Friday, January 27, 2012

Cuti....+ sambung belajar

|
|
|
|
|
|
|

Salam Takzim.
Sedar tak sedar hari ni sudah malam Sabtu....macam mana nak sedar kalau tiap2 masa asyik tidur je...berjaga beberapa jam je sepanjang seminggu ni.
Bangun pagi sah2 paling awal 9:30 pagi...petang sambung lagi tidur.
Terlebih tidur punya pasal, tup2 dah nak masuk hari Sabtu.

Malas nak lama2 dekat Lui ni...memangdangkan asyik melingkar macam ular je dekat rumah ni, ada baik LY balik PD baca buku atau tanda buku budak2.

Dalam masa beberapa hari lagi dah nak genap umur jubli perak. Preparation untuk sambung master tak buat apa2 pun. LY rancang lepas budak2 habis PMR lah baru nak fikir. Course apa nak ambil....nak buat kat mana...nak pinjam duit kat mana.

Dah terlanjur duduk depan laptop membukak blog ni LY rasa just nak share apa yang LY dah fikir masa dulu2 kat sini je lah.

Nak sambung niat mesti betul. Kalau niat saja2 nak berlagak baik tak payah sambung. Tu dah masuk kategori riak. Korang tahu tak, dekat India atau Indonesia....walaupun korang nampak dia tu kerja cikai je....tapi sebenarnya dia master atau paling cikai pun diorang ada degree.

Kalau dekat Indonesia, diorang panggil S1. Maksudnya Sarjana muda. Master pulak diorang shortkan jadi S2 (sarjana level 2). Dan bila diorang kata nak buat S3 tu maksudnya diorang nak buat doctorate atau dekat Malaysia ni kita suka sebut buat pHd.

So dekat sini, LY nak jelaskan bahawasanya, nak sambung belajar ke peringkat tinggi tu adalah untuk lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta. Bukannya nak meraih pujian di mata manusia.

Ilmu yang dicari tu pulak mestilah yang bermanfaat. Tak berbaloi lah kalau nak buat master dalam ilmu SIHIR kan....huhuhu....

Lepas tu kena pulak fikir dekat mana ilmu tu nak dituntut. Kalau zaman dulu2, orang akan berlumba2 merantau ke pusat ilmu berkembang sebab dekat situ terdapat ramai golongan ilmuan. Contoh macam dekat Baghdad...Cordoba....Al-Azhar Mesir.

Dan 1 lagi perkara penting yang harus di fikir adalah hal2 kewangan. Kalau kita hidup sebatang kara, masalah ni hal kecil je even kita tak ada duit sebenarnya. Sebabnya, Allah akan memudahkan urusan yang baik ni. Asalkan ada semangat, semua pun boleh. Ada je orang yang merantau cari ilmu berbekalkan duit tambang dan berjaya jugak tamatkan pengajiannya. Macam mana??? Bila sampai dekat tempat pengajian tu, ada yang jadi orang gaji tuan gurunya...sambil bekerja, sambil tuntut ilmu. Ada jugak yang jadi pekerja di tempat pengajiannya. Semua ni berasaskan niat yang suci murni.

Tapi, macam situasi sekarang ni, masalah kewangan adalah dari segi bekalan keluarga sepanjang kita mencari ilmu. Jangan sebab kita, orang lain pulak jadi susah. Tu dah salah tu. Dah tu, hutang yang sedia ada ni siapa yang nak tanggungkan....dah pandai pinjam...tak reti nak pulangkan balik!!
Huhu...memanglah boleh tangguh, tapi tak syoklahkan...
Mana2 yang tak ada hutang tu, bolehlah senyum lega....

Antara beberapa impian LY (tak salahkan nak berangan)...huhuhuhu...
1- sambung pengajian di tempat yang ada budaya dan nilai2 tamadun yang tinggi....contoh SCOTLAND...atau negara timur tengah macam MESIR barangkali.
2- tak dapat yang nombor 1 kat atas...nak sambung di negara yang mempunyai nilai2 bahasa serumpun dengan Malaysia....contoh BRUNEI atau INDONESIA....sebab bahasa jiwa bangsa.
3- Kalau sambung dekat INDONESIA, nak mendekati dunia pesantren. Cari ilmu dunia dan ilmu akhirat sekaligus. Tapi kena hati2 jugak...takut terjebak dengan ajaran sesat...jadi naya pulak.
4-pilihan course tu yang senang2 je lah....tak payahlah nak buat yang susah macam bidang Sains yang ambil masa lama dalam makmal...penatlah duduk dalam makmal tu....cukup2lah masa buat matrik dan degree dulu tu....walaupun demi menaikkan martabat bangsa dan agama, LY serahkan pada yang lebih layak je lah....LY terus terang kata tak mampu. Takut nanti, terkandas pulak study.
5- nak lari dari bidang matematik, kimia, perguruan.
6- bidang penulisan macam kewartawanan atau jurnalist....scope bidang untuk penulisan alam sekitar atau perundangan. Kat Malaysia ni, ruang2 macam tu jarang ada dalam akhbar atau majalah2. Kalau ada pun, penggunaan bahasa tak mengikut terma2 yang sepatutnya. Atau, akhbar biasa menggunakan bahasa mudah. Sebab menganggap rakyat Malaysia ni cetek bahasa. (kalau tak cuba, sampai bila rakyat Malaysia nak maju). Sampai bila nak harap KARAM SINGH WALIA berperibahasa dekat TV3 tu...
7- okay...tu je....impian yang macam bukan impian je kan....huhuhu....apa2 je lah...lain orang lain citarasa.....

Dah lah...merepek panjang pulak LY ni...bukan ada yang peduli pun. Kalau ada pun, buat kita sakit hati je....nak provok kita yang bukan2, yang merimaskan....hidup kita, tahulah kita nak pikir ye dak?? Bunyi macam berlagak je kan...ops...bukan berlagak...ni prinsip. Boleh cenggitu???? Hahaa...apa2 je lahkan...


~batubersurat: orang lain dah ke bulan...LY ni, USM pun belum jejak lama....

Monday, January 23, 2012

Cuti...cuti...dan cuti.

|
|
|
|
|
|
Salam takzim semua.
Selamat bercuti semua.
Seminggu wooooooooooooooooo....

Untuk hari pertama iaitu Isnin yang harmoni di Lui ni LY bangun jam 10:13 pagi.....terbaik!!! Nampak sangat tak boleh kahwin lagi kan!!!!

Petang pulak, Lui hujan...bertambah syahdu lah mata ni. Apa lagi....haruslah melelapkan mata...landing jam 3 bangun balik jam 6.....sungguh best cuti ni....

Biarlah orang lain sibuk dengan liburan...yang penting LY dapat qada tidur!!!!

~batubersurat: balik kampung dah tak berapa nak syok sekarang ni....almaklumlah, kawan2 kerja bidang lain2~

Monday, January 16, 2012

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN

|
|
|
|
|

Disebabkan ayat syima kata yang entry sebelum ni takut ada yang jadi sakit hati. LY dengan rasa bertanggungjawabnya menyimpan buat simpanan je lah....walaupun sebenarnya tak ada orang pun dekat sekolah tu tahu LY ni ada blog. What everlah kan....at least ada jugak yang baca tadi....


So sebagai ganti.....ni LY amek dari cik GKSB....
JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu ♥
apa2 je lah kan.....happy2 selalu.

Sunday, January 8, 2012

Kenali personaliti

|
|
|
|
|
|
|

Salam takzim.
Dah lama tak mensemakkan dunia maya ni.
Kali ni nak cerita pasal ZODIAK...ataupun PERSONALITI IKUT TARIKH LAHIR...atau boleh jugak kata SIFAT2 MENGIKUT BULAN KELAHIRAN.
Apa2 pun boleh lah...asalkan ada kena mengena dengan tarikh lahir...bulan lahir.

