Monday, February 28, 2011

Tak ada mooD

Salam sayang korang semua....
Lamanya LY tak update blog...

Sebenarnya LY masih lagi bersedih dengan perkahwinan Prince William ni....
Ahaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkksssssssssss.....
Geli geleman dengar kan....


Sebenarnya LY tak ada mood lah nak update....
Sebab lain jugak adalah kerana Cik Ady tak update.,...cik Syima tak update.....cik Naa pun tak update....cik Suzie ada update minggu lepas.....

Maka.....tak ada idea yang menarik untuk di share....
Mungkin kejap lagi ada...
Tunggu je lah ek!!!!!!!!

Selamat mengakhiri bulan Februari.

~batubersurat: mengantuk nak tunggu masa pergi shopping dekat Giant~

Thursday, February 24, 2011

Kad Jemputan dari Kekasih-tak-jadi

Seeeeeeeeeeddddddddddddddddddiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhh....
Nak menangiiiiiiiiiiiisssssssssssssssssssssssss...................
Huaaaaaaaaaaaaaaaaa....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Guling-guling atas lantai!!!!
Kekasih-tak-jadi dah nak kahwin....
Kad jemputan beliau tu dah siap!!!!

Korang semua tolong bersedih untuk LY sekali okay.....

Hancur hatiku
Issskkkkkkkkkkkk...

Korang baca sekarang........hujung bulan 9 ni beliau nak kahwin tahu tak????
Sempat ke tak LY nak batalkan perkahwinan diorang ni...
Atau LY kena pasrah, redha dan berserah dengan kebahagian kekasih-tak-jadi LY ni??????????

Iskkkk.....sadiskan...

~batubersurat: patut ke LY hantar hadiah dekat Putera William nanti?~

Tuesday, February 22, 2011

Nilailah akU

pacarku yang baik
dengarkanlah aku
janganlah engkau selalu
marah-marah padaku

pacarku yang baik
permintaan hati
janganlah engkau selalu
ingin menang sendiri
 
nilailah aku sesuka hatimu
agar kau tak meninggalkan aku
nilailah aku sesuka hatimu
agar engkau tahu
 
pacarku tolong dengarkan aku
cintaku hanya untukmu
sampai nanti pun ku tak akan pernah selingkuh
cuma kamu lah semangat hidupku

pacarku 
janganlah marah-marah lagi
ku berjanji ku akan tetap di sini
sampai mati engkau tak akan ku tinggali
ku temani sampai kau tua nanti


ku temani sampai kau tua nanti
ku temani sampai kau tua nanti
ku temani sampai kau tua nanti

mode:curi2 update blog
status: semalam terdengar lagu ni berkumandang dalam C902

~batubersurat: masa bila pulak LY letak lagu Kangen band ni dalam C902??~

Friday, February 18, 2011

SekaranG

Salam sayang pembaca blog [ya:alif:nun] refugee kota lukut..
Maaf tak dapat nak update selalu. Ni pun curi masa kejap dekat bilik guru 1 ni.....dah alang2 lalu tu kan...singgah lah kejap...

Sekarang ni, laptop LY rosak....Sooooooooooooooooooooooooooo...
Faham2 sudah...
Tak boleh nak online okay....
Online dekat sekolah atau rumah kawan jer....

Jumpa lagi dilain kali.
Jaga diri semua. Have a wonderful February guys!!!

~batubersurat: Muchas gracias pada kawan2 yang masih ingat hari lahir LY~

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiul Awal 1432H = 15 Feb 2011

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
Sempena hari mulia ini, sama2lah kita memanjatkan selawat kepada baginda ya rasulullah Muhammad s.a.w. Sebagai tanda mencintai baginda utusan mulia. Sebagai tanda pengakuan kita umat Muhammad.
Sama2lah kita mengenang kembali perjuangan baginda, sifat dan peribadi baginda serta mengambil tauladan sebagai panduan hidup kita.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan Selamat hari lahir yang ke 24 kepada Norazian binti Ramli. Semoga sentiasa diberkati oleh penguasa alam. Dilindungi dunia akhirat. Dilapangkan pintu rezeki dari setiap penjuru alam.
Dipermudahkan urusannya di dunia akhirat.  Di sayangi oleh insan2 disekelilingnya. Disenangi oleh setiap yang baru dikenalinya. Dijauhkan musuh dan permusuhan dengan makhluk Allah yang lainnya. Semoga menjadi contoh yang baik kepada adik2nya, anak2 buahnya, sepupu2nya dan rakan2nya serta murid2nya.

Semoga diberikan kesihatan dan kesejahteraan agar mudah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Penciptanya. Sentiasa ditetapkan hatinya menjadi anak yang solehah serta muslimat yang taat setia kepada Pemiliknya.

Semoga lidahnya sentiasa lancar dengan kalimah2 suci Al-Quran, selawat dan kata2 yang baik untuk dirinya dan orang kelilingnya. Di pelihara matanya dari pandangan yang mendatangkan mudarat. Semoga telinganya tidak pekak mendengar nasihat dan teguran.  Semoga kedua-dua kakinya rajin melangkah mendahulukan yang wajib dan meninggalkan yang dilarang, Semoga kedua-dua tangannya dipelihara untuk menyampaikan ilmu yang di pinjamkan kepadanya. Semoga akal fikirannya dipenuhi ilmu buat pedoman diri dan orang kelilingnya. Semoga terpelihara setiap anggota tubuhnya untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang dipinjamkan kepadanya.

Semoga dengan pertambahan usianya ini, hatinya akan sentiasa ingat akan mati. Semoga dirinya sentiasa ingat akan tiba jua saat dirinya berpisah dengan dunia yang fana.

Semoga dijauhkan sifat lalai, riak, takbur dan semua sifat mazmumah dalam dirinya. Semoga dirinya sentiasa belajar dalam setiap perbuatan dan tindakannya. Amin.

~batubersurat: terima kasih Puan Azizah kerana bertarung maut 24 tahun yang lalu di waktu subuh untuk melahirkan diri ini~

[kiriman doa kasih sayang dunia akhirat buat mereka yang melahirkan dan membesarkan]

Monday, February 14, 2011

Gunung Angsi 2011

Salam sayang semua.
Ni short update pasal hari Sabtu lepas.
LY naik Gunung Angsi dekat hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah.
Ni ada sikit gambar ihsan dari FB cikgu Fiza....
LY tak sempat nak uplaod apa2 gambar lagi....broadband problem sikit...
 [LY dan cikgu Fiza]
 [taklimat sebelum mendaki]
 [jom naik]
 [rehat di stage 2]
 [LY-cikgu Fiza-cikgu Khairul-cikgu Fazwan-cikgu Hafez]
 [terharunya dengan gambar ni...sopan kuasa semut]
 [trip ni satu hari je]
[LY yang lapar....makan roti budak]

Untuk masa sekarang tak janji boleh update any story bila lagi. Laptop dah semakin nazak. Broadband pula ada masalah teknikal....jangan tanya dekat mana LY update entry ni!!!!!!!!!!

Gambar dekat FB pun nanti2lah....
Sampai sini dulu...jumpa di lain entry....

~batubersurat: hari Ahad kepenatan yang tak terhingga~

Saturday, February 12, 2011

Nantilah upadtE

Salam sayang korang.....terlupa pula LY yang LY ada blog....
Tetiba je rasa macam malas nak update apa2.
Boleh kan???

Huhuhu.....LY cuma nak cakap yang hari ni LY sakit......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LY sakit KAKI.

Tapi enjoy dan happy.

Subhanallah dengan ciptaan tuhan sekian alam.

Esoklah update entry....
Hari ni nak layan cerekarama. Sheila Rusli tu.....
Jom layan TV3.
Enjoy hari minggu korang....

Wednesday, February 9, 2011

Trend tunang ada pelamiN

Salam sayang semua :)

Entry lepas LY ada bagi soalan cepu tembaga kan dekat batubersurat LY tu.
Siapa yang dah ada jawapan tu mesti nak tahu kan betul ke tak jawapan diri sendiri.

Meh sini nak bagi alasan kenapa trend orang sekarang bertunang nak ada pelamin ringkas.
Mula2 nak minta maaflah ye kalau ada yang terbetul ke tertipu ke dalam entry ni.
LY suka2 je nak bag pendapat. Kalau tak betul tu tegur2lah ye. Sebabnya LY pun belum pernah bertunang ke kahwin mawin ke.

Kalau korang tak nak percaya pun tak pe jugak.....LY tak paksa....

1- bilik kecil......orang dulu pun bilik kecik jugak....TAPI tak ada sesi fotografi yang vouge2 gitu....sekarang ni kalau bilik kecil macam mana nak posing2 kan...kawan2 pun ramai.....makcik2 pun ramai...kakak2 lagi...kalau sumbat ramai2 dalam bilik, tak boleh nak posing comel2 kan...kalau dah tak comel, camne nak masuk facebook ye dak??????? bagi mencantikkan gambar kena lah buat luar bilik...maka kenalah set up pelamin sikit.....kalau bilik 20x20...nak jugak buat kat luar dan ada pelamin, tu memang jiwa banyak duit kan.

2- tak kenal maka tak cinta....zaman dulu2 mak, makcik2 dan kakak2 je yang masuk bilik nak tengok bakal menantu...tapi zaman sekarang ni bapak, pakcik2, abang2 pun nak tengok jugak....manalah tahu kot2 lah kawan satu sekolah ke kawan satu universiti ke kan....boleh mengeratkan silaturrahim lagikan....ceeeewwwwwaaaaaaaahhhhhh....boleh tambah hot2 topik dekat FB ye dak???

3-barang dalam bilik....(janganlah lempang LY kalau ni betul).....orang yang bertunang tu tak nak lah pihak lelaki tengok katil, almari, meja solek yang memang dah tersedia ada dalam bilik diorang tu....sebab pihak perempuan dah buat planning tak nak beli barang2 tu semua dah...termasuklah warna cat bilik....bagi mengelakkan pihak lelaki tahu keadaan sebenar bilik tu, biarlah buat dekat luar bilik...maka kenalah ada pelamin ringkas....kalau pihak lelaki dah tengok bilik tu masa bertunang lepas tu masa kahwin pun sama, apa pulak kata diorangkan......pihak lelaki bagi hantaran tinggi2, takkan bilik pengantin tak set up comel2 masa kahwin nanti...bagi mengelakkan hot2 gosip di FB, sediakan payung sebelum hujan.........

4-tiru artis....artis kan suka ambil2 gambar ni...korang bayangkan kalau artis buat dalam bilik diorang yang kecil tu, macam mana reporter nak ambil gambar kan...maka sang artis pun buat pelamin comel2 dekat luar bilik....senang fotografer wartawan nak ambil gambar diorang....dan peminat pun ikut style artis kesayangan mereka....lepas tu boleh letak caption gambar FB, "pelamin tunang gaya Memey"...

5- pakej....masa ambil mak andam tu memang dah termasuk dalam pakej.....lepas tu boleh tag dekat FB link bisnes mak andam tu...dapatlah diskaun sikit masa kahwin nanti sebab promote bisnes kan....

6-tu je kot.....huhuhuhu...banyak cakap banyak bohong!!!!!!

Memandai je kan buat spekulasi LY ni....sekeh sikit....hiyak!!!!

Kepada yang bertunang, selamat membuat persiapan berumah tangga....banyak cabaran dan dugaan tu.
Tabah ye....kuatkan semangat untuk meramaikan umat Islam.

Sampai sini dulu, nanti sembang cerita lain pulak!!!!

~batubersurat: tunang gitu2 je pon okay kan....tunang jugak namanya~

Tuesday, February 8, 2011

:: dah berTUNANG.....LY okay ::

Salam sayang korang.

Awal mula pertama mula....alhamdulillah...syukur.... (segala puji bagi Allah)....[LY tahu, ada kawan2 yang bukan Islam baca blog LY ni]

Alhadulillah...akhirnya bertunang jua.....
Setelah sekian waktu mengenal hati budi....akhirnya termetrai janji untuk ke jinjang pelamin dengan restu keluarga.

 [serabai betul siapa yang ambil gambar ni....entah apa2 posisi di tibainya]

[ni dari pihak lelaki, yang kat atas, belah perempuan]

Mengikut persetujuan, majlis perkahwinan bakal diadakan pada bulan Oktober 2011. Kepada kawan2 boleh mula kumpul duit untuk sediakan hadiah atau men-sponsar majlis kahwin saya nanti!!!!!!!

Zaaaaaaaaaassssssssssss.....ayat last dekat atas tu sila ulang baca!!!

Kepada kawan2 yang tengah baca ni, harap maklum, ini adalah majlis pertunangan saya punya kakak ipar punya adik. Faham tak??? Ni nak lagi mudah faham...majlis pertunangan saya punya along punya adik ipar.

Hahahaha....siapa yang terpedaya dengan ayat LY dekat atas tu memanglah kan...maktam tetipu tau!!!
Kejadah apanya LY nak bertunang....mak dengan abah pun masa tu ada dekat Kedah...diorang pergi wedding sepupu LY dekat sana. 
Yang tak logiknya, siapalah yang nak jadi calon tunang LY tu....tak ada yang nak pun dekat LY ni....
Dah lah jiwa WWF....tambah pulak dengan pakej tak pandai masak....kihkih...terbocor rahsia...

Sabtu lepas, 5/2/11...adik ipar perempuan along LY bertunang....rumah kitorang ni dekat2 je.
Memandangkan rumah dah dekat, keluarga besan mak LY ni pun jemputlah datang kenduri diorang yang sederhana ni..(kalau kata ringkas tu majlis minum petang...tapi ni majlis makan tengah hari)

Memandangkan mak LY tak ada, kami pun mewakilkan diri kami sendiri ke majlis ni (suka sangat guna perkataan memandangkan...gunalah menengokkan sesekali kan)


[lia-ebot-kakngah-LY-ida-esah n rissa- kaklong]

Yang bertunang ni adik kepada kaklong LY ni lah....Namanya, Zuraida Abdullah Zabor..umur baru 21...sebaya adik lelaki LY, Sabri. Tunang beliau adalah seorang penguatkuasa MPKj bernama Ibrahim Jani. Perkenalan diorang ni dulu adalah atas usaha along LY dan kak long LY ni....masa tu Ida ni baru putus cinta kot....diorang saja2 lah nak kenen2 kan Ayem ni memandangkan Ayem ni pemalu dan single lagi. Gambar Ayim tak sempat nak ambil...

LY kenal jugaklah dengan Ayem ni....selalu datang rumah kitorang....kalau ada kenduri ke apa ke kan....[ayat orang tak ada contoh lain]
Nanti diorang kahwinlah LY letak gambar okay.

Tajuk entry kat atas tu, yang sebetulnya macam ni... ::Ida dah bertunang even umur baru 21, tapi  LY yang umur nak masuk 24 ni tak ada calon lagi, LY okay::

Tapi tak syoklahkan....tajuk panjang2...lepas tu tak surprise lah cerita....tak boleh lah nak auta kat korang kan...huhuhuhuhu...

Sampai sini dulu....nanti cerita lagi.

~batubersurat: korang tahu tak sebab apa orang sekarang buat trend sarung cincin dekat luar bilik dan siap ada pelamin ringkas lagi???????~

Monday, February 7, 2011

KebetulaN

Salam sayang korang....
LY dah tak emo dah....still akan update blog macam biasa. Blog LY kan....LY punya suka lah nak publish entry apa kan....

Sekarang ni LY dah dekat Lukut. Sampai semalam.

LY just nak share satu cerita pasal kebetulan ni.

Semalam, adik lelaki last LY hantar sampai KTM Kajang. LY pun naiklahkan tren dengan tambang tetap RM4.60. Hentian LY tentulah Seremban. Selalunya terus je dari Kajang ke Seremban. Tapi semalam, sampai dekat hentian Bangi, operator announce hentian tamat di situ. Dan yang nak ke hentian seterusnya naik tren di platform 3. Main2 betullah diorang ni kan. Orang dah sedap2 duduk dalam tren, dia suruh pndah pulak!!!!!

Sedang berdiri tunggu tren sampai tu, LY terpandanglah seorang gadis ayu bertudung shawl lilit2 warna coklat. Tengok muka cantik dah...kulit putih....tapi bila terpandangkan baju yang dia pakai terus LY rasa tak cantik dah.

Beliau pakai baju t-shirt baby T lengan pendek. Lengan pendek takat siku tak ada hallahkan...tapi yang tak syoknyatu, lengan baju beliau tu betul2 ketat kat bahagian ketiak. Disebabkan baju lengan pendek, nampalah bulu2 tangan yang lebat tu...eeeeeiiiiiiiiiiiyyyyyyyaaaaaaaaa.....banyaknya bulu.

