Salam Yana sayang.....
5 Februari menjelma jugak hari ni.
Selamat hari lahir yang ke-24. Jangan nak malu2 dengan angka. Kau tetap cute macam budak sekolah even dah tua bangka ni.
Rindu dengan kau Yana....rindu nak dengar kau bagi soalan2 cepu gangsa dekat aku. Rindu nak dengar hujah/angan2/maklumat/impian macam lagi yang seangkatan dengannya pasal JODOH.
Dalam sehari, tak cerita pasal jodoh bukan Yana lah tu namanya.
Walaupun kita duduk sebilik tak sampai 5 bulan. Tolak dengan hari2 yang aku tinggalkan kau sebab balik rumah, adalah dalam 2 bulan setengah je kita duduk sebilik kan???????
Tapi tetap banyak kenangan bersama.
Paling kena ingat mestilah episod bangun sahur dan bukak puasa.
Terima kasih cik Yana, sebab selalu masakkan nasi untuk LY....Huhuhuhu...sekarang ni LY dah masak nasik sendiri tau kat rumah sewa. Terer tak??? Kihkih...
Tak dapa nak buat entry berjela2 sebab nak kena jaga Arissa hari ni.
Apa2 pun...selamat hari lahir cikgu Liyana Mamat yang comel.
Jaga makan tau....nanti body tak comel, jangan mengadu gemuk pulak....
Kekalkan kerajinan mengemas bilik dan rumah. Semoga bertemu jodoh dengan putera idaman. Semoga sentiasa membahagiakan ibu bapa dan keluarga tercinta. Semoga jadi cikgu kesayangan anak murid dan dapat award cikgu popular dekat sekolah. Semoga cepat2 beli kereta macam cikgu Paan...
Semoga kita berjumpa suatu hari nanti :)
Salam sayang dari ex rumate mu ....
-Cikgu Yan-
~batubersurat: esok dah nak balik Lukut lah pulak!!!~
No comments:
Post a Comment