Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011

|
|
|
|
|
Salam takzim.
Maaf lama menyepi.
Laptop ada orang pinjam.
Banyak nak cerita tapi tak berkesempatan.
Nanti lah LY review.

Sampai sini dulu.
Nanti karang panjang2 lagi.
Selamat Tinggal 2011.
Selamat Datang 2012.


~batubersurat: tonight will celebrate wedding anniversary Abah dan Mak yang ke-33.

Tuesday, December 20, 2011

Review Buku: Hatiku Terluka Di Bukhara

|
|
|
|
|
|
~batubersurat: review yang panjang tapi tak panjang sangatlah~


Ihsan Google

Bagi muda-mudi yang tak pernah jumpa buku ni di Perpustakaan...LY nak maklumkan bahawa buku ni diterbitkan pada tahun 2002. Buku ni adalah Finalis Hadiah Sako. Tahu tak apa tu hadiah Sako??? Kalau tak tahu....google-lah sendiri...hahaha!!!

Dah sembilan tahun baru LY nak baca. Ketinggalan sungguh LY ni kan. Kalaulah LY baca buku ni masa mula2 terbit dulu (2002 baru tingkatan 3)...mungkin LY dah pergi RUSIA agaknya belajar buat medic. (Tak ada kaitan langsung dengan nama Bukhara kan!!!)

Cerita ni berkisar perjalanan percutian lawatan10 hari seorang penuntut Universiti Machester,UK ke SOVIET UNION. Beliau masa ni tengah buat master. Tidak dinyatakan umur tetapi LY agak mungkin dalam 25 ke atas.

Mungkin pelik bila kita mula2 baca buku ni. Penggunaan bahasa Melayu yang agak sukar nak faham kalau korang jenis tak faham kehalusan seni bahasa Melayu ni.
Bertambah pelik bila korang baca pasal pelajar ni nak pergi SOVIET UNION. Kalau tak tahu sejarah, agak sukar dekat mana korang nak tahu apa tu SOVIET UNION....nak2 lagi pada tahun 2011 ni. Dalam peta atlas pun tak jumpa SOVIET UNION dekat mana.

Pengalaman ni(cerita lawatan 10 hari ni) dialami oleh Abdul Rahman pada tahun 1983. (korang akan tahu bila korang baca epilog ending buku ni bila adanya ayat yang lebih kurang macam ni "pada tahun 2000, aku sekali lagi menjejakkan kaki ke Tashkent, Uzbekistan (salah satu tempat lawatan di SOVIET UNION dalam novel ni).......adanya hotel baru berdekatan hotel Bukhara tempat kami menginap 17 tahun dahulu.

Dah 17 tahun baru dia nak buat buku pengalaman dia pada tahun tu.
Legend kan cerita ni....siapa yang tak suka membaca memang susah nak faham cerita ni. Dengan fakta2 pelik pasal Soviet Union lagi...kapitalisme...sosialisme...macam2lah yang susah kalau tak ada pengetahuan am pasal terma2 -isme ni.

Lawatan hari pertama beliau di Moscow, Rusia (Ni semua tahukan)
Diceritakan berkenaan pameran pencapaian ekonomi,dan kehebatan persembahan oleh Bolshoi Ballet. Lepas tu beliau pergi ke Kremlin dan Klin. (Rusia terkenal dengan kemajuan angkasalepas)

Berkaitan Klin ni adalah seorang pemuzik agung Rusia yang menjadi Idola Rahman iaitu Tchaikovsky(terpulang koranglah nak sebut macam mana!!!). Rahman ni tahulah semua fakta2 tentang pemuzik idola beliau ni sebab dia pernah buat esei 3000 patah perkataan tentang pemuzik ni masa dia menuntut dekat Australia. 3 Hari dekat Moscow Rahman pecah dalam kumpulan kecil untuk lawatan ke kawasan lain dalam Soviet Union ni.

Group diorang ada 12 orang dan seorang pemandu pelancong nama Tania. Dalam grup ni ada 2 orang lagi Muslim sama dengan Rahman dari Afrika.
Banyak hal2 menarik dalam buku ni...macam kisah sistem apartheid di Afrika yang diselitkan dalam perbualan antara Rahman dan ahli rombongan lain. Monumen2 tinggalan sejarah. Kisah2 perang revolusi Oktober 1917. Perang Dingin dengan Jerman. Kisah pemerintah contoh Maharaja Tsar, V.I Lenin.

Dah setengah baca novel ni, tak jumpa pun apa yang menyebabkan penulis kata hatinya terluka di Bukhara. Sebabnya setengah buku awal diceritakan tempat2 yang tak ada kaitan langsung dengan Bukhara.

Dah masuk bab Berkenalan Dengan Kahramon(bab 11) barulah rombongan ni tinggal di Bukhara. Yang menjadikan hatinya luka adalah bila, dekat situ beliau tahu bahawa umat Islam telah ditindas dari segi fizikal. Contoh yang menunjukkan hatinya terluka bila, sebuah masjid dijadikan tempat hiburan oleh anak2 remaja, madrasah dijadikan coffee-house, umat Islam tak dibenarkan sembahyang berjemaah.

---mukasurat 235
Ah! Apa ni? Apa?
Pertanyaan itu bergema kuat dalam mindaku. Dan ia membawa kepadaku suatu persoalan yang amat mengusik jiwaku....
Apa? Sebuah coffee house? Tempat remaja minum2 dan menghiburkan hati mereka? Ini masjid, tempat mulia bagi umat Islam dijadikan tempat minum, mendengar muzik dan bersuka ria. Sungguh sedih, hairan dan aneh!
Tanpa disedari, aku dirasuk oleh perasaan kebencian, kekesalan dan kemarahan yang amat tinggi sehingga air yang hening menyimbah keluar membasahi kedua-dua bola mataku tanpa dapat ditahan2 lagi.. Perasaan sedih, marah, kecewa dan benci bergelora dalam dadaku seperti Laut China Selatan yang menerpa ganas ke sepanjang pantai timur Semenanjung pada setiap bulan Disember dan Januari....

Tu antara bahagian yang menunjukkan betapa hati penulis terluka saat beliau melawat ke suatu tempat ketamadunan dan keilmuaan Islam yang agung pada suatu masa dulu. (Bukhara ni tempat kelahiran Imam Bukhari, Ibsu Sina)

Lain2 bahagian yang menarik adalah dialog antara Rahman dan seorang profesor dari Jepun yang pernah tinggal dekat MALAYA (zaman perang)
----mukasurat:147
".....Pada pemerhatian saya, rakyat di negara saudara sedang mengalami proses pembaratan yang amat pesat. Nilai tradisi semakin hilang. Nilai materialisme don konsumerisme sudah menjadi satu gelombang besar yang diterima umum. Juga kehidupan masyarakat anda semakin individualistik, tidak seperti masyarakat Melayu yang pernah saya kenal semasa Perang Dunia Kedua dulu..."

Memang betul pun inilah sikap orang kita sekarang ni (LY pun sama juga....jiran depan rumah pun tak kenal)

Dan bila Rahman kata orang Malaysia sangat mengagumi Jepun, profesor Suchi cakap macam ni pulak.
"...akhirnya anda juga akan meniru segala kesilapan yang telah dibuat oleh Jepun!. ....kehidupan majoriti rakyat jelata akan terpinggir. Dan jurang hidup antara yang kaya dan miskin akan semakin melebar. Inilah yang akan berlaku di negara saudara nanti"


Kalau anda berminat nak cabar minda dengan pengetahuan politik serta pengetahuan am...tak rugi baca buku ni. Dulu2, LY berminat jugak nak ambil Sains Politik, tapi mungkin takut tak ada kerja atau takut kena tangkap jadi tahanan ISA, so LY kuburkan je cita2 tu. (sekarang ISA dah mansuh)

Memang patutlah catatan lawatan ni disimpan selama 17 tahun. Dalam selang masa tu, Tashkent dah bebas dari Soviet Union. Siapa minat Dr Sheik Muzaffar mesti tahu dekat mana beliau berlepas pergi angkasa. Tempat tu dalam negeri Kazakhtan. Area jajahan Soviet Union lah dulu ni. Kalau tak salah dalam sejarah Kerajaan MONGOL dulu pun dekat tempat Soviet Union nilah.

Memang layak jadi finalis hadiah Sako....nak2 lagi kategori novel nasional tu.

LUKA. Belah, cedera; pedih, sakit hati menanggung kecewa.
Yang membawanya hadir ialah peka-------oleh asuhan deria, ilmu, pengalaman, tahu, ingat, iman, nur Ilahi.

Hatiku terluka di Bukhara rakaman perjalanan kehidupan:
akan hebat tingginya tamadun suatu bangsa
tentang makna dan harga kebebasan dalam penjara ideologi
tentang makna sama rata dalam tafsir kesaksamaan nafsu
kisah luka manusia hilang hak, hilang emosi
kisah luka manusia mengutip iktibar di depan mata

Sekian.

LY & Cuti (IV)

|
|
|
|
|
Salam takzim.
Beberapa hari yang menggeramkan hati sanubari dengan internet yang tiba2 lembab macam kura2 tua.
Nak update pasal cuti pun tak boleh. Memang mendengkikan lagi meng-iri-hatikan pada diri LY ni.

Ahad lepas....LY dapat demam suam2 kuku. Lepas telan dua biji ubat demam kak ipar LY dan tidur petang dalam 2 jam....lepas tu badan okay sikit. Anak2 buah pulak dah balik rumah masing2. Kecuali Ebot yang dah juta2 kali kena halau pun still menempek kat rumah nenek beliau ni. Ada tetap datang macam biasa.

Rutin biasa untuk hari Isnin dan Selasa. TV masih lagi rosak. Tak ada yang menarik untuk ditaip panjang lebar.

Dikesempatan rangkaian internet yang lembap mambab ni, LY berjaya menghabiskan travelog lama tahun 2002 yang menang anugerah Sako bagi Novel Nasional iaitu HATIKU TERLUKA DI BUKHARA karangan oleh Wan Hashim Wan Teh (Nanti akan LY review)

Lain-lain yang menarik sepanjang dua hari ni. Duit cash dalam dompet berbaki RM8.80.
Duit gaji dah masuk. Bonus dah masuk. Claim exam PMR dah masuk dan kena potong dari jumlah asal. Claim SPM untuk bulan 11 pun kena potong SEPARUH!!!!

Duit ni mintak cukai rasanya....terasa macam nak beli TV sebijik untuk rumah mak LY ni je memandangkan Abah LY TAK MAMPU nak beli barang2 yang TAK PENTING ni. Lagipun bukannya beliau tengok TV sangat pun.

Bila fikir2 balik...ada hikmah jugak kan orang tak ada UNTA TUNGGANGAN ni. Bolehlah beli macam2 untuk Datin A. LY tahu, orang lain celik2 mata lahir kat dunia ni, hidup diorang memang sedia ada senang. Abah LY hanya kerja pemandu lori kerajaan. Korang bayangkanlah gajinya berapa je kan....nak2 lagi sekarang ni dah pencen. Cukuplah sekadar apa yang ada. Dan mak pun bukanlah jenis meminta. Hentikanlah cerita sedih2 ni....yang penting LY happy dan adik2 pun tak pernah nak kebulur atau kekurangan baju untuk di pakai.

Itu saja untuk kali ni. Jumpa kejap lagi untuk review buku Hatiku Terluka di Bukhara.

Saturday, December 17, 2011

Friday, December 16, 2011

LY & Cuti (II)

|
|
|
|
|
Salam takzim.

Malam tadi (15/12) ada kenduri dekat rumah cik Salmah sempena perasmian kedai makan Satay D' Rimba.
Kekenyangan dan keletihan melayan kerenah anak2 buah yang banyak songeh mongeh nak makan itu ini.
Kedai ni letaknya jalan ke atas bukit lorong rumah LY. Boleh test mulai esok malam (17/12)

Hari ni, kesejukan menggamit sanubari untuk bangun membuang bahan kumuh serta solat Subuh dengan segera.

Pagi2 buat kerja rumah semua dan mandi dengan dalam selang waktu yang agak awal iaitu jam 11 pagi. Terbaik....air bukit memang sejuk....ggggrrrr...

Hari ni disebabkan tak ada aktiviti yang menarik untuk di buat maka, LY merajinkan diri untuk menyiang sayur untuk proses lunch.

Mak LY beli pucuk paku 3 ikat. (Ikat tangan yang besar...kalau tangan LY ikat tu mungkin 6).
Mula2 patah patah guna tangan....macam biasa. (kalau ikut teknik arwah nenek LY kena lurutkan dulu sebelum patah2kan)

Mula2 steady je patah2 ni. Sekali jumpa benda hijau bergerak2....eeeeeiiiiiiii...geli2...(tapi dalam hati je)....kalau kakak2 LY jumpa lagi dahsyat...mahunya diorang pergi campak daun pucuk paku tu.

