Sunday, May 22, 2011

Mana Hidayah dan Taufik saya????

Salam sayang penghuni alam maya....(kalau alam semesta ada ke kucing nak baca entry LY gua ni)

Nak kupas isu hidayah dan taufik ni bukan bidang LY okay.....biar yang pakar menyelesaikannya...

Hidayah dan taufik ni dua benda perkara yang berbeza....serius berbeza....macam beza antara Nora Danish dan Fasha Sanda....tapi kenapa Jejai tak boleh nak bezakan???
(chop!!!!!!!! ni bukan blog gosip artis)

Okay...back on track dude....
Hidayah ni contohnya macam korang terbaca iklan ceramah agama dekat masjid masa korang pergi sembahyang Jumaat. Kuliah tu hari Sabtu lepas Isyak. Dalam hati korang bermonolog
~kena pergi ni....boleh tambah ilmu~.....
Tu tandanya korang dah dapat hidayah dah tu....

Taufik pulak contahnya macam ni. Ni version terbalik...korang kena faham betul2....ni negative statement yang LY bagi kat korang ni.....
Hari Sabtu lepas Isyak....korang cepat2 keluar masjid...start enjin kereta....pecut kereta balik rumah sebab takut terlepas opening Konsert Akademi Fantasia 9....korang terlupa pasal Ceramah Agama yang korang plan nak dengar semalam....tu tandanya tak dapat taufik.
Kalau dapat taufik....fikirlah sendiri...takkan tu pun nak kena explain....

Pe yang LY nak luah kat sini....adalah LY rasa macam hilang hidayah. Kalau hidayah tak dapat, taufik lagilah tak merasa. Macam statement algebra lah jugak kan.
If P false then Q false.

Ni situasi yang LY alami sekarang ni. Yang menjadi punca kurang hidayah dan takde taufik ni. LY bukan nak racist. Apatah lagi berlagak alim. Diri ni masih banyak kekurangan dari segi agama. Punca ni sekadar pengamatan logik awalan.

1-Housemate LY seorang yang bukan Islam dan berlainan budaya dan kaum.
Masalah muncul bila LY selalu kantoi Subuh bila hujung minggu. Lu orang tau je la kan. Malam minggu mesti layan TV sampai jam 1-2 pagi. Nan hado lah kawan nak kejut. Bukan dia nak sembahyang Subuh nak kena bangun awal kan. Kalau dah tidur lewat, tidur waktu Subuh tu lah yang paling syok sekali sampai tak dengar bunyi alarm. Untunglah siapa yang dapat housemate seagama yang boleh tunjuk teladan yang baik. Kalau seagama tapi lagi teruk dari kita tak guna jugak.

2-Anak2 murid bukan Islam, campuran berbagai agama, kefahaman dan kaum.
Tercabar wooo ada anak murid lain agama ni. Bila berselisih bahu dengan LY diorang bukan rasa bersalah ke apa. Benda biasa je bagi diorang. Korang tau je la kan, lengan baju kurung LY kan selalu paras separuh siku. Bila dah lain agama ni, kuranglah aktiviti LY nak menegur habit2 remaja yang tersasar dari landasan Islam. Apek2 n amoi2 yang mengajak LY minum air  anggur pun ada. Yang ajak main kad judi lagilah banyak. Siap nak ajar lagi tu...bahaya tol iman LY tinggal dekat King Friday ni.

3- Rakan2 kerja seagama yang beberapa kerat.
Geng2 seagama ni kurang. King Friday ada 2 orang Ustazah dan seorang Ustaz je. Yang pasti Cikgu Melayu dalam 20 orang je. Yang baya2 LY ni berapa kerat je. Yang perempuan bujang ada  3 orang. Tapi bukan macam Husna, Suzi, Naa....yang LY boleh jadikan contoh. Walaupun tak terzahir melalui perbuatan, tapi LY respect dengan kawan2 LY ni. Dah tu kat sini jugak, LY digoda dengan contoh berpakaian baju t-shirt lengan pendek, tudung tak cover dada....pergghhh....nasib baik tercontrol lagi sekarang ni....cuma stoking kaki je yang tak pakai.

4- Godaan pakwe iaitu encik Astro.
Ni memang LY saja cari penyakit....godaan besar ni wei. Astro tayang aweks pakweks seksa memanjang.

5-Jauh dari Masjid dan surau yang aktif.
Kalau dekat Lui, rumah LY belakang surau je....hidayah dan taufik tu berlegar2 je dekat keliling hidup. Tapi kat kuarters ni, tinggal bujang, perempuan pulak tu....takut pulak nak pergi surau kuarters yang seram tu....tu pasal lah hidup LY jauh dari hidayah agaknya. Dah 5 bulan kat sini, ada sekali je LY pergi ceramah agama, tu pun sebab sambut maulud nabi.

6-dan lain-lain
monolog: Bengong...dah tak ada idea nak cari punca just stop  menaip...tak perlu nak dll bagai. hahaha..

Perkara2 serius ni kena ambil langkah pencegahan agar tak terlajak jauh.

Sama2lah kita berusaha untuk kekal sihat dalam cara hidup Islam.

Peringatan kepada diri sendiri.
Rajin2 muhasabah diri. Reflek balik apa yang dah dilakukan tu betul ke tidak.

Sampai sini dulu. Jumpa next entry kalau tak sibuk dengan marking paper exam amoi2..apek2...macha2...tangechi2...

~batubersurat: PD ni panas...semua orang dok pakat pakai baju nipis dan singkat....tergoda terseksa mata tau tak????~

No comments: