Monday, April 30, 2012

Review Filem: Di Bawah Lindungan Ka'bah

Salam Takzim.

Terima Kasih kepada Astro yang telah bagi tontonan percuma lebih dari 130 siaran.

LY tak lepaskan peluang buang masa untuk duduk depan TV layan cerita yang dari channel yang LY tak ada.

Straight to the point....movie dari Indonesia yang tengah rolling untuk bulan 4 adalah cerita Di bawah Lindungan Ka'bah... ....movie adaptasi dari novel.
Novel karyawan agung Indonesia iaitu HAMKA. Movie ni keluar dekat Indonesia last year.

Maklumat lanjut boleh google....


Semasa entri ni ditulis....LY dah ulang tengok untuk kali ke-4.
Kepada penggemar cerita cinta epik.....mesti feeling layan cerita ni.

Dan.....disebabkan LY memang jiwa HALUS....air mata bercucuran tu perkara biasa.

Korang boleh baca review di lain2 blog....LY malas nak taip ikut perskripsi LY....nak tanda buku.


~batubersurat:  masa part ending dekat Mekah tu, air mata LY laju turun...membayangkan bila dan bagaimana agaknya keadaan LY nanti di depan Ka'bah...sempat ke menunaikan rukun Islam ke-5~

Thursday, April 26, 2012

Bonda [part 2]

Salam takzim....

Ni sambungan untuk entri yang lepas....siapa yang tak baca, boleh rujuk di sini.

Tetiba kak Sya jerit...kak Sya suruh pegang perut dia....rasa heartbeat baby.
Memang laju heart beat baby masa tu...

Lepas tu sambung borak lagi....dan mata pun dah layu nak melayang ke alam mimpi.

"Yaannn...."
Tetiba kak Sya jerit lagi....
Kak Sya kata "akak kencing ke ni Yan??"

"Haaahhh...." LY tak faham....
LY pun cepat2 bangun pergi tekan suis lampu...
Bila dah terang....rupa2nya katil basah....seluar  basah....banyak.

Kami yang tak tahu apa2....ingatkan air kencing....jernih je kan..bau pun tak ada..
Lepas tu kak Sya pergi toilet....bila dia buang air...ada darah sikit.

Kami terus kompom kan....yang air tu adalah air ketuban....
Macam2 persoalan yang timbul. Cepatnya air ketuban pecah...due date nak bersalin 17 Mei...ada sebulan lebih lagi..

Kami telefon kak Zie....jiran yang tinggal dekat rumah atas...Dia pon meng-confirm-kan  yang tu air ketuban....dia suggest kalau keluar lagi, dia suruh kami pergi hospital. Kami yang tak ada apa2 experience ni....kalutlah...biar betul nak beranak....biar betul baby dah nak keluar ke bumi.

Kekalutan demi kekalutan kami terima.....barang baby dan semua keperluan untuk ibu, kak Sya tak ada. Sebab dia dah bajet nak lahirkan baby dekat Kuantan...barang2 baby yang dia dah beli semua dekat Kuantan. Tak ada satu pun kat PD.

Kami telefon pula Dilah...jiran rumah atas...kawan cikgu jugak...yang ada baby kecil...minta dengan dia barang2 asas baby yang ada nak buat bawa pergi hospital. Dia pun terkejut dan turun datang rumah kak Sya...selepas berbincang itu ini....kemas barang itu ini....

Lebih kurang jam 12 tengah malam kami pergi ke Hospital PD...7 minit drive cenggitu... Kak Sya naik kereta dengan Dilah dan husband. LY bawa kereta sendiri. Lepas check semua....Dilah dan Mizi balik dulu. LY stay sampai urusan kak Sya selesai. Lepas kak Sya dapat katil dan nurse pasang apa alat untuk check heartbeat baby LY kena keluar...mak Guard tak bagi stay....LY duduk luar...mesej2 dengan kak Sya....dia dah takut dan cuak semua kena stay sorang2...orang lain tak boleh teman.

