Wednesday, November 30, 2011

[wordless wednessday] #3

|
|
|
|

|

Yang mana satu pilihan hati??? Review kereta

|
|
|
|
|
Salam sayang semuanya.

Sebelum ni LY pernah post entry pasal kehendak atau keperluan. Yang pasal ke-tensen-an nak kena beli kereta tu bagaikan.

Sejak entry tu keluar sampailah ke hari ni, bayang-bayang kereta masih belum lagi mahu keluar. Disebabkan masih belum punya keperluan yang mendesak, maka kereta-kereta di Malaysia mahupun luar negara masih selamat dari di jual kepada LY. Hahaha…

Sekarang ni, kengkawan yang dah pakai kereta mungkin dah lebih 10000 KM kot diorang bergerak. Kalau nak banding dengan LY, diorang tetap kalah….sebabnya kalau kira KM bas dan train mesti dah juta-juta KM benda tu bergerak…hahahha…

Memandangkan tak lama lagi memang LY wajib juga beli kereta kan… So kat sini nak shortlist-kan beberapa kereta yang patut di-konsiderasikan. 
(Tajuk review...tapi ni dah macam nak main pilih-pilih pulak...korang layan je lah kan)




Kalau setakat guna dari Lui nak ke Langat untuk bawak pergi kerja memang berbaloi pakai ni. 

Okay jugak kalau beli Persona ni....harga pun mampu milik. Design pun ala2 cantik yang boleh menawan hati aweks dan pakweks kat Malaysia ni. Orang kata enjin pun tip top. Orang yang kata...bukan LY yang kata tau.... Haha...




Caldina...ramai juga berangan nak pakai ni. Kalau mampu apa salahnya kan. Tapi bila mengenangkan musim hujan dekat Lukut ni, jalan raya sedikit kebanjiran dengan lumpur sebab sistem longkang tak berapa nak canggih...batalkan jelah niat nak berangankan Caldina ni.
Nissan Teana....hentikan je lah angan-angan tu kalau gaji tak sampai 4 riban. Sama jugak macam kereta dekat bawah ni.

Toyota Camry.
Kereta ni memang best. Sebab aku selalu usha Pakcik Mazlan bawak. Syok wooo kalau de sebijik warna pearl white. 
Ramai yang rasa macam kagum je kan kalau nampak orang pakai honda City ni....Bagi LY tak adalah gempak pun...enjin pun 1.5L je...tak adalah pecut mana pun. Yang best pasal kereta honda ni, kalau kita naik, bunyi enjin tu kita tak rasa sangatlah. Hempas pintu kuat2 pun tak de lah bunyi berdentum macam bunyi Vios. Minyak pun jimat. Tambah berbaloi kalau korang upgrade enjin Hybrid....jimat minyak dan duit korang...



Apa lagi yang menjadi idaman orang ek???

Sekarang ni LY selalu nampak kereta ni dekat atas jalan raya Malaysia.

LY tertanya2....kenapa ramai sangat yang pakai ni....adakah diorang suruh LY pakai jugak????
Tak patut..tak patut...gaji tak sampai 3 riban berangan lebih2 pulak...


Sebelum beli kereta...duit kena ada....sebab kalau tak ada duit....macam mana nak beli. Haha...

 ~batubersurat: lain-lain pilihan....Viva, Saga, Vios, Civic...macam-macam ada...yang penting ada duit~

Tuesday, November 29, 2011

Nak pakwe baru!!!

|
|
|
|
|
|
Salam sayang semua.
Penat..penat...penat...
Kembali ke Lukut...

Bertapa tunggu tren ke Seremban sampai jam 5:10...
Sampai ke rumah dah Maghrib.

Penat lipat kuasa lima bila kena mengadap dinding batu cat biru ni sorang2.
Chee tak balik....
Nak lepak rumah Kak Sya pun, ada abang Zul kat rumah dia.

Nak menaip entri pun tak ada idea.
Nak berskandal pun tak ada orang nak kawan.


Ni yang nak kena cari buayafriend buat peneman tinggal dekat PD ni.

Sekarang ni tengah bekira-kira nak beli benda ni...

Atau mungkin buayafriend jenis yang macam ni pulak

Agak-agak korang lah kan....LY berani tak nak hidup dengan benda-benda ni.
Nak hidup dengan anak orang...entah mana-mana agaknya anak orang tu.

Hidup dengan benda-benda ni senang sikit...agak-agak nak lepas geram boleh main cekik-cekik dengan diorang ni kan.


Okay tak....okay tak? Ada bakat tak LY nak jaga diorang??? Hahaha....

~batubersurat: bela burung kakak tua pun okay jugak kan???~

Sunday, November 27, 2011

1 Muharram 1433H

|
|
|
|
|

Salam Tahun Baru 1433H
Semoga hari ini kita melangkah ke arah yang lebih baik.
Menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Hijrah menuju redha Ilahi.

~batubersurat: ayuh ke majlis orang berhijrah dari bujang ke berkeluarga~

Saturday, November 26, 2011

Konsep mudah yang perlu diamalkan

|
|
|
|
|
|
Konsep yang orang dulu-dulu amalkan....

"apa yang kurang dicaci jangan"

Korang tahu tak???
Korang tak tahu kan....
Sebab korang tak dengar lagu Melayu Joget Pahang...

Hahaha....

~batubersurat: selamat berhujung minggu~

Apa dapat kalau baca novel sejarah Islam ni??

|
|
|
|
|
|
Salam sayang...dah lama rasanya tak mulakan entri dengan salam. Perasan tak?? Korang memang tak perasan sebab sibuk jawab salam dekat FB.

Okay...hari ni nak cerita pasal buku...tapi bukan review oaky. LY nak sembang apa yang LY dapat kalau baca buku ni.

Bagi orang yang minat membaca mesti diorang ada cerita sendiri kenapa dia membaca dan apa yang dia dapat.

Lately ni LY rasa macam dah jemu nak baca novel cintun Melayu yang banyak dialog mat saleh. Mungkin disebabkan faktor usia barangkali minat tu dah berkurang. Hal-hal cintun dalam novel Melayu tu pun lebih kurang sama je...Pusing-pusing watak dan jalan cerita sama juga.

Lately ni buku dalam genggaman LY adalah novel sejarah Islam.
Best ke nak baca?? Bukan dah tahu ke?? Cerita-cerita tu kan dah tahu masa sekolah rendah dan menengah?? Inilah persoalan yang sering diajukan kepada LY.

Masa zaman sekolah rendah memang selalu pinjam buku Siri Sejarah Islam dekat pusat sumber. Tapi korang tahu je lah kan...novel edisi kanak2...mesti pendek2..tapi kali ni novel tu agak tebal dan dipenuhi dengan watak yang bermacam-macam nama. Susah tau nak ingat.

Kat sini, LY nak bagi tahu korang apa yang LY dapat simpulkan dari novel yang LY sedang tangkap lentok ni yang tak ada dalam novel cintun Melayu.

  1. Benda first yang LY dapat kesan adalah hal-hal perang ni zaman sebelum Islam datang pun dah berleluasa. Tak mustahillah yang zaman sekarang ni perang masih wujud.
  2. Dalam berperang...pihak musuh tak boleh membunuh utusan dari musuhnya. Kalau dah bunuh utusan, nanti nak berhubung macam mana kan...takkanlah nak isytihar guna sms pulak...zaman tu kan belum ada henfon.
  3. Stategi perang yang utama adalah memastikan kubu besar atau khemah tempat berkumpul adalah berdekatan dengan punca air. Kalau 1 pihak dapat kawal air, kebarangkalian nak menang tu besar. 
  4. Dalam perang zaman nabi dan sahabat dulu, perang dimulakan dengan perlawanan 1 lawan 1 antara panglima terhebat. Lepas 1 pihak kalah, barulah berperang secara besar-besaran.
  5. Setiap panglima Islam mempunyai strategi perang yang tersendiri. 
  6. Panglima Khalid al-Walid memulakan pertemuan dengan pihak musuh dengan mengadakan rundingan dan menyebarkan ajaran Islam. Sekiranya kata sepakat tak dapat dicapai barulah diisytiharkan perang di antara kedua-dua pihak.
  7. Konsep perang Islam yang sebenar, jika pihak musuh sudah mengaku kalah, orang Islam tak boleh terusan menyerang kerana dikhuatiri pihak musuh sudah tidak berdaya.
  8. Panglima Islam mencapai kemenangan adalah dengan membunuh panglima pihak musuh kerana strategi perang hanya diketahui oleh panglima. Dan juga sebagai pembakar semangat askar yang berperang. Tetapi tidak bagi panglima Islam, kerana setiap seorangnya berperang hanya untuk mencapai kemenangan ataupun syahid.
  9. Direncanakan juga dalam buku Khalid al-Walid, semasa beliau sedang bertarung dengan Georgirius Theoderius (panglima perang Rom) berlaku sesi menjawab soalan dari Theoderius berkaitan kepercayaan Khalid. Selepas Khalid menjawab pertanyaan tu, Jirjah(nama dalam Arab) terus mengucap dan menjadi askar Islam. 
  10. Ada masa LY boleh rasakan emosi yang ada pada setiap watak yang diolah dengan baik oleh penulis.
  11. Ada 1 lumrah kehidupan yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Iaitu, kita baik dengan orang, belum tentu orang baik dengan kita. Ni adalah nilai dan pengajaran dalam setiap novel. (ni pandangan peribadi)
Ini apa yang LY rasa lah bila baca buku-buku cenggini. Kalau LY baca sejarah Somalia, mahunya LY menangis ketakutan bila membayangkan LY yang tinggal kat sana kot....huhu...

LY tak punya banyak wang untuk mengembara ke tempat orang. Apa yang LY mampu adalah kembara merentasi masa membayang dan merasakan apa sebenarnya yang telah terjadi dan masih wujud di muka bumi ini.

Tidur duluan...salam sayang...muah..muah...muah...

~batubersurat: sedangkan Khalifah pun masih dibenci inikan pula kita rakyat biasa~

Friday, November 25, 2011

Kembara PD-Lui edisi senja hari

|
|
|
|
|
|
 Sama ada kepala masuk air atau kekurangan air LY tak pasti macam mana boleh ada gesaan yang begitu membuak-buak dalam diri ini.

Semalam habis je periksa kertas Fizik 3 jam 3:30 petang....pengawas-pengawas semua cepat-cepat balut dan bungkus skrip jawapan dan kemas-kemas nak balik cepat.

LY sampai dekat kuarters dah jam 3:45 petang. Masuk King Friday sekejap sebab nak selesaikan beberapa kerja yang tak siap. (sebenarnya meneman kak Sya buat kerja). Dekat sekolah lama lah juga kiranya.

Balik rumah terus masukkan sampah dalam plastik biru...mandi dan solat Asar. Siap bertudung dah jam 5:00 petang....terus capai kasut oren...laptop dan broadband sambil meninggalkan rumah yang hampir karam. Keluar je rumah...hujan halus yang agak lebat...lari-lari anak cross jalan nak pergi bus stop....basah baju sikit sebab tak pakai payung...dah tunggu dekat 10 minit...tetiba

"Shit....hadiah tertinggallah pulak"

Cross balik jalan balik rumah...masuk ambil hadiah dan payung.. tepat jam 5:17 sebelum LY sempat keluar dari pagar kuarters bas 828 lalu.

"Adooooyyaaaaaaaaiiiiiiiiii ....terlepaslah pulak bas..."

Tunggulah lagi....

5:35 petang...dari jauh LY dah nampak benda merah campur-campur hitam.
Bas 828 dah sampai....bayar tambang 3 keping duit seringgit dan 4 keping duit 5 sen. (Yang tu je sempat LY capai sebelum keluar rumah...hahaa)

Bersama hadiah yang agak besar di jinjit...muka dah macam makcik2 pakai tudung Indon...dapat jugak tempat duduk.

Orang tak ramai....sampai Seremban 6:20...beratur 4 minit...
"Kajang kak"....LY hulur RM 10 dan 60 sen yang LY korek dalam beg galas....akak kaunter bagi balik 6 keping duit seringgit.

Orang tak ramai mungkin sebab dah musim cuti sekolah...dalam train dapatlah duduk dengan aman damainya. Sampai Kajang dah jam 7:02...
Ambil teksi pergi tempat bas dekat depan kedai andam Kimie..

Tunggu...tunggu...dan tunggu lagi...
Hajat memang nak balik rumah naik bas je...nak buat surprise lah kononnya....
Tunggu punya tunggu...dah 2 biji bas Rapid keluar nombor 001 yang bermaksud off operasi atau lebih tepat lagi pergi Depoh.

Aduii....memandangkan hari dah makin gelap...beserta bau badan yang semakin ba-eng...kaki dah sakit berdiri...LY terus telefon along LY yang kebetulan beliau masih ada kat Kajang sebab kerja...Ly suruh beliau ambil dekat tempat bas ni bawak ke tempat MPKj tu.

Lepas tu LY telefon adik LY suruh jemput kat MPKj....dah tak ada maknanya nak balik naik bas dan buat kejutan...

Dan...jam 9:15 malam sampai jugak ke rumah mak abah....
Sebenarnya boleh je nak balik hari ni (Jumaat)...tapi mungkin ada lah puaka merasuk agaknya sampai selamba je nak balik waktu-waktu senja....

Konon nak buat surprise balik naik bas....tapi nan hado....berjemput jugak akhirnya.
Dan yang terbaik....bau dah macam orang Nepal sebab penat bawak beg dan hadiah untuk Fiza.

~batubersurat: best wooo...bangun pagi ada sarapan orang belikan...tak payah nak fikir-fikir~

Wednesday, November 23, 2011

Review Buku dari PTS

|
|
|
|
|

Harap maaf tak ada tajuk buku pada title entri sebabnya kali ni LY nak review empat setengah buku sekaligus.
HAPER???? Empat setengah.....yes...4.5...bukan 1 bukan 2 apatah lagi 3.

Before ni LY ada up status FB nak marathon buku sepanjang cuti Deepavali kan...tapi nan-hado LY baca masa cuti hari sebabnya bercuti ke Langkawi.
Tapi...tapi...tapi....setelah hampir memasuki tempoh sebulan berlalu dari cuti Deepavali tu, maka hari ni, dengan senang hatinya nak buat review. 
4 buku yang telah berjaya dihabiskan adalah :-
  1. Imam Abu Hanafiah
  2. Perang Uhud
  3. Umar Al-Khatab; Reformis Dunia Islam
  4. Khalid; Memburu Syahid
Dan untuk yang setengah lagi LY tengah baca kisah Khalifah UMAR ABDUL AZIZ.

Kita pergi satu-satu dulu okay.

Untuk kisah pengasas Mazhab Hanafi...cerita memang best. Ni novel yang pertama LY baca untuk edisi maraton ni. Banyak fakta penting yang LY dah lupa sebenarnya. Nak review banyak-banyak pun sebenarnya korang boleh google je fakta dan cerita pasal Imam Abu Hanafiah ni.

Senang cerita kat sini, LY selitkan beberapa hal je lah pasal isi kandungan cerita ni.
  1. Keluarga Imam Abu Hanafiah ni golongan kaya raya. Beliau mewarisi perniagaan kain ayahandanya yang hilang semasa keluar berurus niaga.
  2. Beliau dibesarkan oleh ibunya. Ayahnya pernah berpesan agar beliau diberikan ajaran agama yang baik. 
  3. Ibunya adalah insan yang paling bertanggungjawab menjadikan Imam Abu Hanafiah ni seorang ulama. Ibunya hantar ke merata ulama untuk imam ni menuntut ilmu. 
  4. Dalam masa yang sama juga, beliau ada belajar bisnes dari kawan ayahnya lalu dan mewarisi perniagaan ayahnya dan kawan ayahnya itu(perniagaan jubin)
  5. Disebabkan tak mahu anaknya leka dengan berniaga, ibunya sering mengajak IAH ni berjumpa dengan ulama terkenal sekitar negara Arab untuk bertanyakan kemusyikalan agama. IAH ni memang sangat patuh kepada ibunya walaupun beliau tahu apa jawapan bagi setiap pertanyaan ibunya itu.
  6. Diceritakan juga mengenai kisah pemerintahan yang zalim di Baghdad (sewaktu IAH belum lahir sehingga zaman kecil) -boleh dikatakan sebagai pembunuh ayah IAH tapi tak dinyatakan dalam buku ni
  7. IAH hidup sangat lama sehingga bersilih ganti gabenor dan khalifah di serata Kufah dan Baghdad.
  8. IAH menolak beberapa jawatan penting di Kufah dan Baghdad kerana kesibukannya menyebarkan ilmu agama di masjid2.
  9. IAH mati ketika dalam penjara akibat seksaan dan racun pada makanan yang diberikan.
  10. Legasi mazhab IAH ni tersebar selepas seorang khalifah (tak ingat nama) membenarkan semua anak-anak murid yang pernah belajar dengan IAH menyebarkan agama Islam di serata dunia.
Buku ke dua adalah Perang Uhud.
Nak review apa lagi bila pengetahuan korang lagi bagus dari LY kan...tapi dalam buku ni diceritakan peristiwa Perang Uhud bermula dari selepas kemenangan perang Badar. (buku perang Badar tak baca, dah lompat pergi Uhud...sungguh memalukan diri je kan LY ni)...diceritakanlah strategi perang...macam mana tekadnya Hindun makan hati Hamzah...masa tu jugak, Khalid al-Walid berperang habis-habisan di pihak tentera Quraisy sebab masih belum peluk Islam. Lepas tu peristiwa-peristiwa kecil mengenai kesedihan akibat peristiwa perang Uhud ni. Perang Uhud ni umat Islam kalah sebab ada yang ingkar arahan nabi.

Next buku LY baca adalah Khalid al-Walid pemburu syahid. Siapa yang tak kenalkan. Beliau ni digelar Saifullah (pedang Allah). Sebelum perang Uhud, beliau ni menentang habis-habisan Rasulullah. Tapi sebab peristiwa adiknya Walid, yang dibebaskan dari tawanan Islam lari semula kepada Rasulullah kerana telah memeluk Islam membuka mata Khalid untuk mengetahui apa hebatnya Nabi Muhammad saw. Review ringkas
  1. Hampir semua peperangan, Khalid jadi ketua.
  2. Khalid ada seorang sahabat yang sentiasa bersama beliau bermula dari perjalanan ke Madinah untuk peluk Islam sehinggalah beliau wafat. Namanya Yazid (rasa macam tak dinyatakan nama penuh dalam buku ni)
  3. Khalid sangat sibuk berperang menegakkan syiar Islam sehingga tak berkesempatan menuntut ilmu. (boleh jadi Khalid juga buta huruf kerana surat utusan dari beliau ditulis oleh Yazid)
  4. Sebelum berjaya menakluk Rom, Khalid di lucutkan jawatan sebagai ketua tentera oleh Khalifah Umar al-Khatab yang tengah memerintah.
  5. Beliau mati kerana sakit tua semasa zaman pemerintahan Umar al-Khatab.
Buku ke-4 pulak LY baca Khalifah  Umar al-Khatab. (Abu Bakar as-Siddiq pun tak baca lagi dah lompat 1 khalifah pulak..apa nak jadi ni!!!)
Review ringkas
  1. Beliau seorang yang sangat keras. Banyak pendapat beliau tak sama dengan Abu Bakar dalam menegakkan Islam. 
  2. Beliau berubah selepas menjadi khalifah. 
  3. Banyak cerita masa kecik yang LY dah baca ada dalam buku ni contoh kisah beliau keluar malam melihat sendiri rakyatnya. 
  4. Khalifah Umar mati dibunuh oleh Abu Lukluah (seorang putera Parsi yang nak balas dendam)
Sebenarnya nak cerita banyak untuk review ni...tapi disebabkan nanti takut korang dah tak mahu baca buku pulakkan...maka sikit2 sudahlah sebagai rangsangan untuk korang menjinakkan diri dengan novel sejarah Islam ni.


Perkara penting untuk di ambil kira untuk korang baca novel sejarah Islam ni
  1. Baca dengan teliti nama orang dan nama tempat.
  2. Baca 1 bab 1 hari pun tak apa supaya korang boleh digest cerita ni betul2.
  3. Korang perlu membayangkan korang berada dalam cerita tu.
  4. LY cabar korang baca 4 novel ni dalam 1 masa. Contoh pagi baca perang Uhud, tengah hari baca Khalid, petang baca Umar al-Khatab, malam baca Imam Abu Hanafiah atau Umar al-Aziz.
  5. Sampai 1 tahap, korang dapat mengaitkan antara 1 cerita dengan cerita lain. Contoh macam dalam buku Khalid, korang akan dapati yang Khalid ni sangat baik untuk menerima pelucutan jawatan tanpa memberontak dan dalam masa yang sama korang akan rasa Khalifah Umar seorang yang dengki dengan gelaran Saifullah milik Khalid. Tapi bila korang baca buku Umar pulak, korang akan rasa yang Umar buat 1 tindakan yang sangat baik melucutkan jawatan Khalid sebabnya untuk menjaga akidah umat Islam yang mengagungkan Khalid dengan mengatakan jika Khalid memimpin pasti pihak Islam menang. Dan bila korang melompat pada buku Umar Abdul Aziz korang akan dapati di permulaan cerita buku Umar Abdul Aziz adalah penghujung buku Umar al-Khatab.
  6. Contoh lain pulak, dalam buku Imam Abu Hanafiah ada diceritakan mengenai seorang raja yang zalim nama Raja Hijjaj (kalau tak salah sebab susah sangat nak sebut dan ingat). Pertindihan cerita ada dalam buku Umar Abdul Aziz.
  7. Kalau korang tak mampu nak digest cerita yang penuh dengan nama yang panjang2...korang wajib baca slow2....sebab nanti korang ingat nama yang sama tu adalah orang yang sama. Contoh nak membezakan nama Abu Sufian al-Harbs dan Abu Sufyan al-Harith. Takut nanti korang boelh tersalah imagine.
Ops...dah panjang sangat LY melalut ni.... jumpa next buku...

~batubersurat: masa yang nak di ambil untuk habiskan novel sejarah Islam 5 kali ganda dari masa nak habiskan 1 novel mengarut ~

[wordless wednessday] #2

|
|
|
|
|
|
|
|

Tuesday, November 22, 2011

Happy Annyversary






Aicheche.....selamat hari ulang tahun pertama jadi cikgu  kepada diri saya.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan seangkatan yang mendaftar pada 22/11/2010 di seluruh Malaysia.
Terutama sekali kepada kawan-kawan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)- Matematik UPM batch 2006/2007.


[Formal]

[semi formal]

[ke laut]

~jiplakan dari FB group BSDP-(Math)


*nota-nota penting
  1.  Dah setahun lebih jugak berpisah dengan geng 1 Malaysia -Ady, Vas, Danny, Siew Ying, Fatma,   Mui Ni
  2. Dah setahun jugaklah Ady tinggal kat Labuan...tabah dan kental beb.....salute!!!
  3. Dah satahun lebih tak jumpa dengan coursemate merangkap bekas roomate terbaik, Paan.
  4. Tak lupa kepada jiran sebelah bilik, Anis.
  5. Dalam masa setahun yang dah berlalu ni....Lisa dah dapat baby.
  6. Dalam setahun ni jugak,5 orang coursemate sudah selamat mendirikan masjid ~ Husna, Fatma, Zuriana, Siew Ying, Ain Rahimin. Dan coming soon ni Linda pulak.
  7. So far, semua geng BDSP dah selesai SPP dan mendapat DG41.

Suka, duka, pahit maung setahun ni macam-macam yang kita semua rasa. Yang homesick ada...yang kes sekolah tak kondusif...murid tak menepati citarasa  makhluk bersivil...kerja berlambak...sampaikan berjejai lah jugak status FB sepanjang setahun pasal sekolah je....

Apa-apapun itu semua pengalaman....masih kerdil nak membanggakan diri dengan prestasi yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan cikgu senior.

Ayuh..kawan-kawan...semangat dan teruskan usaha menjadi guru Malaysia. Ada 30 tahun lagi nak servis ni....huhuhu...
Semoga kita semua diberkati-Nya.

~batubersurat: Alhamdulillah dengan rezeki-Nya~

Sunday, November 20, 2011

Aku, kamu, kita



Kadang-kadang khilaf
Kadang-kadang leka
Kadang-kadang buta
Kadang-kadang alpa
Kadang-kadang lalai
Kadang-kadang teledor
Kadang-kadang lupa
Kadang-kadang gawal
Kadang-kadang salah

Kadang-kadang rapuh
Kadang-kadang lemah
Kadang-kadang pohu
Kadang-kadang rangup
Kadang-kadang renyah
Kadang-kadang repas
Kadang-kadang repih
Kadang-kadang repui
Kadang-kadang reput

~batubersurat: Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu~     

Wednesday, November 16, 2011

Paper 1249 Sejarah

Salam sayang korang.

Siang tadi, hari ketiga jaga exam SPM.

Hari ni paper Sejarah 1249.

Paper 2 sejarah jam 10:00 sampai jam 12:30.

Memang rasa cam nak terbakarlah kan duduk lama kat kerusi plastik tu. Itu bagi calon SPM lah...
LY tak ada lah terbakar...just sakit tulang je....almaklumlah orang kurang daging...haruslah sakit tulang kalau duduk lama-lama.

Hari ni LY jaga bilik 2. LY rasa calon-calon tu mungkin kelas nombor 4 dari 7 kelas yang ada dekat sekolah tu kot. Kira calon sederhanalah ni.

Bilangan calon mengikut kaum tu seimbang. Pusing punya pusing jaga kelas tu....LY ternampaklah soalan nombor 3 Bahagian A...

Soalan tu ada gambarajah lah konon2nya. Dalam gambarajah tu, rupa-rupanya lagu NEGARAKU.
DAN...dan....dan...soalan 3a)...yang bertaip tu lebih kurang cenggini....apakah tajuk lagu kebangsaan kita????

Pusing-pusing lagi....maka ternampaklah beberapa calon yang tengah menjawab soalan tu....
Rasa nak menyirap je darah bila terpandang jawapan.
Macam HARRREEEEEEmmmmmmmmmmmmm je jawapan diorang.
Memang kategori PENDERHAKA negara sungguh...PEMBELOT....
Kalau boleh kena tahan masuk ISA pun bagus diorang ni.
Tak pun hantar pergi latihan tentera ke...tak pun hantar pergi berkhidmat dekat SOMALIA.

Baru padan muka diorang tu.

LY tak faham juta-juta tak faham apa yang susah sangat nak tulis NEGARAKU je pon dekat kertas jawapan tu. Takkanlah selama ni tiap-tiap ISNIN selama 11 tahun sekolah tak pernah menyanyi lagu NEGARAKU....takkan lah tak pernah dengar cikgu sebut nama lagu before menyanyi....

Bukannya soalan tu tanya lagu kebangsaan Papua New Genia ke Emiriah ARab Bersatu ke...
Trillion kompius LY apa yang ada dalam kepala bebudak zaman sekarang. Takkanlah ba-wau-dal-wau-ha sangat kepala hotak diorang ni dengan pengetahuan asas warganegara. Tak patut sungguh bagi kerakyatan kat orang2 yang macam ni.


Moga-moga nanti diorang2 ni tak menyusahkan negara. Memang tak layak jadi ammbassador diorang ni.

Kalau LY ada kuasa tadi...LY sejarah2 kan diorang masa jawab paper sejarah tu biar diorang tahu hari ni dalam sejarah yang diorang patut tahu apa makna sejarah!!!!!!!!!!!!!!!1

Saturday, November 12, 2011

Sedih Kuasa-kuasa

Ini kisah sedih penghujung tahun sebelum cuti sekolah mula minggu depan.

Sedih kuasa satu bila dapat tahu kena jaga periksa SPM masa cuti sekolah ni.

Sedih kuasa dua bila dapat tahu sekolah yang nak di jaga tu dekat hujung peta PD.

Sedih kuasa tiga bila ketua pengawas kata sekolah tu ada sejarah rekod jenayah exam yang paling tinggi.

Sedih kuasa empat bila mengenangkan sejarah kawasan sekolah tu berdekatan dengan kawasan penternakan babi yang sangat sangat femes suatu masa dulu. (Kes JE tu kat kawasan ni lah)

Sedih kuasa lima bila nak kena keluar awal pergi tolong ketua pengawas ambil soalan exam dekat bilik kebal.

DAN....sedih kuasa epsilon bila ketua pengawas cakap...."sekolah ni habis exam 13 Disember 2012"
Makkkkkkkkk aih....orang lain habis jaga paper SPM awal je....7/12 tu kawan-kawan cikgu semua dah habis.....LY je yang terkontang-kanting nak kena tinggal kat PD ni lelama....

Sedih....sedih dan sedih.....argh.....

~batubersurat: sedih kuasa 7 megatron bila mengenangkan paper habis jam 4.30 tiap2 hari ~

Wednesday, November 9, 2011

Review Buku: 10 Juta Pulus

Dalam sibuk-sibuk dengan kerja hujung tahun yang berlambak dan bertimbun macam gunung sampah LY sempat lagi luangkan masa nak kelek-kelek buku novel pendek.

Novel 10 juta Pulus terbitan PTS...nama pengarah Maz-----------. Panjang sangat nama pengarang buku ni. Dah tak ingat sebab dah hantar buku ni ke library sekolah semalam.

Cerita biasa-biasa je pun. Tapi syok jugaklah nak layan waktu senggang.

Cerita ni konon-kononnya KL zaman abad 21 yang canggih manggih tahap kuasa Gigatron lah. Nama KL tu Metro Utama. Mata wang pulak Pulus. Zaman ni semua menggunakan sistem komputer yang ter-over canggih. Komputer guna arahan suara pun boleh. Sistem kereta pun guna perisian komputer. Lepas tu nak makan, siap ada peti bekalan makanan yang boleh sambung dengan kedai-kedai kononnya lah.

Metro Utama ni ada satu komputer gergasi yang kononnya sebagai Perdana Menteri yang bagi arahan kepada rakyat secara email gitu. Nama komputer gergasi tu Professor yang tersangat kebal kononnya. Dah tu kan, adalah pulak satu syarikat kepunyaan Encik Gah-Gah bin Hu Hu Hu yang menggodam Proffessor ni. Encik Gah Gah yang memerlukan duit untuk beli dadah dari syarikat luar negara dan kekurangan wang tunai sebanyak 10 juta pulus.

Dalam pada masa yang sama, kemelesetan ekonomi telah melanda Metro Utama menyebabkan syarikat Cekik Darah Berhad bankrup. Dijadikan cerita watak utama cerita ni, Zohok dan Idris dah tak ada kerja sebab Cekik Darah Berhad bankrup tu lah. Zohok ni kerjanya membuat robot. Zohok ni suka menyonglap duit Idris untuk beli barang-barang robot tu. Sampaikan habis duit Idris dilanyak dek Zohok ni.

1 hari, Idris dapat email(arahan) dari profesor yang menyuruhnya memasukkan duit sebanyak 10 juta pulus ke akaun negara untuk tujuan perang. Arahan ni tak boleh di bantah mengikut Akta Darurat negara. Kalau bantah nanti kena penjara.

Arahan yang sebenarnya tu datang daripada Encik Gah-Gah yang menyuruh pembantunya menggodam professor. Sebenarnya arahan tu untuk Syarikat Tikam Belakang Berhad tapi disebabkan pembantu Gah Gah tu tersalah tekan nombor akaun makanya arahan tu tersampai ke Idris.

Dalam masa yang sama, Katerina seorang pari-pari dari negara apa ntah bekerja sebagai reporter dekat Berita Cepat. Dia ditugaskan untuk menyiasat punca ke bankrupan Cekik Darah Berhad. Maka dia menyiasat pesaing Cekik Darah iaitu syarikat encik Gah Gah.

Katerina tu dah berumur lebih 500 tahun yang sedang mencari tunangnya, seorang vampira iaitu Vincent. Vincent yang telah lama tidur bangun dari pembaringan di bangunan tempat tinggal Zohok dan Idris. Yang jumpanya pun Zohok.

Bla....bla...bla.....cerita nio best sangat sampai tak tau macam mana nak simpulkan.

Vincent, Zohok dan Idris berjaya cari 10 juta pulus tu dan dah serahkan ke akaun profesor. Encik Gah-gah pun dah ambil duit tu dan membuang data transaksi dalam profesor supaya tak diketahui orang.

Tapi, transaksi tu berjaya di kenal pasti oleh robot Zohok. Masa tu, Katerina dah pun jumpa dengan Vincent yang jadi bahan pameran dekat muzium (kena bacalah macam mana Vincent boleh tinggal dekat muzium tu).

Katerina, Vincent, Zohok dan Idris ni berjaya rampas balik 10 juta pulus dari Encik Gah Gah....macam-macam aksi masa ending cerita ni. Tersengih-sengih jugaklah LY baca. Dah macam baca komik je dia punya feel. Nama watak, kisah korupsi dan nama tempat dalam cerita ni semuanya lawak-lawak.

Dahlah sampai sini je nak review. Selamat mencari novel ni di library berdekatan anda.

~batubersurat: sikit je muka surat cerita ni, 100 lebih je....takkan tu pun berat nak baca~

Saturday, November 5, 2011

KORBAN

Salam Aidil-Adha dan salam takzim.

Esok raya korban....esok LY tak solat raya. Esok ada 2 je korban dekat area rumah LY ni... 1 lembu dari pakcik Mazlan, jiran belakang rumah. Seekor lembu lagi, uncle Zaki punya...ayah Apek.

~batubersurat: penuhkan arkib je ni....heheheh~