Sunday, October 2, 2011

Info Cukai

Salam sayang semua.

Tetibakan hari ni LY bermurah hati nak kongsi ilmu pasal cukai. 
Memandangkan sekarang ni LY dah kerja, maka kenalah ambil tahu hal2 yang macam ni.
Dulu pun tak tahu jugak pe benda cukai ni...sebut macam senang je kan.
Tapi bila dengar orang lain bercerita macam payah je nak buat.

Selalu orang  sebut income tax (cukai pendapatan).
Selalu orang mengeluh pasal nak bayar cukai ni. 
Yelahkan, kita penat2 kerja, lepas tu kena bayar atau bagi duit dekat kerajaan kita pulak.

LY bukanlah nak bersikap menyokong kerajaan BN yang mengamalkan sistem cukai ni.
Tapi sebenarnya....mengikut tahap keilmuan yang sedikit ni.
Kerajaan MALAYSIA memang SAH untuk mengenakan cukai pada mereka yang LAYAK!!!
Sebabnya.....dalam Islam sendiri ada sistem cukai. Cuma dalam bahasa ARAB atau istilah ISLAMIC-nya kita sebut sebagai ZAKAT.
*dalam Islam banyak jenis zakat yang korang kena kaji...contoh macam zakat emas, zakat pertanian, zakat penternakan etc)

Korang mesti tahukan apa yang dibuat dengan duit zakat. Mesti korang semua dah tahukan apa fungsi sistem zakat dalam Islam. Zaman sekolah rendah dan menengah kan dah belajar.
Secara ringkasnya, sistem zakat ini adalah untuk memberi perlindungan kepada orang2 yang tak mampu seperti, anak2 yatim, orang miskin atau fakir, amil2 dan beberapa kategori asnaf yang lain. (maaf tak ingat siapa lagi yang layak...hehehe)

Samalah jugak dengan sistem cukai yang ada dekat Malaysia ni....memandangkan kita ni hidup dalam masyarakat majmuk yang berbagai agama dan anutan beserta dengan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Tak salahlah kita nak guna kosa kata CUKAI. Takkanlah nak guna kosa kata TASSA (Itali) atau CANACH (Irish) atau BUWIS (Filipina) kat Malaysia ni kan. Maksudnya sama je...CUKAI jugak...cuma sebutan je lain2. Kalau ikut kefahaman sejarah LY lah kan. Cukai ni masa zaman Nabi dulu kita sebut sebagai JIZYAH iaitu wang perlindungan. Siapa yang bagi JIZYAH ni...tentulah orang yang BUKAN ISLAM masa zaman Rasulullah dulu yang berlindung bawah kerajaan Islam di Madinah pada masa tu. 
*kalau salah tolong betulkan

Mengikut kefahaman2 kat atas tu, maka janganlah korang yang baru kerja ni rasa nak memberontak pasal kena taksir cukai untuk tahun2 akan datang ni. Faham dulu kepentingannya. Korang jangan takutlah kalau kena bayar duit dekat kerajaan atau lebih tepat lagi kena bayar dekat LEMBAGA!!! Korang jangan takut sebab LEMBAGA ni tak makan korang sampai jadi zombi pun. LEMBAGA ni ambil apa yang dia nak je...iaitu DUIT korang. Lembaga Hasil lah katakan!!!!!! :)

Bagi yang beragama Islam, pasti tahukan hukum bayar zakat macam mana. Pasti tahu hakikat bahawa harta dan wang yang kita punya tu, bukan hak mutlak kita. Ada bahagian orang lain dalam nikmat kita. Zakat tu wajib, sedekah tu sunat. Kepada yang terlebih mampu, digalakkan sedekah. Besar balasan yang Allah janjikan untuk kita. Semua yang Allah perintahkan ada kebaikannya. Jika balasannya bukan di dunia, pasti akan ada di akhirat kelak.


Kita mesti tertanya2 kan. Apa yang LEMBAGA tu nak buat dengan duit yang diorang ambil dari pembayar cukai tu. Mengikut amalan dan ilmu LY lah kan.....hasil2 kutipan cukai tulah yang menjadi sebahagian dari sumber pendapatan negara untuk menanggung kos perbelanjaan rumah2 kebajikan, penjara, klinik2, hospital2, sekolah2, mahkamah. Atau lebih tepat lagi, mana2 tempat yang korang pergi menggunakan sistem free atau membayar dengan harga yang berpatutan. Contoh bayar RM1 dekat klinik kerajaan.

Cenggitulah sikit pasal apa yang diorang buat dengan duit cukai yang dikutip. Mesti korang pernah dengar ada yang marah2 bila kerajaan buat bangunan pencakar langitlah....bangunan itulah...bangunan inilah...semua marah sebab bangunan tu dibuat menggunakan duit rakyat. Tapi sebenarnyalahkan....lepas bangunan2 tu siap, siapa yang kerja dalam bangunan tu??? Tak ke orang yang gaji dia layak bayar cukai??? Kalau korang tak percaya, cuba tanya kat pekerja2 Petronas tu. Berapa cukai diorang bayar. Kalau seorang je bayar purata RM3000 seorang, bayangkan kalau satu bangunan tu bayar cukai. Maka duit tu akan di rolling balik untuk hal2 negara. Sebab tu apa2 bangunan yang nak dibuat kena dibentangkan dalam kabinet. Tak adalah kerajaan nak buat benda2 yang tak mendatangkan faedah. 
(orang yang dulu marah buat bangunan pelik2 kat Malaysia ni, pergi jugak tempat2 tu kan....dah tu siap bayar cukai hiburanlah sebulan dekat 4 kali sebab tengok wayang....beli barang mahal2 padahal kat tempat lain boleh dapat harga murah...ahahha...rakyat Malaysia ni suka emo kan???)

Pada mereka yang suka melenting tu, rajin2 lah cari ilmu. Kalau ilmu LY ni salah, tolong betulkan. LY pun manusia biasa jugak! Benda yang bukan bidang kita, kita akan jadi bodoh. 
Mungkin korang tertanya2 siapa yang kena bayar cukai?. Jawapannya, jika gaji melebihi RM 2209 setiap bulan, maka LAYAK dikenakan cukai pendapatan. 
*kena cukup setahun kerja dulu.

Untuk lebih tepat lagi meh kita rujuk kenyataan LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."

Secara ringkas, kalau gaji bulan tu atas RM2209. Patutlah bayar cukai. 
Kalau korang takut sangat nak bayar duit cukai. Ada beberapa kaedah yang membolehkan korang tak payah bayar cukai atau bayar sikit je dekat LEMBAGA tu.

Ingat tips2 kat bawah ni. Kalau korang memang dah buat teruskan tapi dengan syarat, mesti SISTEMATIK dan SIMPAN SEMUA BAHAN BUKTI.


  1. Beli Insuran/takaful pendidikan, pengurangan cukai individu untuk individu bagi yang mencarum atau membeli insuran/takaful pendidikan adalah RM3000.
  2. Fail tax yang berasingan bagi yang dah berkahwin (tak apply untuk orang bujang setiap individu layak untuk pelepasan cukai sebanyak RM8000 per file.
  3. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.
  4. Tukar status benefit dari majikan kepada cash reimbursement. Contohnya, allowance pengangkutan, allowance parking..ditukar kepada claim basis yg disertakan dengan resit. buatlah arrangement dgn majikan tentang perkara ini.
  5. Derma kepada badan2 kebajikan spt MAKNA, wakaf (badan kebajikan berdaftar)
  6. Lanjutkan pelajaran untuk dewasa postgraduate.
  7. Beli buku/majalah/journal. Pelepasan cukai untuk item ini ialah RM1000 per individu. Kepada Paan, Ana, Yana, Anis, Suzie dan siapa2 yang suka beli novel,  simpan la resit tu ek. (tampal dalam satu buku macam aku....hehehehe)
  8. Beli barangan sukan. Pelepasan cukai utk ini ialah RM300
  9. Beli insuran hayat/takaful keluarga. Pelepasan cukai untuk ini ialah RM6000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk dgn takaful education. Maka, pisahkan antara takaful education dengan life insurance. Selalunya life insurance tidak menyumbang sangat sebab kita telah mempunyai caruman KWSP. Bagus untuk mereka yang kerja sendiri dan tidak mempunyai caruman KWSP.
  10. Bayarlah bayaran perubatan untuk ibu bapa. Sebarang bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.
  11. Buat medical check up (mendapat pelepasan cukai sebanyak RM500 per individu)/sekiranya menghadapi penyakit yang kritikal memerlukan peralatan sokongan, mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5000 (seperti terpaksa memakai kerusi roda etc).
  12. Bayar Zakat pendapatan/zakat fitrah. Bagi majikan yang tidak ada potongan zakat pendapatan tetapi membuat potongan cukai berjadual sahaja. Yang ni tak ada limit, zakat pendapatan pun memang kita kena bayar kan jadi tak ada la terbeban sangat.
  13. Beli komputer setiap 3 tahun mendapat pelepasan cukai RM3000 (3 tahun sekali sahaja)
  14. Beli hartanah yang bernilai RM250k dan ke bawah, pelepasan cukai sebanyak RM2000 bagi property yang bernilai RM250k.
  15. Melabur dlm REIT(yang ni aku tak tahu)

Sekian je, untuk kemudahan dan kesenangan bersama kelak. Huhu....

Teringat cerita zaman kegemilangan pemerintahan ISLAM di ARAB, (maaf..tak ingat zaman siapa yang jadi pemerintah)....duit ZAKAT/CUKAI yang dikumpulkan TAK DAPAT dibahagikan kerana TAK ADA seorang pun yang miskin dan fakir dalam negara tu. Sehinggakan pemerintah tu terpaksa menyuruh menterinya mencari golongan asnaf yang layak menerima zakat dan bantuan di negara luar. Subhanallah.....pastinya masa zaman tu, walaupun menjadi pekerja bawahan, gaji yang mereka dapat pasti tinggi sehingga layak membayar zakat/cukai.

Maka, rakyat Malaysia....ayuh kita mengubah sikap.

Kalau rasa beban sangat nak bayar cukai tu, pergi bayar zakat pada yang Islam, yang agama lain, pergi buat derma. Kurang2 kan tengok wayang dan makan di restoran segera sebabnya boleh lah kita jimat duit dan tak membantu pihak asing membayar cukai untuk diri diorang(peringatan untuk diri sendiri).

Contoh, sebenarnya TGV kena bayar cukai hiburan dekat kerajaan Malaysia, tapi diorang ni pandai, diorang naikkan harga tiket dan letak kat tiket tu cukai hiburan=RM2. Korang bayangkan, kalau 1 movie  = 200 orang yang tengok. Dah berapa duit cukai diorang save. Tu belum darab dengan berapa kali movie tu dirollingkan. Peh2....jimat sungguh mereka2 tu.

Dan untuk korang yang suka pergi tengok wayang, bayangkan seminggu pergi sekali, sebulan dah 4 kali. 4 kali darab dengan 12 bulan. Dah 48 kali. 48 tu kalau korang darab dengan RM2. Dah RM96. Tambah tolak dengan belanja makan dekat wayang yang ada juga cukainya, sebenarnya habislah dalam kurang lebih RM200. Kalau RM 200 tu buat pergi derma dekat masjid ada juga pahalanya kan. Kalau pergi tengok wayang, dapat seronok je.

Buatlah benda2 atau perkara2 yang mendatangkan faedah.
*info lanjut boleh tanya dekat LHDN

Sekian....selamat berhujung minggu.

~batubersurat: LY baru beli rak buku mini yang kedua.....huhuhuhuhuhu...)

1 comment:

Anonymous said...

info yang menarik..baru saya tau yg kalau beli nvel, mjlh leh simpan resit..thanks2..