Thursday, October 14, 2010

Aqiqah AJAS

Salam........
Hari ini hari Khamis (pastikan K adalah huruf besar)
2 hari lepas saya ada bagi tahu pasal 2 events yang sudah di settle-kan kan....
Kenapa carca marba BM hibrid dengan BI ni

Hari ni nak cerita pasal kejadian pertama (yang sesuai adalah peristiwa).
Mengikut tajuk entry seperti yang tertera. Acara/Aktiviti yang telah disempurnakan itu adalah majlis Aqiqah cucunda Encik Ramli, iaitu puteri kecil Arissa Jazielah binti Agus Salim (AJAS).
Harap sangat anda semua mengingati macam mana nama tu boleh diberi pada baby kecil tu.

Perjalanan aqiqah bermula pada hari Sabtu, 9 Oktober 2010 jam 9 pagi di Batu 24, Kampung Sungai Lui.

Inilah tempatnya...

Encik Ramli a.k.a abah saya pilih lembu Brahman (lembu dari India) beberapa minggu sebelum  hari penyembelihan dengan nilai RM2000++ dan lembu itu seberat hampir 300 kilogram. (Bayangkanlah besar mana ye....)
Aqiqah ini juga termasuk 6 nama yang lain. 

Ini adalah lembu yang telah terpilih untuk penyempurnaan sunah Rasulullah.

Turut serta dalam majlis aqiqah ini adalah bapa2 saudara, jiran2 terdekat, adik beradik, anak2 buah saya. Penyembelihan disempurnakan oleh Ustaz Haji Mat Isa. Gambar masa proses penyembelihan tak dapat diambil sebab rakam video. Pada yang nak tengok, boleh tengok dekat FB ye.

Tapi tetap nak cerita pasal masa proses penyembelihan tu...
Lepas proses lembu ditumbangkan dalam keadaannya berikat keempat2 kakinya dengan kedudukan kepala di lubang yang dibuat khas untuk menyalirkan darah dan agar pisau yang digunakan mudah untuk digerakkan.

Sebelum penyembelihan dilakukan, nama2 yang hendak di-aqiqahkan ditulis atas sehelai kertas. Kertas itu kemudiannya ditindihkan di antara mata pisau dan leher lembu. Kemudian disertakan selawat dan takbir oleh mereka yang berada di situ. Berbekalkan pisau yang tajam maka penyembelih menyempurnakan proses penyembelihan dengan kadar yang segera agar binatang tidak terseksa. Allahuakbar.....
Itu je nak cerita dalam entry ni. Esok kita sambung dengan proses seterusnya kerana saya sudah mengantuk. (Petang tadi tak tidur sebab layan movie Hindustan lama, Parampara-tradisi )

Ni antara gambar2 masa pagi tu....
Maaf  view jauh sebab saya tak dibenarkan masuk ke tempat penyembelihan kerana dikhuatiri lembu akan mengamuk.
Ni la pakcik Ramli kesayangan saya tu...
 Diskriminasi betul diorang ni semua....bukan nak bagi saya masuk amek gambar....


 Yang baju merah ni Along saya....Opanizam Kamaruzaman (e'eh..nama ayah tak sama pun....huhu)

 Yang pegang kaki lembu tu papa Arissa....beliau tu bukan makan lembu...pegang lembu pun tak boleh...alahan....tapi pegang juga....menderita 2 hari cirit birit....
 Yang tu mama Arissa...anak beliau tinggalkan dekat rumah...ada ke patut....yang boys dua  orang tu tengah tunggu kebenaran dari Encik Opa bila boleh pegang...
 Yeeehaaa.....bila dah dapat kebenaran untuk masuk ke tempat lembu...apalagi amek la gambar sendiri buat kenangan...(gambar ni kakak ipar saya yang tolong snapkan)...
Wanita2 yang lain tu masih takut2 nak masuk sebelum saya masuk....hehehe...
Ni proses melapah daging.....nak buang kulit dulu sebelum bawak balik untuk di proses kepada ketulan daging yang kecik....

Anda tengok diorang buang kulit tu....pisau tajam tu....(nanti next entry saya upload dari siapa diorang dapat pisau tajam tu)

~futnot: Allahuakbar....masyaAllah.....semoga beroleh keberkatan untuk semuanya~

No comments: