Monday, February 28, 2011

Tak ada mooD

Salam sayang korang semua....
Lamanya LY tak update blog...

Sebenarnya LY masih lagi bersedih dengan perkahwinan Prince William ni....
Ahaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkksssssssssss.....
Geli geleman dengar kan....


Sebenarnya LY tak ada mood lah nak update....
Sebab lain jugak adalah kerana Cik Ady tak update.,...cik Syima tak update.....cik Naa pun tak update....cik Suzie ada update minggu lepas.....

Maka.....tak ada idea yang menarik untuk di share....
Mungkin kejap lagi ada...
Tunggu je lah ek!!!!!!!!

Selamat mengakhiri bulan Februari.

~batubersurat: mengantuk nak tunggu masa pergi shopping dekat Giant~

Thursday, February 24, 2011

Kad Jemputan dari Kekasih-tak-jadi

Seeeeeeeeeeddddddddddddddddddiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhh....
Nak menangiiiiiiiiiiiisssssssssssssssssssssssss...................
Huaaaaaaaaaaaaaaaaa....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Guling-guling atas lantai!!!!
Kekasih-tak-jadi dah nak kahwin....
Kad jemputan beliau tu dah siap!!!!

Korang semua tolong bersedih untuk LY sekali okay.....

Hancur hatiku
Issskkkkkkkkkkkk...

Korang baca sekarang........hujung bulan 9 ni beliau nak kahwin tahu tak????
Sempat ke tak LY nak batalkan perkahwinan diorang ni...
Atau LY kena pasrah, redha dan berserah dengan kebahagian kekasih-tak-jadi LY ni??????????

Iskkkk.....sadiskan...

~batubersurat: patut ke LY hantar hadiah dekat Putera William nanti?~

Tuesday, February 22, 2011

Nilailah akU

pacarku yang baik
dengarkanlah aku
janganlah engkau selalu
marah-marah padaku

pacarku yang baik
permintaan hati
janganlah engkau selalu
ingin menang sendiri
 
nilailah aku sesuka hatimu
agar kau tak meninggalkan aku
nilailah aku sesuka hatimu
agar engkau tahu
 
pacarku tolong dengarkan aku
cintaku hanya untukmu
sampai nanti pun ku tak akan pernah selingkuh
cuma kamu lah semangat hidupku

pacarku 
janganlah marah-marah lagi
ku berjanji ku akan tetap di sini
sampai mati engkau tak akan ku tinggali
ku temani sampai kau tua nanti


ku temani sampai kau tua nanti
ku temani sampai kau tua nanti
ku temani sampai kau tua nanti

mode:curi2 update blog
status: semalam terdengar lagu ni berkumandang dalam C902

~batubersurat: masa bila pulak LY letak lagu Kangen band ni dalam C902??~

Friday, February 18, 2011

SekaranG

Salam sayang pembaca blog [ya:alif:nun] refugee kota lukut..
Maaf tak dapat nak update selalu. Ni pun curi masa kejap dekat bilik guru 1 ni.....dah alang2 lalu tu kan...singgah lah kejap...

Sekarang ni, laptop LY rosak....Sooooooooooooooooooooooooooo...
Faham2 sudah...
Tak boleh nak online okay....
Online dekat sekolah atau rumah kawan jer....

Jumpa lagi dilain kali.
Jaga diri semua. Have a wonderful February guys!!!

~batubersurat: Muchas gracias pada kawan2 yang masih ingat hari lahir LY~

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul Awal 1432H = 15 Feb 2011

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
Sempena hari mulia ini, sama2lah kita memanjatkan selawat kepada baginda ya rasulullah Muhammad s.a.w. Sebagai tanda mencintai baginda utusan mulia. Sebagai tanda pengakuan kita umat Muhammad.
Sama2lah kita mengenang kembali perjuangan baginda, sifat dan peribadi baginda serta mengambil tauladan sebagai panduan hidup kita.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan Selamat hari lahir yang ke 24 kepada Norazian binti Ramli. Semoga sentiasa diberkati oleh penguasa alam. Dilindungi dunia akhirat. Dilapangkan pintu rezeki dari setiap penjuru alam.
Dipermudahkan urusannya di dunia akhirat.  Di sayangi oleh insan2 disekelilingnya. Disenangi oleh setiap yang baru dikenalinya. Dijauhkan musuh dan permusuhan dengan makhluk Allah yang lainnya. Semoga menjadi contoh yang baik kepada adik2nya, anak2 buahnya, sepupu2nya dan rakan2nya serta murid2nya.

Semoga diberikan kesihatan dan kesejahteraan agar mudah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Penciptanya. Sentiasa ditetapkan hatinya menjadi anak yang solehah serta muslimat yang taat setia kepada Pemiliknya.

Semoga lidahnya sentiasa lancar dengan kalimah2 suci Al-Quran, selawat dan kata2 yang baik untuk dirinya dan orang kelilingnya. Di pelihara matanya dari pandangan yang mendatangkan mudarat. Semoga telinganya tidak pekak mendengar nasihat dan teguran.  Semoga kedua-dua kakinya rajin melangkah mendahulukan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang, Semoga kedua-dua tangannya dipelihara untuk menyampaikan ilmu yang di pinjamkan kepadanya. Semoga akal fikirannya dipenuhi ilmu buat pedoman diri dan orang kelilingnya. Semoga terpelihara setiap anggota tubuhnya untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang dipinjamkan kepadanya.

Semoga dengan pertambahan usianya ini, hatinya akan sentiasa ingat akan mati. Semoga dirinya sentiasa ingat akan tiba jua saat dirinya berpisah dengan dunia yang fana.

Semoga dijauhkan sifat lalai, riak, takbur dan semua sifat mazmumah dalam dirinya. Semoga dirinya sentiasa belajar dalam setiap perbuatan dan tindakannya. Amin.

~batubersurat: terima kasih Puan Azizah kerana bertarung maut 24 tahun yang lalu di waktu subuh untuk melahirkan diri ini~

[kiriman doa kasih sayang dunia akhirat buat mereka yang melahirkan dan membesarkan]