Sunday, January 9, 2011

Kembara ATIQ WAZIF - satu anugeraH

Salam sayang semua.
Semalam LY dah habis baca travelog dari Hasan Suyut dengan tajuk dekat atas ni.
First of all, confirm2 lah nak mengaku yang LY menangis masa baca ending cerita ni.

Ni review pasal travelog ni.

Hasan Suyut ni seorang bisnesman. Bisnesman yang bukan calang2. Bisnes deal dengan orang luar negara selalunya. Wife dia cikgu Dora. Tahun 1997, diorang dah ada 3 orang anak. Lepas tu diorang dikurniakan lagi seorang anak lelaki yang diberi nama Atiq Wazif.

Sepanjang tempoh cikgu Dora mengandung, macam2 benda pelik berlaku. Beliau mimpi mengenai seorang perempuan nak ambil anak dia. Lepas tu insiden kucing melintas dan kena langgar dengan kereta yag memotong diorang dekat highway.Cikgu Dora pun ada nampak bintang2 yang bersinar.


Lepas Wazif lahir, kehiduan keluarga ni berubah 360 darjah. Keluar masuk hospital perkara biasa. Doktor tak dapat mengeluarkan apa2 diagnosis mengenai penyakit Wazif. Wazif kanak2 istemewa tanpa ada nama penyakit yang spesifik. Doktor menyatakan Wazif tak ada harapan untuk hidup. Sehingga usianya 3 tahun, Wazif belum boleh berjalan. Wazif hanya tulang yang diselaputi kulit.

Perjalanan macam mana penulis dan isterinya menguruskan Wazif dengan tabah. Mereka terpaksa bergilir2 menjaga Wazif. Rawatan perubatan yang melebihi ratusan ribu.

Penulis juga membuat rawatan alternatif. Wazif selalu menangis lama dan tanpa henti. Ada makhluk  lain yang bersama dengan Wazif. Dari rawatan Islam hinggalah ke bomoh, semuanya dilakukan oleh Hasan. Demi anaknya. Sanggup meredah jalan yang jauh untuk mencari penawar Wazif. Satu hari, bila Wazif tanpa henti menagis sehingga petang, cikgu Dora, penulis dan anak2nya tanpa henti membaca surah 4 Qul. Seiring dengan itu juga, suara meminta tolong sayup2 kedengaran diiringi nyalakkan anjing yang kuat. Akhirnya, bila penulis melaungkan azan selepas suara2 tu hilang dan Wazif berhenti menangis.

Wazif yang tidak seperti kanak2 normal sering jatuh sakit dan keluar masuk hospital.
Penulis tak pernah berputus asa dalam mencari punca penyakit Wazif. Berbagai usaha dilakukan.
Perjalanan melakukan terapi bersama Kak Ro membuka ruang harapan kepada Wazif. Ada sedikit perubahan. Selepas itu Wazif mengikuti terapi di Bukit Antarabangsa.

Penulis berkorban masa untuk mengubati Wazif. Beliau sanggup meninggalkan kemewahan dalam mencari harta. Kesibukan kerjaya bertukar kepada kesibukan mengubati Wazif. Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah terhadap anaknya.

Walaupun mengalami krisis kewangan, berkat keikhlasan menjaga Wazif, segala perjalanan keluarga ini dalam menempuh ujian dipermudahkan. Ada saja tangan2 yang sudi membantu bila diperlukan. Penulis membawa Wazif menjalani terapi di Erkang Hospital di Beijing. Di sana, terapi yang dilakukan membolehlkan Wazif berjalan. Penulis berpisah dengan isteri dan anak2 sepanjang di Beijing.

Walaupun Wazif telah boleh berjalan sikit (umur 6-7 tahun), penulis masih lagi berusaha mencari alternatif lain untuk mengubati Wazif. Perjalanan mencari kaedah perubatan Wazif membawa mereka sekeluarga ke Orlanda, Amerika Syarikat. Perjalanan 5 hari dari Malaysia ke Orlanda sungguh mencabar. Tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wazif kini (2008)  boleh berjalan tanpa bantuan dan boleh bersuara menyebut "mamma...pappa"
Penulis meninggalkan bisnes demi mengurus Wazif.

Kata penulis beliau bukan meninggalkan kerjayanya, tetapi menangguhkan seketika sahaja.
Bukan sahaja penulis yang berkorban demi Wazif, bahkan kakak dan abang2nya juga berkorban.
Sungguh terharu bila, kak long (Atiqah), Waaiz dan Wafeeq sanggup memberikan wang tabungan mereka kepada papanya demi membeli tiket untuk adik bongsu mereka yang sering ditinggalkan bila penulis membawa Wazif berubat ke luar negara. Ketika itu anak2 penulis berumur sekitar (8-12 tahun).

Part yang LY paling terharu bila penulis menceritakan tentangnya Wafeeq memberi kad hari lahir kepadanya.
ta pada kad sungguh menyentuh hati. Penulis menyatakan kesyukurannya di berikan ujian melalui kehadiran Wazif. Penulis meninggalkan kehidupan yang menjurus kepada keduniaan semata2. Penulis menyatakan kesedaran tentang pengabaian masa berharga bersama keluarga yang pernah dilakukannya. Penulis sungguh bertuah menyatakan Wazif adalah satu anugerah.

Kini, pengorbanannya meninggalkan Malaysia, kerjaya demi Wazif berbaloi bila anak2nya yang lain turut berjaya dalam bidang akademik dan sosial.

Akhir kata dari penulis yang menggambarkan perjalanan kembara Wazif ini berbunyi seperti ini

Tempoh itu walaupun getir namun mematangkan kami. Kami memahami apa itu erti SEDIH, MALU, SEDU, DERITA,KECEWA, DUKA, LARA. Namun apa yang lebih penting, kami lebih memahami apa itu erti TABAH, KASIH, SAYANG, GIRANG, BANGGA, BAHAGIA, TAKWA,SABAR.IKTIBAR.

Dalam buku ini jugak di selitkan gambar2 sepanjang tempoh rawatan Wazif di beberapa negera dan tempat. Ada juga panduan yang sangat2 berguna kepada ibubapa dan juga bakal2 ibubapa bagaimana melahirkan anak2 yang cemerlang dari semua aspek.

LY sangat2 terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh penulis dan ketabahan keluarga ini dalam menempuh ujian yang hebat ini. Bila LY membayangkan kehidupan LY macam ni, LY menangis dalam hati, mampukah LY mengharunginya dengan ikhlas???? Mampu LY untuk tidak menafikan takdir Allah. Semoga Allah memberikan ketabahan yang tinggi kepada LY dalam menempuh ujian-Nya.

Kepada mak abah, adik beradik, anak2 buah......Atam sayang semua. Semoga LY sentiasa ingat dimana bumi dipijak!

~batubersurat: kepada kaum Adam, ini buku wajib baca~

Saturday, January 8, 2011

:: LY menangis kerana ATIQ WAZIF ::

Sabtu yang indah.
Hari bersenang2 tanpa kerja.
Tadi LY keluar ke Seremban. Teman Ain dan Fiza beli buku rujukan dekat Popular Terminal-One.
Tapi LY pun nak cari buku rujukan sendiri jugak.
Walaupun dekat sekolah dah ada buku rujukan, tapi tetap nak yang sendiri punya.
LY cari buku latihan untuk pelajar2 lemah.

Dekat Popular susah betul nak cari buku latihan dan rujukan untuk pelajar lemah.
Semua buku untuk yang high level je.....
Susahlah budak2 lemah nak belajar.
Buku semuanya latihan yang susah2.
Nak cari dekat kedai2 buku biasa ni, tak ada transport nak pergi.

Lepas je dapat buku yang sesuai, LY pun jalan2 dalam Popular.
Niat hati nak baca novel. Sambil usha tajuk, sambil baca isi kandungan atau sinopsis dekat belakang.
Tu habit tak baik korang jangan tiru!!!!

Mula2 nampak, buku masak2. Teringat dekat Danny yang beli buku masak2 dekat Mid Valley untuk mama dia dekat Labuan sana tu. Sebelah buku masak2 tu, adalah pulak buku motivasi.
Dah lalu tu, selak2 lah jugak. Buku HM Tuah ada. Buku jutawan MLM ada...buku buat bisnes dari rumah ada....macam2 ada.

Sampailah dekat barisan buku rak bawahi, LY pun cangkunglah. Penat dah kaki ni berdiri lama sangat.
Sambil mencangkung, LY capai satu buku ni. Langkah pertama sebelum buka isi dalam adalah tengok cover belakang. Sebab??? Sebab dekat belakang tu selalunya ada sinopsis, ataupun review dari orang lain, atau kata2 dari orang lain mengenai cerita/penulis tu.

