Tuesday, November 30, 2010

LY sedia menjadi kawaN

Apa makna sahabat??
Apa makna kawan??
Apa makna teman??
Apa makna geng??
[LY adalah contoh sahabat yang setia dan baik.....kuang3]

Persoalan dekat atas tu korang jawab dalam hati je.
LY taknak pun tahu apa maknanya.
Setiap orang ada persepsi dan pandangan sendiri.
Termasuklah LY sendiri.

Bijak pandai ada berkata...kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, maka bau wangi akan melekat dengan kita...bla..bla...bla....

Mesti ramai yang tahukan. Dah lali bila dengar penceramah motivasi cakap masa zaman sekolah. Dah basi masuk kepala dalam bab2 mencari kawan ni.
 [yang ni pun kawan walaupun ada iras2 musuh...kihkih]

LY pun tak tahu...LY ni kategori kawan yang macam mana....nak kata baik tu...kena tanya dekat kawan2 lah kan....setakat mana baiknya...Kalau nak kata jahat tu, pergi tanya dekat musuh2 LY kalau ada apa yang diorang tak puas hati pasal LY ni...


Huhuhuhu....
Serius...kalau ada yang kata LY ni bukan jenis pandai berkawan, LY redha je...
Contoh nyata -->>
LY takkan mesej kawan2 (termasuk kawan baik) tanya khabar saja2, buat ajakan gedik "teman aku boleh tak....aku takutlah pergi sorang2"
TAPI serius jugak, LY akan jawab soalan2 kaunter pertanyaan kawan2 LY secepat mungkin....tak kiralah masa tengah tidur ke apa ke. Selagi mesej tu berbunyi pertanyaan, LY akan jawab sehabis baik.
Kalau mesej ayat penyata....harap maklum, anda akan dilayan sebentar lagi.

LY ni jenis tak memilih kawan pun. Semua pun LY kawan. Tak kisahlah kawan tu sama umur ke tak....yang penting LY ikhlas nak berkawan.

Pelikkan bila ada yang berkawan sebab harta...ada yang berkawan sebab nak nama....ada yang berkawan sebab nak pengaruh....macam2 jenis manusia dekat dunia ni.

LY tak tahulah LY jatuh kategori mana agaknya.
Harap2 masuk dalam kategori sahabat yang boleh diandalkan masa senang dan susah.

LY sedih bila ada yang memandang jurang pendidikan sebagai penghalang untuk menjalin silaturahim.
Kenapa mesti jadi macam tu??? Pendidikan tu peluang terbuka. Wajib bagi perempuan dan lelaki. Belajar bukan sekadar masuk universiti dapat pHd, master, degree atau diploma. Tak pun SPM dapat A berbelas2. Tapi apa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Adakah apa yang kita lakukan itu, menunjukkan apa yang kita telah pelajari.

Contoh...dekat sekolah kita diajar tentang nilai2 murni. Dalam kehidupan seharian, terlaksanakah setiap konsep dan teori nilai2 murni itu??? Tepuk dada, tanya selera!!

Pendidikan dan ilmu adalah harta peribadi yang orang lain tidak boleh rampas. Kita tak perlu merasa terhina kerana tidak memiliki  pendidikan yang tinggi. Tapi hinalah diri kita bila kita tidak mampu mencari ilmu walau sekelumit zarah didunia ini. Dan lebih hina lagi, bila ilmu yang kita ada itu, kita tidak amalkan.

LY syukur kerana diberi kesempatan untuk berkawan, bersahabat dan berteman oleh yang Maha Kuasa. Tiada daya bagi LY untuk menolak dan menidakkan silaturahim yang terjalin. Sekali berkawan, selamanya LY akan setia menjadi kawan.

Bagi mereka yang merosakkan sebuah persahabatan, rugilah dia kerana menolak untuk berkasih sayang.
 [inilah contoh kasih sayang...pakai pin sendiri ye Aya!!]


~batubersurat: buku adalah teman yang paling setia~

No comments: