Tuesday, December 21, 2010

SEGMEN JOM BERKENALAN

Salam tautan ukhwah kepada bakal guru muda, saudara Loqman Hakim.

Adalah molek kiranya LY meng-introduce-kan perihal TENTANG DIRI LY dahulu.
LY tinggal di suatu koordinat yang pastinya AGAK dekat dengan KL.  
LY tinggal di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Sebuah daerah yang sangat kerap muncul di kaca TV drama2 Melayu. Sebuah daerah dengan pusat rekreasi antaranya SUNGAI GABAI,  SUNGAI CONGKAK, SUNGAI TEKALA, GUNUNG NUANG. Lokasi rumah LY di kampung ini, adalah di sebuah lorong pemisah diantara dua kedai, terdapat sebuah court badminton yang berkongsi lampu dengan Balai Raya yang hidup segan mati tak mahu. Boleh juga dijadikan klu sebelum rumah LY adalah surau kayu bercat kuning berpagar batu putih.

LY adalah anak ke-5 dari 8 orang adik beradik. LY adalah subset yang sangat bertuah kerana diapit oleh subset lengkap seperti, 2 orang abang, 2 orang kakak, 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.  Di waktu tautan ukhwah ini dikarang, LY mempunyai 5 orang anak buah lelaki, dan 4 orang anak buah perempuan.

Hari jadi LY adalah sama dengan tarikh lahir, Galelio yang mana ke-genius-an otak LY pun lebih kurang sama dengan beliau. Hatta berkongsi tarikh dengan Anuar Zain, tapi tidak pula LY mempunyai bakat menyanyi seperti beliau itu.

LY berdarjah 1 hingga 6 di SK Sungai Lui. Kemudian bertingkatan1 hingga 5 di SMK Abdul Jalil, Hulu Langat. Kemudian, ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (batch 2005/2006) dan seterusnya bergrdauat selepas 4 tahun di UPM dengan kursus Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)- Matematik.
LY sekarang ni bertugas sebagai guru di SMK RAJA JUMAAT, LUKUT, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cita2 buat masa sekarang ini adalah untuk sambung Master dalam kriminologi atau alam sekitar. Dan menetapkan matlamat untuk lulus cemerlang falsafah kedoktoran sebelum usia 30 tahun.

STATUS LY bukanlah Datuk ataupun Datuk Seri, mahupun Tan Sri. Hanya sekadar Cik sahaja. Angan2 Lady tu sempena mengenangkan mendiang Lady Diana. LY belum pernah mendaftar di mana2 pejabat agama seksyen nikah, cerai dan rujuk sama ada di dalam atau di luar negara.

LY tak menetapkan malamat yang khusus bagi BLOG LY ini. Awalnya hanya sekadar untuk suka2 dan mengikut kawan. Blog LY adalah titik2 koordinat sejarah yang telah berlaku. Tidak lupa juga lokus2 yang bergerak seiring peredaran masa.  

BLOG ini UNIK kerana tidak terpacak diatas sudut 90 darjah. Kadang2 entry-nya memerlukan penyelesaian hukum SINE dan COSINE. Cerita2 yang tidak linear yang memerlukan penyelesaian pembezaan kadang2 adalah disengajakan bagi menutup beberapa titik2 yang bukan integer.

DUNIA BLOG hari ini, pada PANDANGAN LY sedikit sukar untuk ditafsirkan seperti menyatakan prinsip Bernoulli kepada anak buah LY yang lebih memahami prinsip Ultraman Dyna dan raksasa di gunung Kilimanjaro. Tetapi, LY tetap mahu meluahkan pendapat LY sendiri. Blog hari ni, adalah medan lapangan2 yang tidak memerlukan kawasan luas seperti KLIA. Antara medannya adalah, medan ilmu, medan gosip, medan bergaduh, medan luah perasaan, medan merapu serta medan mempromosikan tempat2 pelancongan seperti Medan, Indonesia. Untuk setiap kebaikan yang dapat dijadikan iktibar adalah perlu diteruskan. Dan mana2 yang tidak baik, perlulah dikurangkan melainkan untuk tujuan berdakwah dan memberi pengajaran.

NASIHAT LY pada beliau2 yang baru nak buat blog, adalah menjadi satu kemestian melawati sekurang2nya 100 blog sebelum memulakan blog anda. Itu adalah bagi tujuan, untuk menetapkan batas2 kawasan berlorek dalam hukum INEQUALITY. Tujuan lainnya juga supaya blog anda menjadi medan yang dapat ditafsirkan oleh followers seperti mana menyelesaikan PERSAMAAN KUADRATIK bagi mencari punca2 sama ada integer atau pun bukan. Selain itu, bloger baru haruslah mematuhi norma2 penulisan agar dapat dibaca dan kemudiannya menjadi bahan artifak untuk muzium siber, sama ada untuk kegunaan peribadi atau pun universal.

LY tidak menetapkan apa2 matlamat SEHINGGA WAKTU MANA LY akan ber-blog. Boleh jadi sehingga LY tidak mampu untuk meluangkan masa disebabkan oleh kesibukan dunia. Boleh jadi sehingga terputus hubungan di antara LY dan internet kerana tiada liputan rangkaian kerana Telekom tidak mampu menyalurkan tiang2 elektrik ke tempat kediaman LY, waima pencawang telefon Maxis atau Celcom pun tidak kelihatan di kawasan kediaman LY.

Boleh jadi juga LY berblog setakat hari ini sahaja kerana mendapat sekatan kerajaan dunia kerana dikhuatiri membawa virus ketidaklogikan dalam silibus Sejarah tamadun dunia. Sekiranya masih terdapat entry di blog ini walhal LY sudah tiada, boleh jadi LY telah mewasiatkan blog LY ini kepada seseorang. Kesimpulannya, jika masih diberi peluang dan ruang serta kesempatan waktu, maka LY akan sentiasa berblog. Walaupun bukan untuk buat entry, tetapi cukuplah sekadar membaca nukilan2 indah dari bloggers.

Sekian, wassalam.
Salam tautan ukhwah,
Norazian Ramli a.k.a LY

p/s:LY suka ambil markah 80 je...sebab tu pun dah dikira A, kalau jawab semua nanti dapat 100%, tak ada pulak peningkatan prestasikan. Maka LY skip menge-tag. :)

~batubersurat: tak mampu nak tempek banner lah cikgu Hakim, LY duduk dalam hutan, coverage broadband slow sangat2....accept je la ye salam tautan ukhwah LY ni~

5 comments:

Enh Ear said...

mak ai.. cikgu math betul lah... nasib baik darjah kefahaman otak dan mata kau ni masih dalm sudut mencapah..

hahahahh

Cikgu Akim said...

huh..tarik nafas..faham2..heheheheh...cikgu jangan garang2 tau n ati mengajar..nhehehhe...

salam perkenalan!

Lady Ya-alif-nuN said...

enhear: hahaha....kalau tirus sempit la pemikiran...

cikgu akim: slm pekenln..tq sudi baca..

dD said...

pe yg kau mepek ni Yan...nak tegelak aku bc post ko neh..aku taw la ko owg math..hagak2 la nak msk sine...cosine..bagai...adehh...
hahahahahah
p/s:bila bc post ko neh kdr kegelakkan aku adalah berkadar langsung dgn kentot...haha

Lady Ya-alif-nuN said...

ady: aku mepek sebab join contest cikgu akim tu...dh lame kan aku x wt entry yg bleh bg ko gelak berkadar langsung dgn kentut...
pasni aku nk integrae konye kentut jd sendawa pulak...