Salam sayang semua.
Tetibakan hari ni LY bermurah hati nak kongsi ilmu pasal cukai.
Memandangkan sekarang ni LY dah kerja, maka kenalah ambil tahu hal2 yang macam ni.
Dulu pun tak tahu jugak pe benda cukai ni...sebut macam senang je kan.
Tapi bila dengar orang lain bercerita macam payah je nak buat.
Selalu orang sebut income tax (cukai pendapatan).
Selalu orang mengeluh pasal nak bayar cukai ni.
Yelahkan, kita penat2 kerja, lepas tu kena bayar atau bagi duit dekat kerajaan kita pulak.
LY bukanlah nak bersikap menyokong kerajaan BN yang mengamalkan sistem cukai ni.
Tapi sebenarnya....mengikut tahap keilmuan yang sedikit ni.
Kerajaan MALAYSIA memang SAH untuk mengenakan cukai pada mereka yang LAYAK!!!
Sebabnya.....dalam Islam sendiri ada sistem cukai. Cuma dalam bahasa ARAB atau istilah ISLAMIC-nya kita sebut sebagai ZAKAT.
*dalam Islam banyak jenis zakat yang korang kena kaji...contoh macam zakat emas, zakat pertanian, zakat penternakan etc)
Korang mesti tahukan apa yang dibuat dengan duit zakat. Mesti korang semua dah tahukan apa fungsi sistem zakat dalam Islam. Zaman sekolah rendah dan menengah kan dah belajar.
Secara ringkasnya, sistem zakat ini adalah untuk memberi perlindungan kepada orang2 yang tak mampu seperti, anak2 yatim, orang miskin atau fakir, amil2 dan beberapa kategori asnaf yang lain. (maaf tak ingat siapa lagi yang layak...hehehe)
Samalah jugak dengan sistem cukai yang ada dekat Malaysia ni....memandangkan kita ni hidup dalam masyarakat majmuk yang berbagai agama dan anutan beserta dengan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Tak salahlah kita nak guna kosa kata CUKAI. Takkanlah nak guna kosa kata TASSA (Itali) atau CANACH (Irish) atau BUWIS (Filipina) kat Malaysia ni kan. Maksudnya sama je...CUKAI jugak...cuma sebutan je lain2. Kalau ikut kefahaman sejarah LY lah kan. Cukai ni masa zaman Nabi dulu kita sebut sebagai JIZYAH iaitu wang perlindungan. Siapa yang bagi JIZYAH ni...tentulah orang yang BUKAN ISLAM masa zaman Rasulullah dulu yang berlindung bawah kerajaan Islam di Madinah pada masa tu.
*kalau salah tolong betulkan
Mengikut kefahaman2 kat atas tu, maka janganlah korang yang baru kerja ni rasa nak memberontak pasal kena taksir cukai untuk tahun2 akan datang ni. Faham dulu kepentingannya. Korang jangan takutlah kalau kena bayar duit dekat kerajaan atau lebih tepat lagi kena bayar dekat LEMBAGA!!! Korang jangan takut sebab LEMBAGA ni tak makan korang sampai jadi zombi pun. LEMBAGA ni ambil apa yang dia nak je...iaitu DUIT korang. Lembaga Hasil lah katakan!!!!!! :)
Bagi yang beragama Islam, pasti tahukan hukum bayar zakat macam mana. Pasti tahu hakikat bahawa harta dan wang yang kita punya tu, bukan hak mutlak kita. Ada bahagian orang lain dalam nikmat kita. Zakat tu wajib, sedekah tu sunat. Kepada yang terlebih mampu, digalakkan sedekah. Besar balasan yang Allah janjikan untuk kita. Semua yang Allah perintahkan ada kebaikannya. Jika balasannya bukan di dunia, pasti akan ada di akhirat kelak.
Kita mesti tertanya2 kan. Apa yang LEMBAGA tu nak buat dengan duit yang diorang ambil dari pembayar cukai tu. Mengikut amalan dan ilmu LY lah kan.....hasil2 kutipan cukai tulah yang menjadi sebahagian dari sumber pendapatan negara untuk menanggung kos perbelanjaan rumah2 kebajikan, penjara, klinik2, hospital2, sekolah2, mahkamah. Atau lebih tepat lagi, mana2 tempat yang korang pergi menggunakan sistem free atau membayar dengan harga yang berpatutan. Contoh bayar RM1 dekat klinik kerajaan.
Cenggitulah sikit pasal apa yang diorang buat dengan duit cukai yang dikutip. Mesti korang pernah dengar ada yang marah2 bila kerajaan buat bangunan pencakar langitlah....bangunan itulah...bangunan inilah...semua marah sebab bangunan tu dibuat menggunakan duit rakyat. Tapi sebenarnyalahkan....lepas bangunan2 tu siap, siapa yang kerja dalam bangunan tu??? Tak ke orang yang gaji dia layak bayar cukai??? Kalau korang tak percaya, cuba tanya kat pekerja2 Petronas tu. Berapa cukai diorang bayar. Kalau seorang je bayar purata RM3000 seorang, bayangkan kalau satu bangunan tu bayar cukai. Maka duit tu akan di rolling balik untuk hal2 negara. Sebab tu apa2 bangunan yang nak dibuat kena dibentangkan dalam kabinet. Tak adalah kerajaan nak buat benda2 yang tak mendatangkan faedah.
(orang yang dulu marah buat bangunan pelik2 kat Malaysia ni, pergi jugak tempat2 tu kan....dah tu siap bayar cukai hiburanlah sebulan dekat 4 kali sebab tengok wayang....beli barang mahal2 padahal kat tempat lain boleh dapat harga murah...ahahha...rakyat Malaysia ni suka emo kan???)
Pada mereka yang suka melenting tu, rajin2 lah cari ilmu. Kalau ilmu LY ni salah, tolong betulkan. LY pun manusia biasa jugak! Benda yang bukan bidang kita, kita akan jadi bodoh.
Mungkin korang tertanya2 siapa yang kena bayar cukai?. Jawapannya, jika gaji melebihi RM 2209 setiap bulan, maka LAYAK dikenakan cukai pendapatan.
*kena cukup setahun kerja dulu.
Untuk lebih tepat lagi meh kita rujuk kenyataan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)
"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."
"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."
1 comment:
info yang menarik..baru saya tau yg kalau beli nvel, mjlh leh simpan resit..thanks2..
Post a Comment