Sunday, March 11, 2012

Plan Cuti Setengah Penggal 1

Salam takzim dan salam penuh kasih sayang kepada makhluk ciptaan Allah yang sempurna.

Ni plan cuti LY.

Sabtu - Tidur petang...no need to watch panggung Sabtu dekat TV3....main2 dengan Arissa...gosip2 dengan adik beradik.... [done]

Ahad - bangun lambat [tak berjaya, lepas Subuh terus tak boleh tidur....golek2 dengan cuaca sejuk ni pun tak mahu juga lelap.....ni yang update status ni]....hari ni melepak ....tunggu Arissa dan Ada datang...

Isnin - bangun lambat....mandi lambat [air Lui sejuk sangat nak mandi pagi2]....jalan2 rumah Nana...gosip atau mungkin nak main scrabble agak2 2 atau tiga jam sampai petang....

Selasa - nak jalan ke pasar Kemboja dengan mama Arissa....nak cari kain Kemboja...mama Arissa kata kain diorang murah....

Rabu - siapkan pendaftaran SPM...

Khamis - Siapkan maklumat SMM kelas 1 Nilam.

Jumat - get ready dengan kenduri hari Ahad nanti....rebus ikan nak buat laksa....ni adik kecik LY yang nak...

Sabtu - potong lembu dekat ulu lepas zohor... malam masak rendang

Ahad - Kenduri aqiqah keluarga dan marhaban Muhammad Izzan Haq Md Rizal...petang gegas balik PD...

Setakat ni tu je plan cuti...mungkin jugak kena selitkan dengan kemas rumah...adek Anem LY ni pemalas nak kemas rumah....melepak dekat kebun cili Sabri...mandi Gabai dengan Nana kalau hari panas....kayuh basikal petang kalau rajin....

Nak suruh mak LY masak bubur jagung...buat cekodok pisang.....buat lepat ubi...menikmati pemandangan Lui yang hijau permai untuk release tension yang banyak kerja dan terapi jiwa yang bergolak macam kapal Jack Sparrow terbalik dekat laut bergelombang.

Okay...tu je...nak pergi cari makan kejap...nak basuh baju dulu....[tapi tak nak mandi sebab sejuk]

~batubersurat: home sweet home ( '_' )

Friday, March 9, 2012

Cuti datang lagi....yeeehhhaaa...

Salam takzim. Selamat bercuti kepada diri sendiri yang dah rupa macam makcik Senah kepenatan basuh baju dekat sungai.

Waktu ni...LY masih lagi dekat PD. Belum balik kampung lagi. Memandangkan nak cuti lama, makanya LY kena ambil masa sedikit membuat beberapa urusan penting yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup selepas habis cuti nanti.

Checklist yang terawal dari semua yang terpenting adalah, menanda semua kertas exam. Kertas Matematik 1 Mutiara yang tak bersinar dah siap....Sains 1 Permata yang malap dah siap....Amalan Bahasa Melayu Peralihan Berlian yang pudar dah siap....Sains 2 Delima yang terover berkhasiat dah siap. Sedikit cuak dengan result 2 Delima yang hampir separuh kelas dapat A, seorang je tersesat  dapat 50%...yang lain semua atas 55%....soalan setara peringkat PPD-PD yang terlalu senang ni menyesakkan nafas LY untuk menghadapi exam pertengahan tahun nanti. Di buatnya soalan susah masa exam bulan 5 nanti...result budak menjunam jatuh...habislah LY nak kena buat report.... Dan sesuatu yang mendukacitakan, skrip jawapan Matematik 1 Nilam hilang. Cikgu yang jaga exam tu kata dah masukkan dalam kotak pengumpulan. Tapi dah 2 hari LY cari...tak juga jumpa...dah tanya cikgu2 lain, diorang tak ada pulak ambil. Haaaaaissssssssssshhh...takut ni....Kalau nak kena buat re-test, memang LY akan suruh cikgu Khatijah tu settlekan semuanya. Penat tu LY buat soalan, staple soalan...last2 hilang. Memang LY akan meng-hangin je lah nanti.

Perkara kedua dalam carta.....sapu rumah dan mop lantai. Hari bekerja yang asyik balik jam 5 petang kalah kerani majlis daerah menyebabkan keadaan rumah tunggang langgang bagai kapal Jack Sparrow karam dilautan lumpur. Rambut2 yang beserakan, sisa pemadam pensil dan kertas2 yang direnyuk di hapuskan. Kemudian proses mengemop lantai dijalankan dengan jayanya.

Next, kemas dapur.....mengelap dinding yang berminyak akibat projek masak2 dari tukang masak amatur....bersihkan sink termasuk dalam package tajaan bersihkan dapur ni...dah siap berkilat, pinggan mangkuk  cawan kuali dan yang sewaktun dengannya dikeringkan di tempat lain sebab nak buang air yang bertakung dekat rak pinggan. Sebagai makhluk Allah yang penakut, LY amat2 takut kalau2 terdapat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah ni....Rak dah settle, pinggan je belum lap...nanti malam sikitlah LY buat.

Next, buang sampah dan semua sisa makanan yang boleh mendatangkan mudarat seperti pembiakan telur lalat....Start petang tadi, dah tak boleh nak masak2 lagi kecuali masak air.

Seterusnya....buku2 disusun....mana yang nak baca sebagai bekalan cuti di masukkan ke dalam beg. Kerusi meja makan belum kemas lagi...kejap lagilah kemas...tak pun kemas balik cuti nanti....huhuuuu....

Next...yang akan dibuat selepas solat Isyak nanti, adalah projek menyeterika baju kurung murung sarung sebanyak 20 pasang untuk stok 4 minggu. Atau mungkin untuk 3 minggu je sebab hari Sabtu kadang2 pun ada sekolah. Haaaaaaaaaaaaiiiiisssssshhhhhhhh.

DAAAAAAAAAAAAAANnnnnn pabila Esok, before balik, kena pastikan semua baju dekat penyidai angkat masuk dalam bilik. Kalau tak kering sidai dalam rumah. Kena check toilet kalau2 ada air bertakung...tong2 kena clearkan dan telangkup. Kunci air. Lampu dapur kena buka. Barang2 penting di bawa. Kunci pintu. Balik Lui....

~batubersurat: merancang aktiviti semasa cuti~

Wednesday, March 7, 2012

Apa yang kami cikgu cikgi ni sibuk sangat

Salam takzim.

Ramai yang kata kerja cikgu senang...tapi hakikatnya kami menanggung beban orang atasan yang terlalu bijak mentadbir.

Ni antara kerja2 awal tahun yang ter-over sibuk di alami oleh seorang guru kelas atau mungkin guru data atau mungkin guru SMM.
ni lah yang dinamakan SMM...sistem maklumat menteri murid

maklumat2 ni cikgu dapat dari borang yang murid isi....cikgu akan transfer masuk SMM ni...masalah yang cikgu2 hadapi adalah borang tak lengkap...maklumat tak jelas....dah tu orang atasan desak cikgu2 suruh siapkan...bila kita kata budak yang tak hantar...diorang suruh kita desak murid bagi...dah tu kita ni dah tak ada kerja lain ke nak kejar budak minta itu minta ini...

ingat cikgu ni robot ke apa....boleh tekan butang replay selalu....cikgu2 ni pun manusia biasa juga...selalu juga lupa...dah bila lupa...memang akan jadi lambatlah siapkan benda ni. kalau dapat kelas depan tu, memang lah senang minta dengan budak...cuba korang minta kelas hujung tengok...kelas yang tak tahu baca...kelas yang tahu apa2 benda yang dalam borang tu minta....
Kan semua tu meng-aniaya masa cikgu nak siapkan...dah lah mengajar sehari sampai 8 waktu....dah tu masa rehat pun nak suruh cikgu2 buat kerja2 kerani macam ni....memang lambatlah siap....kalau bawa balik rumah kerja2 ni, lebih baik tidur je dekat sekolah..pindah terus...tukar alamat nama sekolah...

orang atasan ni memang senang buat keputusan...kaji itu kaji ini...buat software bombastik itu ini....tapi yang menanggung kerja cikgu2...bukan kerani2 PPD..bukan kerani JPN...bukan pegawai PPD...bukan pegawai JPN...bukan orang dekat kementerian sinun tu hah yang buat....

nak isi borang ni, bukan sekejap...kadang2 tu sampai sejam hanya untuk 3 borang/maklumat murid...bayangkan nak siapkan 1 kelas yang dalam 35-45 orang....darab lah dengan masa yang cikgu ada dalam sehari....dapat buat 1 dalam sehari pun kira dah bersyukur...

nampak dalam gambar dekat atas macam sikit je kan...tapi cuba kalau mengadap sistem ni...bawah2 tu kena isi lagi macam ni...
ni baru part bapa...belum part ibu...tanggungan...

kepada adik2 yang berminat nak jadi cikgu...rentikan je lah hajat tu...cari kerja lain....jadi kerani pun lagi best...duduk kerusi empuk...ada aircond lagi....dari kulit tinted gagak boleh jadi putih salju..

Sekian kisah hidup cikgu alaf baru yang dah tunggang terbalik.

~batubersurat: ni baru kerja Hal Ehwal Murid...belum kerja Akademik dan Ko-kurikulum....perasaan yang LY alami sekarang ni macam kena tembak dengan kentut orang perut boroi......puuuiiiihhh~

Sunday, March 4, 2012

Saya dan saya dan saya lagi

Salam takzim.

Nak update...nak update...nak update
Tapi idea dah tercampak jauh dekat laut Port Dickson ni. Atau  mungkin tersangkut di Sungai Pak Mail di Lukut ni....

Friday, March 2, 2012

Sibuk sibuk sibuk dan sibuk lagi

Salam takzim.
Sibuk betul owner blog ni....sampai dah naik lumut kat sini.

Lately, kerja macam bertimbun2....sampai kadang2 tu nak buang air pun kena tangguh dulu.
Tapi...sibuk2 pun sempat juga nak online....hahhaha.....

Kerja yang pelik2 lah cikgu sekarang ni buat.
SMM lah...SAPS la....nak isi maklumat itu lah...inilah....
Yang peliknya tu, menteri2 tu nak buat apa???
Statistik apa yang diorang nak buat entah.
Nak kata pendidikan kat Malaysia ni maju sangat tak adalah pon.

Korang agak2 kat Indonesia, Filipina, Thailand ada ke SMM dengan SAPS ni semua....diorang maju je aku tengok. Lagi maju ada lah sistem pendidikan diorang.

Actually nak merepek...nak maki hamun...nak marah2,....tapi tak terkeluar pulak perkataan2 yang nak di luahkan.
Tak apalah simpan je lah dalam hati.

Dah2....jom rehat....esok nak kena jadi pengadil untuk game bola jaring. Kalau LY tak meng-update apa2 status esok, maknanya  LY mengalami sindrom kepenatan terlajak~

~batubersurat: counting for holiday~