Monday, December 31, 2012

Goals 2013

Salam takzim.

Sebelum 2013 membuka tirai, review sikit kenangan 2012.
Alhamdulillah telah diberi kesempatan melunaskan tanggungjawab dalam berzakat. Tak lupa kenangan berkorban masa Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Banyak kali juga Happy Hours dengan adik beradik dan anak2 buah. Apa2 yang ter-hajat nak beli, dah terlaksana terutama sekali BLANDER PANASONIC...(gila tajam!!!)

Untuk tahun 2013 ni, ada a few things kena ambil berat. Ini termasuklah azam, matlamat, aspirasi dan harapan.

*semoga diberi kelapangan dalam berfikir dan tindakan dengan setiap ujian, dugaan dan cabaran 2013.

* menjadi hamba Allah yang sentiasa ingat dengan setiap nikmat pemberian-Nya.

*memandangkan dah pakai kereta...perlu lebih bersikap sensitif dengan oksigen yang Allah bagi secara percuma ni agar tak tamak....kena berusaha meminimakan penggunaan kereta supaya meminimakan pencemaran udara.

*disebabkan bergelumang dengan PBS dekat sekolah...perlu lebih produktif dalam bekerja supaya dapat meminimakan pencemaran dan pembaziran kertas....

*drama2 TV, siri2 TV, realiti show kena kurangkan....target nak capai KPI baca buku 60 buah buku untuk 2013 harap tercapai.

*rekod tengok wayang masih kekal 0 masa tahun 2012 harap dikekalkan...TAPI.....rekod beli ASTRO FIRST dan ASTRO BEST harap dapat dikurangkan!!!!

* make sure ASTRO MUSTIKA kena terminate sebelum masuk FEBRUARI!!! Banyak sangat masa habis depan TV....

* 2012, berjaya mengulangkaji balik bab2 tajwid Al-Quran yang dah hampir lupa dari ingatan...harap dapat mengekalkan dalam kepala ni sampai bila2...so, tak boleh tinggal bacaan Quran...Terutama sekali mesti khatam juga sekali dalam bulan Ramadhan.

*untuk mak dan abah, walaupun jarak memisahkan kita, Yan harap mak abah tak risau kalau Yan tak balik kampung selalu....doa Yan selalu ada untuk mak abah...tahun 2013, mungkin tak ada apa2 yang istemewa untuk mak abah..Maaf banyak2...huhuhu...

*Kena lebih kuat untuk membahagi-bahagi kasih sayang yang sama rata dekat anak2 buah yang semakin bertambah....

*setelah 3 tahun lebih menggunakan broadband...tahun 2013 ni, kena terminate....banyak sangat masa terbazir dengan dunia maya ni....guna je lah wi-fi yang ada dekat sekolah. Dunia sosial maya pun kena kurangkan....banyak buruk dari yang baik!!! Tak apalah jadi  katak bawah tempurung pun...yang penting, yang utama di utamakan!!!

*menambah baik dan mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dan taulan...mencuba sedaya mungkin untuk menghadirkan diri ke walimah2....(huhuhu....diri sendiri tak tahulah bila nak walimah!!!)

*Rezeki Allah tu meluas...harap dapat membawa tuah kepada insan2 sekeliling!!! sikap PENCETUS kepada sesuatu perkara, biarlah ia perkara yang membawa kebaikkan!!!!

*menjadi planner BIRTHDAY, ANNYVERSAY, DOA SELAMAT, dan apa2 event family  yang MELETOP!!!

*dapat menjaga kesihatan sendiri supaya tak menyusahkan orang lain!!!

*meningkatkan hafalan Quran!!!

Rasanya tu je kot GOALS 2013...
Apa2 pun, QADA dan QADAR hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Sekian wassalam....jumpa di lain tahun!!!!!!! Hehehe...

Sunday, December 30, 2012

Pengalaman Berzakat

**batubersurat: malu nak up entry ni....almaklumlah, kawan2 lain buat potongan zakat terus dari gaji....huuhu...harap ada sedikit pengajaran yang boleh di ambil....selamat membaca)

Salam takzim. Syukur dan segala puji kepada yang Maha Esa. Salam dan selawat buat nabi junjungan Muhammad s.a.w dan para ahli keluarga baginda.

Setinggi-tingg kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana telah diberi kesedaran dan kesempatan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Hari Rabu yang lepas, Allah telah mempermudahkan urusan LY ke Pusat Zakat Negeri Sembilan.
Disambut dengan seorang polis bantuan yang tolong bukakan pintu, LY terus berjumpa pegawai di pusat zakat tu memandangkan tak ada pelanggan yang lain.

Pengalaman pertama memang mencabar kalau tak tahu apa-apa. Huhuhu...

LY cakap dengan pegawai tu nak kira zakat pendapatan tahun 2011. Dia kata boleh. Dia minta penyata jumlah pendapatan tahunan. Tapi biasalahkan....orang FIRST TIME datang nak bayar zakat...mana tahu nak kena bawak tu semua.....TAPI....LY ada bawa slip gaji 2011...kesian pegawai tu nak kena kira satu persatu.

Dah siap pegawai tu kira jumlah pendapatan tahunan (gaji + elaun + bonus) untuk tahun 2011 dan 2012...(dia dah asingkan dua jumlah tu)...

Lepas tu dia masuk sistem kalkulator...mula-mula dia buat tahun 2011 dulu. Dia memang tunjuk apa yang dia buat tu dekat kita. So, pandanglah PC pegawai tu, bukan pandang muka pegawai tu....huhuhu...Beliau masukkan nama dan IC LY. Lepas tu jumlah pendapatan tahunan.

Then, dia tunjukkan details yang akan ditolak. Mula2 perbelanjaan tahunan individu setahun RM9000. Then beliau masukkan potongan KWSP, bayaran insuran sebulan, pemberian kepada ibu bapa sebulan. Lepas tu dia tanya, tabungan tabung haji berapa sebulan. So LY kata tak ada untuk tahun  2011. Then pegawai tu click KIRA kot (tak ingat), keluarlah jumlah baki pendapatan dan zakat yang nak kena bayar. (2.5 % dari baki pendapatan)

Then dia kira untuk 2012 pula....yang kali ni, LY cakap dengan pegawai tu, ada buat tabungan tabung haji...so dia pun tambah dalam penolakan pendapatan tu. Prosedur dia pun sama juga...

Lepas tu dia tanya nak bayar semua ke???
LY pun kata lah YA...sebab LY memang dah bawa siap-siap duit untuk bayar zakat. (LY dah estimate sendiri ikut contoh formula dalam laman web) Lepas tu dia minta izin nak satukan je resit. Lepas je dah siap resit semua tu, LY serah duit. Then lafaz akad zakat pendapatan. Dulu dah ada pengalaman lafaz akad zakat fitrah. So tahulah nak baca bila dia tunjuk kad kertas lafaz akad.

Lepas je baca lafaz tu, pegawai tu pun baca doa. Sama juga macam bila kita bayar zakat fitrah Amil pun akan baca doa juga...so kita tahulah, jangan buat benda lain or bercakap or bertanya ke apa kan. Dah habis baca doa, barulah bertanya itu ini.

LY tanya pasal potong gaji. Dia bagi borang. Lepas tu dia pesan, bila hujung tahun datanglah ke pusat zakat untuk kira balik jumlah zakat pendapatan kita. Sebabnya dalam setahun tu, kita ada kenaikan gaji dan bonus. So, kalau jumlah potongan bulanan kita kurang dari yang sepatutnya dalam tahun tu, kita boleh tahu. Then, wajiblah bayar. Itukan bahagian asnaf dan ini perintah Allah.

Ni formula mudah nak kira berapa zakat yang kita yang ada EPF

Z=(JP - 9000 - [TH x 12] -  EPF - [MA x 12] - [I x 12]) x 2.5%

Z=zakat
JP = jumlah pendapatan tahunan (bahagian total...bukan yang gaji bersih)
TH=tabung haji
EPF (total)
I = insuran
MA = pemberian kepada mak abah sebulan (ambil purata...lepas ni kena jujur dengan diri sendiri)

*yang darab 12 tu untuk dapat total setahun..

*RM 9000 tu jumlah perbelanjaan setahun bagi individu...(maknanya sebulan dalam RM750 je belanja kita)...kepada yang belum beli kereta, kiralah balik belanja bulanan untuk diri sendiri...kalau lebih, maknanya tak betullah tu....huhuhu..jangan ikut LY (sebab baru tahu.....tapi belanja dah terlebih)

*kalau lelaki yang dah kahwin...dalam kurungan tu tolakkan RM3000 untuk isteri...RM1000 untuk seorang anak.

*yang perempuan dah berkahwin...rujuk dengan yang pakar.

* pendapatan lebih dari RM5000 sebulan...rujuk dengan yang pakar.

*selain dari zakat pendapatan, ada beberapa lagi jenis zakat yang kena bayar. (dah lupa....boleh google sendiri)

Sekian....itu je rasanya nak cerita pasal zakat pendapatan. Normallah kan orang first time buat benda baru...mesti excited terlebih!!!

Untuk 2013 yang mendatang ni....LY belum rasa nak buat potong gaji bulan...sebab nak TRY kira sendiri...Terer tak????? (Alasan lain: nak kira dengan pendapatan sampingan) Kihkih....harap2 masih dipanjang usia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba di bumi Allah ni.

batubersurat: dapat souvenir dari PZNS.... klik sini





Tuesday, December 11, 2012

Belahan Jiwa

Salam takzim....segala puji ke hadrat Ilahi tuhan penguasa Alam. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad.

LY jumpa dua suku kata (tajuk di atas) ni berulang kali dalam novel yang baru LY habis baca. Jejak Cinta Seorang Kiyai....Novel translasi dari Indonesia.

Disember dah nak sampai ending!!!!

Ramai dah kawan2 dapat belahan jiwa masing2...
Dan menyempurnakan agama mereka.

Aku??????


Sunday, December 9, 2012

Takut

Ada 2 hal yang kadang2 aku takut...tapi sebenarnya tak adalah sampai  takut yang super takut.

1- melalui jalan yang aku tak pernah tempuh....kalau dah pernah tempuh tapi lupa pun sama....memori ingat jalan tak berapa nak cekap. sebab tu kalau diberi pilihan nak tinggal di kawasan perumahan LY takkan pilih.

2- sakit perut....mudah sangat sakit perut...tapi yang kes cirit birit lah yang paling tak boleh tahan sekali....dah makan ubat Pil Chi Kit taek aun pun tak jalan....sebab tu tak suka makan dekat rumah kenduri....benda2 asing yang LY tak biasa makan dari kecik memang akan mengundang padah....tapi bila makan benda biasa2 je....alamatnya jumpa Mr Tan seminggu sekali....nasib baik doktor kata tak ada masalah....kalau tak mesti dah jadi alien LY ni...

Sekian...boring di waktu senja hari.

Thursday, December 6, 2012

Rahsia Peribadi

Salam sayang semua.

Ada antara2 rahsia yang LY nak share dekat sini.

>> Mula2 nampak jenama SHISEDO dekat satu blog...dia cerita dia baru beli SHISEDO yg ada diskaun dekat mall.... orang tu letak gambar. LY mati2 ingat tu satu jenama bantal atau set tilam macam VONO....sampailah tetiba LY nampak seorang kawan LY pakai bedak foundation...dekat kotak tu nama dia SHISEDO....vampangan sungguh.....mati2 LY ingat tu jenama tilam macam VONO...kalau LY tak baca dengan bekas bedak tu nama SHISEDO...sampai ke matilah agaknya LY ingat Shisedo tu jenama tilam. 

>>
LY pernah secara tiba2 cakap dengan Datin A "kalau mak ada saka, jangan bagi dekat Yan tau....Yan tak nak bela"....memang vilake punya anak..Tapi LY belum pernah tanya lagi dengan abah LY.

>>
LY memang super pelik....LY minat filem adiwira SUPERMAN....semua filem SUPERMAN LY tengok...tapi yang jadi pelik...bila cerita SMALLVILE tak pulak LY layan semua siri. Vengong!!!!

>>LY tengok filem SWAT berpuluh2 kali...cukup lagi setahun cerita tu ulang tayang dekat AXN, masuk kategori beratus2 kali pula...

>>LY tahu yang semua siri CSI base on true story...tapi LY juga tahu, yang dah dijadikan cerita tu membohong boleh settle dalam masa 1 hari......tapi dah tahu kena bohong pun, LY layan sampai umur dah tua bangka ni....vengong!!!

>> LY pernah layan cerita yang super mengarut dan menjadi penonton setia drama sihir CHARMED...tapi dalam masa yang sama, LY benci gila dengan cerita sihir mengarut ANGEL... Vangang kuasa segi2.....charmed dengan angel tu sama je lebih kurang kategori bohong nya.

>>
Zaman remaja memang gila....segila rancangan SABRINA the Teenage Witch....LY suka dengan SELEM....si kucing hitam yang pandai cakap....tapi hakikatnya...LY tak berapa nak suka kucing dan tak tengok pun kartun GARFIELD....

>>
LY benci dengan kebisingan yang membingit....tapi hakikatnya...LY sendiri suka buat bising.

>>
LY selalu berangan yang LY pandai sangat martial art....tapi masuk kelas silat 1 hari je....kalau ada filem atau siri kungfu dekat TV mesti tak tinggal....Fong Sai Yuk tu tak pernah tinggal....sanggup berebut mengaji Quran walaupun datang lambat sebab nak berlari balik rumah kejar drama ni....percaya sungguh kungfu boleh terbang2....drama Ninja ke...ada action2 sikit memang LY layan...Tapi LY tak percaya sungguh dengan martial art dalam drama Tamil dengan Melayu (kecuali betul2 silambam dan silat).......yang paling Vangang sekali ....kalau pergi SPEEDY, nak je tanya tauke kedai, ada jual Fong Sai Yuk the Series tak??? "mana nak cari cerita 13 tahun lepas ni"

>>
LY selalu marah dengan anak buah LY "Asyik kartun je korang ni!!! Cubalah tengok TV lain pula"
Kalau lah anak2 buah LY tahu yang LY dulu  penonton tegar POWER RANGERS, SURIA BAJA HITAM, ULTRAMAN, DORAEMON, kompom2 LY pulak kena BOOO dengan diorang....aicheche...nasihat tak serupa bikin....


>> LY tak pandai berenang yang proper...berenang2 katak tau la......tapi LY berani gila kentang terjun tiruk atau buat swing 2 kali pusingan dari jambatan tinggi ke dalam sungai belakang rumah arwah Tok Latif....sungai tu  boleh tahan dalamlah juga...kalau sekarang ni nak buat...kompom pecah kepala sebab air dah tinggal paras bawah lutut...macam mana nak terjun....legend sungguh zaman muda belia.

>>
LY khatam Quran secara official masa umur 15 tahun....mula2 Datin A ajar... Datin A garang gila mengajar Muqaddam...umur 6 tahun asyik kena jerkah je....dengan Datin A tak khatam Muqaddam pun....sebabnya asyik menangis masa mengaji....lepas tu sambung dengan arwah paklong (memang orang kampung panggil nama ni je)....belajar sikit, orang tu tak larat lepas tu meninggal. Lepas tu mengaji dengan memember dekat surau...kejap ada kejap takde....bila masuk bulan puasa je, cuti sebulan lebih dari mengaji....baca Quran sikit....lepas tu cuti...hilang tanda dekat mana stop mengaji...lepas tu mula balik dari awal...bertahun2 sama je...masa ni mengaji dengan arwah tok Latif...lepas tu mengaji sekejap dengan Achik Enon....adalah sampai belas2 juz...asyik cuti memanjang sebab dia ada masalah period tak teratur....lepas tu mengaji balik dekat surau.....masa tu dah naik sekolah menengah....setahun lebih juga nak habiskan bacaan di semak secara rasmi oleh 3 orang masa tu...Arwah ustaz Isa, Arwah Tok Saleh, dan Ambo Ami...Jenuh nak berebut turn baca dengan memember masa tu....masing2 pakat nak khatam siapa paling cepat....lebih dari 10 orang yang mengaji masa tu...tapi yang betul2 khatam rasanya 3 orang je...AKU, DAN dan NOI...yang lain LY tak tahu macam mana....sebabnya masing2 dah malu nak naik surau saing dengan budak2...yang tak tahu malu LY je...dah tua ni pun, kadang2 suruh Ambo Ami semak lagi...


Banyak juga rahsia peribadi LY ni....korang punya rahsia macam mana???

Ok sampai sini...bateri dah kong....

Wednesday, December 5, 2012

Tetiba Nak Feeling

Salam rindu.....puji dan syukur ke hadrat Ilahi masih di beri kesempatan di dunia fana ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

2013 lagi beberapa hari je...

Lagi beberapa hari tu lah, umur dah nak masuk group tua bangka....

Selalu fikir umur sendiri....tapi tak fikir pun umur orang lain.

Untuk pengetahuan am korang, tahun 2013 ni umur abah LY dah masuk 6 series.

Ya Allah, barakahkan usianya.
Beri kesempatan waktu buat ku berbakti kepadanya.

Aku memang jenis malas nak text...malas nak call....dengan sesiapa pun.
Dengan abah aku lagi lah tak pernah. Abah aku tak pakai fon. So, aku jarang tahu apa yang jadi dekat kampung melainkan ada yang mesej atau call dulu.

Aku tak tahu apa yang abah rasa, bila anak dara dia jauh dari dia. Aku tak tahu apa yang abah aku fikir bila aku jauh dari dia.

Perasaan seorang abah tu sesuatu yang susah nak di tafsir. Lain macam mak...dia punya feeling, anak2 dia boleh rasa. Kalau tak rasa pun, desingan leteran tu dah tahu tahap kerisauan mak tu.

Aku salute dengan kawan2 perempuan yang boleh cakap dengan abah diorang, "saya nak kawen."
 Aku nak sangat tahu apa yang diorang cakap dengan mak abah diorang yang diorang nak berumah tangga. (Aku ingat lagi kakak aku ambil masa sebulan nak dapat keputusan boleh kawen ke tak sebelum rombongan abang ipar aku masuk merisik)

Abah dah makin tua. Aku tahu pancaroba hidup zaman sekarang ni sangat pelik. Mesti ada rasa takut dalam diri seorang abah nak lepaskan anak dia dalam hidup yang penuh onak dan duri ni.

Kalau boleh mesti dia nak anak dia ada orang yang jaga. Sebab dia makin jauh...aku pun makin jauh dengan dia.

So, sempena tahun baru 2013....aku kena lebih kuat untuk abah....kena lebih dari selalu balik Lui....biar abah nampak aku depan mata dia....biar abah tahu, aku tak buat benda2 yang akan merisaukan hidup dia. Kena lebih rajin doa biar cepat2 dapat jodoh. Biar abah tahu, ada orang sanggup jaga anak dia macam dia pernah jaga. Tapi kalau jodoh tak sampai lagi, aku nak abah tahu, abah dah tinggalkan wali yang ramai untuk anak perempuan dia. Tapi kalau wali2 dan mahram pun tak mampu nak jaga aku, aku nak abah tahu, abah dah bagi didikan dan bekalan ilmu yang baik untuk aku guna seandainya aku tak punya siapa2 melainkan Allah tempat aku bergantung.

"Abah, Yan tak pandai masak....kalau kawen dengan orang banyak songeh nak makan sedap macam yang mak buat (macam abah dan anak2 dia), habis rentunglah Yan dekat dapur....nanti kalau mak mertua suruh masak yang macam2, Yan mana tahu....Abah doa banyak2 biar Yan rajin2 belajar masak....so bila Yan dapat jodoh macam abah, tak adalah kalut sangat dekat dapur.....huhuhuhu...."

Buat abah2 seantero dunia, kahwinkanlah anak perempuanmu bila mana kau sudah mampu melepaskan anak perempuanmu dari tanggunganmu.

"Ya Allah, jodohkan aku dan sahabat2 ku dengan lelaki yang akan menjaga kami seperti mana ibu bapa kami menjaga kami...ameen"


Sunday, December 2, 2012

Terima Kasih Ya Allah

Salam syukur dan segala puji bagi Allah...tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Terima kasih Ya Allah, masih di beri kesempatan waktu mencurah bakti sebagai seorang sahabat. Walaupun diri ni paling malas nak hubungi kawan2 dan sahabat2....tapi Kau masih memilih aku sebagai perunding hati seorang teman.

Sering waktu,aku dan teman2 sering mengakhiri mesej atau pertemuan, minta di doakan dipermudah urusan bertemu jodoh. Sebagai sahabat yang sudah berjanji, bila mana punya kesempatan masa untuk berdoa panjang ke hadrat Ilahi, aku titipkan agar dipermudahkan urusan sahabat2...walaupun kadang2 tak ku sebut nama sahabat2 dalam doa...tapi aku yakin, Allah Maha Mengetahui.

Terima kasih Ya Allah, kerana Kau menyambung silaturrahim aku dan sahabat2 melalui doa.
Kepada teman2, hadirkan juga aku dalam doa kalian. Pasti ada antara kalian doanya yang dimakbulkan.

~batubersurat: bahagia bila orang lain bahagia tu termasuk kategori redha~

Sunday, November 25, 2012

Review Buku: Haji Muda [tip2 menjadi tetamu Allah]

Salam Takzim. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

LY beli 3 buku sekaligus Rabu lepas. 1 darinya adalah Haji Muda; Tip2 menjadi tetamu Allah.
Ni travelog bukan buku novel yang selalu kita baca. Macam yang sebelum ni LY pernah review KEMBARA ATIQ WAZIF...travelog pasal seorang ayah dengan keluarganya.

Kali ni travelog berkisar tentang perjalanan haji RIDZWAN BAKAR.

Mula2 masuk ruangan buku agama, niat hati nak cari buku panduan haji. Tapi tak ada yang berkenan. Banyak karangan penulis Indonesia dalam rak yang LY bertapa tu. Lepas tu LY ternampak buku ni. Macam biasa...LY memang akan mewajibkan diri LY membaca bahajian kulit belakang dulu. LY terus sambar tanpa pikir banyak.

Sampai rumah....malam tu LY mula baca novel yang LY beli. Bisikan Kata hati. (1 malam 1 hari dah habis baca).....malas nak komen....sebabnya tak ada yang menarik. Bagi chance orang lain yang buat review. Kihkih...

Semalam, hari Khamis... balik dari rumah pakcik Adan dengan tujuan menolong Nora menyiapkan urusan kenduri kawen beliau hari minggu ni jam dah masuk angka 1 pagi. LY balik rumah, kena jadi penumpang....menumpang di bilik sendiri yang dah bukan bilik sendiri. Huhu....LY mulakan bacaan sebab nak tunggu fon yang di cas.

Baca travelog ni kena hayati betul2....kena masuk dalam travelog ni...jadi pemerhati perjalanan penulis. Macam mana nak masuk....skill ni tak pernah belajar di mana2...kena hayati sendiri.
Setengah buku LY baca sehingga jam 3 pagi. Lepas tu setengah lagi LY baca selepas selesai kerja rumah. Maaf...mukadimah yang terlalu panjang....

Review LY tak banyak yang akan dikupas. Tapi cukuplah sekadar ingatan buat diri sendiri dan teman2.....beli, baca dan hayatilah apa yang ingin disampaikan penulis. Gaya bahasa yang santai tak akan memeningkan buat mereka yang jarang2 membaca sebagai amalan.

Bagi yang dah pasang niat nak buat haji waktu muda ni, belilah buku ni sebagai peniup semangat haji.

Cetakan pertama buku ni tahun 2008. Sekarang ni dah masuk ke cetakan ke-7 untuk 2011(yang LY beli ni). Serasa malu pula, bila setelah 5 tahun, baru di ketemukan dengan buku ni. Kalau LY jumpa 5 tahun yang sudah, mungkin tahun depan LY dah naik haji (Astagfirullah....jauhkan dari menyebut kalau....umpamanya kita menolak qada' dan qadar Allah)

Mulakanlah bacaan korang dengan BASMALLAH...semoga dibukakan pintu hati menerima hidayah dan membakar semangat haji yang ada. Khilaf dengan diri....LY sering terlupa memulakan pekerjaan dengan BASMALLAH. Sering waktu, sesudah selesai kerja, ketika mengucap ALHAMDULILLAH, LY sering teringat...."aku mulakan dengan BASMALLAH atau tidak tadi???" " Ya, Allah, aku lupa dengan BISMILLAH....aku lupa dengan rahmat dan rahim Allah...sungguh aku hamba yang lalai"

Bagi yang bukan kaki buku, LY nasihatkan mulakan buku ni  dari helaian pertama....jangan terus ke muka surat 1. Helaian pertama dan muka surat 1 itu banyak bezanya.

Biasanya helaian bahagian depan ni ada mukadimah, kata2 pengantar dan dedikasi. Mungkin ada sedikit bunga2 isi yang nak disampaikan atau sebagai pemanis bicara. Dalam buku ni, ada 1 tambahan yang baru first time LY jumpa. Iaitu MUNAJAT. Tersentuh hati masa baca. (LY baca selepas habis satu buku. Baru LY baca yang depan ni...kalau LY baca awal2, mungkin malam tu juga LY habiskan sampai Subuh.)

Travelog ni ada 4 bahagian. Pertama: Sebelum Berangkat.
Penulis cerita macam mana dia mula ada akaun TH...lepas tu mendaftar...dan dipanggil 6 tahun lebih awal  dari tahun yang TH bagi masa pendaftaran. Penulis pergi dengan 6 lagi ahli keluarga termasuk isteri beliau.
Yang best dalam part ni, penulis kaitkan tahun haji yang beliau ni pergi dengan ancaman Mekah yang akan diserang pada musim haji tu (tragedi september 11).  Bahagian 1 ni dia bahagi kepada 10 bab cerita berkisar perkara2 yang terjadi sekeliling beliau dan keluarga sebelum berangkat ke haji.

Bahagian 2: Madinan al-Munawwarah. Pecahan cerita dari bab 11-23. Penghayatan yang LY dapat dari bahagian ni, betapa pentingnya kita ni menghayati sejarah, simbolik amalan dengan kejadian alam. Bab ni, penulis biarkan beberapa soalan yang tak terjawab oleh dia....dan kalau mahu, kita bolehlah mencuba menjejak jawapan kepada persoalan yang penulis ni nak kita umat Islam fikir2kan. Contohnya, kenapa solat jenazah tanpa rukuk dan sujud.
 Dari penulis ni LY simpulkan, jika kita ke sesuatu tempat, kajilah dulu latar belakang sejarah dan pengajaran yang di peroleh dari tempat yang kita nak lawati tu. Betapa terkesannya pengalaman penulis dalam diri LY adalah ketika dalam bab 16: Ratapan Uhud. Penulis menceritakan bagaimana dia memerhatikan orang Iran, Turki dan Syria begitu bersungguh menangis di Bukit Uhud. Jika kita yang buta hati, buta sejarah, kita pasti tertanya2 kenapa mereka menangis beriya-iya dalam berdoa... Tetapi seandainya kita juga menghayati peristiwa peperangan Uhud, pasti kita juga akan menangis seperti rakyat Iran, Turki dan Syria. DANNN.....tak terlintaskah di fikiran kita, kita berada di tempat bersemadinya para syuhada yang syahid semasa perang Uhud. Tak cemburukah kita, kita berpijak di bumi yang didalamnya syuhada yang pasti tempatnya di syurga.

Bahagian 3: Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina...bab 24-47. Ada antara bab yang menguji tahap pemikiran kita. Macam LY, selepas baca, baru terfikir...sebelum ni tak pernah pun nak hayati betul2 atau mengaitkan sesuatu amalan dengan kejadian alam. Penulis membuka minda dengan perkaitan tawaf yang melawan arah jam, kenapa putaran orbit juga dalam arah lawan jam. Semua kejadian ni menunjukkan betapa agungnya Allah dalam menyusun atur ciptaanNya. Subhanallah... Dalam bahagian ni, penulis cerita tentang hari haji...perjalanan melengkapkan rukun haji bersama2 2 juta jemaah yang lain....Ada juga tip2 berguna...teori Aswad...dan beberapa pengajaran kisah orang sekeliling yang sememangnya perlu diambil pengajaran.

Bahagian 4: Pascahaji: Cabaran dan panduan....bab48-53...dalam bahagian ni berkisar apa pengertiannya haji dan tawaf dalam diri individu tu sendiri...Lepas tu ada beberapa cadangan senarai semak sebelum ke tanah suci...pendidikan selepas haji....dan terpenting sekali panduan kewangan haji...

Overall....marilah baca buku ni.....LY jamin anda semua mampu habiskan. Kalau tak boleh baca, korang takkan jumpa blog ni....hehe...

Nasihat LY....baca...baca...dan baca....

LY kagum dengan seorang akak classmate Talaqqi dengan LY...umur beliau 28 tahun dah pergi haji. 

Tiap kali kelas, beliau tanya, dah daftar haji ke belum??? Bersungguh2 dia suruh LY daftar segera.

Ketika entri di tulis jumaat malam sabtu, (sambung draft semalam)...Sepupu LY baru je menikah petang tadi. Dan tok kadi kampung LY ni ada bagi sedikit tazkirah berkenaan kahwin muda. Tok Kadi (Ustaz Jasmi) pesan siapa2 yang ada anak dara atau bujang di rumah, bersegeralah berumah tangga.

Dan selepas majlis terinai, LY sempat bertanya kepada ustaz tu berkenaan nasihatnya dalam tazkirah petang tadi. LY bertanya, yang mana perlu didahulukan "KAHWIN atau HAJI"

Ustaz Jasmi tu cakap...kahwin. Bila ditanya KENAPA....beliau jawab "kalau haji dibuat waktu usia lewat, kita tak punya rasa malu...tapi kahwin ketika usia lewat, kita pasti punya rasa malu...kahwin tu mengawal nafsu.."

Dalam nada yang tenggelam timbul berlawan dengan bunyi karaoke rumah pengantin, sambil LY tepuk bahu Dan(seorang sahabat yang sama2 membesar)...."kenapa ustaz tak bagitahu 6 tahun lepas...kan dah bazir masa...kalau tak dah kawen dulu sebelum sambung belajar"

Sebelum balik ustaz tu pesan..."dah jumpa lawan...datang rumah isi borang"

(maaf kerana selit cerita kahwin ni dalam review travelog ni....sekadar mencari jawapan...

~batubersurat: LY katakan kepada DAN...."kita tak cukup menggatal...sebab tu tak kawen lagi!!!"

Ustaz Jasmi

Friday, November 23, 2012

Projek Cuti luar jangkaan

Salam takzim. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti sekolah berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar dah habis minggu ke-2 SPM. Ahad lepas LY balik PD...duduk kuarters sendirian. Chee dan Ain tak bertugas kali ni. Hari Rabu, paper Fizik/ Sains untuk semua calon SPM 2012 di seluruh Malaysia. Awal pagi lagi Ustaz Halim bagi tahu, LY bertugas sampai tengah hari je. Paper sesi petang, LY tak payah bertugas sebab nanti Ustaz Halim suruh bertugas jaga seorang calon menumpang untuk paper Geografi. LY terima dengan hati gembira. Almaklumlah boleh balik Lui lebih awal.

Lepas Zuhur, LY terus pecut balik Lui. Tapi dalam hati...terpikir-pikir nak turun jalan mana. tol Serdang atau macam biasa turun tol Bukit Mahkota. Dilema yang sering menjelma. Kalau turun tol Bukit Mahkota, LY akan keluar terus ke Semenyih. Tapi jalan pening sikitlah....jalan kampunglah katakan ...tapi yang untung, tol RM4.10 je. Kalau turun tol Serdang, tol RM6.30...tambah pulak tol BT11...RM0.90...tapi jalan tak pening....azabnya jalan slow motion sikit.

Dalam berkira2 nak turun tol mana.....LY terlepas RnR Seremban....hajat hati nak rehat sekejap beli ais krim....tapi dah terlepas Petronas baru perasaan dah terlajak. Selalunya LY memang dah target masa berapa minit akan sampai ke RnR Seremban....tapi disebabkan kejap bawa slow...kejap laju...jadi timing dah tersalah. Kes kejap laju kejap perlahan tu sebenarnya disebabkan lori dan bas yang banyak atas jalan PLUS tu. Baru LY perasan, yang LY tak pernah guna PLUS time weekdays waktu tengah hari. [jam masa tu lebih kurang 2 petang]

Nekad lepas terlajak RnR Seremban tu, LY decide nak turun tol Serdang. Lepas keputusan nak turun tol Serdang, kena pula decide nak turun JJ Balakong atau tidak. Memang payah nak buat keputusan time2 tengah sengkek. Ke JJ satu je matlamat. Iaitu ke Popular. Sebenarnya boleh saja nak turun Bt9 singgah di kedai buku Nyky...sebab hajat cuma nak cari fail je. Tapi LY tetap tanam azam ke Popular hanya untuk cari fail....tak cari benda lain.

Tapi mana mungkin terjadi...ke Popular semata2 untuk fail???? Sejam pertama dalam Popular adalah untuk membelek buku sahaja. LY check fon....LY check senarai novel yang LY dah baca sinopsis di internet. Ada 6 novel yang menarik minat. Tapi disebabkan bulan ni LY tak letak bajet untuk beli novel, LY terpaksa batalkan niat untuk ambil novel yang LY dah pegang.

Tapi LY sambar juga 1 novel. BISIKAN KATA HATI [dah balik menyesal pula beli.....arrrgghhhh]

Disamping 1 novel yang atas tu....LY sambar juga 2 travelog dalam rak di Popular tu. Yang pertama HAJI MUDA: Tip2 menjadi tetamu Allah (selesai baca 1 malam 1 hari). dan yang kedua Travelog Haji Muslimah: Rindu menggamit ke Pintu Syurga. (ketika entry ni ditulis, masih belum memulakan bacaan).

Lepas dah betul2 yakin nak ambil ketiga2 buku ni, baru LY teringat matlamat asal  nak cari fail. Haha...terukkan LY...hajat mula2 nak cari fail...tapi benda lain yang diambil. Kuang...kuang...

Lepas tu sambar pen basah sebiji...sebab dah yang dalam stok dah habis. Lepas tu bayar. Walaupun sebenarnya tahu, dalam dompet tak ada cash yang cukup...tetap juga buat muka selambe nak pergi bayar. Huhu....(satu habit yang tak boleh nak kikis.....LY tak pernah ambil kisah duit ada ke tak dalam dompet)....

Benda2 ni memang tak patut terjadi sebenarnya...sebab kadang2 menyusahkan orang. Dekat sekolah, tak bawa purse tu dah selalu...yang jadi mangsa, mummy Zara...Kalau jalan2 dengan mummy Zara...duit dalam dompet kadang2 sepoloh hengget pun tak sampai....Tapi selalunya, tak bawa duit ni, memang tak ganggu LY pun. Kalau matlamat keluar ke pekan nak teman orang, memang LY tak akan beli apa2 kalau tak ada kepentingan. Masa zaman belajar di UPM pun, kalau balik naik bas ke Lui, LY tak pernah kisah kalau duit cuma ada untuk tambang....kredit tak ada tak jadi masalah. LY biasa main redah2 ni....harap2 LY boleh baiki diri. Sebabnya kadang2, orang lain nak pinjam duit kita, kita pula tak ada cash masa tu. Walhal kita sebenarnya mampu nak tolong orang. LY mengharapkan ada hikmah atas sikap dan tabiat yang macam ni walaupun kadang2 merumitkan keadaan.

Dengan menghulurkan kad ahli Popular untuk diskaun...LY hulurkan juga kad ATM/debit Maybank. Yang ni kena kawal. jangan guna sesuka hati. Sebab tu sampai sekarang tak guna kad kredit lagi. LY takut tak boleh kawal nafsu shopping yang bukan2....

Habis bayar....jam dekat tangan pun dah nak masuk kol 3:30...LY cepat2 keluar dari JJ....hal2 nak minum ke makan ke tak ada dalam agenda.

Sampai Lui ngam2 waktu Asar....sekian....Lepas ni LY up 1 entry untuk travelog yang LY dah baca...








Thursday, November 15, 2012

Tak patut betul!!!!

Segala puji bagi Allah...salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad.

Korang tahu tak pasal horoskop?? Kajian personaliti dan seumpamanya...

LY masa dulu2.....wajib...hari2 baca pasal horoskop diri sendiri.

LY memang salute betul dengan siapa yang kaji ni.

Tapi......LY tak puas hati dengan satu hal. Kajian pasal personaliti ikut nombor kelahiran atau adik beradik.

Kajian ni unfair dekat LY....

LY tak tahu nak ikut tafsiran yang mana...

Kalau ikut satu BIN dengan abah LY...LY ni nombor 3....
Tapi kalau ikut kelahiran dari mak LY,....Ly jatuh nombor 5.

Yang LY selalu declare kan memang LY yang nombor 5 dari 8....
Tapi bila cakap anak abah nombor 3 dari 6 orang...orang akan pelik....

Dan bila nak tafsir ikut personliti tu...LY tak tahu nak ikut yang mana satu....hahhaha


Memang tak adil kan. MEMBOHONG betul siapa yang buat survey tu!!!!

~batubersurat: LY suka sebut perkataan MEMBOHONG lately ni~

Tuesday, November 13, 2012

Aku benci mawar merah


Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku

Bawa pergi saja dirimu



~batubersurat: kekadang bengang...kekadang bengong~

Monday, November 12, 2012

Projek Cuti 2012

Salam syukur ke hadrat Ilahi...salam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Cuti sekolah dah mula...

Cuti ni projek tak ada yang best....weekend kompom berderet nak kena attend wedding memember. [aiissshhhh....jeles!!!!!!!!!]

Cuti ni....jaga exam SPM weekdays. Isnin- Khamis sampai 6/12/12.

Weekend kenduri kendara.

Projek gunting/botak kepala!!!!

Projek tidur!!!

Projek melepak depan TV.

Projek kemas rumah hari hari.

Projek paksa mak jahit baju untuk tahun 2013.

Projek membuat soalan PBS untuk tahun 2013.

Projek jaga baby AFRINA INSYIRAH.

Tak ada projek besar cuti sekolah ni.....kalau nak tunggu projek kawen LY kompom bukan tahun ni!!!!


Sunday, November 11, 2012

Diari....[lebih pelik dari selalu]

Segala puji bagi Allah. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.

Nak monolog jiwa malam2 minggu ni. Nak semakkan dunia maya ni.

Diari,(diarilah sangat!!!!!!!!!!!!)

Kau tahu tak yang umur aku  lagi 76 hari nak masuk dua puluh enam tahun. Engkau tahu tak dua puluh enam tahun tu macam mana???? 26....26 tau...bukan 6 tahun...

Diari....lately ni aku baru sedar yang aku dah TUA....dah suku abad. Dan kau tahu tak apa yang aku rasa dengan umur aku sekarang ni. Aku rasa....aku rasa...aku rasa......aarrrggggggh.....stress!!!!
Kalau kau boleh kira jalur2 kedur kat dahi aku, mesti kau akan gelakkan aku sebab stress dengan umur aku sekarang ni.

Diari....sebenarnya aku tak adalah stres sangat pun.....aku cuma ngokngek je. Aku cuma rasa macam aaaaaaaarrrrrgggggggghhhhh......susahlah nak explain diari.

Aku rasa ni lah dia dilema yang perempuan bujang suku abad alami. Dahlah bujang....solo...single...alone.....satu pakej!!! Arrrggghhh....

Diari....Kau tahu tak......sangat tak best tau tak bila dapat undangan kawin kawan2...rasa macam nak nangis.....jeles ok....nak je post kat wall majlis diorang tu, "BESTNYE DAH JUMPA JODOH....AKU BELUM LAGI NI.....tapi, dah ditakdir dilahirkan sebagai gadis Melayu yang sangat2 pemalu.....maka postlah kata2 hikmah "BARAKALLAH".....

Diari....geng2 lelaki zaman sekolah pun dah kawen ok!!! lagi satu, bukan takat yang geng2 sebaya perempuan je yang dah kawen....tapi yang HADEK-hadek junior pon dah kawen!!!! aku sangat jeles kau tahu tak???

Hey diari.....besties skolah Lui....besties KOSASS pun dah naik pelamin....tapi aku ni macam tak ada tanda2 pun....kau tau tak diari...jangankan tanda...bayang2 dengan bau pun tak ada lagi....teruk tak kes aku ni diari???

Diari...
Memandangkan Datuk Dr Fadzillah Kamsah selau pesan suruh fikir yang positifkan...maka aku pun, adalah juga muha-labuan dengan kawan2 yang segolongan dengan aku. Kadang2 aku, tunjukkan kata2 positif aku dekat housemate aku....."AIN, orang cantik pun ada yang belum kawen...inikan pulak kita yang biasa2 ni"....
Kadang2 bila tiba time negative....aku siap cakap dengan kawan2..."jangan nak kawen dulu sebelum aku tau....kalau korang dah jumpa jodoh...jangan lupa doakan aku dapat jodoh cepat tau"

Diari....kau jangan rasa jerk sangat dekat aku....kau jelah tempat aku luah perasaan. nak luahkan dekat pokok kelapa depan kuarters ni, nanti jiran kata aku gila pula....so, aku duduk diam2 dalam rumah ni, aku luah perasaan dekat kau je.

Diari...kau nak tahu, lately ni aku dah jarang nak bersosial....malas dah aku nak layan FB ke twitter ke (walaupun tak berapa nak tweet sangat). kau tahu sebab apa??? Sebab nanti aku jeles....aku jeles dengan semua orang yang post pasal life diorang with husband/wife/kids. Tahap jeles ni walaupun biasa2....tapi tetap jeles. Kau tahu tak jeles tu tak baik untuk kesihatan. So, aku tak nak jeleskan hati aku, aku dah kurang fb....cheewahh....positif tak aku diari.???

Diari....
Aku rasa aku dah tak macam aku yang dulu....mesti sebab faktor usia ni....Kalau kawan2 yang rasa aku ni pelik ke apa...aku malas nak layan. Kadang2 hipokrit pun ada juga....aaarrrgghhh...stress aku diari...sebenarnya aku pun tengah cari diri aku sendiri....aku pun tak tahulah nak explain macam mana....Allah je yang tahu apa dalam hati aku ni.

Diari...aku tengah cari siapa aku dalam 25 tahun yang aku dah tempuh. Kalau orang lain kata, laluan hidup aku ni senang je tak ada susah2. Yes...memang aku akui. Disebabkan rasa yang terlau senang, tu, kadang2 aku lupa untuk pandang belakang...lupa nak bantu kawan2...lupa dengan kawan2 yang perlukan aku. Lupa dengan perbuatan IHSAN.

Diari, Allah dah bagi aku macam2....benda2 yang aku tak minta pun Allah bagi. Aku lahir2 je dalam family besar....yang tengah pula tu...memang sah2 tak pernahnya nak rasa sunyi. Mak Abah, Allah bagi tengok free2 je sampai sekarang ni...Otak walaupun tak genius.....tapi adalah juga cerdik sikit. Allah pimpin takdir aku sampai habis degree walaupun rasa macam nak putus nyawa masa gagal paper KIMIA INDUSTRI yang tak best. Siap boleh habis on-time schedule lagi walaupun masa praktikal result hampir kantoi gara2 dapat penyelia perfect. Dah tu Allah bagi pula kerja. ekonomi yang stabil.

Diari, kalau aku catat rezeki yang ALLAH bagi ni, aku kompom kau pun tak tertanggung nak baca....banyak sangat rezeki yang ALLAH bagi kat aku. Aku sebagai hamba DIA yang hina ni, hanya mampu bersyukur...dan bersyukur...dan bersyukur je pada DIA. Dah terlalu banyak aku minta dengan DIA....sampai aku malu pada DIA...ibadah ku sedikit...syukur ku sedikit...tapi permintaan ku banyak....Mana mungkin setimpalkan. Walaupun aku tahu, sesungguhnya kepada DIA-lah hambanya perlu meminta.

Diari, pinta aku sekarang ni kepada DIA, cuma, berkati usia ku....tuntun hati, tingkah dan kata ku untuk sentiasa dekat dengan-Nya. Jangan lalaikan aku. jauhkan aku dari bisikan syaitan yang sentiasa melalaikan....jauhkan aku dari mengkufuri nikmat-Nya. Semaikan hati ku dengan sifat mahmudah. hiasi sifat sabar yang tinggi dalam peribadi ku.diberi kesempatan waktu untuk berbakti kepada orang tua ku.

Diari, sampai sini dulu.....aku rasa lega ni dapat luah perasaan dekat kau. Aku tak stress sangat pun kalau tak dapat jumpa jodoh aku lagi. Cumanya aku takut orang lain yang stress tengok aku. Hahaha...

Diari, kau doakan aku dapat jodoh yang baik ok....yang biasa2 je...gila kentang nak dapat yang extra dari biasa....kerja cikgu zaman sekarang ni dahlah sibuk. Nanti dapat jodoh yang sibuk juga, siapa nak tolong urus rumah tangga. Engkau kompom lah takkan tolong punya kan...ingat tau diari....

Okay....salam.

Friday, November 9, 2012

PUAKA PUNYA SISTEM!!!!

BENGANG!!!!!!!!!!!!

PBS NI VENGONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

VILAKE!!!!!!!!!!!!!!!!


Hari jumaat mencarut!!!!!

Memang bagi aku buat dosa sungguh benda2 ni...


Tuesday, October 30, 2012

Kegilaan #3


Salam Takzim


Siaran langsung dari PPD Kuala Pilah!!!!

Sekarang ni tengah bengkel membuat instrumen eviden PBS Sains Form 2.

Straight to the point.

Hari tu dah cerita tentang kegilaan trend tudung....kali ni nak cerita tentang kegilaan dengan gadjet.

LY ada kawan yang semua barang dia APPLE.....dahsyat gila....salute....siap kereta tampal sticker APPLE dekat kereta.

Dah tu sekarang ni...berbagai kegilaan memiliki gadjet yang latest dan popular....
SAMSUNG lah.....iPhone lah....Nasib baik pengguna SONY tak berapa nak excited nak ada benda2 ni. Kalau ikut habit dulu2....memang dah sambar sebiji benda2 ni.....terutamanya tablet....

Tapi disebabkan akal MASIH MAMPU MEMBENDUNG NAFSU NAFSI dari membeli tablet, makanya hari ni masih lagi mengekalkan identiti dunia tanpa tablet. 

Antara sebab tak guna tablet adalah, boleh jadi "gila"...bila dah gila.,...kerja pun tak jalan....bila kerja tak jalan....nanti kena buang kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tak adalah sampai macam tu....cumanya, LY masih lagi tak boleh kawal diri dari keadaan menggilakan diri dengan games dalam tablet.....

Lagi satu sebab, tak nak meninggikan power spek mata..... menghadap laptop pun makin lama makin teruk mata....inikan pula bila menghadap tablet...tambah2 lagi kalau melayan tablet dalam gelap waktu nak tidur....memang bertambah2 rosaklah mata ni nanti....

Penggunaan dan kegilaan tablet dengan kecanggihan dunia tanpa sempadan ni bergantung kepada diri masing2....kalau pandai kontrol tak adalah gila sangat...cuma yang tak pandai ni yang bahaya...contoh macam LY....sebab dulu2 pernah dapat penyakit addict internet....bila dah naik tahun 3 dekat U barulah berkurang sedikit.

So....disebabkan taknak penyakit lama berulang....kenalah kontrol diri daripada membeli tablet...walaupun kawan2 suruh pakat beli yang murah2 je...yang bawah 400....LY masih lagi mampu mengawal nafsu..

TAPIIIIII...................kalau dah semua orang sibuk layan tablet....dengan siapa LY nak kawan.....dengan siapa LY nak bercakap.,....Mungkin juga kena beli tablet!!!!

Ngeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Sekian.

Tuesday, October 23, 2012

Mendarab kasih

Nikmat yang satu ni memang kena jaga baik2....
Biar berpanjangan.

Walaupun kadang2 membebel rasa tak puas hati....tapi air dicincang tak kan putus melainkan kena tutup paip....





Friday, October 19, 2012

Belum masa

Salam takzim....

Esok Jumaat....

Lusa Sabtu....

Ada kelas Talaqqi.....huhuhuhu....

Lepas up entry pasal iklan nak cari calon housemate hari tu....rasa memang betul2 dah gila agaknya kepala otak ni. Chop...bukan gila...tapi mereng.....hahaha

Okaylah....siapa yang tak bosan kalau asyik kena serbu dengan soalan "bila nak kawen??? bila nak kawen???"

Fed up kot....

Nak je bagi jawapan sarkastik dekat siapa yang tanya....nak je bagi jawapan hiperbola yang orang lain susah nak faham.....hahaha..

Nak je jawab...

"Sedangkan masa gugurnya daun jatuh ke bumi pun hanya Allah yang tahu...inikan pula masa bila dan waktunya jodoh saya nak sampai"

"Entah2 jumpa jodoh lepas makcik/kakak tak ada dekat sini kot"

"Ya Allah, temukan aku dengan jodohku segera sebab makcik/kakak ni nak sangat jumpa dengan beliau tu" (baca doa ni depan diorang)

Tu baru sikit jawapan ngokngek yang ada...sebenarnya banyak lagi nak bagi....tapi tak terkeluar dari mulut pun!!!!

Kepada kawan2 yang mengalami nasib yang sama....don't worry....
Jangan takut tak ada jodoh...tapi takutlah kalau tak sempat nak buat mak ayah bahagia....

Jangan takut tak jumpa jodoh....tapi takutlah kalau tak sempat nak bagi kasih sayang sebanyak mungkin dekat family yang memang sah2 sayang kita lebih dari orang lain.

Sampai sini....chau chin chau....

Chill lah, kalau tak ada orang nak masuk minang....bukannya kiamat pun kan.....

[error: bateri kong....up entry hari Jumaat]


Thursday, October 18, 2012

Kegilaan #2

Salam takzim...

Di sebabkan hari tu ter-update kegilaan #1...maka kenalah ada kegilaan edisi nombor 2 pula.

Tapi tak ada topik pasal diri sendiri pun.
Sebab tak pasti benda2 yang kita buat hari2 ni kerja gila atau pun tidak. Sebab kita rasa benda2 ni normal je kot.

LY nak cerita tentang kegilaan wanita terhadap benda2 yang TRENDING.

Contoh paling utama...
TREND tudung.

Common kan....
Tapi bagi LY benda ni gila....gila tu bukan yang boleh masuk wad sakit jiwa....tapi gila yang "heeiii...kerja gila apakah???


Trend tudung yang sangat2 yang....errrrrrgghhh...

Baru keluar pattern baru.....next week keluar pula patterns baru lagi....next week lagi tu keluar lagi yang baru....

Arrrggghhhh....
Gila....semua ni gila....pening nak ikut!!!

Nasib baik LY tak ter-jebak dengan kegilaan trend ni...

Kat sekolah LY ni dahysat....ada yang beli tudung sehelai je cecah harga RM150....atau mungkin lebih.

Dahysat!!!!

Friday, October 12, 2012

Kegilaan 1

Salam takzim.

Sementara menunggu Ana siapkan staple kertas soalan. Nak up satu entri gila.

Hehehe.....

Nak letak tajuk....tak tahu nak letak tajuk apa.

Nak letak tajuk CINTA macam tak sesuai....nak letak tajuk LELAKI lagilah macam kelakar. Apa2 jelah kan....asalkan memang boleh up-kan entri gila.

Kalau nak letak term CINTA macam tak berapa nak kena....tukar jadi SUKA okay kot.

Tapi ni kisah lama....kisah yang dah tak jadi kegilaan. Kegilaan yang dah dibuang jauh. Kegilaan masa zaman jahilliyah.....[rasanya jahilliyah masih ada.....cuma makin dijauh dan ditinggal2kan]

LY pasti rasa semua yang melalui zaman remaja pernah buat benda2 ni.
Even budak2 zaman sekarang pun still buat jugak...agaknya benda ni memang remaja yang suka buat.

Kegilaan yang LY maksudkan adalah POSTER, gambar2 majalah selebriti kesukaan yang digunting lepas tu tampal dekat dinding, dekat buku atau file.

Korang mesti pernah buat kan.....jangan nak bohong nak geleng2 kepala dekat sini. LY bagi German-suplex sebiji nanti.

Masa kecik2 dulu, mak LY sukalah beli majalah NONA[sekarang ada lagi ke??]
Dalam majalah tu, ada ruangan tokoh luar negara. Selalunya cerita yang ada dalam ruangan ni pasal puteri2....ratu2....permaisuri..menteri2 wanita....

Dalam ruangan tu selalulah ada kisah dari keluarga diraja Britain. Pasal LADY DIANA... Macam2 yang LY tahu masa tu....kisah skandal...kisah keluarga bergolak...macam2 lahkan..termasuklah putera sulung beliau. Tak lain tak bukan Prince William. So, LY dah kenal William tu sejak dari umur belum 10 tahun pun lagi. Tahap minat tu bertambah2 bila LADY D maut dalam eksiden....LY pun tumpang sedih untuk William. Masa darjah 4, tiap2 hari baca pasal liputan kes Lady D dekat surat khabar Utusan yang ada dekat kedai Atek [rumah LY tak beli surat khabar]

Start dari sini yang selalu kumpul gambar. Macam nak gelak kan....

Kalau orang lain, selalu2nya gambar yang jadi pujaan hati masa zaman tu adalah Siti Nurhaliza...Anuar Zain....kumpulan Back-street-Boys, KRU...Shah Rukh Khan pun termasuk dalam kebanyakkan gambar yang akan jadi mangsa gunting dan gam....

Haha...LY je lain sikit dari orang lain....
Yang lain dari orang lain of course lah pasal Prince William.
Rasanya tak ada budak yang obses pasal dia. Tahu pun belum tentu ada agaknya masa tu. [MASA TU OKAY!!!!]


Yang kes ke dua....yang menjadi mangsa dinding bilik, gambar pemain hoki....KEEVAN RAJ. Siapa kenal??? Mungkin tak ramai yang kenal. Tapi LY kenal....sebab apa??? Sebab suka baca surat khabar. Sebab baca surat dari belakang ke depan. Maknanya baca ruangan sukan baru masuk hal dalam negara.

Tahap minat dengan KEEVAN Raj ni biasa2 je. Tak ekstrem sangat. Sampai sekolah menengah dah tak kisah sangat. Sampai sekarang, walaupun masih ingat kat pemain hoki ni, tapi dah tak ikut perkembangan semasa.

Yang kes ketiga dan yang terakhir......Gambar yang paling teruk sekali. Dan tak sepatutnya ada. Tapi kalau tak ada, taklah namanya GILA!!!

Dulu2, suka sangat tengok WWF....yang bukan2 je LY ni. Dulu WWF ni okaylah...tak macam sekarang, dah tukar jadi WWE...banyak bercakap dari ber-wrestling....

Dalam banyak2 gusti player tu, ada satu pula yang ter-minat....siapa lagi kalau bukan THE ROCK...tapi masa dulu, The Rock seorang je yang suka bercakap...main tak ada lah sangat pun...

Tapi The Rock tak jadi mangsa tampal kat dinding bilik....dia ni selamat...sebabnya tak ada gambar yang menarik untuk ditampal....tapi yang bestnya....disebabkan side-burn [betul ke ejaan ni...rambut lelaki yang dekat telinga tu] THE rock ni....LY nak cari husband macam tu. Memang gila kan??? Minat sebab side burn dan rambut botak pendek...OOOOOOOOOohhhhhhhhhooooiiii....memang gila....memang jahil masa tu. [tapi sekarang masih berharap....huhuhuhu]

Tu je lah kegilaan edisi #1 ni.

kalau zaman sekarang ni, budak2 pun suka letak gambar kat file diorang...tapi yang tak boleh tahan sekali tu.....gambar artis KOREA yang plastik. Tu bukan gila tapi GELI!!!!

Okaylah sampai sini dulu....kerja dah settle....esok ada kelas Ulum Quran dengan Resm Uthmani[tak ada kena mengena]

Ayuh balik ke kuarters!!!

~batubersurat: tapi aku tak pernah lagi jumpa budak remaja tampal gambar Tun Dr M ke....Tan Sri P Ramlee kat file diorang......terrer kan observation aku????!!!!!~

Wednesday, October 10, 2012

Monolog Rindu

Salam.


Dikesempatan ruang waktu kurang dari 20 hari.









Dah nak raya korban





Semoga apa yang dilakukan mendekatkan diri kepada Dia.

Menebalkan rasa rindu kepada Pencipta.






Tuesday, October 9, 2012

Iklan: Mencari Housemate merangkap Roomate

Salam.

Post ni sedikit gila dari kebiasaan yang huru hara.

Saya, dengan ini mengisyhtiharkan ingin mencari housemate baru....yang akan merangkap menjadi  roomate sekali. Ini berikutan anasir2 housemate yang sedia ada berperancangan nak pindah ke Johor. Dan roomate yang sedia ada berkeyakinan dapat pindah ke Kuantan. Ura2 ni agak menggusarkan hati saya.

Oleh yang demikian, saya mengiklankan untuk mencari calon housemate dan roomate.
Tempoh iklan ini valid adalah sehingga Disember 2013.

Syarat2 adalah seperti berikut.

1- Lelaki.
2- Muslim
3- pandai cakap Melayu

4- tak merokok
5-bekerja

Sekian....terima kasih. Borang permohonan boleh rujuk dengan mak abah saya. Kalau diorang setuju, saya pun setuju.....boleh ikat janji....then akad nikah...then masuk rumah saya jadi peneman sepanjang hayat.

Gila!!!!!
Tak!!!

Sakit!!!
Tak!!

Meroyan!!!
Tak!!!

Demam!!
Tak!!! 

Sungguh!!!
Ye!!!

Kenapa???
Boring dah hidup bujang....umur dah makin lanjut....nak kejar pahala banyak2 takut tak sempat...nak ada waris....

Desperado nak berumah dan bertangga....




Sunday, September 30, 2012

Monolog orang bujang

Lewat malam...bukan....awal pagi. Awal yang memang gila awal. Awal yang kalau bangun malam untuk tahajud sangat berbaloi.

Awal pagi sebab baru lepas tengok Cerekarama yang bahagian hujung je, sebab layan Selangor vs Singapura. Berbaloi. Awal yang sejuk. Awal yang nyaman. Awal di Lui memang best.

Aku tak tahu nak taip apa. Barangkali perlu cerita hal bajet 2013. Tapi dah ramai yang buat. Maka aku tak perlu nak rungkai lagi. Apa mungkin perlu cerita kisah yang menghangatkan Lui terchenta. Kisah anak2 muda Lui vs anak2 muda Kampung Perdik (kampung lain dalam mukim Dusun Tua ni). Mungkin tak perlu, sebab nanti jadi report ala2 CSI PDRM Malaysia pula. Itu bukan bidang kemahiran aku. Yang aku mahir jawab soalan Matematik Menengah Rendah je.

Aku nak cerita tentang aku. Aku hari ni, esok dan mendatang. Sejarah silam tak perlu lagi dikenang. Dah berlalu. Jangan pernah ada rasa ingin meminjam mesin masa Doraemon untuk memperbetulkannya. Tapi nak kenang sekali2 memang sangat2 nostalgia.

Aku sangat suka apa yang Allah dah bagi aku pada hari ni. Even ada yang suka tanya benda yang belum nyata dan jelas depan mata, aku masih suka dengan apa yang belum terjadi. [kadang2 aku nak sangat explain apa yang aku nak kata, tapi selalu2nya apa yang aku explain tak mudah untuk difahami]

Ada makcik2 kat kampung atau mungkin kawan2 sekeliling yang suka sangat tanya, bila nak kahwin...kawan2 semua dah ada anak... Dalam hati aku, nak je aku kata "Sedangkan daun yang gugur dari pepohonan pun Allah yang takdirkan waktunya, inikan pula aku yang memang sah2 dah di cop menjadi hamba Dia"...tapi kata2 tak terkeluar dari mulut aku. Aku takut orang tak faham apa yang aku nak kata...
Kalau aku kata, "sampai masa, kita kawinlah nanti" [kadang2 memang aku membahasakan diri aku sebagai "kita"] Tapi kalau aku kata macam tu, makin panjang lebar pula soalannya. Dan langkah terbaik, diam. Kemudian kata "Errrmmm" lepas tu....buat muka cemberut...lepas tu tukar topik. Selesai.

Kadang2 memang bergurau dengan kawan2 nak jodoh tu datang cepat. Tapi yang sebenarnya kata2 mainan bibir. Bak kata seorang teman, "mulut je kata nak kawen..tapi hati belum ikhlas nak fikir lagi...sebab tu Allah belum makbulkan kata2 tu"

Mungkin betul. Aku belum cukup ikhlas. Ikhlas nak fikirkan hal2 sunat tinggalan Nabi Muhammad s.a.w..Aku mungkin boleh jatuh cinta....tapi susah nak jatuh sayang. Susah sebenarnya nak explain. Pemikiran aku mungkin terlampau complicated untuk di fahami. Tapi aku nak juga cerita. [inikan personal blog...cerita pasal personal tak salahkan...aku kompius kalau aku cerita, apa tanggapan orang...korang boleh lempang pipi korang dari barat ke timur sebab kurang faham]

Aku tahu yang aku belum cukup ikhlas...[aku tak tahu, macam mana orang boleh kawen...hal2 ikhlas ni mereka2 ni pernah fikir ke tak...ke aku sorang je yang pelik dalam dunia ni]
Aku tahu aku senang disayangi [perasan dan bajet].

Ini memang betul. Aku rasa semua orang sayang aku. Aku rasalah kan...memang...bukan syak lagi. Walaupun kadang2 mulut puaka, perangai macam jembalang. Tapi peratus orang nak dengki tu memang aku rasa tak ada. Ini betul2 kejadian....bukan tipu. Maksud aku pasal sayang ni, tak akan ada definisi nak menikam dari belakang atau musuh dalam selimut. Disebabkan aku tak pernah ada rasa DIPINGGIRKAN atau DIKHIANATI...aku buat pernyataan semua sayang aku. [boleh terima ke teori ni...kalau tak boleh buat2 boleh je lahkan]

Okay, aku rasa dah lari topik....back to main point. Ikhlas... Bahagian mana yang aku tahu aku masih belum ikhlas... belum ikhlas nak buat sunah Rasulullah ni. Kalau benda ni korang rasa, maknanya aku normal...bukan seorang alien.

Satu- perkahwinan tu secara asasnya mengikut teori manusiawi, adalah gabung dan kongsi. Mungkin aku boleh kongsi mak abah aku dengan orang lain sebab aku memang asal dari keluarga yang banyak adik beradik (termasuk 1 kakak dan abang tiri)...kongsi mak abah tu benda normal. Tapi masalahnya, aku sedia ke nak sayang mak abah orang lain?????????? Persoalan yang menggerunkan. Tambah pula mak aku selalu cerita pengalaman dia jaga mak mentua dia yang sakit. Cerita tu memang patut buat drama TV3...dan kalau jadi dekat aku...BOLEH KE??? Boleh ke handle???

Dua- adik beradik....bab ni yang paling haru sekali kalau fikir. Aku steady je dengan ipar2 yang ada sekarang ni. Adik beradik yang huru hara memang menggamatkan suasana. Macam2 perangai. So far, okaylah semua orang. Persoalan aku, boleh ke aku nak hadapi situasi dan status menjadi ipar kepada orang lain. Atau mungkin jadi biras. Macam mana kalau jadi macam ni...macam mana kalau jadi macam tu (itu dan ini adalah situasi boleh gubah dari slot Akasia atau Cerekarama TV3)

Tiga- Toleransi, ego, prinsip. Aku tak tahu macam mana nak hadapi benda2 ni dengan orang yang akan ada perkaitan sejarah besar dalam sejarah kehidupan aku. Kalau semua masalah datang dari aku, aku tak tahu, aku boleh handle ke tak (Allah belum pun bagi masalah...yang aku sibuk2 fikir aku pun tak tahu kenapa)

Empat- Survival skills. Aku selalu fikir, mampu ke aku nak buat semua yang mak2/ orang2 dah bekeluarga ni buat. Menguruskan rumah tangga ni aku mampu ke????? Sedangkan nak uruskan diri sendiri pun masih terumbang ambing, inikan pula nak urus orang lain!!!! Persoalan yang mengerikan untuk aku fikir dengan lebih lanjut.

Alasan ke 5, 6 , 7 dan seterusnya mungkin akan lebih menakutkan aku untuk fikir hal2 berumah dan bertangga. Biar duduk kukuh dalam kepala je. jangan keluarkan dalam blog...nanti terulang baca, lagi menambahkan tahap ke-tak-ihklasan dan takut untuk berumah dan tangga.

Kepada yang dah kahwin, meh curahkan sikit pengalaman macam mana boleh ambil keputusan nak berumah dan tangga ni.
Hal2 yang menakutkan dengan atas ni korang fikir macam mana?? Ke korang fikir nak buat wedding day je??

Walaupun belum ada jodoh....walaupun orang lain kata hidup aku ni membosankan...pagi keluar pergi sekolah, balik rumah, lepas tu keluar tuisyen, balik rumah...esok pagi pergi sekolah balik. Walaupun orang kata aku tak bersosial...dan apa2 jua-lah yang ingin diperkatakan, aku masih lagi happy.

Tamat sampai sini. Cerita sekadar untuk refleksi diri. Sebab aku rasa aku je yang perangai macam alien ni. Orang lain sibuk fikir nak cari jodoh...aku sibuk fikir dah ikhlas ke belum nak fikir hal2 jodoh ni.

Dahlah...sampai sini....sekian wassalam

~batubersurat: biarlah orang nak kata hidup aku ni membosankan...tapi aku rasa aku cool dan steady je~


Wednesday, September 26, 2012

Air bercacing

Tak ada mukadimah.

Siapa ajar Science Form 2 mesti jumpa benda ni.





Ni carta proses rawatan air dari empangan sehingga sampai ke rumah.

Bakteria, mikroorganisma masih wujud selepas di tapis. Kandungan klorin yang diletak mestilah dalam nisbah yang betul agar mikroorganisma dan bakteria mati tetapi masih selamat digunakan oleh pengguna (manusia).
Akibat dari nisbah yang kurang tepat, kebarangkalian bakteria dan mikroorganisma membiak adalah tinggi. Faktor pemangkin seperti keadaan cuaca, aliran udara, suhu yang bersesuaian akan meningkatkan kadar masa mikroorganisma membiak dengan lebih cepat.

Masalahnya sekarang.
SAINS(syarikat air negeri sembilan) kurang klorin ke??? Klorin SAINS area PD kena songlap jual dekat tempat lain ke??? Siapa yang nak sabotaj air area PD???

Kenapa rumah blok B je yang kena??? Kenapa blok lain bersih lagi.
Masuk hari ni dah 2 kali jiran2 cuci tangki blok B....Dahsyat tau tak cacing ni....nak mandi pun geli....

Gambar cacing klik sini...
nama scientific tak tahu...nama Melayu LARVA UNGGAS.

Dalam kuarters ni, blok B je lah yang baru ada cerita. Hasil dari pertanyaan dengan jiran2, PPD-PD pun jadi benda ni jugak. Lepas tu hotel CHORUS pun ada jugak...Sekolah teknik PD...dan beberapa tempat lagi....

Hari tu kes air busuk je...sekarang ni air bercacing pula...

Dan aku terpikir....cacing ni hidup ke kalau dah masuk dalam perut??? Sebab semalam aku mandi tak pula perasan ade ke tak cacing ni dalam besen!!!!
Tensi3....






Thursday, September 20, 2012

Jauh dari Ikhlas

Dalam derap langkah ditempuh saban waktu.
Bukan sedikit yang aku tak tahu.
Banyak yang boleh menghitamkan hati.

Dalam pada seronok duduk rumah sendiri, sebenarnya sedikit terkilan dengan sikap orang yang tak ambil pusing hal2 yang sering aku guraukan....gurau tu sebenarnya ada makna. Tindakan tu bersebab.

Masalah pun kadang2 datang dari aku jugak. Kadang2 alpa...kadang2 leka.
Bila duduk rumah orang.....sehabis mungkin aku cuba untuk tak buat benda yang boleh menyusahkan orang lain pada masa akan datang.

Nak cerita contoh nanti, nampak sangat tahap ketak-ikhlasan aku...yang aku cuba buang....memang aku tak kata depan2...tapi dalam hati memang suka merungut....sebab tu agaknya Allah tarik nikmat yang aku minta....sebab banyak lagi yang tak betul dalam hati ni.

Aku cuba kalau duduk rumah orang, aku tak mandi rumah orang...aku usaha balik rumah sendiri walau fajar belum munculkan diri. Sebab aku tak nak susahkan orang cuci toilet yang aku guna kalau aku ada tertinggal apa2....

Aku usaha untuk amalkan apa yang aku dah biasa amalkan....apa yang mak abah aku ajar....gosok baju sekali banyak...bukan sikit2....bukan tiap2 hari....pembaziran tenaga elektrik...bukan nak kata kedekut nak bayar duit elektrik...tapi kenapa nak ikut perangai syaitan dengan membazir....dulu2 rate bil elektrik masa duduk berdua tak sampai pun RM 20...tapi kebelakangan ni....bil elektrik kalau tak cecah RM 40 memang tak sah. Masak jugak nak keluar duit poket untuk sebab dan punca yang datang bukan dari diri kita sendiri.

Kebiasaan dari kecil dekat rumah memang jarang guna tisu...biasa guna kain lap....tapi sejak duduk sendiri, memang stok tisu melambak...tapi jarang jugak aku nak guna...tapi tisu tetap habis dan bersepah2...jauh hati juga bila kena kutip....dah penat bergurau suruh buang dalam tong....tapi hasil masih sama.

Dunia kita tak sama.....ajaran induk kita tak sama. Aku tak boleh nak salahkan siapa2....
Aku biasa lipat kain memang akan kibas dulu...supaya licin dan tak berkedut2 atau ada gelembung udara....macam yang biasa mak ajar..
Kalau aku lipat telekung, memang dah biasa lipat akan kasi cantik walaupun lepas tu aku lipat dalam sejadah....tapi lain orang lain style nya....lipatan ada gelembung udara....mata aku boleh sakit....argghh...sekali lagi aku merungut...sekali lagi aku jauh dari ikhlas bila bagi pinjam telekung....padahal aku pun kadang2 pinjam telekung orang. (sebab ni aku tinggalkan telekung sendiri dekat sekolah...dan spare dalam kereta....aku sakit mata bila tengok cara lipatan tak kena dengan style aku)...sama juga bila adik aku sendiri lipat kain baju dekat rumah....semua aku akan runtuhkan.....cara dia lipat salah....tak sama ukuran...tak sama cara kedudukan terbalik kolar baju...tak sama bahagian zip seluar...

Sama juga cara sidai baju....semua yang adik aku suka buat, memang jauh dari yang biasa aku buat atau mak aku buat...aku biasa kalau sidai seluar, biar seluar je...kalau sidai kain batik, sederet lah kain batik nya...bukan carca marba macam adik aku...

Aku pun kadang2 banyak yang tak betul dari yang betul....cuma tu lah...macam yang tajuk dekat atas tu,  jauh dari ikhlas.....depan tak kata, tapi dalam hati mengata...

Dalam banyak2 nikmat, nikmat nak ikhlaskan hati tu memang jauh sekali nak dapat.....aku fikir sebab tak kena dengan cara aku....aku selalu fikir....kenapa bila aku mudahkan urusan orang lain, orang lain tak nak mudahkan urusan aku....dan bila aku istighfar, sebenarnya aku masih mengharapkan balasan dari orang...bukan balasan dari Allah. Aku masih jauh dari mencari redha Allah tentang qadak dan qadar hidup.

p/s: kalau mummy Zara baca luahan hati ni, harap sangat lepas ni boleh saling tegur menegur...jangan membazirkan elektrik....jangan buang sampah merata....rambut kalau berselerak rajin2 lah tolong kutip buang dalam tong sampah...(kalau ada rambut yan gugur kat tempat tidur akak, suruhlah yan kemas balik...huhu..)telekung tu lipat sama macam yang yan lipat...kalau tak pandai, gantung guna hanger....

Sekian , wassalam.

Friday, September 14, 2012

Monolog dari 2 sisi

Salam sayang semua.....

Tak ada mukadimah nak di omelkan....

Semakin meningkat usia ni, macam2 hal main dalam kepala. Dah tu pulak, ada rasa macam dua sisi kehidupan yang aku lalui.

Satu sisi yang biasa aku lalui.....satu lagi sisi yang susah aku nak terangkan....
Macam dah ala2 Dr Jeckyll and Mr Hyde pula...

Satu sisi biasa yang orang lain tengok.....satu lagi sisi antara aku dengan sang Pencipta.
Satu sisi di mana aku sangat2 jauh dan sangat2 dekat dengan Dia.

Satu sisi yang mana, aku selalu minta dengan Dia. Satu sisi yang aku nak sangat2 dalam hidup aku.
Sisi yang mahmudah......sisi yang aku harap menjadi istiqamah sehingga Dia perintahkan..."sampai sini masa kamu, wahai hamba-Ku Norazian"

Aku cuma hamba yang biasa.....hamba yang masih mengharapkan oksigen dari Rahman-nya sang Pencipta.....hamba yang melalui hari2 dalam genggaman masa Sang Pencipta....
Masih lg dicatat amalan oleh malaikat....dan bila mengenangkannya...sisi lain sangat2 mengharapkan aku diberi pengampunannya....dengan setiap perkataan, tingkah laku, perbuatan, kata hati...yang kadang2 tak aku tahu betul atau salah, ikhlas atau tidak....sisi lain sering mengenangkan apakah benar terlaksana sumpah dan ikrar yang ku lafaz tiap waktu dalam iftitah ku....

Sisi yang telah sekian lama aku harungi sering kali melambai riang....mengharap pengulangan saban waktu...sisi sedikit yang boleh di ambil pengajaran darinya....sisi yang hampir kepada sifat mazmumah...nauzubillah....Lindungi aku ya Rabb....jangan kau lalaikan aku dengan dunia ini...

Aku cuma mahu jadi hamba-Mu yang sebenar2 hamba....Aku mahu sisi yang baru ini menandingi sisi yang sudah lama sebati....sisi yang mengharapkan akulah yang Kau maksudkan dalam kata-kata cinta-Mu....kata2 "Wahai orang2 beriman"...."golongan kanan"....tiada lain pengharapanku hanyalah kepada-Mu wahai Pencipta ku dan sekian makhluk yang lain.

Sudah jauh kaki melangkah dalam derap waktu....semakin dekat aku dengan jalan penamatnya. Tapi kantung yang ku bawa tak ku tahu apa gerangannya.....

Mekarkan rasa cintaku pada-Mu lebih dari kecintaan ku pada dunia.

[ini monolog jiwa.....tiap waktu bila mana surah ar-Rahman meniti di bibir....]

~batubersurat: nak jadi hamba yang sebenar hamba kepada-Nya~

Thursday, September 6, 2012

Aku merdeka

Setelah berlama2 aku tak bukak blog....aku bercita2 nak up satu entri kemandirian...(ayat BM aku dah mula hancur seperti enjin bot terlanggar rumpai)

Aku rasa aku cukup merdeka (kot lah).......sebab aku cuba untuk hidup sesederhana mungkin....jauh dari kelaziman orang....berjarak dari hal2 dunia....mendekat dengan perkara2 sunnah (kadang2 tahu tapi kadang tak amal)

Okay...sampai sini...sebab aku target nak online sampai jam 9 je tadi....sekarang dah terlajak landasan keretapi ke negeri 9 setengah!!!!!

Jadi, kesimpulan akhir.....belum cukup merdeka untuk lari perkara duniawi!!!!

Sunday, August 26, 2012

Raya + merdeka

Salam sayang semua. Lama tak jengah sini. Tak berkesempatan nak luang masa depan lappy untuk update sebab masa guna untuk benda lain.

Banyak nak cerita....nak update balik pasal review lagu TEMAN PENGGANTI...nak cerita pasal puasa yang lebih sayu dan syahdu....raya yang huru hara dan gempak air mata....macam2lah...

Nak luah perasaan kat sini....macam2 ada dalam kepala nak hampar dalam ni...tapi tu lah....masa asyik melencong ke tempat lain....

Nanti2 lah update...kerja lain beratur nak kena settle dulu...errrrrrmmmmmmm....

Sekian...berjumpa di lain kali.

Salam Raya Syawal....dan salam merdeka Malaysia.


Tuesday, August 7, 2012

Menjejak Cinta

Begitu jauh perjalanan.
Ditinggal dan meninggalkan.

Kesekian kalinya
Hati sentiasa berharap.
Cinta itu akan sentiasa hadir.
Biar badai dan ombak menghempas sebagai hiasan.

Begitu jauh kaki melangkah
Melalaikan dan dilalaikan.

Kerinduan pada Ramadhan
Pengharapan pada Lailatulqadar.

Setengah abad telah berlalu
Hampir 2 dekad mengenal huruf.
Seusia itu menjejak cinta pada kalimah suci al-Quran.

Persoalan jejak cinta sentiasa berlegar.
Terlaksanakah perintah-Nya.
Tertunaikah janji yang telah di syahadahkan.

Hebat rindu Ramadan
Mengharap belas ihsan-Nya
Dikukuhkan jati diri
Dilebarkan rasa cinta pada sekalian isi alamnya

Aku insan hina
Salah khilaf lalai alpa
Sentiasa menari seiring kaki menapak

Ya Allah,
Paksikan aku pada cinta agung-Mu
Untuk aku menuju jannah agung-Mu.

Monday, August 6, 2012

Rindu Menggunung

Tahap rindu dekat teratak bonda dan ayahanda dah sampai laut dalam. Tahap rindu macam nak meletup dalam dada ni.

Minggu last balik hari tu tak salam peluk cium abah....abah  pergi mana entah....cari dekat kebun pun tak nampak.

Mak pula kirim lepat segan....janji nak balik hujung minggu lepas....tapi dah ada meeting pula hari Sabtu...macam malas nak speed balik Lui petang tu....

Tup2...hari ni...rasa tak ada semangat nak hidup!!! Makan pula dah serupa macam tak makan.

Malam ni dah start terawih kembali....dah sambung balik bacaan Al-Quran yang terhenti hari tu.

~batubersurat: tak sabar nak tunggu hujung minggu ni...nak juga balik Lui...tak kisahlah cuti lagi seminggu ke apa...yang penting...jangan ada yang nak buat meeting pulak hari sabtu....memang aku masak nanti buat lauk berbuka~

Friday, August 3, 2012

Tahniah Abang

 
5.5 tahun @ 11 semester 3 biji motor cup bertukar rupa, 3 zuriat sempat dibela, sekangkang tanah masih mahu diteroka, berpuluh2 kali menolak tayar pancit, bertahun menanggung penat dan sakit badan menunggang motor 2 jam pergi balik sehari setiap hari bekerja hampir setiap hari traffic jam pon terkadang sabtu dan ahad terpaksa juga redah, hujan panas tak reti dah nak kira, berbuka bersama rakan2 kelas sedang family di rumah tiada ketua keluarga bersama selama 4 kali Ramadhan lamanya, modal sepanjang tempoh tersebut tidak pernah ambil pusing baik yuran, minyak mahupon belanja... AKHIRNYA .. pengorbanan terjawab dan terbalas di atas sekeping kertas yang dipanggil IJAZAH .. berbaloi kah? serasa ingin menjerit rasa gumbira ingin menangis pon ada.. wahai anak2 bangsa, jangan cari 1000 dalih kerana 1 daya mampu menjatuhkan semua dalih, merangkak tidak bererti lambat dan lembap, menyusun perjalanan hidup amat bererti jika hasil seperti yang dirancang, semuanya ketentuan Dia - Ya Rabb, Terima kasih Allah .. pesanan kepada waris2ku " Carilah ilmu yang berguna selagi daya, jangan sia2kan masa yang ada kerana yang paling jauh itu adalah masa silammu.. " .. bermonolog utk diri sendiri dan anak2 ...
 
Tahniah abang.....akhirnya tamat juga perjuangan IJAZAH PERTAMA.
 
 [kepada seorang teman yang tengah buat diploma PJJ.....jangan berhenti berusaha....kita tak tahu berapa dekat kita dengan kejayaan yang kita impikan...usia bukan penghalang]
 
~batubersurat:  ni yang kena celebrate ni~

Tuesday, July 31, 2012

LY dan Politik

Salam semua.

Tajuk nak kontroversije....padahal isi tak kontroversi pon....


Sekarang ni kan tengah hangat cerita pasal nak PRU13. Yang parti kerajaan sibuk nak mengekalkan kerusi. Yang kerajaan bayang sibuk nak menjadikannya satu realiti.

Yang anak2 muda sibuk berpolitik dekat FB dengan cara orang muda. Yang kutuk2 kerajaan pun ramai juga. Yang sokong kerajaan pun ramai juga....semua pun ada agenda. Yang paling tak tahan sekali artis pun sibuk juga nak ambil port.


Lepas tu sekarang ni sibuk dengan sambutan kemerdekaa. Yang kutuk2 menteri ni pun tak HAGAK2 juga diorang punya kempen nak mengguling dan menjatuhkan kredibiliti kementerian ni.

LY malas nak komen lebih2....bukan bidang. LY komen budak salah buat step matematik tu terror lah....hahaha...

Cumanya nak kata dekat sini.....kepada yang suka kutuk dan mengampu tu, sudah2lah...hentikan je lah kerja tak berfaedah korang tu.

Korang tahu tak yang sebenarnya bukannya menteri2 tu yang fikir semua2 hal tu. Yang buat2 benda tu semuanya pekerja bawahan diorang yang buat. Kalau anda semua rasa nak betulkan sistem kerajaan yang sekarang ni...apa kata korang masuk dalam team kementerian tu...pegang jawatan yang pegawai2 atas tu....korang kan belajar tinggi2....semua pakat ada ijazah..

Kalau korang rasa korang berkelayakan nak ubah sistem pentadbiran negara....nak gulingkan kerajaan sedia ada. Atau berkelayakan menaik taraf kerajaan yang sedia ada, LY cadang masuklah dalam kumpulan pentadbiran negara....tapi janganlah pulak bercita2 nak jadi kerani je....cuba2 lah minta job yang up dan currrrlaasssst skit....

Contoh macam LY, masa dulu2 sebelum masuk U..bercita2 nak jadi penulis skrip ucapan PM atau menteri.....aicheche.....canggih tak.??? canggih tak???

Tapi tak kesampaian.....kesian tak???Huhu....

Okay...sekian dulu...
Bulan2 Ramadan ni janganlah kutuk mengutuk tak kisahlah orang kerajaan ke orang pembangkang ke...yang penting sesama jaga negara.

Jangan kutuk tau....Tak baik....dosa....

~batubersurat: masa belajar tak nak ambil sains politik...dah kerja sibuk nak berpolitik pulak~

Sunday, July 29, 2012

Terawih malam ke-10

Salam sayang semua...

Baru balik dari terawih di kuarters....sebab besok kan dah sekolah....mana boleh nak duduk Lui lama2 kan....

Kalau zaman belajar dulu bolehlah nak balik lepas sahur sebab abah hantar.

Malam ni, mak LY bagi bekal lepat segan (pisang campur pulut dan kelapa)

Ni bukti bawa moreh malam ni....

Haa....percaya kan...
Okaylah...chau dulu...nak ke rumah ke dua pulak..
 
~batubersurat: plastik tu dari Lui...tak tukar2 pun~
 

Saya dan Tadarus Quran

p/s: entri yang supersaiya panjang...rajin boleh baca...tak rajin....jangan segan2 nak klik pada X di hujung kanan google chrome anda

[start: 6: 35 pagi]
Salam 9 Ramadan..Huish...sejuknya dekat Lui ni....dah nak tahap suhu beku je LY rasa.

Hari ni nak cerita pasal tadarus sebulan sempena Ramadhan mulia ni.

Cara2 macam mana nak khatam kan Al-Quran dalam sebulan ni...

Memandangkan ramai dah yang post dekat FB tips macam mana nak habiskan 30 juz al-Quran tu dalam masa sebulan puasa...entri ni pun lebih kurang sama je dengan tips yang anda semua pernah baca, cuma ada tambahan sikit...entri ni tips untuk kaum Hawa.

Kebiasaannya, zaman sekarang rata2 guna Quran Karim...dah jarang nak jumpa Quran Majid... Quran Majid ni edisi lama...zaman mak2 kita dulu belajar guna Quran ni...kakak2 dan abang2 LY pun dulu belajar guna Quran Majid....tulisan Quran Majid complicated. Kalau tak biasa baca, memang susah....LY pun tak pandai nak baca....merangkak2 kalau guna Quran Majid...

Tapi sekarang dah senang...tulisan berkomputer yang sebaris. Font pulak tak tebal dan tak berkaligrafi. Tulisan standard macam tulisan budak2 belajar tulis jawi.

Susunan juz dalam Quran Majid pulak dah dimurnikan dalam Quran Karim yang lebih teratur dengan formula 20 muka surat bersamaan 1 juz.

Cumanya dalam Quran Karim, beberapa tanda tak di taip kerana adanya formula cara bacaan. Contoh macam huruf NUN kecil dihilangkan bila mana anda jumpa huruf berTANWIN (baris dua depan, baris dua atas, baris dua bawah) yang bertemu dengan huruf yang ada tanda mati. (Maaf, nak tunjuk contoh malas nak cari). (Cuba lihat surah al-'Alaq, ayat 2 dan 3....cuba baca dengan sambung kan kedua-dua ayat ni, huruf akhir ayat 2, Khaf tu tanwin, bertemu dengan Alif dan Khaf yang mati...kalau bacaan bersambung ayat dua 2 dan 3, huruf khaf tu hanya akan jadi baris bawah dan tambahkan huruf nun berbaris bawah dan matikan dengan khaf dalam ayat 3.) (Maaf, tak mampu nak beri contoh yang lebih baik)

Ada juga bila mana permulaan ayat tak bertanda...iaitu huruf alif. Contoh macam surah Al-'Alaq, ayat 1. Huruf pertama ALIF mati bertemu khaf. Kalau orang tak tahu mungkin akan baca AKRAK---...sedangkan bacaannya adalah IKRAK--- Untuk surah ni kebiasaannya kita memang dah tahu sebab biasa dengar....tapi untuk ayat yang kita tak hafal dan jarang2 jumpa, formulanya adalah dengan melihat kepada huruf ketiga dalam permulaan ayat tu....Jika huruf ketiga adalah berbaris atas dan bawah, maka sebutan Alif adalah baris bawah. Jika  huruf ketiga adalah baris depan, maka mulakan sebutan huruf pertama dengan baris depan juga. Senangkan. Dalam ayat 1 surah al-Alaq tu, huruf ketiganya adalah RA baris atas. Baca, sebutan Alif adalah baris bawah. Yang orang tahu,  Alif mati bertemu Lam....ambil contoh mudah, surah al-Fatihah ayat 2....Bacaan adalah alif berbaris atas...Alhamdulillah...

Bila baca guna Quran Karim, LY selalu perhatikan, ramai yang masih tak berapa tahu macam mana nak bacakan 2 masalah dekat atas. Terutama sekali masa LY semak bacaan nenek2 dan makcik2 baca. Dah puas LY terangkan, masih ada lagi yang lupa. Mungkin juga LY yang tak pandai ajar. Huhu...Kalau anda baca Quran edisi Majid, semua huruf dan tanda ni memang ada.

Okay...matlamat asal dah tersasar...dari nak cerita pasal tips, dah cerita pasal quran pulak....apa2 pun sekarang ni, memang kena kenal dulu dengan Quran...kalau salah baca nanti tak dapat pahala.

Ni tips2 untuk kaum hawa supaya lebih mudah nak habiskan 30 Juz ayat Al-Quran dalam masa sebulan. Mula2 niat kerana Allah. Azam kena tinggi...kalau tak kuat memang susah sikitlah.

Mulakan bacaan dari malam pertama Ramadan iaitu sebelum bermulanya puasa pertama. Habis je terawih, Teruskan bacaan dengan 1 juz. Sebabnya kita  banyak tenaga lagi. Belum fikir penat lagi. kalau tak mampu, cukup dengan 4 muka surat sahaja....

Untuk setiap solat, baca  4 muka surat paling minima.
1 Juz= 20 mukasurat
1 hari= 1 juz
30 hari= 30 juz.
20 muka surat bahagi dengan 5 kali waktu solat = 4 muka surat.

Tapi, formula ni baik untuk lelaki dan orang tua perempuan yang dah menopos.

Untuk kaum hawa yang  ada kekangan masa lebih kurang seminggu tak boleh baca.
Kita kena guna formula lain.

Formula ni perlukan pengorbanan yang super saiya....terutama orang2 yang macam LY yang super saiya jadual penuh dengan aktiviti duniawi.

Mula2 korbankan masa tengok TV drama bersiri dan saturday night movie...contoh macam CSI, drama2 Melayu dekat TV3...tak kisahlah bercorak Islamik atau tidak...yang pasti memang kena korbankan. [Jangan takut kalau tak dapat tengok...tahun depan, mesti ada ulangan masa sahur!!!!!]

Ini cara LY...
1- lepas solat Subuh baca paling kurang 6 muka surat....paling banyak boleh habis 10 muka surat. LY tak ber-make-up ke sekolah....so memang ada banyak masa waktu pagi. Habis mengaji pun sempat relaxs tengok Tv sebelum pergi sekolah.

2. Jadual cikgu tak sama setiap hari macam orang kerja pejabat....tapi 20 minit waktu rehat sangat berharga untuk solat Dhuha.... Pastikan baca paling kurang 3 muka surat lepas anda buat solat Dhuha...

3. Kalau cikgu, Zohor tu selalunya kita ambil masa dengan waktu makan tengah hari kan...maka, boleh gantikan dengan baca lagi 5 muka surat. Amalkan solat dekat sekolah...balik rumah boleh terus rehat.

4. Waktu Asar, sebelum memulakan langkah kaki dan tangan untuk memasak atau jalan di bazar, baca lagi 5 muka surat.

5. Lepas berbuka dan solat Maghrib, LY tahu ramai yang kenyangan....so bacalah paling kurang pun 3 muka surat sementara nak pergi Tarawih jemaah bagi yang suka berjemaah.

6. Lepas Tarawih, ambil tenaga dan hilangkan kehausan dengan air masak putih lebih kurang dua gelas. Sambung bacaan dengan gear yang paling laju tapi pemanduan mesti selamat agar tak terbabas. Baca lagi 5 muka surat.

7.  (6 + 3 + 5 + 5 + 3 + 6 ) = 28 muka surat....Isnin sampai Jumaat...28 x 5 hari x 3 minggu = 420 muka surat.

8. Hari Sabtu dan ahad tukarkan....Subuh = 6, Dhuha= 6 Zuhur= 6, Asar= 4, Maghrib = 3,  Isyak = 6. Total = 31 muka surat. [31 x 2 hari x 3 minggu = 186]

9. Kenapa LY buat 3 minggu punya calculation sedangkan itu bersamaan dengan 18 hari je...sedangkan kalau uzur syar'ie hanya secara purata adalah 7 hari...masih ada baki 5 hari. Baki yang selebihnya tu, apa kata tingkatkan balik tahap hafazan....manalah tahu banyak yang dah lupa...macam LY sebab banyak sangat ingat dunia sampai dah lupa surah lazim.

10. LY buat calculation macam ni, sebab nya ada hari2 yang kita tak sampai target....boleh jadi disebabkan perjalanan musafir....(semalam masa drive balik Lui, sempatlah baca 3 muka surat dekat RnR Seremban....)...persiapan untuk memasak juadah yang lebih lama dari waktu lazim untuk hari2 istimewa....persiapan hari raya...nak pasang langsir...nak kemas rumah...nak buat kuih raya...nak jahit baju raya....nak shopping raya....macam2 hal orang perempuan ni kan....huhu....samalah jugak dengan LY ni pun...

11.  Lagi satu tips, jangan amalkan gosok baju dan tudung waktu pagi sebelum pergi kerja....sebabnya anda akan buang masa....prepare siap2 baju untuk seminggu...macam LY memang gosok baju untuk sebulan terus...tak payah nak fikir2. Gantikan masa tu dengan mengaji.

12. Kalau tak mampu baca seorang diri disebabkan kurang yakin dengan tahap bacaan...tak salah cuba mengaji dalam kumpulan....baca dan semak...paling kurang 1 setengah juz untuk setiap malam. Kalau boleh buat 2 juz lagi bagus. Boleh khatam 2 kali dalam 1 bulan. (Masa zaman LY sekolah dulu, 3 kali khatam untuk 1 bulan....semua berkat kerja berpasukan...baca dan semak)

13. Kalau dalam kumpulan, jangan malu nak tegur bacaan yang salah baca...sebabnya, semua tu dikira pahala...orang yang ditegur dapat pahala baca dan pahala belajar dari kesilapan...dan orang menegur dapat pahala baca dan mengajar...masyaAllah...besarkan nikmat Allah bagi..senang2 je dapat.

14. Benda ni pun biasa juga orang buat...bila ada nak mengagumi bacaan seseorang tu, kami biasa bertakbir...ALLAH...ALLAH...masa arwah Tok Salleh hidup, kami suka lah usik....sebut ALLAH ALLAH sebab dia mengaji sangkut2 nafas pendek...(bukan sebab dia tak pandai mengaji)

15. Dalam kumpulan tadarus surau dekat rumah LY ni, kami diajarkan untuk baca bersama-sama ayat terakhir masa orang yang punya turn tu...dalam 3 kalimah terakhir...lepas tu sambung dengan lafaz takabbalallah huminna wa minkum...memang semua akan bertakbir....

16. Kajian peribadi mencatatkan setiap muka surat tu boleh baca kurang lebih dalam2 minit...kalau 20 muka surat bersaam dengan 40 minit...kira dengan masa berhenti nak tarik nafas panjang....nak telan air liur...nak minum air....masa sejam memang boleh habis 1 juz. tapi pastikan bacaan lancar dengan semua hukum tajwid mesti betul dan harakat pun kena jaga. Jangan sebab nak kejar masa, main terjah je.... (nak buat malam minggu mengaji lah dekat surau atau masjid...kalau baca dekat rumah, alamatnya drama CEREKARAMA TV3 yang akan men-SAJI kan kita...bukan mengaji]

17..solat awal waktu...pastikan Quran dekat tepi siap2..lepas baca doa boleh terus baca..

18. yang ada tafsir kecil tu, letak je dalam handbag...macam LY...memang beg edisi boleh muat anak gajah...sumbat semua benda...boring2 masa tak ada kelas, baca lah sehelai dua untuk top-up yang tak sampai target...

19 sentiasa ingat pada matlamat cabaran Ramadan...meraih pahala yang berganda setahun sekali...

20 Jangan lupa baca tafsir...kadang2 ada bacaan kita yang tersangkut...apa kata check apa sebenarnya surat cinta Allah yang kita baca tu...istighfar dan mulakan bacaan balik...kalau boleh baca tafsir semuanya lagi bagus...(LY tak kuat iman....baca tafsir SAHAJA baru sampai juz 16 untuk 11 bulan yang bukan bulan Ramadan...)

21......dah habis..

LY lagi prefer buat tadarus kumpulan...disamping boleh memperbaiki bacaan kalau ada yang terlupa, sambil tu boleh beramal dengan mengajar secara spontan...

Okaylah....sampai sini....semoga peroleh sesuatu. Jika ada yang salah tolong betulkan. LY bukan ustazah betul....ustazah part time je. Nak lebih lanjut, boleh belajar dari tuan guru atau mana2 ustaz dan ustazah yang lebih layak.

~batubersurat: LY pun dah lari dari target...dah hari ke-9, baru juz 12....ni semua sebab iman tak kuat...asyik kena seru duduk depan je.....doakan LY dapat habiskan 30 juz dalam masa sebulan ni...LY doakan anda semua terus istiqamah untuk menghabiskan bacaan tadarus anda. Ameen.....~

[finins: 9:14 pagi]

[edit: 9:21]
Tambahan: kurangkan makan luar....makan yang lebih had masa sampai kekenyangan...puasa ni adalah nak mengajar kita melupakan kelazatan dunia untuk nikmat yang lebih berkekalan di akhirat kelak.

Friday, July 27, 2012

Saya dan Ramadhan

Salam Ramadhan hari ke-7.

Selepas episod seluar jean dan gitar...hari ni nak cerita tentang Ramadhan sempena bulan yang mulia ni.

Secara peribadinya....bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat2 LY tunggu.

Bulan yang sememangnya kita perlu muliakan.

Dari kecik membawa ke besar ni, aktiviti Ramadhan LY memang superb....
Bila tak buat memang rasa sedih...menyesal....dan rasa nak undur masa balik.

Kenapa yang LY suka sangat bila bulan Ramadan ni??

Kalau nak cakap pasal puasa....hari2 dalam bulan lain pun boleh jugak puasa. Tapi LY nak cerita selain dari yang Fardu dekat sini.

Mula2 nak cerita pasal terawih.

Rumah LY betul2 sejengkal je dari surau.....masa zaman Allahyarham Atok Latif masih hidup, beduk tu betul2 bertentang dengan bilik LY.  Kalau dah ketuk tu, kompom2 lah dengarkan....kalau buat2 tak dengar....lebih baik tak payah ada telinga.

Masa zaman kecik tu jugak....dari belakang bilik LY tu, boleh lompat longkang kecik nak ke seberang belakang toilet surau...ada jalan shortcut....senang gila lah nak pergi surau....dan abah LY memang akan sentiasa potong rumput dekat situ....senang nak lalu....takut2 lah ada ular ke kan kalau rumput panjang macam lalang. Ni lah laluan nak pergi mengaji...kalau bukan bulan puasa tetap jugak pergi surau sebab mengaji Quran.

Semakin meningkat dewasa....Terawih tu memang dah jadi wajib bagi LY...kalau tak buat, rasa macam tak lengkap je hidup...huhu....

Sampai dah masuk matrik pun, tak kan sekali2 tinggalkan terawih tanpa sebab. Dekat KMPP masa 2 minggu awal tu, solat jemaah dekat tengah dataran perhimpunan...berlantaikan tar...berbumbungkan langit...minggu ketiga solat dekat surau kompel...masuk minggu last sebelum balik raya, solat dekat surau KMPP yang sedikit jauh dari blok hostel. Huhu...

Masa tu, roomate pun memang rajin pergi surau untuk jemaah...so adalah geng masa jalan kaki nak pergi surau...

Masuk U pulak, jemaah dekat surau kolej je....bukan tak nak pergi Masjid...tapi kan lebih molek kita imarah kan tempat yang lebih dekat. Huhu...Tapi masa tahun last dekat kolej, adalah beberapa kali tertinggal terawih jemaah sebab ada kelas malam. Kat kolej jugak, bulan2 puasa rajin jemaah dekat surau kolej....ber-teman dengan cikgu Suzie kadang2..


Lagi satu aktiviti sempena bulan mulia ni, aktiviti tadarus Quran....
Dari kecik, memang surau dekat rumah LY akan buat tadarus beramai2....seorang baca, yang lain semak....baca semuka surat sorang...masa zaman kecik2, dengan geng2 semua akan tadarus sampai jam 12 malam atau 1 pagi bila malam minggu dengan tak sekolah. Kami yang kebanyakkannya perempuan akan ditunggu oleh abah masing2...Seronok time ni....sambil2 mengaji, kami memperhabiskan moreh yang tak habis makan masa lepas terawih...kadang2 mak LY siap buat air panas lagi sebab lambat lagi nak habis mengaji...tahap kerajinan kami mengimarahkan malam Ramadan....selalulah dapat khatam quran lebih dari sekali... Masa allahyarhamah Ustazah Zaleha masih hidup, beliau siap sponsor bunga telur putih masa malam khatam Quran....

Sekarang ni zaman dah berbeza....kawan2 semua dah ada komitmen lain. LY sendiri pun tak sempat nak tadarus jemaah ni...harap kan balik kampung je baru boleh join venture.

Tiap kali balik kampung, rasa sayu je hati....banyak kenangan yang terpahat dekat surau semasa LY dan kawan2 membesar. Termasuk juga kenangan mengaji dengan insan2 yang dah mendahului menghadap Ilahi. Terutama sekali, Allahyarham Ustaz Haji Mat Isa dan Allahyarham Tok Salleh...semoga rahmat Allah bersama insan2 ini.

Surau Al-Jama'iah batu 23 Sungai Lui sekarang ni dah banyak perubahan. Semoga menjadi lebih baik isi jemaahnya. Manusia datang dan pergi, entahkan dapat atau tidak bersama lagi untuk Ramadhan akan datang. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Bagaimana LY mengekalkan motivasi untuk tetap berterawih sehingga hujungnya Ramadhan??? Bila kita fikir tentang pahala dan ganjaran Allah, hati kita selalunya kurang terkesan kan?? Kerana kita fikir, solat di rumah pun boleh juga dapat pahala.

Tapi, LY sentiasa mencabar diri untuk ke surau...Kalau nenek tua boleh jalan bertengkak2 untuk ke surau, kenapa LY yang muda ni tak ambil peluang turut sama meng-imarahkan surau. Kalau nenek2 yang sembahyang duduk boleh tahan nak bersimpuh untuk 11 rakaat terawih dan witir, kenapa tidak LY.

Dan ketika ini, bermukim di Lukut PD ni, ada seorang insan cacat yang kakinya pendek sebelah tetap gagah dan  gigih meng-imarahkan surau kuarters ni. Insan tu kakinya cacat pendek tiada bahagian separuh peha sehingga ke buku lali. Dia mampu untuk berdiri dan solat jemaah dari Isyak sampailah habis witir. Termasuk juga bertugas menghidangkan makanan moreh kepada jemaah. Jika insan cacat tu mampu untuk buat tu semua, kenapa LY yang sempurna kaki sama panjang ni nak skip terawih kan!!! Sangat tidak bersyukur namanya tu...

Sekian dulu sampai sini....entri pun lebih kurang lalok je kalau dibaca...almaklumlah orang puasa sahur dengan air vitagen je...huhu....akibat air Blizz housemate tertumpah masuk periuk nasi pagi tadi.

~batubersurat: Semoga bertemu keampunan dan rahmat Ilahi~

Tuesday, July 24, 2012

Sahur stylo!!

Salam sayang semua....

Ni lah makanan yang LY makan untuk sahur pagi tadi.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

stylo kan????

ringkas dan cepat hadam.

Telur ayam kampung ni lagi mahal kalau beli dekat kedai banding dengan harga telur ayam biasa.

Untunglah Abah LY ada bela ayam.....senang sikit nak dapat.

Masa zaman sekolah, ni lah sarapan pagi kalau dah boring makan nasi lemak atau roti canai.
Pagi2 subuh dah menggodek kotak tempat ayam bertelur.


Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan 1433H.
Selamat berpuasa kepada yang menunaikan kewajiban ini.
Selamat berterawih kepada yang mengimarahkan malam2 Ramadhan.
Selamat bertadarus kepada yang mencari ganjaran pahala yang tak terhingga.
Selamat bersedekah kepada mereka yang mencari keredhaan-Nya.

Dan semoga tidak lupa bayar zakat fitrah.
Huhu...tahun lepas LY bayar zakat sendiri sebab abah LY lupa dekat anak dara bujang dia yang duduk jauh dari pandangan mata beliau.

Ayuh kita kumpul pahala banyak2....semoga dipermudahkan.

Mohon maaf andai ada salah dan khilaf serta janji yang tak tertunai dan terabai.