Wednesday, July 28, 2010

-untitled-

awal mula pertama mula....salam kasih sayang dari cik ya-alif-nun......

sebenarnya dah banyak hari nak taip entry pasal ni....tapi takde masa dan tak ada idea nak buat ayat panjang2...

  • kisah cinta 1
seorang pemuda bujang berkahwin dengan janda muda yang baru beberapa bulan kematian suami.....wanita ini adalah isteri teman baiknya....wanita ini hidup dalam keadaan yang susah....walaupun telah menjadi janda, wanita ini masih di rumah mentua menjaga mentua yang lumpuh....walaupun mentuanya mempunyai anak2 yang lain, tetapi tidak pula menjaga ibu mereka yang lumpuh itu......menjadi ibu tunggal di usia 22 tahun tentulah sukar di tahun 1978 itu....semuanya serba kekurangan....sampai ada yang mahu mengambil 2 orang anaknya sebagai anak angkat kerana menganggap wanita ini tidak mampu menanggung keperluan anak2nya....apakan daya airmata sahaja pengubatnya....pemuda bujang yang berkawan baik juga dengan abang kepada wanita itu telah melamar wanita itu tanpa pengetahuannya....bila diajukan maka wanita itu bersetuju kerana tahu akan keperihalan budi pemuda itu....maka berkahwinlah mereka.....dan dikurniakan keluarga yang besar dengan kehadiran anak-menantu-cucu serta pertambahan kenalan...kun fa kun...tiada siapa duga jodoh seperti inikan?

  • kisah cinta 2
kisah pemuda yang lewat 30-an...yang masih bujang....mempunyai seorang adik angkat....adik angkatnya pula mempunyai seorang kawan berumur awal 20-an....gadis muda itu pula mempunyai seorang sepupu yang juga sedang melewati usia andartu....kedua2 sahabat ini berhasrat untuk menemukan mereka yang masih belum berkahwin ini...(ala2 match maker)...janji diadakan tapi pada majlis makan2 bulan raya....sekadar bersua muka dahulu....
sebulan selepas itu....tiba rombongan merisik kepada gadis muda 20-an itu dari pemuda itu....sungguh tak disangka....jodoh yang ingin diberikan kepada sepupunya, diri sendiri pula yang dapat....indahkan pertemuan jodoh ini????

  • kisah cinta 3
 to be continue....letihla.....nak taip panjang2....

~notakaki: mana boleh taip notakaki lagi...entry ni tak habis lagi~

hamba yang jahat!!!!

awal mula pertama mula.....SALAM 1 MALAYSIA....
huchum...hiiiissshhh(waktu entry ni ditulis...aku kena selsema + kesejukan dekat lab komputer sekolah ni)

beberapa hari ni kecoh FB seorang teman memporak perandakan hamba yang hina ini....
alkisahnya hamba yang sedia maklum teman tu seorang yang sangat sensitif, telah menceroboh mengkomen bermacam2 perkara beberapa minggu lepas....dan akibat nya hamba telah di-block (kalo remove tu stil boleh usha lagi)...

dan beberapa hari ni macam2 yang telah teman tu hamburkan kat status die.....dan ramai pulak yang menyampaikan berita ni kepada hamba....

dasyat sungguh impact yang telah hamba beri kepada teman itu....
dalam hati hamba tahu teman tu rindu dekat hamba.... hehehe...(keterperasanan lah pulak!!!)
sebabnya hambalah yang PALING RAJIN komen status jiwa jiwang hati rasa dia tu....kalau 1 hari status keluar 10...kesemua 10 statusnyalah saya komen.....dan komen tu semuanya yang super duper jahat....huchuumm....(yang ni effect banyak dosa la ni....skg Allah cuci dosa hamba lah ni)...alhamdulillah....

hatta nak dijadikan cerita...hamba saja panas2kan status hamba kerana hamba tahu teman tu masih menjengah ke FB hamba walaupun menggunakan nama yang lain...(pelik tak?)....jeng3....tak perlulah cerita....sebab tak pandai nak goreng ayat....huhu....

pada mulanya hanya 1 syak wasangka tapi semalam terbongkar 1 kenyataan....(nasib baik belajar psikologi dan sosiolagi masa dekat U serta bakat semula jadi dan berkebolehan macam penyiasat NCIS dan ahli  CSI...(yang ni hamba tak perasan...sebab ni kenyataan)...

dan kebenaran terus terpancar bila pagi yang mulia ini hamba dapat berita mengenai kesahihannya itu....
sebenarnya banyak lagi nak taip dekat entry ni...tapi kesuntukan masa sebab dah nak kena masuk kelas....

bila hamba jack fb teman tu dia ada lontarkan status ni dekat wall nya...(hamba dah cakap hamba de bakat dan boleh menyiasat)....

alhmdulillah,baris ayat bg hasil yg sgt
mggembirakan..hrp si teMan xmerapu
lg..niat bkn nk mburukkn hny tok
mbetolkn keadaan n menyedarkn ktlanjuran
kate,tindakan die yg lukekan ati org len je..
...mg die cpt brubah..xslh brubah ckit,bkn
tok org len je tp lbh tok diri sndr..amiinnnn 

~notakaki:dengan serius hamba perlu baca 3 kali status ni baru hamba tahu sebabnya hamba tak pandai baca trengkas~


Tuesday, July 27, 2010

~Nisfu Sya'ban~

SALAM 1 Malaysia....
Syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya juga baca Yaasin 3 kali lepas Magrib semalam secara berjemaah dekat surau Al-Jamaiah Batu 23, Sungai Lui.....(dari aku kecil dan tahu tempat, memang nilah satu je surau yang ada)

Tapi sejak beberapa tahun ni, surau dah tak meriah macam dulu lagi......kawan2 semuanya kerja dan balik malam tak sempat nak jengah kat surau....adik2 yang selalu mengaji sama dah belajar dekat luar....ada yang nak pergi oversea pun lagi lah susah nak jumpa dekat surau....tapi yang pasti bila masa cuti diorang tak pernah lah tak datang....comfirm kecoh surau kitorang buat.....terutamanya waktu makan dan basuh pinggan....(memnag ni lah kerja kitorang bila kumpul dekat surau....)

ni dah lari dari tajuk ni.....huhu...
sebenarnya nak kongsi....dah bertahun2 baca Yaasin sempena nisfu Sya'ban ni....baru semalam aku tahu apa penting dan kesannya Nisfu Sya'ban ni dalam diri aku....

bacaan yaasin yang pertama kita memohon dipanjang umur.....
bacaan kedua kita memohon dimurahkan rezeki untuk terus beramal kepada Allah....
bacaan ketiga kita memohon agar dimatikan dalam kebajikan....

Alhamdulillah...baru ku tahu nikmat dan rezeki telah Allah berikan  kepadaku dan keluarga khafiat dari bacaan yaasin tu....selama hari ini sekadar baca yaasin 3 kali malam nisfu sya'ban.... dan hanya Amin kan doa yang Ustaz baca.....rupa2nya sebelum baca Yaasin tu kena niat yang atas tadi(baru amal malam tadi) atau boleh juga di baca doa selepas habis bacaan ketiga (zaman gila2 remaja buat ni je lah).....

makanya setiap hari perlu belajar....walaupun ilmu itu sekecil zarah.....
dan Allah dah tiup kan satu kenyataan kesan dari apa yang telah aku lakukan....inilah rezekinya....habis sekolah masuk matrik, habis matrik masuk UPM....
dan satu perkara yang pasti.....aku sentiasa murah rezeki walaupun ada masa2nya orang lain mengalami krisis kewangan akibat cuti yang panjang(masa belajar/habis belajar)...
bukan mahu berbicara bongkak....tapi kenyataannya....ada saja yang mahu belanja makan, shopping, minta tolong ajarkan anak2 mereka(punca pendapatan tetap aku ni) dan lain lain lagi(kalau dah keluar statement ni maknanya dah tak ada idea nak tulislah tu)....
....dan rezeki yang pasti adalah melewati masa2 sukar dalam masa yang sangat singkat tanpa perlu merungut panjang dan mengeluh serta bermuram durja atas apa yang terjadi.... ALHAMDULILLAH.... keluarga dan teman2 sebagai rahmat Allah yang tak pernah putus dalam hidup ini......

~notakaki:Allah akan lapangkan rezekimu bila kamu tidak pernah kedekut untuk memberi dan berkongsi apa yang kamu mampu~






Saturday, July 24, 2010

baby dah sampai!!

hari yang berbahagia ini....
saya mengisytiharkan......(dah la yan...jangan merapu...)
baby Arissa dah sampai rumah petang tadi....(eh...tercakap nama dia...baru nak bagi surprise!!!)

penat Maktam yang berwibawa ni kemas rumah untuk sambut baby baru...hehe...
(tahniah yan!!!)...

Semoga baby selesa di teratak usang Atok Ramli dan Nenek Zizah!!!!

~notakaki:disiplin tutup pintu telah mula beroperasi!!!~

Friday, July 23, 2010

Hari Ramah Mesra

Awal mula pertama mula….
Selamat Sejahtera…
Hari ni cuaca nyaman bahagia segar bugar…
Jumaat = 23 Julai 2010
Agenda: Hari Ramah Mesra
Masa: 9:00- 11:30 pagi…

Rewind mode: zaman aku sekolah dulu ada ke tak hari macam ni……ggggrrr(bunyi CD rosak)…..cannot detect any document…
Apa-apa sajalah…asalkan dah berjaya masuk universiti…
Apa yang menarik? Uhuk…uhuk….(nenek tua batuk)…
Macam sadis je nak cerita ni….
Tersebutlah kisaaaah….(intro hikayat Tajul Muluk…)…
Sebagai cikgu ganti yang tak berpengalaman…tersurat sudah aku kena jadi cikgu kelas….nak di tambah perisa menarik lagi…aku jadi cikgu kelas 5 Ceria..
Kalau ikut nama memang sepatutnya cerialahkan… tapi sebaliknya… Mengikut rekod minggu lepas…kelas ni mendapat tempat ke-5 dari 6 dalam pertandingan keceriaan….sejak aku ambil alih 4 minggu yang sudah barulah nampak sikit rupa kelas ni….kalau tak tu macam kapal Titanic yang karam je….jangankan atas lantai bersepah sampah dan pasir…dalam ceruk meja pun ada anasir-anasir penyebab muntah…(bayangkan sikit2 je…jangan lama2…nanti korang pulak yang muntah)…

Penambah perisa lagi…kelas ni rekod muridnya lemah…bayangkan darjah 5 pun masih ada yang tak tahu membaca dan menulis…teruskan bayangan anda semua apa yang mereka ni jawab dalam peperiksaan…forward kan lagi imagisani itu ke markah2 ujian mereka ini….sadiskan….(bagi yang memahami)….
Awal pagi masa masuk kelas nak susun meja bagi senang mak ayah nak duduk dalam kelas tu….budak2 semua bagi kerjasama…siap pergi conteng2 lagi kat papan hitam…biar jelah apa yang diorang nak buat…asalkan tak buat sepah…

Belum sempat kemas2 buku rekod diorang, dah ada mak yang datang…(kes malas nak ulang alik ke rumah lepas hantar anak dekat sekolah)…. My first customer…orang Asli….(harap maklum, Kampung Sungai Lui ni, pemukimannya 30% adalah orang Asli)….dup dap dup dap…
Perkara yang tak diajar diuniversiti sepanjang 4 tahun mengambil jurusan pendidikan adalah cara2 berkomunikasi dengan ibu bapa…….(apa nak kata dan cakap ni…)…
Awal mula pertama mula…fuuuhhh…keluarlah ayat pertama dari mulut kurniaan Allah ini…
“Jemput duduk puan….ini ibu pada siapa ya?” (terbaik x?...hehehe..)
Dan kisah pun bermula…boraklah apa yang terlintas dekat kepala ni…
1- nasihat kurangkan main.
2- nasihat rajin baca buku.
3- nasihat rajin tanya cikgu.
4- nasihat rajin2 buat latihan.
5- nasihat kurangkan tengok tv…(aku ada suruh seorang ibu ni sekatt astro dekat rumah…)
Lepas tu aku bagi tip, belikan buku latihan topikal untuk anak2 diorang…buka website yang boleh belajar online…
Keseluruhannya sejarah hari ini, SAYA BELAJAR BERKOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA ANAK2 MURID SAYA.


notakaki~terimakasih buat mak abah yang mendidik kami adik beradik cara bergaul dengan orang lain baik saudara mahupun jiran atau pun kenalan mereka.

Thursday, July 22, 2010

New born n Dicipline!!

hari ni....22 Julai 2010....
kakak aku, Aishah selamat melahirkan seorang bayi perempuan melalui pembedahan Ceasearean dekat Hospital Ampang.

Bermakna sekarang ni, anak buah aku dah 9 orang....(5 lelaki, 4 perempuan)...

Bermakna hari ni bermula aktiviti mendisiplinkan diri di rumah....
Abah aku, Encik ramli tersayang amat2 menjaga disiplin bila mana ada baby kecik (baby memang la kecik)....ataupun bila ada orang sakit dekat rumah...

Disiplin pertama haruslah masuk rumah ikut pintu belakang(dapur) masa waktu malam atau maghrib....

Yang ke-2: jangan selalu sangat buat bising masa baby tidur...

yang ke-3: tutup tingkap rumah bila jam dah pukul 6....

banyak sebenarnya disiplin yang kena ikut...tapi tak berapa nak ingat sewaktu entry ni di tulis sebabnya aku kat sekolah...hahaha...(menyalahguna kemudahan betul)...

Disiplin ni pun hanya dipraktiskan selama 2 bulan je bila ada baby dekat rumah...manalah nak ingat sangat kan...

Bermakna lain kali aku huraikanlah disiplin yang abah aku dah doktrinkan tu!!!!!!

notakaki:2/8 anak buah yang sedia ada, aku yang bagi nama....yang baby baru ni pun kakak aku dah minta aku jadi konsultan....Aku nak bagi nama Amani Jazilah tapi kena reject!!! dan nama baru baby tu adalah ..................binti Agus Salim.

Wednesday, July 21, 2010

kembali di sini

yeeeesss.....yes....
akhirnya berjaya menggodam email gmail...
berkarat dah email ni sampai lupa password sendiri...
dan nasib baiklah boleh buka blog ni...

last entry bulan 2...masa kat SMTKj....
yang ni baru nak tulis balik....

semangat2....