Awal mula pertama mula….
Selamat Sejahtera…
Hari ni cuaca nyaman bahagia segar bugar…
Jumaat = 23 Julai 2010
Agenda: Hari Ramah Mesra
Masa: 9:00- 11:30 pagi…
Rewind mode: zaman aku sekolah dulu ada ke tak hari macam ni……ggggrrr(bunyi CD rosak)…..cannot detect any document…
Apa-apa sajalah…asalkan dah berjaya masuk universiti…
Apa yang menarik? Uhuk…uhuk….(nenek tua batuk)…
Macam sadis je nak cerita ni….
Tersebutlah kisaaaah….(intro hikayat Tajul Muluk…)…
Sebagai cikgu ganti yang tak berpengalaman…tersurat sudah aku kena jadi cikgu kelas….nak di tambah perisa menarik lagi…aku jadi cikgu kelas 5 Ceria..
Kalau ikut nama memang sepatutnya cerialahkan… tapi sebaliknya… Mengikut rekod minggu lepas…kelas ni mendapat tempat ke-5 dari 6 dalam pertandingan keceriaan….sejak aku ambil alih 4 minggu yang sudah barulah nampak sikit rupa kelas ni….kalau tak tu macam kapal Titanic yang karam je….jangankan atas lantai bersepah sampah dan pasir…dalam ceruk meja pun ada anasir-anasir penyebab muntah…(bayangkan sikit2 je…jangan lama2…nanti korang pulak yang muntah)…
Penambah perisa lagi…kelas ni rekod muridnya lemah…bayangkan darjah 5 pun masih ada yang tak tahu membaca dan menulis…teruskan bayangan anda semua apa yang mereka ni jawab dalam peperiksaan…forward kan lagi imagisani itu ke markah2 ujian mereka ini….sadiskan….(bagi yang memahami)….
Awal pagi masa masuk kelas nak susun meja bagi senang mak ayah nak duduk dalam kelas tu….budak2 semua bagi kerjasama…siap pergi conteng2 lagi kat papan hitam…biar jelah apa yang diorang nak buat…asalkan tak buat sepah…
Belum sempat kemas2 buku rekod diorang, dah ada mak yang datang…(kes malas nak ulang alik ke rumah lepas hantar anak dekat sekolah)…. My first customer…orang Asli….(harap maklum, Kampung Sungai Lui ni, pemukimannya 30% adalah orang Asli)….dup dap dup dap…
Perkara yang tak diajar diuniversiti sepanjang 4 tahun mengambil jurusan pendidikan adalah cara2 berkomunikasi dengan ibu bapa…….(apa nak kata dan cakap ni…)…
Awal mula pertama mula…fuuuhhh…keluarlah ayat pertama dari mulut kurniaan Allah ini…
“Jemput duduk puan….ini ibu pada siapa ya?” (terbaik x?...hehehe..)
Dan kisah pun bermula…boraklah apa yang terlintas dekat kepala ni…
1- nasihat kurangkan main.
2- nasihat rajin baca buku.
3- nasihat rajin tanya cikgu.
4- nasihat rajin2 buat latihan.
5- nasihat kurangkan tengok tv…(aku ada suruh seorang ibu ni sekatt astro dekat rumah…)
Lepas tu aku bagi tip, belikan buku latihan topikal untuk anak2 diorang…buka website yang boleh belajar online…
Keseluruhannya sejarah hari ini, SAYA BELAJAR BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA ANAK2 MURID SAYA.
notakaki~terimakasih buat mak abah yang mendidik kami adik beradik cara bergaul dengan orang lain baik saudara mahupun jiran atau pun kenalan mereka.
No comments:
Post a Comment