Thursday, September 30, 2010

30 September 2010

Hari ni hari Khamis....Masa entry ditulis....Tarikh mengikut title di atas....
Confirm korang tahu kan hari ni hari Khamis. Sebab Khamis dah dekat nak masuk hari Sabtu.... Hari yang orang suka...sebab boleh relax2 (in English pun ada kata ganda ke?).

Apa ada dengan hari Khamis selepas merapu dengan entry Gila ke apa aku ni?? petang tadi. Kalau korang nak tahu....Hari Khamis 30 September 2010 tu sebenarnya tarikh tutup permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih dekat dalam website Kementerian Pelajaran Malaysia. (Waktu sekarang kalau korang online website KPM tu diorang dah lanjutkan tarikh sampai 6 Oktober ni). 

Maka apa kaitan antara aku dengan tarikh tutup tu???
Kan aku dah pergi interview tu!!!
Nak buat apa sibuk2 isi form lagi....
Haaaa....di sinilah rahsia yang harus di bongkar...
Bila tutup je aplikasi online tu....maka wujudlah satu lagi aplikasi...
Iaitu Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru Sandaran Terlatih.....

Korang nak tahu....aku tak tahu pun yang result tu nak keluar hari ni... 
Ingatkan rumors yang Kak Masitah a.k.a Nur Umairah Kaisah (nama FB dia) tu main2 je....rupa2nya betul....
Dahsyatkan....Sebenarnya  Umi a.k.a -umi nadia- (nama FB dia) yang bagi tahu suruh baca gosip tu.
Tengahari tadi sampai sebelum cerita Siti Kelembai on air kat TV....aku online...belum ada apa2 berita yang menarik pasal result tu nak keluar melainkan ke-gelisahan si Jijah a.k.a dD kat blog dia.

Lepas je mandi dan  menghilangkan kebosanan dengan primadona Melayu moden yang hot dengan gosip a.k.a Fasha Sandha dalam drama CHINTA. Lepas tu sambung dengan CSI season 9 (episod pengenalan Dr. Ray Langston). 
Lepas tu naik ke bilik dan tengok C902 kesayangan ada mesej dari cik dD. Beliau kata dah boleh tengok result.......
Wah......sepantas kilat saya meng-on-kan lappy kesayangan yang uzur ni.....(nasib baik uzur je..kalau nazak kompom aku suruh dD yang tengokkan result tu).

So...(eh....bukan ke patutnya Maka)...
Dijadikan cerita....perasaan gemuruh dan  berdebar2 seperti jantung lepas lari pecut kena kejar anjing je aku rasa....(lari pecut 100 meter aku tak pernah mengah pun....sebab aku tak pecut...sebab tu aku tak tahu apa rasanya.....kena kejar anjing masa bawak motor tu penah lah)...
Dalam hati ni...Allah je yang tahu....
Takut sangat2 kalau tak lulus....dan lagi takut nak jawab apa dengan mak abah nanti....
Dengan alunan tahlil di speaker surau yang kedengaran jelas di cuping telinga aku ni.....turun sikit debarnya....
Selepas masukkan nombor IC...(dalam percakapan harian, korang sebut ke nombor kad pengenalan).
Maka keluarlah.....

NAMA: NORAZIAN BINTI RAMLI
NO K/P:870215######.
KEPUTUSAN :BERJAYA.........
Tatkala terpandangkan BERJAYA tu...dalam warna merah...aku terus tenang dan rasa lega yang sangat2.....lepas je sujud syukur.....terus capai tepon dan balas mesej dD a.k.a Adelia Othman.....
Thanks sangat2 my friend sebab suruh check result ni...
Terima kasih jugak dekat bekas kawan sebilik masa tahun 3 di Seladang, KOSASS, UPM iaitu Nur Farhan sebab ada bagi mesej reminder result dah boleh check.
Lepas tu...terus update status FB....KEPUTUSAN:BERJAYA!!!!!!!!!!!!!
Dengan tanda seru (!) yang banyak....tu tanda aku jerit happy la tu....yeeeehhaaaa....
Lepas tu terus mesej dekat abang2, kakak2, abang ipar dan kakak ipar....
Akhir mesej pasal lulus interview tu....aku taip ...."Tahniah kepada maktam"...
Tu sebagai tanda ucapan dari anak2 buah aku la tu.....hahaha....padahal congrate kat diri sendiri...

Dan bila bukak je dekat FRIENDS>Status Updates...
Fuh....berjejai status kawan2 yang pergi interview pasal lulus interview tu....
dan aku pun tumpang gembira dan meng-komen status diorang dengan ucapan TAHNIAH....

Tengah syok meng-online....adik aku ajak pergi jamuan raya kat rumah INDUK yang jual roti canai....
Maka terhenti seketika aktiviti....
Bila balik je....bukak blog...dD dah update blog dia dengan cerita gembira beliau tu....
Dan banyak notification dari FB....
Dan sambung komen balik mana yang tak sempat...
Dan sekarang...aku dah habis karang cerita pasal 30 September tu walaupun tarikh ni masih ada 1 jam lagi nak dilalui.....
Apa2 pun....malam ni tidur dengan senyum ala2 dapat jumpa dan peluk Prince William.

~notakaki: terima kasih pada orang yang bagi tahu pasal Maizatul Azliah sakit kena denggi...dan semoga Mai cepat sembuh~

Gila ke aku ni??

Hari ini hari Khamis.
Aku ingat hari ni hari Sabtu tadi,  sebab abah tak kerja.
Aku ingat aku dah tidur 3 hari tak bangun2 dan bila sedar dah hari Sabtu sebab hari Sabtu Ada tak datang rumah ni.
Haha.....siapa2 yang duduk rumah tak ada rutin yang padat dan bersenang2 sepanjang hari memang akan mengalami sindrom lupa hari. (Entah2 aku sorang je yang ada sindrom ni......arghhhh...tak suka.....)

Okaylah...meh kita cerita untuk hari ni. Cerita apa yang ada dekat Malaysia ni. (Takkan nak cerita yang dekat Bosnia pulak kan...aku bukan mastautin kat sana pun....nak cakap bahasa Bosnia pun tak tahu...ade hati nak stoly molly yang kat sana.)

Mula2 nak cerita...tajuk entry ni tak best langsung....aku suka tajuk entry tak ada kena mengena dengan storyboard.....haha....gelak macam jembalang sikit...sikit je.. jangan lebih2 plak
Okay what kalau tajuk entry tak best sebab hidup ni pun bukannya best memanjang.
(aku buat tajuk baru aku karang story)
Bahasa Melayu aku semakin teruk sebab dah jarang baca surat khabar!!!!

Hari ni.....hari Khamis kan??? Maka orang sepatutnya bekerja kan(kepada siapa yang bekerja....kalau menganggur dia buat apa ek???) Kalau dah hari Khamis...maka orang bekerjakan??? (Ya Allah...apa yang belit2 ni...aku dah tak faham dengan bahasa yang aku karang sendiri ni!!!).
"Yan.....sila normalkan diri anda kembali"

Hari ni hari Khamis...tapi Ada tak datang...maka ayah dia tak kerjalah tu....(aku tak boleh nak tanya sebab apa abang ipar aku tak kerja sebab beliau tak pakai henfon. Nak tepon kakak aku, dia tengah kerja dan dia kompom2 tak tahu suami dia tak kerja hari ni. Tapi aku ada 1 assumption kenapa Ada tak datang.
ALASAN: kakak Ada, Ebot tak sekolah mengaji hari ni. Maka nanti tak ada siapa nak jaga Ebot lepas balik sekolah nanti...(korang tak tahu pun tak apalah pasal part yang ni.....yang pentingnya korang tahu ADA TAK DATANG rumah aku hari ni)

Pagi tadi....dekat SUNGAI LUI (lagi tepat, dekat RUMAH AKU)....hujan...sebabnya aku nampak halaman rumah aku basah.....hahaha....(Aku tidur mati sampai ke pagi....tak tahu pun hujan turun....hehehe)

Tak ada yang menarik pun nak cerita....takkan nak cerita pasal sidai baju jam 11.30 pagi sebab hari mendung je....takkanlah nak cerita aku tengok cerita SENARIO XX dan ANAK BAPAK pagi tadi....kompom aku pun borink nak mengarang storyboard macam tu (dalam bahasa Melayu sebenar, sila eja BOSAN/JEMU)
Adoiyai.....apa mau celita nih....

HAH!!!!!!!!!!!!!
Kita cerita pasal nilah.....(kita plak....tak sedar ke awak tu sorang2 je dalam bilik....guna kata ganti diri AKU je sudah....)

Sebenarnya nak cerita benda ni semalam lagi...tapi tak sempat....(macam menarik sangat je ceritu tu....!!!)

Korang tahu tak dekat Malaysia ni...ada seorang perempuan (lebih tepat wanita) yang masih hidup...(kalau nak cerita pasal oang yang sudah mati aku tulis tajuk entry TRIBUTE TO...tak pun BELASUNGKAWA..)
Wanita tu adalah....jeng3.....nama dia(beliau lagi bagus agaknya)..... adalah.... JASMIN HAMID.
Apa pasal aku nak story mengenai beliau tu pulak....kenapa tak pasal ERRA FAZIRA ke....ZIANA ZAIN ke...kenapa mesti JASMIN HAMID....
Sebab aku punya sukalah nak cerita...ni kan blog aku...hehhe....
Yan dah mengong tahap dua ni.....

Beliau seperti nama di atas seperti juga yang telah diuar-uarkan dalam perenggan di atas sebenarnya......(ayat ni tergantung sebab aku pun tak tahu nak tulis apa)....
Jasmin Hamid tu pelakon. Pelakon drama Melayu (korang pernah nampak ke dia berlakon dalam drama Cina atau Tamil atau Filipina dan sebagainya selain dari Melayu?). Beliau tu dah berlakon lama sejak aku kecil lagi.....(kecil tu tak spesifik tau....boleh jadi masa aku betul2 kecil kurus....ataupun masa umur aku yang kecil...belum ada angka 2 didepannya...TAPI sekarang pun aku kecil dan kurus jugak...)
Apa2 jelah kan...Yang penting dia dah lama berlakon...

Apa info yang aku tahu pasal beliau tu....
Aku tahu dia tu bekas DEWI REMAJA....yang ala2 ratu bagi pertandingan dalam Majalah REMAJA tu....
Korang tahu kan??? Tipulah kalau tak tahu....Yang zaman sekarang ni...yang top tu SCHA al-YAHYA...Tak pu JUE AZIZ ...(macam betul je fakta aku ni pasal Jue Aziz tu...)

Hey....kenapa nak letak nama pelakon AWAN DANIA pulak ni....tak ada kena mengena langsung....
Berbalik kepada Jasmin Hamid....kalau koang nak tahu....(kalau tak nak tahu boleh berhenti baca di sini)...
Aku sebenarnya suka tengok Jasmin Hamid tu...sebab tulah nak story kat sini...
Aku suka....aku suka... dan aku suka tengok dia berlakon dengan macam2 watak...Yang suara sengaulah(CINTA LUAR BIASA)....yang jadi jahatlah(drama Melayu banyak sangat yang dia berlakon)...yang jadi mak mithali(Bahang Ravina)....yang jadi kakak yang sangat2 penyayang(Relung kasih)...
Kalau nak senaraikan banyak sangat....nanti jadi Arkib pulak blog aku ni....

Aku suka tengok dia...dia tu CANTIK (benda subjektif jangan dipertikaikan...maka jangan pertikaikan kenapa aku kata dia cantik)....aku letak cantik je...aku tak letak pun cantik sangat2..atau ayat aku cantik macam ratu....CANTIK sahaja...
Kalau cerita pasal cantik ni,memang la tak patut dirungkai kan lagi sebabnya dia dah pernah masuk DEWI REMAJA pun kan....maka...dia memang cantik....
Ayat 'tak boleh bla' aku bila dia muncul dalam drama Melayu... "Jasmin Hamid ni cantik la....bila lah boleh dapat body macam dia ni"....'tak boleh bla' kan ayat tu...(aku pelik mana datang terma 'tak boleh bla' tu dekat Malaysia ni....

Korang bagi tahu kat aku, artis mana yang body dia cun meletup macam Jasmin Hamid tu kat Malaysia ni...(tak boleh buat perbandingan dengan pelakon Indon yang baya2 Jasmin Hamid okay!!!)

Aku berpandangan (mantap tak guna ayat yang macam ni)...
....dia tu lah PRIMADONA Melayu selepas Datuk Sarimah....(sebab Datuk Sarimah je yang hidup lagi sekarang ni....)....Takpun macam primadona....siapa tu nama dia....mak Ogy tu....ha...dah ingat...Macam SAADIAH...korang pun rasa tak macam yang aku rasa....Kalau korang tak rasa tu tandanya korang belum KHATAM tengok cerita2 Melayu klasik!!!!!

Okaylah....tu aja nak dicerita....
Apa2 pun yang terjadi....tontonlah drama Melayu walaupun dah tak banyak guna dialog Melayu....
(I, You konon.....menyampah mak....guna je la AKU KAU...SAYA AWAK....kan sedap bunyi nya tu)

~notakaki: SHEILA RUSLY=pelakon pujaan hati aku~

Tuesday, September 28, 2010

Si Capik

Sekarang ni....waktu entry sedang ditulis....
Jam 9 malam.....Selasa.....
Apa yang anda tahu mengenai hari Selasa jam 9 malam....
Katakan anda tahu mengenai sesuatu yang melanda Malaysia pada jam 9 malam hari Selasa secara amnya...
Dan secara khususnya katakan anda tahu apa yang berlaku jam 9 malam pada hari Selasa dalam hidup saya...
Atau anda sememangnya tidak ambil peduli mengenai Selasa jam 9 malam....

Mari kita selongkar apa itu Selasa jam 9 malam dalam hidup saya....
Tahukah anda hari Selasa pada jam 9 malam di Malaysia ini....ada sebuah cerita yang akan ditayangkan di TV2...(anda tahukan siaran ini??? Bagi pengguna Astro Channel 102)....
Jika rumah anda tiada liputan rangkaian TV2....anda seharusnya bersyukur kerana anda tidak akan mengalami dilema seperti yang sedang saya lalui....

DILEMA???
Kenapa saya mesti dilema pada jam 9 malam setiap Selasa???
Inilah jawapannya....

Di Malaysia ini....ada seorang lelaki yang berkulit putih dan tinggi yang diciptakan oleh Maha Pencipta.... Lelaki itu seorang yang sangat kacak pada zaman mudanya....dan masih segak diusianya sudah masuk ke alam 50-an...
Lelaki itu ada anak bujang yang "hensem" (itu sepupu saya yang kata)....seorang isteri yang cantik (memang lawa sangat2...saya pernah bersalam dengannya)....

"Ah....persetankan itu semua....saya kena cerita benda lainlah...bukan pasal anak dan isteri lelaki tu...."
>> monolog: Straight to the point je la kan senang...ni nak belit2 pula <<
Lelaki tu (sepatutnya guna kata ganti diri 'beliau') diberi nama DATUK YUSUF HASLAM (DYH).
"Mesti kenalkan....Datuk tu...takkanlah tak kenal....hahaha"

Beliau tulah punca saya mengalami sindom KEBUNTUAN setiap jam 9 malam hari Selasa.
Sebabnya??? Beliau telah membuat cerita (DRAMA dalam bahasa Industri Seni)...
Dan cerita beliau tu telah menggugat hari saya....sebab mak abah saya suka tengok cerita yang DYH tu buat....
Kalau kamu semua nak tahu....cerita (bila nak tukar kepada drama ni!!!) yang beliau buat tu telah menyalahi prinsip-prinsip drama Melayu.... Beliau telah melangkaui batas seorang pengarah di Malaysia ini....
Sungguh dahsyatkan....
Memang dahsyat beliau tu......kenapa mesti buat drama bersiri lebih dari 50 episod....
Fakta hari ini....28-September-2010....tayangan drama bersiri beliau, Si Capik di TV2 tu dah masuk episod 71 untuk minggu ni....maknanya dah lebih dari setahun cerita tu rolling di TV2...
Dan saya masih belum nampak bayang2 yang cerita (dramalah Yan!!!) ini akan tamat dalam masa terdekat....

Fakta lain yang ada harus tahu....ini bukan drama pertama beliau tu...
Drama beliau yang telah mengganggu gugat saya sebelum ini adalah JANJI DIANA, SEMBILU, BARA...Mungkin ada lagi drama beliau u yang saya tak ingat tajuknya....
Drama2 tu semunya melangkaui batas episod drama bersiri yang harus ada di Malaysia.
Tu belum masuk drama yang ada kontrak seumur hidup dengan TV2...
"Tau tak cerita apa???"
Kalau tak tahu.....letak ni fakta ni dalam kepala anda.... drama GERAK KHAS...
Dulu saya sangat fanatik dengan drama ni....(dulu2 je ok)...

Masa untuk berhenti kerana Si Capik dah nak habis...maka saya dah boleh tengok siaran lain....

~notakaki: cuba bagi tahu saya drama cinta mana yang guna bahasa AKU KAU antara pasangan kekasih selain dari drama2 dan filem2 Datuk Yusuf Haslam~

Monday, September 27, 2010

Cucuk 2 bulan

Hari Isnin.....Minggu baru....
Hari yang agak sakit bagi seseorang....
siapalah agaknya yang sakit sangat tu....
meh kita tengok muka mangsa yang sakit tu....
Ni lah dia mangsa kita....anak buah saya yang nombor 9....
Arissa Jazielah......saya yang bagi nama pada beliau ni....
tapi saya tak suruh pun papa beliau ni letak huruf E dalam nama dia...
sebabnya bila tulis dalam jawi nanti sama juga ejaannya bila tak ada E.....

Hari ni Arissa kena cucuk dekat peha....
cucuk untuk 2 bulan....
"Cian ayang Atam ni.."

Beliau ni banyak menyusu badan mamanya daripada susu formula...
maka bila diberi ubat, beliau pandai membezakan apa yang masuk dalam mulut beliau tu...
"Arissa oh Arissa....pandai ye...main2 air liur pulak bila mama ia soh mam ubat ye...."

10 Oktober 2010 ni.....
ada majlis untuk Arissa...
majlis aqiqah n cukur jambul...
Atuk beliau dah booking lembu semalam...
aqiqah untuk 7 nama sekaligus....

jemputlah datang ye pembaca semua....

~notakaki:"sekampung malin Ali kanduri, tumbang lambu bagai", jiran saya~

Jack

hoooohooo...
saya belum tidur lagi...
still belek2 laptop lagi....
sebenarnya baru habis belek2 gambar sorang adik sekampung yang baru jejak kaki di  Universiti Tanta, Mesir....
Alahai, Jack....nampak je kamu kecik...tapi hati kamu sungguh besar....
jauh merantau menggali ilmu dunia...

kak Yan doakan ko berjaya dekat sana...
lima tahun setengah tak lama mana...
balik nanti kak Yan dah siap sedia nak panggil ko doktor ni....
cita2 nak buat veterinar tu simpan jadikan cerita untuk anak2 ko nanti....

~notakaki:handsome lah senior ko tu Jack~

Sunday, September 26, 2010

Klasik.fm

 Hari Ahad.....hari berehat....
Tapi tadi tak rehat pun....mengajar Sarah anak jiran saya...

Tadi saya baca blog cik ADELIA....
dalam entry dia pasal muzik tu kan...
ade ke patut beliau tu menggembar gemburkan nama siaran radio KLASIK.fm....
tak patut sungguh bila dia kata tak suka...
isk3...cik DD ni memang kejam...

beliau tak tahu agaknya OMAK kesayangan den tu peminat radio tu...
beliau tak tahu agaknya den ni membesar dengan dondang sayang dari radio tu...
beliau tak tahu agaknya radio tu ubat tidur den waktu2 petang bila tak ada siaran tv yang best...
beliau tak tahu agaknya den tahu banyak lagu klasik melalui radio tu...
beliau tak tahu agaknya den belajar BAHASA MELAYU yang MEGA dasyat tu dari lagu2 klasik radio tu...
(dah bocor rahsia kat mana den belajar bahasa Melayu....)

kepada Adelia....jangan kutuk Klasik.fm (K kena huruf besar, kata nama khas tu)...

radio tu bukan ada lagu klasik semata2...
lagu Datuk Siti pun ada lah....tapi yang irama Malaysia lah kan...
lagu M.Nasir pun banyak....

yang best pasal radio ni...antara lainlah kan....
segmen MASIHKAH KAU INGAT....
nostalgia sungguh.....setap hari ada topik pasal kenangan masa kita kecil2 berkaitan sesuatu benda...
contoh macam.....topik TEBU....pendengar2 akan share apa yang diorang ingat pasal TEBU dengan kehidupan diorang dulu....contoh macam aku....makan tebu lepas mandi sungai ramai2...budak2 sekarang mana tahu nak makan tebu...minum air tebu kotak diorang tahu la.....haahhaa...kenangan2...

ada juga segmen PANTUN....tambah2 kalau bulan MERDEKA atau bulan BAHASA...
macam2 pantun ada....siap ada pertandingan lagi tu....
setiap karya akan dibaca oleh penyampai....
nampak macam borink kan....
tapi bila dengar....fuhhh.....tabik spring dekat orang yang mampu berkarya tu....
sajak, syair, gurindam dan segala macam tinggalan warisan ada kat sini....

lagi 1 info....radio ni akan berbahasa Melayu sehabis mungkin...
termasuk lah dalam segmen IT....penyampai akan menghubingi pakar IT yang akan kupas isu2 mengenai IT dalam bahasa Melayu....(tapi facebook masih dipanggil facebook bukan mukabuku...siapa sebut mukabuku tu maknanya belajar ajaran sesat la tu)...

apa lagi yang menarik pasal Klasik.fm ni???
haaaaa....saya dah ingat...
kupasan mengenai ADAT DAN BUDAYA orang Melayu...
adat resam, cara hidup....semuanya diterangkan dengan cara berseni...'halus' orang tua2 kata...
iklan2 kat radio ni pun tak ada lah yang menyakitkan hati...
dengan pekikan yang "ntah hape hape"....(ayat ko kan Ady..)
(walaupun aku tak ikut totally adab2 yang aku dengar tu, tapi aku simpan sebagai pengetahuan am alasan dan sebab musababnya orang dulu2 cipta)


sekarang ni Klasik.fm dah tak berapa nak klasik...
nama pun dah tukar...NASIONAL Klasik.fm....
lagu pun dah macam2...mungkin sebab nak tarik pendengar muda....

apa2 pun, Klasik.fm masih tetap bertahan dan ada peminat yang tersendiri....
dekat TAMAN PERKASA, Hulu Langat...rumah abah yang kakak aku sewa tu(sebab kakak aku dah kahwin)....sederet taman tu bukak siaran ni....walaupun URBAN....masih dengar lagu2 klasik...
dan saya rasa....tu lah hiburan terbaik sambil2 borak dengan jiran, beraktiviti cucuk tanam atau cuci kereta motor...

sila bagi tahu saya, radio mana yang ada tetamu jemputan macam Mak Ungku Azah Azis, Prof Emir Koh.....(dah lupa saya namanya....pakar sejarah tu...)...A.Samad Said...ramai lagi lah sasterawan yang pernah jadi jemputan....Radio lain ada ker????

saya bangga jadi pendengar Klasik.fm....
sebab saya anak Melayu....
kalau bukan Melayu yang dengar...siapa lagi yang mahu dengar??
kalau bukan Melayu yang jaga warisan Melayu,...siapa lagi yang nak jaga???

~notakaki:nama lama Klasik.fm ni radio RIMA~

Saturday, September 25, 2010

cerita ni pasal...

sekarang jam 7:49 petang.....
saya tak sembahyang Maghrib....
saya tak mengaji....
cuti2 Malaysia...

pagi tadi tak sempat nak post apa2....
sebabnya kena tolong settle-kan urusan rumah tangga...
Datin Azizah masak lemang hari ni...
maka...rumah tunggang langgang....
tapi urusan masak2 untuk tengah hari tu kompom la kakak2 saya yang uruskan....
fuuuhhh.....nasib baik diorang balik....

sebenarnya nak cerita....
malam tadi.....saya menangis....
nak kata malam Lailatulqadar...confirm la bukan...
sebabnya sekarang ni bukan bulan Ramadan...
nak kata tengok movie sedih....
cerita CHANCE PE DANCE tu tak sedih pun....
cerita lama Sundel Bolong tu lagi la tak layan....
cerita Narnia tu saya tak bukak pun....
yang cerita tv2 lagi la tak tekan...
yang lain2 siaran tu cerita biasa2 je...
so tak ada kena mengenalah saya menangis sebab tengok tv...

sebab apa saya menangis malam tadi ni???????
nak kata saya bergaduh dengan budak tembam, si ADA tu...
tak mungkin....dia yang menangis adalah sebab tak dapat kena dukung...
"gile ke apa nak suruh atam ni dukung Ada...boleh patah pinggang tau"
nak kata kena marah dengan abah...
kelogikannya kosong....
abah manalah pernah marah anak manja dia yang sorang ni...
nak kata pasal mak bersungut seluar dia tak jumpa tu...
tak mungkin...sebabnya memang mak yang salah pandang....
seluar tu ada je tergantung dalam bilik stor baju tu...

dekat mana lagi ke-possible-an punca saya menangis malam tadi...
kompius mak(ala2 ayat ADY kat FB).....


yang pasti malam tadi saya menangis dan off telefon sampai ke alarm berbunyi untuk bangun sahur...
(sebenarnya lupa nak cancel alarm tu...dah period camne nak puasa)
kesian sepupu comel saya, cik Lela telefon tak dapat sebab saya off fon tu....
Maxis hantar mesej....5 misscall dari no cik Lela tu...
dalam hati- sorry la Ha...gua off fon la...gua sedey la malam tadi....tidur dengan air mata...kalau gua angkat fon lu...mesti suara gua tak keluar punya....-

apa2 je la kan...
tak suka duduk rumah lama2 sangat tanpa kerja yang membolehkan saya penat dan tidur mati....
hari2 tidur tak lena....sebab tak penat....
dan senang2 pulak air mata nak keluar.....

dah macam NENG YATIMAH pulak rasanya diri ni...
sikit2 nak menangis.....
menangis dan menangis...
kena pukul dengan ADA pun menangis....

~notakaki:thanks Jier n Syu sudi datang rumah tadi.....love you guys....friends forever~

Friday, September 24, 2010

Jangan Baca 2!!!!!!

trengtengteng.....

saya ada dapat komen dari pembaca misteri......

beliau kata "poyo ah ko ni"

wah...beliau tu....macam kenal baik je kan ngan saya...

siapalah agaknya ye beliau yang mesra tu....

pape pun saya suka ada yang sudi baca blog saya selain dari pengikut tegar saya...

terima kasih pembaca misteri tu.....

