Wednesday, December 7, 2011

Live

|
|
|
|
|
|
|
Update dari Taman Perkasa, Hulu Langat.

Memandangkan dekat Lui tak ada orang nak layan....maka kita layan Arissa lagi bagus.

Tuesday, December 6, 2011

I Luv U

|
|
|
|
|
|

Benda ni memang susah.
Tambah susah bila menyusahkan.
Dah lah menyusahkan...menyesakkan pun ada.

Setakat menyesakkan tu okay lagi.
Tapi bila sampai dah merenggut2 tangkai hati....jadi sampai tak boleh tahan...
nak....nak....nak
meraung
menjerit
melolong

Argggghhhh.....sakitnya jari terkepit.

Sampai hati kau pintu....aku sayang kau hari2...tutup elok2...kunci baik2...
Ni balasan kau kat aku!!!

Saturday, December 3, 2011

Notice!!!

|
|
|
|
|
|

Under construction.
Temporarily unavailable. 


 

Friday, December 2, 2011

Aku maafkan Kamu

|
|
|
|
|
~batubersurat: ni luahan peribadi tahanan B-02-01~

Firman Allah swt : ” Maka dengan sebab rahmat (yg melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat2mu). Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau), dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat itu maka bertawakal kepadaNya” surah Ali Imran





Kita berjanji lalu kita khianti
Kita berimpian lalu kita leburkan.

Semalam kita berbual beribu kata.
Hari ni kita diam seribu bahasa.

Semalam kita teman tapi mesra.
Hari ini kita asing dan terasing.


Khilaf ni boleh jadi dalam masa 1 saat je. Dah tu dengan 1 mesej pun dah boleh jadi musuh. Kena pulak dekat hati jenis taman kaktus tandus....rasa macam arghhhh tak boleh nak explain.

Kadang-kadang tertanya2 je dalam hati ni. Aku ke yang salah. Aku ke yang buat orang lain rasa menyampah dengan diri diorang sendiri sampai boleh mesej mengarut2 kutuk diri sendiri.
Ikut statistik bila aku mulakan mesej je mesti ending dengan something yang tak menyenangkan.

Words yang aku taip tu salah ke sampai boleh singgungkan hati orang.
Dah fobia aku dengan fon sekarang ni.
Macam ada badi fon tu dengan aku. Dengar bunyi mesej je aku rasa takut. Takut ada orang salahkan takdir dia masuk dalam fon aku.

Kalau boleh putarkan masa...nak je hidup zaman tak ada fon. Orang zaman dulu boleh je nak berhubung even tak ada fon canggih manggih.

Arrrrgggghhh....tak kisahlah. Ikut rasa hati sekarang ni nak je pergi kedai fon beli nombor baru. Just untuk family dan tempat kerja. Memandangkan kalau mesej dengan orang lain boleh jadi benda lain pulak. Daripada ukhwah fillah nanti jadi kawan syaitonirajim pulak sebab bermusuh.

Nabi pernah pesan, berdosa kalau tak bertegur sapa lebih dari 3 hari. Tapi macam mana nak tegur...kalau aku mesej atau call time tak kenalah...time orang tengah mental down lah...time orang tengah busy dengan kerja.....last2 aku yang mental...aku yang down....aku yang makan hati...aku yang menangis yang tak berapa nak keluar air mata.

Pendekatan terbaik...maafkan dari jauh....doakan terbaik dari jauh...
Moga esok lusa Allah bagi hidayah untuk hati-hati kita ni.

kepada orang yang mungkin rasa aku membawa masalah dalam hidupnya: sayang diri sendiri....hargai diri sendiri...syukur apa yang Allah bagi...buruk atau hina hanya pada pandangan diri kita sendiri....Allah tak jadikan sesuatu tu tanpa sebab.....maaf andai aku tak mampu mengandalkan  saat-saat kau memerlukannya....

Aktiviti merawat hati yang luka #2

|
|
|
|
|
|

Salam semua.
Kuarters tempat LY menumpang sekarang ni tengah upgrade maintenance.
Rumah LY dah siap proses.

Sebelum cuti sekolah hari tu, orang2 yang bertanggungjawab membaik pulih kuarters ni dah mengecat rumah LY ni.

Budak2 ni cat memang laju. Sehari je dah siap. Korang bayangkan je lah macam mana hasil kerja cat dalam 1 hari ni.

Budak2 ni buat kerja tak letak pelapik dekat tile rumah ni. Makanya, cat tu terpercik ke tile.
Habis keliling rumah ni kena cat.

Sempena off day SPM....tak ada benda nak buat selain dari makan tidur makan tidur...LY decide nak menghapuskan kesan cat dekat tile.

Dengan sebijik scalpel (camni ke eje???)
Dan sebotol thinner....

Dan jugak sehelai kain.
Tapi penat nak buat kerja ni. LY buat slow2....baru habis dalam 25 tile yang 1 ft x 1 ft tu.
Dari mencangkung ke duduk lepas tu mencangkung balik. Letih nak sapu thinner kat tile lepas tu kikis cat. Dan efek dari men-thinner mengikis cat ni jari habis lenguh.

Tambah pulak sekarang ni tengah uzur syar'ei...petang tadi LY bantai tidur sampai ke Maghrib. Terjaga sebab dapat mimpi ngeri.
So....esok sambung lagi aktiviti ni.

~batubersurat: kemas rumah - sepahkan rumah - kemas rumah - sepah kan rumah - kemas rumah...banyaknya kerja~