Salam......
Surat rasmi Urusan Seri Paduka Baginda dah dapat pagi tadi.
Tapi masih kekurangan mood untuk bertugas nanti.
Mungkin sebab masih membayangkan nak bertugas di Sabah.
Tapi setiap ketentuan tu pasti ada hikmahnya.
Yang pasti sekarang ni, abah gembira sebab tak adalah jauh sangat abah nak pergi hantar dan ambil.
Kalau dah jauh ke Sabah tu al-maklumlah abah nak tengok LY kalau apa2 jadi dekat LY atau LY yang akan lambat sampai bila ada apa2 yang jadi dekat Semenanjung ni.
Masih terngiang2 lagi, dialog nenek bila LY pernah cakap "kalaulah" LY kena posting dekat jauh seberang laut sana. Nenek cakap dalam pekat minang dia, "nanti ka-wu tak sampek nengok nenek meningga" (nanti kau tak sempat tengok nenek meninggal)
Maka, sekarang ni sekurang2nya dah bagi hati nenek tenang. Tak adalah dia bakal2 tanya kemana jauh sangat LY merantau. Jenuh pulak nak suruh LY balik nanti sebab nenek rindu dekat LY.
Hikmah yang nyata sekarang ni, anak2 buah LY yang manja2 ganas dengan LY semua tengah membesar dan kuat mengada2 dengan LY. Dibuatnya LY duduk jauh dekat sana tu, dah jarang2 balik maka nanti anak2 buah LY dah tak mahu pula nak manja2 ganas dengan LY. Kesian pulak LY nanti disisihkan anak buah sendiri. Waaaaa..........tak mahulah macam tu.....
Hakikat yang LY kena terima, sesungguhnya LY bukan seorang yang cukup kental nak survive jauh dari kemudahan dan orang yang LY percayai. Masa hidup dekat UPM pun masih bergantung harap dengan orang lain nikan pulak nak jauh dekat seberang laut. Mahunya Sabah sana banjir bila LY menangis.
Jauh di tepi2 hati LY yang berharap nak pergi Sabah ni, tersemat rasa syukur kerana LY ditempatkan dekat negeri yang paling senang budayanya di adaptasi oleh LY. Tak terbayang dek akal LY kalau LY kena hantar dekat sebelah Pantai Timur sana tu.....Masak LY nak belajar bahasanya nanti.
Yang paling LY tak terkilan sebab tak dapat pergi Sabah, sebab LY dah boleh fikir pasal MASTER LY. Setahun dari sekarang LY mesti kena cari dan rebut peluang untuk sambung Master. Planning hidup LY nak sambung Master bila umur 25 tahun nanti. Maka, start dari gaji pertama, LY memang wajib kena saving untuk pendidikan LY sendiri. LY ni macam ada rasa2 nak buat master dalam kriminologi je. LY dah letihlah nak jawab soalan matematik ni......pening kepala LY nanti bila rumus addmath SPM campur aduk dengan rumus matematik yang high level ni.
Mulai sekarang ni, LY kena berhenti berangan nak hadiahkan koleksi set perabut kayu jati dari Indonesia untuk mak LY, berhenti berangan nak bagi ranger mitsubishi untuk abah LY. Huhuhu....dan terpenting sekali, LY tak kan pasang angan2 nak pakai kereta RX8 warna oren ataupun Lancer warna hijau lagi. Apa yang LY dapat, LY syukur.
Setakat tu rezeki LY yang Allah dah tentukan....yang baik datang dari Allah...yang buruk tu dari diri LY sendiri.....
Harapan LY, semoga LY berjaya tempuh dugaan dan alam baru LY nanti....rasa macam baru nak masuk sekolah menengah......wawawaa.....memang nak masuk sekolah menengah pun!!!!
Semoga semua yang pernah ditempuh sepanjang dekat U dan masa praktikal dapat dijadikan panduan. Perjalanan yang jauh dimulakan dengan langkah yang pertama.....langkah yang harus LY mulakan adalah mendaftar di SK Wawasan Seremban 2. All the best to me and all my friends especially geng blogger...Ady, Suzi, Naa dengan Syima.....
Kepada kawan2 yang masih menunggu jawapan dari KPM, nikmati masa2 cuti ni sepenuhnya tapi jangan sampai meroyan macam kitorang sebab sindrom KPM tu...
Akan sampai masanya nanti, kitorang pulak akan ucap tahniah dekat korang....dan kitorang akan support korang kalau dapat dekat ceruk2 dunia nanti.
Cheer up sikit.....
"tepuk...tepuk..tepuk semangat"
"Semangat....semangat....semangaaatttt"
~batubersurat: Tahniah buat semua~
[semboyan telah berbunyi......eh..ni bukan semboyan!!!]
2 comments:
gud luck jugak yan!
mcm tu lah..kena sentiasa positif..;)
mekasih syima...
all d best to you...
Post a Comment