Salam sayang semua.
Entri ini ciplakan dari blog Sekamar Rindu
1. Susunan badan anda sebagai wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak menyebabkan wanita itu berperasaan yang keras, mudah terpengaruh dengan peristiwa suka, duka, khuatir dan sebagainya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yang lebih kuat pada wanita adalah sesuai untuk mendidik anak-anak.
(patutlah emak LY kuat emo!!!!)
2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada kepala lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan sedangkan pada wanita lebih banyak kekecohan tidak menentu.
(patutlah cik Jijah suka sangat nak membebel bila anak-anak beliau buat hal)
3. Perasaan wanita jauh lebih lemah dan mudah tersentuh, sensitif , jenis jiwa dan mahu dibelai dimanja.
(patutlah cik Jijah suka sangat nak menangis....sikit-sikit keluar air mata....benda happy pun beliau nangis)
4. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak. Dagingnya lemah, hujungan dagingnya lembut dan penghujung uratnya juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.
(patutlah selalu sangat luka bila ter-over garu....nipis tu normal rupanya)
5. Tulang wanita terutama tulang dada dan punggung adalah berlainan daripada lelaki. Kejadian tulang ini agak menyulitkan wanita berjalan mengakibatkan wanita berjalan dengan cara dan lenggok tertentu.
(Along LY complain kenapa anak perempuan dia yang umur 1 tahun 4 bulan tu dah pandai jalan lenggang lengguk....ooohhhhh...sebab ni rupanya)
6. Angota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita didapati banyak mengandungi lemak dan lebih sejuk.
Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya yang lebih subur.
(bila LY nak ada lemak ni....)
8. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambutnya boleh tumbuh dengan panjang dan lebat sebagai pasangan kepada akalnya yang "pendek".
(sekarang ni sudah rambut pendek!!!)
9. Wanita mempunyai sifat yang suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghias dirinya untuk mendapat pujian. Oleh itu wanita yang solehah adalah lebih baik dipilih menjadi bakal isteri agar sifat sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.
(errrmmmm......cenggitu)
10. Wanita akan melakukan apa sahaja kerana perasaan sayangnya kepada suami dan anaknya. Perasaan ini biasanya perlu dinasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu memanjakan anak atau terlalu mengambil berat tentang hal ehwal suami yang membuatkan suami berasa kurang senang. Namun pihak suami kenalah faham bahawa semua yang dilakukan itu dilakukan atas perasaan sayang.
(patutlah anak-anak buah suka manja dengan maktam diorang....hehehehe)
~batubersurat: esok Isnin....selamat beribadah~
1 comment:
i love my wife ;)
Post a Comment