Tuesday, September 28, 2010

Si Capik

Sekarang ni....waktu entry sedang ditulis....
Jam 9 malam.....Selasa.....
Apa yang anda tahu mengenai hari Selasa jam 9 malam....
Katakan anda tahu mengenai sesuatu yang melanda Malaysia pada jam 9 malam hari Selasa secara amnya...
Dan secara khususnya katakan anda tahu apa yang berlaku jam 9 malam pada hari Selasa dalam hidup saya...
Atau anda sememangnya tidak ambil peduli mengenai Selasa jam 9 malam....

Mari kita selongkar apa itu Selasa jam 9 malam dalam hidup saya....
Tahukah anda hari Selasa pada jam 9 malam di Malaysia ini....ada sebuah cerita yang akan ditayangkan di TV2...(anda tahukan siaran ini??? Bagi pengguna Astro Channel 102)....
Jika rumah anda tiada liputan rangkaian TV2....anda seharusnya bersyukur kerana anda tidak akan mengalami dilema seperti yang sedang saya lalui....

DILEMA???
Kenapa saya mesti dilema pada jam 9 malam setiap Selasa???
Inilah jawapannya....

Di Malaysia ini....ada seorang lelaki yang berkulit putih dan tinggi yang diciptakan oleh Maha Pencipta.... Lelaki itu seorang yang sangat kacak pada zaman mudanya....dan masih segak diusianya sudah masuk ke alam 50-an...
Lelaki itu ada anak bujang yang "hensem" (itu sepupu saya yang kata)....seorang isteri yang cantik (memang lawa sangat2...saya pernah bersalam dengannya)....

"Ah....persetankan itu semua....saya kena cerita benda lainlah...bukan pasal anak dan isteri lelaki tu...."
>> monolog: Straight to the point je la kan senang...ni nak belit2 pula <<
Lelaki tu (sepatutnya guna kata ganti diri 'beliau') diberi nama DATUK YUSUF HASLAM (DYH).
"Mesti kenalkan....Datuk tu...takkanlah tak kenal....hahaha"

Beliau tulah punca saya mengalami sindom KEBUNTUAN setiap jam 9 malam hari Selasa.
Sebabnya??? Beliau telah membuat cerita (DRAMA dalam bahasa Industri Seni)...
Dan cerita beliau tu telah menggugat hari saya....sebab mak abah saya suka tengok cerita yang DYH tu buat....
Kalau kamu semua nak tahu....cerita (bila nak tukar kepada drama ni!!!) yang beliau buat tu telah menyalahi prinsip-prinsip drama Melayu.... Beliau telah melangkaui batas seorang pengarah di Malaysia ini....
Sungguh dahsyatkan....
Memang dahsyat beliau tu......kenapa mesti buat drama bersiri lebih dari 50 episod....
Fakta hari ini....28-September-2010....tayangan drama bersiri beliau, Si Capik di TV2 tu dah masuk episod 71 untuk minggu ni....maknanya dah lebih dari setahun cerita tu rolling di TV2...
Dan saya masih belum nampak bayang2 yang cerita (dramalah Yan!!!) ini akan tamat dalam masa terdekat....

Fakta lain yang ada harus tahu....ini bukan drama pertama beliau tu...
Drama beliau yang telah mengganggu gugat saya sebelum ini adalah JANJI DIANA, SEMBILU, BARA...Mungkin ada lagi drama beliau u yang saya tak ingat tajuknya....
Drama2 tu semunya melangkaui batas episod drama bersiri yang harus ada di Malaysia.
Tu belum masuk drama yang ada kontrak seumur hidup dengan TV2...
"Tau tak cerita apa???"
Kalau tak tahu.....letak ni fakta ni dalam kepala anda.... drama GERAK KHAS...
Dulu saya sangat fanatik dengan drama ni....(dulu2 je ok)...

Masa untuk berhenti kerana Si Capik dah nak habis...maka saya dah boleh tengok siaran lain....

~notakaki: cuba bagi tahu saya drama cinta mana yang guna bahasa AKU KAU antara pasangan kekasih selain dari drama2 dan filem2 Datuk Yusuf Haslam~

4 comments:

dD said...

aku rs xpatot la drama ni smpi beratus ritos episod...penonton akan bosan..jln citer same je tiap2 mgu..xtaw mane klimaks citer neh...aiyooopoooo

Nurhasyimah Musa said...

ayat edy,
"penonton akan bosan"
dah masuk ep 71, apsal mak-mak korang tak bosan2..hahah!

mujur rumah aku tak dpt tv2 sgt, dapatlah layan asmara kat tv3..huhu...

Nurhasyimah Musa said...

nway, cantik header dan layout baru..aku nampak effort di situ..huhu..

Lady Ya-alif-nuN said...

ady: aku sokong ko...aku x fhm nape mesti DYH buat story smpai beratus2 ni...

syima: sebab mak n abah aku sezaman ngan DYH...so kene la tgk citer die tu...
ko kan inspirasi aku...tp aku tak de la rajin cm ko nk wt cantik2 cm ko punye tu...pape pun aku tetap jeles ngan header ko...