Jam 3:30 pagi LY balik rumah...tak ada benda yang LY boleh buat pun. Barang semua dah bagi kat kak Sya....Drive jam 3:30 pagi seorang diri dari hospital PD sehingga ke kuarters. Memang takut...dan seram. Bila sampai dekat traffic light je, LY bagi lampu tinggi biar cepat hijau....tak sanggup nak tunggu lama2.

Pagi tu (Khamis), jam 7 pagi, LY tawakal jumpa pengetua...minta CRK on the spot...nasib baik dapat. Kalau tak dapat, memang LY nak cabut je ambil MC sebab masa datang sekolah, LY tak thumbprint.

Pagi2 LY cari barang yang kak Sya pesan....lepas tu pergi HPD balik...hantar barang. LY balik rumah balik sebab nak kena beli barang baby yang tak lengkap. Sebab takut baby keluar sebelum sempat barang2 dari Kuantan sampai.

Tengah hari tu, kak Sya kena pindah pergi Hospital Tunku Jaafar Seremban. Kak Sya naik ambulans...LY naik kereta sendiri. Dah lah tak tahu jalan...tetiba kena pergi hantar barang2 kak Sya pergi sana. Masuk HTJS sebab air perut kak Sya dah tinggal sikit. Doktor takut nanti baby lemas. Dan HPD tak ada doktor pakar.

HTJS memang super kritikal bagi orang yang tak pernah pergi. LY pusing dekat 5 kali untuk cari parking....dah lah susah cari parking....parking pulak sempit. Memang dahsyat...

Dalam kepenatan lepas cari parking....LY naik ke wad bersalin. HTJS ni besar...malas nak buang masa...LY tanya mak guard terus...sampai depan kaunter...terus tanya, pesakit dari PD..
Nurse kata, kak Sya tengah di-check doktor. Semua sorang diri....tak ada peneman. Penat tenggalam dalam rasa Cuak dan takut.

Lebih kurang jam 3:30 petang, kak Sya keluar dekat kaunter....masa nilah jumpa dengan kakak kepada kak Sya. Lepas tu kak Sya bagi barang2 peribadi dekat kami. Kakak dia uruskan pendaftaran dekat kaunter untuk dapatkan katil. Nasib badan, wad 1 dah penuh, dan wad kelas 2 pula tinggal 2 je tempat kosong!!!!!

Ya Allah...beratnya dugaan. Lepas tinggalkan barang. LY solat dan rehat dekat surau. Lepas tu naik balik. Masih belum ada khabar. Masa ni adalah ipar2 belah abang Zul datang. Tu pun kebetulan ada dekat KL, tu yang datang.

Dah petang sangat, kak Sya pun tak keluar lagi dalam labour room tu, LY pun decided balik rumahlah. Lagipun family dia dah ada.

Maghrib tu, lepas solat, LY telefon kakak dia tanya khabar kak Sya....

Alhamdulillah, kak Sya dan baby selamat.

.
.
.
.
Tenang sikit hati ni.  "Esok boleh tengok!!!"

13 April....Jumaat...sekolah cuti sempena tahun baru agama Punjabi. Dengan membawa escort 3 orang...Aryna, Hayani dan Adlena (student kak Sya)...kami melawat kak Sya di HTJS.

Baby kena tahan di NICU. Orang luar tak boleh masuk. Baby lack of minerals.....doctor detect calcium and magnesium kurang dalam badan baby. Makanya, baby kena diberi antibiotik. Lagipun, baby lahir tak cukup bulan. Kemungkinan belum dapat cukup zat dari ibu.

Hujung minggu tu LY balik Lui sebab dah janji dengan mak dan dah terlalu homesick. Kakak2 LY pula nak berpicnic bagai sebab bulan ni kan birthday diorang. Family kak Sya pun ada dekat sini untuk jaga dia sementara waktu ni.

Petang Jumaat, LY balik Lui. Petang Jumaat jugak kak Sya balik PD.
Hari Ahad, LY dan kak Sya pergi HTJS untuk tengok baby. (Kak Sya yang tengok...LY dekat luar wad je)

Selasa kak Sya pergi dengan kak Zana sebab LY ada kursus dekat Ampangan. Khamis kami pergi lagi. Jumaat pun pergi lagi. Baby dah seminggu dekat HTJS. Hari Jumaat tu, kak Sya masuk wad untuk stay sana sebab ada katil kosong dalam wad NICU tu...

Dan hari ni, dah seminggu jugak kak Sya dekat hospital. LY datang hantar barang kalau ada apa2 yang kak Sya perlukan. Rutin sekolah macam biasa.

Dan esok....semoga dipermudahkan urusan kami untuk bawa baby keluar dari hospital.
Tak sabar nak jumpa baby LY.... Bonda yang bujang ni dah tak sabar nak jumpa baby Zara Nur Adelia.

Ni dia anak bonda yang sulung....
Gambar masa hari pertama.


Next update nanti cerita lagi kenapa nak sangat baby panggil LY dengan gelaran BONDA!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Bonda [part 1]

Salam takzim...salam kasih sayang.

Hari tu LY dah janji nak cerita pasal LY dah dapat anak kan...disebabkan kekangan masa, baru hari ni dapat nak update sikit. Ni pun tengah waktu rehat kursus di PKG Ampangan. Kursus PBS yang pening mening ni.

LY story dari awal lah okay....memandangkan kamu semua suka baca entri yang panjang-panjangkan!!! Ahakss...

LY dengan kak Sya ni sama-sama posting tahun lepas....dia sebaya dengan mama Arissa..umur 28. Masa posting tu dia baru je kahwin. Husband dia LY panggil abang Zul.

Dekat sekolah, kami tak duduk dekat tempat yang sama. Dia dekat bilik guru utama. LY melepak dekat bilik guru disiplin. Mula-mula dulu tak adalah rapat mana pun. Sekadar rakan 1 posting jelah...memandangkan yang beliau dah kahwin....tak sama grouplah kami ni. Orang kata tak geng...tapi tu untuk bulan pertama je...Huhuhu...

Kak Sya ni ramah....sukalah dia nak usik adik2 macam LY ni kan.....LY pun jenis melayan mendengar dan yang seerti dengannyalah.

Kehidupan peribadi kitorang mula jadi sama bila kak Sya minta tolong LY untuk teman dia hantar abang Zul pergi LCCT. Start dari sini, kitorang ber-simbiosis. (terbaekkk).

Abang Zul tu kerja offshore...orang minyak...bukan orang minyak yang aniaya anak dara orang dalam filem Melayu tu....abang Zul ni kerja cari minyak dekat laut....kiranya tak kerja dekat darat lah beliau ni.

Dah nama kerja offshore.....lamalah abang Zul ni dekat laut....kalau dah dekat laut tu lama, tinggallah kak Sya ni seorang diri dekat PD... Kak Sya punya rumah blok C aras bawah. Rumah sebelah tak ada orang....seram wa cakap sama lu!!!

Mula-mula kak Sya ni bermalam dekat rumah kak Suezi....mungkin disebabkan diorang sebaya, kak Sya macam senanglah kot nak borak dengan kak Suzi tu....tapi tak lama....kak Sya ni ajak LY untuk tidur dekat rumah dia.....mula-mula LY tidur bilik asing dengan kak Sya....banyak benda lah kitorang buat sama bila abang Zul tak ada. Pergi bayar bil....masak...pergi makan...jalan2 dekat PD walk...semua pun buat berdua....

Tapi bila abang Zul balik dari laut, dia akan datang PD....so LY kenalah jadi normal balik. Tapi tak jugak kadang2 tu.....diorang berdua tu ajak je LY datang makan dekat rumah diorang. Kalau weekend...memandangkan kak Sya ada teman, so LY bolehlah balik kampung.

LY dengan kak Sya ni macam orang nomad....pindah sana...pindah sini bawak barang... Kadang2 kak Sya tidur jugak dekat rumah LY....almaklumlah...rumah LY ada astro....rugilahkan bayar tiap2 bulan...tapi tak tengok. Kalau LY yang tidur rumah kak Sya, LY balik rumah jam 6 lebih tu, mandi dekat rumah sendiri....tapi kalau kak Sya yang tidur dekat rumah LY, memang beliau akan bawak semua barang dia, siap2 dari rumah LY balik rumah tutup lampu je...lepas tu pergi sekolah.

Macam tu lah rutin kitorang untuk tahun 2011.Kalau abang Zul ada, LY jadi single balik....kalau abang Zul takde...LY jadi sista mista dengan kak Sya.

Masa bulan  9 2011...lepas raya cenggitu kan....masa tu abang Zul tak ada dekat PD...kak Sya minta tolong LY check dia punya urine tester....LY pun check lah. (LY dah tahu guna urine tester...terror tak???!!!)

LY pun bertukar menjadi seorang doktor....dan memberi keputusan kepada kak Sya..."bahawasanya anda sah mengandung....Untuk keterangan lebih lanjut....jom kita pergi klinik!!!"

Lepas tu kitorang pergi klinik Insan dekat dengan Glory Beach PD....doktor tu punya tester lagi power...kejap je dah dapat detect ke-positif-an air kencing ibu mengandung.

Lepas tu...rutin kitorang macam biasa jugak...cumanya, tiap2 bulan tu kak Sya pergi buat check-up dekat klinik Lukut. Awal mengandung LY tak pernah ikut lagi sebabnya kak Sya still boleh drive dan dia pergi waktu sekolah belum habis.

Yang lain2 semuanya sama....pindah pindah rumah still berjalan macam biasa.

Naik tahun baru 2012....perut kak Sya dah besar....magic yooo...sebulan tak jumpa masa cuti tetiba dah jadi lain. Untuk tahun 2012 de jugaklah LY bawak kak Sya pergi klinik buat check up....rutin lain jalan macam biasa...banyak LY yang tidur rumah kak Sya....dia tak larat nak naik tangga rumah LY lagi dah....huhuhu...

7-10 April yang lepas, LY kena bawak budak pergi camping KRS dekat KEMRI Juasseh. Awal-awal lagi dah inform dengan kak Sya yang weekend tu LY tak ada. So...kak Sya kena cari jalan penyelesaian untuk teman dia masa LY tak ada nanti.

Abang Zul masa tu ada dekat Terengganu...tengah tunggu panggilan kerja. Hari Khamis 5 haribulan cenggitu, abang Zul datang PD. So bolehlah LY pergi camping dengan hati yang tenang. Balik dari camping....Selasa malam Rabu, kak Sya mesej ajak pergi LCCT esoknya (Rabu)...hantar abang Zul nak pergi  kerja dekat Sarawak...LY pun okay je...panggilan kerja pun secara mengejut petang Selasa tu

Pada hal patutnya kami plan nak masak nasi lemak untuk breakfast pagi Rabu tu....last2 breakfast dekat kedai roti canai tepi jalan depan Ijaz Corner sebab nak kejar masa nak pergi LCCT.

Lepas hantar abang Zul, kitorang balik PD....lalu Sepang-Bukit Pelanduk....terror tak????
 LY drop kak Sya dekat kuarters...LY pergi tusyen...ganti kelas hari Isnin yang LY pergi camping tu....

Balik tusyen, kami berdua sambung plan yang tak jadi pagi tu. Kami masak nasi lemak...alakadar je kami buat...yang ni tak terror...kalau terror dah lama kami berdua masak banyak bagi dekat jiran sebelah.

Dekat sini masuk bab suspen!!!!
Ready untuk baca!!!

11 April 2012 (bufday mama Arissa)
Usia kandungan kak Sya = 35 minggu

Malam tu...port tidur...rumah kak Sya (kami tidur sebilik sekatil sebab kak Sya takut tidur sorang2...dah tak macam mula2 tidur rumah dia!!!)
Kami borak2 pasal hujung minggu yang bakal datang....LY plan nak balik kampung...rindu dengan datin A....dah lama tu tak balik...last week tu tak dapat balik sebab masuk hutan.

Kak Sya pun dah pening nak stay mana weekend tu.,..macam2 yang kami plan...LY nak balik petang Khamis tu....kami plan nak jalan2 Putrajaya sambil tunggu abang kak Sya habis kerja. Kak Sya tak boleh drive....tak larat...so plan nak drop kak Sya dekat Bangi...dan tunggu abang dia ambil....Lepas tu plan nak pergi tengok wayang lah...macam2lah kami plan....sampailah membawa ke katil still lagi gosip hal2 sekolah yang busy tu.

Mata dah melayang...tetiba kak Sya jerit...."Haa...haa...."

[to be continued....kursus dah start]

Saturday, April 14, 2012

Kehilangankah kita??

Salam takzim...
Tetiba nak jiwang....

Pernah tak kita muhasabah diri bila kita kehilangan sesuatu atau sesuatu yang kita benci tetapi sebenarnya Allah gantikan dengan banyak benda lain atau Allah dah kurniakan banyak hikmah yang lain....

Bila LY bersendirian...LY selalu fikir balik apa yang dah LY lalui untuk hari2 yang dah berlalu ni.

LY suka bersungut yang LY benci untuk mengajar bawah tampuk pimpinan pengurusan sekarang ni. Dalam pada LY suka sangat bersungut tu yang sebenarnya Allah dah bagi banyak kesempatan pengalaman yang tak mungkin LY boleh lupa.

Stop kejap....Arissa dah tindih2 atas peha nak main laptop sekali.

Thursday, April 12, 2012

Syukur syukur dan syukur

Salam takzim. Salam kasih sayang.
Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi....alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Wordless...tak tahu nak tulis apa. Sebabnya cerita ni terlalu panjang untuk di ceritakan.
Ada masa LY janji untuk update.

Sekarang ni tak boleh nak taip sebabnya mata ni berair keluar air mata. Air mata kegembiraan.


LY dah dapat baby girl.
LY dah jadi bonda.

Sekarang ni nak rehat selepas melalui hari yang sangat panjang.

Thursday, April 5, 2012

Merungut 4.0

Salam takzim....

Feeeeeeeennnnnnnnnnaaaaaaaaaattttt!!!

Awal mula pertama mula.
Hari-hari LY azam tak nak merungut. Tapi tanpa sedar sebenarnya dalam sehari berkilo-kilo LY merungut.

Subuh-subuh tu selalu muhasabah diri. Janji dengan diri sendiri tak nak merungut itu ini bila sampai sekolah. Bila dah sampai sekolah, masuk kelas pertama, mulut mulalah nak membebel panjang-panjang. Sampai kadang-kadang air liur habis padahal baru kelas pertama.

Pressure dengan pelajar memang perkara hakiki memandangkan sekolah LY ni bukanlah sekolah terkawal, tapi sekolah 'dalam kawalan'.
Tapi masalahnya sekarang ni, pressure dari pihak atasan.

Tersepit bin terkepit. Orang ni nak macam ni, orang tu nak macam tu.....banyak betul dugaan. Keadaan ni mengundang keadaan tak kondusif korang tahu tak??? Disebabkan tekanan dari atas, tanpa sedar sebenarnya LY lepaskan marah dengan budak.

Kalau pihak atasan tak desak kita, sekurang-kurangnya cikgu bolehlah bertenang dalam mengatasi masalah dalam kelas. Ni tak....tengah kita mengajar ni, dapat call disuruhnya kita masuk ofis untuk perkara-perkara yang boleh dibuat waktu rehat ke....bukannya diorang tak ada jadual kita. Dekat mana kita waktu2 tu. Ni nak main terjah je....lepas tu, bila keputusan budak teruk salah kan kita lagi. Tak faham betul LY....punca akar masalah adalah dari pihak mereka yang berkuasa....terlalu kuasa sehingga terasa seperti berada di bawah pemerintahan Nazi walaupun tak kenal pun siapa Nazi.

Okay...faham....LY merungut!!!
Dah lah nanti Allah tarik pulak rezeki.

Last week dah lah sekolah.....bajet minggu ni nak balik Lui.....
Errrmmmm...hampeh.....nak kena masuk hutan 4 hari pulak ni.
Tinggal sekolah...tinggal kerja....tinggalkan rancangan nak balik kampung.

Sekian.....merungut 4.0.


~batubersurat: perempuan kalau nak jadi cikgu yang senang excuse dari kerja2 luar senang je....beranak banyak2~