Tuesday, October 12, 2010

Gua nak bagi tau lu olang


HEEEEELLLLLOOOOO....
Dah berapa kurun gua tak menyemakkan gua punya blog ni dengan barisan ayat2 merapu........

Entry ni gua tak ada feeling meeling nak merapu meraban macam selalu...

Gua nak bagi tau lu orang lewat seminggu ni gua sangat2 BZ (nak cakap sibuk lu orang bukan suka gunakan!!!)

Gua nak bagi tau lu orang lewat seminggu ni gua sangat2 penat (tu pasal otak jem nak type entry)

Gua nak bagi tau lu orang lewat seminggu ni ada dua event besar gua dah settlekan...

Gua nak bagi tau lu orang, gua belum mampu nak keluarkan entry pasal events yang gua dah settlekan tu...(gua harap lu orang sabar lah ye.....)

Gua nak bagi tau lu orang, ada beberapa hari yang bakal mendatang ni pun akan BZ dan akan menyepi lagi....
Bila mana lu mau post entry kalo lu BZ????

Gua nak bagi tau lu orang, yang gua sangat2 nak tidur awal malam ni....(mata gua dah kuyu....gua taip entry ni pon sambil meniarap je....)

Dan GUA NAK BAGI TAU LU ORANG GUA MENGANTOK GILA BILA DENGAR DIALOG DAN BACKGROUND MUSIC SI CAPIK....(lu orang kene ingat hari ni hari Selasa...jam berapa sekarang ni....lu pikir la sendiri..!!)

~notakaki: malam ni ada LBS.... belum boleh tidur awal lagi...~

Monday, October 4, 2010

Olak Lempit 2

Halllllluuuu.....ha wau yu...
Tershashul plak....
How are you guys????
Hope sume ok2 je lakan....
Nak story sikit pasal aktiviti menggodek ladang cili abang Ijal semalam (Ahad).

Untuk pengetahuan anda semua, semalam adalah Hari Ini Dalam Sejarah bagi peristiwa pitam di ladang cili.
Kepada yang tak biasa berjemur tengah panas + ada gastrik + low blood pressure, aku nasihatkan korang ambillah langkah2 keselamatan. (Ikut you all lah nak buat langkah selamat macam manakan).

Yang pasti buat malu je pengsan atau pitam semalam.....baru masuk kebun sejam dah K.O.
Apa2 pun nak buat aktiviti biar berpada dengan kebolehan korang....sebab tempat jatuh lagi dikenang kerana membawa kesan parut di bahagian badan korang. (Jatuh dekat batu/pasir dapatlah luka sebab tak ada yang sambut....kalau jatuh dalam air alamatnya kenangan lemas/hanyut namanya)

Ni ada gambar sikit untuk korang....tapi gambar masa aku tak jatuh pitam la...
Gambar ni masa lawatan ke-2 sebelum puasa hari tu....
 Ladang ni dekat Olak Lempit

 Mari tengok apa ada di sebalik pokok renek ni. Nampak tak???
Tak nampak ke??? Meh sambung tengok gambar kat bawah.

 Ni lah dia bila kita tengok lagi dekat. Luruskan???

Ni bila kita tengok dengan penuh rasa kepegunan.



Ni bila kita terjah di balik rimbunan daun2.


 Ni hasil selepas kita rajin petik. (Lelaki ni adalah along kepada tauke cili)



Ni lah tauke cili merangkap abang kepada penulis blog ni....hehe....
Juga merangkap papa kepada 2 anak lelaki yang bijak subset kepada pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat subset pelajar jarak jauh Electrical Engineering UiTM, Shah Alam intercept jurutera elektrik pencen.
(Don't judge people by its colour)

Penulis pun nak enterframe jugak dalam post ni.....sayalah adik tauke cili di atas.
(Sama tak muka kami??? Iya kan aja) 

 Ni lah cili yang telah dikutip.

 Ni nak hantar kat pemborong......

Ni nak tiru SPICE ROUTE yang kat TV3 tu......huhu...

Tu aja untuk post ni....gambar hari kejadian pitam tak dapat diambil sebab tak boleh nak pikir apa dah.....
Papehal pun take care of yourself....baru boleh nak take care others.....

~notakaki: siapa2 yang berminat nak tahu pasal proses tanam cili fertigasi ni boleh lawat blog tauke cili, Encik Rizal Ramli ~


Sunday, October 3, 2010

Olak Lempit

Morning guys.....
Kenapa cakap omputih plak ko ni
Hahhaha...
pagi ni tak boleh nak buat any entry yang panjang berjela....
sekarang ni dekat Olak lempit, Banting....
Ada projek baik punya....
nak petik cili abang Ijal...
Beliau nak tamatkan riwayat ladang cili beliau....
Nak tanam pokok baru....

Ok guys....nak chau dulu.....

~notakaki:guna laptop abang Ijal ni~
 

Saturday, October 2, 2010

Bagi Saya Idea

Tarikh hari ni 2 Oktober 2010.
Mana aku tahu tarikh ni betul masa aku tulis entry ni???
Aku tahulah!!!!!!!!!!
Aku nampak masa main mesej lepas Subuh pagi tadi. Kan ada report tarikh dan masa dekat fon C902 tu.

Apa nak merepek hari ni. 
Tak ada yang menarik rasanya sampaikan title entry ni pun tak tahu nak letak apa.

Meh kita sembang pasal hal2 yang jadi malam tadi sampai pagi ni.  
Kita2.....hekau sorang je dalam cerita ni la...maka guna kata ganti diri pertama.....aku atau saya....).

Malam tadi....ingat nak pergi makan KFC....tapi tak jadi sebab kereta Ferrari merah abah dah jadi ambulance sebab hantar orang eksiden kat klinik.
Warna Ferrari memang la merah...takkan hijau pulak.....

Tak tahu nak buat apa.....on laptop je la yang boleh....nak ajak Leha borak2 pun tak ada mood.....
Ada ke patut dia baru bangun tidur jam 7 petang.....nak tunggu dia mandi lagi...gamaknya Isyak la nanti....
Dahsyat betul kalau orang yang kerja shift malam ni tidur waktu siang....campak bom kat sebelah pun belum tentu dia sedar....
Agak2 la kalau nak menipu Yan....bom tu kuat kot.....takkan lah Leha tak dengar.

Bila dah on laptop....maka kita akan ke facebook kesayangan kita....tengok2 dan usha2 apa yang patut.....
Tak ada yang menarik....arrrgggghhhhhh....tension...!!!!
Cikgu BM kau dulu ada ajar perkataan USHA ke Yan???
Tak ada!!!!

Masa untuk merepek dengan status gila dan tagih simpati.....
Maka keluarlah statement "Monolog (suara sayu): tak ada ke orang nak ajak pergi makan satay malam ni ??
Ek eleh...macam ni pun boleh ke????
Apa2 je la kan.....ada jugak yang komen....
Yang pasti jadi kenyataan....
Terima Kasih kepada Cik Mawarputih Berduri sebab sudi ajak saya kelar makan satay dekat Kedai Misman. Walaupun hari dah malam aku tetap memberanikan diri pergi.
Memanglah kau berani, ada adik kau yang temankan!!!

Seronok....bawak motor malam2 hari dengan berbekalkan lampu rendah yang malap. 
Tak patut betul motor Honda Boon Siew WLL abah tu buat hal. Mengerikan je journey malam tadi....
Dan yang paling menarik sekali, cornfirm2lah aku kesejukan walau dah pakai sweeter.
Apa kejadahnye confirm jadi kata ganda campur lah pulak nih????

Sampai rumah je dah jam 11 malam. Tengok Wild Hogs sampai habis. (Patutnya malam Sabtu aku takkan borink sebab ada Adnan Sempit The Series dan Megamovie....tapi semalam tak ada mood nak layan tv)
Apa2 pun.....tidur lambat jugak sebab Hanim lambat nak tutup lampu.....(ada ke patut baca novel orang besar malam2 ni)
Bukan ke ko yang suruh dia rajin membaca.

Cerita waktu tidur >>> aku tidur mati sampai ke pagi....tak tahu apa yang berlaku kat keliling even Hanim tidur berdengkur pun aku tak dengar. 
Bangun Subuh jam 6:35....(dahsyat betul rutin dekat rumah....sembahyang lewat memanjang)
Balas2 mesej dengan seseorang lepas Subuh tu yang aku tahu tarikh hari ni 2.10.2010.

Sampai ke jam 8 masih lagi duduk atas katil main mesej.
Maaaak aaaaiiiihhhh....malasnya anak dara ni bangun pagi.
Sengal punya C902....boleh pulak dia mati tak ada bateri...maka terpaksa juga bangun pergi cas. On Prima..... Ada Bang Bil la....I like!!!!!!!!!
Layan jap...dah 8:30....start (patutnya Mula....tapi nak jugak guna start)...
Basuh kain...sapu rumah....makan roti canai.
Roti canai pun kerja ke???
Sambil2 buat kerja mestilah ada hiburan kan.....
Kalau korang nak tahu dekat Malaysia ni ada 1 stesen radio yang diberi nama Time Highway Radia a.k.a THR.fm....(baru keluar Malaysia dalam entry ni)
Siaran ni dengar kat Astro sebab kalau kat radio time2 macam ni korang akan dengar siaran Tamil.
Dahsyat kan radio ni....boleh pulak share siaran....2 in 1....
Siaran THR ni fully BM dekat bahagian Pantai Timur je. Negeri2 selain tu hanya akan dengar siaran radio Tamil dari jam 6 pagi ke jam 8 malam melalui radio la....kalau dengar Radio Astro fully THR BM punya...

Pagi tadi ada DJ Suzana sorang je.
Kenapa tak nak guna JURUHEBAH???
Bestlah dengar celoteh Suzana ni....dengan caller2 yang happy go lucky terutamanya kaum2 ibu....
Aku pun jadi happy sekali....
Lagu2 yang Suzana buka pun happening je....
Terapi jiwa Melayu betul la radio ni....dari ang zaman Jeffrydin pun ada...
Lagu2 dangdut dari Indonesia best je telinga aku dengar...
Yang pasti semua lagu happening sebab dah nama segmennya CERIA PAGI....

