Thursday, September 29, 2011

Kuat dan terus kuat!!!!


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
Kuatkanlah hati hamba-Mu ini menempuh dugaan dan ujian-Mu
Tabahkanlah hati ini dengan setiap cabaran dan halangan-Mu
Lapangkanlah hati ini menerima qada' dan qadar -Mu


Amin


Monday, September 19, 2011

Sekolah kena ceroboH

Salam sayang readers [ya:alif:nun]

Minggu baru.....minggu ke-34 persekolahan.

Starting minggu yang sangat menarik bila pagi2 sebelum azan subuh lagi LY dah terjaga. Ni berkat tidur yang terlebih sempena cuti Hari Malaysia.

Masuk sekolah pagi ni.....ada benda havoc yang semua orang dok kalut2.

Bilik guru 1 kena ceroboh....peh..peh...peh....
Berselerak tempat2 cikgu....barang2 dalam laci semua kena selongkar...

Kejadian jadi Sabtu malam Ahad....kes ceroboh ni sebenarnya nak cari duit je...
Komputer, soalan2 exam tak adalah pulak nak kena curi....

Dan.........yang terpenting sekali, bilik guru disiplin tak kena hack. Nasib baik....kalau tak, naya je pagi2 hari dah nak kena mengemas...dan kalau jadi kat bilik disiplin...naya plus plus sebabnya LY tertinggal duit dalam laci....RM 190 tu.

Cerita2 cikgu kat sini, benda ni memang pernahlah jadi kat sini....
Teringatlah pulak pasal kes curi dekat kuarters ni.

Sepanjang 9 bulan tinggal dekat sini, ada 1 kes pecah masuk rumah dan 1 kes curi motor.
Takut jugak dengar....tapi hari2 kena tawakal. Harap sangat2 blok B tak jadi apa2....memandangkan blok ni penuh dan letak kat bahagian tengah.....so tak adalah takut sangat. Cuma malam2 tu kena pastikan tingkap dan pintu dah kunci.

Kes pecah masuk ni kalau buka cerita memang lagi seram dari dengar bunyi guli melantun dari rumah atas....takpun ada bunyi2 pelik dari rumah atas. Almaklumlah, tapak kuarters ni bekas kem Jepun...

Sampai sini dulu...kisah sekolah kena ceroboh....gambar nanti2lah ye...kabel USB main sorok2 hari ni.

~batubersurat: homesick.....essay assignment induksi sudah nak sampai ending~

Sunday, September 18, 2011

+ darah

Darah....darah...darah......
Darah sangat penting dalam hidup manusia....
Kalau tak ada darah tu mesti spesies serengga macam semut....
Kuang...kuang.....kuang

Disebabkan perlu menjadi makhluk bergelar homo-sapien....maka perlu ada darah yang mencukupi.

[kalau makan 4 5 bijik sekaligus...agak2 darah tu terus jadi banyak tak??????]

Saturday, September 17, 2011

:: sabotaj kerja kerajaan ::

Rahsia Besar
Rahsia
Sulit
Terhad
Espionaj
Sabotaj
Subversif

Dokumen Terperingkat........................aaaaaaaaarggggggggggghhhhhhhhhhhh.....
Tensionnya mengadap assignment untuk induksi ni....

Baru siap 1482 patah perkataan....mana nak cari lagi 1518 ni?????????????????

Friday, September 16, 2011

Mati itu pasti

Disuatu sudut hospital.....


"Leukimia ni cuma penyebab sahaja....tanpanya saya tetap juga akan mati...
Allah pasti mahu saya melakukan sesuatu sebelum saya mati..."


||||||||||
||||||||||
||||||



|||||||||||||


||||||||||||



||||||||||||||


|||||||||||
||||||||


||||||||||||||


Kata Fazura pada Azman....Keimanan Cinta, TV9....Isnin-Selasa, 8:30 malam.

Thursday, September 1, 2011

Raya + Merdeka

Salam sayang...
taip laju2...
Selamat hari raya n selamat hari kemerdekaan ke 54....

~batu bersurat: merdeka raya + cuti sekolah = penat~