Tuesday, July 31, 2012

LY dan Politik

Salam semua.

Tajuk nak kontroversije....padahal isi tak kontroversi pon....


Sekarang ni kan tengah hangat cerita pasal nak PRU13. Yang parti kerajaan sibuk nak mengekalkan kerusi. Yang kerajaan bayang sibuk nak menjadikannya satu realiti.

Yang anak2 muda sibuk berpolitik dekat FB dengan cara orang muda. Yang kutuk2 kerajaan pun ramai juga. Yang sokong kerajaan pun ramai juga....semua pun ada agenda. Yang paling tak tahan sekali artis pun sibuk juga nak ambil port.


Lepas tu sekarang ni sibuk dengan sambutan kemerdekaa. Yang kutuk2 menteri ni pun tak HAGAK2 juga diorang punya kempen nak mengguling dan menjatuhkan kredibiliti kementerian ni.

LY malas nak komen lebih2....bukan bidang. LY komen budak salah buat step matematik tu terror lah....hahaha...

Cumanya nak kata dekat sini.....kepada yang suka kutuk dan mengampu tu, sudah2lah...hentikan je lah kerja tak berfaedah korang tu.

Korang tahu tak yang sebenarnya bukannya menteri2 tu yang fikir semua2 hal tu. Yang buat2 benda tu semuanya pekerja bawahan diorang yang buat. Kalau anda semua rasa nak betulkan sistem kerajaan yang sekarang ni...apa kata korang masuk dalam team kementerian tu...pegang jawatan yang pegawai2 atas tu....korang kan belajar tinggi2....semua pakat ada ijazah..

Kalau korang rasa korang berkelayakan nak ubah sistem pentadbiran negara....nak gulingkan kerajaan sedia ada. Atau berkelayakan menaik taraf kerajaan yang sedia ada, LY cadang masuklah dalam kumpulan pentadbiran negara....tapi janganlah pulak bercita2 nak jadi kerani je....cuba2 lah minta job yang up dan currrrlaasssst skit....

Contoh macam LY, masa dulu2 sebelum masuk U..bercita2 nak jadi penulis skrip ucapan PM atau menteri.....aicheche.....canggih tak.??? canggih tak???

Tapi tak kesampaian.....kesian tak???Huhu....

Okay...sekian dulu...
Bulan2 Ramadan ni janganlah kutuk mengutuk tak kisahlah orang kerajaan ke orang pembangkang ke...yang penting sesama jaga negara.

Jangan kutuk tau....Tak baik....dosa....

~batubersurat: masa belajar tak nak ambil sains politik...dah kerja sibuk nak berpolitik pulak~

Sunday, July 29, 2012

Terawih malam ke-10

Salam sayang semua...

Baru balik dari terawih di kuarters....sebab besok kan dah sekolah....mana boleh nak duduk Lui lama2 kan....

Kalau zaman belajar dulu bolehlah nak balik lepas sahur sebab abah hantar.

Malam ni, mak LY bagi bekal lepat segan (pisang campur pulut dan kelapa)

Ni bukti bawa moreh malam ni....

Haa....percaya kan...
Okaylah...chau dulu...nak ke rumah ke dua pulak..
 
~batubersurat: plastik tu dari Lui...tak tukar2 pun~
 

Saya dan Tadarus Quran

p/s: entri yang supersaiya panjang...rajin boleh baca...tak rajin....jangan segan2 nak klik pada X di hujung kanan google chrome anda

[start: 6: 35 pagi]
Salam 9 Ramadan..Huish...sejuknya dekat Lui ni....dah nak tahap suhu beku je LY rasa.

Hari ni nak cerita pasal tadarus sebulan sempena Ramadhan mulia ni.

Cara2 macam mana nak khatam kan Al-Quran dalam sebulan ni...

Memandangkan ramai dah yang post dekat FB tips macam mana nak habiskan 30 juz al-Quran tu dalam masa sebulan puasa...entri ni pun lebih kurang sama je dengan tips yang anda semua pernah baca, cuma ada tambahan sikit...entri ni tips untuk kaum Hawa.

Kebiasaannya, zaman sekarang rata2 guna Quran Karim...dah jarang nak jumpa Quran Majid... Quran Majid ni edisi lama...zaman mak2 kita dulu belajar guna Quran ni...kakak2 dan abang2 LY pun dulu belajar guna Quran Majid....tulisan Quran Majid complicated. Kalau tak biasa baca, memang susah....LY pun tak pandai nak baca....merangkak2 kalau guna Quran Majid...

Tapi sekarang dah senang...tulisan berkomputer yang sebaris. Font pulak tak tebal dan tak berkaligrafi. Tulisan standard macam tulisan budak2 belajar tulis jawi.

Susunan juz dalam Quran Majid pulak dah dimurnikan dalam Quran Karim yang lebih teratur dengan formula 20 muka surat bersamaan 1 juz.

Cumanya dalam Quran Karim, beberapa tanda tak di taip kerana adanya formula cara bacaan. Contoh macam huruf NUN kecil dihilangkan bila mana anda jumpa huruf berTANWIN (baris dua depan, baris dua atas, baris dua bawah) yang bertemu dengan huruf yang ada tanda mati. (Maaf, nak tunjuk contoh malas nak cari). (Cuba lihat surah al-'Alaq, ayat 2 dan 3....cuba baca dengan sambung kan kedua-dua ayat ni, huruf akhir ayat 2, Khaf tu tanwin, bertemu dengan Alif dan Khaf yang mati...kalau bacaan bersambung ayat dua 2 dan 3, huruf khaf tu hanya akan jadi baris bawah dan tambahkan huruf nun berbaris bawah dan matikan dengan khaf dalam ayat 3.) (Maaf, tak mampu nak beri contoh yang lebih baik)

Ada juga bila mana permulaan ayat tak bertanda...iaitu huruf alif. Contoh macam surah Al-'Alaq, ayat 1. Huruf pertama ALIF mati bertemu khaf. Kalau orang tak tahu mungkin akan baca AKRAK---...sedangkan bacaannya adalah IKRAK--- Untuk surah ni kebiasaannya kita memang dah tahu sebab biasa dengar....tapi untuk ayat yang kita tak hafal dan jarang2 jumpa, formulanya adalah dengan melihat kepada huruf ketiga dalam permulaan ayat tu....Jika huruf ketiga adalah berbaris atas dan bawah, maka sebutan Alif adalah baris bawah. Jika  huruf ketiga adalah baris depan, maka mulakan sebutan huruf pertama dengan baris depan juga. Senangkan. Dalam ayat 1 surah al-Alaq tu, huruf ketiganya adalah RA baris atas. Baca, sebutan Alif adalah baris bawah. Yang orang tahu,  Alif mati bertemu Lam....ambil contoh mudah, surah al-Fatihah ayat 2....Bacaan adalah alif berbaris atas...Alhamdulillah...

Bila baca guna Quran Karim, LY selalu perhatikan, ramai yang masih tak berapa tahu macam mana nak bacakan 2 masalah dekat atas. Terutama sekali masa LY semak bacaan nenek2 dan makcik2 baca. Dah puas LY terangkan, masih ada lagi yang lupa. Mungkin juga LY yang tak pandai ajar. Huhu...Kalau anda baca Quran edisi Majid, semua huruf dan tanda ni memang ada.

Okay...matlamat asal dah tersasar...dari nak cerita pasal tips, dah cerita pasal quran pulak....apa2 pun sekarang ni, memang kena kenal dulu dengan Quran...kalau salah baca nanti tak dapat pahala.

Ni tips2 untuk kaum hawa supaya lebih mudah nak habiskan 30 Juz ayat Al-Quran dalam masa sebulan. Mula2 niat kerana Allah. Azam kena tinggi...kalau tak kuat memang susah sikitlah.

Mulakan bacaan dari malam pertama Ramadan iaitu sebelum bermulanya puasa pertama. Habis je terawih, Teruskan bacaan dengan 1 juz. Sebabnya kita  banyak tenaga lagi. Belum fikir penat lagi. kalau tak mampu, cukup dengan 4 muka surat sahaja....

Untuk setiap solat, baca  4 muka surat paling minima.
1 Juz= 20 mukasurat
1 hari= 1 juz
30 hari= 30 juz.
20 muka surat bahagi dengan 5 kali waktu solat = 4 muka surat.

Tapi, formula ni baik untuk lelaki dan orang tua perempuan yang dah menopos.

Untuk kaum hawa yang  ada kekangan masa lebih kurang seminggu tak boleh baca.
Kita kena guna formula lain.

Formula ni perlukan pengorbanan yang super saiya....terutama orang2 yang macam LY yang super saiya jadual penuh dengan aktiviti duniawi.

Mula2 korbankan masa tengok TV drama bersiri dan saturday night movie...contoh macam CSI, drama2 Melayu dekat TV3...tak kisahlah bercorak Islamik atau tidak...yang pasti memang kena korbankan. [Jangan takut kalau tak dapat tengok...tahun depan, mesti ada ulangan masa sahur!!!!!]

Ini cara LY...
1- lepas solat Subuh baca paling kurang 6 muka surat....paling banyak boleh habis 10 muka surat. LY tak ber-make-up ke sekolah....so memang ada banyak masa waktu pagi. Habis mengaji pun sempat relaxs tengok Tv sebelum pergi sekolah.

2. Jadual cikgu tak sama setiap hari macam orang kerja pejabat....tapi 20 minit waktu rehat sangat berharga untuk solat Dhuha.... Pastikan baca paling kurang 3 muka surat lepas anda buat solat Dhuha...

3. Kalau cikgu, Zohor tu selalunya kita ambil masa dengan waktu makan tengah hari kan...maka, boleh gantikan dengan baca lagi 5 muka surat. Amalkan solat dekat sekolah...balik rumah boleh terus rehat.

4. Waktu Asar, sebelum memulakan langkah kaki dan tangan untuk memasak atau jalan di bazar, baca lagi 5 muka surat.

5. Lepas berbuka dan solat Maghrib, LY tahu ramai yang kenyangan....so bacalah paling kurang pun 3 muka surat sementara nak pergi Tarawih jemaah bagi yang suka berjemaah.

6. Lepas Tarawih, ambil tenaga dan hilangkan kehausan dengan air masak putih lebih kurang dua gelas. Sambung bacaan dengan gear yang paling laju tapi pemanduan mesti selamat agar tak terbabas. Baca lagi 5 muka surat.

7.  (6 + 3 + 5 + 5 + 3 + 6 ) = 28 muka surat....Isnin sampai Jumaat...28 x 5 hari x 3 minggu = 420 muka surat.

8. Hari Sabtu dan ahad tukarkan....Subuh = 6, Dhuha= 6 Zuhur= 6, Asar= 4, Maghrib = 3,  Isyak = 6. Total = 31 muka surat. [31 x 2 hari x 3 minggu = 186]

9. Kenapa LY buat 3 minggu punya calculation sedangkan itu bersamaan dengan 18 hari je...sedangkan kalau uzur syar'ie hanya secara purata adalah 7 hari...masih ada baki 5 hari. Baki yang selebihnya tu, apa kata tingkatkan balik tahap hafazan....manalah tahu banyak yang dah lupa...macam LY sebab banyak sangat ingat dunia sampai dah lupa surah lazim.

10. LY buat calculation macam ni, sebab nya ada hari2 yang kita tak sampai target....boleh jadi disebabkan perjalanan musafir....(semalam masa drive balik Lui, sempatlah baca 3 muka surat dekat RnR Seremban....)...persiapan untuk memasak juadah yang lebih lama dari waktu lazim untuk hari2 istimewa....persiapan hari raya...nak pasang langsir...nak kemas rumah...nak buat kuih raya...nak jahit baju raya....nak shopping raya....macam2 hal orang perempuan ni kan....huhu....samalah jugak dengan LY ni pun...

11.  Lagi satu tips, jangan amalkan gosok baju dan tudung waktu pagi sebelum pergi kerja....sebabnya anda akan buang masa....prepare siap2 baju untuk seminggu...macam LY memang gosok baju untuk sebulan terus...tak payah nak fikir2. Gantikan masa tu dengan mengaji.

12. Kalau tak mampu baca seorang diri disebabkan kurang yakin dengan tahap bacaan...tak salah cuba mengaji dalam kumpulan....baca dan semak...paling kurang 1 setengah juz untuk setiap malam. Kalau boleh buat 2 juz lagi bagus. Boleh khatam 2 kali dalam 1 bulan. (Masa zaman LY sekolah dulu, 3 kali khatam untuk 1 bulan....semua berkat kerja berpasukan...baca dan semak)

13. Kalau dalam kumpulan, jangan malu nak tegur bacaan yang salah baca...sebabnya, semua tu dikira pahala...orang yang ditegur dapat pahala baca dan pahala belajar dari kesilapan...dan orang menegur dapat pahala baca dan mengajar...masyaAllah...besarkan nikmat Allah bagi..senang2 je dapat.

14. Benda ni pun biasa juga orang buat...bila ada nak mengagumi bacaan seseorang tu, kami biasa bertakbir...ALLAH...ALLAH...masa arwah Tok Salleh hidup, kami suka lah usik....sebut ALLAH ALLAH sebab dia mengaji sangkut2 nafas pendek...(bukan sebab dia tak pandai mengaji)

15. Dalam kumpulan tadarus surau dekat rumah LY ni, kami diajarkan untuk baca bersama-sama ayat terakhir masa orang yang punya turn tu...dalam 3 kalimah terakhir...lepas tu sambung dengan lafaz takabbalallah huminna wa minkum...memang semua akan bertakbir....

16. Kajian peribadi mencatatkan setiap muka surat tu boleh baca kurang lebih dalam2 minit...kalau 20 muka surat bersaam dengan 40 minit...kira dengan masa berhenti nak tarik nafas panjang....nak telan air liur...nak minum air....masa sejam memang boleh habis 1 juz. tapi pastikan bacaan lancar dengan semua hukum tajwid mesti betul dan harakat pun kena jaga. Jangan sebab nak kejar masa, main terjah je.... (nak buat malam minggu mengaji lah dekat surau atau masjid...kalau baca dekat rumah, alamatnya drama CEREKARAMA TV3 yang akan men-SAJI kan kita...bukan mengaji]

17..solat awal waktu...pastikan Quran dekat tepi siap2..lepas baca doa boleh terus baca..

18. yang ada tafsir kecil tu, letak je dalam handbag...macam LY...memang beg edisi boleh muat anak gajah...sumbat semua benda...boring2 masa tak ada kelas, baca lah sehelai dua untuk top-up yang tak sampai target...

19 sentiasa ingat pada matlamat cabaran Ramadan...meraih pahala yang berganda setahun sekali...

20 Jangan lupa baca tafsir...kadang2 ada bacaan kita yang tersangkut...apa kata check apa sebenarnya surat cinta Allah yang kita baca tu...istighfar dan mulakan bacaan balik...kalau boleh baca tafsir semuanya lagi bagus...(LY tak kuat iman....baca tafsir SAHAJA baru sampai juz 16 untuk 11 bulan yang bukan bulan Ramadan...)

21......dah habis..

LY lagi prefer buat tadarus kumpulan...disamping boleh memperbaiki bacaan kalau ada yang terlupa, sambil tu boleh beramal dengan mengajar secara spontan...

Okaylah....sampai sini....semoga peroleh sesuatu. Jika ada yang salah tolong betulkan. LY bukan ustazah betul....ustazah part time je. Nak lebih lanjut, boleh belajar dari tuan guru atau mana2 ustaz dan ustazah yang lebih layak.

~batubersurat: LY pun dah lari dari target...dah hari ke-9, baru juz 12....ni semua sebab iman tak kuat...asyik kena seru duduk depan je.....doakan LY dapat habiskan 30 juz dalam masa sebulan ni...LY doakan anda semua terus istiqamah untuk menghabiskan bacaan tadarus anda. Ameen.....~

[finins: 9:14 pagi]

[edit: 9:21]
Tambahan: kurangkan makan luar....makan yang lebih had masa sampai kekenyangan...puasa ni adalah nak mengajar kita melupakan kelazatan dunia untuk nikmat yang lebih berkekalan di akhirat kelak.

Friday, July 27, 2012

Saya dan Ramadhan

Salam Ramadhan hari ke-7.

Selepas episod seluar jean dan gitar...hari ni nak cerita tentang Ramadhan sempena bulan yang mulia ni.

Secara peribadinya....bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat2 LY tunggu.

Bulan yang sememangnya kita perlu muliakan.

Dari kecik membawa ke besar ni, aktiviti Ramadhan LY memang superb....
Bila tak buat memang rasa sedih...menyesal....dan rasa nak undur masa balik.

Kenapa yang LY suka sangat bila bulan Ramadan ni??

Kalau nak cakap pasal puasa....hari2 dalam bulan lain pun boleh jugak puasa. Tapi LY nak cerita selain dari yang Fardu dekat sini.

Mula2 nak cerita pasal terawih.

Rumah LY betul2 sejengkal je dari surau.....masa zaman Allahyarham Atok Latif masih hidup, beduk tu betul2 bertentang dengan bilik LY.  Kalau dah ketuk tu, kompom2 lah dengarkan....kalau buat2 tak dengar....lebih baik tak payah ada telinga.

