Thursday, September 30, 2010

30 September 2010

Hari ni hari Khamis....Masa entry ditulis....Tarikh mengikut title di atas....
Confirm korang tahu kan hari ni hari Khamis. Sebab Khamis dah dekat nak masuk hari Sabtu.... Hari yang orang suka...sebab boleh relax2 (in English pun ada kata ganda ke?).

Apa ada dengan hari Khamis selepas merapu dengan entry Gila ke apa aku ni?? petang tadi. Kalau korang nak tahu....Hari Khamis 30 September 2010 tu sebenarnya tarikh tutup permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih dekat dalam website Kementerian Pelajaran Malaysia. (Waktu sekarang kalau korang online website KPM tu diorang dah lanjutkan tarikh sampai 6 Oktober ni). 

Maka apa kaitan antara aku dengan tarikh tutup tu???
Kan aku dah pergi interview tu!!!
Nak buat apa sibuk2 isi form lagi....
Haaaa....di sinilah rahsia yang harus di bongkar...
Bila tutup je aplikasi online tu....maka wujudlah satu lagi aplikasi...
Iaitu Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih.....

Korang nak tahu....aku tak tahu pun yang result tu nak keluar hari ni... 
Ingatkan rumors yang Kak Masitah a.k.a Nur Umairah Kaisah (nama FB dia) tu main2 je....rupa2nya betul....
Dahsyatkan....Sebenarnya  Umi a.k.a -umi nadia- (nama FB dia) yang bagi tahu suruh baca gosip tu.
Tengahari tadi sampai sebelum cerita Siti Kelembai on air kat TV....aku online...belum ada apa2 berita yang menarik pasal result tu nak keluar melainkan ke-gelisahan si Jijah a.k.a dD kat blog dia.

Lepas je mandi dan  menghilangkan kebosanan dengan primadona Melayu moden yang hot dengan gosip a.k.a Fasha Sandha dalam drama CHINTA. Lepas tu sambung dengan CSI season 9 (episod pengenalan Dr. Ray Langston). 
Lepas tu naik ke bilik dan tengok C902 kesayangan ada mesej dari cik dD. Beliau kata dah boleh tengok result.......
Wah......sepantas kilat saya meng-on-kan lappy kesayangan yang uzur ni.....(nasib baik uzur je..kalau nazak kompom aku suruh dD yang tengokkan result tu).

So...(eh....bukan ke patutnya Maka)...
Dijadikan cerita....perasaan gemuruh dan  berdebar2 seperti jantung lepas lari pecut kena kejar anjing je aku rasa....(lari pecut 100 meter aku tak pernah mengah pun....sebab aku tak pecut...sebab tu aku tak tahu apa rasanya.....kena kejar anjing masa bawak motor tu penah lah)...
Dalam hati ni...Allah je yang tahu....
Takut sangat2 kalau tak lulus....dan lagi takut nak jawab apa dengan mak abah nanti....
Dengan alunan tahlil di speaker surau yang kedengaran jelas di cuping telinga aku ni.....turun sikit debarnya....
Selepas masukkan nombor IC...(dalam percakapan harian, korang sebut ke nombor kad pengenalan).
Maka keluarlah.....

NAMA: NORAZIAN BINTI RAMLI
NO K/P:870215######.
KEPUTUSAN :BERJAYA.........
Tatkala terpandangkan BERJAYA tu...dalam warna merah...aku terus tenang dan rasa lega yang sangat2.....lepas je sujud syukur.....terus capai tepon dan balas mesej dD a.k.a Adelia Othman.....
Thanks sangat2 my friend sebab suruh check result ni...
Terima kasih jugak dekat bekas kawan sebilik masa tahun 3 di Seladang, KOSASS, UPM iaitu Nur Farhan sebab ada bagi mesej reminder result dah boleh check.
Lepas tu...terus update status FB....KEPUTUSAN:BERJAYA!!!!!!!!!!!!!
Dengan tanda seru (!) yang banyak....tu tanda aku jerit happy la tu....yeeeehhaaaa....
Lepas tu terus mesej dekat abang2, kakak2, abang ipar dan kakak ipar....
Akhir mesej pasal lulus interview tu....aku taip ...."Tahniah kepada maktam"...
Tu sebagai tanda ucapan dari anak2 buah aku la tu.....hahaha....padahal congrate kat diri sendiri...

Dan bila bukak je dekat FRIENDS>Status Updates...
Fuh....berjejai status kawan2 yang pergi interview pasal lulus interview tu....
dan aku pun tumpang gembira dan meng-komen status diorang dengan ucapan TAHNIAH....

Tengah syok meng-online....adik aku ajak pergi jamuan raya kat rumah INDUK yang jual roti canai....
Maka terhenti seketika aktiviti....
Bila balik je....bukak blog...dD dah update blog dia dengan cerita gembira beliau tu....
Dan banyak notification dari FB....
Dan sambung komen balik mana yang tak sempat...
Dan sekarang...aku dah habis karang cerita pasal 30 September tu walaupun tarikh ni masih ada 1 jam lagi nak dilalui.....
Apa2 pun....malam ni tidur dengan senyum ala2 dapat jumpa dan peluk Prince William.

~notakaki: terima kasih pada orang yang bagi tahu pasal Maizatul Azliah sakit kena denggi...dan semoga Mai cepat sembuh~

2 comments:

dD said...

jantung mcm lepas lari kn kejar anjing yerk??haha...1 step da lepas tgu step ag 1 lak-tgu 'love letter' dari kpm...yihhaa

Lady Ya-alif-nuN said...

ye2...love letter yg sgt mhl....