Monday, September 19, 2011

Sekolah kena ceroboH

Salam sayang readers [ya:alif:nun]

Minggu baru.....minggu ke-34 persekolahan.

Starting minggu yang sangat menarik bila pagi2 sebelum azan subuh lagi LY dah terjaga. Ni berkat tidur yang terlebih sempena cuti Hari Malaysia.

Masuk sekolah pagi ni.....ada benda havoc yang semua orang dok kalut2.

Bilik guru 1 kena ceroboh....peh..peh...peh....
Berselerak tempat2 cikgu....barang2 dalam laci semua kena selongkar...

Kejadian jadi Sabtu malam Ahad....kes ceroboh ni sebenarnya nak cari duit je...
Komputer, soalan2 exam tak adalah pulak nak kena curi....

Dan.........yang terpenting sekali, bilik guru disiplin tak kena hack. Nasib baik....kalau tak, naya je pagi2 hari dah nak kena mengemas...dan kalau jadi kat bilik disiplin...naya plus plus sebabnya LY tertinggal duit dalam laci....RM 190 tu.

Cerita2 cikgu kat sini, benda ni memang pernahlah jadi kat sini....
Teringatlah pulak pasal kes curi dekat kuarters ni.

Sepanjang 9 bulan tinggal dekat sini, ada 1 kes pecah masuk rumah dan 1 kes curi motor.
Takut jugak dengar....tapi hari2 kena tawakal. Harap sangat2 blok B tak jadi apa2....memandangkan blok ni penuh dan letak kat bahagian tengah.....so tak adalah takut sangat. Cuma malam2 tu kena pastikan tingkap dan pintu dah kunci.

Kes pecah masuk ni kalau buka cerita memang lagi seram dari dengar bunyi guli melantun dari rumah atas....takpun ada bunyi2 pelik dari rumah atas. Almaklumlah, tapak kuarters ni bekas kem Jepun...

Sampai sini dulu...kisah sekolah kena ceroboh....gambar nanti2lah ye...kabel USB main sorok2 hari ni.

~batubersurat: homesick.....essay assignment induksi sudah nak sampai ending~

No comments: