Thursday, May 31, 2012

EURO 2012 #4 : Mascot

Salam takzim. Diharap dibawah lindungan kasih sayang rahmat rahim Ilahi hendaknya.

Petang tadi membazir masa lebih dari 3 jam di Nissan Service Center Balakong. Gara-gara membawa Wak Jali jumpa Doktor Tan Chong. Dah buat appointment pun masih lagi dilayan lambat.

Ermmmm.....3 jam lebih tu ibarat pergi balik PD dan servis dekat PD dan kemudian patah balik ke Lui. (Berapa banyak dan da)

Tak payah nak mengadu banyak dekat sini. Bukan dalam agenda.
Sekarang nak story molly pasal EURO 2012.

Kita teruskan dengan episod seterusnya.

Tajuk dekat atas dah terang2 nak cerita pasal maskot...so LY cerita pasal maskot lah...takkan nak cerita pasal padang bola guna rumput karpet jenis apa pula kat sini.

Inilah dia maskot untuk EURO 2012.

Inilah dia.....yang baju merah putih tu mewakili negara Poland. Manakala yang baju biru kuning tu mewakili Ukraine.

Nama yang merah putih tu: SLAVEK

Yang baju kuning biru tu : SLAVKO.

Kita kena sebut Slavek Slavko...tak boleh sebut Slavko Slavek....sebabnya Slavek punya jersi 20...yang Slavko pula 12....kalo combine 20-12.
Kalau sebut Slavko Slavek...nanti jadi 12-20...so, tak logik....hahahha..

Tahun 2008 masa Austria dan Switzerland jadi tuan rumah, pereka maskot Warner Bros, mencipta 2 orang kembar Trix and Flix.
Kembar 2 orang ni melambangkan 2 buah negara tuan rumah. Merah putih melambangkan bendera negara Austria dengan Switzerland.

Macam tu jugalah untuk kali ni sebabnya pereka maskot pun Warner Bros. Mungkin susah sangat nak melambangkan kedua-dua negara ni, maka diorang guna idea Euro 2008. Diorang buat undian apa nama nak letak pada maskot ni. Slavek dan Slavko menang 56% undian. Yang kalah Siemko & Strimko (29%) dan Klemek & Ladko ( 15%).

Macam familiar je kan nama Warner Bros yang tolong ciptakan maskot ni.
Seharusnya familiar sebabnya korang mesti selalu tengok label ni sebenarnya. Cuma korang tak pernah nak ambil peduli.
Korang jangan nak bajet sangat tak pernah layan cerita2 dari Production house ni.

Okaylah...sekian untuk edisi kali ni.
Next entri kita sambung cerita lain pulak.

Wednesday, May 30, 2012

EURO 2012 #3: Wasit/Arbiter/суддя

Salam Takzim.

Kita sambung episod 3 pasal EURO 2012 kita ni...

Tapi sebelum tu meh layan gambar2 dekat bawah ni...memandangkan korang mesti pelik dengan nama tajuk dekat atas....gambar dekat bawah ni boleh bagi gambaran apa yang LY nak bagitau pada u'ol semua!!!

 

Dah boleh teka ke belum????
LY tahu korang tahu...cuma korang jawab dalam hati je....almaklumlah kalau cakap depan laptop sorang2 nanti orang kata gila pula....hahaha...kuang...kuang..

Okay....WASIT tu dalam bahasa Indonesia...
ARBITER tu dalam bahasa Poland.
Dan yang susah nak eja dan sebut tu dalam bahasa Ukraine.
Semua tu membawa maksud REFEREE a.k.a PENGADIL.

Jom tengok 12 pengadil utama sempena EURO 2012 yang tinggal lagi 10 hari je.

#1
 Nama: Cüneyt Çakır
Negara: Turki
DOB: 23/11/1976

#2
 Nama: Björn Kuipers
Negara: Belanda
DOB: 28/3/1973

#3
Nama: Carlos Velasco Carballo
Negara: Sepanyol
DOB:16/3/1971

#4
Nama: Craig Thomson
Negara: Scotland
DOB: 20/6/1972

#5
 Nama: Damir Skomina
Negara: Slovenia
DOB: 5/8/1976

#6
 Nama: Howard Webb
Negara: England
DOB: 14/7/1971

#7
Nama: Jonas Eriksson
Negara: Swedan
DOB: 28/3/1974


#8
Nama: Nicola Rizzoli
Negara: Itali
DOB: 5/10/1971

#9
Nama: Pedro Proença Oliveira Alves Garcia
Negara: Portugal
DOB: 3/11/1970

#10
Nama: Stéphane Lannoy
Negara: Perancis
DOB: 18/9/1969

#11
Nama: Viktor Kassai
Negara: Hungary
DOB: 10/9/1975

#12
Nama: Wolfgang Stark
Negara: Jerman
DOB: 20/11/1969

Nama pengadil pembantu pun dah keluar....korang boleh check dekat sini

Sekian untuk episod kali ni...esok kita sambung lain pula....nak tengok CSI dulu.

Tuesday, May 29, 2012

EURO 12 #2: Stadium di Poland

Salam takzim.....

Mari kita sambung dari episod yang lepas.
Kali ni kita round pergi POLAND pula.
Nombor 1-4 dekat sini

Nombor 5: CITY STADIUM Poznan
 

Nombor 6: PGE ARENA, Gdansk
LY tak tahulah nak sebut macam mana.....nanti masa game nak mula....cubalah korang dengar apa pengulas sukan sebut nanti....
 View dalam
view luar....nampak macam seketul emas kan...

Nombor 7: NATIONAL STADIUM, Warsaw
stadium ni yang paling stylo sekali....cerita legend a.k.a mitos negeri Warsaw ni pun best....ikan duyung tu...


Nombor 8: CITY STADIUM, Wroclow
Nama negara ni pun susah nak sebut.


Okay...sampai sini je untuk edisi stadium-stadium EURO 2012..
Next topic kita tunggu esok pulak....sekarang layan TV dulu

p/s: korang boleh google sendiri...tapi LY tahu....korang memang tak berapa nak rajin mencarinya....so korang boleh tengok dekat sini je lah.


EURO 12 #1: Stadium di Ukraine

Salam sejahtera semua....selamat pagi.
Actually dah nak tengah hari pun ni..tapi dekat Lui (Paya Lebar) ni sentiasa pagi dan sejuk....huhu...

Untuk projek pertama hari ni....mari kita kenal dengan stadium-stadium yang telah ditetapkan dalam jadual EURO 2012.

Secara keseluruhan ni lah stadium EURO 2012....4 di Ukraine....4 lagi di Poland.


Jom kita jelajah satu persatu stadium.

Nombor 1 : DONBASS ARENA
Menarikkan....(angkat kening...double jerk)
Ni ade sikit yang real punya....(tak tahulah real ke tak kan)
 ni bahagian dalam DONBASS ARENA
ni bahagian luar Donbass arena.....pergh...

Nombor 2: METALLIST STADIUM, Kharkiv
Memang power betullah kan...tambah power bila Portugal dan Belanda akan main dekat sini.
view dari luar
view dari dalam.

Nombor 3: OLYMPIC STADIUM, Kiev
Kalau ramai yang datang pun, sebab orang Ukraine yang main.....tapi kalau Perancis main pun mungkin ramai jugak, sebab Perancis dekat juga dengan Ukraine.

view dari luar
waktu malam
view dalam

Nombor 4: ARENA LVIV
Game dekat sini power juga....yang akan ditunggu-tunggu game Jerman akan lawan Portugal



Okay....nanti kita sambung lagi.....stadium-stadium yang dekat Poland lepas ni pulak.....
Sekarang nak pergi buat kerja sekejap.

Monday, May 28, 2012

Projek Cuti Sekolah

Salam takzim....
Cuti dah mula....
Yeehaaaaaa....

Tapi baru sampai kampung petang tadi sebab sibuk tanda kertas dulu sebelum bercuti.

Disebabkan cuti ni LY plan nak siapkan soalan PBS tingkatan 1 ....maka masa akan habis banyak depan laptop....

So....LY decide nak buat projek baeeeekkkkkkkkk punyeeeee sambil mengadap laptop ni....

Cuba teka....cuba teka....cuba teka....cepat...cepat!!!!!






Lambat sangatlah tunggu jawapan korang ni kan.

Memperkenalkan projek LY sempena cuti 2 minggu ni....projek EURO 2012.


Hahaha.....

Mari kita mulakan projek duniawi kita....(kita ke??? bukan aku sorang je ke???)

Apa itu EURO 2012? 
Kejuaraan Bola Sepak Eropah EUFA (Union of European Football Association) 2012. Dipendekkan menjadi EURO 2012....kenalah 2012...sebab sekarang ni tahun 2012....takkan 2013 pula kan.....nampak bebenorlah tak bijak nanti...

Bila EURO 2012 ni nak mula???
Sebenarnya dah mula dah.....(YE KE??? TAK ADA GAME PUN!!Menipu LY ni...)....
Game sebenar memang belum mula....tapi dah hot lah cerita, iklan, promosi dan seangkatan dengannya di mana-mana pun sekarang ni....
Game akan bermula 8 Jun sehingga 1 Julai 2012....

Dekat mana EURO 2012?
Kejuaraan tahun ni akan di adakan di 2 buah negara....UKRAINE dan POLAND....
Tak tahu dekat mana 2 negara ni...mai tengok separuh dari peta dunia dekat bawah ni.

Senang cerita....Poland berjiran dengan Jerman....Ukraine pula berjiran dengan Rusia...

Cukuplah sampai sini dulu.....nanti esok kita sambung lain pula....
Nak rehat sebentar....mungkin perlu tidur sehingga matahari terpacak di atas bumbung bilik....kuang...kuang....

Thursday, May 24, 2012

Dilema 2 minggu mendatang

Salam takzim.

Dilema...dilema...dilema.....
Memanjang hidup ni penuh dengan dilema!!! Cheeeewwwwaaaaaaaahhhhh

Hidup LY je kot yang ada dilema cenggini....kuang...kuang...kuang.

Apa yang korang tahu pasal 15 hari yang akan mendatang ni....
Ke korang tak tahu apa-apa???

LY punya dilema ni akan menjelang 15 hari lagi....
Aduiiissshhhh....
Tak tahu nak buat keputusan ni. Payah dan susah.

Siapa boleh tolong???
Siapa....siapa...siapa???

Siapa nak sukarela menyelesaikan masalah ni??

Aduiisshhh....

Time cengginilah tetiba rasa menyesal pergi buang ASTRO SPORT hari tu.....Time EURO 2012 nak menjelang tiba nilah tetiba dilema ni nak datang......Time kerja tengah banyaklah EURO 2012 nak berlangsung.....time tengah hidup keseorangan nilah ASTRO SPORT dah pergi cancel.

Hujung tahun lepas LY dah cancel langgan ASTRO SPORT sebab cuti lama dekat rumah. Cancel kan jugak sebab jarang tidur kat rumah sendiri. Banyak masa tidur dan lepak dekat rumah kak Sya. Lepas tu, kerja banyak dan rehat tidur pun banyak sampai nak tengok TV pun tak sempat.....maka itulah sebabnya LY cancel-kan ASTRO SPORT.

Sekarang ni dilema datang.....nak2 bila dah keseorangan ni....banyak masa dekat rumah sendiri je...kadang-kadang rehat depan TV tu, tak ada program best, best juga layan sukan. Sekarang ni, lagi 15 hari EURO 2012 dah nak mula. Dilema je nak pergi subcribe ASTRO SPORT balik.....kuang3....

Harapkan Astro Awani je lah cenggini.....huhu....isk...isk....itupun kalau ada.....
Ehhhh....eh........MEDIA PRIMA ada buat liputan lah.....kuang3...tak kisahlah layan ulangan pun kan....asalkan boleh isi masa lapang. Patutlah iklan super kelakar kat TV3.

~batubersurat: sokong team BELANDA...go orange...go orange.....tapi BELANDA satu team dengan Jerman...susah jugak tu....tapi kalau ikut kira-kira probability atas kertas.....LY target yang pergi final Jerman Vs SEPANYOL kot..... i lap u lah messi~

Thursday, May 17, 2012

Tak puas hati

Salam takzim.....
Sejak kak Sya cuti bersalin, memang rasa sunyi sikit hidup. Teman borak tak de. Apatah lagi teman untuk bergosip.

Kadang2 tu bukanlah gosip untuk menambah dosa tapi sebenarnya nak luah rasa tak puas hati.

Untuk tahun 2012 ni, memang rasa sedikit penatlah dengan sekolah....tapi dalam kepenatan tu gagahkan juga diri ni nak pergi sekolah. Adalah sekali dua rasa macam sakit gastrik dan badan lemah....tapi gagah juga bangun pagi pergi sekolah. Kadang2 sakit datang masa dah sampai dekat sekolag pun. Tapi gagahkan juga untuk habiskan seharian di sekolah sampai waktu habis.

Bukanlah nak tunjuk kuat....ataupun nak tunjuk baik sangat...atau mungkin rasa bodoh untuk tak ambil cuti atau balik rumah je untuk berehat....tapi yang sebenarnya rasa malas untuk menghadap muka seseorang minta izin balik sebab sakit. Malas untuk buat panggilan atau mesej kata tak dapat datang sekolah sebab sakit sikit.

Malas memakan diri....malas ni juga bermaksud tak nak susahkan orang lain untuk masuk kelas kita. Kelas kita kalau yang baik2 tu tak apalah juga nak ditinggalkan....tapi kelas yang cikgu2 lain tak nak masuk pun.

Dekat sini nak luahkan sikit rasa tak puas hati. Tak puas hati dengan segelintir orang yang kerap sangat ambil cuti sakit ni. Bila kita tanya, tak sakit mana pun....katanya nak berehat2 je.

Yang tu satu hal, lepas tu dengan kerenah pekerja2 awam yang tak berapa faham dengan bidang tugas masing2....LY tak faham betul kenapa memilih kerjaya tu kalau tak mampu buat.....LY selalu tak puas hati dengan pembantu makmal sekolah....kalau nak cerita pasal tak puas hati, boleh berjela2 panjang entri nanti.

Malaslah nak cerita buruk orang...(bukan dah cerita ke dekat atas ni!!!)
Errmmmmmm.....entahlah....semua pun khilaf....kena muhasabah selalu...tapi susahlah tak ada geng nak ber-usrah...nak saling ingat-mengingati...errrrrmmmmmmmmmmmm....

~batubersurat: tak kan nak kena kahwin kot!!!!~

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mendidik secara formal, tak formal, langsung, tak langsung...dalam sedar dan nyata.

Terutamanya kepada mak dan abah, kakak2...abang2...adik2...ipar2...anak2 buah... Pendidikan bermula di rumah...walaupun kadang2 kucar kacir, tapi itulah kehidupan...kita belajar seiring masa dan peristiwa yang berlalu...

Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, ustaz ustazah Sekolah Rendah Agama Sungai Lui, Cikgu-cikgu SMK Abdul Jalil, pensyarah dan tutor KMPP dan UPM.

Tak lupa kepada Pak Din, cikgu memandu dengan ucapan khas..."pak din, saya dah bawa kereta secara konsisten selepas 7 tahun ambil lesen...huhu...walaupun tak beli Storm...tapi saya bawa SUV kecil kira bolehlah lawan pak Din..."

Tak lupa juga kepada mentor dan tutor merangkap kawan saya, Puan Zahara Hashim.... "....thanks aunty....love you so much...may Allah bless you forever.."

Dan juga kepada kawan seangkatan, SMT Kajang, BSDP Math 06-10, SMK Raja Jumaat...

Sekian itu saja, tulis banyak2 nanti tak ada idea pula untuk tahun depan.....kuang3...

Happy Teacher's Day to myself!!!!

Tuesday, May 15, 2012

Memori 15 Mei

Salam takzim. Tiba-tiba kelapangan masa untuk meng-update blog ketika ni. Huhuhu....klasik bebenor bunyi ayat....dah macam jawab soalan kertas 2 BM SPM je.

Selalu2 waktu macam ni LY pergi solat. Tapi disebabkan keuzuran, maka tak pergilah ke surau. Tambah pula hari ni bawa laptop sebab nak edit soalan PBS yang tak kesudahan lagi. Maka, ambil peluang nak update blog sedaya yang mampu.

Hari ni 15 Mei....esok 16 Mei...hari guru....tu tak payah ceritalah....semua pun dah tahu.

15 Mei 2005....7 tahun yang lalu.... Hari pertama mendaftar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
LY menginap di B-02-06 kompel Siti Maryam... Blog tepi kafe.

Roomates dengan Ana, Ina, dan Ain....semua budak sains Hayat.

Hari tu juga...masa tengah kemas2 barang di KMPP....LY dapat khabar dari kawan baik LY, ayah beliau meninggal dunia.  Innalillahiwainnalillahirrajiun...

Sekian...tu saja berkenaan 15 Mei dalam kenangan.

Saturday, May 12, 2012

Sibuklah sangat!!

Salam semua....short update.

Broadband buat hal...tak ada line area kuarters...
Sekolah busy...buat paper exam....LDP hujung minggu. Ni pun dekat sekolah ni...kursus2...untuk meningkatkan kemahiran menjadi cikgu.

Sekarang emosi tak stabil...mungkin perlu mulakan projek puasa sunat....budak2 kelas Permata tal berkilau semakin melampau. Terutamanya group phang kim yun, tan tian rong....macam hantu perangai makin menggila. LY pun makin bodoh asyik nak marah2 diorang je.


Okaylah...sampai sini...rupa2nya bila internet tak ada...hidup lagi aman.....tak perlu susah2 nak bersosial sangat!!! Duduk rumah rilex dan tidur!!!!

Chau...Salam.

Thursday, May 3, 2012

Gaji tertunggak

Salam kasih sayang...

Hari ni bawa laptop datang sekolah...dah ter-connect dengan internet ni, makanya nak kasi up satu entri lah kan....hehehehe...

Siapa yang kerja gomen memang syok lah bulan ni....gaji bulan 4 dapat tunggakan....

Sama denganlah jugak dengan LY kan...alhamdulillah...syukur nikmat.
Tapi ada sedikit permasalahan dekat sini.

Gaji memang syok lah tengok...lepas tu fikir macam2 nak beli kan.

Lepas tolak2 semua bil dan hutang yang tertunggak, cukuplah buat belanja bulan ni....memandangkan bulan lepas dah guna duit saving so kena top up balik masuk dalam bank.

Yang ada sekarang ni cukup untuk belanja2....LY ni ada masalah pengurusan wang sikit. Nampak memang bukan kaki jalan dan shopping...tapi bila sekali dah keluar tu....mak aihhhh....macam tu duit habis.

Tapi....kalau tak belanja apa yang ada dalam list mesti TERBELANJA untuk benda lain.
Macam bulan ni.....LY ada 1 masalah.

Masalah nak pilih dan beli yang mana satu antara 2 benda.

Dalam list akal waras ni nak beli benda alah dekat bawah ni....

Mesti korang nak gelakkan bila tengok gambar ni....ye lah...kerja dah lebih setahun...tapi mesin basuh masih belum beli lagi.

Hajat hati memang nak beli....dapat yang semi-auto pun dah ok...tak pun rembat yang auto second-hand ke. Yang menjadi KEKANGAN di sini adalah, TEKANAN air rendah....air tak kuat dekat rumah LY. Blok B tu hanya 1 rumah je yang tak ada orang. Yang 11 lagi semua berpenghuni. Blok B memang selalu ada masalah air tangki habis....tangki bocor ke apa entah atau mungkin ada masalah lain, LY tak tahulah.

Lepas tu pula....air blok B ni karat dia memang super power. Sampaikan nak basuh telekung je LY akan bawa balik Lui. Andai kata LY nak beli juga mesin basuh ni...LY kena berdepan dengan risiko baju kena kesan karat dan risiko mesin cepat rosak sebelum tempoh warranty tamat.

Dan lagi satu....yang menjadi keinginan (bukanlah perlu sangat)....kalau beli ni takut jatuh kategori membazirlah pula...bukan masalah kedekut. Tapi kadang2 masih lagi perlu dalam keadaan tertentu.

Bendanya adalah

-sekadar gambar hiasan-

Hajat memang gila...tapi tak adalah sampai nak rembat yang jenama mahal pun.... Masalah2 bila di renung2 dengan penuh iltizam adalah, LY jarang memandu.....siang hari memang dekat sekolah...balik sekolah dah petang...matahari pun entah dekat mana. Tapi bila nak balik Lui waktu pagi, LY akan menghadap matahari. Memang sedikit sakit bila perlu kawal anak mata ni.

Spekmata auto tinted yang LY pakai sekarang....tak cukup power untuk menghalang sinaran cahaya matari yang Allah cipta. Secara hakikatnya sekarang ni LY ada satu spek mata lama yang dah tak pakai sebab power dah lain dari yang sekarang ni. Spek mata tu, lens biasa tapi ada cover lens gelap yang boleh buka cantum. Boleh je guna lagi...tapi tu kan...rasa macam pelik je lah nanti...

Yang mana satu pilihan hati???
Yang mana satu nak beli??
Lama2 simpan duit ni memang akan ber-joli je lah nanti ni...
Ke tak payah beli dua2.....atau perlu ke pasang tinted paling power  dekat cermin depan kereta???
Pening3!!!!!!

Okaylah...sampai sini je....nak masuk kelas....nanti cerita lagi..

~batubersurat: kelas Peralihan .....sabar...sabar...sabar~