Awal mula pertama mula nak bagi tahu ke kamu2 semua bahawasanya benda2 ni adalah dilarang sama sekali untuk dipercayai kerana dikhuatiri membawa kepada kepercayaan karut.
Ke-tahyul-an tu tak bagus ya adik2.
Ingat tu pesan ustazah yaalifnun korang ni!!!

"Kalau benda ni tahyul, buat apa orang pergi kaji"
"Betul jugak tu kan!!!???"

Mana yang baik kita ambil pengajaran...mana yang buruk kita tinggalkan dan perbaiki.

Ni LY nak cerita pasal diri LY je.
Sebab2nya kajian2 ni memang banyak betullah persamaannya dengan LY.

notaminta: ni ciplakan website Indonesia....kamu2 faham sendiri je lah ayat Bahasa Melayu Indonesia ni. Ada sikit kosa kata yang LY dah gantikan. Bagi memudahkan kamu2 memahaminya dan memahami diri LY juga.

Zodiak LY: Aquarius (21 Jan- 18 Feb)

  • Ramah dan baik hati, Mudah simpati. 
  • Bersedia membantu kesulitan teman-temannya.  Namun ia selalu menjaga jarak tertentu dengan orang yang berada di sekelilingnya. 
  • Kadang-kadang sulit bagi kita untuk benar-benar mengerti jiwanya. 
  • Jenis ini memiliki perasaan sosial tinggi. 
  • Dan pemikiran seorang Aquarius selalu progresif. 
  • Ia tampak moden dalam cara berpikir, namun selalu bersikeras mempertahankan pendapat sendiri. Sulit sekali memberitahukan bahwa ia telah melakukan kekeliruan. 
  • Mereka sulit menaruh kepercayaan pada orang lain, kecuali orang itu benar-benar dipercayai olehnya.
*** LY ni memang susah nak mengaku salah. Dari kecik memang pandai buat muka tak bersalah....buat derk je kalau ada buat salah.....so that tak kantoi dengan Datin A yang amat garang masa LY kecik. Yang jadi mangsa orang lain...
*** LY percaya abah LY je....kalau naik motor dengan adik2...Allah je tahu yang LY tak berapa nak percaya dengan diorang boleh bawak LY dengan selamat.
*** Siapa yang faham sikap LY tu..memang superb..

Baca lagi dekat bawah ni...memang LY rasa kagum je bila baca....almaklumlah...LY ni kan aquarius.

Para Aquarius bersifat progresif, inovatif dan penuh gagasan. Individu ini sangat progresif dalam cara berpikir, cenderung individualistik dan enggan mengikuti keramaian.  Walaupun pada dasarnya mereka tidak antusias untuk menjadi pemimpin, beberapa diantaranya berhasil menjadi pemimpin. Sikapnya eksentrik, penuh keyakinan, namun keras kepala. Mereka cenderung bersikap adil. Dalam bekerja selalu penuh keseriusan, walaupun dari luar mereka nampak tenang, namun di dalam hatinya mereka sangat takut dan gugup. Aquarius suka barang-barang mewah, namun tidak serakah. Mereka tidak menyukai adat istiadat dan peraturan-peraturan kuno dalam keluarganya dan cenderung melanggar peraturan. Mereka suka mengikuti kata hatinya bila menyangkut masalah perasaan. Mereka cenderung menyakiti dirinya sendiri daripada menyakiti orang lain. Aquarius dapat menyelesaikan masalah karena mereka mampu keluar dari dilema. Mereka peduli pada hal-hal besar dan sangat manusiawi. Aquarius pribadi yang senang menyendiri, perlu banyak waktu untuk mengenal mereka karena mereka hanya membuka diri pada orang yang mereka percaya, hormati dan cintai.

Yang kena bold tu kira banyak lebih dari kurang dalam diri LY.

15/2/1987 = 16 Jamadilakhir 1407
Meh kita baca personaliti LY ikut bulan kalendar Islam pulak. Tapi sikit je LY jumpa. Malas nak google banyak malam2 ni.

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Terimakasih kat mak abah yang dah didik LY masa kecik2....dah besar ni, alhamdulillah boleh berbakti walaupun bukan pada semua, sekurang2 nya LY boleh berbakti pada mak abah.


Ni pulak ramalan berdasarkan tarikh 15 Feb
Ramah-tamah, berpikiran sehat, tidak suka melamun dan sangat senang bila dipuja, serta suka mengejar nama dan kedudukan namun semangat bekerjanya memang baik sekali. Kecakapan berbuat dan kecerdasannya bisa membuatnya sukses dan dapat menjadi seorang penasehat yang baik. ..

Perggghhh...penasihat terbaik tu...siapalah yang jadi mangsa konsultasi LY tu memang naya la agaknya hidup beliau.

Yang ni berdasarkan bulan Februari pulak
  • Berfikiran abstarak
  • Sukakanbenda yang reality dan abstarak
  • Inteligent, bijak dan genius
  • berpersonality yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi
Panjang lah pulak....apa yang boleh diperkatakan...kira betullah kajian ni....

Okaylah...sampai sini je nak cakap pasal diri sendiri dan orang2 yang lahir dalam bulan Februari, zodiak aquarius dan Jamadilakhir.

Selamat malam

~batubersurat: member best bagi aqua adalah Gemini macam mak LY.

Thursday, January 5, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Takwim Duapuluh Duabelas

|
|
|
|
|
|

Salam takzim.
Ni TAKWIM LY untuk tahun duapuluh dua belas.

Januari - masuk sekolah....kerja....kerja....kerja....bayar bil astro, broadband, bil letrik, bil air...cuti tahun baru cina...kenduri kawen...kerja....

Februari - kerja....kerja...kerja....BESDAY LY....bayar bil astro, broadband....kerja...kerja....beli speaker besar....

Mac - kerja...kerja...kerja...cuti sekolah seminggu, kenduri kahwin...kerja...kerja...kerja....bayar bil astro, broadband, elektrik, air....kerja....

April - kerja...kerja...kerja....Family BBQ...bayar bil astro, broadband....kerja...kerja...

Mei - kerja...kerja...kerja ....cuti sekolah seminggu, kenduri kahwin...kerja...kerja...kerja....bayar bil astro, broadband, elektrik, air....

Jun - kenduri kawen....kerja..kerja..kerja....bayar bil astro, broadband....kerja....

Julai - kerja....kerja...kerja....puasa...kerja....bayar bil astro, broadband, elektri, air...kerja...kerja...ambik anak angkat...

Ogos - ..kerja...kerja...kerja....cuti...raya....kenduri kawen, bertunang...bayar bil astro, broadband, elektrik, air....kerja....

September - kerja...kerja...kerja.... bayar bil astro, broadband....kerja...kerja....

Oktober -  kerja...kerja..kerja.....bayar bil astro, broadband, air elektrik....PMR...kerja...kerja...

November -  kerja...kerja....KORBAN...kenduri bertunang...kenduri berkahwin...cuti....

Disember --- CUUUUUUUUUUUUTTTTTTTTTTIIIIIIIIIIIII.....kerja.


Yang LY bawak dari duapuluh sebelas ke tahun duapuluh dua belas ni adalah LY masih lagi bujang. Masih tak ada kereta. Tinggal kat kuarters guru Lukut lagi..

Benda2 penting kena higlight.
-umur dah suku abad.
-postponed further study...nak concentrate jaga kelas exam PMR.
-tingkatkan amal ibadat.
-kurangkan tengok TV masa waktu maghrib.
-nak kahhhhhhhhhhhhwwwwwwwwwwwwwiiiiiiiiiinnnn.....hahahha.....no.49, Batu 23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor....ni alamat rumah....siapa nak masuk minang boleh datang jumpa mak abah....hahahha....
STOP!!!

~batubersurat: kerja...kerja...kerja....

Sunday, January 1, 2012

Malam Tahun Baru 2012

|
|
|
|
|
|

Salam takzim.
Ni cerita pasal malam tahun baru LY.

Awal cuti LY hari tu, LY, kakngah, Esah pakat nak buat makan2 untuk sambut birthday abang LY seibu seayah yang paling tua.
Hari jadi dia 1 haribulan Januari.
So...tiap2 tahun pun bila tahun baru, semua orang takkan lupa birthday abang Ijal.

Before ni kakngah LY request nak makan kat satay station dekat ampang. Tapi...rancang punya rancang...last2 jadi kenduri tahlil dan jamuan tahun baru semalam.

Budget nak buat kecik je pun...hajat nak panggil jiran tepi rumah je. Tapi last2...panggil geng surau mak abah sekali. Siap buat doa tahlil untuk arwahyarhamah nenek LY yang baru je tegak batu nisan semalam.

LY sebagai floor manager memang sibuk dan buat2 sibuk. Nak pastikan semua orang buat kerja.
Semua adik beradik menjalankan tugas dengan baik termasuk ipar duai sekali.

Majlis mula dengan bacaan tahlil dan doa. Lepas tu tiup kek...
Spesial suprise untuk mak abah LY....atas kek tu kitorang tak letak happy birtday pun...
Tapi letak Happy Anniversary mak abah ke-33.
Pengantin kena potong kek dan makan suap gitu.
Meriah macam selalu bila rumah LY ada keramaian. Murah rezeki tuan rumah orang sudi datang.

Overall, alhamdulillah sebab tak hujan masa lepas orang baca doa dan sepanjang majlis makan. Siang tu dah cuak jugak sebab hujan lebat.

Anak2 buah semua sibuk main sampai kepenatan. Makanan habis tak membazir. Thanks kepada orang kampung yang sudi datang meriahkan majlis. Lepas ni kami buat lagi.
Suka2 untuk bersama mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga.

Next time, LY upload gambar. Kalau tak sibuk.
Muaaahhh....happy new year everybody.

Entri #1 untuk 2012

|
|
|
|
|
|

Salam takzim.
Dah separuh petang 1.1.2012 pun.
Tetiba berperasaan untuk update blog.

Entri ni nak review sebenarnya.
Review berkenaan filem Ombak Rindu.
Asyik orang lain je buat review kan....LY pun nak jugaklah buat review filem ni.

REVIEW OMBAK RINDU

LY baru je lepas nonton cerita ni dekat astro first. Akak LY sungguh2 sangat nak tengok cerita ni. Memandangkan ramai dekat rumah ni....so langganlah jam 12  tengah hari tadi.

Memandangkan cerita tu start dah separuh jalan, so kitorang decide nak tengok jam 1.

Lepas tengok...dan menilai cerita ni.
Kat bawah nilah hasil review yang LY boleh simpulkan. (padahal orang lain dah lama buat review)

1- macam tengok CEREKARAMA je LY rasa. Takpun dramaRia yang selalu keluar dekat Astro Ria tu je.

2- nothing yang special except lokasi rumah, deko rumah dalam movie ni.

3- klasifikasi sesuai untuk Ombak Rindu adalah 18U. Umum untuk yang dah boleh fikir bab2 kahwin. Adegan2 yang tak patut tak sesuai untuk pemahaman cerita bagi kanak2.

4- tiap kali nama Mail kena sebut, anak buah LY suka kata, Mail 2 Seringgit. (nama watak dalam Upin Ipin). Lepas ni pengarah kena cari nama2 yang tak ada kaitan dengan kartun2 femes yang guna nama Ke-Malaysia-an.

5- seingat LY, hanya jalan cerita je ikut buku. Rasa macam situasi tempat, tempat tinggal pelakon utama semua jauh berbeza dari buku novel kalau tak silap.

6- tak sedih pun!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~batubersurat: Kepenatan di tahun baru sebab sambut birthday abang yang ke-32 malam tadi.