Tuesday, January 19, 2010

hari pertama

Hari : Isnin
Tarikh: 18 Jan 2010

Jam 5:30 pagi mak sudah telefon suruh bangun. Ini cara baru mengejutkan anak-anak. Walaupun bilik sebelah-sebelah, tapi disebabkan tidak mahu mengganggu isi rumah yang lain, mak telefon suruh bangun. Rasa sekejap sangat tidur malam tadi.
Sejuknya air dalam kolam mandi hanya ALLAH yang tahu. Ya ampun.....menggigil.....grgrggggrrrr

Bersiap pakai baju kurung moden belah tepi warna pink dan tudung corak warna pink. Mak dah siapkan minum pagi sementara menunggu abah sembahyang subuh. Jam 6:30 pagi lagi sudah keluar rumah. Bonceng motor WSB.... Sejuknya naik motor ni. Teringat masa zaman sekolah dulu. Pagi-pagi macam inilah sudah keluar rumah untuk pergi ke sekolah. Tapi sekarang sudah banyak beza. Dulu pakai baju sekolah, sekarang pakai baju kurung biasa. Dulu pakai kasut sekolah warna putih jenama Pallas, sekarang pakai kasut tumit jenama cap ayam je. Dulu tak pakai helmet, sekarang kena pakai. Berat kepala ni.

Abah berhenti di menara MPKj dulu untuk thumb-print.
Hari pertama sampai di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG jam 7:28 pagi. MAsuk pejabat - tunjuk surat lapor diri - masuk perhimpunan di dewan (tak tau nama) - perhimpunan dwibahasa- pelajar yang uruskan.
Macam-macam terma aku dengar pagi ni. Kempen 3S. Sekolah ni ada 5 jenis kempen 3S.
Menarik-menarik.....kena belajar ni.....

Habis je perhimpunan terus jumpa dengan penolong kanan sekolah ni.
Urus itu ini....jumpa orang itu ini.... pergi tempat situ sini... ermmmmm.... baru sekerat hari dekat sekolah sudah letih....tapi yang paling seronok sekali mestilah sebab sudah dapat tempat duduk. Relax - berkenalan dengan cikgu-cikgu (nasiblah badan kena LMPK seorang diri)
Makan tengah hari dengan cikgu-cikgu jam 1 lebih (lupa tengok jam)
Sesi sekolah habis jam 2:40 untuk hari Isnin. Tapi cikgu-cikgu sekolah kena balik jam 3 ke atas.

Lepas ambil cop sekolah untuk borang kehadiran guru pelatih jam 3:05 di pejabat terus berjalan keluar menurun bukit- melintas jalan untuk ke pondok menunggu bas - naik bas Cityliner sampai pekan Kajang - tunggu bas lain - naik bas U40 sampai batu 9 - Sabri jemput naik kereta dekat batu 9. Sampai rumah jam 5:15. Panjangnya perjalanan.
Macam ini ke yang perlu aku lalui setiap hari.
Yan......SEMANGAT!!!!!!!!!!!!
"pantang menyerah sebelum kalah"
Apalah sangat nak tunggu bas....dulu masa zaman sekolah boleh je.....jadi sekarang pun mesti boleh....

No comments: