Thursday, October 13, 2011

Keperluan atau Kehendak??

AKU DILEMA!!

Ingat lagi masa tahun 2 kat UPM dulu....masa ada kem AJK kolej kat Tiara Beach resort PD tajaan UPM. Ada satu sesi tu....MTK (Majlis Tertinggi Kolej) KOSASS (Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah) minta pendapat pasal nak menaiktarafkan atau masalah yang ada dekat KOSASS.

Masa tu budak lelaki sibuk nak minta apa ke bendanya entah...LY pun tak ingat...yang pasti LY punya cadangan masa tu kan... LY cakap dengan selamba tenuk nya "Kita kena bezakan antara keperluan dan nafsu"...masa tu penghuni lelaki dekat KOSASS tak puas hati pasal apa LY tak ingat. Yang pasti pada pendapat LY masa tu, benda tu tak perlu pun sedangkan diorang sendiri boleh menggunakan apa yang sedia ada dengan baik dan cermat. LY pesan memang manusia ni sifatnya tak pernah puas....sebab tu nak mintak yang lebih2.

TAPI SEKARANG ni....LY ada masalah pasal nak beli kereta.
Keperluan ke atau kehendak hati sekarang ni?????????

Dilema oh dilema....kenapa mesti menghantui diri ini.
Tak boleh ke menghantui diri orang lain.
Cuba lah kau hantu kat orang yang dah lama kerja ke.....kenapa mesti nak hantu-hantukan aku. Takut tahu tak???

Zaman belajar dulu, tak pernah pun terniat nak ada kereta sendiri bawak pergi kelas. Almaklumlah sedar diri. Dan masa tu, kereta memang bukan keperluan. Makanya tak pernah meminta dihadiahkan sebiji kereta. Walaupun masa tu layak je nak minta....sebabnya abang dengan Sabri pernah dapat motor sebijik untuk kemudahan belajar. Boleh je minta dengan menggunakan kaedah ugutan dan psiko. Haha....tapi LY relax je nak ke hulu ke hilir naik bas. Syok pe.....cuci mata tengok budak kolej lain.

Sekarang ni....dah kerja. Mula-mula tak pikir pun nak beli kereta dalam masa terdekat ni. Almaklumlah nak kukuhkan institusi kewangan sendiri. LY ni nama je belajar matematik tinggi. Tapi ilmu ekonomi 5% pun tak ada. Kalau orang kelentong pasal ekonomi memang LY percayalah agaknya.



Dilema...pergilah kacau orang lain...jangan kacau aku.
Aku benci tau...

Boleh tak nak tampal dekat meja dalam bilik guru atau buat tag nama yang liminate tu tulis "SAYA TAK ADA KERETA....JANGAN SURUH SAYA PERGI KURSUS....JANGAN SURUH SAYA BAWAK BUDAK PERGI PERTANDINGAN....JANGAN SURUH SAYA JADI PENGAWAS DEKAT SEKOLAH YANG JAUH-JAUH....JANGAN SURUH SAYA PERGI MEETING LUAR DARI SEKOLAH....SAYA OKAY JADI CIKGU DUDUK KAT SEKOLAH SAMPAI HABIS WAKTU PNP"

Boleh kan....boleh kan.....lepas tu letak tanda peringatn dekat meja kerani...meja pengetua...meja GPK dan Ketua Bidang.

Kenapalah keadaan suka mendesak kita buat keputusan yang kita belum nak putuskan lagi.
Baru bercita-cita nak beli rumah dulu!!!! Ermmmmmmmmmm...............


Bila tengok kawan-kawan ada kereta...memanglah rasa cam seronok dah boleh merayau bila-bila nak.....tapi yang jadi masalahnya...LY bukan kaki merayau pun. Cukuplah setakat nak pergi Giant atau TF nak beli lauk-lauk untuk dimasak.

Haish...payah tau tak nak buat keputusan antara hidup dan mati ni.

~batubersurat: bahagiakan ibu bapa tu kan lagi baik.....hold dulu niat nak sambung belajar....ada rezeki, fight untuk scholarship....~

Monday, October 10, 2011

Wishlist end of year!!



Okay...LY tau, korang gelak kan!!!!!!!!!!!!
1 ---- kalkulator yang LY gune dari zaman matrik kehabisan bateri 2 bulan lepas habis praktikal (Jun 2010)....sampai sekarang tak berganti bateri....dah banyak kali bawak dalam beg ingat nak pergi tukar bateri dekat kedai buku Chip Lee Kajang nun....tapi memanjang je tak berkesempatan...ingat nak pergi beli dekat Popular bila sampai Seremban tapi asyik malas je....sekarang ni buat Matematik Form 1 takdelah guna kalkulator...tu yang asyik tangguh nak beli baru or tukar bateri....harap hujung tahun ni LY tak adalah lupa nak buat benda ni.

2 ----- benda ni kecik je sebenarnya.....tapi tu lah kan...kalau dah ditakdirkan tak jadi tetap juga bendanya tak jadi....bila balik kampung tu, ingat nak suruh mak jahit kan apron...tapi sampai dah nak balik, tak tercakap pun kat Datin A. Bila sampai Giant...asyik terlupa je nak ambil benda alah tu...alamatnya sampai ke sudah lah tiap kali masak habis baju LY terpercik sana sini....kuang2....

3 ----- speaker besar??? benda ni tak logik nak beli...tapi...dah namanya nafsu kan....ni angan2 je.... LY letak Aqua dekat ruang tamu...pintu bilik kuarters ni dah lah jenis kedap bunyi....so bila LY bukak radio ASTRO dan duduk dalam bilik, bunyi tu sayup2 je dengar....tambah-tambah lagi bila tengah mandi...atau basuh baju dalam toilet...membazir je bukak radio kat Aqua tu....so...tu yang LY nak beli speaker lepas tu letak dalam bilik....sambung wayar cucuk kat TV....biar bergegar bilik!!!! hahaha....(cuti sekolah nanti nak ajak abang Ogos pergi cari!!!! hehehehe)

4 ----- blender...oh blender....semenjak kebelakangan ini (ayat SPM A1)...rajin bebenar LY nak masak...ye lah...siapa larat nak makan luar kan...dah lah nak kena bersiap bertudung bagai...nak kena pergi kedai yang jauh pulak...dah tu kena tunggu lagi....macam2 hal...tu belum lagi kalau bila ada dapat yang tak seperti di minta.... sekarang ni lesung batu tu memang dah ada...dan tiap kali balik, akan blender cili, bawang merah dan bawang putih dari kampung dulu....cukuplah bekal nak masak untuk seminggu....dah sekarang ni, balik kampung pun jarang....tak larat den nak menumbuk tu hah....tu pasal next target nak beli BLENDER PHILIP tu!!! kihkih.....
5 ---- peti ais....peti ais National Datin A yang umur lebih 10 tahun dah overload....ade ke patut dia letak balang tempoyak sampai 6 dalam peti ais tu....dah tu nak sumbat barang2 lain lagi macam mana??? dah lah Datin A suka sangat masak....banyak ooo barang beliau....setelah bertanya pendapat kakak2 LY...maka hadiah sempena genap kerja setahun ni adalah nak beli PETI AIS yang dua pintu!!! yang boleh sumbat orang sekali dalam tu......kihkih....
agak2 panas hati nanti...boleh lah LY landing dalam tu sekali...hehehhe....

Sekian saja wishlist sebelum berakhirnya 2011 nanti.
Semoga dipermudahkan segala urusannya.

~batubersurat: LANGKAWI-famili trip- 26-29/2011....can't wait!!!~

Monday, October 3, 2011

Pakwe baru I

Salam sayang.

Lately ni kan....ada lah seorang makhluk Allah tu kan....suka sangat memprovok kata LY ni ada kawan baru la.....chat dengan kawan baru la....makhluk Allah tu suka sangat tuduh yang bukan2 kat LY ni....
Benci...benci...BENCI TAU TAK?????????????????

Untuk pengetahuan umum, memang sekarang ni LY ada pakwe baru pun....kepada makhluk tu....siapa suruh merajuk kan....padanlah muka..... LY cari pakwe lain.

Kepada pembaca yang LY sayang...meh tengok sikit pakwe baru LY ni....
|||||||||||||||||
|||||||||||||||||
||||||||||||||||
|||||||||||||||
|||||||||||||||


||||||||||||||||||||
||||||||||||||||||
||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||
|||||||||||||||||||
||||||||||||||||||
||||||||||||||||||
||||||||||||||||||||
 
|||||||||||||||



Inilah dia pakwe baru LY.
Ganas tak???
Siap ada duri2 lagi....orang asyik nak sakitkan hati kita je kan....sekarang ni dah dapat pakwe macam ni...tak adalah sakit hati lagi....sakit tangan je kalau terlebih belai.
huhuhuhu.....

Nilah teman berborak di waktu sepi....
Nilah teman waktu makan sorang2 di malam hari.....
Nilah kawan peneman mengadap laptop sambil buat soalan exam.

LY sayang sama kamu....zikir untuk LY banyak2.

~batu bersurat: korang abaikan je balang kerepek raya, sos thai dan meja tak berlapik tu...hehehehe....hope u'll pown ade peneman diwaktu sepi~

Sunday, October 2, 2011

Info Cukai

Salam sayang semua.

Tetibakan hari ni LY bermurah hati nak kongsi ilmu pasal cukai. 
Memandangkan sekarang ni LY dah kerja, maka kenalah ambil tahu hal2 yang macam ni.
Dulu pun tak tahu jugak pe benda cukai ni...sebut macam senang je kan.
Tapi bila dengar orang lain bercerita macam payah je nak buat.

Selalu orang  sebut income tax (cukai pendapatan).
Selalu orang mengeluh pasal nak bayar cukai ni. 
Yelahkan, kita penat2 kerja, lepas tu kena bayar atau bagi duit dekat kerajaan kita pulak.

LY bukanlah nak bersikap menyokong kerajaan BN yang mengamalkan sistem cukai ni.
Tapi sebenarnya....mengikut tahap keilmuan yang sedikit ni.
Kerajaan MALAYSIA memang SAH untuk mengenakan cukai pada mereka yang LAYAK!!!
Sebabnya.....dalam Islam sendiri ada sistem cukai. Cuma dalam bahasa ARAB atau istilah ISLAMIC-nya kita sebut sebagai ZAKAT.
*dalam Islam banyak jenis zakat yang korang kena kaji...contoh macam zakat emas, zakat pertanian, zakat penternakan etc)

Korang mesti tahukan apa yang dibuat dengan duit zakat. Mesti korang semua dah tahukan apa fungsi sistem zakat dalam Islam. Zaman sekolah rendah dan menengah kan dah belajar.
Secara ringkasnya, sistem zakat ini adalah untuk memberi perlindungan kepada orang2 yang tak mampu seperti, anak2 yatim, orang miskin atau fakir, amil2 dan beberapa kategori asnaf yang lain. (maaf tak ingat siapa lagi yang layak...hehehe)

Samalah jugak dengan sistem cukai yang ada dekat Malaysia ni....memandangkan kita ni hidup dalam masyarakat majmuk yang berbagai agama dan anutan beserta dengan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Tak salahlah kita nak guna kosa kata CUKAI. Takkanlah nak guna kosa kata TASSA (Itali) atau CANACH (Irish) atau BUWIS (Filipina) kat Malaysia ni kan. Maksudnya sama je...CUKAI jugak...cuma sebutan je lain2. Kalau ikut kefahaman sejarah LY lah kan. Cukai ni masa zaman Nabi dulu kita sebut sebagai JIZYAH iaitu wang perlindungan. Siapa yang bagi JIZYAH ni...tentulah orang yang BUKAN ISLAM masa zaman Rasulullah dulu yang berlindung bawah kerajaan Islam di Madinah pada masa tu. 
*kalau salah tolong betulkan

Mengikut kefahaman2 kat atas tu, maka janganlah korang yang baru kerja ni rasa nak memberontak pasal kena taksir cukai untuk tahun2 akan datang ni. Faham dulu kepentingannya. Korang jangan takutlah kalau kena bayar duit dekat kerajaan atau lebih tepat lagi kena bayar dekat LEMBAGA!!! Korang jangan takut sebab LEMBAGA ni tak makan korang sampai jadi zombi pun. LEMBAGA ni ambil apa yang dia nak je...iaitu DUIT korang. Lembaga Hasil lah katakan!!!!!! :)

Bagi yang beragama Islam, pasti tahukan hukum bayar zakat macam mana. Pasti tahu hakikat bahawa harta dan wang yang kita punya tu, bukan hak mutlak kita. Ada bahagian orang lain dalam nikmat kita. Zakat tu wajib, sedekah tu sunat. Kepada yang terlebih mampu, digalakkan sedekah. Besar balasan yang Allah janjikan untuk kita. Semua yang Allah perintahkan ada kebaikannya. Jika balasannya bukan di dunia, pasti akan ada di akhirat kelak.


Kita mesti tertanya2 kan. Apa yang LEMBAGA tu nak buat dengan duit yang diorang ambil dari pembayar cukai tu. Mengikut amalan dan ilmu LY lah kan.....hasil2 kutipan cukai tulah yang menjadi sebahagian dari sumber pendapatan negara untuk menanggung kos perbelanjaan rumah2 kebajikan, penjara, klinik2, hospital2, sekolah2, mahkamah. Atau lebih tepat lagi, mana2 tempat yang korang pergi menggunakan sistem free atau membayar dengan harga yang berpatutan. Contoh bayar RM1 dekat klinik kerajaan.

Cenggitulah sikit pasal apa yang diorang buat dengan duit cukai yang dikutip. Mesti korang pernah dengar ada yang marah2 bila kerajaan buat bangunan pencakar langitlah....bangunan itulah...bangunan inilah...semua marah sebab bangunan tu dibuat menggunakan duit rakyat. Tapi sebenarnyalahkan....lepas bangunan2 tu siap, siapa yang kerja dalam bangunan tu??? Tak ke orang yang gaji dia layak bayar cukai??? Kalau korang tak percaya, cuba tanya kat pekerja2 Petronas tu. Berapa cukai diorang bayar. Kalau seorang je bayar purata RM3000 seorang, bayangkan kalau satu bangunan tu bayar cukai. Maka duit tu akan di rolling balik untuk hal2 negara. Sebab tu apa2 bangunan yang nak dibuat kena dibentangkan dalam kabinet. Tak adalah kerajaan nak buat benda2 yang tak mendatangkan faedah. 
(orang yang dulu marah buat bangunan pelik2 kat Malaysia ni, pergi jugak tempat2 tu kan....dah tu siap bayar cukai hiburanlah sebulan dekat 4 kali sebab tengok wayang....beli barang mahal2 padahal kat tempat lain boleh dapat harga murah...ahahha...rakyat Malaysia ni suka emo kan???)

Pada mereka yang suka melenting tu, rajin2 lah cari ilmu. Kalau ilmu LY ni salah, tolong betulkan. LY pun manusia biasa jugak! Benda yang bukan bidang kita, kita akan jadi bodoh. 
Mungkin korang tertanya2 siapa yang kena bayar cukai?. Jawapannya, jika gaji melebihi RM 2209 setiap bulan, maka LAYAK dikenakan cukai pendapatan. 
*kena cukup setahun kerja dulu.

Untuk lebih tepat lagi meh kita rujuk kenyataan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."

Secara ringkas, kalau gaji bulan tu atas RM2209. Patutlah bayar cukai. 
Kalau korang takut sangat nak bayar duit cukai. Ada beberapa kaedah yang membolehkan korang tak payah bayar cukai atau bayar sikit je dekat LEMBAGA tu.

Ingat tips2 kat bawah ni. Kalau korang memang dah buat teruskan tapi dengan syarat, mesti SISTEMATIK dan SIMPAN SEMUA BAHAN BUKTI.


  1. Beli Insuran/takaful pendidikan, pengurangan cukai individu untuk individu bagi yang mencarum atau membeli insuran/takaful pendidikan adalah RM3000.
  2. Fail tax yang berasingan bagi yang dah berkahwin (tak apply untuk orang bujang setiap individu layak untuk pelepasan cukai sebanyak RM8000 per file.
  3. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.
  4. Tukar status benefit dari majikan kepada cash reimbursement. Contohnya, allowance pengangkutan, allowance parking..ditukar kepada claim basis yg disertakan dengan resit. buatlah arrangement dgn majikan tentang perkara ini.
  5. Derma kepada badan2 kebajikan spt MAKNA, wakaf (badan kebajikan berdaftar)
  6. Lanjutkan pelajaran untuk dewasa postgraduate.
  7. Beli buku/majalah/journal. Pelepasan cukai untuk item ini ialah RM1000 per individu. Kepada Paan, Ana, Yana, Anis, Suzie dan siapa2 yang suka beli novel,  simpan la resit tu ek. (tampal dalam satu buku macam aku....hehehehe)
  8. Beli barangan sukan. Pelepasan cukai utk ini ialah RM300
  9. Beli insuran hayat/takaful keluarga. Pelepasan cukai untuk ini ialah RM6000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk dgn takaful education. Maka, pisahkan antara takaful education dengan life insurance. Selalunya life insurance tidak menyumbang sangat sebab kita telah mempunyai caruman KWSP. Bagus untuk mereka yang kerja sendiri dan tidak mempunyai caruman KWSP.
  10. Bayarlah bayaran perubatan untuk ibu bapa. Sebarang bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.
  11. Buat medical check up (mendapat pelepasan cukai sebanyak RM500 per individu)/sekiranya menghadapi penyakit yang kritikal memerlukan peralatan sokongan, mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5000 (seperti terpaksa memakai kerusi roda etc).
  12. Bayar Zakat pendapatan/zakat fitrah. Bagi majikan yang tidak ada potongan zakat pendapatan tetapi membuat potongan cukai berjadual sahaja. Yang ni tak ada limit, zakat pendapatan pun memang kita kena bayar kan jadi tak ada la terbeban sangat.
  13. Beli komputer setiap 3 tahun mendapat pelepasan cukai RM3000 (3 tahun sekali sahaja)
  14. Beli hartanah yang bernilai RM250k dan ke bawah, pelepasan cukai sebanyak RM2000 bagi property yang bernilai RM250k.
  15. Melabur dlm REIT(yang ni aku tak tahu)

Sekian je, untuk kemudahan dan kesenangan bersama kelak. Huhu....

Teringat cerita zaman kegemilangan pemerintahan ISLAM di ARAB, (maaf..tak ingat zaman siapa yang jadi pemerintah)....duit ZAKAT/CUKAI yang dikumpulkan TAK DAPAT dibahagikan kerana TAK ADA seorang pun yang miskin dan fakir dalam negara tu. Sehinggakan pemerintah tu terpaksa menyuruh menterinya mencari golongan asnaf yang layak menerima zakat dan bantuan di negara luar. Subhanallah.....pastinya masa zaman tu, walaupun menjadi pekerja bawahan, gaji yang mereka dapat pasti tinggi sehingga layak membayar zakat/cukai.

Maka, rakyat Malaysia....ayuh kita mengubah sikap.

Kalau rasa beban sangat nak bayar cukai tu, pergi bayar zakat pada yang Islam, yang agama lain, pergi buat derma. Kurang2 kan tengok wayang dan makan di restoran segera sebabnya boleh lah kita jimat duit dan tak membantu pihak asing membayar cukai untuk diri diorang(peringatan untuk diri sendiri).

Contoh, sebenarnya TGV kena bayar cukai hiburan dekat kerajaan Malaysia, tapi diorang ni pandai, diorang naikkan harga tiket dan letak kat tiket tu cukai hiburan=RM2. Korang bayangkan, kalau 1 movie  = 200 orang yang tengok. Dah berapa duit cukai diorang save. Tu belum darab dengan berapa kali movie tu dirollingkan. Peh2....jimat sungguh mereka2 tu.

Dan untuk korang yang suka pergi tengok wayang, bayangkan seminggu pergi sekali, sebulan dah 4 kali. 4 kali darab dengan 12 bulan. Dah 48 kali. 48 tu kalau korang darab dengan RM2. Dah RM96. Tambah tolak dengan belanja makan dekat wayang yang ada juga cukainya, sebenarnya habislah dalam kurang lebih RM200. Kalau RM 200 tu buat pergi derma dekat masjid ada juga pahalanya kan. Kalau pergi tengok wayang, dapat seronok je.

Buatlah benda2 atau perkara2 yang mendatangkan faedah.
*info lanjut boleh tanya dekat LHDN

Sekian....selamat berhujung minggu.

~batubersurat: LY baru beli rak buku mini yang kedua.....huhuhuhuhuhu...)