Monday, November 29, 2010

Baik jadikan tauladaN

As-Salam
Hari ni 29/11/2010.
Maknanya hari ni umur LY 23 tahun 9 bulan 14 hari.

Uiks...dah tua...
Tapi belum tua bangka atau tua kerepot lagi...
Huhuhu....

Sekarang ni musim cuti sekolah...bersamaan tu jugak diiringkan dengan 3 musim yang lain bak kata Aizan dekat FB dia baru-baru ni...musim bertunang...musim berkahwim....musim BERSUNAT!!!
Kuang3....

Dekat keliling LY pun sibuk kenduri sana kenduri sini.
Ahad semalam ni kawan baik LY kahwin. Sepupu sebelah abah LY pun kahwin jugak.
Hari Ahad yang bakal datang ni, sepupu sebelah mak LY pula nak kahwin.

Kahwin sana kahwin sini....
Waaa....semua orang nak kahwin.
Nasib baik LY belum ada nafsu nak kahwin lagi.
LY tak ada nafsu!!!!!!!
Musykil bin keliru ni.
Ting tong ke apa Ly ni.
Sunat tu kahwin.

Huhu....muda lagi kot nak KAWEN MAWEN ni.
Bagilah kawan-kawan lain kahwin dulu.
Biarlah LY teruskan hidup MINGLE ni dulu.
Bagi mak LY rest dulu 3 4 tahun.
Asyik buat kenduri je kan. Bagi port masak2 mak LY sejuk sampai ke perut bumi dulu baru  ada kenduri besar lagi sekali.

Kepada makcik-makcik, jiran-jiran yang sibuk bertanya LY bila pulak kan.
LY dah simpan berbakul-bakul jawapan untuk soalan kamu tu.
LY okay je pun nak jawab soalan-soalan hangit tu.
Huhuhu...

Jawapan standard LY nanti.
"Kalau makcik ada duit puluh2 ribu, makcik sponsor saya kahwin okay"
"Yan tak kisah kalau makcik nak sponsor kita kahwin dekat Palace of Gorden Horses tu...kita on je"
Huhuhu....macam real je nak jawab macam tu kan!!!

LY dah biasa sangat dengar khutbah nikah yang tok kadi baca tiap kali LY pergi nikah adik beradik, saudara mara dan jiran terdekat LY ni. Dah terhafal dialog nasihat dalam khutbah tu (betul ke khutbah?? LY pun tak tahu). Dari khutbah yang LY dengar tu, LY relate balik dengan real life LY sendiri dan orang keliling LY.
Dari nasihat yang kita dengar tu, terjalankah saranan dan nasihat dari tok kadi tu. Sejauh mana terlaksananya saranan-saranan yang di dengar semasa majlis pernikahan tu. Adakah pengantin betul2 dengar apa yang di dengarinya. Atau didalam hati hanya menghafal dialog untuk lafaz nikah saja?? Tu kena tanya pengantinlah kan.

Dan orang2 yang mendengar...para jemputan yang meraikan majlisnya.... adakah masuk dijiwa dan minda mereka apa nasihat mulia tok kadi tu??? Tepuk dada tanya selera. Wallahualam. Tahniah kepada yang masih istiqamah dalam melaksanakan saranan dan menunaikan tanggungjawabnya itu. Dan semoga terbuka pintu hidayah kepada orang yang masih lalai (LY pun sering alpa dan lalai....masuk telinga kanan, keluar telinga kiri)

Jauhnya perjalanan perkahwinan bukan hanya untuk majlis 2 hari 2 malam yang di buat meriah dan gilang gemilang... Tapi panjangnya perjalanan tu biarlah sampai ke dalam syurga. Bersatu bukan sekadar di atas kertas putih bertanda tangan pengantin, wali dan saksi. Tapi biarlah bersatu sehingga malaikat membuka pintu memasuki syurga Ilahi.

LY sedar yang LY masih kurang ilmu kehidupan....masih banyak yang LY tidak ketahui dan LY mengaku dalam percaturan hidup yang mudah, LY masih belum matang membuat keputusan yang terbaik. Bagaimana mampu LY mahu membuat langkah perubahan yang besar andai LY sendiri belum pasti dengan jalan hidup LY sendiri.

Ayat klise "kita ni bukan kawen dengan pilihan hati kita je, tapi kita kawen dengan seluruh kehidupan pasangan kita". (Akibat terlebih menonton filem hindustan dan drama Melayu lah ni!)
Nak kahwin ni, kena terima baik buruk, kelebihan kekurangan bukan je pasangan tapi juga keluarga dan orang2 keliling pasangan kita. Kahwin ni proses belajar dan melaksanakan amali kehidupan. Menerima dan memberi tu adalah kitaran hidup.

Kahwin bukan sekadar medan menglahirkan umat (anak). Tapi adalah aset yang sangat penting untuk bekalan di alam lain. Baik cara laburannya, berbaloilah ia. Andai tersasar cara pelaburan aset itu, wallahualam. Membina umat, bayarannya bukan sekadar sakit dan wang ringgit. Tapi kesabaran yang tinggi menghadapi karenah, ketegasan dalam melenturkan jati diri, tauladan yang kaya buat pedoman hidup. Pencorakan kain putih anak2 yang suci sangat memerlukan ketelitian.

Berkahwin bukan sekadar melayarkan bahtera di laut yang tenang. Tapi juga harus bijak mengendalikannya di saat2 sukar di pukul ombak agar tidak terdampar di tepian pantai yang kontang tanpa bekalan.

Meladeni hari yang telah berlalu, makin banyak perkahwinan yang tidak dapat memberi contoh yang baik kepada LY. Perkahwinan yang boleh dijadikan teladan hidup LY sangat kurang sehingga timbul satu penyakit ala2 fobia. Dan ayat2 hasutan yang sering berdesing di telinga LY... "Kalau macam nilah gayanya lepas kawen.....macam takut je nak berumahtangga"

Kepada pembaca yang dah layak kahwin tu, tunaikanlah kewajiban anda.
LY ni lambat lagi nak kahwin. Tunggu sampai LY jumpa contoh rumahtangga yang baik mengatasi yang tidak baik. (LY tak kata sempurna...yang baik dah memadai buat contoh)
 [cabaran dunia hari ni sangat besar dalam mendidik anak2....mampukah untuk mengahadapinya]

~batubersurat : LY belum puas nak bahagiakan mak abah LY lagi~

No comments: