Monday, May 30, 2011

Cuti-oh-Cuti

Salam sayang semua....
Sekarang ni musim cuti sekolah telah bermula...
2 minggu ni...
\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
bakal bercuti dari mengadap muka amoi2, apek2, tangechi2, macha LUKUT...

\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

LY tak rancang apa2 pun cuti ni....
kalau dapat pergi Kelantan, insyaAllah akan pergi...kalau tak dapat...
Kita hanya merancang, Allah jua penentunya.......

Rutin biasa cuti.....layan Suhada tengok cerita P.Ramlee....

~batubersurat: Congrates Barcelona.....best gile tengok diorang main hari tu~

Tuesday, May 24, 2011

Hari ni dah Selasa....



Esok Rabu....

Lusa Khamis...
Tulat Jumaat...

Cuti...oh....cuti....I dream of you.
Holiday...oh...holiday....Aku mimpi kamu.

 Apa yang diri ini mahu untuk cuti adalah.

satay



Bubur jagung cik Jijah

cucur sampah@sayur + kuah kacang

kastard cair 
walaupun ada kastard beku
 
asam pedas ikan terubuk
**gua antara pemakan tegar ikan banyak tulang **

ikan bakar Pak Deris

and the most important thing I miss soooo muuuccchhhh
cekodok pisang yang hot sekuali
**mak kakak ipar LY pelik bila dia tengok LY makan sepinggan cekodok pisang ni tanpa minum air**

Owwwwwwwwwwhhhhhh.....saya rindu rumah saya.....
Saya rindu bau2 dari dapur mak saya :)

~batubersurat: dah berapa hari gua tak tepon mak gua sebab gua takut merengek minta itu ini dari dalam fon~

Sunday, May 22, 2011

Mana Hidayah dan Taufik saya????

Salam sayang penghuni alam maya....(kalau alam semesta ada ke kucing nak baca entry LY gua ni)

Nak kupas isu hidayah dan taufik ni bukan bidang LY okay.....biar yang pakar menyelesaikannya...

Hidayah dan taufik ni dua benda perkara yang berbeza....serius berbeza....macam beza antara Nora Danish dan Fasha Sanda....tapi kenapa Jejai tak boleh nak bezakan???
(chop!!!!!!!! ni bukan blog gosip artis)

Okay...back on track dude....
Hidayah ni contohnya macam korang terbaca iklan ceramah agama dekat masjid masa korang pergi sembahyang Jumaat. Kuliah tu hari Sabtu lepas Isyak. Dalam hati korang bermonolog
~kena pergi ni....boleh tambah ilmu~.....
Tu tandanya korang dah dapat hidayah dah tu....

Taufik pulak contahnya macam ni. Ni version terbalik...korang kena faham betul2....ni negative statement yang LY bagi kat korang ni.....
Hari Sabtu lepas Isyak....korang cepat2 keluar masjid...start enjin kereta....pecut kereta balik rumah sebab takut terlepas opening Konsert Akademi Fantasia 9....korang terlupa pasal Ceramah Agama yang korang plan nak dengar semalam....tu tandanya tak dapat taufik.
Kalau dapat taufik....fikirlah sendiri...takkan tu pun nak kena explain....

Pe yang LY nak luah kat sini....adalah LY rasa macam hilang hidayah. Kalau hidayah tak dapat, taufik lagilah tak merasa. Macam statement algebra lah jugak kan.
If P false then Q false.

Ni situasi yang LY alami sekarang ni. Yang menjadi punca kurang hidayah dan takde taufik ni. LY bukan nak racist. Apatah lagi berlagak alim. Diri ni masih banyak kekurangan dari segi agama. Punca ni sekadar pengamatan logik awalan.

1-Housemate LY seorang yang bukan Islam dan berlainan budaya dan kaum.
Masalah muncul bila LY selalu kantoi Subuh bila hujung minggu. Lu orang tau je la kan. Malam minggu mesti layan TV sampai jam 1-2 pagi. Nan hado lah kawan nak kejut. Bukan dia nak sembahyang Subuh nak kena bangun awal kan. Kalau dah tidur lewat, tidur waktu Subuh tu lah yang paling syok sekali sampai tak dengar bunyi alarm. Untunglah siapa yang dapat housemate seagama yang boleh tunjuk teladan yang baik. Kalau seagama tapi lagi teruk dari kita tak guna jugak.

2-Anak2 murid bukan Islam, campuran berbagai agama, kefahaman dan kaum.
Tercabar wooo ada anak murid lain agama ni. Bila berselisih bahu dengan LY diorang bukan rasa bersalah ke apa. Benda biasa je bagi diorang. Korang tau je la kan, lengan baju kurung LY kan selalu paras separuh siku. Bila dah lain agama ni, kuranglah aktiviti LY nak menegur habit2 remaja yang tersasar dari landasan Islam. Apek2 n amoi2 yang mengajak LY minum air  anggur pun ada. Yang ajak main kad judi lagilah banyak. Siap nak ajar lagi tu...bahaya tol iman LY tinggal dekat King Friday ni.

3- Rakan2 kerja seagama yang beberapa kerat.
Geng2 seagama ni kurang. King Friday ada 2 orang Ustazah dan seorang Ustaz je. Yang pasti Cikgu Melayu dalam 20 orang je. Yang baya2 LY ni berapa kerat je. Yang perempuan bujang ada  3 orang. Tapi bukan macam Husna, Suzi, Naa....yang LY boleh jadikan contoh. Walaupun tak terzahir melalui perbuatan, tapi LY respect dengan kawan2 LY ni. Dah tu kat sini jugak, LY digoda dengan contoh berpakaian baju t-shirt lengan pendek, tudung tak cover dada....pergghhh....nasib baik tercontrol lagi sekarang ni....cuma stoking kaki je yang tak pakai.

4- Godaan pakwe iaitu encik Astro.
Ni memang LY saja cari penyakit....godaan besar ni wei. Astro tayang aweks pakweks seksa memanjang.

5-Jauh dari Masjid dan surau yang aktif.
Kalau dekat Lui, rumah LY belakang surau je....hidayah dan taufik tu berlegar2 je dekat keliling hidup. Tapi kat kuarters ni, tinggal bujang, perempuan pulak tu....takut pulak nak pergi surau kuarters yang seram tu....tu pasal lah hidup LY jauh dari hidayah agaknya. Dah 5 bulan kat sini, ada sekali je LY pergi ceramah agama, tu pun sebab sambut maulud nabi.

6-dan lain-lain
monolog: Bengong...dah tak ada idea nak cari punca just stop  menaip...tak perlu nak dll bagai. hahaha..

Perkara2 serius ni kena ambil langkah pencegahan agar tak terlajak jauh.

Sama2lah kita berusaha untuk kekal sihat dalam cara hidup Islam.

Peringatan kepada diri sendiri.
Rajin2 muhasabah diri. Reflek balik apa yang dah dilakukan tu betul ke tidak.

Sampai sini dulu. Jumpa next entry kalau tak sibuk dengan marking paper exam amoi2..apek2...macha2...tangechi2...

~batubersurat: PD ni panas...semua orang dok pakat pakai baju nipis dan singkat....tergoda terseksa mata tau tak????~

Saturday, May 21, 2011

Tanah runtuh di Hulu Langat

Salam takziah kepada Rumah Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah al-Taqwa, Sungai Semungkis, Hulu Langat Selangor...kerana kejadian tanah runtuh yang berlaku pada jam 2 petang tadi.

Semoga operasi menyelamatkan dipermudahkan...

Friday, May 20, 2011

Sabar Subur Tak Sabar Masuk Kubur

Salam sayang semua....

Sabar....sabar...sabar.....

Sabar tu separuh dari iman....

Nak cerita pasal sabar ni...banyak benda boleh kupas....

LY sendiri rasanya orang yang jenis KURANG SABAR...bukan tak sabar...cuma kurang sabar....

Penyakit kurang sabar ni memang semula jadi dari kecik...bukan dari lahir....
Sampai dah besar pun LY bermasalah dengan keSABARan LY sendiri....

Orang kata, jadi cikgu kena sabar....tapi LY yang kurang sabar ni dah jadi cikgu nak buat macam mana????

LY memang kurang sabar dengan budak2 yang bising tahap suara rimau lapar mengaum....
Budak2 ni pulak jenis yang tak makan saman punya orang....jenis cakap bunyi macam suara enjin lori....bising...bingit....jenis cakap macam kawan duduk 20 batu jauh...bercakap style jerit....berborak style mak mengamuk dengan bapak...dah tu ada pulak yang jenis cakap macam sekolah tu bapak dia punya....bila bersuara macam sesi perbualan tu dekat kuari batu.

