Monday, October 18, 2010

Kita Semakin Jauh

Salam Isnin....
Entry ni bukan sambungan kisah Aqiqah AJAS....

Mood masa entry ni ditaip dan sebelum entry ni mula dikarang dengan lebih panjang lagi adalah mood SEDIH.
Mood yang sepatutnya adalah mood GEMBIRA....tapi aku tetap nak sedih2 jugak.....tak tahu kenapa.....aku tetap sedih bila kenangkan perbualan semalam.

Kita yang aku maksudkan dalam tajuk entry ni adalah antara aku dan DIA.....
Aku harap sangat dia akan baca entry ni....


Sebelum aku cerita lanjut pasal DIA tu....
Aku nak refresh otak korang pasal personaliti orang yang lahir pada bulan FEBRUARI....
Siapa2 yang tak pernah baca pasal personiliti mengikut bulan kelahiran korang sangat rugi sebab korang tak tahu sifat2 korang dari perspektif metafizik dan pandangan orang lain.
Lepas ni korang google-lah Dr. Fadzillah Kamsah punya webpage pasal ni...
Sebab aku malas nak merapu macam selalu...

Ada1 fakta mengenai orang yang lahir pada bulan FEB ni yang berbunyi macam ni
"SEORANG YANG SANGAT GEMAR BERKAWAN TAPI TIDAK PANDAI MENUNJUKKANNYA"
Bila aku renung2 balik ayat ni....aku rasa memang betullah dengan sifat aku....
Dan sebab sifat yang nilah aku rasa KITA SEMAKIN JAUH.....
Punca kita semakin jauh terletak dalam sifat aku ni lah...


Ditambah dengan sifat selalu nak menang, cakap lepas, tak fikir perasaan orang lain, hujah2 dan ayat2 yang menyakitkan hati bertambah kita semakin jauh. (Aku harap sangat ni bukan punca kita semakin jauh)...


Entry ni aku nak sorot balik kenangan dan kisah yang pernah kita lalui.
Bila kita mula bertemu dan berkenalan???
Kita mula bertemu pada bulan Disember 1993 di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, masa tu sesi persekolahan baru mula. Awal permulaan persekolahan kebanyakan murid duduk bersama kawan yang memang sudah lama kenal iaitu sama ada duduk dengan kawan 1 kampung atau duduk dengan kawan masa tadika.
(Makluman: penulis blog tidak pernah tadika).

Masa dan kejadian sebenarnya yang menjadikan kita rapat aku tak ingat....almaklumlah kenangan lama...dan aku memang susah nak ingat memori lama. Banyak kenangan kita masa sekolah dulu....
Aku harap korang ingat apa yang pernah kita lalui bersama dulu...(korang rujuk pada 2 orang yang lain)
Tapi yang pasti, tempat duduk kita selalunya sebelah-menyebelah tak pun masih berdekatan sebab selalunya cikgu yang susun kedudukan.....

Hakikat yang masih aku ingat masa kita darjah 1....Cikgu kelas kita nama AIN....masa mula2 pandang muka cikgu dekat SKSL tu, cikgu Ainlah yang paling cun sekali pernah aku tengok....(mungkin sebab terpengaruh dengan cerita abang Ijal pasal cikgu tu baik)...
Masa darjah 1, budak yang pergi tadika ni memang top....diorang kebanyakkannya dah pandai. Tak macam budak yang tak pergi tadika....sedikit dianaktirikan lah aku rasa masa tu (Cikgu Ain je yang tak buat macam tu).....Nasib baik, aku dapat pendidikan asas dekat rumah. Maka, aku masuk darjah 1 bukan dengan otak kosong. Walaupun tak dapat keputusan cemerlang masa darjah 1, tapi tak adalah sampai tercicir.
Dan antara kita sehinggalah darjah 6....aku yang lagi menonjol.....
Perbezaan kita makin ketara bila aku jadi pengawas sekolah dengan Mira. CT pula jadi pengawas pusat sumber. Dan kau hanya murid biasa....

