Thursday, September 12, 2013

LY dan jersey

Salam sayang.
Tak de benda nak post..
Saja gedik nak menempek cerita merapu.

Sekarang ni kan musim pesta bola merdeka.
Dan sejak liga bola sepak Malaysia kembali meriah, macam ramai sangat je yang post gambar dengan baju jersi diorang.

LY sekarang ni memang kompom lah tak ada satu helai jersi pun...
Tapi....tapi...tapiiiiiiiiiiiiiii....

Dulu, masa umur dalam 10-12 tahun gitu.....LY ada 1 jersi yang memang LY suka ulang pakai. Asal dah basuh je, mesti rembat jersi tu..

Satu2-nya jersi sepanjang hidup (setakat nilah)....LY hanya ada satu jersi tu je. Tu pun jersi pasar malam je rasanya. Tak pasti siapa yang beli...

Nak tahu jersi apa??
Inilah jersi nya
Jersi Argentina yoooo...
Tapi ni versi baru.
15 tahun dulu lainlah rupanya.

Jersi tu pun LY tak tahu macam mana boleh tak ada. Mungkin hilang atau dah rosak dan mak LY dah buang. Almaklumlah dah dipakai hari2.

Sekian tu aja.....kisah LY dan jersi. Sekarang ni nak beli jersi pun tak pernah nak ada rasa. Huhuhu... Apatah lagi memakai jersi!!!!! So, aweks yang rasa hot pakai jersi tu....teruskan ke-hot-an anda!!!!


Thursday, September 5, 2013

Eleh!!!

Eiiiii.....kadang2 aku bosan gila kot bila orang dok cakap....

"Hah...praktislah...nanti awak pula"

Agak2lah nak berbahasa2 pun.....

Benci kot bila kita dukung baby...orang lain aim kita suruh praktis2 bagai...

Benda tu nature kot.....

Kalau pun nak berbahasa basi....macam tak tahulah pula yang kita ni dah ada 11 anak buah....
Setakat pegang2 tu benda kecik je lah...

Berak kencing tukar pampers mandi.....even tak pro mana.....saya dah boleh buat ok!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Benci betul!!!!!

Ada pula tu, bila ada orang suka sindir2 "balik kampung tak jumpa buah hati ke???"

Eh el leh!!!!

Gelabah betul!!!!

Time deme bercinta depan mata kita ni, tak ada pun kita nak sindir2 deme tu....

Bersayang2 bagai sebelum bernikah....tak ada pun aku tegur..."Hoi...maksiat2"

Kang...kita tarik muka....sembur macam2,  tak tahan nanti!!!!

Benci....benci...benci dengan typical Malay!!!!!!!

Tabahlah wahai hati!!!!

Salam sayang...

Tabahlah wahai hati.....
Ini ke dugaan orang nak kahwin...
Kadang2 rasa macam malas nak teruskan semua hal ni...

Kan senang, isi borang.....ambil satu tarikh....pergi pejabat agama...akad nikah...then selesai.

Nak kenduri2 bagai....nak kena tunggu tarikh yang di plan...
Lepas tu ada pula halangan hari nak menikah tu....

Susahnyalah nak kahwin ni!!!!!!!!!

Kadang2 aku rasa macam aku seorang je kot yang ambil port.
Yang lagi seorang tu aku rasa macam nak sepak je lutut dia yang injured tu....

"Ya Allah, tenangkanlah hati aku ni"

Bertunang ni serupa macam bukan bertunang je!!!
 Orang bertunang tu sebab nak lebih fokus kepada persiapan kahwin...
Tapi aku rasa aku bertunang macam banyak je selisih pendapat. Macam banyak je tak ambil peduli dengan next step....

Serabut betul!!!!!

Cool yan....cool...cool.
Susah2 sangat tak payah balik kampung.
Suruh je pengantin lelaki shake hand dengan wali aku masa menikah....bukannya wajib pun pengantin perempuan nak kena duduk sekali.

Sekian! Ting tong!

Sunday, August 25, 2013

Hidup berbagai warna.

Salam sayang buat semua.

Dari awal tahun 2013 yang lepas, bawa ke hari ni atau mungkin sampai hujung tahun ni, banyak yang menarik dah berlaku. Kalau cerita topik yang paling best sekali adalah bab IJAB KABUL.

Banyak hal yang aku perhati. Betapa dalam hidup ni Allah dah corak macam2 episod yang boleh kita ambil iktibar dan menginsafinya.

Tahun ni kalau kisah paling hot untuk diingati adalah kedua-dua abang LY buat hal. Hal yang power...iaitu berskandal. Sekarang ni dah okay....agaknya dah insaf lepas kena leter panjang dengan emak agaknya.

Lain2 hal adalah ramai kawan  ikat IJAB n KABUL....berjela2 event kahwin tahun ni...
Almaklumlah usia dah lanjut.

Disebabkan LY sendiri akan melalui proses IJAB n KABUL tak lama lagi...insyaAllah... Ada kisah yang LY nak sangat simpan dalam blog ni...manalah tahu, esok2 dah tua boleh ingat balik.

Kisah yang pertama, adalah berkenaan WALI.....cerita ni bukannya kisah orang lain pun...dalam kalangan saudara LY juga....kisahnya, adalah si gadis A bernikah dengan pilihan hatinya dengan khidmat WALI HAKIM tanpa pengetahuan saudara yang lain. Yang tahu adalah keluarganya sahaja. Itupun dengan menghantar surat WAKALAH WALI...kebenaran dari wali nasab sah (ayah)...kalau gambar gadis A ni tak di-tag di FB, sampai ke sudah saudara2 terdekat nak tahu. Bila LY balik dan rujuk pada mak, mak pun terkejut....terus mak LY telefon ayah gadis A tu. Apalagi mak pun berleter panjang la....bla..bla...bla..."macam lah tak ada sedara mara nak pergi menghantar....kalau tak nak makan pun tak apa....tapi kami nak tengok je".....membawa ke Raya baru2 ni, bila gadis A tu datang...hamek...kawkaw dapat ayat sentap mak sedara....

LY tak faham dengan pemikiran gadis A ni...walhal mahasiswa....takkanlah sebab rumah buruk, keluarga ala kadar, nak kahwin express je.. Kot ye pon nak menikah je, paling2 kurang buatlah dekat rumah TOK KADI dalam kampung sendiri....kot ye pon nak menikah nak elak maksiat, tapi kenapa sampai nak menafikan hak ayah sebagai WALI.....LY malas nak leter panjang dengan dia....LY pun beza umur 6 tahun je dengan dia ni...tak layak kot nak bagi nasihat. Tapi, kalau LY lah ditempat mak ayah dia, sampai hati anak ni membelakangkan kami....keluarga besar ni....mak ayah adik beradik...sepupu rapat...

[bila semua dah tahu....mak menakan...pak menakan dah sembur kawkaw....harapnya benda ni settle...harap jadi pengajaran buat semua....jangan abaikan perasaan keluarga yang penting]

LY pula, terlebih sayang ke wali sendiri, sampai tak terfikir nak kahwin....sampailah ada orang masuk meminang...dan mak pun cakap, LY bukan muda lagi...tak ada sebab kenapa LY tak boleh kahwin. [sebab LY selalu anggap orang yang menikah ni adalah dari kalangan mereka yang cantik2 atau mungkin sifat kewanitaannya terserlah....kalau tengok LY ni, nan-hado!!! disebabkan sedar diri, tu yang LY tak terfikir langsung hal kawen mawen ni...almaklumlah, masak pun tak lepas....inikan pula nak urus rumah tangga]

Kisah lain pula, LY ada kenal seorang makcik ni, masa LY kecik2 dulu dia kawen dan LY pun kenal dengan husband dia tu...tapi masa tu LY tak tahu lah pula makcik tu sebenarnya janda anak seorang. LY ingatkan budak kecik tu anak kepada seorang nenek yang selalu LY nampak. Rupa2nya budak kecik tu cucu nenek tu.

Nak dijadikan cerita, mak cik tu sekarang ni nak bermenantu dah.....tapi yang dikisahkan adalah anak beliau tu nanti akan menggunakan wali hakim kerana tiada wali. Diceritakan pada LY yang makcik tu dulu bercerai...dah bercerai tu kita tak kisahlah...takkanlah tak ada nombor contact langsung. Takkanlah tak tahu dekat mana rumah bekas mentua tu...takkan dalam masa 20 tahun ni dah lupa apa nama kampung bekas suami tu....takkan tak ada langsung simpan dokumen yang berkaitan bekas suami. Takkanlah dendam dengan suami, sampai semua yang berkaitan dengan suami tu di hapuskan terus. Mustahillah tak ada waris langsung. Kalau pun ayah tak ada, atuk, pak sedara, sepupu lelaki dari sebelah bapa...banyak tu tangga nasab....wallahualam...mungkin kita tak tahu apa sebenarnya kekangan yang mereka alami. [tapi turun naik mahkamah senang pula perbicaraannya kan??? senang pula mahkamah bagi kebenaran wali hakim?? pening LY dengan peguam2 ni, takkanlah soalan basic dekat atas tak tahu nak tanya!!! aishhhh....pelik2...]

Bersyukur, berterima kasih dan hargailah keluarga kita.....hatta kita tak bersefahaman sekalipun, jangan sampai terputus silaturahim....bersyukur anda masih ada wali didepan mata...tak kisahlah ayah atau abang atau pakcik2 sebelah bapa n nasab wali seangkatan dengannya.

Dan LY rasa sangat2 bersyukur, hatta abah LY hanyalah pencen pemandu lori yang kurang pelajaran, dia masih ada di sisi LY, semoga beliau diberi kesempatan oleh Allah untuk mewalikan LY dan adik. InsyaAllah...hargailah wali kita.

Dan kisah yang agak menarik untuk LY cerita adalah kenalan LY...kenalan LY ni dah lama bercinta...dari zaman tok kaduk rasanya. story ni out of wali...tapi masih ada kaitan dengan ijab kabul.

LY tak adalah terkejut bila dapat tahu kenalan LY ni nak kawen...memandangkan diorang pun dah macam couple yang kompom kawen. Family pun dah kenal baik.......tapi bila mak LY sibuk cerita itu ini...termasuklah cerita pasal kenalan LY ni...agak takutlah juga....tapi harap2nya tak betullah cerita tu...mak LY cerita, kenalan LY tu pernahlah keluar dari sarang mat2 ganja [geng ganja isap dengan rokok] ...keluar dengan mata merah...seram tak??? mat2 ganja ni bukan orang lain pun...sorang tu sepupu LY juga...kawan2 dia pun LY kenal sebab dah rajin sangat melepak dekat bawah pokok tepi rumah sepupu LY tu.

Tapi tengok gaya, tak ada rupa macam mat ganja pun. Pakai pun smart je...datang surau pun rajinlah juga....tapi entahlah.....harap2 bukan seperti yang mak LY nampak.... LY bukan apa....LY kesian dengan bakal isteri dia tu nanti. Kenalan LY juga....errrrrrrrrmmmmmm....hope yang terbaik je untuk mereka.

Ok....sampai disini dulu kisahnya....jumpa lagi.

Salam sayang...muaahhh..

Wednesday, August 21, 2013

Kembali ke blog

Salam sayang semua.
Betapa aku rindu dengan blog.
Betapa sedikit merana sejak aku terminate Maxis broadband.
Betapa aku susah nak merapu dekat FB tentang gelagat manusia keliling aku.

Akhirnya aku register P1 Wifi....walaupun aku tahu tahap ketekunan dan kelekaan aku dengan internet susah nak kontrol, aku terpaksa juga register. Sebab aku sangat2 perlu untuk online PBS ke vadah varam tu!!!

Sejak sekian lama, aku sebenarnya mahu update status FB yang sinical tentang kejadian dalam hidup aku. Tapi aku tak boleh. Aku takut nanti ada orang terasa. Dulu2 dah lah hampir bermusuh dengan ramai orang gara2 terlalu lancang berFB.

Hari ni, aku yakin.....ramai antara pembaca blog aku yang dah tak baca blog ni lagi. Tapi aku nak juga menulis. Menulis dekat sini sebab aku malas nak tulis tangan dalam diari atau buku catatan aku. Aku tulis untuk tatapan sendiri untuk masa2 mendatang tentang hidup aku. Apa dikeliling aku.

Sepanjang berbulan aku tak menulis....banyak benda aku nak luahkan dekat sini. Supaya aku tak lupa. Mungkin aku boleh ambil pengajaran dari apa yang pernah terjadi dalam hidup aku.

Buat hari ni...aku cuma nak update yang kurang dari 7 minggu lagi aku akan melangkah ke fasa hidup yang baru iaitu fasa alam rumah tangga. Mungkin dah sampai masa aku menyempurnakan separuh dari iman aku dan membuktikan aku adalah umat Nabi Muhammad s.a.w yang menghalalkan hubungkan lelaki dan perempuan bukan muhrim dalam 1 ikatan yang sah.

Sampai sini dulu. Jumpa lain kali.

Salam sayang.

Saturday, April 27, 2013

Pilihan di tangan yang memangkah.

Aku tak minat nak campur tangan dalam hal2 politik Malaysia yang entah HAPE2...

Tapi disebabkan keadaan yang super hangat sekarang ni...

Aku tertarik dengan satu hal dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA...



Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
Parlimen boleh melalui undang-undang—
(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri,
tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan
tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh
Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

Aku bukan nak judge atau sokong mana2 parti....tapi benda ni sebenarnya boleh dibangkitkan oleh orang bukan Melayu dalam PARLIMEN Malaysia yang akan datang KALAU ketakseimbangan politik berlaku.

1) kalau nak pastikan PAS memerintah, pastikan kesemua kerusi di menangi...campur sikit2 dengan PKR yang Melayu Islam yang melengkapkan majoriti mudah...benda ni tak ada hal.. (Pas bertanding 76 kerusi...majoriti mudah 112 kalau nak memerintah)

2) Tapi bayangkan kalau parti DAP yang minoriti dan PKR yang bukan Melayu menjadi lebih dominan dari pada PAS ... korang rasa MIC dan MCA akan keluar atau tidak dari BN sekaligus membentuk pakatan baru yang melengkapkan majoriti mudah atau 2/3????

Apa yang akan dibangkitkan??
Percampuran perkiraan Parlimen dari wilayah persekutuan yang berdekatan.....siapa yang dekat???
Sudah pasti SINGAPURA??
Singapura ada 81 kawasan parlimen....(negeri die kecik je...tapi parlimen kalah Negeri sembilan)
Kalau dah masuk campur dengan Singapura...korang boleh bayangkan tak siapa bakal jadi the next PM of Malaysia??? Bukan DSAI...bukan juga Tuan Guru Hadi Awang...tapi seseorang dari Singapura yang begitu komited mahu menjadi PM di Malaysia walau hanya seminit....

Jaga2 lah wahai bangsa Melayu ku....saudara seagama ku....pastikan membuat pilihan bijak.

Tak perlu nak fitnah memfitnah bila mana orang lain akan mengambil kesempatan ke atas kita kelak.

Jika orang Kelantan selesa dengan tampuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz (PAS)....bukan hak orang Negeri Sembilan nak masuk campur mengubah keadaan negeri Kelantan...jika orang negeri Sembilan selesa aman sejahtera di bawah kepimpinan Tok Mad (BN)....tak payahlah orang Pulau Pinang (DAP) nak sibuk2 berkempen memburuk2 kan kepimpinan parti Tok Mad...


Hati nyamuk dapat dilapah....hati manusia siapa yang tahu....
Sekian....sayangi pemimpin seagama dan sebangsa kita....

Jangan esok, anak2 kita menuding jari menunjukkan kesalahan kepada kita membiarkan orang Melayu Islam berpecah belah...

Korang nak benci2 DS Najib, korang mengundi kawasan dia ke????




Saturday, March 23, 2013

LY dan Filem

Salam syukur kerana masih diberi kesempatan meluahkan apa yang ada di dalam kepala.

Salam sayang kepada yang masih sudi membaca garapan picisan LY ni...

Baru sebentar tadi, selesai menggosok baju untuk sesi sekolah yang akan datang. Aicheche...rajin tak saya???

Then meng-online kan diri sambil2 TV on-air kan cerita TRANSFORMERS...

LY terpikir....kenapa tak obses dengan cerita ni....bukak TV3 pula...IRONMAN...pun tak cukup obses.

Tapi kenapa LY cukup tahan mata untuk tengok berulang2 kali cerita SWAT, National Treasure...the Mummy....

Mungkin ni berkaitan dengan minat dan jiwa kita...
Macam LY tak suka besi2 ni....sebab tu tak pakai gelang besi...subang besi...cincin besi...kecuali jam yang ada dengan tangan ni...tu pun mula2 pakai ada alahan...tapi lama2 ok...
Dah tu, seingat LY lah kan...dari kecik rasanya tak pernah langsung nak pasang cita2 jadi engineer...bagilah apa2 jenis engeneer pun...LY mcm pandang sebelah mata je dengan engering ni..
Tapi bila tengok chanel National Geography yang berkaitan mesin, layanlah juga sebab nak tambah ilmu pengetahuan kononnya!!!!


Agaknya, disebabkan perkara ni, kalau keluar cerita mengarut2berkaitan besi, mesin, engenering tak berapa nak minat sangat...jarang lah nak tengok berulang2 kali...

 Tapi cuba bagi bab political science ke....history ke....tu minat la...even tak boleh nak bercakap dengan pandai bidang politik....tapi fahamlah juga sikit2 permainan kotornya...kalau history...memang dari dulu suka kot.,..dari zaman belajar KAJIAN TEMPATAN membawa kepada subjek SEJARAH lepas tu KENEGARAAN dan TITAS....rasanya memang cukup power lah...

Sebab tu bila keluar cerita yang berasaskan ciri ke-sejarah-an...memang teruja....tak kisah cerita tu dongeng ke fiksyen ke...tak fiksyen ke....memang layan!!!
Tapi Merong mahawangsa belum tengok lagi !!! Hahaha...sebab tak sempat nak tengok...

Lain orang lain jiwa...lain orang lain minat.

p/s: dalam kampung LY, ada 1 rumah ni, siap ada peti khas, display transformers punya patung2...agaknya kalau anak dia main bola dan tertendang ke almari kaca tu, tak tahulah macam mana gaya nya....tak terbayang LY !!!!!!!

~batubersurat: esok dah mula cuti sekolah!!!!! yeeahaaa...~

Tuesday, February 26, 2013

Hukhuk....

Kurang dari 2 minggu...atau 12 hari lagi dari hari ni....
Semua rasa ada.

Cuak...nebes...gelabah.....nak nangis...nak sendiri2...nak rendam kepala bawah air deras sungai belakang rumah Ujang Banun.

Rimaslah buat benda2 ni semua....tak boleh ke buat sempoi2 je...tak kena dengan jiwa betul benda2 ni semua....

Sabar Yan...sabar....relax ok...chill ok...benda kecik je ni....chill ok...janganlah gabra sangat.


Thursday, February 14, 2013

Monolog Hari Lahir

Salam takzim...salam sayang...salam mesra.
Semoga semua baik2 belaka...semoga Rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Usia Jubli perak dah berakhir. Dah naik satu angka lagi. Dah tua rupanya diri ni. Dan semakin dekat juga dengan kematian.

Ya Allah...dah cukup ke amalan nak buat bekal dekat sana nanti...takutnya melewati hari2 mendatang.

******************
Ya Allah...hidupkan aku dalam iman...matikan aku dalam iman.

Ya Allah Penguasa Alam....hidupkan aku sebagai seorang yang merdeka...matikan aku sebagai seorang yang merdeka. 

Ya Allah, beri kesempatan waktu kepadaku untuk berbakti kepada orang tua ku, adik beradik ku, dan kaum keluargaku..

Ya Allah Yang Maha Memberi Rezeki....berikan ku rezeki yang mendekatkan aku kepada-Mu...jangan kau lalaikan aku dengan limpahan rezeki Mu.

Ya Allah Yang Maha Mengetahui....limpahkan aku ilmu yang memberi manfaat kepadaku...jangan biarkan aku lalai dengan ilmu yang ada pada diriku...

Ya Allah Yang Maha Pengasih....dekatkan aku dengan orang yang sentiasa mengasihi-Mu dan Rasul-Mu....rahmati ukhuwah kami sehingga ke syurga-Mu....jangan lalaikan kami sehingga membina tembok hasad dengki.

Ya Allah...sematkan jiwa dan peribadi ku dengan sifat2 mahmudah.....jauhkan diriku dari sifat2 mazmumah...

Ya Allah, hadirkan taufik dan inayah-Mu di mana jua aku berada....hadirkan keinsafan dengan setiap kebesaran-Mu...

Ya Allah Pemilik nyawa dan kehidupan ku....permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat. Jauhkan aku dari segala fitnah dan juga segala bala, jauhkan aku dari seksa kubur dan api neraka.


Terima kasih Ya Allah dengan setiap kurniaan-Mu...terlalu hina diri ini di sisi-Mu...mana mungkin diri ini meminta lebih dari -Mu andai apa yang Kau perintahkan sering kali aku aku lalaikan.

******************
Akhir kalam...

Hari lahir kita adalah hari mengenang pengorbanan  ibu bertarung nyawa melahirkan kita.

To Datin A....I Love you so much!!!!
Hanya Allah jua dapat membalas jasamu.


Friday, February 8, 2013

Status terkini

Salam takzim.....harap semuanya sihat2 dan di bawah kasih sayang Ilahi.
Ni nak update sikit....sikit je...tak banyak.

LY sekarang ni mengajar sekolah sesi petang. Pagi2 dekat rumah. Nak kata sibuk...tak tahulah apa yang disibukkan. Rutin harian...bangun macam biasa waktu subuh...atau bila luar biasa bangun awal nak Qiam..Syoknya sekolah petang...boleh pulun baca Quran tanpa terkocoh2 lepas subuh....boleh baca mathurat...boleh tengok Tanyalah Ustaz....then dah pukul 8 baru fikir nak minum pagi...rajin masak...tak rajin, makan roti....rajin super power...cari makan kat gerai. Hahaha...

Waktu pagi juga, basuh baju, kemas rumah dan masak untuk lunch. (kalau rajin lah...tak rajin...makan dekat sekolah!!!! Hahahaha)

Waktu pagi juga, buat rancangan mengajar. Waktu pagi juga....buat Dhuha tanpa ada alasan nak tinggal. 

Pergi sekolah dalam 12:50.. Isnin, Selasa dan Khamis...Rabu jam 10...Jumaat jam 2...
Sabtu ade tuisyen...kadang2 balik Lui...kadang2 memerap dekat Lukut ni.

Ohhhoi.....target tahun baru 2013....hafaz sebanyak yang boleh surah2 pendek....(kan bajet nak pergi haji muda)....payah nak menghafaz ni...lagi susah dari menghafal formula kalkulus.

So far, waktu menghafaz pertama lepas baca mathurat....then sepanjang hari kena ulang2 baca apa yang dah di baca waktu pagi....kalau tak ingat, bukak application Quran dalam fon...then, lepas maghrib kena drill betul2 kepala menghafaz apa yang nak di hafaz...kena dengan makna baru feel. Rasa2 dah yakin, praktis masa solat Isyak....susah sebenarnya...kadang2 masa solat tulah dia boleh hilang dalam kepala....then masa Subuh esok, before solat, baca sambil tengok Quran balik...rasa2 dah yakin....praktis balik masa solat... So far, surah yang lazim oklah...esok2 nak kena tasmik dengan orang. Tapi belum lantik siapa2 lagi untuk dengar apa yang di hafaz.  Wish all the best untuk LY ok...

Apa lagi yang menarik ek nak share...Haahhhh....buku..

Sekarang ni LY tengah baca buku Menyingkap Rahsia Cinta...ni siri motivasi cinta...hahahha....kelakarkan. Tapi so far, ok lah buku ni....menariklah juga nak baca before tidur.

Buku travelog haji muslimah belum habis lagi....buku depan TV,  Hidup sihat dengan Al-Quran..baru baca 50 muka surat...tulisan tak best...bahasa pun susah nak faham...

Kelas Talaqqi dah habis...kak Huda ajak masuk kelas level 2. Tapi belum contact dengan Ustaz Hafiz lagi....esok2 lah...sekarang ni BZ...

Ok chau dulu....kak Sya ajak gi makan nasi ayam.

Till then....semoga barakah di mana jua anda berada.....salam sayang buat semua.
~batubersurat: special entry untuk sahabat lama yang post kat FB dia rindu LY...hehehe..~


Tuesday, January 29, 2013

Sunday, January 20, 2013

Kerja minggu ni !!!

Salam takzim...
Job minggu ni!!! Kerja yang susah....susah gila aku rasa!!!!
 
 
 
Ya Allah,
sesungguhnya aku bermohon petunjuk dari Mu
berilah aku pilihan yang terbaik buat ku
dengan ilmu yang ada pada Mu
dan aku memohon kekuasaan Mu
untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat Mu
dan aku jua memohon kepada Mu
sebahagian dari kurniaan Mu yang agong
kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa
sedangkan diri hamba Mu ini penuh dengan kekhilafan
dan Engkau juga Maha Mengetahui
sedangkan diri hamba Mu ini penuh dengan kejahilan
dan Kau jualah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib
yang telah Kau tetap kan buat ku..

Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahawa fulan itu
adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku dan kehidupan ku
serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat
maka takdirkan lah dan mudahkan lah si fulan itu bersama ku
dan berkatilah aku dalam urusan jodoh ini

Ya Allah,
dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan itu
adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku dan kehidupan ku
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat
maka jauhkan lah si fulan itu dari diri ku
dan jauhkan lah aku dari urusan ini
dan takdirkan lah kebaikan buat diri ku walau di mana pon
kemudian jadikanlah aku redha menerimanya

dengan ini aku bersujud kepada Mu, Ya Allah
air mata yang mengalir ini
ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang Mu
yang manakah terbaik buat ku?
sesungguhnya hidup dan mati ku
adalah semua hanya kerana Mu
moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk dari Mu

Ameen Ya Rabbalalameen
=')
 
 
 
Sekian.