Cikgu dekat depan pun, dia buat2 tak nampak...kalau nampak pun, budak2 ni rasa cikgu patung... Dah tu ada pula budak2 jenis yang tak tahu makna sekolah tu apa....diorang buat sekolah ni macam salon nenek diorang.....

Orang boleh kata, cikgu kena banyak sabar dengan kerenah budak2.... Bila muhasabah diri, istighfar banyak2...berjaya lah tahan sejam dua...berjaya sabar sebelum masuk kelas....tapi bila diorang buat balik perangai lama....buat bising masa kita tengah mengajar...berborak masa kita tengah terangkan fakta2 yang kita tulis dekat papan hitam...boleh sabar lagi ke???

Orang yang kata sabar tu, cer citer sikit kat LY ni...masa mula2 dia jadi cikgu, budak2 dia jenis macam mana??? Mula2 ngajar dapat sekolah apa?? Mula2 ngajar ada tak murid yang tak hiraukan cikgu?? Berapa tahun cikgu boleh aplikasikan keSABARan cikgu tu??

Sabar dengan budak tak bawak buku okaylah lagi...tapi bila masuk bab ganggu kelas LY...ganggu kawan2 yang nak belajar.....mana nak letak sabar....Nabi pesan kalau kita tengah berdiri waktu kita marah, nak bagi reda sikit....kita patut duduk....Tapi macam mana nak duduk kalau dalam kelas tak ada kerusi.... hari2 ada kerusi patah...meja roboh....macam mana nak duduk bagi reda marah???

Keluar kelas masa tengah marah, memang tak patut...tapi pernah jugaklah buat...tapi budak2 jenis tak tahu adab...kita marah macam mana lah pun...nan hado la dia nak minta maaf...

Denda, rotan dan pukul tu mula2 dulu buat...tapi nan hado tak jalan!!!
Ugut nak hantar pergi ke doktor bagi sunat mana yang patut pun tak jalan....

Dah habis idea dah nak suruh budak2 diam....stok2 budak duduk estet memang macam ni agaknya....macam mana mak dia bercakap dekat rumah...macam tu jugaklah dia bercakap dekat sekolah....kepoh...kecoh....

Bila pegawai PPD kata, budak2 ni kena belai....barulah diorang jadi orang...LY syak, kalau LY belai budak2 kelas LY...alamatnya runtuh sekolah...diorang buat sekolah ni playground agaknya kalau kita belai...

Cerita teladan pasal pokok bunga yang kena sumpah hari2 akan mati dengan sendiri berbanding pokok bunga yang kena belai dengan kata2 indah tu memanglah logik nak aplikasi dalam karier ke-CIKGU-an ni.....

TAPI masalahnya...budak2 ni jenis bunga LIAR....jenis bunga hidup dekat HUTAN...stok tak payah kena belai....stok tak payah kena siram dengan kata-kata lembut....jenis bunga boleh hidup dekat tepi jalan tak guna pasu....budak2 ni bukan jenis padi nak kena kawal sistem saliran....budak2 sekolah LY bukan jenis bunga ros nak kena siram dan baja hari2....bukan jenis cili gred A nak kena kawal baja bagai....

Bila sabar memang confirm akan subur...subur sebab cikgu happy pergi sekolah nak mengajar...
Kurang sabar boleh masuk kubur sebab dapat penyakit darah tinggi, tension.....dengan budak2....

Bila fikir2 balik....bukanlah nak salahkan takdir sampai nak keluar ayat2 berbunyi KALAU!!!
Kalaulah dapat mengajar sekolah baik2 macam sekolah agama ke sekolah asrama ke??? Kalaulah dapat mengajar sekolah yang Melayu semua kan best....

Kita sebagai seorang Islam memang tak boleh nak salahkan qada dan qadar Allah...tapi bila ditanya dekat diri ni...layak ke jadi cikgu ni???? 

~batubersurat: nak pakai topeng je pergi sekolah okay tak????~

Sunday, May 15, 2011

Ben Ashaari Ucap Selamat Hari Guru

Salam sayang semua...

Ahad yang hening ni...tetiba LY rajin nak join segmen abang Ben...
Hahaha...
Santai bersama Ben Ashaari
(sorry abang Ben, tenet slow meyh....tak boleh nak letak gambar)


Sekolah pertama LY,  Sekolah Kebangsaan SUNGAI LUI, Hulu Langat Selangor (1994-1999)
Familiar kan dengan nama SUNGAI LUI ni...tajuk lagu Aizat AF okay nama sekolah LY....
Sungai Lui ni famous dengan air terjun yang menjadi kunjungan ramai pada hujung minggu....kalau abang Ben nak buat gathering blogger dekat Sungai Lui....LY suggest datang dekat AIR TERJUN SUNGAI GABAI....40 minit je dari KL pada waktu jalan tak jem...

Lepas tu, SMK Abdul Jalil, Hulu Langat (2000-2004)
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2005-2006) [biological student, kelas Hayat 4 Praktikum 4, H4P4]
Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor [ Bacelor Sains Dengan Pendidikan(Kepujian)- Matematik] [2006-2010]

LY memang belajar untuk jadi cikgu...baru saja posting di SMK Raja Jumaat, Port Dickson.

Kerjaya ni asalnya pilihan cita-cita ketiga  kalau diikutkan dalam rekod kemajuan SMKAJ masa zaman sekolah dulu...huhuhu...tapi sudah ketentuan Allah...Alhamdulillah...

Cikgu-cikgu yang sentiasa diingati....
Sekolah rendah.....
Cikgu Ain yang cute yang jadi cikgu kelas masa darjah 1....
Cikgu Zaini...cikgu English masa darjah 2....garang oooo...
Cikgu Zamani.....cikgu Matematik darjah 4 dan 5.... Cikgu Hashim...cikgu Sains darjah 4 dan 6...cikgu Azman, ajar KH.....cikgu Nora, cikgu kelas masa darjah 6 merangkap cikgu Matematik yang garang dengan budak yang tak buat kerja.....hahaha.......cikgu Sarimah, ajar English darjah 6....Ustazah Azizah..cikgu Rosmina, ajar BM dan cikgu kelas masa darjah 5...cikgu lain2 yang masih dalam ingatan....cikgu Shidah, cikgu Habib, cikgu Mimi, cikgu Asmizul...yang masih contact, cikgu Taha sebabnya jadi abang ipar bestfriend LY, Mira...
Cikgu-cikgu sekolah masih kenal lagi dengan LY bila LY datang sekolah....dan LY pun masih ingat nama2 cikgu sebabnya dekat sekolah memang selalu tolong cikgu buat kerja...baik dengan cikgu...so benda tu imun dalam badan....tu yang melekat nama diorang dalam otak ni....

Cikgu sekolah menengah pulak, my best Matematik teacher, Cikgu Airil....nama macam muda, tapi orangnya dah tua...sekarang ni tak tahulah  beliau dekat mana....harap cikgu Airil sihat dan diberkati Allah...cikgu Airil banyak cuci otak LY dengan soalan2 yang mencabar....
Cikgu yang macam kakak/mak....cikgu Suharni...ajar KH-ERT dari LY form 1 sampai form 3...
Cikgu kelas 1A, Ustazah Anidah.....sayang ustazah ni sangat2....
Cikgu kelas 2A....Sir Goh Huat Seng....thanks a lot sir....U inspired me a lot...
Cikgu kelas 3A, cikgu yang kecik je...kalau duduk depan tak nampak dia kat depan dalam makmal Sains......cikgu Suriani Mustafa....
Cikgu kelas form 4A, Cikgu Fizik...cikgu Sajali...
Cikgu kelas 5A, teacher Fuziah Yaakob...
Cikgu Sejarah upper form yang best....Puan Hajah Suratin dan Puan Hajah Zaharah...
Cikgu BM...cikgu Suzana dan cikgu Asmah...
Dan

Masa dekat Matrik....lecturer yang paling best....ialah Puan Asiahwati...yang banyak membantu LY dalam Matematik....Puan Asiah selalu marah dekat LY sebab suka sangat skip jalan kerja...dia cakap, patutlah markah LY selalu rendah...sebab tak dapat full mark even jawapan akhir betul....

So...sekarang ni, kalau LY mengajar, mesti tekankan dekat student LY untuk buat jalan kerja yang betul...mesti susun jalan kerja dengan teratur...barulah pemeriksa senang nak bagi markah...hahaha...

Dikesempatan ini LY nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada coursemates BSDP (K)- Matematik....geng2 1 Malaysia, Vas, Ady, Danny, Fatma, Yee, Mui Nee, Siew Ying...geng blok Seladang Suzi, Syima, Paan, Husna, Ana, Yana, Anis, Dayat, Anah, Geng blok Kijang Kama, Awin, Maa, Lisa, Ida, Jihan, dan Ila....Geng blok Rusa Naa, Ain (rusa), Ain (k5), Midah, Linda, Anizah...geng lelaki Pisang, Safuan, Anuar, Sky, Thomas...

Tak lupa...Senior blok Seladang...kak Intan, Kak Syaza...kak Yuli, Kak Widad..kak jannah.....

Kawan2 SMKAJ, Aizan...Zainab...dan my dear best friend...FAHIRA...a pre school teacher to be...

Semua guru2 di Malaysia....Happy Teacher's Day :)

Saturday, May 14, 2011

Cabaran kehidupan



p/s: entri ni sepatutnya post hr Rabu lepas.....tp busy buat soalan

Salam sayang korang....
Sebenarnya LY nak letak tajuk CABARAN KEHIDUPAN SEBAGAI GURU BARU DAN ORANG ASING DI BUMI LUKUT, PORT DICKSON.

Malas nak cerita banyak....korang fikir sendiri jelah...


 

Spekulasi next entri....sekarang mau relax!!!!!!!!!!!!


Tuesday, May 10, 2011

Harta baru lagi

LY malas nak taip panjang2.....
Upload gambar je lah tok korang...
hahahha....

Cer teka? cer teka pe yang LY nak buat ni???



 bahan2 penting.....



Tara......mempersembahkan...hasil keberdikarian...


Terer tak LY.....menghasilkan sebuah harta untuk simpan harta karun bernama buku....
Hahaha....DIY je benda ni....beli kat Giant....

Harga RM 14.90....
Ada masa2 nya kan.,...diorang offer harga RM11...
Hampeh tau Giant ni...time LY tak pergi Giant diorang letak offer...time LY pergi letak harga mahal2...

Lepas tu LY sambar harta yang baru ni pulak...nak tunggu orang bagi hadiah lambat sangatkan....beli sendiri jelah jawabnya....


Pembakar roti harga RM 29.90.....Pon beli dekat Giant....
bayar guna baucer....hehehhe...sebab tu semangat nak beli....

~batubersurat: chau dulu....~

Wednesday, May 4, 2011

Cara nak bayar PTPTN

Salam sayang korang...
Entri ni untuk mereka2 yang dah habis belajar serta telah habis menggunakan wang kerajaan yang telah diberikan kepada kita...

Kepada yang masih keliru nak bayar macam mana....
Ni antara satu cara yang paling mudah....

Hanya ambil masa beberapa minit je....

DENGAN SYARAT, korang mestilah dah register mana2 bank untuk LOG IN ID dan password korang...
Contoh, cimb-click atau maybank2u.


Mula2 korang bukak je laman sesawang rasmi PTPTN...
Lepas tu korang klik dekat link E-FES...

[ Lihat rectangle yang warna hitam]

Korang klik situ, nanti akan keluar link macam dekat bawah ni....

Masukkan nombor I/C korang.....
No pin tu ada dalam surat tawaran PTPTN masa mula2 kita dapat surat dulu...yang dekat bawah bar code....kalau tak ada surat, korang boleh check guna SMS....godek balik web PTPTN macam mana nak dapatkan no pin korang tu....

 bila korang dah masukkan nombor IC dengan no pin korang nanti akan keluar penyata terkini akaun PTPTN korang....korang scroll ke bawah....
Korang akan nampak benda kat bawah ni....
korang klik dekat PEMBAYAR PERTAMA...lepas tu isi berapa jumlah korang nak bayar....
Make sure OO dekat belakang tu pun korang isi...
Nanti bahagian JUMLAH tu akan keluar automatik....
Korang klik ikon BAYAR
Lepas tu akan keluar link ni....

 Korang semak balik jumlah yang korang nak bayar tu..kalau betul korang klik je TERUSKAN.

 nanti akan keluar link ni pulak....
Korang klik dengan cara apa yang korang nak bayar...kalau korang guna CIMB clik, klik dekat ikon CIMB click tu je la...
Lepas tu korang scroll ke bawah, klik ikon AGREE N CONTINUE macam dekat bawah.


Lepas tu akan keluar link bank...
kalau CIMB CLICK punya kes...
Korang masuk LOG IN ID dan password ...
Lepas tu korang klik nak minta TAC...
nanti bank akan hantar SMS dekat fon korang no TAC yang korang patut masukkan dalam bahagian TAC tu.......dapat je SMS terus masukkan no TAC sebab nya TAC yang korang dapat tu expired lepas sejam korang dapat SMS tu...

Dah dapat TAC tu..korang klik je la agree nak bayar jumlah yang korang dah tetapkan tadi...
Lepas tu selesai....gambar tak dapat display sebabnya tetiba LY ada masalah nak klik dengan CIMB...
Disebabkan malas nak ulang proses....korang yang sememangnya dah expert dengan tenet...plus pulak dah pandai baca...korang baca je instruction....
senang cerita....

Korang jangan takut kalau kena ulang banyak kali selagi korang tak masuk dengan bahagian bank...duit korang takkan hilang punya....pastikan jumlah yang korang masukkan tu betullah...dan kalau nak lagi selamat, korang print je transaction korang tu...

Okay, selamat membayar HUTANG PINJAMAN....jangan tangguh2...interest tetap naik setiap bulan....
p/s: harap maaf kalau tak berapa nak sempurna langkah2 bayar hutang ni...
~batubersurat: letak reminder setiap bulan untuk bayar hutang...nanti tak de lah terlepas pandang apa yang kena buat tiap2 bulan~

Sunday, May 1, 2011

Entry pembukaan bulan Mei

Ni adalah entry pembukaan untuk bulan Mei selepas kecewa menonggeng dengan perkahwinan William-Kate....

Nah...dah lama tak meng-upload gambar makan2 dekat FB.....dekat blog penah ke??? Tak kot...malas nak cari...

Ni kuih pulut seri muka yang baru je siap angkat dari tempat kukus....
Kompom2 lah mak LY yang masak...hahaha...
Sebenarnya kuih ni ada orang order.... Bekas Ketua kampung, Haji Hassan...merangkap bapak Hanim (junior masa sekolah rendah) order untuk program gotong royong Sekolah Rendah Agama Sungai Lui pagi esok...tempat LY sekolah agama/mengaji masa zaman kecik dulu....

Haji Hassan sebenarnya dah tempah kat orang lain...tapi orang tu tetiba demam pulak....maka beliau tepon mak LY, minta tolong ni hah....tolong tu tak pe lah kan....tapi ada sikit musykil...

Yang kemusykilannya tu...Haji Hassan tu tinggal kat batu 20....kitorang ni kan tinggal kat batu 23....zon kampung kitorang lain2...jarak  pemisah rumah kitorang ni, melangkau jambatan sungai masjid, masjid Ar-rahman, sekolah rendah agama Lui, sekolah Lui, kampung Baru, jambatan PKNS, taman desa Kerinchi, sungai Gabai, jambatan Gabai....lepas tu rumah DYH...jalan depan sikit hutan...lepas tu baru jumpa surau batu 23, belok kiri belakang balai raya batu 23, baru rumah LY....

Jauh kan rumah kitorang....punyalah banyak Haji Hassan melangkau rumah orang kampung.....mak LY je yang dia nak telefon suruh buat kuih....
Kenapalah tak tepon makcik Roslah jaga sekolah ke....tak pun makcik2 kerinci kampung Baru dengan batu 20 suruh buat kuih tu....haishhhh3....

Korang pun mesti nak tahu kan kenapa Haji Hassan nak suruh mak LY masak???
Jawapannya adalah....mak LY ada skandal politik dengan Tok Empat Hassan...hahahaha....memanglah lain2 kampung...tapi medan politik diorang sama je....dalam meeting selalu jumpa....masa zaman LY sekolah dulu, skandal politik PIBG....

Masa meeting politik kat kampung LY, tok Hassan selalu lah datang kampung kitorang jadi tetamu...kalau dah datang meeting, mesti ada makan2 punya....kalau dah ada benda makan, mesti ada tukang masaknya...tukang masaknya siapa lagi kalau bukan mak LY kan....

So, tu yang Tok Hassan minta tolong masakkan kuih....rasa2nya...makanan lain dia ada order kat orang lain...just beliau minta buatkan kuih ni sikit...beliau mengidamlah tu gamaknya....hahaha...orang lain masak kurang kick kot...tu yang nak mak LY je masak...

~batubersurat: esok sudah mahu balik PD...kerja3~