Monday, April 18, 2011

Kisah perjalanan balik Lui yang meranapkan duit poket!!

Salam sayang semua :)
Lama tak lepak2 dekat sini.
Lama tak buang masa depan laptop nak buat entri..

Huhuhu....
Ni nak cerita pasal weekend lepas...
LY dengan penuh semangatnya mengambil keputusan last minute untuk balik kampung ke Lui memandangkan ada hajat tak tercapai hari Jumaat tu...

Bagi mengubat hati dan lelah menanggung rindu dengan Maharaja Lawak...maka selepas episod membasuh baju kerja stok seminggu dan menyeterika baju untuk minggu ni...maka...LY pun memulakan perjalan balik kampung...

Episod biasa2 bermula...keluar rumah jam 3: 45...tunggu bas dalam 5 minit...lalu bas 828 sebijik....tambang bas RM 3.20 dari Lukut ke Seremban dibayar.

Episod ada penumpang tak sihat dan mungkin tak mandi sebulan lamanya malas nak cerita. Episod kena berdiri sampai Seremban pun malas nak cerita. Episod bersesak dengan bebudak balik asrama pun malas nak cerita...tu cerita normal. Yang LY nak cerita benda2 tak normal je kat sini.

Sampai Seremban...beli tiket komuter ke Kajang RM 4.60. Dalam komuter...stesen Tiroi. Awan dekat mula berubah warna.....dari cerah bertukar jadi gelap...
OOOOOOOOOOOwwwwwwwhhhh....payung tertinggal dekat kuarters....
Ahhhhaaa'.........terbaik....

Sampai Bangi....bunyi dentum2... LY roger tok janggut...tanya hujan ke tak kat Kajang. Keadaan meruncing dekat Kajang.. Sampai Kajang...keluar je kaki dari komuter....air hujan terpercik kat badan. Lari cepat2...naik tangga...turun tangga...tepon kat Esah... Aiiyyoooyyyooo...beliau dah sampai Batu9. Hujan semakin menderu.....melebat tanpa henti.

Macam mana nak jalan kaki ke pekan Kajang ni...payung bukan ada....
Maka....episod luar jangkaan bermula.... naik teksi.....Lesap RM6...
Teksi berhenti depan Metro Kajang je...kena lari  pergi tempat bas..
Sebelum  melintas ke seberang jalan ...LY berhenti dulu beli payung sebab nak melintas tu hujan masih lebat dan nak menunggu tengah2 jalan tu dah la lama nak tunggu kereta berhenti...
Sebelum badan dan beg basah lencun....beli payung dulu....
Melesap RM 6.50

Tunggu bas U40 depan Maybank macam biasa....

Keluar duit siap2...RM 2...Tapi pakcik bas tak bagi naik pulak...
Tunggu bas lagi...Naik...
"Bas ni tak terima duitlah dik...sekarang ni kena pakai kad"
"Haa......???"
"Ni sistem baru dik"
"Okay....macam mana nak beli kad?"
"masuk duit kat sini...RM 5..."

Aaiiiiiiiiiiisseeeyyyyyyymen....tak ada duit RM5 sekeping lah pulak...
Makanya....melesap RM 10 beli kad RABBIT tu..
Sampai batu 9....ramai lah pulak orang Lui...muka stok2 kerinci memang senanglah nak cam kan.
Tak sampai 5 minit menonggok dekat Batu 9 tu...tetiba dari jauh LY nampak bas Sri Raya...

Apalagi kan...terus tahan dengan muka selamba nye...ape dehal...bas kilang je pun...bukannya lori babi yang LY tahan.....nak harap tunggu bas T412 lalu memang lambatlah gamaknya.

Eehhhhhhhh...tengah LY nak beratur tu...ramai pulak orang Lui yang ambil kesempatan nak tumpang bas kilang pakcik Nasir ni sekali...dalam hati LY..."tahan tak nak...naik nak pulak!!!!!!!!!!!!"

Sampai Lui dengan jayanya....LY tak bagi tahu mak abah pun nak balik...pagi tu dah mesej kata tak nak balik...tapi balik jugak akhirnya....hahhahaha.....

Sekian episod luar jangkaan balik kampung yang berhabis duit RM (3.20 + 4.60 + 6 + 6.50 + 10)= RM 32.30....dah sama macam harga tiket dari Matrik Penang nak balik KL je....

~batubersurat: 2 minggu lagi balik kampung cuti hari pekerja pulak...~

No comments: