan seumpamanya ni belum boleh lagi. LY masih bawah umur. Biar yang dah mumaiyiz je ceritakan....LY cerita benda lain.

LY baru habis tengok CSI tadi. Episod tragis bila Nate Haskell, the seriel killer akhirnya mati di bunuh oleh Dr. Ray Langston. Lama betul cerita pasal Nate Haskell ni dalam CSI (Vegas).
Seingat LY lah kan, cerita mula masa penghujung season 9. Masa tu Grissom masih teraju utama.

Watak Dr Ray ni mula di kenalkan masa Grissom pergi ceramah Dr Ray pasal sifat dan kelakuan penjenayah bernama Nate Haskell. Masa tu, Nate Haskell dalam tahanan penjara. Dr Ray ni kaji kes2 pembunuhan yang di buat oleh Haskell. Dr Ray ni kenal sedalam2nya sifat Haskell ni. Lepas tu, Grissom yang tengah buntu nak selesaikan  kes bunuh ni, minta bantuan Dr Ray. Dan dari situlah Ray main peranan dalam CSI walaupun sebenarnya dia hanyalah seorang pensyarah saja.

Ray dapat korek beberapa maklumat dari Haskell macam mana pembunuhan corak sama boleh terjadi dekat luar sedangkan Haskell ada dalam penjara. Siasat itu ini, team CSI dapatlah settle kan semua benda. Tapi untuk setiap maklumat yang Haskell bagi dia bagi syarat. Memang watak Haskell dalam CSI ni celaka habislah kalau nak digambarkan.

Haskell ni suka psiko kan Ray sebabnya diorang berdua ada background yang sama.

Bila masuk season 10. Grissom pindah. Dr Ray ditawarkan bekerja sebagai CSI level 1. Ada beberapa kes pembunuhan yang memerlukan maklumat dari Haskell. Walaupun dia dalam penjara, Haskell masih boleh nak cerita dan bagi maklumat yang penting untuk selesaikan kes2 dekat luar.

Dalam season 10 banyaklah konflik antara Haskell dengan Ray. Sampai  episod akhir season 10 tu, Haskell yang terlalu bengang dengan Ray sebab dapat selesaikan kes yang rumit. Haskell cederakan Ray guna tangkai spek mata. Sampaikan buah pinggang Ray rosak Haskell tusuk.

Masuk season 11. Masa Haskell dibicarakan, boleh pulak awek2 lama Haskell bantu dia lari dari penjara. Berderet episod dalam season 11 ni cerita pasal pemburuan Ray terhadap Haskell. Yang terbaik sekali pasal Haskell ni, dia tahu semua latar belakang Dr Ray ni. Memang psiko habis lah Haskell ni. Sampai Dr Ray pun boleh takut kalau dia akan jadi macam Haskell.

Episod tadi....Dr Ray nak selamatkan Gloria, ex-wife dia yang jadi mangsa terakhir kegilaan Haskell. Gloria tak mati tapi trauma. Sekarang ni, siasatan tengah dibuat terhadap Ray sama ada dia bunuh Haskell sebab nak pertahan kan diri atau memang Ray sengaja nak bunuh Haskell. Hakikatnya Ray memang bunuh Haskell dengan niat. Cuma team CSI tak dapat nak buktikan Ray bersalah sebabnya Detektif dengan Catherine cuba lindungi Ray. Tunggu esok je lah macam mana kesudahan cerita ni.

[season 11 dah habis rolling rasanya...tapi sekarang AXN ulang tayang maraton Selasa Khamis...kan LY lama tak dapat tengok Astro kat PD. So banyak ketinggalan. Nasib baik AXN buat maraton]

~batubersurat: lama betul LY layan CSI ni. Dari form 4 sampai sekarng...terbaik Jerry, tuan producer besar tu~