Kata2 dekat belakang tu menarik minat LY untuk bukak page yang dalam.
Selak.....baca.......baca........baca.......selak langkau sikit.....baca.......baca.......
Owh....tidak, air mata boleh keluar meleleh dekat situ dengan keadaan mencangkung. Makcik yang kat sebelah dah pandang2. Okay, kesat air mata dengan tudung. Bersihkan yang tersangkut dekat spek. Bangun cepat2. Ouch....kaki kebas....adui...macam mana boleh tak sedar yang lama sangat mencangkung tadi.

Betul2 kan paksi dan koordinasi badan. Stabilkan imbangan dan menormalkan adrenaline. Terus beratur nak bayar buku rujukan dan latihan termasuk buku tadi.

Tu baru baca 10% dari keseluruhan. Dah berjurai air mata. Macam manalah gayanya kalau dah habis baca nanti.

Malam ni nak habiskan buku tu......
"Buku tu" bukan novel. Tapi adalah TRAVELOG: Kisah benar. Buku ni mula2 keluar tahun 2008.

Tajuk dia, KEMBARA ATIQ WAZIF- SATU ANUGERAH. Penulis buku ni adalah ayah kepada Atiq Wazif sendiri, iaitu Hasan Suyut. Siapa yang pernah baca, sila angguk kepala dan mengaku yang hati korang rasa sayu, pilu, terharu, bersyukur, respect, dan lain2 yang seerti dengannya.

~batubersurat: nanti LY buat review pasal buku ni.....excited ni first time nak buat review~

Thursday, January 6, 2011

1st week at schooL

Betul2 belakang meja LY je ni.

Betul2 belah kiri meja LY. Yang ada botol air dan ke bawah, LY dengan beraninya menge-cop dulu. Tu dah kemas SIKIT....kalau tak sama macam yang baris ke-3. Barang dekat atas rak tu belum berani nak sentuh....kalau esok tak de cikgu ambil, LY nak jual dekat lori kitar semula!!!

Pelajar kelas LY!!!! 1 Mutiara. Readers boleh bagi hadiah buku belajar bahasa Tamil dan Cina cara pantas untuk birthday LY bulan depan. Pos sekarang pun okay :)

LY tak pandang students pun time perhimpunan tapi duk pandang atas. Langit yang terbentang luas.....syok tengok kapal terbang nak landing dekat KLIA hari2. Time tengah menaip entry ni pun, kapal terbang tengah lalu....usha dari tingkap bilik je.....LY jakun...dulu ada lah berangan sikit2 nak jadi pilot...hehehehe...

~batubersurat: rindu nak makan cekodok pisang omak ~

Dilema Khamis

Lama dulu gelisah dengan dilema Selasa a.k.a dilema DYH.

Tapi sekarang ni...ada dilema baru pula.

Hari ni Khamis (pastikan K huruf besar)

Selalu...petang2 atau malam2 Khamis macam hari ni...

Mesti ada bau2 pelik dari dapur Datin Azizah....

Ada bau nasi lemak.....bau mee goreng basah....bau mee hun goreng....bau bubur jagung...bau bubur pisang.....bau lepat pisang.....bau lepat ubi.....bau goreng pisang.....bau cekodok pisang....

TAAAAAAAAPPPPPPPPPPPIIIIIIIIIIIIIIIII.............
Hari Khamis hari ni....hanya bau longkang dekat keliling blok kuarters ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~batubersurat: angin laut Selat Melaka mematikan bau2an dari rumah Datin Azizah di Lui ke rumah LY di Lukut ini~

Tuesday, January 4, 2011

Entry cepat2 nak balik dah!!!

Salam sayang...
Ni update dari PC sekolah.

Cepat2...nak balik dah.

Sekarang ni LY sangat2 sibuk dengan urusan pendaftran tingkatan 1.
LY dapat mengajar Matematikm form 1 dan science form 1.

Bahagia gila hidup!!!!!!!!!!!!!

Jawatan koku n HEM pun berlambak jugak...

Kepada teman2 yang sedang bertugas di tempat lain tu, selamat berjuang.

LY tak mampu nak berblogging disebabkan oleh coverage broadband maxis dekat Lukut ni tak berapa nak bagus...warna hijau je!!!!!!!!!
Tension hokkkeeeeeeeeeeeeyyyyyyyyy!!!!!!!


batubersurat: hari2 mengadap langit tengok kapal terbang nak landing dekat KLIA!!!!