~notakaki:A bukan nama sebenar nak pesan dekat L bukan nama sebenar "ALL D BEST IN MIDTERM EXAM"~

Thursday, September 23, 2010

Null Message

Chak....selamat pagi...
Check your eyes....
check your eyes...
saya punya okay dan selamat dari sindrom bengkak...
hehe...nasib baik nangis kejap je malam tadi...
sejak bercuti panjang ni...
banyak pula masa nak keluar air mata ...
tapi alasannya tak ada benda yang sadis sangat pun...
sempoi2 pun sebab tengok cerita Rosyam Nor, Wan Maimunah...
bertambah feeling kalau layan Hindustan...

Apa kena mengena nangis dan NULL message tu...
Null tu maksudnya kosong....ataupun EMPTY...
dalam matematik...kalau belajar bab SET dalam Aljabar...
Null set tu maknanya set kosong....tak ada apa2..
so samalah juga dengan NULL message...
maknanya mesej kosong....tak ada apa2....

Jom stoly molly skit pagi2 ni....
A (bukan nama sebenar) hantar mesej kosong  dekat L (bukan nama sebenar)
lepas tu L balas....
"pe kes mesej kosong je?"
A tak balas pun mesej tu...
sampai ke subuh hari pun masih tak balas....
sebabnya A dah tidur...malam tu kan hujan...
hahaha......

dalam hati A sebelum tidur...
=>>> sorry la kamu... kita tak mau la mesej kamu dengan ayat2 lagi...
biarlah kita anta mesej kosong je...
mesej kosong tu macam2 makna kalo kamu fahamlah...
mesej kosong tu maknanya kita masih ingat dekat kamu...
mesej kosong tu bawak sume rasa yang ada dalam hati kita ni...
(rasa geram....sakit hati...marah...benci...tapi yang banyak sekali...
rasa rindu kot....takpun sayang....)
mesej kosong tu supaya kamu hanya baca nama kita je...
kita anta mesej kosong waktu malam hari sebelum kamu tidur sebab kita nak kamu 
ingat nama kita je...sebabnya kamu dah tak jumpa sape2 lagi macam siang hari...
kita nak kamu sentiasa fikir nape kita anta mesej kosong dekat kamu sampai kamu tertidur...
mesej kosong tu juga tanda 'selamat tidur' dan 'selamat pagi'......
apa kena mengena selamat pagi....
sebab kamu suka tengok telefon kalau2 ada mesej yang kamu tak baca dan balas...
dan sekali lagi kamu akan nampak mesej kosong tu dan baca nama kita...
kamu....kita minta maaf okay...esok kita anta mesej kosong tu lagi...
kita harap kamu akan tempuh hari esok dengan jayanya...
sahaja aku berpuasa sunat 6....zzzzzzzzzzzz........<<<<<=

sampai situ je stoly pagi2 hari yang boleh di postkan...
hari ni hari Khamis...

~notakaki:ada siapa2 nak panjangkan story ni n hantar kat blog penulisan2u x?~

Wednesday, September 22, 2010

remove friend FB

hari ni hari Rabu....(R mesti huruf besar...hukum BM ni....nasib baik belajar tulis Jawi tak ada kecil besar)...
hari ni aku dah remove lebih 100 kawan2 dekat FB.... (banyak hari aku buat aktiviti ni...)
yang banyak kene remove tu jantina lelaki....pompuan pun de jugk....

siapa yang di-remove?
kawan2 1 sekolah tapi diorang lain kelas dengan aku..
orang2 kampung yang ada dalam list Hometown Lui....
kawan2 lelaki yang sama baya.... (Sorry Dafiq n Shah yg sudi reply mesej tu)..
abang2 n adik senior sekolah Jalil yang aku pernah add n di-add....
kawan2 yang memang tak kenal langsung....yang tak pernah bertegur sapa sama ada maya atau realiti...

sekarang yang ada kat FB...
kawan2 UPM....
kawan2 KMPP...
kawan2 kelas masa sekolah menengah...
kawan2 1 sekolah menengah yang pernah bertegur sapa n berkawan di dunia realiti....
kawan2 perempuan 1 kampung....
sedara mara.....

apakah yang telah berlaku....
lately ni selalu je pikir pasal dosa pahala...
tambahan pulak ade video2 pasal dosa2 yg kita tak sedr berkaitan FB ni...
(memang sahih lagi nyata la aku tergolong dalam kategori buat dosa 24 jam sebab FB ni...)
nauzubillah...jauhkan aku dari azab api neraka-Mu....

harap betullah tindakan aku ni.....gambar2 yang pelik tu aku dh privatekan....
kawan2 yang tak pernah bertegur (realiti  bukan maya) tu aku dah remove...
 harap sangat2 tak ada yang mengata n tertanya2 kenapa aku remove even dulu aku yang add atau aku approve request diorang...

kawan2 lelaki yang sama baya n 1 sekolah rendah pon kena remove...
abang2 n adik2 lelaki 1 kampung yang bertegur n tak bertegur kat FB ni pon aku remove...
bukan sebab nak putuskan silaturrahim.....
tapi mungkin dengan cara ni...aku akan kurangkan celoteh aku...
yang boleh jadi baik n buruk...
banyaknya buruk la sebab aku kuat menghentam dengan kata2 kesat....
aku tak mahu terus2an leka dengan dunia....
aku tak mahu jadi manusia hipokrit/riak/bongkak dan yang seangkatan dengannya...
MAAF UNTUK SEMUA YANG TERASA HATI....terutamanya anak2 orang Kerinci....


dah sampai masa aku berubah....diam tu lebih baik...
walaupun susah nak buat...tapi yang penting mesti mulakan langkah pertama....
p/s:entry yang carca marba...aku keliru ngan tindakan aku...harap semuanya ok...

 ~notakaki:kepada ZULFADZLI SUHAIMI....saya minta maaf banyak2 untuk apa yang dah terjadi....terima kasih sebab dah sedarkan saya dari kelekaan dunia~

Tuesday, September 21, 2010

Isabella

jeng3.....aku kat depan tv ni...layan Isabella....TV105..
 aku suka la tengok Rosyam Nor ni....
dah tua pun still bawak watak muda mudi...

 korang mesti tau lagu Isabella kan...yang Search nyanyi tu...
siapa2 tak tahu lagu ni...maknanya belum lengkap pengetahuan am dalam diri korang tu....
aku suka tahap fanatik dengan lagu ni...berhantu....
aku hanya fanatik dengan lagu Isabella je...kat kumpulan search tu aku tak minat sangat la...


Dia..............Isabella....

~notakaki:aku ada kawan nama Nabila binti Haji Mat Isa~

Monday, September 20, 2010

FB n P.Ramlee

"Dunia ini hanya palsu.....manusia berdusta...
Kebanyakan suka menipu......Gemar membuat dosa..."
ni status yang pertama kat FB untuk hari ni...
ape ke hal nya boleh buat status macam ni...
 chop3.....tak perlu pelik...
sebab aku memang suka buat status pelik2...
tapi status ni aku ambil dari rangkap pertama lirik lagu P.Ramlee 
aku tak ingat tajuk dia...tapi ni yang dalam cerita BUJANG LAPOK..
masa Cik Normah mengintip Ramlee yang nak jumpa Mat Tahir tu...
korang tau kan????
lagu tu la....
bila kita fikir2 kan balik..memang betul pon kan apa yang cuba P.Ramlee sampaikan dalam lagu2 beliau...(benda ni orang lain dah lama discuss...)
tak tau nak taip apa dah...hahah..
jumpa lagi.....
~notakaki:TV bukan cikgu yang baik~

jiwang karat

toing3...dah lama tak post entry....
jeng3....rasa2 korang aku nak taip ape agaknya dengan title JIWANG KARAT ni...
sabar2...sebenarnya aku nak cakap aku ni JIWANG la juga...tapi jiwang tang mana tu???
hahaha....mesti rasa cam tak logik je kan aku ni jiwang...

straight to the point.....aku sangat2 jiwang karat sampai boleh meleleh air mata ni keluar...
n aku tak segan pon bila keluar air mata yang jarang2 keluar ni orang lain nampak...

macam mana aku boleh jiwang??? n sebab apa???
hehhee...suspen je nak tau kan...

korang sume mesti suke tengok tv kan.....sama lah dengan aku..
sangat2 suka tengok tv...tak kisah la cerita apa pun...
cerita ulang2 banyak kali pun aku tengok even dah tau kisah n alkisahnya...

movie n drama kat Malaysia ni kan ada seorang pelakon nama ROSYAM NOR....
korang mesti kenal kan...dan selalunya...drama2 n movie beliau tukan sedih2 belaka...
n aku sangat suka tengok cerita beliau tu...n bila part sedih tu...aku pun sama ikut sedih n meleleh air mata ni keluar...jiwang kan aku....hanya dengan tengok Rosyam Nor sedih je aku pun jadi sedih....
n tadi aku tengok cerita FITRAH DI UFUK RAMADAN...
cerita tu dulu dah pernah keluar banyak kali kat TV3...pagi tadi cerita tu keluar kat TV9 plak...
aselehai.....aku menangis lagi sekali la.....

~notakaki:jiwang bukan sekadar dari segi bahasa je~