Masa zaman kecik tu jugak....dari belakang bilik LY tu, boleh lompat longkang kecik nak ke seberang belakang toilet surau...ada jalan shortcut....senang gila lah nak pergi surau....dan abah LY memang akan sentiasa potong rumput dekat situ....senang nak lalu....takut2 lah ada ular ke kan kalau rumput panjang macam lalang. Ni lah laluan nak pergi mengaji...kalau bukan bulan puasa tetap jugak pergi surau sebab mengaji Quran.

Semakin meningkat dewasa....Terawih tu memang dah jadi wajib bagi LY...kalau tak buat, rasa macam tak lengkap je hidup...huhu....

Sampai dah masuk matrik pun, tak kan sekali2 tinggalkan terawih tanpa sebab. Dekat KMPP masa 2 minggu awal tu, solat jemaah dekat tengah dataran perhimpunan...berlantaikan tar...berbumbungkan langit...minggu ketiga solat dekat surau kompel...masuk minggu last sebelum balik raya, solat dekat surau KMPP yang sedikit jauh dari blok hostel. Huhu...

Masa tu, roomate pun memang rajin pergi surau untuk jemaah...so adalah geng masa jalan kaki nak pergi surau...

Masuk U pulak, jemaah dekat surau kolej je....bukan tak nak pergi Masjid...tapi kan lebih molek kita imarah kan tempat yang lebih dekat. Huhu...Tapi masa tahun last dekat kolej, adalah beberapa kali tertinggal terawih jemaah sebab ada kelas malam. Kat kolej jugak, bulan2 puasa rajin jemaah dekat surau kolej....ber-teman dengan cikgu Suzie kadang2..


Lagi satu aktiviti sempena bulan mulia ni, aktiviti tadarus Quran....
Dari kecik, memang surau dekat rumah LY akan buat tadarus beramai2....seorang baca, yang lain semak....baca semuka surat sorang...masa zaman kecik2, dengan geng2 semua akan tadarus sampai jam 12 malam atau 1 pagi bila malam minggu dengan tak sekolah. Kami yang kebanyakkannya perempuan akan ditunggu oleh abah masing2...Seronok time ni....sambil2 mengaji, kami memperhabiskan moreh yang tak habis makan masa lepas terawih...kadang2 mak LY siap buat air panas lagi sebab lambat lagi nak habis mengaji...tahap kerajinan kami mengimarahkan malam Ramadan....selalulah dapat khatam quran lebih dari sekali... Masa allahyarhamah Ustazah Zaleha masih hidup, beliau siap sponsor bunga telur putih masa malam khatam Quran....

Sekarang ni zaman dah berbeza....kawan2 semua dah ada komitmen lain. LY sendiri pun tak sempat nak tadarus jemaah ni...harap kan balik kampung je baru boleh join venture.

Tiap kali balik kampung, rasa sayu je hati....banyak kenangan yang terpahat dekat surau semasa LY dan kawan2 membesar. Termasuk juga kenangan mengaji dengan insan2 yang dah mendahului menghadap Ilahi. Terutama sekali, Allahyarham Ustaz Haji Mat Isa dan Allahyarham Tok Salleh...semoga rahmat Allah bersama insan2 ini.

Surau Al-Jama'iah batu 23 Sungai Lui sekarang ni dah banyak perubahan. Semoga menjadi lebih baik isi jemaahnya. Manusia datang dan pergi, entahkan dapat atau tidak bersama lagi untuk Ramadhan akan datang. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Bagaimana LY mengekalkan motivasi untuk tetap berterawih sehingga hujungnya Ramadhan??? Bila kita fikir tentang pahala dan ganjaran Allah, hati kita selalunya kurang terkesan kan?? Kerana kita fikir, solat di rumah pun boleh juga dapat pahala.

Tapi, LY sentiasa mencabar diri untuk ke surau...Kalau nenek tua boleh jalan bertengkak2 untuk ke surau, kenapa LY yang muda ni tak ambil peluang turut sama meng-imarahkan surau. Kalau nenek2 yang sembahyang duduk boleh tahan nak bersimpuh untuk 11 rakaat terawih dan witir, kenapa tidak LY.

Dan ketika ini, bermukim di Lukut PD ni, ada seorang insan cacat yang kakinya pendek sebelah tetap gagah dan  gigih meng-imarahkan surau kuarters ni. Insan tu kakinya cacat pendek tiada bahagian separuh peha sehingga ke buku lali. Dia mampu untuk berdiri dan solat jemaah dari Isyak sampailah habis witir. Termasuk juga bertugas menghidangkan makanan moreh kepada jemaah. Jika insan cacat tu mampu untuk buat tu semua, kenapa LY yang sempurna kaki sama panjang ni nak skip terawih kan!!! Sangat tidak bersyukur namanya tu...

Sekian dulu sampai sini....entri pun lebih kurang lalok je kalau dibaca...almaklumlah orang puasa sahur dengan air vitagen je...huhu....akibat air Blizz housemate tertumpah masuk periuk nasi pagi tadi.

~batubersurat: Semoga bertemu keampunan dan rahmat Ilahi~

Tuesday, July 24, 2012

Sahur stylo!!

Salam sayang semua....

Ni lah makanan yang LY makan untuk sahur pagi tadi.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

stylo kan????

ringkas dan cepat hadam.

Telur ayam kampung ni lagi mahal kalau beli dekat kedai banding dengan harga telur ayam biasa.

Untunglah Abah LY ada bela ayam.....senang sikit nak dapat.

Masa zaman sekolah, ni lah sarapan pagi kalau dah boring makan nasi lemak atau roti canai.
Pagi2 subuh dah menggodek kotak tempat ayam bertelur.


Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1433H.
Selamat berpuasa kepada yang menunaikan kewajiban ini.
Selamat berterawih kepada yang mengimarahkan malam2 Ramadhan.
Selamat bertadarus kepada yang mencari ganjaran pahala yang tak terhingga.
Selamat bersedekah kepada mereka yang mencari keredhaan-Nya.

Dan semoga tidak lupa bayar zakat fitrah.
Huhu...tahun lepas LY bayar zakat sendiri sebab abah LY lupa dekat anak dara bujang dia yang duduk jauh dari pandangan mata beliau.

Ayuh kita kumpul pahala banyak2....semoga dipermudahkan.

Mohon maaf andai ada salah dan khilaf serta janji yang tak tertunai dan terabai.

Tuesday, July 17, 2012

Maafkan aku wahai teman, andai pernah lalai dalam persahabatan.

LY ada seorang teman ni....
Sama baya....suatu masa dulu pernah jadi teman rapat.

Masa zaman2 belum kenal duniawi lagi.

Dia....anak ke dua dari 5 beradik...kami kenal sejak lahir kot....huhuhu....
Dia tua 25 hari dari LY.

Nak dijadikan cerita, kami kawan sebab kami ni satu zon dalam kampung Sungai Lui tercinta. Membesar bersama kami ni adalah lagi 5 orang member. Tapi yang seorang ni, memang lain dari yang lain.

Cantik dan anak manja. Tahap manja dia ni, LY perasanlah kan masa kecik tu, apa yang dia buat semua mak dia restu.

Kisah ni sebenarnya LY pernah tulis....tapi malas lah pulak nak cari yang mana 1 link nya.....

Baru2 ni masa cuti hujung minggu lepas, LY balik kampung sebab ada kenduri tahlil. Dalam sibuk2 tu, adalah dengar mak LY bertanya khabar pasal kawan LY ni pada mak saudara kawan LY tu.

Bunyi macam serius....bila LY tanya....memang serius pun..

Kesnya, kawan LY tu accident dah 3 hari lah........kena langgar masa jalan kaki nak pergi ke bus-stop. Masa tu hujan. Teruk jugalah cederanya. Bahu kanan dia retak dan ada pendarahan dalam kepala. Doktor kata, kalau buang boleh jadi hilang ingatan. Kalau tak buang, tak tahulah nak jadi apa. Dulu dah accident sekali masa lari dari bekas suami dia....efek sampai tangan kiri cacat seumur hidup dan  dapat kad OKU. Yang ni tambah sebelah kanan pulak. Wallahualam. Tu kisah starting je....

Yang seriusnya, mak dan ayah kawan LY ni tak nak pergi tengok anak dia merangkap kawan LY yang accident tu dekat hospital. LY dengarlah mak LY ni bercakap2 dengan mak saudara kawan LY tu. Memang dahsyat dan tragis je bila dengar.

LY bukan nak cerita buruk kawan LY ni, cumanya LY sedih dan terkilan bila dengar kawan LY ni jadi mangsa kebencian mak ayah sendiri. Dah macam anak terbuang pula.

Mak LY cakap.....kenapa sampai nak benci dan dendam dengan anak sendiri. Salah anak yang dulu2 tu, puncanya dari siapa kalau bukan salah didikan mak ayah. Anak2 jadi macam tu salah siapa kalau bukan mak ayah yang tak didik???

Ada betul juga apa yang mak LY cakap masa dia berborak dengan mak saudara kawan LY tu. Bukan nak singkap aib orang....tapi cakap orang2 tua ni memang ada betulnya.

Bila LY ingat2 balik memori lama kami bersama. Kawan LY ni memang dimanja2 dan dilebih2kan dari yang lain. Even kakak sulung dia tu mak kawan LY ni buat macam anak tiri je. Padahal umur jarak setahun je. Tahap manja tu memang jelas dan ketara. Sebabnya masa kecik2 dulu, memang jenis main dekat rumah kawan ibarat "rumah aku rumah kau...rumah kau rumah aku". Semua orang pun tahu style mak kawan LY ni manjakan dia macam mana....

Kalau bab2 kerja rumah tu, kakak dia memang jadi mangsa....dan kawan LY ni memang gaya ratu je lah dekat rumah tu. Kawan LY ni cantik....masa dekat sekolah rendah dulu, rasa2nya pernah dapat anugerah pelajar terkemas. Tapi obsesi pada benda yang cantik dan kecantikan tu pernah bawa padah pada dia.

Bila kami masuk sekolah menengah...kami dah tak sama kelas. Jarak perhubungan persahabatan pun mula merenggang. Cuma masihlah bertegur sapa bila berjumpa. Tak pernahlah terjadi apa2 sengketa yang boleh bawa kepada permusuhan.  Persahabatan yang cuma gitu2. Gitu2 yang LY pandang enteng rupa2nya membawa perubahan besar kepada kawan LY ni. Sungguh rasa bersalah bila kawan rapat masa kecil jadi terpesong dari landasan yang diharapkan oleh ibu bapa.

Siapa yang tak tahu, ni nak bagi tahu, kawasan Hulu Langat ni dekat je dengan KL. Masa zaman sekolah menengah ni lah masing2 kenal dunia luar. Zaman naik sekolah menengah lah buat benda yang bukan2....melepak dekat shopping kompleks...tengok wayang...keluar midnight....macam2 lah lagi....dah nama pun kami ni tinggal dekat uptown. Ni perkara yang common budak2 area Langat buat bila dah masuk alam besar....konon2 dah besar sangat nak explore benda yang orang dewasa buat.

Eksperimen diri yang terlalu jauh, rupa2nya memakan diri. Yang LY masih ingat lagi, bila kawan LY terlalu obses untuk cantik(mungkin untuk tarik perhatian), macam2 produk dah pakai dekat muka...lepas tu dapat infection sebab muka yang suci tu kena bahan2 kimia yang tak sepatutnya. (Walhal muka dia dah cukup cantik) Sampai satu tahap, datang sekolah kena tutup muka.....lepas tu dah teruk sangat....malu nak datang sekolah.... bila dah asyik tak datang sekolah, pelajaran pun dah ketinggalan. Interest pada buku pun kuranglah...subjek pula susah2 masa form 5.

Dalam masa yang sama, dia ada buat kerja part time....(LY syak mungkin dia kerja pakai make-up untuk tutup kesan yang macam jerawat pada muka dia) Kalau datang sekolah, tak boleh make-up...malu nak tayang muka yang merah bintik2....bila dah kerja...pegang duit sendiri...boleh beli baju sendiri....stylo kawan LY ni memang tak pernah kalah lah dengan kawan2 lain.

Masa ni, mak kawan LY masih lagi manja2 kan anak dia ni. Semua pun restu je apa yang anak dara dia buat. LY ingat lagi ayat mak dia pada mak LY...biarlah anak nak bebas...buat apa nak kongkong2... nanti dia memberontak..

Itu statement masa lebih 7 tahun dulu...masa belum SPM lagi.

Belum setengah tahun sekolah masa form 5, kawan LY ni dah ambil keputusan drastik tak nak sekolah lagi. Sayang kan....masa ni LY kelas lain.....dia kelas lain....masa tu LY sendiri tak pernah nak tegur dia atau nasihat dia. Sedangkan masa tu LY sendiri cukup matang untuk bimbing dan bagi nasihat pada dia. Mungkin jarak masa 5 tahun kami tak pernah rapat (sekolah menengah) tu yang buatkan LY malas nak ambil berat hal dia. Atau mungkin juga, LY sendiri yang khilaf pentingkan diri sendiri untuk mencapai kejayaan (serius, LY langsung tak pernah buat study group dengan kawan2 sekampung, sedangkan LY ada kelebihan yang kawan sekampung LY tak ada....tapi dengan kawan2 sekelas 5Amanah tu memang LY rajin tunjuk lagak nak ajar macam2)

Tak ada SPM....tak ada apa2 sijil melainkan PMR dan UPSR je yang kawan LY ada....tak kemana pun kawan LY  masa tu. Masa orang lain sedang sibuk fikir nak sambung pelajaran atau mungkin cari kerja....kawan LY ni masih lagi terumbang ambing tanpa hala tuju...even kawan2 yang tak dapat keputusan bagus masa SPM pun masih lagi boleh survive cari kerja hatta hanya kerja kilang. Tapi kawan LY ni tak ada apa2....


Keseronokan yang dia cari, memakan diri....bernikah pada umur 19 tahun....masa tu LY baru tamat program matrikulasi.....setahun tanpa khabar berita dari kawan LY ni.....LY jauh kejar cita2....tapi kawan LY sibuk memburu cinta. Cinta dan kegembiraan yang mendukacitakan keluarga kawan LY. Bila mana ayah dia dapat tahu, yang dia dah bunting....terus dia di nikahkan....

~to be continued.....banyak kerja lain belum siap~

Thursday, July 12, 2012

Review lagu: Teman Pengganti

Sebelum ni selalu review filem dan buku je kan....kali ni nak review pasal lagu pula....lagu baru Malique feat Black...baru dengar dua hari sudah masa balik dari beli cendol.

Puas jugak cari...sebab dengar dah separuh jalan. DJ pula tak ulang sebut tajuk lagu. Tapi selepas bergigih mencari senarai lagu baru dan membaca lirik2....akhirnya dapat jugak tajuk lagu ni. TEMAN PENGGANTI....by Malique featuring Black.

Dulu2 masa zaman sekolah...sebelum tidur malam, selalu review lisan dengan kakak apa makna disebalik lagu.

So, tetiba terfikir nak buat review pasal lagu ni pulak....

Huhuhu...

Ni dari pemahaman LY je okay...tak ada unsur2 interview dengan pemilik lagu sebenar...huhuhu...

Lagu ni macam mengisahkan seorang lelaki yang ada penyakit. Dia ada seorang kekasih hati yang dia sangat2 sayang...dan kekasih dia pun sangat sayangkan dia. Tapi lelaki ni dapat mimpi konon2nya dia nampak kekasihnya berbahagia dengan seorang lelaki lain. Lelaki ni redha dengan ketentuan Ilahi sebabnya dia tahu dia akan pergi meninggalkan dunia ni.

Kononnya lelaki ni dapat vision pasal kekasih dia akan tetap bahagia selepas dia meninggal. Kekasih dia akan dapat pengganti diri dia nanti. Dalam bait lagu ni juga macam sebut, sepanjang diorang bercinta ni, lelaki ni rahsiakan sakit dia. Dia akan ceritakan rahsia tu sebelum dia pergi buat selamanya.

Kalau diteliti juga, pasangan ni macam mempunyai hubungan yang sangat akrab macam pasangan yang kenal dari kecil atau mungkin tinggal sekali dekat rumah anak2 yatim. Lelaki ni menganggap kekasih hati dia ni sangat2 istimewa...tapi dalam masa yang sama, dia tak pernah lupa dengan sang Pencipta yang lebih istimewa. Bait2 akhir lagu ni, seumpama nota terakhir lelaki ni pada kekasih dia....pesanan untuk kekasih dia. (So touching kalau buat movie)

Melodi lagu ni yang agak sayu dengan suara Black memang kena.....overall, walaupun susah nak cari lagu yang puitis zaman millenium ni, tapi kalau lagu Malique ke Altimet ke...ahli Fiqir ke....LY memang suka....banyak vocab diorang yang luar dari normal artis lain.

~batubersurat: ambil pengajaran yang baik2 je.....jangan sampai hanyut~

Tuesday, July 10, 2012

Update guna PC bilik guru

Salam everyone...

