Apa nak taip ek....LY sudah kekurangan nafsu untuk menaip apa2 entri sejak kawan2 pun senyap ber-blogging. Ditambah pulak sekarang ini LY ditemani buaya-friend yang baru iaitu Encik Ahmad Astro.
Berpacaran pulak dengan kekasih sepenuh masa iaitu Encik Akurium Aquos.....selalulah LY layan ikan berenang sampai tak ingat dunia.....
[table kuarters, kotak kipas laptop....tak payah susah2 nak beli meja TV yang proper...asal boleh letak sudah....]
Nafsu nak blogging ni berkadar songsang dengan suasana sekolah yang baru.....
Mood nak mengajar tu graf nya dah jadi negatif gara2 seorang Lady....Bukan LY sorang je yang mengalami penurunan mood graf ni...tapi cikgu2 lain pun sama.
Hidup cikgu2 King Friday huru hara dah sekarang ni.....FIY, King Friday bertukar tampuk pimpinan.
Mr Cheah Lef Ngan (pengetua) naik pangkat lagi, bertukar sekolah ke Seremban...
Dan King Friday dapatlah pengetua baru....
Ooooooooowwwwwwwwwhhhhh...night mare.....takut2....
Seram3....hari2 rasa macam masuk dalam kem askar....
Rasa macam menghadap dengan jeneral kuku besi je dekat sekolah.
Kalau korang nak tahu, dapat pengetua perempuan yang sifat cerewetnya lebih tinggi dari suhu yang mampu termometer makmal mampu ukur adalah suatu perasaan yang sangat menggerunkan.....tak tercapai akal LY nak mentafsirkannya.
Hari ni pulak dah guna jadual baru yang keluar hari Khamis lepas. Masak u'all...menangis tau tak.
Tambah 2 waktu lagi...subjek SIVIK Form 3.....jadi 26 masa seminggu = 26 x 40 minit. Nak mengajar ade lagi 3 minggu sebelum midterm mula. Silibus teori Sains dah habis sampai bab 4....tapi amali nya tak habis lagi...hahaha...carca marba gila LY ngajar sains.....macam orang lari kena kejar hantu je....
Silibus Math, esok baru nak masuk Percentages....harap2 boleh lah melajak dengan pantas macam cheetah.....LY nak pulun habis2 drill budak2 jawab soalan ala2 exa...result Mathematics budak2 1 Intan sangat membanggakan walaupun tu kelas ke 4 dari 7. Ada jugak 1 Intan yang markah dia lagi bagus dari kelas 1 berlian (kelas 1st).
Eh.....macam dah panjang je menaip ni...hahaha...
Okaylah, sampai sini dulu sempena memenuhkan entry dekat arkib blog....
Dan sebagai tatapan u'all semua....terutamanya kekasih-tak-jadi yang bakal khawin tak sampai 5 hari lagi ni....meh tatap gambar ni....
Mode menaip : menonton perkahwinan Serina Chef Wan dekat AFC....
~batubersurat: jangan lupa ye 29th April 2011 ni dekat saluran 707 atau ntv7 anda....kalau ada chanel variety lagi syok tengok!!!!~
No comments:
Post a Comment