SALAM 1 Malaysia....
Syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya juga baca Yaasin 3 kali lepas Magrib semalam secara berjemaah dekat surau Al-Jamaiah Batu 23, Sungai Lui.....(dari aku kecil dan tahu tempat, memang nilah satu je surau yang ada)
Tapi sejak beberapa tahun ni, surau dah tak meriah macam dulu lagi......kawan2 semuanya kerja dan balik malam tak sempat nak jengah kat surau....adik2 yang selalu mengaji sama dah belajar dekat luar....ada yang nak pergi oversea pun lagi lah susah nak jumpa dekat surau....tapi yang pasti bila masa cuti diorang tak pernah lah tak datang....comfirm kecoh surau kitorang buat.....terutamanya waktu makan dan basuh pinggan....(memnag ni lah kerja kitorang bila kumpul dekat surau....)
ni dah lari dari tajuk ni.....huhu...
sebenarnya nak kongsi....dah bertahun2 baca Yaasin sempena nisfu Sya'ban ni....baru semalam aku tahu apa penting dan kesannya Nisfu Sya'ban ni dalam diri aku....
bacaan yaasin yang pertama kita memohon dipanjang umur.....
bacaan kedua kita memohon dimurahkan rezeki untuk terus beramal kepada Allah....
bacaan ketiga kita memohon agar dimatikan dalam kebajikan....
Alhamdulillah...baru ku tahu nikmat dan rezeki telah Allah berikan kepadaku dan keluarga khafiat dari bacaan yaasin tu....selama hari ini sekadar baca yaasin 3 kali malam nisfu sya'ban.... dan hanya Amin kan doa yang Ustaz baca.....rupa2nya sebelum baca Yaasin tu kena niat yang atas tadi(baru amal malam tadi) atau boleh juga di baca doa selepas habis bacaan ketiga (zaman gila2 remaja buat ni je lah).....
makanya setiap hari perlu belajar....walaupun ilmu itu sekecil zarah.....
dan Allah dah tiup kan satu kenyataan kesan dari apa yang telah aku lakukan....inilah rezekinya....habis sekolah masuk matrik, habis matrik masuk UPM....
dan satu perkara yang pasti.....aku sentiasa murah rezeki walaupun ada masa2nya orang lain mengalami krisis kewangan akibat cuti yang panjang(masa belajar/habis belajar)...
bukan mahu berbicara bongkak....tapi kenyataannya....ada saja yang mahu belanja makan, shopping, minta tolong ajarkan anak2 mereka(punca pendapatan tetap aku ni) dan lain lain lagi(kalau dah keluar statement ni maknanya dah tak ada idea nak tulislah tu)....
....dan rezeki yang pasti adalah melewati masa2 sukar dalam masa yang sangat singkat tanpa perlu merungut panjang dan mengeluh serta bermuram durja atas apa yang terjadi.... ALHAMDULILLAH.... keluarga dan teman2 sebagai rahmat Allah yang tak pernah putus dalam hidup ini......
~notakaki:Allah akan lapangkan rezekimu bila kamu tidak pernah kedekut untuk memberi dan berkongsi apa yang kamu mampu~
No comments:
Post a Comment