Semoga rahman dan rahim Allah sentiasa bersama kita. Insya Allah.

Kesefahaman gender ni bermula dari mana?? Sikap toleransi dan keterbukaan dengan gender lawan ni nak belajar dekat mana???

Benda berat kalau nak di bincangkan ni....tapi hakikatnya....LYsendiri pun tak berapa nak faham nak explain dan elaborate...

LY hidup 25 tahun dengan adik beradik campur gender. Sikap toleransi, kerjasama, persefahaman, keterbukaan tu dah jadi perkara biasa. Dah jadi habit. Aku kutuk kau...kau kutuk aku...aku support kau...kau support aku....lumrahlah kan....dah nama pun adik beradik...datang dari rahim yang sama...pergi jauh macam mana pun, tetap jugak adik beradik...gelak menangis tetap juga bersama.

Tapi yang jadi tak berapa nak clear dengan hidup sekarang ni, bila berkawan dengan lain gender ni dah tak sama macam zaman kecik2 dulu. Agaknya gender lawan sekarang ni dah ada hormon lain dalam badan yang kita tak tahu kot....hahaha...sampai kadang2 boleh ada pertanyaan dalam kepala ni "eh...eh....engkau ke aku yang perempuan nak emo lebih2 ni???"

Kalau LY emo lebih tak apa lah kan...sebabnya kita ni hormon adek2 banyak...tapi bila dah gender lain yang emo lebih dari kita yang perempuan ni.....rasa macam huh!!!! malas r nak layan. Pening....dah lah kerja pun pening...dapat pula kawan yang bagi lagi pening hidup kita ni......huh!!!!

Tu yang wajib berkawan dengan TV je tu....kalau dengan orang asyik nak makan hati je nanti. Hahha....
Okaylah stop kat sini.....merapu dekat sekolah ni....lepaskan lelah kejap...penat kot update fail PBS.

LY selalu cakap dekat kawan..."kita ni jadi cikgu pada zaman yang salah!!!sibuk sangat kerja....jodoh pun tak sempat cari lagi.....hukhuk!!!"

~batubersurat: SOMETIMES YOU JUST NEED TO DISTANCE YOURSELF FROM PEOPLE, IF THEY CARE, THEY'LL NOTICE...IF THEY DON'T, YOU KNOW WHERE YO STAND~

Sunday, July 8, 2012

LY dan Gadjet

Salam semua.....

Selepas jeans dan gitar....hari ni nak cerita pasal gadjet pulak...

Dewasa ni semua orang mesti ada gadjet kan....handphone tak termasuk okay....sebab dah jatuh kategori keperluan.

Benda2 yang common kita nampak adalah kamera. Pandang kanan ada DSLR Canon....pandang kiri ada DSLR Nikon....Pandang depan ada kamera DSLR Sony...Pandang belakang ada headphone beats....pandang selatan ada tablet samsung galaxy....pandang timur ada tablet ipad....pusing 360 darjah  banyaknya gadjet....dan balik pada LY.....nan hado!!! Gadjet yang ada hanya dompet handphone warna biru dalam tu sumbat IC, lesen, kad ATM...duit 10 ringgit 3 keping...duit seringgit 6 keping.

Apa pasal LY tak ada gadjet??? Soalan super saiya  tu....
Dulu2 pernahlah juga berangan nak ada gadjet macam DSLR sebijik atau mungkin kamera biasa je. Tapi dah lebih setahun kerja, sebiji apa pun tak beli. Bukan sebab TAKNAK beli....tapi TAK BOLEH beli.

Ingatkan lagi pasal handphone C902 yang nazak dulu tu....kalau tu dah dikira gadjet, sebenarnya LY dah gagal jaga gadjet....Cuba korang bayangkan LY ada gadjet lebih dari handphone??? [Tak payah bayang lebih2] Naya gadjet LY tu nanti....LY buat main baling2 je kalau tiba time malas nak pegang....Sedangkan C902 pun LY boleh buat peluku kepala orang...inikan pulak DSLR yang sangat best untuk di buat pemukul kepala orang....ataupun ipad buat penghempuk bila rasa geram.

Daripada menanggung rasa menyesal benda dah rosak...baiklah LY tak payah ada benda2 cenggitu ye dak?? Biarlah orang lain yang ada benda2 tu...orang2 macam LY ni biarlah jadi pemerhati je....pinjam 2-3 minit pun dah okay.....

Orang yang sedar diri macam LY ni memang tak mampu nak berlebih2 dalam mempunyai gadjet.....takut nanti makan hati makan diri....huhu...

~batybersurat: LY tak dengki pun kalau orang lain ada gadjet....tapi janganlah kedekut sangat nak bagi pegang dan belek2~

Weekend dan Tidur

Cuti Sabtu Ahad yang melampau teruk untuk aku.

Ada ke patut tidur dan tidur dan tidur lagi...

Tengok TV lewat2 malam...lepas tu tidur sampai hari dah cerah....

Jumaat malam Sabtu layan cerita hantu penanggal sampai jam 3 pagi. Sabtu malam ahad tengok Armageddon sampi jam 1 pagi....dan petang ni...Boleh pulak sambil tengok Nona, lelap mata sampai jam 4.

Dah asyik tidur je....kerja satu pun tak buat....rasa macam nak je hantuk kepala ke dinding. Kenapalah malas sangat nak buat kerja minggu ni.

Kalau refleksi balik....hujung minggu ni yang aku buat adalah cuci toilet....cuci dapur...cuci tempat sidai baju....mop lantai rumah....ubah kedudukan TV sebab dah nak masuk bulan Ramadan....ubah angle TV bagi betul2 nampak dari dapur!!!! Giler teruk!!! Sambil masak nak tengok TV...

Sekian. Terima kasih. Hujung minggu yang sucks....patutnya aku balik Lui lagi bagus.

Friday, July 6, 2012

LY dan Gitar

Salam semuanya....selamat sejahtera hendaknya....semoga kasih sayang Allah bersama kita....semoga tidak terputus rahman dan rahimnya buat kita....gitar pulak....

Sejarahnya begini....LY ada 4 orang adik beradik lelaki....2 abang dan 2 adik.

Along, abang dan ateh[nama dirahsiakan....dikhuatiri akan menjadi glamor]....kesamaan antara mereka adalah pandai betul main gitar.....yang andak tu...tak pandai kot...tak pernah pulak dia main depan mata LY

Tahukan gitar tu apa.....yang alat muzik bertali tu lah....yang orang perempuan suka sangat kalau buaya-friend mereka pandai main gitar....macam ada gaya romantis gitu.....aicheche,....phewittt....

Disebabkan membesar dengan mendengar adik2 beradik pandai main gitar ni....yang sebenarnya LY kadang2 rimas....bukanlah tak best....tapi banyak sakit hati dari yang best.....mana taknya....kadang2 lagu best yang kita tengah layan tu....dah nak ending tu boleh pulak main2....dah jadi ntah apa2....

Kadang2 tu, time orang nak layan drama Melayu time tulah dia nak main gitar...tak ke sakit hati... Cerita Melayu dah lah suara slow...jarang2 ada subtitle English....kalau dah sebelah main gitar....mana nak dengar suara TV....

Kadang2 tu pulak kan....time petang2...dah nak dekat Maghrib pun boleh lagi memetik gitar.....geram2....sakit hati sungguh....

Dengan ini di isytiharkan.....LY tak berapa nak suka dengan orang yang suka main gitar....(kalau dia pandai main tu, bukan masalah.....yang masalahnya bila orang tu suka main tak tentu masa)
Dah lah LY ni seorang yang suka ke-aman-an....aicheche...so kalau bunyi2an yang berdendang dekat tepi telinga ni kena yang betul2 boleh memberi ketenangan...


~batubersurat: tak adalah awesome sangat pun kalau pandai main gitar....kihkih~

Thursday, July 5, 2012

LY dan jeans.

Salam takzim....salam kasih sayang di bulan Julai.....salam sejahtera menjelang ramadan yang barakah.

Jeans....siapa ada jeans??? Tipu lah kalau LY dapat jawapan dari korang kata tak ada jeans.....
Pak ustaz dengan hajah ustazah kalau jawab tak ada jeans barulah LY percaya....

Nak cerita dekat sini...sejarah LY dengan jeans....dolo2.....memanglah suka pakai jeans,....masa zaman sekolah.....tapi sejak masuk matrik sampai lah sekarang ni.....dah jadi anti-jeans....seboleh2nya takkan pakai jeans.....terus terang cakap....jeans yang boleh pakai sekarang ni hanya tinggal 1....yang banyak2 dah uzur....dan hilang entah ke mana....

Aicheche....korang rasa LY tipu ke??? Ni cerita betul okay....LY tak suka pakai jeans.....pakai jeans ni memang best....siapa pakai memang tahulah rasa dia macam mana kan...nak2 lagi yang super brand.....mak aih....kepoyo-an sungguh kalau dapat pakai jeans cenggitu.

Suka pakai jeans tu rupa2nya perlukan pengorbanan yang besar bila waktu membasuh.....masa dekat matrik, masa tu lah start belajar basuh baju guna tangan....fuisyoo....basuh best lagi....tapi bila bahagian nak memerah tu....seksa.....tangan LY yang ada masalah tendon pecah tu, bertambah sakit.....di sebabkan tu start pakai seluar jeans.....no more jeans untuk weekend atau balik kampung atau keluar pergi kafe.....nak basuh susah....nak kering pun lambat.....nak basuh mesin, bukan style...

Dekat matrik, mula kenal dengan seluar banyak poket, seluar khakis(betul ke??? tapi yang pasti bukan jeans la)....lagi senang nak pakai....senang nak basuh....

Dan kalau sampai dah tak ada sangat seluar baru pakai jeans yang satu dalam almari tu...tu pun sebab semua seluar dah pakai....

Lagi satu yang jadi tak suka nya....basuh seluar jeans orang....rumah LY, abah mak adik2 pun pakai jeans....nak basuh guna mesin tu tak ada hal...tapi bila nak jemur tu....kena lah terbalikkan ke yang bahagian dalam ke luar....time nak tarik tu....kalau jeans yang panjang...omakaih....boleh tergeliat tangan....dan kalau LY malas...LY sidai je...tak payah nak terbalik2....biar cepat rosak seluar jeans diorang tu....

Kalau jeans perempuan biasanya lembut sikit dari lelaki....lagi masalah timbul bila nak lipat....masa sidai dah diterbalik...dah angkat kering, kena betulkan balik...dah lah tebal.... makan space tau tak...baru  lipat 4-5 helai....tinggi dah sama macam 20 helai kain pelikat pulak....buat semak tempat baju je....

So, sekarang ni memang antilah dengan jeans...tak kisahlah jaket ke...seluar pendek ke...panjang ke...nak2 lagi yang design pelik2....nak loya rasa tekak....iyyyyeeeeeeeeekkk....

Kepada pengguna jeans....jangan buat semak mata LY,,...ustaz Don pakai jubah, tetap comel je....haha....

kalau adik2 pakai jeans....LY tega untuk biarkan seluar diorang tak basuh dalam toilet....huhuhu...tapi kalau jeans yang dah jadi seluar kebun abah tu kenalah basuhkan....sebab bau dia harum sangat kalau tak basuh....huhuhu....

Sekian itu aja liputan ringkas dokumentari seorang yang anti-jeans!!!!

~batubersurat: seluar slack pun tak  suka....nak gosok tu malas.!!!!~