LY yang masih lagi steady nak patah2kan pucuk paku tu lama2 jadi malas pulak sebab banyak sangat. Dan bila dah malas...apalagi....capai gunting....zas...zas....hamek kau...sekejap je siap.

Bila basuh tu...ada lagi benda2 hijau yang LY tak buang masa guna gunting.
"Masak je sekali mak kalau kita tak nampak....orang lain makan ulat hidup2 sihat je"
Hahahha......
Mungkin orang pekan yang beli pucuk paku jarang jumpa ulat daun sebabnya ulat dah mati kepanasan....tu pasal orang pekan tak geli bila proses pucuk paku ni.

Menu lain....sambal udang campur petai....
Selalu mak LY masak sambal cili api petai dengan ikan bilis...dan LY akan dapat sakit perut CIHIT BIHIT sebabnya mungkin cili tu terlalu pedas. (benda ni jadi 2-3 tahun kebelakangan ni je....dulu2 masa zaman sekolah ok je....mungkin sebab duduk luar tak makan petai...sekali makan kat rumah perut tak boleh terima agaknya....tak makan kat tempat lain mungkin sebab tak kena dengan selera perut LY...memilih kan???)
Hope makan sambal cili kering ni tak sakit perut lah besok.

Semalam LY baru baca beberapa baris novel Abu Ubaidah. Tapi hari ni LY malas nak sambung sebab LY nak habiskan dulu travelog Hatiku terluka di Bukhara....Baru baca sampai bab 4 petang tadi sambil dengar anak2 buah main sebelah bilik ni.

Semalam minum petang punya menu: bubur pulut hitam.
Hari ni menunya pulak.....cekodok pisang.
Ni super duper pebret LY punya menu ni.
Melantak sepinggan dengan cicah sayur pucuk paku tengah hari tadi.
LY bab2 buat menu pelik ni memang terer habis.

Free2 lepas Maghrib ni, sempatlah LY baca Quran sikit.
Almaklumlah TV pun bukan boleh tengok sebab rosak.
Maka, carilah pahala sikit dikesempatan cuti sekolah ni.

Lain2 yang menarik hari ni...
Slip gaji dah keluar....alhamdulillah.

~batubersurat: terkenang pulak zaman sekolah dulu, waktu2 macam ni mesti tengah melepak dekat surau mengaji dengan geng2 surau lain~

Thursday, December 15, 2011

LY & Cuti (I)

|
|
|
|
|
|

Salam takzim

Hari ni 15/12/2011
Dah setengah bulan bulan terakhir untuk tahun 2011.

Bermakna jugak cuti sekolah berbaki kurang dari 20 hari je lagi.

Hari ni kisah bermula dari jam 6:15 pagi.
Bangun untuk solat Subuh atau lebih tepat lagi tak tahan untuk proses perkumbuhan sebab rumah LY ni sejuk sangat memandangkan dikelilingi pokok dan hutan rimba.

Lepas je solat....sambung tidur balik. (Wajib lah kan memandangkan tengah bercuti)
Jam 8:30 bangun balik.
Cuaca sungguh menarik.
Hari ni tak basuh baju sebabnya malam tadi dah basuh. LY bangun, baju dah siap sidai dan Datin A tengah bersidang dengan jiran dekat ampaian.

Sarapan pagi nasi lemak pak Akob.
Sarapan bersama dua orang askar wataniah Along LY yang bermukim di rumah LY sejak hari Isnin.
Mengurus makan je dah ambil masa.
Nak letak sambal nasi lemak tapi tak nak bawang.
Nak asingkan kacang dan ikan bilis lah.
Leceh...leceh...leceh....
Rumit....rumit...rumit...

Buat pulak air milo suam.
Macam-macam hal!!!!

Sapu rumah bawah yang karam di lautan.
Habiskan lipat baju (seluar kecik adik2) yang tergendala malam tadi.

Kemas bilik sendiri yang sekarang ni menjadi milik adik bongsu LY.
Sungguh menggeramkan tulang2 dan urat2 sendi badan LY.
Berhabuk....bersepah....kertas sana sini...
AAAAAAAAAAARRRRRGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHH....
Harap muka je cantik dan rajin make-up....
Tapi bilik nan-hado....jahanam.
Dah macam sarang tikus.

Kemas bawah katil.
Uhuk2....habuk.
Kemas meja study.
Kemas kotak2 buku LY yang LY tak tahu nak letak kat mana.
Nak buang sayang.
Nak bakar sayang.
Kebanyakannya buku dari sekolah menengah, buku matrik dan buku masa U.
Buku original tu....nak jual pun sayang.
Siapa nak pinjam LY bagi dengan syarat mesti pulangkan balik.

Habis kemas je dah jam 12:30.
Mandi....air sejuk...tak tahan nak mandi awal.
Haha....busuk punya orang.

Dah siap mandi...online sekejap.
Solat Zuhur.

Lunch dah siap....
Gulai cili api ikan tongkol campur tomato, sayur campur, ikan goreng.
Terbaik....terhangat....terliur.
Memanglah duduk dengan mak ni syurga....syurga makanan.
(part ni bukan tak tolong masak...tapi nanti mengacau jadinya....kesian Datin A ganggu gugat kekonsentrasian beliau di dapur)

Kemas-kemas.
Naik bilik...capai buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi.
Baru nak layan 1 muka surat.
Sorang masuk bilik bising-bising.
Masuk lagi sorang...
Masuk lagi sorang...

"hhhhhhhheeeeeeiii...pergi main dekat luar sana!!!!"

Aaarrrrrggghhh...tensi...tensi...
Kenapalah budak2 ni tak reti duduk diam.

Cuaca dekat luar hujan.
Aliff, Jehan, Ada ni terpaksa duduk dalam rumah je lah gamaknya.
Diorang punya bertandak dekat ruang tamu utama yang sebelah bilik LY ni...tuhan je tahu bisingnya.
Dah lah dinding pemisah papan playwood (betul ke eja).
Sakit telinga diorang ni lompat2 main dekat luar.
Nak baca buku pun tak ada feel.
Baru nak terlelap sebab kekenyangan diorang bising tahap super duper.

Tensi...tensi....
Sampai ke petang tak boleh nak baca dengan tekun apatah lagi tidur dengan aman.

Bila dah lama sangat main...mulalah ada yang tak puas hati budak2 ni.
Last2 menangis.
Dah satu hal.

"Pergi tidur....kang atam tepon ayah suruh ambil bawak balik Semenyih nak???"

Nan hado diorang ni tidur.
Segala macam benda buat main.

Tapi Ada tewas jugak. Dia terlelap sebab terlebih penat.
Jalan2 petang pergi rumah Cik Salmah atas bukit sebab malam ni ada kenduri.
Baru nak melepak jap....Anem suruh balik...mandi kan Ada.
Dia sibuk nak suruh Atam beliau ni mandikan.

Aduiiissssssshhhhh...
Mandi pun memilih orang jugak.
Pakaikan baju...pakaikan bedak....sikat rambut....

Puh...puh...puh...
Penat...
Macam mana LY nak jadi mak-mak ni.
Buat kerja sikit dah penat.
Tu belum masuk kes masak lagi...kemas baju...basuh berak kencing budak.
Aduiiiiissssssshhhhhhhh...
Susahnya nak jadi mak orang.

Dikala waktu entri ditulis...
Pintu bilik ditutup rapat.
Biarlah ada yang nak ketuk sampai runtuh pun...jangan ada yang nak masuk.
Konsentrasi baca Yaasin ni.

Selesai Yaasin...
Menaip sebentar sementara menanti Isyak.

Sedang enak2 menaip ni, Ada ketuk pintu sambil menangis sebab kena pukul dengan Aliff.

Sampai sini dulu. Nak layan Ada.
Lepas Isyak nak pergi kenduri...menu ikan bakar dan satay.

Chau shin chi....

~batubersurat: baru nak rehat2...tapi dah kucarkacir hidup~

Wednesday, December 14, 2011

Update ringkas

|
|
|
|
|
|
Salam takzim.
Baru kesempatan berjumpa dengan cik tenet setelah meninggalkan laptop dirumah Lui hampir 72 jam lamanya kerana pulang ke PD untuk mengawas SPM.