10:00 pagi....
Apa pasal Farah ngan Marsha tak datang pulak ni....
Tup2 Farah mesej nak datang tuisyen malam nanti....
Maka.....tertulislah hikayat cerita merepek hari ni....
Sambil mendapat hidangan telinga dari THR Carta minggu ni...

Nak pergi masak ni.....nanti sambung merepek lagi.

~notakaki: THR ada jamuan rumah terbuka di Padang Merdeka, Dungun Terengganu hari ni~

Friday, October 1, 2010

Bulan baru

Chak ke chak bum....
Bum bum chak...
Sindrom apa pula lah tengah hari Jumaat ni...
Tak faham betul la cara penulisan hati ni....
Betul2 tak faham cara nak menulis rasa hati ni.....
Hahahaha...tipu belaka....
Sebenarnya terlebih faham yang hati tengah berbunga2 riang bagai bunga matahari kembang berseri.....
(Ayat tak nak kalah je....budget budak sastera la tu)

Hari ni 1 Oktober 2010.
Apa yang kita harus tahu pada tarikh ini.
Tak payah susah2 nak fikir. Biar je aku bagi jawapannya.
Tarikh ni adalah tarikh sehari selepas tahu berita gembira semalam.
Hahaha.....
Asbestos hijau punya jawapan.


Siapa2 yang masih berada di awangan kegembiraan, sila keluar dari awan putih tu sebab ada kawan yang tengah duduk dalam awan kelabu. Diorang belum boleh nak happy macam kita. Diorang tengah berdebar tunggu nak pergi interview nanti. Maka jangan nak lebih2 tunjuk kegembiraan anda tu.
Sila bersederhana meng-ekspresi feeling anda tu.
(Peringatan kepada penulis sebab menyemak kat wall kawan2 dengan ucapan tahniah)

Hari ni 1 Oktober....
Aku tahu tarikh ni sebab aku dengar Abby Fana berceloteh dekat Sinar.fm yang aku pasang kuat2 sambil potong kuku.
(Korang tak potong kuku ke??? Hari ni hari Jumaat tau tak....banyak pahala buat benda sunat hari ni...)

Tiba2.....(selalu aku sebut tetiba je... tapi tulis kat sini tetiba jadi Tiba2)
Yan ni dah mula la nak merepek cerita dongeng nenek kebayan pelupa ke ape???
Tiba2....aku teringat....hari ni hari jadi Siti Hawa Shahidan (aku tau la korang suka sebut besday kan....ceh...nak cakap mat salleh je korang ni)

Siti Hawa ni....(nama wanita pertama yang dicipta di bumi tu....pheeewwiit)
...kawan baik aku masa dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) dulu...
Kawan baik mestilah dari kelas yang sama kan....haa...betullah tu...
Sama kelas....Hayat 4 Praktikum 4 (H4P4)...dah tu satu blok plak...bertambah baik la...
Aku suka lepak bilik dia sebab mengadap highway dan jelas nampak Gunung Jerai.
Info tok korang hari ni....bilik aku mengadap cafe Blok B n Blok B3.
Dia ni comel...(korang tau tak apa definisi comel sebenarnya??? Benda subjektif kan....susah nak describe....so faham2 sendiri sudah)....

Beliau sekarang ni buat MEDIC ataupun dalam bahasa rasminya  bakal jadi DOKTOR tahun depan. InsyaAllah.....
Semoga cepat dia boleh jadi doktor peribadi aku nanti...
Tiba2 teringat dekat kamu wahai Hawa....
Yang tak kedekut nak kongsi ilmu.
Beliau belajar ala kadar je...tapi bila dia mengajar....dia blander pensil shaker dengan A4 paper nak explain dekat aku pasal BIOLOGI tu.
Terbaiklah kamu kawanku....

Dua2 sem dia dapat 4.00. Memang termakbul doa dia nak buat medic dekat USM.
Sekarang ni tak tahu pun pe perkembangan beliau....
Almaklumlah aku kan malas nak mesej2 dengan kawan2 ni even kawan baik sendiri.
Kesian siapa2 yang jadi kawan Yan.


Yang pasti bila tengok gambar dia dekat FB tu terubat juga rindu dan aku tahu dia baik2 je.
Rindu kat Hawa...uuuuwaaa....nak peluk Hawa....nak tidur kat bahu Hawa yang empuk tu...

Selamat hari lahir sahabatku, Semoga Hawa sentiasa di bawah lindungan Allah, murah rezeki dan bahagia selalu.

Okay...sampai sini saja merepek di tengah hari Jumaat yang mulia dan penuh rahmat.
Kalau ada story best yang berlaku hari ni, lain entry pulak aku merepek.

~notakaki: Saudara Mohd Akmal, Timb YDP JPP KMPP tu jadi coursemate Hawa~