Saturday, July 2, 2011

Kasih sayang dan ilmu itu juga ujian.

Salam sayang semua.
Sudah sekian lama tidak menaip di alam blog ini.
Kesibukan yang dilanda dan melanda serta yang pasti bukannya Belanda amat mencengkam jiwa.

Payah rupanya menjadi guru. Sukar rupanya menjadi guru. Itu belum kira menjadi pendidik. Belum masuk jadi kaunselor. Belum kira jadi tukang sapu ubat, pembekal pad, pembebel, dan pemukul berjaya. Banyak pula rungutan yang sering diomel asal pulang dari sekolah. Itu tak kena. Ini tak kena. Woooo....apa cer ni. Bukan ke ini jalan pilihan hidup 4 5 tahun dulu masa pilih course untuk ke universiti???

Bersungut itu ini.....tak suka itu...tak suka ini....benci buat itu...benci buat ni....macam2 kan.
Tapi begitulah hakikat kehidupan. Fitrah manusia. Nafsunya sering di depan mendahului akal.

Pejam celik pejam celik....Jun dah pergi dan berlalu. Dah setengah tahun mengajar. Performance diri rasanya masih belum mencapai 20% pun. Kerja rasa macam main-main. Ada waktunya kerja tak ikhlas. Ada waktunya kerja itu bukan lagi ibadah. Ada waktunya kerja itu semata-mata nak isi masa dari terbuang atau lebih tepat  jadi penganggur.

Di mana silapnya. Di mana kurangnya. Motivasi diri rasanya setakat sampai pintu pemisah antara kuarters dan sekolah saja. Masih jauh jurang di antara realiti seorang guru dan jiwa seorang pendidik yang memberi pengetahuan untuk dijadikan ilmu masa depan kepada muridnya.

Episod semalam, Jumaat (1 Julai). Program Tiga penjuru yang dianjurkan sekolah. Sedikit terkesan juga di hati yang semakin kering untuk menyampaikan ilmu. Dengan keputusan murid yang sungguh mengecewakan ibu bapa telah membuka mata ini. Sadis dan tragis.

Tak bertanggungjawabkah diri ini dengan kelas 1 Mutiara. Apa akan terjadi dengan masa depan setiap satu di antara mereka. Apa jawapan di akhirat kelak dengan tanggungjawab yang telah diri ini laksanakan.

Ya Allah.....sudah jauh aku melangkah. Sudah jauh aku tinggalkan. Sudah banyak yang aku jurangkan. Sudah banyak masa yang dibazirkan.

Umur yang diberi masih belum cukup rasanya bersyukur dengan setiap nikmat rahim dan rahmat-Nya. Masih belum ikhlas dengan setiap pemberian rezeki yang diberi.
Diri ini masih jauh untuk memuji dan berterima kasih kepada-Nya.

Sepanjang jalan hidup ini, sesuatu yang paling berharga dan belum pernah diri ini tandus adalah kasih sayang. Di waktu ini, usia 24 tahun 5 bulan, masih lagi punya mak abah. Masih punya abang kakak dan adik. Di beri kesempatan pula berkasih sayang dengan anak-anak buah. Kasih sayang menjadikan diri ini alpa dengan kehidupan orang lain.

Kasih sayang menjadikan diri ini 'sombong' pada orang lain. Kasih sayang yang Allah beri ini sebenarnya menguji sejauh mana diri ini bersyukur dengan rahmatnya.

'Sombong' itu bukannya tidak mahu berkawan. Tapi 'sombong' itu kerana diri ini tidak pernah meletakkan situasi orang lain dalam kehidupan ini. Jauh rupanya diri ini dengan ilmu kehidupan berbanding anak-anak di Lukut ini.

Ada ketikanya mulut ini terlalu lancang marah budak dengan kata-kata kesat.
"Mak bapak awak tak ajar adap sopan ke??"
"Awak ni dengan mak bapak pun selalu kurang ajar?? Sebab tu dengan cikgu-cikgu pun awak kurang ajar?"

Sering kali lidah bermain kata dengan menggunakan nama MAK BAPAK. Niat dihati memang mahu mengajar. Tapi amarah itu adalah kawannya syaitan. Belum pasti marah itu dapat memberi pengajaran.  Masih belum ada jiwa seorang guru dan pendidik dalam jiwa ini. Masih kurang ilmu tentang latar belakang setiap anak murid. Masih jauh diri ini untuk kenal makna sabar. Makna prihatin. Terlalu jauh.

Latar belakang mereka jauh dari apa yang boleh dibayangkan. Ketika sekolah dulu, rata-rata rakan masih punya mak ayah. Jika yatim pun, hanya salah satu diantara mereka. Dan itu hakikat kehidupan yang LY boleh terima kerana along dan kakngah LY sendiri anak yatim. Tetapi penghidupan mereka masih sempurna kerana masih punya wali dari sebelah arwah bapa mereka serta juga abah sebagai ayah tiri.

Tapi di sini, Allah tunjukkan kisah penghidupan yang berbeza. Kematian bapak atau mak sesuatu yang biasa. Di sini, kisah mak atau ayah yang menyisihkan anak adalah biasa. Kisah pelajar bekerja untuk sara hidup perkara biasa. Baru sahaja tingkatan 1, sudah ada tanggung jawab menanti. Bukan satu kerja yang dibuat. Tapi ada yang boleh bekerja di dua tempat sekali gus. Waktu cuti di habiskan dengan kerja. Petang atau malam bekerja. Di sekolah hanyalah tempat tidur melepaskan penat.

Hidup LY dan mereka jauh berbeza. Sukar rasanya meneruskan tugas ini. Celupar sungguh mulut ini bila mengatakan saya tak suka nak ajar awak semua. Kerana mungkin LY seorang yang menganggap semua orang punya peluang untuk berjaya. Tetapi LY lupa dengan pemboleh ubah yang menjadi penghalang kejayaan. LY lupa pada hukum karma. LY lupa pada qada dan qadar Ilahi itu tertulis di Loh Mahfuz. Bukannya di tangan LY. LY hanya sebagai hamba. LY lupa pada tugas seorang hamba.

Setiap orang mendapat ujian berbeza. Mungkin inilah perjalanan ujian bagi LY. Kasih sayang dan ilmu bukan milik kita. Bersyukur, redha dan tawakal akan membuka mata dan hati kita kepada yang lainnya. Akan membawa kita kepada hikmah yang tak diketahui rahsianya. Semoga di permudahkan urusan segalanya.

~batubersurat: self reflection time~

1 comment:

ismatulnabilaismail said...

sabar ye kak yan..
jadi cikgu bukan senang..
bile kak yan dah dpt buat..
maknenye kak yan hebat..
=)

Allah kan xpnah janji kehidupan tu akan senang..
tapi ALLAH janji akan sentiase ade dengan kite bile kite susah..
kak yan boleh!
insyaallah~