Tren sampai....kebetulan koc tu penuh. Maka berdirilah... Korang tahu LY berdiri depan siapa??? LY berdiri depan aweks tu....berdepan tu...disebabkan masing2 nak pegang tiangkan...maka....LY pegang bawah, dia pegang bahagian atas......

eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiyyyyyyyyyaaaaaaaaaaa...nampak bulu ketiak yang panjang.
dalam hati....."dah tahu nak pakai baju lengan pendek ketat dekat ketiak, bagilah servis bulu ketiak tu dulu....ni kalau LY snap gambar bes ni!!!" (ayat last tu tipu je) ...
LY cuma dapat beristighfar dan menegur dalam hati je la kan. Nak cakap depan2 kang, kena tolak keluar pulak. Tak pasal2 kena cari tren lain. Huhhuhuhu.........semoga beliau dapat hidayah. Merosakkan imej Islam sungguh bila pakai tudung tapi baju lengan pendek sampai nampak bulu ketiak.

Sampai dekat terminal one, LY jalan2 dulu...cari roti gardenia untuk makan breakfast.
Lepas tu ambil bas 828 macam biasa....Naik2 je, bayar tambang terus duduk dekat seat kosong. Wakawaka-ei....LY duduk sebelah beliau lah pulak. Kebetulan betul.

Dalam perjalanan tu jugak LY nampak beliau bawak beg kertas konvo UPSI. Dalam hati..."alahai cikgu rupanya.....comel sungguh imej...takkanlah tak de cardigan ke...inner lengan panjang ke...sweeter ke nak cover ketiak tu..."

Sampai dekat depan kuil, ada makcik belakang tekan loceng. Yes, tak payah tekan loceng....LY turun je kan....Awek tadi pun turun....LY pun jalan....Beliau jalan belakang LY...
LY naik tangga kuarters blok B tu je...beliau pun naik sama... "Opocot mak kau....satu blok ke dengan aku!!"

Beliau a.k.a awek cun a.k.a  awek bulu ketiak panjang...adalah seorang cikgu ye....cikgu tu tinggal satu blok dengan LY...dia duduk tingkat atas rumah LY....kebetulan....kebetulan2....


Haddd-ddoooooiiiiii.....rosak imej cikgu!!!!
Semoga LY tak jadi macam tu.....

~batubersurat: beliau ajak datang rumah tu korang!!!~

Saturday, February 5, 2011

Stop blogginG

Nak emo.....
Nak emo......
Nak emo.....

LY buat blog ni dulu suka2. Suka2 jugak nak letak cerita entah HAPER2.....
Kalau rasa benda tu tak boleh ambil pengajaran dan blog ni tak datangkan faedah dalam hidup korang, jangan datang sini....jangan baca dekat sini....

Kalau entry LY terpublish dekat FB via Networked blog tu, korang boleh ignore je....tak payah baca... hide je la. LY tak suruh pun korang datang sini. LY tak gila pun nak up kan traffik blog ni. LY bukan kejar followers pun....kadang2 orang datang singgah lepas tu tinggal jejak kat shoutbox pun LY tak sempat nak balas. Bukan sebab malas....bukan sebab sombong...tapi dah memang hakikat LY bukan kaki blogwalking dan singgah menyinggah ni....kalau LY singgah pun tak tinggalkan jejak.

Cerita2 dekat blog ni 90% belum tentu betul...yang bakinya memang confirm meng-auta semata2. Kalau ada yang rasa blog ni blog celaka, jangan bukak terus. Korang boleh buat fanpage FB. Boikot paksa LY delete kan blog ni. Suruh LY bukak blog ekstremis. Biar FBI datang sini, CIA cari LY. Biar LY blogging dari dalam penjara.

Kalau korang rasa LY ni kaki tipu, korang boleh angkat kaki LY ni, tengok kat tapak kaki ni...ada cop penipu tak. Kalau korang ada rasa LY ni hipokrit, tolong lah derma kan hati korang supaya LY boleh jadi orang tak hipokrit...boleh jadi orang baik2...tak kacau hidup korang...

Banyak cakap banyak bohong....banyak bohong banyak dosa.
Kalau LY banyak dosa sekalipun, korang ke yang tolong sembahyang taubat untuk hapus dosa LY ni?????????

Berhenti jugak aku dari logging ni kang.....tulis dekat buku 555 lagi bagus agaknya.

~batubersurat: maaf kalau LY dah menyusahkan hidup korang....terbuat korang berdosa dengan cerita2 tak best LY ni~

Dear ex-rumate, Yana.

Salam Yana sayang.....

5 Februari menjelma jugak hari ni.

Selamat hari lahir yang ke-24. Jangan nak malu2 dengan angka. Kau tetap cute macam budak sekolah even dah tua bangka ni.

Rindu dengan kau Yana....rindu nak dengar kau bagi soalan2 cepu gangsa dekat aku. Rindu nak dengar hujah/angan2/maklumat/impian macam lagi yang seangkatan dengannya pasal JODOH.
Dalam sehari, tak cerita pasal jodoh bukan Yana lah tu namanya.

Walaupun kita duduk sebilik tak sampai 5 bulan. Tolak dengan hari2 yang aku tinggalkan kau sebab balik rumah, adalah dalam 2 bulan setengah je kita duduk sebilik kan???????
Tapi tetap banyak kenangan bersama.
Paling kena ingat mestilah episod bangun sahur dan bukak puasa.
 Terima kasih cik Yana, sebab selalu masakkan nasi untuk LY....Huhuhuhu...sekarang ni LY dah masak nasik sendiri tau kat rumah sewa. Terer tak??? Kihkih...

Tak dapa nak buat entry berjela2 sebab nak kena jaga Arissa hari ni.

Apa2 pun...selamat hari lahir cikgu Liyana Mamat yang comel.

Jaga makan tau....nanti body tak comel, jangan mengadu gemuk pulak....
Kekalkan kerajinan mengemas bilik dan rumah. Semoga bertemu jodoh dengan putera idaman. Semoga sentiasa membahagiakan ibu bapa dan keluarga tercinta. Semoga jadi cikgu kesayangan anak murid dan dapat award cikgu popular dekat sekolah. Semoga cepat2 beli kereta macam cikgu Paan...

Semoga kita berjumpa suatu hari nanti :)


Salam sayang dari ex rumate mu ....
-Cikgu Yan-

~batubersurat: esok dah nak balik Lukut lah pulak!!!~

Thursday, February 3, 2011

Saya...

Saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya
saya sakit perut.

Wednesday, February 2, 2011

Kemalangan sewaktu ke tempat kerjA

**** berita ni tak terpublish masa hari kejadian kerana wartawan tak sempat nak datang***

Sabtu, 29 Jan 2011, Sungai Lui - Seorang pemuda berusia 20 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah menabrak mati seekor binatang berkaki empat yang tiba2 menyeberangi jalan yang sedang dilalui oleh pemuda itu. Binatang itu di percayai dalam kumpulan yang hendak pulang ke kediaman masing-masing sekitar jam 6:30 pagi. Tempat kejadian adalah 3 batu dari rumah pemuda terbabit.

Pemuda terbabit yang telah melihat kelibat binatang pertama melintas dan mengambil tindakan untuk meneruskan perjalanan tanpa perlu memperlahankan motor miliknya. Tanpa beliau sedari, muncul lagi seekor kawan kepada binatang yang baru melintas. Binatang tersebut yang tidak melihat kiri dan kanan jalan terus melintasi jalan utama di kampung itu. Dan tidak semena-mena, bahagian depan motor pemuda terbabit melanggar tepat bahagian perut binatang berkenaan dan menyeretnya lebih dari 50 meter dari titik awal pertembungan.

Berikutan kejadian itu, binatnag terbabit mati ditempat kejadian akibat kejutan yang teramat sangat sehingga berlaku perciritan sehingga mengenai tubuh badan dan motor pemuda terbabit. Pemuda terbabit yang mengalami luka di bahagian lutut dan beberapa anggota badan yang lain telah selamat mendapat MC selama 3 hari.

Akibat dari kejadian awal pagi itu, pemuda terbabit terpaksa melakukan proses pembersihan dan penyucian mengikut kaedah yang ditetapkan oleh ajaran agama Islam iaitu proses SAMAK. Pemuda terbabit terpaksa bertungkus lumus menyamak motor miliknya yang penuhi tahi binatang terbabit serta tubuhnya yang menindih binatang terbabit sewaktu kejadian. Pakaian yang dipakai oleh beliau terpaksa dibuang serta merta.

Nasihat beliau, janganlah menunggang motor dengan laju di kawasan yang menjadi laluan babi hutan melintas.

-Berita penuh boleh berhubung dengan kakak mangsa yang merangkap pengarang berita ini-

~batubersurat: LY still nak gelak bila terpandang luka kat kaki pemuda tersebut~

Tuesday, February 1, 2011

Harga minyaK

Salam sayang semua :)

Dah lama kan LY tak merapu meraban.
Tetiba je kan waktu ni nak meng-update cerita yang tengah hot lagi sensasi seperti sensasinya kisah Fasha Sandha dan Jejai clash. Sensasi ker?????? Kalau tanya kat abah LY tak de nya dia tahu siapa tu Fasha Sandha. Hakhak......

Hari Ahad lepas ni kan ada pilihanraya kecil Dun Tenang kan. Lepas tu hari Isnin ada pengumuman harga minyak Ron97 naik seposen lagi. Korang tahu ke tak ni?????
Kalau tak tahu sah2 korang ni jenis yang pakai basikal kan......tak pun jenis yang tak engok berita kat TV3 dengan baca surat khabar Utusan Malaysia. Almaklumlah korangkan duduk dekat Papua New Geanni (betul ke tak spelling LY ni wei)

Apa kes ni wei nak kecoh2 pasal minyak naik?????
Korang tahu ke beza Ron97 dengan Ron95 tu yang korang nak kecoh??
Korang tahu tak macam mana nak bezakan minyak tu ron97 ke ron95 kalau korang beli dalam je???
Korang tak tahukan??

Korang tahu tak siapa yang jumpa minyak ron97 dengan ron95 tu??
Korang memang tak tahu kan???
Korang tahu tak macam mana proses nak ekstrak minyak dari dalam laut tu??
Korang tahu tak berapa lama masa yang diambil untuk gas asli terbentuk (minyak tu nama orang yang tak belajar kimia sebut)???
Korang tahu tak berapa ke dalaman laut/muka bumi yang harus digali sebelum minyak disedut oleh pam2 gas asli???
Korang tahu tak berapa peringkat gas asli diproses sehingga terjadi minyak jet/kapal terbang, atau minyak kereta atau gas masak atau tar atau yang lain2nya??? Korang tak tahu kan?????

Korang pernah buat test minyak mana yang lebih tumpat???
Korang tahu tak kenapa kita guna minyak/gas dan kenapa kita tak guna air atau pasir???
Banyak lagi persoalan yang LY nak kemukakan....
Tapi LY pasti korang tak terjawab nanti sebabnya masa SPM pun korang tak pernah nak jawab soalan berkaitan minyak ni dalam paper Sains atau Kimia korang kan????????

Meh sini orang yang pernah belajar pemprosesan minyak nak bagi tahu.
Minyak tu datangnya dari gas asli yang terbentuk hasil dari pada pereputan dinosor2 yang wujud berjuta2 tahun dahulu. Proses berlakunya gas asli sangat lama. Jika anda membuang sampah sarap, sisa2 makanan kotak KFC atau McD ke dasar laut atau mana2 perut bumi belum pasti akan menjadi gas asli sebab bahan2 tu susah nak mereput!!!!!!!

Kalau korang nak tahu.........minyak atau gas asli sangat sukar untuk dicari. Sebab tu lah jadi mahal. Korang tahu tak walaupun Malaysia ni adalah pengeluar minyak tetapi peratusnya dari keseluruhan dunia sebagai pengeluar utama tak sampai 1 percent pun. (kalau korang rasa LY tipu, korang boleh berenti baca...hehehe). Pengeluar utama adalah dari negara2 Arab bersatu. Dalam 85% minyak dunia asalnya dari negara Arab. Dahsyat tak wei........sebab tulah orang2 Arab ni kaya. Sebab saudagar minyak banyak kat sana. Sebab tu korang nampak ramai orang Arab datang shopping dekat Malaysia masa musim panas dekat negara diorang. Yang korang nampak tu sebenarnya yang tak berapa nak kaya. Diorang mampu datang Malaysia je....yang super tera giga kaya tu semua shopping dekat negara2 barat.
Tak percaya?????? Tak percaya sudah....malas cerita....dah lari dari topik.

Bagi orang yang bukan seratus peratus berjiwa seorang pencari gali gas asli atau jurutera cari gali petroleum atau jurutera kimia petroleum.....apatah lagi orang yang tidak berangan nak jadi macam Ben Afleck dalam cerita Armageddon sebagai seorang pencari minyak tu.....memang sukar nak faham apa itu minyak/gas asli (LY sebenarnya tak tahu nak sambung ayat apa dengan kata2 kat atas ni)

Kalau korang nak tahu, program BSDP(K)-Matematik yang LY tempuhi di UPM dulu...bagi mereka yang ambil KIMIA sebagai minor kena ambil paper CHM4001...dalam paper Kimia Perindustrian tu terselit topik berkaitan PETROLEUM.
Suatu topik yang sangat menarik untuk dikupas seperti kupas kulit bawang. Boleh menangis mata ni akibat terlalu seronok kan?????????

Topik ni diajar oleh DR TAUFIQ YAP ABDULLAH (betul ke nama dia ek).....muallaf ni...(chop....dulu je muallaf...sekarang bukan muallaf sebab title muallaf tu boleh guna 3 tahu je la....itu pon korang tak tahu ke....cetek bebenor pengetahuan am korang ni)
Beliau ni pernah mengeluarkan artikel berkaitan ron95 dan ron97....tak percaya...korang pergi tanya beliau sendiri....

Akibat dari keterujaan belajar subjek Kimia Indstri yang bergelumang dengan topik minyak sawit, simen, sabun, gas asli bagaikan...terjadilah peristiwa LY dapat F masa final exam paper tu. Kahkah...okaylah kan...daripada dapat D...lagi teruk pointer jadinya.
Akibat seronok juga, maka kenalah repeat paper tu. Alhamdullillah...lulus C-emerlang.....kahkah....
LY memang akan senyum ikhlas punyalah kalau orang tu boleh lulus tahap Mumtaz untuk papers berkaitan PETROLEUM ni....

Korang tahu tak rupa sebenar gas asli adalah hitam.......korang tak tahu kan...yang korang tahu minyak motor kereta korang warna kuning atau merah je.
Korang tahu tak, LY pernah naik motor yang nyawa2 ikan minyak dia.....
Korang tahu tak akibat dari tak tengok minyak motor dalam tank motor....LY pernah bertolak motor tengah2 syok pergi meronda2 keliling kampung.
Korang tahu tak masa tu jugaklah LY tak bawak telefon dan duit dalam poket.....nasib baik muka baik...hutanglah dulu beli minyak dekat kedai.

Berbalik kepada kekecohan harga minyak naik......LY tak ada kaitan langsung nak kena explain kenapa dan mengapa harga minyak boleh naik. Tu korang kena tanya pakar.
Yang LY tahu, LY saja nak kecoh kat sini....

Kalau korang nak harga minyak turun, senang je....
Korang jadi Perdana Menteri....
TAAAAAAAPPPPPPPPIIIIIIIII....LY pasti korang akan meneruskan legasi menaikkan harga minyak ni sebab minyak dekat Malaysia ni dah nak habis....dah tu pulak, korang kena ingat tentang memorendum ASEAN berkaitan minyak ni.
Malaysia memanglah keluarkan minyak, tapi bukan kita yang proses sepenuhnya....Malaysia tetap beli minyak jugak...


Apa2 pun...korang kalau nak senang, jadilah orang Terengganu....belajar pandai2...nanti dapat saguhati dari Yayasan Terengganu yang duitnya tu asal dari minyak petronas tu.


p/s:artikel tidak boleh dijadikan sumber bahan rujukan membuat assignment paper kimia atau petroleum korang....

~batubersurat: kau tipu tipu tipu lagi.......persoalan yang kat atas tu boleh google jawapannya~

Observation hariaN

Ahad masa sampai dekat rumah.....LY nampak dekat tempat abah LY letak kereta ada banyak kayu api.....
Takkan nak buat unggun kot musim2 sejuk ni....
Ingat ni negara 4 musim ke.....hahahha

Semalam, Isnin...
Abah keluar dating dengan mak pakai baju kebun bagai.
Balik diorang bawak buluh.

Hari ni, Selasa...
Pagi tadi....mak LY pergi keluar pakai baju kebun lagi.
Sampai rumah, nampak dia bawak daun pisang.

Esok.....
Mak LY nak masak lemang.

Lusa....
Hari Khamis...
Raya.......
Selamat tahun baru Cina.

~batubersurat: ada apek batu 18 order lemang la woi....korang gila ke haper ingat LY sambut TBC~