Tuesday, November 30, 2010

Semoga jadi kenyataaN

"Esah suruh jahit baju?"
"A'ah...dia kata nanti baju dia reput kalau tak jahit"

.
.
.
.
"Mak...jahitlah baju Yan sekali....nak pergi kenduri kembar nanti....dah lah tak ada baju baru.....jahitlah mak....jahitlah mak.....jahit tau!!!!!!!!"

"Esok mak guntinglah"

Yes!!!!!!!!

Harap dapat baju baru pergi kenduri kembar. My cousin. Sebelah emak. Adik kembar dia dah kahwin tahun lepas...tahun ni dia pulak....Umur nak masuk 26 tahun 5/1 nanti.
Maka, umur macam LY ni okaylahka kalau tak kahwin lagi.

 
[ni pengantin tahun lepas...Adik a.k.a Wati]

[yang hujung gambar ni lah kembar dia yang nak kahwin tahun ni....dah bertahun hidup pun, LY tak boleh nak bezakan lagi dorang ni]

~batubersurat: yang baju biru tengah tu makcik LY nombor dua, anak Atuk LY yang ke-3 dari isteri yang ke-3]

LY sedia menjadi kawaN

Apa makna sahabat??
Apa makna kawan??
Apa makna teman??
Apa makna geng??
[LY adalah contoh sahabat yang setia dan baik.....kuang3]

Persoalan dekat atas tu korang jawab dalam hati je.
LY taknak pun tahu apa maknanya.
Setiap orang ada persepsi dan pandangan sendiri.
Termasuklah LY sendiri.

Bijak pandai ada berkata...kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, maka bau wangi akan melekat dengan kita...bla..bla...bla....

Mesti ramai yang tahukan. Dah lali bila dengar penceramah motivasi cakap masa zaman sekolah. Dah basi masuk kepala dalam bab2 mencari kawan ni.
 [yang ni pun kawan walaupun ada iras2 musuh...kihkih]

LY pun tak tahu...LY ni kategori kawan yang macam mana....nak kata baik tu...kena tanya dekat kawan2 lah kan....setakat mana baiknya...Kalau nak kata jahat tu, pergi tanya dekat musuh2 LY kalau ada apa yang diorang tak puas hati pasal LY ni...


Huhuhuhu....
Serius...kalau ada yang kata LY ni bukan jenis pandai berkawan, LY redha je...
Contoh nyata -->>
LY takkan mesej kawan2 (termasuk kawan baik) tanya khabar saja2, buat ajakan gedik "teman aku boleh tak....aku takutlah pergi sorang2"
TAPI serius jugak, LY akan jawab soalan2 kaunter pertanyaan kawan2 LY secepat mungkin....tak kiralah masa tengah tidur ke apa ke. Selagi mesej tu berbunyi pertanyaan, LY akan jawab sehabis baik.
Kalau mesej ayat penyata....harap maklum, anda akan dilayan sebentar lagi.

LY ni jenis tak memilih kawan pun. Semua pun LY kawan. Tak kisahlah kawan tu sama umur ke tak....yang penting LY ikhlas nak berkawan.

Pelikkan bila ada yang berkawan sebab harta...ada yang berkawan sebab nak nama....ada yang berkawan sebab nak pengaruh....macam2 jenis manusia dekat dunia ni.

LY tak tahulah LY jatuh kategori mana agaknya.
Harap2 masuk dalam kategori sahabat yang boleh diandalkan masa senang dan susah.

LY sedih bila ada yang memandang jurang pendidikan sebagai penghalang untuk menjalin silaturahim.
Kenapa mesti jadi macam tu??? Pendidikan tu peluang terbuka. Wajib bagi perempuan dan lelaki. Belajar bukan sekadar masuk universiti dapat pHd, master, degree atau diploma. Tak pun SPM dapat A berbelas2. Tapi apa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Adakah apa yang kita lakukan itu, menunjukkan apa yang kita telah pelajari.

Contoh...dekat sekolah kita diajar tentang nilai2 murni. Dalam kehidupan seharian, terlaksanakah setiap konsep dan teori nilai2 murni itu??? Tepuk dada, tanya selera!!

Pendidikan dan ilmu adalah harta peribadi yang orang lain tidak boleh rampas. Kita tak perlu merasa terhina kerana tidak memiliki  pendidikan yang tinggi. Tapi hinalah diri kita bila kita tidak mampu mencari ilmu walau sekelumit zarah didunia ini. Dan lebih hina lagi, bila ilmu yang kita ada itu, kita tidak amalkan.

LY syukur kerana diberi kesempatan untuk berkawan, bersahabat dan berteman oleh yang Maha Kuasa. Tiada daya bagi LY untuk menolak dan menidakkan silaturahim yang terjalin. Sekali berkawan, selamanya LY akan setia menjadi kawan.

Bagi mereka yang merosakkan sebuah persahabatan, rugilah dia kerana menolak untuk berkasih sayang.
 [inilah contoh kasih sayang...pakai pin sendiri ye Aya!!]


~batubersurat: buku adalah teman yang paling setia~

Realiti yang pasti!!

As-salam.....
Esok dah nak masuk bulan terakhir untuk tahun 2010 ni.
Maknanya tak sampai sebulan je lagi nak tempuh hidup baru sebagai cikgu baru.

Beberapa hari lepas LY baca notes dari Asyen Kamen Jr. a.k.a Aizan. Kawan LY yang bakal jadi cikgu sekolah rendah tak lama lagi. Notes yang beliau tu tag adalah realiti seorang guru biasa. Yang mana orang2 macam LY dan kawan2 yang lain bakal tempuhi.

Inilah realiti seorang guru biasa.
Kepada orang yang pernah memandang rendah karier seorang guru, diharapkan anda mengubah sudut pandangan anda.

  1. Menulis rancangan mengajar
  2. Menanda kedatangan murid/pelajar
  3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku. 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
  4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
  5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
  6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
  7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
  8. Menghantar murid ke Klinik
  9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
  10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
  11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
  12. Mengisi data murid SMM
  13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
  14. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
  15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
  16. Mengecat sekolah.
  17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
  18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
  19. Menyiapkan program Head Counting
  20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
  21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
  22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
  23. Mengendali masalah / kebajikan murid
  24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
  25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
  26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
  27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
  28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
  29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
  30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
  31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper. 2 x 45 = 90. 90 x 5 kelas = 450 kertas
  32. Perkembangan staf
  33. Mengendalikan perhimpunan murid
  34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…

.[kenangan belakang pentas bersama pelajar persembahan dikir barat  SMTKj]

~batubersurat: jika kamu ingin bahagia di akhirat, didiklah manusia~

Monday, November 29, 2010

Baik jadikan tauladaN

As-Salam
Hari ni 29/11/2010.
Maknanya hari ni umur LY 23 tahun 9 bulan 14 hari.

Uiks...dah tua...
Tapi belum tua bangka atau tua kerepot lagi...
Huhuhu....

Sekarang ni musim cuti sekolah...bersamaan tu jugak diiringkan dengan 3 musim yang lain bak kata Aizan dekat FB dia baru-baru ni...musim bertunang...musim berkahwim....musim BERSUNAT!!!
Kuang3....

Dekat keliling LY pun sibuk kenduri sana kenduri sini.
Ahad semalam ni kawan baik LY kahwin. Sepupu sebelah abah LY pun kahwin jugak.
Hari Ahad yang bakal datang ni, sepupu sebelah mak LY pula nak kahwin.

Kahwin sana kahwin sini....
Waaa....semua orang nak kahwin.
Nasib baik LY belum ada nafsu nak kahwin lagi.
LY tak ada nafsu!!!!!!!
Musykil bin keliru ni.
Ting tong ke apa Ly ni.
Sunat tu kahwin.

Huhu....muda lagi kot nak KAWEN MAWEN ni.
Bagilah kawan-kawan lain kahwin dulu.
Biarlah LY teruskan hidup MINGLE ni dulu.
Bagi mak LY rest dulu 3 4 tahun.
Asyik buat kenduri je kan. Bagi port masak2 mak LY sejuk sampai ke perut bumi dulu baru  ada kenduri besar lagi sekali.

Kepada makcik-makcik, jiran-jiran yang sibuk bertanya LY bila pulak kan.
LY dah simpan berbakul-bakul jawapan untuk soalan kamu tu.
LY okay je pun nak jawab soalan-soalan hangit tu.
Huhuhu...

Jawapan standard LY nanti.
"Kalau makcik ada duit puluh2 ribu, makcik sponsor saya kahwin okay"
"Yan tak kisah kalau makcik nak sponsor kita kahwin dekat Palace of Gorden Horses tu...kita on je"
Huhuhu....macam real je nak jawab macam tu kan!!!

LY dah biasa sangat dengar khutbah nikah yang tok kadi baca tiap kali LY pergi nikah adik beradik, saudara mara dan jiran terdekat LY ni. Dah terhafal dialog nasihat dalam khutbah tu (betul ke khutbah?? LY pun tak tahu). Dari khutbah yang LY dengar tu, LY relate balik dengan real life LY sendiri dan orang keliling LY.
Dari nasihat yang kita dengar tu, terjalankah saranan dan nasihat dari tok kadi tu. Sejauh mana terlaksananya saranan-saranan yang di dengar semasa majlis pernikahan tu. Adakah pengantin betul2 dengar apa yang di dengarinya. Atau didalam hati hanya menghafal dialog untuk lafaz nikah saja?? Tu kena tanya pengantinlah kan.

Dan orang2 yang mendengar...para jemputan yang meraikan majlisnya.... adakah masuk dijiwa dan minda mereka apa nasihat mulia tok kadi tu??? Tepuk dada tanya selera. Wallahualam. Tahniah kepada yang masih istiqamah dalam melaksanakan saranan dan menunaikan tanggungjawabnya itu. Dan semoga terbuka pintu hidayah kepada orang yang masih lalai (LY pun sering alpa dan lalai....masuk telinga kanan, keluar telinga kiri)

Jauhnya perjalanan perkahwinan bukan hanya untuk majlis 2 hari 2 malam yang di buat meriah dan gilang gemilang... Tapi panjangnya perjalanan tu biarlah sampai ke dalam syurga. Bersatu bukan sekadar di atas kertas putih bertanda tangan pengantin, wali dan saksi. Tapi biarlah bersatu sehingga malaikat membuka pintu memasuki syurga Ilahi.

LY sedar yang LY masih kurang ilmu kehidupan....masih banyak yang LY tidak ketahui dan LY mengaku dalam percaturan hidup yang mudah, LY masih belum matang membuat keputusan yang terbaik. Bagaimana mampu LY mahu membuat langkah perubahan yang besar andai LY sendiri belum pasti dengan jalan hidup LY sendiri.

Ayat klise "kita ni bukan kawen dengan pilihan hati kita je, tapi kita kawen dengan seluruh kehidupan pasangan kita". (Akibat terlebih menonton filem hindustan dan drama Melayu lah ni!)
Nak kahwin ni, kena terima baik buruk, kelebihan kekurangan bukan je pasangan tapi juga keluarga dan orang2 keliling pasangan kita. Kahwin ni proses belajar dan melaksanakan amali kehidupan. Menerima dan memberi tu adalah kitaran hidup.

Kahwin bukan sekadar medan menglahirkan umat (anak). Tapi adalah aset yang sangat penting untuk bekalan di alam lain. Baik cara laburannya, berbaloilah ia. Andai tersasar cara pelaburan aset itu, wallahualam. Membina umat, bayarannya bukan sekadar sakit dan wang ringgit. Tapi kesabaran yang tinggi menghadapi karenah, ketegasan dalam melenturkan jati diri, tauladan yang kaya buat pedoman hidup. Pencorakan kain putih anak2 yang suci sangat memerlukan ketelitian.

Berkahwin bukan sekadar melayarkan bahtera di laut yang tenang. Tapi juga harus bijak mengendalikannya di saat2 sukar di pukul ombak agar tidak terdampar di tepian pantai yang kontang tanpa bekalan.

Meladeni hari yang telah berlalu, makin banyak perkahwinan yang tidak dapat memberi contoh yang baik kepada LY. Perkahwinan yang boleh dijadikan teladan hidup LY sangat kurang sehingga timbul satu penyakit ala2 fobia. Dan ayat2 hasutan yang sering berdesing di telinga LY... "Kalau macam nilah gayanya lepas kawen.....macam takut je nak berumahtangga"

Kepada pembaca yang dah layak kahwin tu, tunaikanlah kewajiban anda.
LY ni lambat lagi nak kahwin. Tunggu sampai LY jumpa contoh rumahtangga yang baik mengatasi yang tidak baik. (LY tak kata sempurna...yang baik dah memadai buat contoh)
 [cabaran dunia hari ni sangat besar dalam mendidik anak2....mampukah untuk mengahadapinya]

~batubersurat : LY belum puas nak bahagiakan mak abah LY lagi~

Sunday, November 28, 2010

:: LY dah kena tinggal ::

28 Novenmber 2010
Selamat pengantin baru buat sahabat baik LY, Najwa

Selamat melayari bahtera hidup berumahtangga.
Senyum dan ceria melewati setiap detik indah kehidupan.
Tabah dan sabar menempuh cabaran dan dugaan mendatang.
Lapangkan hati untuk belajar menerima dan memberi di dunia barumu.
Lapangkan jiwa untuk meredhakan setiap ketentuan Ilahi.


Salam sayang dari seorang sahabat,
ilmaR naizaroN


~batubersurat: wish LY tu macam kena sambung lagi.....tergantung je masa baca~

Saturday, November 27, 2010

Hari ini untuk masa depaN

Sampai bila kita dapat bertahan dengan penipuan????


Harap2 semuanya berjalan lancar.


Doa LY selalu....semoga LY dijauhkan dari jatuh ke lembah maksiat, musibah yang dahsyat, fitnah dan api neraka.....


-->> batubersurat: LY pun hamba yang kerdil...sering khilaf dan salah dalam perhitungan

Friday, November 26, 2010

= jangan sampai bermaharajalela =

Salam semuanya....


Lady Y tak ada benda nak cerita...
LY bukan storyteller yang banyak kisah2 teladan untuk diteladani...
LY tak ada koleksi cerita kelakar untuk buat orang lain gelak pecah suara...
LY tak ada lambakan kisah2 seram buat tatapan di malam Jumaat...

Huhuhu...
LY bukan seorang pengarang cerita yang baik [benda serius ni!!]
LY tak tahu nak mulakan pendahuluan dan tutup cerita dengan baik...
Serius dari kecik sampai ke besar, kalau ada bab2 karangan  dalam exam bahasa....
Confirm LY tak pernah buat soalan berkaitan CERITA....
Serius...nanti cerita LY tak ada ending...dan sampai sekarang bila LY mengajar Shahira...LY tak pernah suggest dia buat karanga cerita...LY tak pandai nak tanda....
Hahhaha.....kekurangan hakikat yang nyata...

LY tak tahulah nanti macam mana LY nak hadapi hidup sebagai cikgu Bahasa Melayu....
Mesti LY akan minta orang lain gantikan tempat LY bila berhadapan dengan topik membuat kaangan cerita...
Benda lain je yang LY akan ajar...karangan cerita suruh orang lain ajar...

Dalam hidup seharian kita ni, korang pernah tak fikir benda2 kecil tapi bukan remeh.
Siapa2 yang kenal dengan LY mesti tahu LY tak suka hal2 remeh....
Huhu...topik kita benda kecil tapi bukan remeh...
Siapa2 anggap benda ni remeh dalam hidup dia, LY tak halang...
Sebab benda remeh ni subjektif...
Lain orang lain carakan!!!
Huhuhuhu...

Ok....pada mereka2 yang suka menulis perkataan2 sebijik dengan cara sebutan seharian...sila angkat tangan....
Wachaaa.....LY nak kick je siapa2 yang menipu tu....
Contoh SAYA...selalu dalam FB/mesej/blog dan medan yang memerlukan bahasa tulisan...kebanyakan orang menulis SAYE....SHAYE...SYE....

Tu contoh ringkas....banyak lagi sebenarnya yang kita semua buat (LY mengaku LY pun suka tulis macam tu...tapi LY lagi prefer guna TRENGKAS macam cikgu sekolah ajar buat nota ringkas atau trengkas universal)

Ok....LY sebenarnya nak sangat nasihat kan diri LY sendiri supaya tak buat benda2 macam ni....(kalau main mesej tu maaflah ye....memang wajib ringkas kan)

Benda ni bukan jadi dekat Malaysia je....dekat negara2 lain pun jadi juga...
LY cuma tak mahulah benda ni jadi makin teruk...
Boleh rosak anak bangsa...

Mana2 kawan FB yang kenal LY, mesti perasan yang LY akan update status dengan perkataan penuh...(komen guna trengkas jangan marah ye!!)

LY sedikit ada perasaan marah bila ada yang terlalu teruja update status dengan perkataan ringkas yang banyak sangat huruf W, Q dan seumpanya....contoh...
TAW X PEW.....bencinya LY dengan perkataan macam ni....
(adik2 LY pun suka bagi mesej macam ni....benciya LY)

Geli geleman LY...
Ini ke yang budak2 zaman sekarang belajar dekat sekolah...
Salah cikgu ke tak ajar betul2...
Mana yang dah habis belajar tu, ini ke yang kita peroleh lepas dari berbelas tahun di alam persekolahan.
Ini ke lambang kemerdekaan kita????

Apa guna perlembagaan yang mengagungkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
LY tak mahu benda ni berleluasa dalam diri LY...
Lady Y ni cikgu....Tambah pula ada kebarangkalian nak jadi cikgu bahasa tak lama lagi...

Oh tidak...adakah LY ni jenis kolot sebab tak mahu terima hakikat yang dunia moden memang macam ni....
Ops....sikit2 je kolotnya...
LY cuma tak mahu anak2 muda terus2an buat benda macam ni....
LY sangat2 melarang anak2 buah LY yang masih kecil bercakap bahasa pelat....
LY bercakap dengan diorang tu guna bahasa betul...
Tak adanya LY nak pelat2 dengan budak kecil yang baru belajar....
Tak ada MAMAM.....BABAM....UK-UK...SHUSHU..

Masa Ada umur 2 tahun nak ke 3 tahun ni...
Sepupu merangkap jiran LY ni suka sangat nak cakap pelat dengan dia...
LY selalu marah....LY kena betulkan sebutan Ada bila dia sebut satu2 benda dalam keadaan pelat...
Mula2 tu LY ingat anak buah LY ni ada penyakit ala2 macam DISLEKSIA...
Dia sebut perkataan tapi hilang huruf pertama...
Contoh...SATU...dia akan sebut ATU...
BOLA...dia akan sebut OLA...

Disebabkan LY memang selalu ada dekat rumah ni dengan dia...
Hari2 LY ajar dia sebut dengan betul...
LY marah kalau ada yang nak cakap pelat dengan dia...
LY nak dia tahu benda pertama yang dia sebut tu dengan sebutan yang betul....
Maka, sekarang ni dia dah sebut betul....mungkin sebab dia kecil sangat dan belum fasih nak sebut perkataan tu yang jadi hilang huruf pertama....

So far ni, LY bangga anak2 buah LY tak ada yang pelat lagi...
Semuanya cemerlang....
Ilman yang paling super best....
Masa dia mula pandai membaca...dia mengeja ikut sebutan....
Bila nak test dia pandai mengeja...semua orang dah bertukar jadi Normala Samsuddin...
Cakap bahasa baku...

Aliff dengan Jehan pula lebih kepada English dan sangat2 bersivik.
Bila bercakap guna SAYA AWAK je..
Dengan along LY dan ibu diorang pun diorang guna SAYA AWAK juga....
Huhuhuhuhu

Adik Ilman, si Iqbal pula...kalau bercakap semuanya guna imbuhan TER.....
Kadang2 kenalah ayat dia tu...tapi bila banyak sangat, kelakar pulak...
Lagi satu, dia ni kenan adik LY kot...
Pelat K jadi T....tu technically tak boleh ubah...
Kena tunggu besar sikit baru dia bertukar sendiri...
Tapi bila diorang keluar bahasa ibunda nenek dia...bahasa Minang...tu LY tak boleh nak larang lah...

Mungkin ada diantara kita yang memegang prinsip "free to write...free to express"...
[bebas untuk menulis....bebas untuk ekspressi]....
Maka wujudlah banyak perkataan baru yang panjang dipendekkan...yang pendek dipanjangkan..
[kadang2 LY pun buat jugak...tapi atas alasan geram dan gembira je]

LY tak adalah nak tulis TERLALU banyak trengkas sehingga sukar ditafsir oleh orang yang lain2 peringkat umur..
Sebab LY sendiri adalah pembaca.....LY membaca dari bahan bercetak...buku ilmiah...buku hiburan...surat khabar...majalah...komik...
Maka....bila kita menulis...biarlah orang lain pun faham apa yang kita nak sampaikan....

KURANG2 kanlah menulis di FB dengan perkataan2 yang tak layak di masukkan dalam kamus dewan....
Nanti LY bertukar kerja jadi pegawai DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA...
LY saman kamu semua....

Lagi satu.....LY sangat sangat benci dengan orang yang suka guna perkataan macam ni...DOWH/DOL/DOE etc...dan SIOT....
LY tak boleh nak terima langsung....
(adik2 LY suka guna jugak!!! BENCI diorang)

p/s: JE...DIORANG..tu LY tak boleh nak ubah...LY TERBIASA...huhuhuhu...

[dari kanan baju putih, Aliff, Jehan, Ada, Iqbal dan Ilman]

~batubersurat: LY biasa guna gua lu dengan sepupu jiran LY....tu LY boleh terima sebab dia asal bahasa Indonesia~

HAPER daaaa!!!!

Arrrrrggggghhhh.....
Benci.....benci....benci.....
Dah pagi baru nak dapat mimpi...

**background music: kalau berpacaran

"Yan....mak mana?? Along tepon tak angkat pun"
"Mak pergi kedai kot"
"...bla..bla...bla.....
"Ok2....ermmmm"

Potong stim betullah along LY ni.......
Baru nak layan mimpi...
Dah terjaga.......

Lady Y mimpi apa ye pagi tadi....
Ooooowwwwwwwwwwwwhhhhhhhhhhhh....
Dah ingat...

LY jumpa seorang Lady R....dengan anak2 dia dalam kereta....
Dia tanya khabar LY...
LY baru salam dengan anak2 dia tetiba dah habis mimpi tu...

LY bangun je capai towel...
Jalan2 sampai dekat tangga...

OOOOOOOOwwwwwwwhhhhhhhhhh no man!!!!!!
That lady betul2 ada depan rumah LY...
Dahlah Ucu dengan Ebot tidur membungkang depan tv...
Betul2 port baik punya lady tu usha rumah LY...
Dahlah pintu rumah LY ternganga depan tu...sah2 Lady R tu nampak aksi2 ganas budak dua orang tu tidur....

Hahahha....padan muka...
Lady R dengan husband dia buat kerja sikit depan rumah LY ni....
LY buat macam biasa je...
Buat2 tak nampak dengan orang sekeliling...
LY buat kerja dan rutin harian biasa...

LY ada rasa mahu nak ketuk kepala LY sendiri...
Tak guna punya mimpi...
Boleh pula jadi kenyataan pagi2 yang mendung ni....
Huhuhuhu....

Apa2 pun....
Benda dah berlalu....

~batubersurat: jarang2 dapat mimpi...sekali dapat jadi kenyataan pulak~



Tuesday, November 23, 2010

Siang hari di Negeri 9



Salam sayang semua....
Cheer up sikit...
~tepuk tepuk sayang~
::muahx...muahx...muahx::

Bagi LY jerit puas2 dulu....
YEEEEEEEEEhhhhhhhhAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Ok dah selesai...
Ni semalan punya cerita....
Siang hari di Negeri Sembilan.

Pagi2 lagi LY dah terlajak bangun sebab LY tidur lambat malam tu....
Hahahha...bajet je alarm jam 5:30..tapi bangun jam 6:09 pagi....semua orang dah siap Subuh....
Kelam kabut LY mandi....nasib baik barang2 dah prepare....

Kitorang (LY, driver baru LY merangkap adik, abah LY n mak LY)gerak dari rumah jam 7 pagi....lepas sarapan pagi dekat kedai Induk..
Perjalanan yang borink...LY ada rasa nak terkucil je pagi2 hari...
Hahaha......

Adik LY terlajak masuk simpang ke pusat bandar Seremban mula2 masuk kat sana....
Nasib baik tak terlajak jauh...
Pusing2 sampai jugak di Seremban 2...
Masa sampai di SK Wawasan tu dah jam 8:30...
Jumpa Ana sebelum LY masuk dewan...
Daftar dekat kaunter tu...
Nama LY nombor 23....dari 358 orang....
Makkkk aiiiiih....ramainya....

LY masuk dewan dengan Ana, cari tempat duduk...
Kena duduk ikt barisan nombor pendaftran...
Jalan2 depan dewan, nampak 4 orang budak UPM....

Yes!!!! Jumpa tempat duduk....
LY duduk sebelah kiri Ila...
Ana duduk sebelah kiri LY...
Sebelah Ana barisan budak2 UPSI...Ratus2 tu semua budak UPSI...
Yang seciput semua budak U lain...
UPM ada 9 orang je semalam...

Tepat jam 9 pagi majlis dah mula....
Wah, semangat LY nak dengar ni....
Tak sabar nak tahu tempat posting...
Ceramah sebijik dua dari pegawai JPN....
[tu lah pegawainya.....kalau zoom guna C902 nanti gambar jadi pecah]
Sesuka hati je LY je kata pegawai....
Yang bagi ucapan tu, Y Bhg Tuan Abdul halim Ab Razak, Pengarah JPN N9.
Huhuhu.....
Lepas dapat kata2 semangat dari beliau, majlis diteruskan dengan penyerahan surat lantikan.

[nama dipanggil seorang demi seorang....no wonder la kena duduk ikut nombor...dah macam nak konvo pulak rasanya]
Yang awal2 tu, tuan pengarah tu siap bukak sampul surat tu....tunjuk dapat sekolah mana....
Tapi sampai giliran LY je, beliau dah malas.....
Kalau tak tu, mesti LY dah lompat2 atau meraung bila dapat tahu sekolah LY....
Belum turun dari tangga lagi, LY dah buka dan baca surat tu...

LY happpppppppppyyyyyyyyyyyy sangat...
LY dapat dekat daerah yang satu2 nya ada laut......
Alhamdulillah.....walaupun tak dapat pergi Sabah dan jalan2 dekat pantai Karambunai sana tu...
LY tetap dapat sekolah yang dekat dengan pantai....

Mana2 yang kekurangan ilmu geografi atau kajian tempatan tu, dekat dalam Negeri Sembilan ni ada 1 daerah yang ada laut....meh tambah info dalam kepala tu...
Daerah tu adalah  PORT DICKSON....
LY dapat mengajar dekat SMK RAJA JUMAAT....

LY tak tahulah macam mana rupanya...tapi LY biasalah dengar sekolah ni macam mana (biasa ke!!!???)
Sebelum ni, LY dah letak nama sekolah ni dalam entry title PROBABILITY...
Maknanya ni sekolah lama dekat N9 sana nun!!!
 [muka cikgu2 baru dapat tempat posting...cuba korang zoom, manalah tahu kalau ada sesar saudara mara korang dalam ni kan]

[wajah ceria bila dah dapat surat posting.....Ila dapat SMJK Chung Hwa Kuala Pilah...yang belakang Ila tu, kawan 1 fakulti dekat UPM...Zainun, cikgu Biologi, beliau dapat mana ntah...LY lupa!!!]
[alamak...nampak jerawat LY....Ana dapat sekolah dekat Gemencheh....waaa..rasa  nak nangis je kena duduk dekat ceruk felda sinun]

Habis je penyerahan surat tu, ada taklimat dari pegawai dan kaunselor JPN N9....ingatkan murid2 je yang kena kaunseling...rupa2nya cikgu pun kena ada kaunselor jugak!!!!!!

Habis je taklimat, berkumpul dengan cikgu2 baru dari daerah yang sama...dipengerusikan oleh Pengarah PPDPD, Tuan Jamil....Masa ni lah baru tahu siapa cikgu yang dapat sama tempat....
Tuan Jamil tu kata, Raja Jumaat ada 16 orang semuanya...
Mak aiiihhhh...ramainya....
Ohhh silap.....PD High School lagi ramai lah....20 orang....
Fuiisyooo....Tuan Jamil tu kata, bila kami masuk ni je....semua GSTT semuanya kena berhenti....
Ada yang nak kawen 27 hari bulan ni, tapi dah kena berhenti kerja...
Kesian kat diorang....Tuan Jamil tu yang kata!!!

Lepas tu je, LY terus gerak pergi ke sekolah....dengar maklumat tunjuk arah jalan dari Tuan Jamil tu macam jauh je sekolah dari laut....(sedih je LY dengar mula2)...
Huhu....keluar je dari SK Wawasan tu, 20 minit dah sampai ke SMK Raja Jumaat....beberapa minit sebelum tu SMK Yam Tuan Raden....(eh....dekatnya sekolah2 kat sini!!!)

Urusan pendaftaran berjalan dengan lancarnya....
Punch card buat pertama kali....(masa dekat Teknik Kajang dulu, cikgu2 thumbprint....dekat SK Sungai Lui tulis nama dalam buku....ni cara tengah2 la ni)
Chot chet dengan GPK 1 sekolah tu bersama2 dengan cikgu2 baru....beberapa keputusan telah dicapai....
Sesi orientasi sehingga 26 haribulan ni ditangguhkan sehingga 27/12/2010...
Yeeeehaaa.....boleh terus balik...
GPK kata sekolah ni kekurangan cikgu bahasa...
LY awal2 lagi dah volunteer nak ajar subjek BM....
Feeeeewwwwiiiittt.....awal2 lagi dah tunjuk ke-rajin-an dan kesukarelaan....
Harap2 nanti dah kerja akan terus rajin...jangan nak mengular pulak!!!!!!
Huhuhuhu.....

LY tak kisah nak mengajar apa....asalkan jangan suruh LY ajar geograf sudah...LY ingat lagi apa yang Dr. Ramli (bukan abah LY tau) pernah kata.....hadapi apa jua cabaran yang diberi!!!!!
Yeahhh...cabaran pertama bakal LY lalui....bukan susah pun....ajar bahasa kebangsaan je....
Lepas ni kena berguru dengan Kak Ma dan Umi la gamaknya....

Berlaku kekelamkabutan yang dibuat oleh budak2 UPSI pasal penempatan...
LY pun tumpang sekaki tanya itu ini....
Diorang nak mohon kuarters sebelah sekolah tu....
Memandangkan LY belum ada kenderaan...maka LY cari jalan termudah...
Sewa kuarters je la....senang sikit nak pergi sekolah...jalan kaki...

LY isi borang....(banyak gila borangnya)
Masa masih lagi waktu pejabat....maka, LY pun pergi ke PPDPD.....
Tak sampai 10 minit perjalanan......
Dan sesuatu yang MENGEJUTKAN yang membangkitkan KETERUJAAN LY....
PPDPD tu betul2 depan laut....

Lepas selesai urusan...tanya itu ini....nanti LY kena datang balik...ambil surat untuk ke TNB dan JPA....
Belum selesai lagi urusan tempat tinggal LY rupanya....(benda yang belum selesai tak payah cerita)

Acara setersunya, LY nak balik dah...
Balik dari PPDPD tu hati LY bunga2 riang....sekolah LY 5 minit je nak ke Hotel Glory Beach Resort....maknanya ada pantai berdekatan untuk tempat lepak2 tengok matahari terbenam dan bulan mengambang......
Yeeehhaaaa...sukanya LY!!!!!!!!!!

Hikmah atas kekecewaan tak dapat ke Sabah sudah terubat....
Alhamdulillah.....
Abang LY mesej semalam, lepas ni picnic selalulah mak abah LY sebab nak tengok anak dia sambil makan angin....huhhuhuhu....

LY sampai rumah jam 7 lebih....penatnya.....ke sana ke mari....
Nasib baik tak payah stay sana untuk orientasi....
kalau tak, menangislah LY sebab tak prepare apa2 pun......

~batubersurat: LY bakal ber-housemate dengan Chinese girl~







Monday, November 22, 2010

[ impian sebelum terlelap ]



Malam Isnin....
LY belum tidur lagi...
Esok dah nak pergi taklimat orientasi cikgu baru....
Ingatkan dah habis belajar, dah tak ada orientasi...
Rupa2nya kerja pun ada orientasi...
Lunyailah esok ni....

Mesti LY lalok masa dengar taklimat....
Maknanya LY kena standby bawak spekmata purple yang ada cover tinted tu....
Agak2 borink dengar taklimat, LY bolehlah santap mata esok...

Hahaha....
LY letih ni...
Tadi layan Lia makan dekat kedai ikan bakar Sri Nikat....

Balik dari situ, LY dengan adik2 LY layan game volleyball China vs Mongolia sampai set ke-2....game delay je pun kat 821....

Sekarang ni, LY nak carik barang2 letak dalam beg untuk bawak ke Seremban esok...
LY bawak sijil je...
Baju2 semua...LY rasa tak payah kot....

Lantaklah apa nak jadi esok....
Berserah dan tawakal je....

Hari tu, kakak JPN tu kata, wajib daftar sebab dah kira gaji tarikh esok ni....
Maka............LY pun mewajibkan diri LY pergi esok....
Gila ke apa kalau belajar lama2 tak mahu kerja....
Tu tolak rezeki namanya...
LY chau dulu...
Hari dah malam ni...

 [ni storm pakcik LY]

[kenderaan pertama LY nanti....lori untuk LY seludup anak2 buah LY pergi melancong dekat Siam!!!]

~batubersurat: sibuk bebenor kawan2 LY yang posting jauh dari negeri asal....berapa kerat je yang online hari ni~

Saturday, November 20, 2010

:: Terima dengan hati terbuka ::

Salam......
Surat rasmi Urusan Seri Paduka Baginda dah dapat pagi tadi.

Tapi masih kekurangan mood untuk bertugas nanti.
Mungkin sebab masih membayangkan nak bertugas di Sabah.
Tapi setiap ketentuan tu pasti ada hikmahnya.

Yang pasti sekarang ni, abah gembira sebab tak adalah jauh sangat abah nak pergi hantar dan ambil.
Kalau dah jauh ke Sabah tu al-maklumlah abah nak tengok LY kalau apa2 jadi dekat LY atau LY yang akan lambat sampai bila ada apa2 yang jadi dekat Semenanjung ni.

Masih terngiang2 lagi, dialog nenek bila LY pernah cakap "kalaulah" LY kena posting dekat jauh seberang laut sana. Nenek cakap dalam pekat minang dia, "nanti ka-wu tak sampek nengok nenek meningga" (nanti kau tak sempat tengok nenek meninggal)
Maka, sekarang ni sekurang2nya dah bagi hati nenek tenang. Tak adalah dia bakal2 tanya kemana jauh sangat  LY merantau. Jenuh pulak nak suruh LY balik nanti sebab nenek rindu dekat LY.

Hikmah yang nyata sekarang ni, anak2 buah LY yang manja2 ganas dengan LY semua tengah membesar dan kuat mengada2 dengan LY. Dibuatnya LY duduk jauh dekat sana tu, dah jarang2 balik maka nanti anak2 buah LY dah tak mahu pula nak manja2 ganas dengan LY. Kesian pulak LY nanti disisihkan anak buah sendiri. Waaaaa..........tak mahulah macam tu.....

Hakikat yang LY kena terima, sesungguhnya LY bukan seorang yang cukup kental nak survive jauh dari kemudahan dan orang yang LY percayai. Masa hidup dekat UPM pun masih bergantung harap dengan orang lain nikan pulak nak jauh dekat seberang laut. Mahunya Sabah sana banjir bila LY menangis.

Jauh di tepi2 hati LY yang berharap nak pergi Sabah ni, tersemat rasa syukur kerana LY ditempatkan dekat negeri yang paling senang budayanya di adaptasi oleh LY. Tak terbayang dek akal LY kalau LY kena hantar dekat sebelah Pantai Timur sana tu.....Masak LY nak belajar  bahasanya nanti. 

Yang paling LY tak terkilan sebab tak dapat pergi Sabah, sebab LY dah boleh fikir pasal MASTER LY. Setahun dari sekarang LY mesti kena cari dan rebut peluang untuk sambung Master. Planning hidup LY nak sambung Master bila umur 25 tahun nanti. Maka, start dari gaji pertama, LY memang wajib kena saving untuk pendidikan LY sendiri. LY ni macam ada rasa2 nak buat master dalam kriminologi je. LY dah letihlah nak jawab soalan matematik ni......pening kepala LY nanti bila rumus addmath SPM campur aduk dengan rumus matematik yang high level ni.

Mulai sekarang ni, LY kena berhenti berangan nak hadiahkan koleksi set perabut kayu jati dari Indonesia untuk mak LY, berhenti berangan nak bagi ranger mitsubishi  untuk abah LY. Huhuhu....dan terpenting sekali, LY tak kan pasang angan2 nak pakai kereta RX8 warna oren ataupun Lancer warna hijau lagi. Apa yang LY dapat, LY syukur.

Setakat tu rezeki LY yang Allah dah tentukan....yang baik datang dari Allah...yang buruk tu dari diri LY sendiri.....

Harapan LY, semoga LY berjaya tempuh dugaan dan alam baru LY nanti....rasa macam baru nak masuk sekolah menengah......wawawaa.....memang nak masuk sekolah menengah pun!!!!
Semoga semua yang pernah ditempuh sepanjang dekat U dan masa praktikal dapat dijadikan panduan. Perjalanan yang jauh dimulakan dengan langkah yang pertama.....langkah yang harus LY mulakan adalah mendaftar di SK Wawasan Seremban 2. All the best to me and all my friends especially geng blogger...Ady, Suzi, Naa dengan Syima.....

Kepada kawan2 yang masih menunggu jawapan dari KPM, nikmati masa2 cuti ni sepenuhnya tapi jangan sampai meroyan macam kitorang sebab sindrom KPM tu...
Akan sampai masanya nanti, kitorang pulak akan ucap tahniah dekat korang....dan kitorang akan support korang kalau dapat dekat ceruk2 dunia nanti.

Cheer up sikit.....
"tepuk...tepuk..tepuk semangat"
"Semangat....semangat....semangaaatttt"

~batubersurat: Tahniah buat semua~

[semboyan telah berbunyi......eh..ni bukan semboyan!!!]

Friday, November 19, 2010

:: Jang oh Jang ::

Hari ni dah Jumaat.
Tapi surat chinta dari KPM tak sampai lagi.
Perjalanan hari Isnin depan masih belum dapat dibayangkan.
Maka benda lain yang HARUS dibayangkan adalah benda2 yang bakal ditempuh beberapa ketika ditempat baru nanti.

Perkara utama bakal ditempuh sepanjang kehidupan karier di bumi adat pepatih adalah nyanyian lagu negeri.
Benda baru yang paling utama untuk dikhatamkan dengan kadar segera.

Lady Y tak tahulah macam mana gamaknya nak nyanyi lagu yang panjang sikit dari lagu injit2 semut ni....
Ni lirik lagunya.

Tajuk: Berkatlah Yang Di Pertuan Negeri Sembilan

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan

LY malas nak layan lagu ni dekat youtube tu....broadband ni macam problem je nak load video berat2.... 
Nanti LY belajarlah dekat sana....
Mesti setiap minggu kena nyanyi lagu ni....
HUHUHUHU...
Selamat tinggal lagu negeri Selangor...

Lepas ni, kalau dapat sekolah yang area kampung dekat Labu ke...Rembau ke...Tampin ke...Jempol ke....alamatnya LY akan bahasakan diri ni "den" atau "sey" yo lah....
Nak panggil orang lain LY guna  "ekau" yo...

LY ni ada rasa gerun2 sikit nak tinggal berdikari ni jauh dari omak abah LY ni...
LY ni bukannya pandai sangat nak buat itu buat ini.....
Alamatnya nanti LY kena cari family angkatlah kat Negeri 9 tu nanti....

LY belum boleh berfikir pasal tempat tinggal LY lagi dekat sana ni...
Macam mana gayanya nak duduk sendiri nanti...
LY ni belum ada pengalaman tinggal rumah sewa ni...
Minta2 nanti adalah teman dekat tempat baru....
Haru jugak kalau LY kena posting sorang2 dekat sekolah nanti....

Mahunya LY suruh mak abah LY temankan LY seminggu dua sampai LY biasa dekat tempat baru....

Tak sabar nak tunggu hari taklimat nanti...
Nak tengok apa gayanya bakal2 cikgu baru yang 306 orang termasuk LY nanti dekat Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban tu...


 
~batubersurat: LY masih bersedih tak dapat pergi Sabah~

Wednesday, November 17, 2010

Lia dah setahun.

9/11/2011 yang lepas adalah hari jadi Adelia Najla yang pertama.....
Tapi birhtday party dia buat hari Sabtu lepas...

Siap buat meeting tu nak bincang masak apa malam tu....
Dahsyat along nak buat birthday party puteri sulung dia.....
Sanggup tak buat birthday Aliff n Najhan tahun ni...semata2 nak raikan Lia seorang je...

[Lia dengan ibu dan Aliff]

[aksi potong kek dari Lia yang pemalu]

Dah lupa apa yang jadi malam tu....
Dah lama sangat LY simpan dalam kepala....
Sampai terlupa apa aksi2 pelik anak2 buah LY buat malam tu....
Yang penting enjoy............

[muka mengantuk maktam Lia yang ambil kontrak potong kek malam tu]

~batubersurat: sembahyang raya pagi esok pun, LY nak dress up macam ni je~

Monday, November 15, 2010

:: Probability ::

Kebarangkalian yang bakal terjawab minggu depan.

ikut dalam senarai semakan GSST tadi. Dapat sekolah menengah....
Tapi tak tahulah jenis apa kan...
Aku agak2 sekolah harian biasa je....

Antara kebarangkaliannya adalah....
1-SMJKChan Wa
2-SMJK Chi Wen
3-SMJK Chung Hua, Kuala Pilah
4-Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Makmor
5-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said
6-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas
7-SMK Tunku Kursiah
8-SMK Tunku Ampuan Najihah
9-SMK King George
10-SMK Bukit Jalor
11-SMK St. Paul
12-SMK Methodist (ACS) Seremban
13-SMK Seremban 2
14-SMK Seri Ampangan
15-SMK Seri Pagi
16-SMK Bandar Baru Serting
17-SMK Bukit Mewah
18-SMK Bukit Saujana
19-SMK Dato Mohd Taha
20-SMK Datuk Mansor
21-SMK Encik Khairudin Ahmad
22-SMK Jalan Raya
23-SMK Jalan Tokong 5
24-SMK Kompleks KLIA
25-SMK Pendeta Za'aba
25-SMK Puteri Seremban
26-SMK Senawang
27-SMK Seremban Jaya
28-SMK Bukit Kepayang Seremban 2
29-SMK Taman Tuanku Jaafar
30-SMK Tan Sri Belakang Bacang
31-SMK Tinggi Port Dickson
32-SMK Tuanku Muhammad
33-SMK Tunku Besar Tampin
34-SMK Yamtuan Hitam
35-SMK Za'ba
36-SMK Tunku Besar Burhanuddin


Kebarangkalian yang mustahil dicapai
1-Sekolah Menengah Teknik Ampangan
2-Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja
3-Sekolah Menengah Teknik Datuk Undang Hj Mohammad Sharif
4-Sekolah Menengah Teknik Juasseh
5-Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang
6-Sekolah Menengah Teknik Port Dickson
7-Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
8-Sekolah Menengah Undang Rembau
9-Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar
10-Sekolah Menengah Sains Seremban
11-Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
12-Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Jempol
13-Sekolah Datuk Razak

Agak2nya dekat manalah jajahan takluk yang Lady Y dapat nanti ye...


[Lady Y suka sekolah yang ada bangunan kolonial macam King George V ni]

Hati dirobek oleh KPM

Baru je bergumbira sakan tadi sebab dapat SABAH...
tapi bila call jpn Sabah, diorang kata nama Lady Y tak ada....

Lady Y tepon KPM....diorang suruh tunggu surat....

Petang tadi jam 6, Lady Y masuk website KPM balik, diorang suruh semak status balik...
Maka tempat yang di bagi adalah....

Sempadan jalan rumah Lady Y je....
Rasa nak je lempang pegawai2 KPM yang uruskan semua ni....

Lady Y rasa nak meraung je.....tapi dah petang sangat....nanti kena sampuk pulak dengan jin ifrit....


Rumah Lady Y ni dekat sempadan jalan Hulu Langat- Kuala Klawang....
Kalau dapat sekolah area Jelebu, CONFIRM Lady Y ulang alik dari rumah je!!!!!!!!!!!

~batubersurat: Mesti abah Lady Y lagi kuat doa dari Lady Y ni....tu yang dapat dekat~

:: Karambunai, here I come!! ::

Trettttttttttttttttt....
Yeeeeehhhhaaaaaaaaaaaaaaa....
Keputusan posting dah keluar....
Maka keputusan pun dah tahu....

Ke-gummmmmmbbbbiiiiiiraaaaannnn yang sangat terserlah....
Berjejai status dekat FB pasal posting.....
Terutama sekali Ady yang tak berapa pasti tempat dia....
Sabar kawanku.....

Lady Y?????????
Kat mana....
Walaupun tak pasti lagi....tapi cukup nak menggembirakan hati yang meroyan hari2....

Alhamdulillah......doa dimakbulkan....
Angan2 nak jadi lifeguard dekat KARAMBUNAI dalam entry Serius dulu termakbul....

Masa isi form memanglah minta dapat Selangor dengan Negeri Sembilan....
Tapi bila doa, hari2 minta dapat Labuan atau Sabah atau Sarawak.....

Syukuuuuuuurrrrrrrrrrrrrrr sangat2....
Dapat Sabah!!!!!!!!!!!
Waahhh....boleh bersantai gila2 dekat Karambunai nanti....
My dream place to holiday!!!!!!!!!

Pagi tadi online sampai tengah hari.....tapi tak boleh check...
Diorang kecoh kata jam 3 nanti baru update web KPM tu....
Bila adik Lady Y panggil tolong dia settlekan kontrak KERISIK datin tu, Lady Y pon off la laptop....

Tengah syok tumbuk2 lesung batu sambil pikir kat mana lah dapat ni....tetiba Yana mesej kata dah boleh check....
Zaaaaasssssssssss.....
Sepantas kilat.....on kan kuasa!!!!!!!!!!!!
Chot chet dulu kat FB tengok status kawan2....

Zasssss......
870215XXXXX
SABAH!!!!!!!!!!!!!
Waaaa........suka.....sedih....takut.....
Semua ada....

Sekarang ni 1 je yang tengah berlegar2 dekat kepala....
Mahu cakap apa dengan abah petang nanti ni.....
Nak tepon sekarang, agak tidak kesopanan lah tu kan.....
Huhu....
Bermenung jauh lah gamaknya abah seminggu sebelum ady Y pergi ni....

Mode masih belum mempercayai kena hantar dekat Sabah....Dah telefon JPN Sabah, tapi tak dapat....talian sibuk!!!!!!!

 ~batubersurat: sedih tak dapat attend nikah kahwin best friend Lady Y nanti~

Sunday, November 14, 2010

:: senyap bukan bererti kosong ::

Salam sayang semua....
Seminggu ni macam2 rasa ada dalam diri Lady Y ni...
Ada yang rasa gembira pasal kawan2 dah tahu negeri posting.....rasa gementar  pasal microteaching Mara...
Ada rasa berdebar2 nak tahu tempat posting minggu depan....
Ada campur sikit perisa ke-teruja-an nak buat apa bila dapat first gaji nanti....
Campur pulak dengan rasa penat buat gathering persatuan semalam...
Semua tu dirangkumkan menjadi kenangan rasa2 manis seminggu...

Dalam pada tu, ada juga garam yang terlebih dalam rencah kehidupan ni....
Mula2 Lady Y nak buat entry ala2 mengamuk....
Tapi bila tak berkesempatan...Lady Y luah je lah apa yang masih berbaki dalam hati Lady Y ni...

Dalam minggu ni, Lady Y dapat berita tergempar....
Lady Y sayang dia....dan orang2 dekat keliling pun sayang dan ambil kisah mengenai dia....
Tapi kasih sayang yang diberi dibalas tuba....

Persepsi Lady Y berubah dari kedudukan latitud longitud Kutub Utara bertukar ke Kutub Selatan...
Bukan sahaja pandangan terhadap dia telah Lady Y alihkan.....
Tapi juga rasa prihatin dan keakraban juga telah Lady Y jarakkan....

Hati Lady Y menangis bila dapat tahu hal ni...."sampai hati buat macam ni" monolog yang mengganggu telinga dan mata Lady Y setiap kali terpandang dia, dan mendengar nama dia di sebut....

Nikmat dunia mana yang mahu di kejar sehingga menggoncangkan bumi yang di pijak....
Keseronokan apa yang dicari sehingga lupa pada agama dan keluarga....
Kebebasan apa yang di gali lagi sehingga tercampak suatu harta yang tiada tolok banding nilainya....

Lady Y sedih....hakikatnya....Lady Y sangat2 marah...
Tapi apa lagi yang boleh di lakukan....waima Lady Y bukan siapa2 yang boleh bersuara lantang bertanya itu ini.....
Lady Y masih punya rasa simpati....
Biarkan simpati Lady Y ni menjadi kunci penutupan sebuah kesalahan buat sementara waktu....
Bukan niat menjadi daging hitam....

Andai bangkai gajah yang ingin ditutup.....bairkan kuasa lalat dan langau menentukan bilakah masa akan terbau busuknya....

Inilah yang namakan kehidupan....
Kita yang memilih jalan hidup kita...
Maka kita juga yang harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi..........


~batubersurat: Lady Y mendoakan agar virus yang boleh tersebar bersama deruan nafas tidak bermaharajalela agar tiada hutang yang perlu dijelaskan~

Saturday, November 13, 2010

:: seRius ::

Dulu Lady Y suruh korang serius bila mengadap title entry SeriuS kan....
Kali ni LY nak suruh korang santai2 serius je....
Jangan ada rasa nak gelak....mahupun sengih sorang2...atau lebih teruk keluar air mata terharu....
Korang relax je baca entry yang ni....
Tahap serius hanya macam kuasa enjin memutarkan cawan pusing di funfair...

LY tetiba terpikir nak golek2 manja dengan topik serius yang bakal melanda diri setiap orang bila dah masuk alam berduit....walaupun LY belum masuk ke alam tu...tapi LY nak buat perancangan dulu....
Hidup ni mesti rancang....Allah akan tentukan...bila dah rancang ni, harap2 boleh la ikut kan...

Topik LY kali ni adalah KENDERAAN.
Menarik kan tajuk nih!!!!
Teruja LY nak men-serius-kan setiap ayat yang bakal keluar....

Topik ni boleh jad panduan kepada bakal2 guru yang merangkap kawan2 LY yang akan dipostingkan tak lama lagi...bukan untuk LY je topik ni...

Mula2 sekali, LY sarankan korang yang bakal bekerja dikawasan yang femes beberapa hari dekat TV....korang patut simpan duit untuk beli benda kat bawah ni...

LY serius ni...kan beberapa hari ni dalam TV story cerita pasal banjir je...maka LY bagi persedian awal dekat korang....masa bujang2 ni yang kecik2 okaylah kan...nanti2 korang modified la apa yang patut lagi....nak tambah rak tempat letak dokumen penting ke kan....semua tu penting tu!!!!!! Kalau ada yang dapat area yang guna air sebagai jalan utama, korang get ready duit nak beli enjin la nanti...sampan dengan bot mesti senang nak dapat kat kawasan macam tu kan.....

Seterusnya, LY macam ada perasaan nak beli pacuan 4 roda (4 X 4 )...
Pada mereka yang bakal duduk berdekatan dengan hutan simpan atau Taman Negara...ni lah peluang korang nak buat duit time2 cuti nanti....buat kereta sewa masuk hutan ke...sambil tu boleh join venture group2 4X4 yang ada dekat Malaysia ni....join aktiviti berburu dan cari ikan dalam hutan tebal.....SERONOK sangat aktiviti ni....tapi letih dan azab sikitlah keadaannya dalam hutan tu...ni bagus untuk mereka yang tahan lasaklah kan....
Kakak ipar LY kata, "kalau Atam masuk hutan, mahu seminggu demam!!!!!!"
Hahhaha....along LY gelak...
Tu tanda LY ni jenis lembik dan tak boleh penat....

Kalau LY beli 4x4 pun, buat model tempat orang nak ambik gambar dekat jalan nak masuk hutan rekreasi je....boleh jugak dapat duit....kuang3....



Next, kita nak kenderaan apa lagi....erm....LY rasa semua cikgu patut ada BASIKAL letak kat sekolah....
Motif?????
Sebagai kenderaan riadah di padang masa hari sukan, bila ada ko-kurikulum dan sewaktu dengannya.....disamping boleh jimat minyak kenderaan bermotor....kita dapat jugak keluar peluh dan mengekalkan kesihatan....Dan boleh jugak jadi kenderaan sewa kepada anak2 murid yang gian nak berbasikal di kawasan asrama diorang....(maknanya korang jadi warden la tu kan!!)


LY ni baik hati, LY bagi cadangan semua yang bagi faedah banyak je....nak dengan tak nak je kalau korang nak ikut....
Hari2 LY fikir benda2 serius untuk kepentingan sejagat....ingat LY ni tak prihatin ke dengan masalah yang melanda orang2 dekat Malaysia ni...
Nilah salah satu usaha LY meringankan beban bakal2 buruh dekat Malaysia ni.....
Kuang3.....serius LY sayang dekat korang yang ikut cadangan LY ni....

~batubersurat: LY ada perasaan nak beli piring terbang UFO lah...kene pakai lesen tak????~