Tapi tu tak menjurangkan persahabatan kita. Kita tetap rapat dan mesra macam selalu. Temasuk Mira dan CT....kemana saja kita berempat....sampaikan buat mural dinding sekolah pun kita buat berempat dengan cikgu Hashim....makan pun sama2 dekat kantin...dan bila masing2 tak mahu pergi kantin, kita lepak bawah pokok besar tempat parking kereta cikgu dan dekat dengan kelas untuk makmal sains....kita gosip2 kan...

Dan yang paling aku ingat, bila kita nak balik sekolah je, kita mesti salam....salam yang ada tepuk dan tarik tu.....kalau sekarang ni kita tak buat dah sebab dah lupa...(may be kita patut praktis balik)
Nak story kenangan manis memang banyak...
Tapi sebenarnya dalam entry ni nak cerita macam mana kita semakin jauh...

Mungkin ni lah permulaannya...
Masa kita masuk ke alam sekolah menengah...
Aku mendaftar dekat sekolah haian biasa, SMK Abdul Jalil....dan kau masuk asrama dekat SAM Batu 10. Engkau 1 sekolah dengan Mira....aku dengan CT sekolah yang sama....dah terbalik pulak kita ni...

Nilah permulaan kisah persahabatan kita menjauh....
Engkau dapat kawa baru...
Aku pun dapat kawan baru....
Engkau ada KKS baru...aku pun dapat KKS baru....

Tapi aku tak pernah lupa dekat kau...
Bila hujung minggu aku mesti call rumah kau...tanya kau ada balik ke tak....
Bila kau balik, aku mesti pergi rumah kau dengan motor abah aku tu....
Kita story2....dekat tangga rumah kau tu la kita gosip2....takpun dekat pondok rumah Arwah Haji Musneb...
Dan kadang2...aku bawak kau merempit jalan2 pusing kampung....
Dan kadang2 kita jalan2 ke rumah CT dengan Mira...(Kau dengan CT sama je tak tahu bawak motor....susahkan kitorang je nak amek)

Bila form 4, Mira masuk sekolah sama dengan aku....dan kau stay kat SAM10 tu....dan seingat aku, kau dah tak stay kat asrama lagi....kau ulang alik dari Lui-Bt10....
Dan rutin pergi ke rumah kau pun dah jarang bila SPM makin dekat....
Dan seingat aku....bila ayah kau sakit pun aku tak pernah melawat. Aku datang jumpa kau tapi aku tak pernah masuk rumah kau...kita borak2 20 minit dekat luar je....calling2 pun dah jarang...

15/5/2005, Kemesraan kita menjarak bila aku daftar diri dekat KMPP....kali ni aku yang pergi jauh dari kau...dan tarikh tu jugak....kau kehilangan seseorang dalam hidup kau.... aku terkedu bila kau SMS kata ayah kau dah pulang ke rahmatullah....
Aku terkilan bila aku tak ada dekat sisi kau masa2 kau sedih....kejamkan aku jadi seorang sahabat....
Mesej dan call semakin kuran bila life dekat matrik memerlukan komitmen yang tinggi.
Dan mungkin sejak itu, kita dah tak mesra....banyak berita pasal kau aku tak tahu....no more story hal2 kecil yang jadi dalam life ni yang kita share....

Serius aku tak lupa dekat kau walaupun aku tak bagi mesej dan call kau macam yang sepatutnya seorang sahabat buat ...
Dan buktinya, bila aku balik kampung masa matric midsem break, kau lah orang yang aku cari....
Walaupun dah 2 bulan setengah tak bawak motor, aku beranikan jugak pergi rumah kau....
Nasib aku memang selalu baik agaknya...
Takziah untuk kau dan family pasal ayah kau meninggal...aku pun sedih jgak....ustaz aku tu....kita story2 macam selalu...macam selalu jugak aku ni jadi bank jawapan bagi setiap soalan kau tu....

Dan bila kau masuk KUIS, kita makin jarang mesej dan call.... Aku tak nak kacau kau, dan aku pun sibuk...
Mesej hanya benda2 gila yang orang lain forwardkan....selalunya mesej freindship lah kan...
Tahap kemalasan aku nak mesej bukan je dengan kau, dengan orang lain pun macam tu....sampai sekarang ni pun fungsi SMS tu jarang lah aku gunakan untuk sahabat2 aku....

Jurang makin menjarak bila kita dah jarang jumpa....bila aku balik, kau pulak tak balik...bila kau ada dekat rumah, aku pulak dekat hostel...
Bila aku masuk UPM....makin teruk kadar kita ber-SMS...
Boleh dibilang dengan jari agaknya berapa ali aku mesej kau dalam setahun...
Dan yang aku ingat, aku hanya mesej kau, tanya ada dekat rumah ke tidak sebab aku nak jumpa kau....
Lain dari tu memang sah la kita tak  messagging....

Tapi tu bukan tanda aku lupa kat kau terus....kita tetap jumpa masa raya...bila pergi kenduri....kita masih berjumpa.....dan yang penting, aku tetap rajin nak pergi rumah kau....nak lepak2 dengan kau masa cuti sem masa kau jaga kedai Faizal tu....

Sekarang ni lagi lah kita tak mesej sebab kau dah kerja....kau pun menyewa kat KL tu....
Aku tahu kau sbuk kerja....dan sekarang even aku free dan banyak masa terluang pun aku tak spend masa mesej kau..
Akibat tak bermesej dengan kau selalu sebab kemalasan aku nak kacau kau kerja, aku tak tahu pun kau dah nak KAHWIN....
Tiba2 aku jadi sedih bila aku tahu masa mak aku bagi ayat macam ni..."Wa tu dah nak kawen ye Yan"...
Glup......aku telan air liur.....serius aku tak tahu apa2...
Pastu mak aku story yang pihak lelaki tu datang merisik....diorang tak tunang, tapi kawen terus bulan 11 nanti....
Tetiba aku rasa sedih....tak tahu apa2 pun ni!!!!!!!!!!!!!!!
Sampai hati kau buat aku macam ni Najwa.....
Benda2 penting ni kau sorok2 dari aku....memanglah aku tahu benda yang belum pasti tak baik dicanang2...
tapi masalahnya.....lagi berapa minggu kau nak jadi wife orang pun kau still tak nak bagi tahu KKS kau ni...

Memang betul ramalan aku, antara kita berempat kau yang kawen dulu...
Tapi kau taknak percaya....
Masin mulut aku cakap hal ni bila kita berjumpa dan apa yang kita komen dekat gambar FB....
Tapi apa balasan seorang KKS dapat....
Hanyalah hot gosip daripada orang lain....

Sampai hati kau Wa....
Kau tak rasa ke komen2 pasal angan2 nak pakai baju 1 tema masa kau kawen tu benda serius...
Kau ingat aku main2 ke bukak topik tu dulu....
So bila dah suntuk macam ni...macam mana aku nak realisasikan angan2 aku, Mira dengan CT ni...
Dan yang aku terkilan ni, bila aku mesej kau tadi....kau masih nak rahsia tarikh dari aku...
Tambah lagi kesedihan aku....takkanlah kau tak boleh spend seminit dua nak reply mesej aku tu....
Dan aku akan bersedih bila kau tak buat phone call malam ni dekat aku....
Kompom2 aku akan mengadu dekat Mira....sebab rumah dia je yang dekat aku nak pergi....
 inilah DIA yang aku maksudkan... NAJWA DAUD.....
Aku masih tak percaya yang kau nak kawen.....tapi aku percaya sebab kau dah keje lama....mesti dah banyak saving....
Aku masih sedih sebab lepas ni dah tak boleh kita nak berkumpul berempat macam gambar kat bawah ni bersama 2 lagi sabahat kita.....

KKS: kawan karib selamanya...a.k.a BFF
Monolog: Wa.....semoga bahagia....
~futnot:jarak rumah kami hampir 5 kilometer....jauhlah jugak nak jumpa selalu....~

2 comments:

Anonymous said...

"sifat selalu nak menang, cakap lepas, tak fikir perasaan orang lain, hujah2 dan ayat2 yang menyakitkan hati " + bajet!!

haa ingtkan kau tak tau perangai kau cmtu kan. bagus!

Lady Ya-alif-nuN said...

harus lah aku tau....
takkanlah aku tak tahu plak...
memang tak logik la namanya tu wahai pembaca misteri....

(glamor jugak aku ni sampai ade orang perhati....heheh..)