Sekarang ni dah tak ada idea nak bercoret coret. Mungkin Allah dah tarik nikmat untuk menaip. Mungkin juga Allah mahu menjaga tangan ini dari menaip benda yang bukan2.

Selepas blogwalking....ni je yang menarik LY jumpa.

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya. Manakan boleh cintaku kepada ciptaanNya melebihi Penciptanya? Wajiblah bagiku untuk mencintai Pencipta hamba & perasaan itu melebihi makhluk yang juga ciptaanNya.."

Lanjutan dibaca di [sini] 

Sekian....salam kasih sayang dari hamba Allah kepada hamba-hamba Allah yang lain.

Sunday, December 11, 2011

Review Berombak ke panggung

|
|
|
|
|

Salam takzim.

Sana sini orang dok bercerita pasal filem Ombak Rindu.
Berombak-ombak wall FB dengan status ombak rindu.

Sampai dah boleh jadi hari peringatan Se-Malaya 1 Disember sempena memperingati filem Ombak Rindu.

Sebenarnya LY bukan nak review cerita tu...(nak review cengganakan kalau jejak kaki kat wayang pun tidak)

LY nak review pasal aktiviti tengok wayang.

LY dah dekat 2 tahun tak jejak panggung.
Takjub tak???
(Astaghfirullah...ter-riak lah pulak....ada orang tak pernah tengok wayang tak kecoh pun)

Sebab apa sekarang ni LY malas tengok wayang???
Kat sini ada beberapa alasan yang munasabah lagi munasarawak yang boleh diterima pakai oleh hakim-hakim se-antero dunia Melayu.

1-SEJUK
--- dalam wayang tersangat2 sejuk untuk body LY tahan sampaikan sekurang-kurangnya sekali LY mesti kena pergi toilet masa movie tengah on untuk proses perkumbuhan.Tak syoklah kan dah tertinggal beberapa scene....kalau dah 2 3 kali asyik pergi toilet...baik duduk rumah je.

2- IKLAN SPONSOR
---- siapa yang jenis masuk awal ke panggung mesti tahu ada iklan apa yang keluar sebelum movie on. Atau yang tak perasan...iklan ARAK mesti ada terselit dalam iklan wayang. Walaupun cerita yang keluar bercorak ke-Melayu-an atau lebih tepat ke-Islam-an...owner wayang belum tentu Islam lagi. So, kalau tak sokong wayang...kita tak adalah sokong iklan arak kan. Huhuhu...kita ni dah lah tak berapa nak buat pahala setiap masa...ni nak tambah pulak dosa yang tak berapa nak perasan masuk buku belah kiri.

3- PACARAN
---- dalam wayang tak semuanya dah berkahwin dan mengamalkan adat kesusilaan yang tepat dan jitu. Panggung gelap dan boleh jadi gulita kalau tak pakai spek mata...huhu....pacar2 zaman sekarang ni macam2 hal buat dalam wayang.....disebabkan LY tak mampu nak berjihad menghalang maksiat depan mata....maka lebih baik tak masuk wayang...

4- CUKAI
---- dalam tiket wayang yang kita tonton tu...kita dah bayar cukai hiburan sekurang2nya RM2 untuk 1 tiket. Bukan masalah kedekut sangat nak bayar duit tiket...tapi kalau dah selalu sangat layan wayang ni....kiralah berapa banyak duit cukai hiburan yang kita bayar setahun. Lebih dari zakat sekepala yang kita bayar masa puasa tiap-tiap tahun.

5- MENGANTUK
---- dalam wayang yang sejuk mejuk tu....mudah sangat LY nak rasa mengantuk....memang boleh terlelap 15 minit kalau layan filem yang slow motion.

Cukuplah kot alasan2 untuk mengelak tengok wayang. Anak2 buah ajak jugak tengok wayang ni...tapi sedaya upaya LY kata cerita tak best. Padahal dulu LY rajin je nak jejak panggung....Hahaha...kedekut kan... Tapi tak apalah kalau kedekut tengok wayang...jangan kedekut nak bagi makan....

~batubersurat: tunggu jelah cerita tu keluar dekat Astro.....senang cerita....Astro pun kena bayar cukai jugak~

Hujung Minggu

|
|
|
|
|
|

Rasa macam nak naik Broga Hill pagi minggu yang nyaman ni.

Tapi.....tak ada kenderaan nak pergi.
Kalau aku bawak ferrari merah abah nanti, bukannya naik Bukit Broga... turun dam Semenyih adalah rasanya.

Menyesallah pulak tak ada lesen motor....kalau tak dah lama merempit sensorang.

Nasib badan....orang kalau tak berharta memang orang tak nak kawan.
Makanya....duduklah terperuk dekat rumah ni jelah.

Saturday, December 10, 2011

Berita Kepada Kawan

|
|
|
|
|

Siapa tahu lagu ni????
Penyanyi dia nama Ebiet G Abe.
Pernah dengar tak???
Mesti ramai yang tak pernah dengarkan...sebabnya lagu ni zaman kuno punya lagu.

LY tahu lagu ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi.
Sampai sekarang masih lagi layan.
Putar lagu ni berulangkali pun tak bosan.


Ni lirik dia...kalau korang malas google...
(LY malas nak letak link dari youtube)


Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di samping ku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan
Ho ho ho ho... ho ho ho ho... 


Tubuh ku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Ho ho ho ho..... 


Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika kutanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini 


Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit 


Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang
Ho ho ho ho... ho ho ho ho... 




~batubersurat : bila rasa tak ada semangat mesti dengar lagu ni...sebabnya ramai lagi yang dapat ujian lagi hebat dari yang LY dapat~

Friday, December 9, 2011

Santai

|
|
|
|
|
|

Ding...ding...ding
Dong...dong...dong
Kelentung kelentang...kelentung kelentang.

"Ada....jangan bisinglah....Atam nak tidur tau tak???"
"Jom lah Tam...tadi kata nak pergi petang...ni dah petanglah ni !!!"

Arrrggghhhh.....payah berjanji dengan budak.
Nak2 kalau budak yang tak berapa nak faham bahasa.

Potong stim LY nak layan tidur petang yang banyak hari tertangguh minggu lepas.
Setelah bertekak dan memberi alasan2 yang kurang bijak.
Akhirnya, Ada tetap menang untuk pergi mandi Sungai Gabai siang tadi.

Santai yang tak berapa nak santai...rendam kaki je. Ada je yang mandi sakan. Aku melopong je tengok dia.

~batubersurat: dah tak berapa nak syok je mandi Gabai lar ni~

Thursday, December 8, 2011

Aku dan Kamu

|
|
|
|
|
|

Kepada hamba Allah .........
Daripada Norazian Ramli seorang hamba Allah.


Pernah tak masa anda rasa anda betul-betul perlukan seseorang, lepas tu anda taip mesej panjang-panjang untuk cerita apa yang anda rasa, kemudian anda dah pick satu nama. Tapi bila langkah terakhir iaitu untuk tekan button Send, anda cancelkan penghantaran mesej tersebut. Tak, bukan kerana anda sayangkan kredit. Tapi mungkin kerana anda lebih memikirkan apa penerimaan dia tentang mesej anda. ~amalina hamsan~


Payah dapat dilema ni....

Hampir 3 minggu lepas masa seseorang tengah down down down...LY tak boleh nak fikir apa2 pun kecuali nak telefon dan cakap "LU NI DAH TAK ADA IMAN KE???"

Tapi masa tu....seseorang tu pulak tak nak angkat telefon.
Berkali-kali jugak LY retry call. Tapi hampa.

A few days lepas tu.....senyap...sunyi ....sepi...
Dan tak semena-mena.
Ada mesej tanya pasal USM???

Hati sebal dan sesak ni masih lagi menanggung rasa marah. 
LY terus senyap....sepi....
Sampai hari ni.

Kepada kamu wahai hamba Allah,
Aku suka untuk kamu terus ada untuk menjadi tempat aku bersandar, tempat untuk aku kutip semangat-semangat yang melerai. Tapi aku lupa kamu ada hidup kamu sendiri. Kamu ada keinginan kamu sendiri. Dan kamu juga dilahirkan bukan untuk menjadi tempat sandaran pada aku.

~batubersurat: Macam mana aku nak cakap yang aku terasa dengan kamu. Aku dah agak tua untuk nak kecil hati dalam bab-bab bodoh macam ni. Jadi aku diamkan diri. Lagi pula aku nampak kamu itu sangat gembira kalau aku tak ada. Masakan perlu aku lagi?