Thursday, March 31, 2011

Bekerja Itu Ibadah

Salam sayang semua....

Best kan tajuk entry ni...macam tajuk Al-Kuliyyah TV3 kan....

Entri kali ni lebih kurang macam al-Kuliyyah versi perkataan lah jugak....


Kerja itu ibadah…..LY rasa hampir semua orang pernah dengar atau baca phrase ni…. Tak kisahlah kalau kerja tu cuma sebagai peon ke….atau mungkin sebagai pembuat kopi di pejabat saja barangkali. Semua kerja yang halal itu adalah ibadah. TETAPI betulkah kerja yang kita lakukan sekarang ini hanya sekadar kerja atau telah mencapai status kerja sebagai ibadah….  

LY hanya ingin meluahkan pendapat berdasarkan persekitaran kerja LY yang baru 3 bulan LY tempuhi ini….Sesebuah sekolah tidak akan berjaya sekiranya hanya GURU dan murid sahaja yang menyumbangkan tenaga dalam melaksanakan ibadah mereka. Tetapi, kejayaan sesebuah sekolah itu juga berkait rapat dengan terlaksananya ibadah (kerja) seorang tukang kebun, peniaga kantin, pembantu makmal sekolah dan juga KERANI-KERANI di bahagian pengurusan pentadbiran sekolah.

Jika kita bertugas sebagai tukang kebun tetapi kita tidak melakukan tugas/kerja dengan betul maka sekolah akan menjadi suram, kotor dan akan menjejaskan persekitaran sekolah yang mendorong kepada ketidakselesaan untuk belajar. Maka, seandainya kita hanya bekerja sebagai seorang tukang kebun, kita tidak boleh hanya berfikir tugas kita sekadar menjadi tukang kebun tetapi kita harus berfikir kita juga adalah penyumbang utama kepada kejayaan sekolah tempat kita bertugas. Kerana tugas kita sebagai tukang kebun, maka kita menyumbang kepada persekitaran yang kondusif untuk proses pembelajaran. Dengan itu, barulah kerja kita itu layak dikatakan ibadah. Kerana, kerja kita itu telah member manfaat kepada orang lain.

Sebagai seorang peniaga kantin juga, perniagaan kita bukan sekadar mengaut keuntungan. Tetapi kita juga perlu menjaga kebersihan makanan, kebersihan tempat memasak, kebersihan kantin dan kualiti makanan yang di jual. Kerana, menjadi peniaga kantin adalah kerja yang menyumbang kepada ibadah kerana kita telah memberi manfaat kepada murid-murid, guru-guru, dan kakikatangan sekolah untuk mengisi perut mereka sewaktu lapar selanjutnya memberi tenaga untuk mereka-mereka ini melakukan kerja.

Bekerja sebagai seorang kerani atau pembantu am rendah di pejabat sekolah juga adalah suatu ibadah sekiranya kita melakukan tugas kita sehabis baik. Tugas menyebarkan maklumat, mengumpulkan maklumat, menyimpan data, membuat salinan dokumen-dokumen yang diperlukan guru hendaklah dilakukan dengan cepat, cekap dan cermat. Di ikuti juga dengan raut wajah yang ceria dan layanan penuh mesra BESERTA niat yang ikhlas bersamaan pertuturan yang berhemah semasa atau selepas sesuatu tugas di selesaikan.

Seorang guru bukan sekadar mengajar didalam kelas tetapi juga harus memastikan pelajar tidak merayau sewaktu PnP dijalankan. Seorang guru perlu mengawal disiplin pelajar, mendenda pelajar yang melakukan kesalahan, mengambil tindakan tatatertib sekiranya pelajar terus melakukan kesalahan kerana ibadah seorang guru adalah untuk memastikan muridnya memberi manfaat kepada orang lain, bukan memberi masalah kepada orang lain. 

Seorang guru yang telah diberi tugas perlu melaksanakannya dahulu dengan sehabis baik bukan mencari alasan sebelum melakukan kerja. Seorang guru yang telah ditegur akan kesalahannya perlu muhasabah diri untuk perbaiki kelemahan diri bukan menjadikan alasan yang telah berlalu sebagai faktor utama kepada kegagalan dalam melaksanakan tugas.

Sekian entry ala-ala al-Kuliyyah TV3 versi ayat  karangan dari LY walaupun tak ada dalil dan nas. Sekadar sebagai peringatan kepada diri sendiri, rakan-rakan guru baru SMKRJ, staf-staf SMKRJ dan semua yang membaca. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

~batubersurat: nak print lepas tu edar dekat semua staf dan cikgu okay jugak kan!!!~

Monday, March 28, 2011

Apa Yang LY Mahu

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang

Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri


Sofea Jane-Black

Semenjak merempat di rumah jiran blok C....LY telah terjebak dengan tayangan samarinda TV3, Delaila-Samson....


Semenjak terjebak dengan cerita Fasha Sandha tu kan....LY pun tersuka dengan lagu Black Mentor ni.....




Ni semua berpunca kuasa dua dari kak Sha la ni....


Apa yang ku mahu......adalah sebiji TV di rumah sewa ini!!!!!
~batubersurat: Selasa ni episod last~

Sunday, March 27, 2011

A PERSON I LOVE THE MOST

Salam sayang semua.
Harap pembaca semua mengambil mood untuk membaca karangan panjang berjela dari LY... :)
Sebelum pembaca semua membaca dengan lebih lanjut......LY nak share dengan pembaca semua 1 video yang agak femes.....







Touching kan????

LY tak malu nak mengaku yang LY keluar air mata lepas tengok video ni masa pegawai PPD PD tunjuk video ni masa taklimat orientasi guru baru siang tadi.

LY selalu baca entry bloggers pasal IBU diorang....dan banyak jugak contest pasal IBU ni dalam dunia blogging ni.....LY kagum sangat2 when bloggers can described their feeling towards their mother.....kadang2 menangis jugak baca entry bloggers pasal IBU, MAK, MAMA, UMI ni...
Kedudukan IBU sangat istimewa dalam dunia ni....sehinggakan Allah meletakkan kedudukan ibu yang paling teratas untuk kita taati selepas Allah dan Rasulullah....sehinggakan dalam perumpamaan keistimewaan ibu ini tercetusnya istilah SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU....

Dalam entri ni LY bukan nak cerita mengenai IBU LY iaitu PUAN AZIZAH....bukan sebab LY tak taat seperti yang ALLAH telah wajibkan.....tapi sila baca tajuk dekat atas balik.....A PERSON I LOVE THE MOST.....

Readers....The person I love the most is my own ABAH....
Saya tak pandai nak describe perasaan macam yang bloggers lain selalu taip dalam entry diorang....tapi kalau ada yang tanya, siapa insan yang paling LY sayang dalam dunia ni....LY akan jawab ABAH LY lah insan yang paling LY sayang....

Sampai hati kan LY kata orang yang LY sayang adalah Abah..bukan mak....kan mak orang yang lahirkan LY...yang susukan LY sampai umur lebih dari 2 tahun...besarkan LY...jaga makan pakai LY... (LY dibesarkan sepenuhnya oleh mak sebab mak tak kerja).....
Mak sentiasa ada tempat yang istimewa dalam hidup setiap orang kan....macam tu jugak dengan LY...maka tak perlu pertikaikan ye.....
Abah LY....Encik Ramli bin Chek....akan mencecah umur 58 tahun pada 9 Mei 2011 ini....Bakal berpencen dari Majlis Perbandaran Kajang dengan elaun pencen sebanyak RM XXX.....

 [sempoi tak raya pakai selipar Jepun je]

Abah LY....kalau korang tengok dari jauh....dekat pun boleh tengok...abah LY badan dia besar....sederhana tinggi....kulit gelap....misai  macam Sarjan Senin dalam cerita DYH, Gerak Khas tu (nak jugak letak DYH tu!!).....kerut muka macam nak makan orang....Agak2 korang apa agaknya personaliti abah LY???

Ramai yang kata....."mesti AYAH ko garang kan?"..."garangnya muka ABAH ko?!!"
OPSSS....silap belaka semua itu....

Meh sini LY nak taip panjang lebar....about the person I love the most....my ABAH.

Dalam dunia orang Melayu ni kalau kita panggil bapa kita dengan panggilan BAPAK bunyi ala2 garang kan....kalau sebut AYAH macam tegas tapi prihatin....and bila kita sebut ABAH....bunyi macam mana??? Manjakan bila kita sebut ABAH??? Kadang2 kita panggil BAH je.... Dialog kita..."pe dia bah??"...."bah, abah kat mana?" Manja kan orang yang berpanggilan ABAH ni...

Muka abah LY garang....serius kalau korang tak kenal abah LY ni...korang akan kata "mesti ayah ko ni garang tahap gaban tak boleh bantah apa2 kan??" Opss....silap ye....
Muka je garang...tapi dalam hati ada taman....sebab tu lah panggil ABAH...bukan AYAH atau pun BAPAK.


Nak cerita pasal abah ni memang panjanglah jawabnya.....
tapi kenapa LY kata abah orang yang paling LY sayang.
Jawapan klise je okay....tak perlu nak suspense sangat...

"Sebab abahlah, LY berjaya hari ni"
~~bukan patut guru ke?? kan guru yang bagi ilmu pada LY~~
Tu semua LY tak nafikan....memang benar....
Tapi alasan dan punca pertama LY habiskan belajar sampai dah jadi CIKGU ni pun semuanya bermula dengan abah LY....

Masa kecik...masuk darjah 1....(LY tak tadika okay!!!)...hari2 naik motor dengan abah pergi sekolah.. Tersepitlah LY dekat tengah motor diapit oleh abah yang bawak motor dan kakak LY dibelakang LY sebagai penumpang utama...kecik2 LY dah jadi sandwich...kalau tak jadi sandwich, LY jadi mangsa embun pagi sebab duduk dekat depan abah yang bawak motor.

Pergi sekolah bukan calang2 pagi kitorang keluar....sebabnya kitorang ikut jadual abah pergi kerja...
Tercegat pagi2 jam 6:30 kadang2 dekat pagar sekolah kalau tak bukak lagi...tapi selalunya abah hantar sampai dekat kantin sekolah...menengoklah kami makcik2 kantin buat kerja pagi2...(owner kantin sekolah Lui masa tu arwah pakcik Nasir)...tapi kitorang tak makan/sarapan dekat sekolah pun...sebabnya KADANG2 mak LY dah buat breakfast...TAPI SELALUNYA kitorang akan breakfast dekat kedai arwah Atok Kutan....geng2 breakfast dulu kompomlah anak2 orang Asli yang tinggal dekat ceruk PAYA LEBAR berserta makcik2 orang Asli yang kerja tanam bunga dekat luar.

Style breakfast dengan abah masa LY sekolah rendah dulu....LY makan nasi lemak...abah LY kadang2 je makan...Tapi abah akan order air untuk dia je....dan abah akan minta 1 cawan kosong dengan Nek Melah...abah akan timbuk sendiri air dia tu sebab panas...takpun hembus bagi sejuk...lepas tu abah akan bahagikan air tu...2/3 untuk dia....1/3 untuk LY....kadang2 1/3 air tu pun tak habis....abah LY tak marah...tapi pandang dan tunggu sampai LY habis teguk air tu....selalunya tak habis pun....abah akan tunggu kat motor then baru kitorang gerak pergi.

Balik sekolah, kadang2 abah TUNGGU...bukan jemput okay...tak selalu sebab abah LY kan kerja...kalau dia balik time rehat tengah hari tu, abah LY akan tunggu depan sekolah (port rumah haji Lamid)....then bila kitorang keluar...nampak abah, waahhhhhh suka2...sebab tak payah nak tunggu bas FOH HUP atau mana2 jiran yang kosong untuk ditumpang... (LY paling terer bab menumpang orang ni masa sekolah)...habis time rehat abah, beliau nak pergi kerja balik...kitorang pun akan ikut sekali naik motor untuk ke sekolah agama petang pulak....

Dulu2  pengangkutan awam yang utama ke sekolah kompomlah bas FOH HUP yang dah bankrup...dulu2 mana ada bas sekolah atau van sekolah dekat Lui tu....kalau ada pun geng2 orang asli punya...driber pakcik Aba....maka sepanjang sekolah Lui 6 tahun tu....memang kebergantungan hidup untuk ke sekolah adalah dengan abah....

Pernah ada 1 tempoh LY dan adik2 mengalami kesukaran nak ke sekolah sebab abah keluar pergi kerja terlalu awal....kalau LY seorang je mungkinlah okay abah bawak...tapi masa tu  LY darjah 6....Sabri darjah 3 dan Asri darjah 1....tak sanggup lah abah LY nak bawak budak kecik dan suruh LY jaga pagi2 buta kat sekolah tu kan...kalau perangai baik duduk diam tak apalah jugak...ni macam hapernyer ntah dibuat perangai nanti tak ke naya....
Kiranya abah LY taknaklah bebankan LY dengan tugas berat masa tu....

Masuk sekolah menengah...Tingkatan 1 dan 2 LY sekolah petang....naik bas...tak ada orang nak hantar...masa tu famili LY ada 1 motor je dekat rumah....abah guna sepenuhnya....tapi waktu balik sekolah....abah LY akan tunggu LY...kadang2 bila LY dah ternaik bas (kes keluar dari pintu lain dekat sekolah terus jalan kaki pergi pekan batu 14 nak tunggu bas), dari dalam bas LY perasan abah LY ada tunggu dekat bawah pokok dekat tepi sekolah...cepat2 tekan loceng....turun waktu orang tengah padat dalam bas...lari dekat abah....fuh!!!!!! Sampai rumah dulu sebelum kawan2 lain yang naik bas.

Naik tingkatan 3, back to situation in secondary school....masa tu akak LY dah habis sekolah...adik2 mak suruh diorang naik dengan van prebet sapu....3 tahun LY pergi sekolah naik motor dengan abah LY......Rumah LY dekat batu 23...sekolah LY dekat batu 14 Langat sinun....kalau korang darab dengan 1.6 km....korang kira lah berapa jarak LY tempuh pagi2 setiap hari dengan abah LY...sejuk okay jalan dekat Lui sana tu....

Masa ni situasi ada lain sikit....pagi2 keluar dari rumah LY pakai baju sejuk abah...then kitorang breakfast dekat warung pakcik Sahak dekat kampung Pachat sebelah sekolah Jalil tu...dah habis makan, abah akan pusing balik ke sekolah..hantar sampai depan gate....baju sejuk yang LY pakai tu abah LY ambil lepas tu abah LY akan pakai pulak....baju sejuk tu besar...TAPI SELESA...tak sejuklah badan ni bila dah sampai Langat...jarang lah LY nak rajin2 pakai sweater lain....walaupun banyak je sweater abah yang lain.

Balik sekolah hari Jumaat, sekolah habis jam 12:30...selalunya abah LY dah siap sedia tunggu dekat bawah pokok tepi sekolah macam biasa....

kitorang tak terus balik rumah...singgah dulu makan kueh udang dan ABC dekat batu 18 (sekarang ni jadi port orang shooting drama)....perggghhhh...dah lah hari tengah panas...layan ABC dengan abah port bawah pokok buluh...order 1 cup jer...kongsi berdua....LY memang jenis kongsi2 je dengan abah LY ni...sebabnya LY makan tak habis....huhu...Lepas tu sampai rumah, cukup2 masa abah nak bersiap pergi sembahyang Jumaat....mak LY selalu tak puas hati sebab dia penat tunggu dekat rumah nak lunch sama....maka lunch hari Jumaat lepas habis solat Jumaat.

Habis sekolah masuk matrik....abah punyalah sedih LY nak tinggalkan dia...tak pandang pun muka LY yang dah nangis masa nak ditinggalkan (ceehhh...LY yang sedih nak kena tinggal adalah)...
Habis matrik....masuk U...masa isi online UPU abah LY tak kisah LY nak jadi apa pun nanti tapi dia kata...minta dekat2 sudahlah. Kalau jauh, susah abah nak hantar. Termakbul doa abah dan mak....tak dapatlah LY ke Sabah dan Sarawak seperti yang diangan2kan.

Dapat UPM, selalulah LY balik Lui.....BERJEMPUT oleh abah lepas habis kuliah hari Jumaat....kadang2 kakak yang ambil kalau abah tak boleh.... Balik UPM.....BERHANTAR sampai parking KOSASS yang bersebelahan Seladang...oleh abah LY pada Ahad malam atau pagi Isnin sebelum masuk kuliah jam 8 pagi!!!!

Habis 7 semester di UPM...maka LY bungkus semua barang bawak balik naik kereta...abah yang ambil....masuk sem 8....sem untuk praktikal...

LY kurang bernasib baik sebab tak dapat praktikal dekat sekolah yang dihajatkan...tapi Alhamdulillah...LY praktikal di SM Teknik Kajang...DEKAT dengan MPKj....1 jalan nak pergi kerja abah LY......
Pagi2 keluar rumah...nak pergi praktikal ni.....baju kurung baik punya.....naik MOTOR dengan ABAH....breakfast kali ni dekat warung pakcik Rahman batu 9... yang dekat lorong nak masuk rumah arwah YB Dr. Zainal (bekas timbalan MB Selangor) tu...merasalah pagi2 tengok ostrich 2 ekor dekat rumah YB Dr Zainal...Kali ni perit sikit naik motor...bukan sebab sejuk embun pagi..tapi sebab jauh...dari Lui-Kajang....40 minit...

Sampai dekat sekolah tak pernah lah LY lewat dari 7:20 pagi...abah hantar sampai depan pejabat SMTKj tu....balik sekolah kalau jam 5 petang, abah jemput dekat sekolah.....post kan kejap LY dekat akak LY yang kerja dekat MPKj jugak....LY balik naik kereta sampai Taman Perkasa....lepas tu abah LY dah habis kerja baru ambil LY dekat rumah akak LY. Kadang2 LY sampai rumah dekat jam 8 tau....tapi tak apa...ada abah....

Kalau hari Jumaat, habis waktu sekolah...abah jemput bawak pergi makan dekat Sungai Jelok...Adalah dekat 10 kali makan dekat kedai pak Njang tu sepanjang praktikal...makan nasi...masa ni lain2 pinggan...dah tak ada kongsi2....

Nak pergi interview.....Abah hantar....nak pergi sana abah hantar...nak pergi situ abah hantar...
Balik dari Lukut-Seremban ni pun abah jemput dekat KTM Kajang....semuanya abah....
 [view dari tepi KTM Kajang]

Sebab itulah LY katakan....the person I love the most is my only one Abah...
LY tak boleh bayangkan...keadaannya kalau abah tak ada untuk semua ini.....mungkin orang lain boleh kata.....banyak lagi cara untuk bergerak pergi sana pergi sini...LY boleh je nak harapkan adik2 yang dah besar + berlesen kereta motor.....tapi bagi LY....harapan pertama LY adalah abah LY...

Bukan saja harapan, tapi juga tempat kebergantungan hidup...dan kebergantungan keselamatan....
Dengan abahlah LY rasa selamat....even naik motor tak pakai helmet pergi sekolah pagi2...naik motor jalan sesak dengan lori kiri kanan...kalau naik motor dengan adik2...memanglah rasa takut tu tinggi...naik dengan abah boleh peluk...naik dengan adik2....ceih....dahlah LY ni kurus..adik2 pun bukanlah berisi macam abah...kalau lalu tepi lori memang rasa melayang je motor...

Kalau orang kata anak manja abah....apa LY kisah....tak manja mana pun LY ni....tak adanya abah LY bagi kereta ke motor ke untuk LY guna....tak ada pun abah LY bagi duit semata2 nak beli benda yang bukan2....tak manja pun LY ni...

Tapi dalam banyak2 adik beradik....LY-lah yang paling banyak peluk abah dari kecik sampai ke besar....naik motor bersamalah katakan...LY-lah paling banyak minum berkongsi cawan atau minuman dengan abah sebabnya selalu breakfast dan lunch bersama dekat luar....abah selalu makan lebihan makanan yang LY makan...dan terpenting sekali....LY lah yang paling banyak sekali salam cium tangan dan cium pipi abah..... yang lain pun salam jugak...tapi tak cium pipi.... huhu...kalau ada pun waktu raya...adik beradik yang lain sesi naik motor masa sekolah rendah dan menengah je...tapi LY....dari sekolah....sampai ke U...sampai praktikal...mesti salam cium tangan....cium pipi tak boleh sebab abah pakai helmet....balik kolej atau pergi jauh mesti cium pipi....

Dan sayang tu....tak terungkap dengan sekadar kata2 dan perbuatan sahaja.....ada banyak lagi ujian dugaan yang akan Allah bagi untuk menguji erti kasih sayang kita....

LY berdoa....agar Allah berikan kesempatan untuk LY memberi kebergantungan hidup dan keselamatan kepada insan yang LY sayang ni....

~batubersurat: TO BE CONTINUED.....

Monday, March 21, 2011

Bakal ber-sibuk

Salam sayang korang....terima kasih kerana masih sudi menjengah blog picisan ni.

Lamanya rasa tak update blog.....rasa nak berkulat dah blog ni....
Maaf pada yang menanti....

Sekarang ni, LY sedang men-sibuk-kan diri dengan urusan kerjaya.....asyik update blog je nanti orang kata, kita ni makan gaji buta tak buat kerja kan...padahal kerja kita memang dah siap lama dah...

Sekarang ni, sekolah LY tengah menganjurkan pementasan teater Dr. Jeckyll and Mr Hyde sempena mengumpul dana untuk menaiktaraf pusat sumber sekolah.

Daaaaaaaaannnnnn................Khamis ni ada AGM PIBG. Bersamaan jugak dengan Hari Anugerah Cemerlang. Daaaaaaaaannnnnnnnnnn....banyak kerja kena buat....

Minggu ni jugak LY nak buat PeKA Sains untuk tiga kelas tingkatan 1. Harap2 tercapai objektif...takut dengar bila Khairul kata objektif dia tak tercapai...kelas jadi tunggang langgang.

Minggu ni jugak nak buat revision untuk first test yang ditunda sempena pementasan tu....

Sibuk2......sepanjang minggu ni jugak rasa2nya tak tidur dekat rumah sendiri.....sibuk meneman kawan....daaaannnnnnnnn.....

Rumah pun tak sempat nak kemas lagi!!!!!!!!

Dannnnnnnnnnn.......seminggu ni malas nak update :)

Selamat menempuh minggu yang sibuk kepada diriku :)

~batubersurat: Khamis ni gaji :)

Wednesday, March 16, 2011

Cuti

Salam sayang korang.
LY baru turun dari pertengahan Gunung Ledang...

LY baru nak menghadap internet ni.
Dan yang terpenting sekali....
LY nak berehat.....................tapi.......ada askar2 wataniah dekat rumah ni!!!!!!!!!!!!!

Arrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhhh......maktam nak rehat lah korang...
Janganlah bising2....janganlah lompat2.....
Tensi2..................tensi tau macam ni.....

~batubersurat: kenyang gila makan pulut dan nasi lemak serentak dari kedai mak Erik~

Friday, March 11, 2011

Kasut Power, saya okaY!

Salam sayang korang.

Siapa minat dengan kasut??? Sneakers??

LY ni bukanlah GILA kasut jenama pun.....tapi kalau dah berkenan tu, memang LY sambar je.
LY ada lah terkilan sikit sebab tak berkesempatan nak beli sneaker Nike yang LY pernah usha dekat al-Ikhsan Ampang. Serius masa tu duit ada dalam tangan cuma ada RM 60...Sneakers tu harga dia RM189....Nak keluar duit saja2 sebab nak beli kasut yang jarang2 pakai, memang patut dapat pelempang gamaknya. Dahlah masa tu income tuisyen pun merudum sikit....maka dapat pakai kejap pun jadilah..


[masih termimpi2 nak beli sneakers ni]

 [ni stok gadis2 punye...LY tak layan okay]

Hidup masa zaman tak ada duit dengan ada duit memang berbeza....zaman duit income tuisyen tengah masyuk...nak sambar yang harga RM200 ke atas pun tak ada hal....tapi time tengah sangap, telan air liur jelah nampaknya....
 [contoh orang beli kasut ikut bajet....terlebih bajet, kakak jadi mangsa]

Masa zaman sekolah tak adalah pun nak pakai sneakers ni bagai...almaklumlah tak mampu...
TAAAA----PPPIIIII....kasut Jazz-e-pallas LY tu kira yang paling cunlah dalam sekolah kalau korang nak tahu. Dengan colour putih sucinya dan matching dengan baju putih kebiru-biru-an....Pergh....siapa pijak kasut LY, memang LY rasa nak pijaklah orang tu....
Kalau kasut orang lain hari Jumaat dah hancur luluh dengan warna tanah...tapi kasut LY tetap mantain suci murni....[kapur kasut tu LY letak nila sikit]



 [posing ala2 shoping dekat kedai kasut UK gitu]

 Tapi dah kerja ni, dah ada duit pun....tak ada lah addict mana pun nak beli sneakers...sebabnya tak ada fungsi pun nak pakai kat mana....kalau pakai pergi sekolah nanti, takut ramai pulak peminat yang nak ikut style macam LY nantikan....[perasan].


Sabtu lepas...LY jalan2 dekat Terminal One Seremban...shopping saja2...niat hati nak cari seluar track dan baju T-shirt...dan memandangkan nak pergi bawak budak ke gunung Ledang, maka LY pun kena carilah kasut sukan 1....takkan nak jahanamkan sneaker Adidas atau Nike kan....Tak patut sungguh namanya tu....

Kedai kasut memang banyak dekat Terminal1 tu...tapi kedai kasut ala2 al-Ikhsan yang macam kat atas, tak jumpa. Maka, dipendekkan nafas untuk becerita...LY masuk kedai Bata....bajet nak beli kasut harga bawah RM70 je...

Usha2...belek2 warna...belek2 tapak...sarung kat kaki....
Dapatlah kasut murah...Power warna hitam campur purple. Harga RM 59.90...
 [kasut biasa je....LY okay]

Bagi LY jenama kasut tu tak penting....yang penting adalah cara IKAT TALI KASUT....peng-seni-an TALI KASUT sangat2 sensitif pada LY. LY boleh duduk tekun mengikat tali kasut sama macam tekunnya LY tengok CSI. Tak boleh diganggu. Ikat tali kasut kena ada mood...


