Saturday, March 31, 2012

Luahan hati dan perasaan.

Salam takzim kepada semua pembaca blog [ya:alif:nun]....semoga semuanya di bawah rahmat dan nikmat Ilahi.

LY Nak taip entri tentang hati...nak taip tentang perasaan....
Tak payah minta permission...ni blog LY sendiri....ape de hal...tulis je lah!!!

Taaappppppiiiiiiiiiii...macam tak ada point lah pulak....

aaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggggggghhhhhhhhhh....susah rupanya nak jadi penulis....nasib baik tak pernah ada cita2 nak jadi novelis ke penulis ke. Tapi angan2 sikit tu adalah jugak!!! haha...

LY rasa macam boring dengan hidup LY sekarang ni. LY rasa je lah kan...tapi sebenarnya tak ada lah boring..,..(ayat sasau + jiwa kacau...kejap boring lepas tu tak boring plak....ngokngek!!!)

Nak merungut boring tu pun tak tahu macam mana....dekat PD ni...pergi sekolah jam 7....lepas tu balik dah jam 3...Selasa Rabu sampai rumah jam 5....rilek2 jap...mandi solat...eh...dah malam!!! lepas tu pergi rumah kak Sya...tidur sana.....bangun pagi2....balik rumah...bersiap pergi sekolah.....

Okay, LY tak boring.....jaga dan kawan dengan ibu mengandung best wooo....best dari kawan rumah sendiri.....Haaa.....LY dah tahu kenapa LY boring.....kawan rumah LY puncanya!!!!

LY ada 2 orang housemate....seorang Cina....seorang Melayu. Yang Cina tu memang dah sama2 masuk sejak dari mula LY stay dekat sini. Yang Melayu ni baru je masuk hujung tahun lepas. Housemates LY ni, kerja diorang dekat rumah ni memerap dalam bilik je.....sungguh lah LY tak paham dengan diorang....boleh dan sanggup duduk dalam bilik sempit berkurung 24/7....rimas2....takpaham2....pelik2....cuba korang bayangkan tahap keboringan LY terhadap housemate cenggitu...tak ke parah!! Nama je duduk serumah,.....tapi bercakap + berborak + bergosip + bersembang nan-hado!!! Dah macam duduk hotel je rumah LY ni....tempat persinggahan!!!

Diorang tak tahu ke yang berborak dan bersembang tu adalah salah satu terapi melepaskan tension dekat sekolah!!!! Pelik bin ajaib sungguhlah diorang tak tahu fakta tu!!! Kesian2..

Sabar2....LY tak boleh nak merungut itu ini.....LY dan housemate dari dunia berbeza. Dia dah biasa dengan dunia dia....kita dah biasa dengan dunia kita......yang penting kita kena bersyukur sebenarnya....sekurang2 nya ada jugak kawan duduk dalam rumah ni. Nak mampus duduk sorang2 rumah besar ni!!!

Kak Sya sekarang dah sarat....dah seminggu LY tak tidur sana + jaga + teman kak Sya, sebab abang Zul ada dekat PD ni. Badan memang penat....nak duduk 2 rumah dalam 1 masa. Sekejap dekat sana...sekejap dekat sini. Tapi berbaloi sebabnya ada terapi jiwa. Dengan kak Sya boleh layan sembang kencang. Boleh gosip2 pasal sekolah.....pasal jiran2....pasal life. LY tak perlu nak keluar tengok wayang, window shopping ke, lepak mall ke untuk release tension....cukuplah ada orang teman borak. Tu sudah lebih dari cukup. Sebab tu lah kalau boleh nak balik rumah tiap2 minggu. Boleh borak2 dengan sista2.....dan layan Ada bercakap. Huuuhuuu...heaven!!!

Okaylah, tu je luahan hati dan perasaan jiwa ni.....mula2 ingat nak taip entri melepak seketika dengan Cikgu Katy ....dia bukak website niiiiiii......Kalau korang klik jangan gelak tau......hahaha....

~batubersurat: malas nak masak...makan megi je lah malam ni~

Thursday, March 29, 2012

Kembali-wajah baru

Weeiiiiiiiiwwwwwwwwwwiiiiiiiiiitttt
Boring2 online nak daftar SPM tak dapat2....menggodek tukar pamplet dan layout....
Okay tak???
Grunge tak???
Rock tak???
Hahaha.....mambang dah rasuk!!!

Saturday, March 24, 2012

Tamat Riwayat

Maka dengan rasminya tamatlah riwayat sang James Bond C902 yang sungguh berjasa kepada tuannya.

Hanya kata TerimaKasih yang tak terhingga buat kamu sayangku C902.


Untuk hampir setahun lebih C902 berkhidmat dalam keadaan yang pelik dan berkhidmat setia walau orang lain asyik kutuk2.

C902 jadi macam ni masa hari pertama menetap dekat PD 26/12/2010.
Mula2 retak skrin je....lepas tu retak sampai jadi macam kat dalam gambar kat atas tu.
[skrin pecah dalam...luar tak pecah pun]

Dua bulan lepas, masih boleh lagi nak cari nama dalam fon, baca dan hantar mesej walaupun lambat...tapi hari ni....dah tak boleh baca dah.

