Wednesday, March 2, 2011

Sejarah kehidupan bermula dengan yang pahiT

Salam sayang semua.....

Memandangkan pengurangan idea untuk mengarut lalu mengarang apa2 entri...maka hari ini, LY nak cerita kisah kehidupan seorang perantau di Lukut Port Dickson ini....

Ini bukan cerita bohong mahupun khayalan....
Ini adalah cerita benar yang dialami oleh penulis.
Ini bukan cerita yang sengaja disponsor oleh David Teo mahupun mana2 produser di Malaysia ini.

Ceritanya adalah......
Pada petang yang hening lagi terik....(PD sangat panas tau!! LY telah mengalami kulit mengelupas walaupun tak mandi laut)
Petang yang berangin ini (Rabu, 2 Mac 2011)....berjalanlah pulang LY seorang diri dari sekolah kerana hari Rabu kan ada Kokurikulum.....Kawan2 lain dah balik dulu....LY balik lambat sebab melepak dekat bilik guru tengok bahan kraf dari surat khabar....

Sampai dekat pintu pagar, maka LY pun terserempak dengan Kak Sha dan Dilla yang sedang berusaha membuka kunci mangga gate itu.....maka, LY pun cepat2lah kejar....supaya LY tak payahlah nak susah2 bukak kunci tu nanti......ceritanya!!!!!!!!!!

Selepas itu.....LY yang telah berjanji dengan Kak Sha untuk pergi beli harta....telah memutuskan untuk berehat sebentar bersama air masak kosong di rumah LY.....
Selepas ber-chot-chet me-release-kan tension...maka kami berdua pun keluar menuju ke pekan Lukut yang terletak 5 minit perjalanan dari pintu pagar kuarters ke kedai harta termasuk perhentian lampu trafik sebanyak 2 kali.....selepas membuat lencongan ke kanan jalan...maka kami pun sampai ke kedai yang di tuju...iaitu kedai Sony Panasonic...kedai elektrik lah gamaknya....LY nak beli harta ni korang!!!

Selepas kak Sha mengayat pekerja2 kedai itu.....maka dapatlah LY sebuah harta bernama peti ais keluaran LG....life's good!!!!!!!!

Selepas itu....kami ke petronas...isi angin tayar....lokasi adalah di timur rumah LY....perjalanan 7 minit dari kedai elektrik tadi.
Selepas itu....(kalau guna seterusnya macam tak best kan??)...kami telah Mini Market Shamira....
Lokasi adalah di barat rumah LY....iaitu 3 minit dari kuarters....(korang boleh gelak LY ni kejap ke hulu ke hilir)
Maka dengan itu, berbekalkan tujuan murni dan suci, LY pun telah berjaya membeli sebuah tong gas masak.....

Dan....dan...dan....yang lebih memBANGGAkan....LY beli cili, bawang kecik, bawang merah, bawang putih, kentang, ikan bilis, telur dan jus oren sunskist.......
Selepas selesai proses pembayaran....maka kami pun pulang....

Sampai di rumah....dapatlah LY harta sebuah peti ais dan barang2 boleh lupus tadi......
Orang yang hantar gas, siap tolong pasangkankan pili gas ke dapur yang telah dibeli sejak bulan 12 lagi....


Dengan itu.......korang ramai2 boleh mula gelak guling2 atas katil korang.....

"Cenggana nak masak......kuali pun tak ada lagi!!!!!!!!!!"

~batubersurat: siapa nak tolong ajar LY masak ni?????????....meh tolong buat entri pasal menu2 yang simple2~

No comments: