Monday, August 22, 2011

Ramadhan 1431H VS Ramadhan 1432H

Salam sayang....

Sempena bercuti dari terawih malam ni...mari kita mengulit blog yang dah lama tak kena polish.

Sebenarnya banyak nak cerita kat sini malam ni.

Awal mula pertama mula, puasa tahun lepas masih tergambar kemas dalam kotak fikiran LY. Masih merindui puasa tahun sudah. Merindui pada perkara-perkara rutin sepanjang Ramadhan sepanjang tahun.

Tahun sudah, Ramadhan LY berstatus penganggur yang bekerja sementara. Sebabnya tahun sudah, LY tamat belajar di UPM dan awal Ramadhan tu LY  jadi cikgu ganti di SKSL.
Tahun ni, LY dah kerja tetap. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah untuk LY dan teman2 seperjuangan di UPM.

Tahun sudah, geng mengaji masih lagi duduk dalam 1 kelompok. Seorang baca, yang lain semak. Tahun ni, masa LY balik cuti minggu sudah, geng mengaji dah pecah 2. Almaklumlah yang mengaji warga veteran. Diorang semua nak balik cepat. Bila dalam kumpulan kecik, cepatlah dapat turn untuk mengaji.

[tekun sungguh geng2 surau ni semak bacaan geng yang lain]

Tahun sudah, blogger dentist-to-be masih lagi dekat Malaysia. Tahun ni adik LY yang sorang ni nun jauh dekat Mesir. Tahun sudah, puasa LY masih lagi berteman dengan sepupu kesayangan LY, Leha. Tahun ni, beliau dah berumah tangga dan berhijrah jauh dari Lui. Geng mengaji lagi sorang, Cik Dan pulak tak nampak batang hidung masa LY balik minggu lepas. Yang ada masa terawih minggu sudah, adik2 IPTA yang sedang bercuti. Leya dan Qilah. Tapi diorang dah tak join mengaji macam tahun2 masih hingusan.

Tahun sudah tahun terakhir tadarus bersama orang paling setia dekat surau al-Jamaiah.
[Arwah tok Saleh, baju biru yang tersengih sebelah ustaz Isa]

Tadarus tahun ni, tak ada lagi nak sahut takbir Allah-Allah setiap kali tok Saleh baca tersekat2 sebab nafas dia pendek. Arwah tok Saleh dulu mengaji guna Quran Majid yang tulisan belit2  tu. Tapi akhirnya tukar kepada quran Karim yang kebanyakan orang guna sekarang ni. Bagi LY, tu satu pencapaian yang membanggakan sebab bukan senang nak tukar apa yang kita dah biasa dengan suatu benda baru. Arwah tok Saleh ni dulu selalu jadi bilal. Maghrib dengan Isyak tu, kalau dari rumah LY dengar suara serak2, tersekat2 tu tanda tok Saleh yang azan. 

Satu lagi yang pasti LY boleh ingat pasal tok Saleh ni adalah tulisan khat pada papan hitam dekat surau kami. Yang terakhir LY pernah capture adalah gambar dekat bawah ni.
Kalau bulan puasa, tok Saleh mesti tulis info dekat papan hitam ni. Ada tarikh, hari berapa puasa, juzuk apa yang seterusnya yang akan dibaca. Tahun ni tulis ala kadar je. 

Tahun ni jugak, kesihatan ustaz kesayangan LY, Ustaz Isa tak mengizinkan beliau untuk meng-imamkan terawih di Batu 23. 1 Ramadhan hari tu, LY berkesempatan untuk melawat beliau. Manitis air mata LY bila lihat keadaan ustaz. Ustaz dah makin kurus. Suara ustaz antara dengar dan tidak. Rindu pada suara ustaz. Lunak dan lembut. Sejauh mana LY melangkah, suara ustaz tetap yang paling LY suka. Sedih dan pilu hati LY bila berkunjung dirumahnya. Jasa ustaz pada LY hanya Allah akan balas. Semoga Allah memberikan Rahman dan Rahim-Nya kepada beliau.

Tahun2 sudah, Ambo Azmi atau mamak Mat Zin (yang baju biru depan mic gambar atas) akan jadi bilal terawih. Tahun ni, tambah lagi seorang bilal yang baru. Orang yang dimaksudkan tu kalau tengok sekali memang tak rasa lah boleh jadi bilal terawih. Al-maklumlah duduk rumah sukanya pakai seluar pendek dan tak berbaju. Main game macam budak2. Ops...terbocor rahsia sulit. 

Info ni mesti dentist-to-be terkejut. Bilal terawih yang baru adalah Muhammad Asri Ramli. Eh...tersama pulak nama bapaknya dengan LY. Huhuhu....ni adik lelaki LY yang bongsu.Sebab tulah ada peribahasa 'don't judge a book by its cover'. Even LY rasa adik LY ni yang paling degil sekali, tetap jugaklah boleh bagi sumbangan pada orang lain.

[cuba tengok rambut beliau....selalu jadi mangsa bebelan LY....tak suka okay orang rambut serabai macam ni...nasib baik sekarang dah servis]

Tahun sudah, masa puasa Arissa Jazielah baby lagi. Tahun ni, Arissa dah boleh pakai baju kurung. Tahun ni, puasa dan raya pertama tanpa nenek.

Rasa macam banyak lagi nak cerita....tapi tak tahu dah buat karangannya...hahaha...almaklumlah, masa SPM dan PMR, tak pernah buat karangan cerita. Kuang2...setakat nak buat karangan fakta dan idea tu pusing2 pen sekejap je siap.

Sampai sini dululah bicara maya kita. Jumpa di lain masa, Insya-Allah. Selamat berjuang merebut keampunan di 10 malam terakhir ni.
~batubersurat: ady, kalau tak dapat kad raya aku, sorry lah ye...tak sempat nak pergi pejabat pos~


Saturday, August 20, 2011

Ops.....lupa ada blog rupanya....

Salam sayang pembuka bicara.

Perggggggggghhhhhhhhhhhh.......lama bangat LY tak buka blog.
LY busy ok....
Biasalah sejak jadi pembantu peribadi Datuk Seri Najib....sibuk memanjang.....kuang3.....

Nanti2 lah cerita....kepada yang rindu kat LY tu...teruskanlah aktiviti merindu korang tu....

Sebelum tu...

SELAMAT BERJUANG DI 10 RAMADAN TERAKHIR.

~batubersurat: b-02-01, kuarters institut pendidikan lukut, 71010 port dickson, n9.....boleh lah antar kad raya kat alamat ni~

Sunday, July 17, 2011

Cerita Bersih 2.0 Versi LY

Hari Sabtu 9 Julai 2011 yang lepas....cuaca dekat Lukut ni tak berapa menarik...dari Subuh hujan lebat tak henti2....tapi penghuni rumah B-02-01 tetap jugak menggagahkan diri untuk pergi sesi gotong royong dekat sekolah.

Disebabkan hari hujan....aktiviti gotong royong 1 iaitu mengikut kumpulan badan beruniform dibatalkan...maka sepanjang hari duduk dalam kelas je...kemas kelas yang tak sudah2....entah apa yang dikemaskan LY pun tak tahu....lepas waktu rehat...LY melepak je dalam bilik guru disiplin (bilik guru 2 sekarang dah upgrade jadi bilik disiplin)....main game chess sampai ke waktu balik....hahaha...

Tepat je jam 11.50...cepat-cepat LY punch card dan thumb print....cabut balik rumah jap...tukar seluar...ambil duit RM10.80...buat call dekat Datin A kata nak balik....kuang2....kena marah sebab tak ada siapa nak jemput sebab adik2 tak ada dekat rumah...Datin A kata jalan jem + ada sekatan la apalah...and what so ever la kan....sebenarnya tak nak bagi LY balik sebab 1 malam je pun nak balik bercuti...

Dengan berbekalkan RM 10.80...berbaju yang guna untuk gotong royong tadi + selipar. Terus tunggu bas sama dengan budak2 sekolah kat depan kuarters ni....Macam biasa tambang ke Seremban RM3.20...nasib baik bas tak penuh sangat....sampai KTM terus beli tiket RM4.60 ke Kajang...

Sampai Kajang...tunggu tak sampai 5 minit dekat depan orang jual jagung tu...abah terpacul....naik motor...sebabnya takut jem kan....ssepanjang jalan Kajang nak ke BT 10 okay lagi....tapi sampai dekat sekolah SAM10....jalan dah mula jem....

Abah ambil lencongan ke rumah Arwah YB Prof Dr Zainal Abidin(bekas timbalan MB Selangor)...tembuslah kami dekat kampung Melaka....kat sini lah starting LY dapat idea yang tak berapa nak cerdik...iaitu mengambil gambar kesesakan yang dilanda akibat penutupan jalan2 utama yang berpunca dari BERSIH 2.0....

Inilah versi Bersih -Langat....Pergh....dia punya jem tu memang boleh dapat penyakit batu karang siapa yang tahan kencing dalam kereta tu....membawak dari Cheras ke simpang Langat naik bukit Ampang dia punya jem...memang dahsyat....

Mari saksikan idea tak berapa nak cerdik + aksi berani mati tangkap gambar guna C902....

 [gambar ni dari sungai Serai ke Nanding]
 [ni dari Nanding nak ke padang awam Langat]
 [bukit before padang awam Langat]
[depan padang awam dan simpang nak ke Ampang]

Nasib baik abah bawak steady je....kitorang pulak ikut lane sebelah lagi je coz tak ada kenderaan yang nak keluar dari Langat masa hari tu.....sebab tulah LY berani nak ambil gambar masa motor tengah bergerak...tak ada maknanya nak suruh abah LY berhenti semata2 nak ambil gambar....

Sampai rumah tercinta......dengan alasan "dah kurus tak makan kat PD tu pasal balik Lui...hahahha"...
Dapatlah LY habuan yang sedang disediakan oleh kakngah LY dan Datin A..

[lepat segan(pisang campur pulut)- gambar yang siap masak lupa nak ambil]

~batubersurat: kisah malas nak balik PD dan pemergian nenek entry seterusnya~

Thursday, July 14, 2011

Belasungkawa Nenda Tercinta

Isnin....11/7/2011

Nenda tercinta LY, Sialus binti Siran telah pulang bertemu Penciptanya.

Cucunda titipkan al-Fatihah dan doa agar nenda tenang di sana.

[kenangan raya 2010]


Wednesday, July 6, 2011

Nak je aku....

ARrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.............
Tensiiiiiiiiiiiiiiioooooooooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnn.........

Siapa punya idea suruh sekolah hari Sabtu ni.....

Aku nak je ketuk2 kepala orang yang suruh sekolah Sabtu ni.
Nak je aku bagi back hand sepam dua.

Nak je aku German suplex sampai usus orang tu kecut dan lunyai.

Nak je aku lipat tangan orang tu bersilang 8 kat belakang badan....

Nak je aku hammer kan kaki biar retak 32 bahagian....

Memang....memang.....memang....memang.........memang aku tak tahan dah duduk kat sini. Serius punya homesick ni. Serius punya rindu nak makan pe yang Datin masak!!!!!!!!!!!!!!!!!!