Sunday, August 26, 2012

Raya + merdeka

Salam sayang semua. Lama tak jengah sini. Tak berkesempatan nak luang masa depan lappy untuk update sebab masa guna untuk benda lain.

Banyak nak cerita....nak update balik pasal review lagu TEMAN PENGGANTI...nak cerita pasal puasa yang lebih sayu dan syahdu....raya yang huru hara dan gempak air mata....macam2lah...

Nak luah perasaan kat sini....macam2 ada dalam kepala nak hampar dalam ni...tapi tu lah....masa asyik melencong ke tempat lain....

Nanti2 lah update...kerja lain beratur nak kena settle dulu...errrrrrmmmmmmm....

Sekian...berjumpa di lain kali.

Salam Raya Syawal....dan salam merdeka Malaysia.


Tuesday, August 7, 2012

Menjejak Cinta

Begitu jauh perjalanan.
Ditinggal dan meninggalkan.

Kesekian kalinya
Hati sentiasa berharap.
Cinta itu akan sentiasa hadir.
Biar badai dan ombak menghempas sebagai hiasan.

Begitu jauh kaki melangkah
Melalaikan dan dilalaikan.

Kerinduan pada Ramadhan
Pengharapan pada Lailatulqadar.

Setengah abad telah berlalu
Hampir 2 dekad mengenal huruf.
Seusia itu menjejak cinta pada kalimah suci al-Quran.

Persoalan jejak cinta sentiasa berlegar.
Terlaksanakah perintah-Nya.
Tertunaikah janji yang telah di syahadahkan.

Hebat rindu Ramadan
Mengharap belas ihsan-Nya
Dikukuhkan jati diri
Dilebarkan rasa cinta pada sekalian isi alamnya

Aku insan hina
Salah khilaf lalai alpa
Sentiasa menari seiring kaki menapak

Ya Allah,
Paksikan aku pada cinta agung-Mu
Untuk aku menuju jannah agung-Mu.

Monday, August 6, 2012

Rindu Menggunung

Tahap rindu dekat teratak bonda dan ayahanda dah sampai laut dalam. Tahap rindu macam nak meletup dalam dada ni.

Minggu last balik hari tu tak salam peluk cium abah....abah  pergi mana entah....cari dekat kebun pun tak nampak.

Mak pula kirim lepat segan....janji nak balik hujung minggu lepas....tapi dah ada meeting pula hari Sabtu...macam malas nak speed balik Lui petang tu....

Tup2...hari ni...rasa tak ada semangat nak hidup!!! Makan pula dah serupa macam tak makan.

Malam ni dah start terawih kembali....dah sambung balik bacaan Al-Quran yang terhenti hari tu.

~batubersurat: tak sabar nak tunggu hujung minggu ni...nak juga balik Lui...tak kisahlah cuti lagi seminggu ke apa...yang penting...jangan ada yang nak buat meeting pulak hari sabtu....memang aku masak nanti buat lauk berbuka~

Friday, August 3, 2012

Tahniah Abang

 
5.5 tahun @ 11 semester 3 biji motor cup bertukar rupa, 3 zuriat sempat dibela, sekangkang tanah masih mahu diteroka, berpuluh2 kali menolak tayar pancit, bertahun menanggung penat dan sakit badan menunggang motor 2 jam pergi balik sehari setiap hari bekerja hampir setiap hari traffic jam pon terkadang sabtu dan ahad terpaksa juga redah, hujan panas tak reti dah nak kira, berbuka bersama rakan2 kelas sedang family di rumah tiada ketua keluarga bersama selama 4 kali Ramadhan lamanya, modal sepanjang tempoh tersebut tidak pernah ambil pusing baik yuran, minyak mahupon belanja... AKHIRNYA .. pengorbanan terjawab dan terbalas di atas sekeping kertas yang dipanggil IJAZAH .. berbaloi kah? serasa ingin menjerit rasa gumbira ingin menangis pon ada.. wahai anak2 bangsa, jangan cari 1000 dalih kerana 1 daya mampu menjatuhkan semua dalih, merangkak tidak bererti lambat dan lembap, menyusun perjalanan hidup amat bererti jika hasil seperti yang dirancang, semuanya ketentuan Dia - Ya Rabb, Terima kasih Allah .. pesanan kepada waris2ku " Carilah ilmu yang berguna selagi daya, jangan sia2kan masa yang ada kerana yang paling jauh itu adalah masa silammu.. " .. bermonolog utk diri sendiri dan anak2 ...
 
Tahniah abang.....akhirnya tamat juga perjuangan IJAZAH PERTAMA.
 
 [kepada seorang teman yang tengah buat diploma PJJ.....jangan berhenti berusaha....kita tak tahu berapa dekat kita dengan kejayaan yang kita impikan...usia bukan penghalang]
 
~batubersurat:  ni yang kena celebrate ni~