Malam ni malam Jumaat.......
Malam yang penuh ke ------------- (ikut korang la nak isi apa).
Semalam dah puas membincangkan hal SERIUS yang pertama.
Maka hari ini, mari kita sambung Hal/Agenda serius yang kedua.
Sila baca dengan riak muka yang serius macam lepas dapat saman JPJ.
Tipu2.....korang tak serius pun....kenapa korang masih sengih2...
Serius aku fikir benda ni setiap hari.....setiap masa.....tambah2 pulak sejak tak tinggal dekat hostel atau lebih tepat tempat kediaman rasmi di KOSASS, UPM....
Benda ni memang dahsyat....eh silap, serius untuk dibincangkan.....
Topik serius kedua adalah KARIER.....
Tahu tak karier tu apa??? Bukan keria tau...tu nama kuih....
Karier tu kerjaya......ulang lagi sekali...KERJAYA......
Kerjaya tu berkait rapat dengan bidang pekerjaan kita....
Dengan serius korang wajib tahu pekerjaan yang aku tak mungkin dapat jadi walaupun ni lah kerjaya pilihan aku masa kecik2 sampailah tingkatan 3. Lebih kepada cita2 sebenarnya sebab cikgu suka tanya, dah besar nak jadi apa?
Maka inilah jawapannya.....nak jadi Peguam....masa tu tak tahu pekerjaan yang sebenar nak jadi adalah Pendakwaraya.....aku suka nak dakwa orang ni....dan aku nak sangat kata.... "Hantarkan orang bersalah ni kedalam penjara yang Arif....."
Tapi tu dulu.....masa kecil2....sekarang yang tinggal adalah loyar buruk....bukan Lawyer pilihan untuk menang kes di mahkamah....tambah2 lagi kes allayarhamah Datuk Susilawati....tak dapat la aku nak dakwa diorang yang kejam sangat tu....
Lepas pendakwaraya, pekerjaan yang difikirkan untuk masa depan adalah KORONER..... ataupun ahli forensik.....ni cita2 masa tingkatan 4 dan 5 lah ni....
Faham2 je la kan...pengaruh tengok Grissom n the gang dalam Cime Scene Investigation....10 season cerita ni keluar kat TV tak pernah miss tengok....
Taaaaaaaaaaaappiiiiiiiiiiiiiiii......belajar Biologi tak berapa nak pandai....macam mana nak jadi forensik macam Catherine atau Sara....Aiiiyyyaaaa....
Bila masuk matrik, masih lagi tak berapa nak pandai jawab soalan2 biologi.....bukannya susah pun.....aku rasa lagi senang dari soalan SPM sejarah....tapi, bila jawab biologi je, jawapan aku selalu terpesong....tersasar dari landasan markah.....hiiiiiiisssshhhhh............apa je lah yang sesuai dengan aku ni....
Serius aku nekad, masa isi online nak masuk U, aku ambik kursus cikgu matematik....kenapa mesti matematik??? Sebab matematik tak masuk makmal....tak buat uji kaji dengan segala alah benda cecair /gas/pepejal yang pelik dan bahaya....(tapi masuk lab jugak masa belajar subjek programming...ada kenangan disitu...lain kali cerita).....
Dan serius aku terpikir balik, kenapa aku ambil juga minor kimia....masuk makmal tu....hahahha....sebab aku minat dengan kimia.....(kantoi 1 paper masa kat UPM...kenangan tu lain kali cerita).
Serius aku tengah ada sindrom KPM(kecelaruan panggilan mengajar) sekarang ni...
Bila KPM nak panggil aku berkhidmat untuk negara aku pun tak tahu....dah sasau dah aku rasa ni...
Dan seriusnya aku memikirkan mengenai kerjaya aku, aku dah hafal perjalanan naik pangkat seorang guru sekolah hingga peringkat JUSA C....kalau B dan A tu tak payah lah kot...bagi orang lain....tapi masa tu masih ada ujian PTK....sekarang ni dah tak ada sebab dalam bajet 2011, Datuk Seri Najib dah mansuhkan....maka aku tak tahu macam mana proses naik pangkat sekarang ni....
Serius sejak habis praktikal, dan segala urusan belajar dah habis maka serius masa aku sangat banyak untuk memikirkan hal2 serius macam ni.
Antara kerjaya yang aku fikir....
Kerjaya sebagai PEMBANTU PERIBADI kepada TENGKU ISMAIL IBRAHIM....tahap dewi kesuma melati punya angan2
Aku nak jadi penasihat HAKIM NEGARA........boleh jumpa Agung....maknanya boleh masuk istana.....kuang3.....
Aku fikir, aku ni sesuai jadi pemantau kebersihan Litar Sepang......wooooohhhoooo.....aku nak tengok F1 n GP secara percuma dari stage bulat tu....sambil memantau....sambil tengok kat trek....
Serius aku pernah fikir benda ni bila aku rasa sangat2 mental dengan pelajaran masa dekat U dulu.....aku nak jadi LIFEGUARD dekat KARAMBUNAI, SABAH. Masalah tak pandai berenang tu, boleh diatasi dengan belajar. Aku nak bermukim sampai aku bosan tengok matahari terbenam dekat Karambunai, baru aku balik semenanjung.
Aku pernah fikr, kalau aku tak jadi cikgu....aku mungkin seorang aktuari di KASINO Genting Highland.....hahaha....tetiba gua rasa nak jadi jutawan dengan berjudi pula...hahhaha....(gelak rasukan ablasa)....karier ni reject....aku takut mak aku tak mengaku aku ni anak dia pulak sebab main benda2 haram.....
Aku berangan dengan serius, yang aku nak jadi penulis teks ucapan Perdana Menteri...........serius job ni menarik....aku boleh jual teks2 tu dekat arkib negara/muzium lepas aku simpan 30-40 tahun.........confirm korang tak pernah fikir pasal job ni kan??????
Serius aku pernah fikir nak jadi PEMBAWA PEN Gabenor Bank Negara....tugas aku bawak pen je......seronok nak tengok apa yang Gabenor Bank Negara tandatangan.....sebab aku boleh membayangkan aku yang menandatangan segala urusan tu........hahahha......pegawai bank pun tak berangan macam aku ni.....
Dan andai betul aku serius dengan apa yang aku angankan, aku nak sangat jadi pemandu pelancong Tabung Haji.... boleh buat haji tiap2 tahun.....buat umrah tiap kali ada rombongan.....aku minat nak jelajah semua tempat berkaitan Nabi Muhammad s.a.w.....
Sampai sini saja perbincangan hal serius berkaitan karier/kerjaya/pekerjaan. Next entry nak cerita hal serius lain pulak....
Ada lagi yang serius ke???
~futnot:aku nak jadi pengetua sekolah Henry Gurney~
5 comments:
wohoooo...futnot tu sgt gerunnnnn...moga2 jadi kenyataan..
futnot:sy cintakan KPM...huuuu
yan..yan...teruskan dengan cita2 or lebih tepat dikenali sbg angan2 ko tu..haha..lawak2..xleh nk seyes..awl2 je wat2 muka seyes..pastu xleh r..bantai nk gelak wei dgn cita2 ko yg tahap dewa tuh...
ady: ko ni jgn la memperkotak katik kan cita2 aku tu....
suzi: terima kasih bagi support....
hahaha!
ni memang SERIUS berangan!huhu...
atau mungkin aku boleh katakan ANGAN-ANGAN yang SERIUS..
Tapi, x mustahilkan..?\
Kalau kita usaha, insyaAllah..
Bila dah berjaya nanti, jgn lupa kitorang! ;)
insyaAllah...tak lupa punya...tmbh2 bila ada yg nk dftar anak dekat henry gurney...hehehe
Post a Comment