Yang jadi sayang sangat nak tukar tu sebab kamera still boleh fungsi macam biasa....bunyi semua okay lagi...

Tapi, akhirnya LY kena mengalah untuk menghentikan khidmat C902.
Mengalah sebab nak baca mesej penting tak dapat. Jangankan nak baca....nak tahu dari siapa pun susah....

Sekarang ni dah tukar fon baru...dan masalah besar terjadi bila semua contact number tak ada dalam simcard. Sebabnya masa setting C902 dulu, semua nombor dah transfer dalam fon C902. Sekarang simcard dah kosong dengan nombor fon. Padan muka LY!!!
Nasib baik hafal nombor Datin Azizah dan mama Arisa. Yang lain hancur...
[cube korang imagine camne nak baca nama dengan nombor fon kan....nak transfer gune bluetooth pun tak tahu nak tekan mana]

Fon biasa2 je LY beli....bukan Samsung SII....bukan iPhone4S....bukan Nokia Lumia...bukan mana2 tablet....
Pakai fon canggih2 pun bukan ada yang nak ajak sembang kencang.

~batubersurat: SPM sekolah tak daftar lagi....tulis blog rajin plak~

Friday, March 23, 2012

Gaji Bulan ni.....

Disebabkan Wak Jako  punya tempat simpanan barang besar....LY ada rasa macam nak pecut ke pasaraya TF untuk beli papan carom!!!!

Rembat buat peneman waktu boring.

Jangan Bersedih Wahai Hati

[copy from blog diarihati.com ]
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

[letak batu atas kepala sendiri]

Thursday, March 22, 2012

Kecewa dan terus kecewa

  • kredit tinggal 20 sen.
  • C902 dah nazak.
  • gaji kena potong 1600 !!!!!
  • kawan lari.
  • budak makin kuang ajaq!!!

~batubersurat:  wahai hidayah dan semangat....datanglah menghujani diri hamba yang lemah ini.

Wednesday, March 21, 2012

Marah dan marah

Aku memang lemah dan kalah dengan sifat marah.
Marah selalu menang tiap kali bertandang dalam diri aku.

Hari ni, aku ketuk2 meja guna kayu meja yang dah  patah sampai telinga budak boleh pekak.
Aku jatuhkan meja dekat lantai sampai pecah.
Aku cengkam mulut budak yang tak reti diam.
Aku sua gunting dekat mulut budak yang bising tu.
Aku tarik rambut budak sampai nak tercabut kulit kepala.
Aku cubit telinga sampai nak berdarah.

Marah memang beraja dalam diri aku. Nak2 lagi bila hormon tak stabil. Jiwa aku lost!!!! Pagi2 bangun tidur, semangat berkobar2. tapi baru masuk 1 kelas, mood aku hilang dan terbang bersama dengan habuk lori yang lalu lalang depan sekolah ni.

Aku nak mencarut!!!!!
Yang bawah ni korang jangan baca!!!

Celllllllllllllllllllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkaaaaaaaaaaaaaa
SIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaalllllllllllllllllll
Gaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmppppppppaaaaaaaaaangggg
Tooooolllllllllllloooooooooooooolllllllllllllllllll
Badiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiigooooooooooooolllllllllllll

Tuesday, March 13, 2012

A road to be Remember

Salam takzim.
Tajuk jiwang tak???
Aicheche....

Ok...tajuk tak ada kena mengena kot dengan cerita ni.

Sebenarnya cerita ni agak ketinggalan berbanding kawan2 yang lain. Cerita pasal urusan jual beli kereta. Kawan2 lain semua dah umur setahun kereta diorang. LY je yang sangat2 ketinggalan.

LY nak start dari awal....dari impian dan angan2 masa kecil sampai semuanya jadi kenyataan.  (Kenyataanlah sangat...hahahha)

Abah LY dulu kerja driver lori Majlis Daerah Hulu Langat (sekarang dah upgrade jadi Majlis Perbandaran Kajang)....dan bila bawak lori tu, LY pun selalu jugalah terjebak untuk jadi penumpang setia lori kerajaan yang besar kedabak tu. Syoookkk wooo naik lori...tapi yang sebenarnya syok naik kenderaan tinggi. Dari kecil dah biasa naik kenderaan tinggi...

Dah besar sikit, ada jiran LY yang pakai Jeep. Tuan Haji Adnan...ni bukan je jiran, tapi merangkap kawan juga ni... Suka naik jeep dia....stereng dia besar gila...tapi beliau dah jual jeep dia tu.

Start dari sinilah pasang angan2 nak ada jeep atau pajero sebijik...

Masa ambil lesen dengan Pak Din..dia jemput dan hantar balik rumah dari belajar kereta naik Storm....keterujaan naik kereta besar yang lebih spesifik diletak dalam keluarga SUV atau 4x4 ni LY memang rasa semacam. Rasa macam dekat kayangan je duduk dalam SUV ni. (memang melampau punya perasaan...belum ada kerja dah berangan lebih)


Bila dah kerja, hajat memang untuk simpan duit sambung study memandangkan buat master tak lama dan kos yuran pun boleh tanggung sendiri. Atau mungkin nak beli tanah atau rumah...tapi disebabkan kekangan tugas yang memerlukan kenderaan untuk bergerak sana sini, maka LY buat keputusan untuk beli kereta dulu.

Tapi semua yang LY nak LY tak mampu....Haha...LY angan2 nak beli Mitshubishi Pajero sebijik...



Bila dah puas fikir sampai bulan 6 cenggitu, hajat nak sambar Grand Livina je lah....tapi hold dulu masa bulan Jun 2011 tu sebab tak ada rasa2 nak beli kereta lagi. Masa ni kawan2 (coursemate UPM) lain semua dah sambar Proton Saga, Persona dan kebanyakan yang lain dah pakai MyVi sebijik termasuklah blogger Enhear yang baru masuk kerja bulan 2 2011.

Pencarian dan survey masih diteruskan...tapi masih belum ada ura2 untuk kemana2 show room yang terdekat dalam PD tu. Kak Sya ada juga provok untuk sambar Vios....tapi LY tak minat.

Hari2 cakap nak ambil grand livina...grand livina....grand livina...sampai semua pun naik bosan kot...ye lah, cakap je lebih...tapi show room yang sejengkal dari rumah (PD) pun tak pergi. Tapi berkat cakap hari2 yang dah umpama doa tu, di pertunjukkan jalan yang mudah masa bulan September 2011. Masa ni masih lagi dalam mood raya. Masa tu beli barang dekat TF dengan kak Sha...depan tu ada show car...and...it was grand Livina ok....with the one... a new version of Livina.

Ya Allah...love at first sight. It's AAAAAAAAAssssssss----YOOOOOOOOOuuuuuuuuu-VVVVVVVVyyyyyyy (baca SUV dengan rasa excited).

Untuk kesekian tahunnya lesen kereta terperuk dalam dompet, hari tu LY dengan berani test drive. Parking lot TF memang besar. Habis pusing 1 parking lot tu. Terbaik....kali terakhir bawa kereta rasanya 2 tahun sebelum tu. Tu pun antara rumah dengan rumah Aunty Fauziah yang jarak dalam 2 km.

Balik je rumah, terus google. Kereta tu baru launching dekat Malaysia 2 hari. Pergghhhh2....kereta tu dah lama wujud. Versi 1.5L dekat luar negara je. Dan dalam Malaysia ada 500 unit yang dalam stok.

LY tak ambil masa lama untuk fikir. Uncle Nissan Tan Chong Motor PD tu pun ada lah calling2 tanya "mau angkat ka???"

Hujung minggu bulan 9 2011 tu LY balik Lui dengan pamplet. Bincang dengan along LY. Mak abah pun tak kisah kalau LY mampu. Then balik PD balik. Next week tu, LY turun Bangi hari Sabtu...pergi kedai Nissan...jumpa Miss Lucy Liew yang comel dan banyak mulut tu. (Sorry Uncle Nissan PD, tak ambil dengan lu itu kereta). Settle borang itu ini, LY pilih warna grey. Next week tu Lucy mesej, kata kereta mungkin tak ada stok warna grey. Tapi LY kata LY boleh tunggu. Tapi penungguan yang amat menyeksakan sehingga pergi dan balik Langkawi hujung bulan 10 2011 tu masih belum ada berita gembira.

Masa tu semua dah tahu, rahsia yang along simpan kitorang pergi kedai Tan Chong Motor pun dah terbongkar. Hahaha...tunggu dan tunggu lagi...terseksa woooo...

Orang asyik dok perli2 je...kalau kat sekolah, yang suka perli Bad dengan Abadi. Kat rumah mak abah ni, kak ngah LY asyik perli je. Sampai 1 tahap, orang lain suruh cancel kan order tu.  Dah lah suruh cancel 1 hal, ada ke patut diorang suruh pergi ambil MyVy atau Viva....Nooo...no...no....kalau nak suruh LY pakai Myvi or Viva, dari awal tahun lagi LY dah pergi order gamaknya.

Ada pulak tu masa hujung bulan 12 cenggitu, along LY suruh ambil Kia Forte.
 



Dalam hati, dari ambil Forte, baik ambil Kia Sportage je....SUV jugak....lagi besar.Awal bulan Januari 2012....Lucy call..ada stok warna oren....grey memang tak ada. Tapi LY let go...tak nak lah oren...LY nak grey. Masalah Tan Chong dari masa LY order dulu tu ialah, kilang sparepart besar dekat Bangkok tergendala sebab Bangkok kan banjir dari bulan 10 tu.

Setelah berbulan lamanya, LY pun dah boring menunggu. Duit pun asyik pergi joli je. Siap beli TV flat skrin untuk mak LY lagi. LY call Lucy, ada apa2 kaler lepas ni bagi LY je. Yang Lucy cuba dapatkan tu yang stok 500 yang awal dulu tu lah...nak tunggu stok baru memang tak ada.

Sehingga akhirnya....Lucy berjaya dapatkan sebijik untuk LY. 10 Feb 2012. Sekali lagi turun Bangi dengan along LY. Settle sign agreement dan bayar 10%. 15 Feb 2012...Lucy suruh datang ambil kereta. Dan disebabkan LY bersekolah, sekali lagi khidmat Along LY diperlukan.

Dan petang, masa Maghrib tu, Wak No-Gear terpacak depan kuarters guru Lukut. Along LY punya kejam...dia suruh LY parking dekat tempat parking yang agak sempit abang Khalid buatkan untuk LY. Dah lah LY ni lama tak mem-parking kereta. Sekali dapat yang besar montel ni....berpeluh2 nak memparking...kalau sekali tak apa, ni sampai dua kali kena paksa. Malu gila bila kawan2 kuarters tengok.

Dan bila kena hidup seorang diri dekat perantauan...Tak ada abah yang boleh tolong ajar. Tak ada along yang boleh tengok2kan. Tak ada adik2 yang boleh kena paksa teman atau suruh buat kerja senang bawa kereta, parking kereta ni....memang susah mula2...semua kena belajar sendiri.

10 hari Wak No-Gear hidup dekat PD....petang2 bawa jalan pekan PD nak mahirkan balik skill memandu yang hampir luput di ingatan. Dan Sabtu hujung bulan 2 tu, LY berani2 gajah redah PD-Lukut-Seremban-Serdang dan akhir sekali sampai dekat Lui dengan berjaya. YYYYYeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaahhhhhhhaaaaaaaa.....Sebelum ni LY memang tak pernah bawa kereta luar dari kawasan Lui. Dan ada seorang makcik ni, suka memperlekehkan LY kata LY ni penakut bawak kereta dan bangga gila anak dia boleh bawak kereta jauh2 pergi pekan dan highway sampai Johor nun. Tapi dalam hati LY yang membara ni kutuk jugak untuk melegakan hati sendiri. "Anak makcik bawa kereta orang..bukannya kereta sendiri pun.". Huhu...

Dan disebabkan rasa tak puas hati tu, LY rasa macam malas nak pelawa makcik tu naik Wak No-Gear. (Unsur2 sifat dendam ni harus dikikis...)
Dan masa balik weekend tu, makcik2 yang suka kutuk LY tak berani bawak kereta, LY hon kan. Haaammmmmmmmmeeeeeeeekkkk kauuu... (unsur riak terdapat di sini...tapi cepat2 dibuang dengan memberi senyuman sebagai sedekah)

Dan hari ni, Wak No-Gear dah umur sebulan. (Ikut tarikh pasang no.plat kereta dan tinted percuma Tan Chong bagi)....Disebabkan LY ni memang ada sikit sifat banyak songeh...no plat pun minta bagi percuma dari Lucy. Ye lah kan...lama tu tunggu. Kalau ikut nafsu yang sebenarnya, memang nak membazir duit lagi seriban untuk beli nombor plat 3 angka...tapi dah hari tu LY beli TV untuk mak LY, kira larilah bajet sikit. Ni nasib Lucy bagi free.

Berbaloi tunggu lama...walaupun tak dapat warna idaman...tapi yang brilliant white ni kira okaylah. Cantik juga apa....TAPI siapa yang pentingkan hiasan dalaman kereta, mungkin tak pilih kereta ni. Sebabnya tak lawa pun. Lawa lagi interior Vios G dan Persona H-Line yang fully leather.  Wak No-Gear tak canggih pun...cumanya kat sini, LY nak ulang balik bahawasanya, LY pencinta SUV. Dan ini je yang LY mampu. Dan sememangnya LY penakut untuk bawak kereta kecil. Bukan nak memperlekeh..tapi dah hakikat....memang takut nak bawak kereta kecil. Atau lebih tepat kereta rendah. Bagilah kereta sport Fairlady ke...ferrari ke...dah namanya rendah, memanglah rasanya LY tak akan bawak.

Walaupun LY bawak kereta masih huru hara dan takut2....tapi disebabkan oleh  keyakinan bawak SUV tu lain dari bawak sedan...tu yang rasa confident untuk travel seorang diri Lui-Serdang-PD yang berjarak 100 km. Lain2 kena tingkatkan lagi skill yang ada.

Original gambar Wak No-Gear tak dapat nak upload sebab kabel fon tak ada. So tengoklah Wak No-Gear dari datuk Goggle..
 

Panggil Wak sebabnya no plat KL....mula2 nak ambil plat selangor. Tapi LY terlewat seminggu. Bajet boleh lah dapat BLN1502...sekali Lucy bagi tau, dah running BLN8***... tak bolehlah nak patah balik ke angka 1. Kalau dapat BLN memang kena bagi nama Brader je ...barulah rasa macam brader2 bawak SUV ni....huhuhuhu....

Dah panjang sangat karangan MUET ni...so kena stop dulu. 

~batubersurat:  ehhh.....vanilla coklat episod last la...

Monday, March 12, 2012

Kenduri dan kenduri Lagi

Salam takzim.
Hari nak share cerita bab2 kenduri.

Memandangkan mak abah LY nak buat kenduri LAGI pada Ahad ni, LY nak cerita sikit pengalaman LY ber-kenduri.

Sepanjang LY hidup 25 tahun ni, dah macam2 kenduri yang LY tempuh. Seingat LY dari umur 5 ke 6 tahun dah biasa dengan kenduri besar a.k.a kenduri kahwin. Masa kecik2 tu, kenduri pakcik2 LY kahwin. Bukan sorang tapi 3 orang. Tu semua lain2 masa. Masa dulu tak tahu apa2....menyibuk je la masa kenduri ni. Zaman hingusan...rambut pun haru biru sebab suka gunting rambut sendiri masa kecik. Yang seronoknya tahap jakun bila dapat kumpul sepupu yang havoc2. Masa kecil main sekaki tapi dah besar, nan-hado mesranya. Buat hal masing2.

Setiap tahun, yang tak pernah tinggal adalah party (doa selamat kecil) masa 1 Januari. Ataupun masa bulan 4. Sebabnya masa ni ramai yang sambut birthday. So buatlah makan2 sikit.


Dari kecil sampai membawa ke besar ni, LY dah tempuh 7 kenduri kahwin yang dibuat dekat rumah LY ni. 3 orang pakcik LY, 4 lagi kakak2 dan abang2 LY. Kenduri penat wooo...nak2 lagi kenduri yang terakhir masa kakak LY a.k.a mama Arissa dulu. Nak tercabut lutut kaki.

Kenduri kecil2 macam kenduri kesyukuran...kenduri bertunang...kenduri nak puasa...kenduri masa raya (chop....open house sikit je)...kenduri nak bersunat...kenduri lenggang perut....kenduri cukur jambul dan aqiqah. Maaaaaaaakkkkkkk Aiiiihhhhh....banyak gila kenduri dekat rumah buruk ni. Nostalgia sungguh. Walaupun rumah buruk, tak lawa ...bukan banglo mozek import, tetap juga murah rezeki orang datang jejak kaki nak baca doa dan Yasin.

Kenduri ni senang je nak handle sebenarnya. Mula2 sekali kena cari tarikh yang sesuai... Family LY memang akan cari tarikh yang orang kampung lain tak ada buat kenduri pada tarikh yang sama. Nak mudah cerita, kenalah bergaul dengan orang kampung. Khabar2 buat kenduri kena share, bukan nak kecoh ke haper...atau jaga tepi kain orang pasal orang lain punya kenduri...tapi kebaikannya, kita tak nak orang yang kita jemput tu nanti menghadapi kesukaran untuk memilih kenduri mana nak kena pergi.

Lepas tu, biasanya kami adik beradik akan berdiskusi tentang menu. Kenduri sebelum2 ni memanglah mak abah LY punya keputusan. tapi untuk 7 tahun kebelakangan ni, kami adik beradik dah ambil alih. Tapi keputusan tetap masih lagi pada mak abah. Mengikut pengalaman dalam 7-8 tahun punya menu ni, memang macam2 idea muncul. Nak2 lagi, idea dari kakngah LY yang memang akan ikut selera tekak dia. Menu biasanya simple tapi yang jarang orang buat atau dalam masa terdekat 3 atau 4 bulan sebelum tu rumah kenduri lain tak ada buat. Kitorang menggunakan konsep "arrggghhh...jemu lah menu sama je macam kenduri rumah orang lain"

Next, edar surat atau jemput orang secara lisan. Bab ni kepakaran LY. Mahunya tak, dari kecil, yang tukang edar surat LY punya kerja. Sebelum pandai bawa motor, umur 8-11 tahun dulu, bagi surat kayuh basikal. Penat...tapi dah mak suruh tolong, kenalah buat. Kira LY ni berbakatlah jadi posmen. dah besar ni pun, kerja menyeraikan jemputan pun LY lagi yang buat. Nak harap adik2 LY, memang MALEH!!!! Siapa punya genetik diorang dapat LY pun tak tahu. Disebabkan mak LY pun dah tua, dia pun kurang ingat orang. So, LY kenalah bertindak sebagai PA. Untuk kali ni, kenduri aqiqah je kita jemput mana yang penting je. So LY akan senaraikan nama2 yang penting je lah. Nak tulis jemputan dalam kampung ni kena ada skill. LY biasanya akan tulis ikut zon kawasan rumah masing2. Tulis dari kawasan ulu membawa ke hilir. Nama susun ikut rumah, nanti tak adalah tercerai berai, kejap kat hulu, kejap kat hilir. Kan dah susah masa nak edar surat nanti.

Kalau kenduri kahwin, orang biasanya bawak kad lebih pergi mana2. Tapi ada 1 hal yang LY nak share kat sini. Abah LY pun biasanya bawa kad dalam motor dia. Tapi dia tak bagi kat orang pun bila dia jumpa. Tapi bila kenduri, orang datang ramai pulak tu. Bila kita tanya, dia cakap, abah LY jemput lisan sambil2 pergi pasar, sambil2 minum dekat kedai kopi, sambil2 salam masa dekat masjid. Perghhh...memang power abah LY ni. Salute nazi lah dengan abah.

Next, bahagi2 tugas kalau de kenduri2 kecil. Jangan nak mengelat. Jangan nak menyusahkan orang. Kalau ada plan nak buat rendang, kerisik kena settle-kan dulu. Kalau nak buat tempoyak, ikan bilis kena bagi bersih dulu. Memang kita akan jemput orang tolong, tapi sekarang ni, kami adik2 beradik perempuan dah besar panjang, boleh buat sikit2 dulu. Tak sampai hati nak suruh makcik2 yang baya2 mak LY atau mungkin lebih tua buat kerja teruk2 tu. (kerja yang melenguhkan sebab duduk lama sangat)

Dulu2, kena sediakan pinggan mangkuk. Kena keluarkan dari rak semua pinggan kaca mak LY tu. Pastu bersihkan. Tapi part ni, kami selalu lupa, almaklumlah sebab kerja senang. Benda2 lain, kena bagi letak tempat yang orang senang ambil macam, jug, cawan, senduk, sudip besi kayu panjang pendek...semua2 yang nak guna masa kendurilah....termasuklah tapis nak buat teh!!!Tapi sekarang senang, sewa je pinggan plastik.Kesian barang2 mak LY yang jadi antik tu.

Next, apa lagi ek...penatlah....dah macam tulis karangan SPM dh ni.

Stop dulu lah...ni je kot yang boleh share....lain2 tu, macam biasa je. Tak ada yang spesial...yang penting, kenduri tu nak mengeratkan silaturrahim sesama jiran dan sedara.

Ni ada sikit gambar masa kenduri malam tahunabaru/ annyversary mak abah ke-33/ birthday abang ijal.

Bajet buat makan2 jemput jiran terdekat je. tapi, dah namanya kenduri rumah Mak Ndak dan Pak Ndak (mak abah LY)....Diorang selamber je rempuh dan tempuh. Dan kami terima dengan hati terbuka.

rumah kecik je...

 -LY yang jadi flow manager masa event ni....so kena kawal yang lain jangan curi tulang-


-ni baru kenduri waktu malam...belum kenduri siang lagi parah-
- masa kenduri arwah nenek n aqiqah tahun lepas dan bufday arissa yg 1st-
-sabtu de potong kek dan lembu, yang baju belang tu along LY-
-ahad kenduri: abah LY yang baju melayu depan ni-

 -gmbar kiri atas masa kenduri ahad-
-gambar tepi tu kakak ipar sulong LY dan mama Arissa tengah bungkus untuk tetamu jemputan....masa tu kan masak lembu...so kita bagi2 lah sorang sikit-
-gambar bawah- adik LY, Sabri tengaj kacau daging masa malam sebelum kenduri-

Kenduri ni perlukan kesabaran dan kerjasama yang tinggi. Sistem komunikasi mesti jelas. Tak boleh acuh2....nanti banyak benda yang tergugat...nak2 lagi kalau bab barang tak cukup. Dah banyak LY pergi tolong kenduri rumah jiran atau sedara mara, mesti bab barang tak cukup yang paling jadi masalah utama. So, bukan nak cakap kita ni perfect, tapi kalau buat kenduri tu, kita cuba kurangkan masalah yang bakal timbul.

Okaylah, dah nak maghrib. Stop dulu. Daaa...

~batubersurat: tak sabar nak jumpa Izzan Haq~


Sunday, March 11, 2012

Plan Cuti Setengah Penggal 1

Salam takzim dan salam penuh kasih sayang kepada makhluk ciptaan Allah yang sempurna.

Ni plan cuti LY.

Sabtu - Tidur petang...no need to watch panggung Sabtu dekat TV3....main2 dengan Arissa...gosip2 dengan adik beradik.... [done]

Ahad - bangun lambat [tak berjaya, lepas Subuh terus tak boleh tidur....golek2 dengan cuaca sejuk ni pun tak mahu juga lelap.....ni yang update status ni]....hari ni melepak ....tunggu Arissa dan Ada datang...

Isnin - bangun lambat....mandi lambat [air Lui sejuk sangat nak mandi pagi2]....jalan2 rumah Nana...gosip atau mungkin nak main scrabble agak2 2 atau tiga jam sampai petang....

Selasa - nak jalan ke pasar Kemboja dengan mama Arissa....nak cari kain Kemboja...mama Arissa kata kain diorang murah....

Rabu - siapkan pendaftaran SPM...

Khamis - Siapkan maklumat SMM kelas 1 Nilam.

Jumat - get ready dengan kenduri hari Ahad nanti....rebus ikan nak buat laksa....ni adik kecik LY yang nak...

Sabtu - potong lembu dekat ulu lepas zohor... malam masak rendang

Ahad - Kenduri aqiqah keluarga dan marhaban Muhammad Izzan Haq Md Rizal...petang gegas balik PD...

Setakat ni tu je plan cuti...mungkin jugak kena selitkan dengan kemas rumah...adek Anem LY ni pemalas nak kemas rumah....melepak dekat kebun cili Sabri...mandi Gabai dengan Nana kalau hari panas....kayuh basikal petang kalau rajin....

Nak suruh mak LY masak bubur jagung...buat cekodok pisang.....buat lepat ubi...menikmati pemandangan Lui yang hijau permai untuk release tension yang banyak kerja dan terapi jiwa yang bergolak macam kapal Jack Sparrow terbalik dekat laut bergelombang.

Okay...tu je...nak pergi cari makan kejap...nak basuh baju dulu....[tapi tak nak mandi sebab sejuk]

~batubersurat: home sweet home ( '_' )

Friday, March 9, 2012

Cuti datang lagi....yeeehhhaaa...

Salam takzim. Selamat bercuti kepada diri sendiri yang dah rupa macam makcik Senah kepenatan basuh baju dekat sungai.

Waktu ni...LY masih lagi dekat PD. Belum balik kampung lagi. Memandangkan nak cuti lama, makanya LY kena ambil masa sedikit membuat beberapa urusan penting yang melibatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup selepas habis cuti nanti.

Checklist yang terawal dari semua yang terpenting adalah, menanda semua kertas exam. Kertas Matematik 1 Mutiara yang tak bersinar dah siap....Sains 1 Permata yang malap dah siap....Amalan Bahasa Melayu Peralihan Berlian yang pudar dah siap....Sains 2 Delima yang terover berkhasiat dah siap. Sedikit cuak dengan result 2 Delima yang hampir separuh kelas dapat A, seorang je tersesat  dapat 50%...yang lain semua atas 55%....soalan setara peringkat PPD-PD yang terlalu senang ni menyesakkan nafas LY untuk menghadapi exam pertengahan tahun nanti. Di buatnya soalan susah masa exam bulan 5 nanti...result budak menjunam jatuh...habislah LY nak kena buat report.... Dan sesuatu yang mendukacitakan, skrip jawapan Matematik 1 Nilam hilang. Cikgu yang jaga exam tu kata dah masukkan dalam kotak pengumpulan. Tapi dah 2 hari LY cari...tak juga jumpa...dah tanya cikgu2 lain, diorang tak ada pulak ambil. Haaaaaissssssssssshhh...takut ni....Kalau nak kena buat re-test, memang LY akan suruh cikgu Khatijah tu settlekan semuanya. Penat tu LY buat soalan, staple soalan...last2 hilang. Memang LY akan meng-hangin je lah nanti.

Perkara kedua dalam carta.....sapu rumah dan mop lantai. Hari bekerja yang asyik balik jam 5 petang kalah kerani majlis daerah menyebabkan keadaan rumah tunggang langgang bagai kapal Jack Sparrow karam dilautan lumpur. Rambut2 yang beserakan, sisa pemadam pensil dan kertas2 yang direnyuk di hapuskan. Kemudian proses mengemop lantai dijalankan dengan jayanya.

Next, kemas dapur.....mengelap dinding yang berminyak akibat projek masak2 dari tukang masak amatur....bersihkan sink termasuk dalam package tajaan bersihkan dapur ni...dah siap berkilat, pinggan mangkuk  cawan kuali dan yang sewaktun dengannya dikeringkan di tempat lain sebab nak buang air yang bertakung dekat rak pinggan. Sebagai makhluk Allah yang penakut, LY amat2 takut kalau2 terdapat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah ni....Rak dah settle, pinggan je belum lap...nanti malam sikitlah LY buat.

Next, buang sampah dan semua sisa makanan yang boleh mendatangkan mudarat seperti pembiakan telur lalat....Start petang tadi, dah tak boleh nak masak2 lagi kecuali masak air.

Seterusnya....buku2 disusun....mana yang nak baca sebagai bekalan cuti di masukkan ke dalam beg. Kerusi meja makan belum kemas lagi...kejap lagilah kemas...tak pun kemas balik cuti nanti....huhuuuu....

Next...yang akan dibuat selepas solat Isyak nanti, adalah projek menyeterika baju kurung murung sarung sebanyak 20 pasang untuk stok 4 minggu. Atau mungkin untuk 3 minggu je sebab hari Sabtu kadang2 pun ada sekolah. Haaaaaaaaaaaaiiiiisssssshhhhhhhh.

DAAAAAAAAAAAAAANnnnnn pabila Esok, before balik, kena pastikan semua baju dekat penyidai angkat masuk dalam bilik. Kalau tak kering sidai dalam rumah. Kena check toilet kalau2 ada air bertakung...tong2 kena clearkan dan telangkup. Kunci air. Lampu dapur kena buka. Barang2 penting di bawa. Kunci pintu. Balik Lui....

~batubersurat: merancang aktiviti semasa cuti~

Wednesday, March 7, 2012

Apa yang kami cikgu cikgi ni sibuk sangat

Salam takzim.

Ramai yang kata kerja cikgu senang...tapi hakikatnya kami menanggung beban orang atasan yang terlalu bijak mentadbir.

Ni antara kerja2 awal tahun yang ter-over sibuk di alami oleh seorang guru kelas atau mungkin guru data atau mungkin guru SMM.
ni lah yang dinamakan SMM...sistem maklumat menteri murid

maklumat2 ni cikgu dapat dari borang yang murid isi....cikgu akan transfer masuk SMM ni...masalah yang cikgu2 hadapi adalah borang tak lengkap...maklumat tak jelas....dah tu orang atasan desak cikgu2 suruh siapkan...bila kita kata budak yang tak hantar...diorang suruh kita desak murid bagi...dah tu kita ni dah tak ada kerja lain ke nak kejar budak minta itu minta ini...

ingat cikgu ni robot ke apa....boleh tekan butang replay selalu....cikgu2 ni pun manusia biasa juga...selalu juga lupa...dah bila lupa...memang akan jadi lambatlah siapkan benda ni. kalau dapat kelas depan tu, memang lah senang minta dengan budak...cuba korang minta kelas hujung tengok...kelas yang tak tahu baca...kelas yang tahu apa2 benda yang dalam borang tu minta....
Kan semua tu meng-aniaya masa cikgu nak siapkan...dah lah mengajar sehari sampai 8 waktu....dah tu masa rehat pun nak suruh cikgu2 buat kerja2 kerani macam ni....memang lambatlah siap....kalau bawa balik rumah kerja2 ni, lebih baik tidur je dekat sekolah..pindah terus...tukar alamat nama sekolah...

orang atasan ni memang senang buat keputusan...kaji itu kaji ini...buat software bombastik itu ini....tapi yang menanggung kerja cikgu2...bukan kerani2 PPD..bukan kerani JPN...bukan pegawai PPD...bukan pegawai JPN...bukan orang dekat kementerian sinun tu hah yang buat....

nak isi borang ni, bukan sekejap...kadang2 tu sampai sejam hanya untuk 3 borang/maklumat murid...bayangkan nak siapkan 1 kelas yang dalam 35-45 orang....darab lah dengan masa yang cikgu ada dalam sehari....dapat buat 1 dalam sehari pun kira dah bersyukur...

nampak dalam gambar dekat atas macam sikit je kan...tapi cuba kalau mengadap sistem ni...bawah2 tu kena isi lagi macam ni...
ni baru part bapa...belum part ibu...tanggungan...

kepada adik2 yang berminat nak jadi cikgu...rentikan je lah hajat tu...cari kerja lain....jadi kerani pun lagi best...duduk kerusi empuk...ada aircond lagi....dari kulit tinted gagak boleh jadi putih salju..

Sekian kisah hidup cikgu alaf baru yang dah tunggang terbalik.

~batubersurat: ni baru kerja Hal Ehwal Murid...belum kerja Akademik dan Ko-kurikulum....perasaan yang LY alami sekarang ni macam kena tembak dengan kentut orang perut boroi......puuuiiiihhh~

Sunday, March 4, 2012

Saya dan saya dan saya lagi

Salam takzim.

Nak update...nak update...nak update
Tapi idea dah tercampak jauh dekat laut Port Dickson ni. Atau  mungkin tersangkut di Sungai Pak Mail di Lukut ni....

Friday, March 2, 2012

Sibuk sibuk sibuk dan sibuk lagi

Salam takzim.
Sibuk betul owner blog ni....sampai dah naik lumut kat sini.

Lately, kerja macam bertimbun2....sampai kadang2 tu nak buang air pun kena tangguh dulu.
Tapi...sibuk2 pun sempat juga nak online....hahhaha.....

Kerja yang pelik2 lah cikgu sekarang ni buat.
SMM lah...SAPS la....nak isi maklumat itu lah...inilah....
Yang peliknya tu, menteri2 tu nak buat apa???
Statistik apa yang diorang nak buat entah.
Nak kata pendidikan kat Malaysia ni maju sangat tak adalah pon.

Korang agak2 kat Indonesia, Filipina, Thailand ada ke SMM dengan SAPS ni semua....diorang maju je aku tengok. Lagi maju ada lah sistem pendidikan diorang.

Actually nak merepek...nak maki hamun...nak marah2,....tapi tak terkeluar pulak perkataan2 yang nak di luahkan.
Tak apalah simpan je lah dalam hati.

Dah2....jom rehat....esok nak kena jadi pengadil untuk game bola jaring. Kalau LY tak meng-update apa2 status esok, maknanya  LY mengalami sindrom kepenatan terlajak~

~batubersurat: counting for holiday~