Untuk trip esok, LY dah siap ikat tali kasut baru LY ni...Khas untuk tatapan korang yang jauh dimata...yang tak dapat nak tengok kasut baru LY kan...


[dari lubang first, kita masukkan ke lubang 4]


[dari lubang 4 kiri , masuk ke lubang 5 kiri, lepas tu patah balik ke lubang 2 kanan, lepas tu naik ke lubang 3 kanan dan terus naik ke lubang 6 kiri]
[ulang balik step tadi..yang kiri tukar jadi kanan pulak...nombor tetap sama]

Dan buat untuk kasut yang sebelah lagi....dan...akhirnya siaplah kasut baru dan style ikat tali kasut yang baru....

[Power....okay je...kasut jugak :)]

Kepada pemakai kasut2 jenama diluar sana, kalau kasut je mahal, tapi bau ba-chin a.k.a busuk a.k.a hapak...dan seangkatan dengannya, campak jelah kasut korang tu masuk tong sampah.....

Huhu.....kasut mana2 pun sama, yang penting kemas dan bersih serta selesa dipakai dan selesa pada mata dan hidung orang lain!!!!


~barubersurat: selamat beramal~

Cuti sekolah!!

Selamat BERCUTI kepada rakan2 guru di luar sana......
Selamat BERISTIREHAT selama seminggu....

Kepada yang TAK bercuti...selamat bertugas.

Macam saya....
Bawak budak ke kem motivasi selama 4 hari di Gunung Ledang!!!!!!!!!!

Doakan semuanya berjalan lancar dan selamat.

[sorry geng, lambat lagilah boleh jumpa dan makan2]

[rindu bangat sama anak2 buah...wait for Atam babeh]

Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu depan macam ada plan nak buat kelas Addmath dengan bebudak Lui....harap2 ada yang nak datang.
Otak ni boleh jadi karat ni kalau lama sangat tak diasah.

Happy holiday to all :)

~batubersurat: Ady, Syima....sila2lah update story ye....~

Thursday, March 10, 2011

Birthday Wish To :-


Just nak wish
SELAMAT HARI LAHIR KE-24

Kepada pemilik motor di bawah ni....
 
Dan mungkin jugak....
Pemilik kasut2 bola yang dah tak cun lagi....


Dengan ini, disertakan ucapan
  1. Selamat bawak motor dengan hati2....jangan nak tidur2 atas motor...atau berangan ke awan biru.
  2. Selamat main bola dengan hati2......jangan nak bersantai sedih2 atas padang atau lantai court futsal.
  3. Selamat habiskan semua kerja yang dah dimulakan.....jangan nak cari alasan kurang pandai tak nak habiskan kerja.
  4. Selamat bertambah kenalan dan kawan.....selamat bertambah rezeki.
  5. Selamat mantain berat badan....makan benda sedap jangan lupa pada yang tiada.
  6. Selamat beristiqamah buat benda berfaedah untuk orang lain.
  7. Selamat dunia akhirat.
Dah lah kot buat masa ni.....chop...bukan masa ni...tapi untuk hari2 mendatang jugak!!!!!!!

~batubersurat: der, wa nak German suplex lu sekarang ni!!~

Wednesday, March 9, 2011

Cepatlah Sabtu

Cepatlah datang wahai hari Sabtu....
Dah tak sabar rasanya nak jejak kaki kat Gunung Ledang....
LY nak cari nenek kebayan kalau jumpa...
Nak minta ubat bagi budak2 diam dan buat kerja masa LY mengajar dalam kelas.

Puteri Gunung Ledang......tinggal2kanlah jejak dekat kaki gunung yer....
Alamat rumah ke...link blog ke....link FB ke...
Nanti boleh la LY add or follow...
Boleh tag gambar sekali....

Cepatlah habis Khamis dan Jumaat....
Dah penat dah nak PSIKO budak guna suara yang besar dan padu ni!!!!!!!!!!!!!!!!

~batubersurat: agak2 jumpa tak daun2 tulisan Sanskrit gugur kat Gunung Ledang nanti~

Port Dickson

[confirmlahkan PD tu ada laut dan pantai]
[gambar curi....owner kedai tak nampak]

~batubersurat: mode merantau di rumah orang~

Tuesday, March 8, 2011

Tugas2 laiN

Antara tugas2 rasmi lain LY di Lukut ni adalah menjadi peneman di rumah kawan2 LY.

Bila dah jadi peneman tu, maka LY pun akan menghilangkan rasa2 boring dengan benda2 yang berfaedah antaranya....

-menonton TV di rumah yang ditumpang.
-menghabiskan stok makanan tuan rumah
-menghasilkan gambar2 yang tak berapa nak betul dan logik macam dekat bawah ni hah.....

[beg plastik, bekal keledek]

Gambar dekat bawah ni pulak, tuan rumah yang LY teman semalam.
Husband dia kerja di Terengganu.... Belaiu pun sama2 baru posting dengan LY, cuma dia tua 3 tahun dari LY.

[kak Sha]

~batubersurat: ni jalan2 dekat pantai Saujana, PD, Jumaat, 5/3/2011~

Sunday, March 6, 2011

Release tensioN

Hati mengantuk tahap melati kesuma dewi....tapi tak nak tidur...takut terlajak sampai ke malam.....

Sabarlah wahai badan.....jam 9 nanti kita lalok yer....

Sebelum tu kita upload gambar kat blog dulu....


Tara................
[mesti ramai nak naik Broga Hill kalau ada cable car]
 [nenek kebayan gunung Angsi]

 [aksi elak kentut orang depan]
[cover album filem DYH: Sembilu Berduri]


~batubersurat: mode nak mengajar lagi seminggu yang pudar~

Hati malaM

Salam sayang semua....salam tengah malam...

LY tengah menaip entry dalam gelap ni korang....dekat makmal komputer sekolah lagi tu...
LY seludup maksud makmal sekolah malam2.....kejadah?????????

LY tengah bertugas untuk khemah ibadah lah....ni dah malam kedua...malam semalam orang lain yang bertugas....memandangkan nak berjaga malam, LY pon dengan rajin membawa laptop dan broadband ni hah...ingatkan boleh dapat wireless free kat sini...rupa2nya tak...kenalah guna broadband sendiri gamaknya.

Malam2 yang syahdu ni kan....dalam hati ni...
Ada rezeki ke nak tunai haji waktu muda2 ni. Ada rezeki ke nak bawak mak abah ke tanah suci sama2. LY kerja cikgu je....bukannya ada bisnes ribu2...boleh keluar duit bila2 masa nak buat pergi haji....

MaaaaaaakkkkkkkkaaaaaaaaaaaaaNNNNNNNNNNNNYYYYYYYYaaaaaaaaaaaa LY harus bertekad untuk melawan godaan nafsu dan ajakan2 yang melalaikan yang membawa kepada pembaziran...
LY kena istiqamah kumpul duit....kena cekalkan hati pekakkan telinga bila orang tanya bila nak beli kereta....bila nak beli rumah...LY harus cekal...tabah...kuat...teguh...

Kalau kita pasang niat...Allah akan permudahkan jalan kita kan...justeru...
Setiap hari...LY berniat untuk menunaikan haji bersama mak abah LY sementara LY muda dan sihat serta kuat lagi ni.

LY ni orang perempuan...orang perempuan tak boleh pergi haji sorang2 tanpa ditemani mahramnya....

Sekarang ni....hari2 fikir, menung...bilalah nak istiqamah jadi seorang muslimah sejati...

Stoking kaki dah lama tinggal...awal2 hari tu pakai jugak...masa datang sekolah pakai...bila dah masuk toilet...terus tak pakai dah...lama2 pergi sekolah tak pakai....astaghfirullah....bila nak insaf ni...
Tudung pulak...kenapalah rajin sangat nak pin kiri kanan...kenapalah tangan ni gatal sangat nak belek2 tengok cermin....dah tu siap tergoda dengan shawl itu ini bagai....Ya Allah....kenapa lah mudah sangat nak tergoda dengan hasutan dunia....kalau tudung besar sedepa tak pe lah nak pin kiri kanan...ni tudung cukup2 makan je...

Bila tengok orang pakai tudung labuh, sejuk je mata....tenang je hati...Tapi...bila tengok ke diri sendiri...zalimnya dekat diri sendiri.....
Ya Allah....bukakanlah pintu hati ini untuk mengikut ajaran agama-Mu yang betul. Bukan ajaran duniawi yang melalaikan...

Kawan2 yang masih istiqamah dengan imej muslimah....alangkah bahagianya jika teman2 ada di sisi sekarang ni...boleh jugak menegur...dan yang terpenting sekali...LY sendiri akan malu dengan diri LY secara automatik kerana kawan2 boleh buat apa yang LY tak boleh buat.

Kan best kalau hari2 boleh pakai sport shoes ke sneakers ke pergi sekolah...confirm2 LY akan pakai kasut dengan stoking sekali....

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeLLLLLLLLL---why......malas dah taip...yang penting....LY kena perbaiki diri setiap masa....

~batubersurat : Allah nak ke terima LY di bumi Mekah dengan bekal yang tak seberapa ni~

Thursday, March 3, 2011

LY join maulud surau kuarterS

Salam sayang semua.....

Terbaik tak LY nak update blog malam Jumaat ni???????
Lambat pulak LY tidur malam ni....

Ni nak cerita....memandangkan nak bagi pendapat dan hujah tak ada idea kan...bagi cerita je lah yang mampu....

Petang tadi....balik sekolah...lepas mandi dan sembahyang...terus baring lebih kurang jam 3:15 petang....set jam nak bangun jam 4:25.....tetapi berikutan membalas mesej Nana jam 3:30 cenggitukan....mata tak boleh nak tidur pulak....lepas tu terlelap tanpa disangka...

Tup..tup...jam 4:15 Nana call pulak....tanya nama penuh sekolah Lui....mata yang tengah stim terus sambung tidur....zassssssssssssssss................hamekkk kawwww....5:39 LY bangun....Terus masuk toilet....ambil wuduk dan solat....bersiap....nak keluar...

Keluar bukan jauh pun...surau depan rumah ni je hah.....tapi pusing2...ada orang lelaki je 4 5 orang....LY pun teruskan jalan pergi rumah Fiza....lepak2 kejap...turun surau balik...kitorang tolong potong tembikai...

Malam ni, surau kuarters buat sambutan maulidur rasul....
Lepas Maghrib baca Yaasin dan ceramah...

Ceramah biasa2 je.....ilmu sirah dan pengajaran masih sama...
Supaya dapat mengingatkan kita tentang tarbiyah Islam yang sebenar....
Supaya kita tak lupa tentang tugas sebenar kita menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.

Walaupun isi banyak yang sama dan biasa didengar....tetap ada ilmu baru yang LY dapat....

Ustaz tu berpesan....kalau baby yang baru lahir, jangan takut2 untuk cukur rambut baby tu....jangan nak bagi alasan kata nanti kepala budak sejuk lah...nanti buruk lah...lambat tumbuhlah...rambut sikitlah....Ustaz tu kata, hikmatnya kita cukur rambut baby tu sebab, baby kan asal dari darah dalam perut ibu, makanya rambut baby tu pun asalnya dari darah...darah perempuan yang tidak datang haid (orang mengandungkan tak period)...darah kan benda yang kotor...maka dengan itu disunatkan kita untuk mencukur rambut baby yang baru lahir.

Ustaz tu kata dalam ayat2 lawak....bila anak2 degil tak dengar kata, sakit sawanlah...antaranya rambutlah sebagai punca...sebab kita tak buang yang kotor2 dari awal/sejak baby lagi....Salah siapa?? Anak atau mak ayah??????

Lain2 tu ustaz banyak pesan untuk kita mengamalkan perkara yang disunatkan bukan perkara yang biasa adat lakukan....tarbiyahkan diri untuk sembahyang jemaah...Tapi kat sini, LY tak de teman nak turun ke surau...lagipun jalan gelaplah nak lalu ke blok A tu....(serius LY rindu nak jemaah dekat KMPP dengan di Seladang...)

Lepas Isyak berjemaah...ada jamuan makan....lepas tu, LY, Fiza, Liza,dan Ain tolong kariah surau basuh pinggan....
Lepas tu balik...maka terbitlah entri ni...sekian....terimakasih...selamat berehat di malam Jumaat...

~batubersurat: minggu ni khemah ibadah pulak~

Wednesday, March 2, 2011

Sejarah kehidupan bermula dengan yang pahiT

Salam sayang semua.....

Memandangkan pengurangan idea untuk mengarut lalu mengarang apa2 entri...maka hari ini, LY nak cerita kisah kehidupan seorang perantau di Lukut Port Dickson ini....

Ini bukan cerita bohong mahupun khayalan....
Ini adalah cerita benar yang dialami oleh penulis.
Ini bukan cerita yang sengaja disponsor oleh David Teo mahupun mana2 produser di Malaysia ini.

Ceritanya adalah......
Pada petang yang hening lagi terik....(PD sangat panas tau!! LY telah mengalami kulit mengelupas walaupun tak mandi laut)
Petang yang berangin ini (Rabu, 2 Mac 2011)....berjalanlah pulang LY seorang diri dari sekolah kerana hari Rabu kan ada Kokurikulum.....Kawan2 lain dah balik dulu....LY balik lambat sebab melepak dekat bilik guru tengok bahan kraf dari surat khabar....

Sampai dekat pintu pagar, maka LY pun terserempak dengan Kak Sha dan Dilla yang sedang berusaha membuka kunci mangga gate itu.....maka, LY pun cepat2lah kejar....supaya LY tak payahlah nak susah2 bukak kunci tu nanti......ceritanya!!!!!!!!!!

Selepas itu.....LY yang telah berjanji dengan Kak Sha untuk pergi beli harta....telah memutuskan untuk berehat sebentar bersama air masak kosong di rumah LY.....
Selepas ber-chot-chet me-release-kan tension...maka kami berdua pun keluar menuju ke pekan Lukut yang terletak 5 minit perjalanan dari pintu pagar kuarters ke kedai harta termasuk perhentian lampu trafik sebanyak 2 kali.....selepas membuat lencongan ke kanan jalan...maka kami pun sampai ke kedai yang di tuju...iaitu kedai Sony Panasonic...kedai elektrik lah gamaknya....LY nak beli harta ni korang!!!

Selepas kak Sha mengayat pekerja2 kedai itu.....maka dapatlah LY sebuah harta bernama peti ais keluaran LG....life's good!!!!!!!!

Selepas itu....kami ke petronas...isi angin tayar....lokasi adalah di timur rumah LY....perjalanan 7 minit dari kedai elektrik tadi.
Selepas itu....(kalau guna seterusnya macam tak best kan??)...kami telah Mini Market Shamira....
Lokasi adalah di barat rumah LY....iaitu 3 minit dari kuarters....(korang boleh gelak LY ni kejap ke hulu ke hilir)
Maka dengan itu, berbekalkan tujuan murni dan suci, LY pun telah berjaya membeli sebuah tong gas masak.....

Dan....dan...dan....yang lebih memBANGGAkan....LY beli cili, bawang kecik, bawang merah, bawang putih, kentang, ikan bilis, telur dan jus oren sunskist.......
Selepas selesai proses pembayaran....maka kami pun pulang....

Sampai di rumah....dapatlah LY harta sebuah peti ais dan barang2 boleh lupus tadi......
Orang yang hantar gas, siap tolong pasangkankan pili gas ke dapur yang telah dibeli sejak bulan 12 lagi....


Dengan itu.......korang ramai2 boleh mula gelak guling2 atas katil korang.....

"Cenggana nak masak......kuali pun tak ada lagi!!!!!!!!!!"

~batubersurat: siapa nak tolong ajar LY masak ni?????????....meh tolong buat entri pasal menu2 yang simple2~