Monday, January 10, 2011

:: jiwa dan hati ::

jiwa oh jiwa...
kenapa mesti celaru..


hati oh hati...
kenapa mesti haru....


jiwa oh jiwa..
tolonglah datang..


hati oh hati...
tolonglah stabil....


jiwa oh jiwa...
hati oh hati...
janganlah macam ni....
sesak nafas sesak nafsu...
sakit limpa sakit hempedu...


jiwa oh jiwa...
hati oh hati...
tabah cekal tegar marilah bersatu menjadi batu...
amarah geram sebal tolonglah melebur menjadi debu...

------
Ketahuilah oleh kalian, bahawasanya diriku ini hanya insan yang lemah.
Ketahuilah oleh kalian, marah2, jerit, pukul2, rotan2, tampar2, cubit2 itu sangat sakit untuk aku lakukan. Tapi itu pinta kalian.....rasakan herdikan, jeritan, tamparan, cubitan, pukulan. Bila emosi menguasai tindakan dan akal, hinaan dan kejian pun akan ku sajikan buat tatapan dan hidangan harian telinga kalian.

Kalian adalah insan....
Punya hati punya perasaan seperti jua diri ku...
Tapi sedarlah wahai kalian....
Jangan sesekali pinta diri ini untuk meng-haiwan-kan diri kalian.
Sesungguhnya kesabaran ku ada batasnya
-------

YA ALLAH YA TUHANKU,
TABAHKAN HATI KU MENEMPUH HARI2 MU
KUATKAN AKU MENJALANI SETIAP SAAT MU.
TEGARKAN AKU SETIAP DETIK WAKTU
LAPANGKAN HATI  JIWA RAGA KU
IKHLASKAN TUNJUK AJARKU
HINDARKAN AKU DARI AMARAH

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
SEMAIKAN AKU RASA KASIH RASA SAYANG

YA QUDDUS YA SALAM
SUCIKAN HATI KU SELAMATKANLAH AKU

YA JABBAR YA GHAFFAR
PERKASAKAN DIRI KU DENGAN SIFAT PENGAMPUN

YA QAWI YA MATIN
KUATKAN AKU KUKUHKAN HATIKU
MENGHARUNGI ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD- MU

************

info: mengajar kelas tercorot campuran Melayu, Cina, India disertakan dengan disiplin, akhlak, sikap yang skalanya negatif bukan sahaja mencabar, tetapi TERCABAR, DI CABAR, BERCABAR, PENCABAR, CABARAN bukan lagi perkataan yang sesuai ada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

~batubersurat: adakah harus ku korbankan waktu Sains dan Matematik mengajar ADAB dan TATASUSILA KESOPANAN??? justeru di manakah kelogikan dan keberkesanan Sivik, Moral dan Pendidikan Agama~

5 comments:

ismatulnabilaismail said...

Allah xkan turunkan ujian untuk hambanya yg melebihi kemampuan hambanya sendiri.. saba ye kak yan~ hehe..

therosputih said...

aku doakan urusan kau dipermudahkan wahai sahabat...

Lady Ya-alif-nuN said...

thanks DTB n rosputih...
smoga perjalanannya dipermudahkan...

ciK PeLAngi said...

LY, kamu bukan insan lemah..cik pelangi kenal kamu...cik pelangi juga berhadapan dengan situasi begitu..bila suara mereka lagi kuat berbanding kita..bila mereka melompat menjerit ibarat sekolah itu mereka yg punya..bila mereka mencaci maki kita dengan bahasa yang tak kita fahami..dan bila kesopanan bukan lagi menjadi peganggan mereka..kita hanya perlu tabah..cik pelangi amat2 paham..tp LY yg cik pelangi knl bukannya seorang yg cepat putus semangat..bukan yang cepat mudah melatah..moga ada hikmah..laluilah hari2 anda dgn senyuman...

Lady Ya-alif-nuN said...

terima kasih cik pelangi...